0
comments
cinta is l0ve...bab 9
.
Hari itu hari minggu. Seperti biasa
Syafiq akan keluar berkumpul bersama-sama rakan-rakannya untuk bermain
futsal. Dia memerhatikan jam di tangan. Masih awal lagi. Ramai lagi rakannya
yang tidak kelihatan. Sementara dia menunggu rakan-rakannya, dia mengambil majalah yang baru dibelinya semalam di dalam
beg dan membacanya. Tumpuan bacaannya terganggu apabila ada seseorang di
memangil dari jauh. Dia melihat lelaki itu menghampirinya. Syafiq ketika itu
agak terkejut dengan kehadiran lelaki tersebut.
“
Hai syafiq. Apa khabar?” tangan dihulur untuk bersalam.
“
Bila kau balik?” huluran salam itu dibiarkan begitu sahaja. Lelaki tersebut
hanya mengeluh kerana salamnya tidak dibalas.
“
Last week. Erm..adik kau sihat?”
“ Buat apa kau nak tahu hal dia lagi? Dia dah takde kena mengena dengan
kau.”
“ Kau masih marahkan aku sebab hal dulu tu? Come on fiq, aku tak berniat
pun nak buat adik kau macam tu. Keadaan yang memaksa...”
“ Hey!! Aku tak nak dengar alasan kau tu. Sekali kau buat adik aku
sedih, aku takkan senang-senang maafkan kau!! Aku tak kisah kalau kau nak balik
malaysia ni, tapi satu je yang aku nak dari kau. Jangan sesekali kau datang
dalam hidup adik aku lagi!”
Syafiq mengambil beg di sisi dan berura-ura mahu pergi dari situ, mood untuk
bermain hilang apabila melihat wajah lelaki tersebut.
“ Aku still sayangkan dia....”
Langkah kakinya terhenti apabila mendengar luahan hati itu. Terus dicampak
begnya ke lantai dan mencekak leher baju lelaki tersebut.
“ Don’t you ever dare to say that word!! Lepas apa yang kau dah buat,
kau tak layak untuk dia. Kalau aku tahu kau kacau hidup adik aku lagi, aku
takkan teragak-agak berkasar dengan kau! Remember that!!...”
“Syafiq!!”
Suara itu membuatkan syafiq berhenti mencekak leher baju lelaki itu dan melepaskannya
dengan kasar. Lelaki tersebut terdorong sedikit ke belakang kerana tolakan dari
Syafiq. Tidak dia menyangka sama sekali Syafiq akan bertindak sedemikian.
“
Apasal ni?” Syafiq menjeling tajam ke arah lelaki tersebut dan menoleh ke
arah Razman, sahabat baiknya.
“
takde apa-apa. Cuma salah faham. Oklah fiq, aku pergi dulu.” Lelaki itu
menepuk bahu syafiq dengan perlahan dan berlalu pergi.
“ Siapa tu? Kenapa aku tengok kau macam marah gila kat dia?”
“ Raof...”
“ Raof?”
“ Dulu aku pernah cerita kat kau pasal dia dengan adik aku tu.”
“ Owh...mamat tu. Tapi bukan ke dia patut dah pindah kat...”
“
Dia dah balik.” Syafiq memotong kata-kata dari Razman.
“
Adik kau tahu?”
“ Tak, tapi aku tak nak dia tahu. Aku tak nak dia terluka lagi.”
“ Hmm, kau risau kalau dia ganggu adik kau?”
Jawapan kepada persoalan itu dibalas dengan
anggukan. Razman melihat wajah syafiq yang tergambar kerisauannya. Dia tahu
Syafiq amat menyayangi adiknya. Dia sanggup berbuat apa saja untuk melindungi
adiknya dari terluka kembali. Razman menepuk perlahan belakang Syafiq sambil
tersenyum.
“
Don’t worry, aku rasa kalau dia muncul balik pun depan adik kau, aku tahu adik
kau boleh tempuhi semua ni. Dia kan kuat macam kau.”
Tergelak Syafiq mendengarnya. Ye,memang
adiknya kuat. Sheera cepat bangkit dari kekecewaan yang dialami. Disebabkan
peristiwa itu jugalah adiknya menjadi seorang yang amat tabah.
“ Kenapa kau kata dia kuat?”
Saja ditanya soalan itu kepada Razman.
“
Kau tak ingat ke time sekolah menengah dulu, masa tu aku nak usya adik kau .
Time tu manalah aku nak tahu sheera tu adik kau. Aku usik sikit je,boleh pula
dia campak kasut sekolah dia kat aku. Tepat pulak tu kena dahi aku ni. Tak
pasal-pasal masa tu bercop dahi aku ni dengan kesan tapak kasut adik kau. Malu
tak payah ceritalah kan, time tu ramai gila yang nampak. Bila time aku nak
kejar dia balik, laju pula minah tu pecut. Kalah formula one.First time dalam
hidup aku terkena dengan perempuan kau tau. Selama ni mana ada perempuan reject
aku, adik kau je yang lain.”
Kerisauan diwajahnya hilang setelah
mendengar kisah dari Razman. Mana mungkin dia lupakan peristiwa di sekolah
dulu. Semasa dia berada di tingkatan lima, sheera baru memasuki sekolah
menengah. Dia akui dengan wajah adiknya yang comel masa tu, memang ramai yang
yang cuba mendekati adiknya, termasuklah rakan sekelasnya Razman. Tak payah tunggu
dia bagi warning kat mana-mana lelaki yang mahu mengganggu adiknya itu, sheera
awal-awal dah bagi sendiri warning kat lelaki lain. Sebab itu jugalah mana je
adiknya pergi,pasti akan dicari gaduh dengan mana-mana pelajar lelaki.
*******************************************************************************************
“
Mama...!!”
“ Apa dia? Terjerit-jerit macam nak roboh rumah ni!” Tersengih sheera bila ditegur dengan
ibunya.
“ Mama nampak tak dvd drama korea yang adik pinjam semalam? Ala, tajuk
cerita tu full house. Nampak tak? Adik tak ingatlah kat mana adik letak
semalam.”
“
Tu jelah kerjanya, korea memanjang. Mama export adik pergi korea baru tahu!!
Biar jadi buruh kasar kat sana.” Tergelak Sheera mendengar ugutan dari
ibunya. Memang minatnya menonton drama korea. Biasalah....perempuan zaman
sekarang.
“ Baguslah tu ma...nanti boleh adik kahwin dengan mamat korea. Mesti
best!!”
“ Hmm, sebelum adik kahwin dengan orang korea, baik mama kahwinkan adik
dengan bangla jual karpet yang selalu
datang kat kawasan sini. Boleh mama selalu jumpa dengan menantu mama.” Kali ni ibunya pula yang kenakannya.
Sheera mula menarik muncungnya, berpura-pura merajuk.
“ Tarik mulut tu nanti baru tau! Dah boleh sidai baju kat muncung tu.” Sekali lagi dia ketawa kecil melihat
anaknya masih lagi berpura-pura merajuk.
“ Mama ni, tak mahulah kahwin dengan bangla. Kalau macam tu baik adik
tak payah kahwin lansung.”
“ Mama gurau jelah. Rasanya dvd tu kat bawah meja depan sofa tak silap. Tulah,letak merata-rata
lagi. Nasib baik mama tak buang.”
“ Hehe...thanks ma!”
Terus dicium pipi ibunya dan segera melangkah ke ruang tamu untuk mencari dvd
kegemarannya.
Baru je dia nak pasang dvd tu, kelihatan
abangnya yang baru pulang dari bermain futsal terus duduk di ruang tamu. Syafiq
mencapai remote control dan menekan butang merah untuk menonton berita sukan.
“
Ala, adik baru je nak tengok cerita full house.”
“ Cerita tu berapa kali boleh main, berita ni tak selalu ulang. Kejap
lagilah adik tengok. Menyibuk je! Shuh, shuh...pergi main jauh jauh-jauh.”
“ Tak kira juga, adik cop dulu tv ni.
Along pergi mandilah, busuk!!”
Tersengih Syafiq memandang adiknya.
Dihampiri adiknya itu dan kemudian tangan kanannya melingkari bahu adiknya. Dia
berpura-pura mencekik leher gadis tersebut. Sheera apa lagi, dah buat aksi
orang nak pengsan. Yelah, dah kena bau peluh dari abangnya. Bau tak payah nak
ceritalah kan, kalau kucing melintas depan tu pun boleh pitam terus.
“ ha, tulah...melawan lagi dengan abang sendiri. Kan dah kena penangan
hikmat dari along.”
Dilihatnya sheera sudah menjarakkan diri dari badannya sambil menutup hidung.
Tak sanggup dia dekat dengan abang dia tu.
Terburai ketawanya dapat mengenakan Sheera.
Segera dia melangkah naik ke tingkat atas untuk membersihkan diri. Setelah
selesai mandi dan menunaikan solat maghrib dia turun ke bawah untuk mengisi
perutnya yang dah rancak berbunyi. Dilihat adiknya kusyuk menonton drama korea.
Dia mengambil tempat duduk di sebelah adiknya. Nak tak nak kena juga join
tengok drama ni sebelum makan malam disediakan.
Walaupun matanya memandang ke skrin
televisyen, tapi fikirannya ke tempat lain. Dia teringat akan peristiwa petang
tadi di mana dia terserempak dengan Raof. Dia memandang wajah adiknya di
sebelahnya. Gadis itu tak tahu apa-apa. Lebih baik dia diamkan sahaja perkara
tersebut. Dia tidak mahu merosakkan kegembiraan yang dialami adiknya sekarang.
Bukan mudah untuk adik dia bangkit dari kecewa dulu. Fikirannya lenyap apabila
tiba-tiba je adiknya bangun dan berdiri di atas sofa tempat duduknya tadi.
Terus dia membuat aksi menari macam dalam babak drama di dalam tv didepannya.
Riuh mulutnya menyanyi lagu kegemarannya
sambil menari mengikut rentak lagu. Syafiq kat sebelah ternganga melihat adiknya
itu. Time tu dia terfikir, ‘adik aku ni
datang dari tadika mana ni?!! Kalah perangai budak-budak.’
Tapi dia masih lagi tersenyum melihat
telatah dari sheera. Biarlah dia jadi budak ke, apa ke...janji hidup adiknya
bahagia.