kasih??....dan sayang??


.

    Mendalam maksud kasih sayang tu...cinta bukan tertumpu pada si dia..cinta kita juga boleh dibahagi pada keluarga dan rakan2..and 0f c0urse cinta pada yang maha esa adalah paling besar. Cuba k0rang baca lirik ni betul2...maksud dia mendalam. Aku suka sangat lagu ni. 


       
TANYA SAMA POKOK

Penyanyi: P. Ramlee
Filem: Anakku Sazali

 
Tanya pada pokok apa sebab goyang,
Nanti jawab pokok angin yang goncang,
Tanya sama langit apa sebab hujan,
Nanti jawab langit tanyalah awan.

Awan nanti kata aku kandung air,
Sampai tempat sejuk aku pun cair,
Tengok dalam air nampak bayang-bayang,
Campak satu batu bayang pun hilang.

Tanya sama hati apa rasa sayang,
Adakah tandanya nampak dipandang,
Kumbang rayu bunga bulan dan bintangnya,
Punya tanda-tanda hubungan mesra.

Tanya sama hati pernahkah merindu,
Tiba masa lena apa mimpimu,
Masa berjauhan apa nan dikenang,
Bila difahamkan itulah sayang.

Jikalau tidak kerana sayang,
Kuntuman kasih tak mungkin kembang,
Andainya jemu mengganti rindu,
Jambangan mesra tentulah layu.

Tanya sama hati pernahkah merindu,
Tiba masa lena apa mimpimu,
Masa berjauhan apa nan dikenang,
Bila difahamkan itulah sayang.



     Bestkan lagu arwah p.ramlee...setiap kali aku dengar lagu ni, aku cuba fahamkan maksud2 lagu tu...erti kasih sayang memang mendalam. Kalau kita ikhlas berkasih sayang dengan insan sekeliling, keikhlasan kita akan dihargai. Janganlah selalu mengharap balasan apabila membuat sesuatu, sebaliknya kita cuba belajar memberi. Contoh macam kasih sayang...tak salah kalau kita nak mencintai seseorang tu, tapi kalau cinta kita tak berbalas janganlah cepat sedih....hati orang kita susah nak paksa. Cuba kalau kita yang dipaksa, mesti tak suka kan...seel0k-eloknya kita cubalah mend0akan kebahagian orang yang kita sayang walaupun mereka tidak pernah cuba menyayangi kita. Kita jangan lupa, Allah swt sentiasa menyayangi hamba-hambanya..Mcmmane pula dengan kalau kasih sayang kita dibalas??ha,yang ni best...tapi kadang2 hubungan kita bukan selalunya indah,semakin kuat kita mencintai seseorang...semakin banyak rintangan dan dugaan yang akan kita lalui. Banyak kan kes camni...s0, hal2 bercinta ni terpulang pada individu tu sendiri mcmmane nak handle...jgn terburu2 dlm melakukan sesuatu tindakan. Adalah sebaiknya kita duduk berbincang dan bersabar...aku pernah dengar pepatah ni...orang yang paling boleh bersabar dialah orang yang kuat hatinya... 

      Cuba kita fikir2 balik, kadang2 orang yang luarnya nampak kuat je. Tapi dalam hati die sebenarnya lemah....siapalah kita nak tentukan seseorang tu kuat atau tak. Hanya dia dan tuhan sahaja yang tahu. Kalau ada insan yang mengharapkan kasih sayang dari kita, sebaik-baiknya cubalah kita memberi sedikit kasih sayang..sekelumit pun tak perlu bayar....kerana kasih sayang adalah sesuatu yang tak b0leh dibeli dengan harta dan wang tunai. S0,let's share the l0ve with the people around us...like they always say...sharing is caring=) 





  p/s: sje menulis sumer 2. apa yang aku rasa aku selitkan sedikit sebanyak kat cni...xde kje cr kje..hehe.ni la keje aku..bagi akulah kan, aku sayang semua ahli keluarga aku,sanak saudara aku dan kawan2 aku. tanpa di0rg mybe id0p aq tak bermakne...aq bersyukur kerana tuhan memberikan aku peluang untuk disayangi oleh diorang semua...luv u all.  >_<