CINTA BLoGGER....18


.

bab 18






     
            Beg pakaian diletakkan di atas katil. Dia merebahkan dirinya di atas katil yang empuk itu. Ah....sedapnya baring. Ni kalau dapat tidur best ni. Mereka baru sahaja sampai di resort itu petang tadi. Kini masing-masing ingin rehat di dalam bilik sebelum keluar bersama untuk makan malam di restoran.Sara masuk ke bilik air untuk membersihkan diri. Mieza pula mengeluarkan baju yang hendak dipakai untuk makan malam nanti. Hanis hanya memerhatikan mereka sambil baring. Makin lama dia rasakan matanya semakin mengecil. Tanpa sedar dia terlelap di katil.

       “ Hanis...hanis..bangun. Dah nak maghrib ni.” Mieza mengejutkan hanis. Badan gadis digoncang perlahan. Lena betul gadis itu tidur. Mungkin kepenatan. Kebetulan pada waktu itu Sara keluar dari bilik air. Dia memerhatikan Hanis di atas katil kemudian dia melangkah ke almari pakaian dan memilih blaus labuh paras atas lutut yang berwarna putih kemerahan dan juga ladies jean.

       “ Kejutlah dia bangun.” Sara berkata pada Mieza sambil mengeringkan rambutnya.

       “ Dah puas aku kejut. Kau lah kejut dia pula. Aku nak mandi ni.” Tuala dicapai dan segera dia melangkah ke bilik air. Sara mengeluh perlahan. Dia melangkah menghampiri hanis.

       “ Hanis...bangun.” Still takde respon.

       “ Hanis, bangun...dah nak masuk maghrib ni.” Kali ni mata gadis itu terbuka perlahan. Dia bangun dari baring dan masih lagi duduk di atas katil. Mamai lagi tu...

       “ Penat sangat ye hanis. Lepas ni mandi cepat.” Sara tersenyum padanya. Hanis masih lagi dalam keadaan mengantuk. Dia menguap dan mengeliat terlebih dahulu. Kemudian barulah dia bangun dan menuju ke begnya. Tuala dan perkakas mandi diambil dari begnya.

        “ Ha, dah bangun pun. Ingat tidur lagi.” Mieza bersuara setelah keluar dari bilik air. Hanis menoleh memandangnya dan tersengih malu.

        Selesai je mandi dia mengeringkan rambutnya dan solat maghrib terlebih dahulu. Kemudian barulah dia bersiap. Malam ini dia mengenakan t-shirt lengan separuh dan berseluar jean. Rambutnya diikat kuda. Muka ditempek dengan bedak compact johson baby dan bibirnya disapu dengan lips colour supaya bagi kemas sikit. Walaupun begitu tetap naik serinya. Mieza masih lagi sedang mekap, begitu juga dengan Sara. Antara mereka bertiga, Hanislah paling ringkas.  Handsetnya berbunyi di dalam beg dan segera diambil.

        “ Hello...”

        “ Ha, dah siap ke? Kitorang kat lobi ni.” Terang Ryo.

        “ Aku dah siap. Tengah tunggu diorang jap. Nanti kitorang sampai.” Ujarnya.

        “ Hmm, cepat sikit.”

        “ Okay bosh!!” Guraunya. Talian itu dimatikan. Dia duduk di atas katil sambil memerhatikan mereka berdua siap. Aduhai...cepatlah sikit wei mekap tu. Bukan nak pergi mana pun. Makan kat restoran tepi pantai je kot. Mengalahkan model diorang ni. Eh, tunggu jap...memang diorang model pun. Hehe...



               ******************************************************************************



       Masing-masing makan malam dengan selera. Tambah-tambah pula makan berhampiran dengan pantai. Bertambah selera dibuatnya.

      “ Sedapnya b makan kat sini...esok malam kita makan sini lagi ye.” Kata Mieza pada Shaqir. Shaqir tersenyum mendengarnya. Mieza menyeduk aiskrim dan menyuapkan ke dalam mulut pakwenya.

      “ You nak ketam ni tak? I ambil isi dia untuk you ye..” Ujar Adam pada Sara. Sara mengangguk dan mereka bersuapan.
      
            Ryo dan Hanis makan sambil memandang dua pasangan di depan mereka.

        ‘Aduh, jelesnya aku tengok adengan suap-suap ni.’ Hatinya bersuara. Udang bergoreng tempura itu diambil dan digigit dengan geram sambil matanya tidak lepas mencuri pandang dua pasangan tersebut. Dia melihat Adam menyuapkan isi ketam ke dalam mulut Sara. Sara malu-malu memakannya. Kemudian di alih pula pandangan ke arah Shaqir dan Mieza. Masing-masing bergurau senda sambil menyuapkan makanan.

        ‘ Eh diorang ni, kot ye pun nak bermanja-manja pun lepas makan lah.’ Bisik hati Ryo pula.

        ‘ Alahai...tension lak tengok drama romantik kat depan ni!!’ Serentak hati mereka berdua menjerit. Seolah-olah dengar dengan rintihan hati itu, dua-dua berpandangan.

        “ Err...se..sedap ke?” Gagap Ryo bertanya. Apahal aku ni...

        “ Err..bolehlah.” Perlahan-lahan dia menjawab. Kenapa tiba-tiba aku rasa malu ni.

    
      
      **********************************************************************************************



       Mieza sudah pun lena di atas katil. Sara pula masih lagi tidak balik. Sara dan Adam masih lagi berdating di tepi pantai. Hanis pula masih lagi tidak lelapkan mata. Lagipun jam baru melangkah ke pukul sebelas setengah malam. Dia melangkah ke beranda sambil memegang laptopnya. Blognya dibuka dan dia mula berfikir untuk menaip sesuatu. Dengan menikmati pemandangan pada waktu malam, moodnya untuk mengarang sesuatu di blog muncul.  Satu persatu ayat ditaip. Kadang-kadang dia berhenti seketika untuk berfikir.


To have a special friend like you,
so thoughtful and so kind,
is something we all hope for
but can be hard to find.

Your friendship is a comfort
and i never feel alone,
for if i’m feeling worried
I can just pick up the phone.

I know you are always there for me
on the good days and the bad
and you really are
the loveliest friend
that i have ever had.


      p/s  :  This especially i made for my bestfriend. I know you are always look at my blog my
                dear friend. I know you are far away from me, but i hope you always fine there.



                                      
     Tangannya berhenti menaip. Dia terfirkan Daniel yang kini berada di Tokyo. Apa khabar dia sekarang. Dia sihat ke? Danny...kenapa kau tak lansung tak nak call aku. Email pun lansung kau tak hantar. Dia menarik nafas dan menghembuskannya dengan kasar. Anak panah di skrin itu diseret dan butang publish post ditekan.

            “ Hanis...” Hanis menoleh ke belakang. Kelihatan Mieza berdiri di balkoni sambil memeluk tubuh. Mungkin kesejukan kerana memakai baju tidur.

            “ Terjaga ke?” Hanis bertanya. Mieza mengangguk perlahan. Kakinya melangkah mendekati Hanis. Kerusi di sebelah ditarik dan dia duduk berdekatan dengan gadis itu. Matanya tertumpu pada skrin laptop milik Hanis.

            “ Blog?” Mieza bertanya sambil memandangnya. Hanis tidak menjawab pertanyaan tersebut sebaliknya menghadiahkan senyuman. Mieza kembali membaca apa yang terkandung dalam blog tersebut.

             “ Ni blog kau ke?” Kini laptop itu beralih arah. Mieza masih lagi selongkar post-post di blog tersebut.

             “ Yup. Aku kalau bosan suka mengarang benda-benda mengarut dalam tu. Kadang-kadang ayat jiwang je lebih. Hehe.” Terangnya. Mieza masih lagi membaca apa yang terkandung dalam blog tersebut kemudian matanya bertentang dengan mata Hanis. Tidak sangka pula gadis disebelahnya itu suka mengarang benda-benda macam ni.

             “ Tak sangka kau suka mengarang puisi, sajak semua ni.” Ujar mieza.

             “ Hmm, kat blog ni lah banyak aku luahkan hasil ayat yang aku karang. Mengarut pun ada.”

             “ No, i think this good.” Komennya jujur.

             “ Well...what we got here.” Kata Mieza sambil tersenyum penuh makna. Matanya masih lagi menatap skrin laptop itu.

             “ What?”

             “ I see you have a same person who always comment at your blog. Who is it? You know this guy?” Tanyanya. Hanis seolah-olah faham dengan apa yang dicakapkan oleh Mieza. Mungkin Mieza maksudkan Mr. Niki.

              “ That’s Mr.Niki. Honestly i never seen him. But we always chat together. Lagipun dia pun ada blog. Blog dia pun not bad. Puitis juga orangnya.” Jelas Hanis pada Mieza.

              “ Kau pernah tengok ke gambar dia?”

              “ Nope. Tak terfikir pun. Tengoklah...kalau satu hari nanti aku dapat juga jumpa dia.” Terangnya.

              “ Manalah tahu dia ni mungkin jodoh you kan...” Gurau Mieza.

              “ ish..ke situ pula dia.” Hanis berkata sambil tersenyum.



        *******************************************************************************************
           
 

     Hari ini sudah hari ketiga mereka bercuti di pulau itu. Semalam satu pulau tu diorang berjalan. Banyak jugalah aktiviti yang diorang buat contohnya seperti jungle trekking, wind surfing dan juga tak ketinggalan shopping. Pada petangnya pula mereka bermain beach volleyball. Hari ni pula mereka bercadang untuk melakukan aktiviti scuba diving. Cuma Adam, Ryo,dan Hanis sahaja yang terlibat dalam aktiviti itu. Shaqir pula malas nak join. Bagi mieza dan sara, masing-masing kurang arif dalam menyelam.

      Setelah puas melakukan aktiviti tersebut, setelah makan malam diorang bercadang untuk berjalan di sekitar kawasan pantai untuk ambil angin malam. Adam berjalan dengan Sara. Mieza pula berkepit dengan Shaqir. Tinggallah Hanis dengan Ryo. Nak tak nak mereka berjalan berdua. Bukannya tak biasa pun keluar berdua, tapi cuma kali ni rasa macam janggal sikit. Masing-masing pun tak pasti kenapa.

           “ Err...Ryo.” Hanis memanggil lelaki itu.

           “ Hmm..”

           “ Thanks..” Ucapnya.

           “ For what?” Ryo bertanya.

           “ Belanja aku untuk percutian ni.”

           “ Owh...anggaplah ni bonus untuk kau.” Terangnya.

     Kini masing-masing senyap. Cuma bunyi ombak dan derapan langkah kaki diorang yang kedengaran. Elok je diorang berjalan, tiba-tiba kaki Hanis terperosok ke dalam lubang kecil di tepi pantai itu. Akibatnya dia terjatuh dan mengadu kesakitan. Terkejut Ryo melihatnya.

           “ Ya Allah ya tuhanku. Macam mana boleh jatuh pula ni. Kau ok?” Tanyanya.

           “ Okay tu okay...tapi kaki aku ni rasa macam tak okay sangatlah. Aduh...rasa macam terseliuh.” Riak muka Hanis ketika itu memang menahan sakit. Tapi lebih kepada malu sebenarnya. Yela, elok-elok berjalan tiba-tiba kecundang. Depan Ryo pula tu. Malunyer!!!

            “ Boleh bangun tak ni?” Ryo memegang lengan Hanis untuk membimbingnya bangun. Hanis cuba bangun, tetapi dia terduduk kembali ke tanah. Sakit di kaki masa tu tak dapat digambarkan.”

             “ Sakit...” Rintihnya sambil memejamkan mata. Tangannya memegang kuat kaki kanan yang terseliuh itu. Ryo mengusap lehernya sambil memandang Hanis yang sedang duduk. Kemudian dia berfikir sesuatu.

            “ Naiklah belakang aku ni.” Dia duduk mencakung membelakangi gadis itu. Hanis terkejut melihat tindakan Ryo.

            “ Tapi...”

            “ Takde tapi tapi...cepat naik belakang aku. Aku dukung kau bawa pergi klinik. Kalau tak balut kaki tu cepat nanti masuk angin. Lagi sakit nanti.” Terangnya. Teragak-agak Hanis memegang bahu lelaki itu dan mula memeluk lehernya. Ryo mendukung Hanis di belakang. Setelah pasti stabil kedudukan Hanis di belakang tubuhnya, dia mula berjalan.

       Masa tu Hanis rasa malu gila. Bukan setakat tu je, dia mula rasa jantungnya berdegup dengan laju. Orang yang lalu di sekitar pantai itu melihat mereka pasti akan menyangka mereka berdua adalah pasangan kekasih. Ryo tenang membawa Hanis dibelakangnya. Namun dalam hatinya dia dapat rasakan satu kelainan. Perasaan apa ni??

            “ Ryo, thanks again...” Bisik Hanis di telinga lelaki tersebut. Ketika itu angin tepi pantai menyapa mereka berdua. Rambut Hanis yang dibiarkan lepas ditiup angin malam yang sepoi-sepoi bahasa. Pemandangan di situ pada ketika ini bagaikan suasana yang romantik. Seolah-olah si teman lelaki mendukung mesra aweknya di belakang.

             “ Its ok...lagi pun kau dah banyak bantu aku.” Jelasnya. Tanpa Hanis sedar, di bibrnya terukir senyuman yang sukar dilihat ketika itu.

             “ Tapi...” Ryo bersuara.

             “ Hmm...apa?” Tanya Hanis lembut. Rambutnya sebelah kanan diselak perlahan ke belakang telinga.

             “ Kau ni boleh tahan berat juga kan.” Erk!!....Hanis tersedak mendengar gurauan itu. Automatik tangannya menepuk kuat belakang bahu Ryo.

             “ Adoi!!” ambik kau....tu la. Gurau kasar lagi....hehe.