HaPPiness Of LoVe...4


.


c4

  


   "Look, i have work to do right now. Can you please find someone else?"


    "Shaz, come on. Just this time, please help me!" Rayunya bersungguh-sungguh.


    "Argh, why dont you just tell the truth? I'm sure he will understand."


    "Understand?? yeah right!! He will kill me!"


    "Haha, just relax Mir. Okay, how about this, as soon you meet your grandpa, call me. I will be right there to help you out. Okay!" Kata Shaz . 


     Lelaki itu bukanlah tak mahu membantu, tapi sebentar lagi dia perlu berjumpa dengan pihak bank untuk menguruskan hal pinjaman yang dipohonnya untuk perniagaan dia. Mir pula sudah mula tak tentu arah, mampuslah aku kejap lagi ni.




       *******************************************************************************************


  " So, Mir....How's your life?" Tanya datuknya. Mir yang leka memandu terpinga-pinga apabila tiba-tiba datuknya bertanya.


  " Err, so far okay." Ringkas dia balas.


  " Stop all the acting okay. Just tell me the truth now." 


  " What truth?"


  " Who's the mother?" Soalan yang secara tak lansung keluar dari mulut datuknya membuatkan dia terkejut.


  " Man....you know already? Did you just hired another spy?" Tekanya. Datuk dia ni bukan calang-calang orangnya. Setahunya, datuknya mempunyai ramai penyiasat profesional yang bekerja dengannya. Bukan setakat tu sahaja, malah dahulu pernah ada dua orang yang bekerja di syarikat datuknya yang dipecat gara-gara menerima rasuah. Semuanya hasil kerja dari penyiasat yang diupah.


  " You know me better Mir. My spy just find it out and tell me about it. You are so in big trouble young man."


  " Hmm.."


  " Stop with the hmm...now tell me what's your plan?"


  " What plan?"


  " Don't you wanna know who the kid's mother?" Sebelah kening datuknya sengaja diangkat ala-ala 'the Rock'. Cucu aku ni memang nak kena sekeh agaknya ni.


  " Of course, i wanna know that girl"


  " Then?"


  " It just i dont know who exactly the boy's mom." Lepas je dia cakap macam tu, dapat satu ketukan di atas kepalanya. Datuknya menyekeh dia kegeraman.


  " Babo.." Kata datuknya kemudian keluhan berat dikeluarkan. Terkeluar perkataan 'bodoh' dalam bahasa korea. Jarang datuknya bercakap korea dengannya. Ini kerana cucunya sejak dari kecil sudah dididik di amerika.


  " Mi-an-heyo harabeoji , Igon modu je Jalmosimnida. " Ucapnya meminta maaf dengan nada yang menyesal dan mengaku kesilapannya. Datuknya mengeluh lagi. Nasib baiklah penyakit sakit jantung aku ni tak teruk sangat. Kalau dah kritikal, mahu masuk hospital balik ni.



    ******************************************************************




  " Papa!! " Mason berlari meninggalkan Lin dan menghampiri Mir. Bapa muda itu mendukung anaknya dan menoleh ke arah datuknya. Untuk seketika, dia melihat datuknya seolah-olah terpaku melihat anak kecil yang berada di pangkuan Mir. Lin pula hanya memerhatikan suasana itu dari jauh. Dia tidak mahu mencampuri urusan tiga beranak itu. Tadi balik sahaja ke rumah, Mir bergegas mengetuk pintu rumahnya dan meminta bantuan untuk jagakan Mason. Dia hanya menurut tanpa sempat bertanya.


  " Grandpa..." Panggilnya. Mr. Andrew tersentak. Dia sebenarnya terkejut melihat wajah cicitnya itu yang serupa sangat dengan wajah anak tunggalnya semasa kecil iaitu bapa kepada Mir. Mir memandang atuknya pelik. Apasal macam nampak hantu je grandpa ni.


  Mason pula memandang lelaki tua itu dengan penuh senyuman yang boleh mencairkan hati sesiapa yang melihat anak comel itu. Mr. Andrew menghampiri Mir dan memegang sebelah tangan comel Mason.


  " Hello there, what's your name?"


  " Mason ." Mir pula yang menjawab. Dapat lagi satu ketukan di kepala. Tersengih dia kena sekeh dengan atuk lagi. Mana tak nya, orang tanya budak kecik tu, dia yang sibuk nak jawab.


  " So Mason, do you know who i am?" Mason hanya memandangnya tanpa berkelip. Mungkin hairan dengan orang yang baru dijumpanya itu.


   " I think he's not really understand in english grandpa. Why don't you just speak malay..." Terang Mir. 


   " Really? Hmm, hi Mason. Saya ni moyang kamu. Panggil saya moyang." Katanya yang masih pelat berbahasa melayu. Mr. Andrew tidak berapa fasih dalam bahasa kebangsaan Malaysia ni. Mason pula tersenyum lebar. Dia sendiri tidak berapa pasti moyang tu apa. Tapi yang pasti dia amat menyenangi kehadiran lelaki tua itu.


   " Moyang!!" Katanya dengan nada ceria. Dari jauh Lin tergelak kecil mendengar Mason menjerit perkataan moyang. Macam kelakarlah pula. Mir tersenyum melihat keletah anak lelakinya. Dia menjemput datuknya masuk ke rumah, begitu juga dengan Lin. Sebelum Lin mengikut mereka, Lin terlebih dulu mengenalkan diri di hadapan Mr. Andrew. Datuk Mir itu menyambut perkenalannya dengan mesra. Hilang segala marah yang bertakhta di hatinya selama ini setelah berjumpa sendiri dengan cicitnya.




   ******************************************************************************************




    " Hyo..." Gadis tinggi lampai itu menoleh setelah dipanggil oleh ibunya.


    " Yes mom."


    " Where exactly do you want to go today?" 


    " Just shopping. Why?"


    " Balik awal malam ni. Kita ada tetamu dari korea. Kawan lama papa kamu."


    " Hmm, okay. I'll try." Katanya. Kasut bertumit tinggi itu dicapai dan disarung. Puan Husna melihat anak dara tunggalnya itu. Seakan model lagaknya. Hasil dari perkahwinan dengan suaminya yang berasal dari korea, lahirlah puteri tunggal yang dipanggil Hyorin.


    " Mom, i will go now.  " Pipi ibunya dicium kiri dan kanan. Tersenyum dua beranak itu. Anaknya itu memang amat manja dengan dirinya. Cuma dengan papanya dia kurang mesra. Mungkin sebab encik Lee Abdullah atau dengan nama asalnya Lee Deok Wong sibuk dengan urusan kerjanya dan jarang meluangkan masa bersama dengan anak gadisnya itu.


  Kereta honda city kegemarannya meluncur laju ke meninggalkan perkarangan villa milik keluarganya. Rayban yang terletak elok di seat sebelah dicapai dan dipakai. Hari ini dia mahu meninjau koleksi terbaru dress labuh. Lagi pun hujung minggu ni syarikat papanya mahu mengadakan majlis hujung tahun. Perlulah dia bergaya sakan dengan baju baru nanti. Hehe..


  Sambil memandu dia mendail nombor seseorang, setelah beberapa saat panggilanya dijawab. Butang speaker ditekan supaya mudah dia berbual sambil membawa kereta.


   " Hello Lis, you kat mana?"


   " I kat kedai bungalah. Why?"


   " Are you busy now?"


   " Da...if I say i'm at this shop, what do you think ha? of courselah i busy.. I kena kira stok baru sampai ni." Perlinya. Dari hujung talian Hyo tergelak kecil. 


  " Haha, chill la beb. Janganlah marah-marah. I tanya je. You ni garang sangatlah." Guraunya. Kali ni Lis pula yang tergelak. Dia pun bukanlah marah pun, sengaja je dia cakap macam tu.


  " So, why do you call me?" Tanya Lis.


  " Urm, you habis kerja pukul berapa hari ni?"


  " Pukul empat."


  " Urm, lagi setengah jam je lagi.Hey, temankan I beb..."


  " Nak pergi mana lagi ni Hyo?"


  " Well, macam biasalah."


  " Shopping again huh?" Teka Lis sambil tersenyum.


  " Haha, that's right! You are my truly friend. So, boleh tak?"


  " Yela-yela.Cepat sikit. I tahu kalau takde kereta you depan shop ni tepat pukul empat, tawaran ditutup."


  " Huhu..you're so mean.." Balas Hyo dengan nada pura-pura sedih.


  " Hey, stop with the acting okay. I know you are laughing right there. Cepat sikit!" Katanya. Akhirnya kedengaran suara Hyorin ketawa kecil dihujung talian.


  " Baik bos!! I'm coming!" Terus talian ditutup. Tersengih Lis dibuatnya. 


   Perkenalan dengan Hyorin  setahun yang lepas di sebuah pertunjukan fesyen di salah sebuah hotel di Kuala lumpur membuatkan dia semakin rapat dengan gadis tersebut. Pada masa itu, dia mengambil upah sebagai jurugambar sementara di sana untuk sebuah majalah fashion. Kebetulan, pereka fesyen yang melancarkan pembukaan sempena rekaan terbarunya berkawan baik dengan Hyorin. Pada mulanya, dia menyangka Hyorin adalah salah seorang model dan sombong. Ini kerana lagaknya seperti seorang wanita yang berkeyakinan tinggi dan sungguh jelita di pandangan matanya. Namun sangkaannya ternyata silap sama sekali. Ternyata gadis itu peramah orangnya.