CINTA BLoGGER....35


.

Bab 35



  

   "Abang, nah..." Fathiha memberi mangkuk berisi dengan buah epal yang sudah dipotong kepada suaminya. 

   "Thanks sayang..." Ucap Iskandar.


   " Welcome..hehe. Manis tak epal tu?"


   " Bolehlah...eh sayang, mama mana?" Tanya Iskandar. Dari pagi lagi sebenarnya dia tertanya-tanya tentang ke mana ibunya menghilang.


   " Hmm, ayang pun tak tahulah bang. Bila tanya je, mama cakap ada hal. Dia tak bagitahu pun hal apa. Peliklah mama abang tu.."


   " Amboi, mengata mak mertua nampak?" Usik Iskandar. Fathiha mengukirkan senyuman. Pipi suaminya dicubit manja.


   " Sakitlah sayang..." Adu suaminya.


   " Eleh, padan muka. Saja je tau... ayang bukan mengatalah bang, ayang cuma pelik dengan perangai mama kebelakangan ni. Abang perasan tak, sekarang ni mama tu asyik nak marah-marah je. Kenapa ye?"


   " Hmm, entahlah yang. Biarlah mama tu, perempuan...biasalah, moody je lebih. Nak monopous agaknya." Iskandar membalas dengan gurauan. Fathiha tergelak kecil. Tak lama kemudian, kedengaran bunyi enjin kereta memasuki halaman rumah. Dari muka pintu, kelihatan mama iskandar, Puan Mariam melangkah masuk menuju ke tangga.


   " Mama..." Panggil si Iskandar. Langkah wanita berusia separuh abad itu terhenti, lantas dia memandang anak dan menantunya di ruang tamu.


   " Mama dari mana ni? kenapa nampak mama macam mood tak elok hari ni?"


   " Hmm, mama keluar jumpa kawan tadi. Panas kat luar tu, mama nak masuk bilik, nak rehat. Jangan bagi siapa-siapa pun kacau mama. Pesan kat bibik tu sekali." Balas Puan Mariam. 


  Iskandar hanya mampu melihat ibunya melangkah masuk ke bilik. Kemudian dia memandang isterinya.


   " Kenapa dengan mama tu?"


   " See, i told you. Perangai mama makin pelik..." Kata Fathiha...


   " Hmm, weird..."




  Puan Mariam mencampak beg bimbitnya ke atas katil dengan perasaan tak puas hati. Dia melangkah ke balkoni biliknya dan berjalan ulang alik di situ.


    " Kurang asam punya mak mertua. Jahanam betul!! Macam mana dia boleh syak aku yang upah spy untuk buat cerita pasal si Rizman tu. Arghh!!!" Marahnya. Sebenarnya, pagi-pagi lagi Dato' Maznah telah menelefonnya dan memintanya datang ke pejabat. Katanya ada sesuatu yang perlu dibicangkan. Tak sangka pula dia, mak mertuanya itu telah mengupah pengawal peribadinya untuk siasat tentang siapa yang selama ni memburukkan cucu kesayangannya itu. Hampir-hampir sahaja dia menjadi sasaran ibu mertuanya. Cuma nasib berpihak kepadanya kerana tiada bukti kukuh yang boleh menuduhnya bahawa dia lah dalang yang selalu memburukkan anak tirinya. Saat itu, makin membuak-buak perasaan amarahnya kepada Rizman. Entah kenapa, dari Rizman kecil lagi, dia memang tak sukakan anak bekas madunya. Mungkin kerana Ibu mertuanya lebih menumpukan perhatian terhadap si Rizman membuatkan dia naik jelik dengan hubungan mesra antara nenek dan cucu tersebut. Ditambah pula sekarang ni hubungan suaminya, Encik Azhar sudah semakin baik dengan Rizman dan Eyqa membuat rasa geram di dalam hatinya semakin mendalam. Dia mengimbas semula detik pertemuannya semasa pagi tadi.






    " Kenapa Mariam buat macam tu kat Riz?" Sebaik saja dia duduk di sofa di dalam pejabat itu, Dato' Maznah mengutarakan soalan yang pelik.


    " Buat apa mama?" Tanyanya semula kehairanan.


    " Jangan kamu ingat mama ni tak tahu apa-apa yang berlaku selama ni. Mama arif sangat dengan kamu ni. Sejak dari dulu lagi mama tahu kamu tak pernah suka dengan Shazlin anak beranak kan. Terutamanya anak sulung Shazlin dengan suami kamu tu."


    " Wait wait....apa yang mama nak cuba cakapkan ni? Takkan mama ajak Mariam datang sini semata-mata pasal si Riz kut?"


    " Mama syak kamu yang upah reporter tu buat cerita buruk pasal cucu mama tu kan." Tanpa selindung, Dato' Maznah menuduh menantunya.


    " Mama! How could you...sebenci-benci Mariam kat Riz tu pun, mariam tak pernah rasa nak burukkan dia mama. Sampai hati mama tuduh mariam macam ni. Tu bukan kerja Mariam mama..." Air mata mula mengalir dipipinya. Lakonan harus dicipta untuk selindungkan perkara yang hampir bocor tersebut. Cuak juga dia rasa masa tu. Tapi takkan nak kantoi masa ni juga, naya je...


    " Habis tu kalau bukan kamu siapa lagi?" Saja Dato' Maznah mengujinya. Dia tahu menantunya itu sedang berlakon.


    " Mama, Mariam tak buat kerja macam tu mama. Please lah percaya. Lagi pun apa bukti mama nak tuduh Mariam yang buat kerja-kerja tu semua?"


    Dato' Maznah senyum mengejek, dia memang ada bukti, tapi dia mahu simpan dulu bukti tersebut. Dia nak kumpulkan dulu bukti terbesar untuk ditunjukkan kepada anak lelakinya.


    " For now memang mama takde bukti. Tapi next time mama akan cari bukti. Jangan ingat selama ni mama senyap mama tak pernah bertindak. Remember that.." Walaupun menggunakan nada biasa dia memberi amaran, namun cukup keras Puan Mariam rasa. Air liur ditelan bagi menahan rasa resah di dalam dirinya.
    


  


    " Hello Mat...eh, macam mana kau buat kerja ni ha??!" Sebaik sahaja nombor Mat didail, terus dia sergah orang upahannya itu.


    " Eh, puan..kenapa marah-marah ni?"


    " Mahu aku tak marah, aku nak tanya kau ni. Macam mana kau buat kerja ha? Kau tahu tak, sekarang ni mak mertua aku, si Dato' Maznah tu dah syak aku tahu tak. Hei Mat, aku upah kau untuk buat kerja senang je. Aku suruh kau follow je si budak Riz tu supaya kau boleh cari berita hangat, lepas tu kau burukkan nama budak tu. Tapi apa yang kau dah buat?? Tak boleh harap lansung!!" Tengkingnya.


    " Ye kew puan? Maaf puan...saya betul-betul tak tahu puan pasal hal ni. Lain kali, saya akan berhati-hati puan. Maaf puan." Katanya dengan nada kesal.


    " Maaf maaf...itu jela kau tahu. Buat kerja sikit, minta duit bukan main lagi. Huh!! Sudahlah!...ni, aku nak kau lepas ni berhati-hati sikit. Buat masa ni aku nak kau stop follow budak Riz tu. Aku tak nak nanti kau tertangkap pula. Nanti bila ada masa yang betul-betul sesuai barulah aku nak kau follow perkembangan Riz tu balik, faham!"


    " Baik puan!..." Selesai mereka berhubung, talian dimatikan. Puan Mariam menarik nafas sedalam-dalamnya dan dilepaskan perlahan-lahan. Bunyi pintu bilik yang dibuka membuatkan dia beredar dari balkoni dan masuk semula ke bilik. Kelihatan suaminya, Encik Azhar baru pulang dari kerja.


    " Awal balik bang..." Tegurnya. Briefcase milik suaminya dicapai dan diletakkan di atas meja.


    " Hmm, saja nak balik awal hari ni. Meeting pun takde sangat. Ha, tadi ada pekerja mama bagitahu awak datang kat ofis tadi. Awak buat apa jumpa mama kat sana? Kenapa saya tak tahu lansung awak datang pejabat tadi?" Tanya suaminya. 


   " Err, saja...saja saya datang jumpa mama. Err, tadi saya pergi jumpa Datin Rokiah tadi, dia suruh kirim salam kat mama, alang-alang saya lalu pejabat abang, tu yang saya singgah tu jumpa mama." Balas isterinya. Alasan yang dicipta itu membuatkan Encik Azhar mengerutkan dahi tanda pelik. Takkan pasal tu je?


   " Hmm, apa-apa jela. Ni saya nak mandi ni, nak solat." 


   " Erm, abang dah makan?" Tanya Puan Mariam.


   " Dah, saya dah makan dengan Riz dengan eyqa sekali tadi. Saja singgah rumah diorang dulu tadi." Katanya, lantas tuala di penyangkut dicapai dan terus dia masuk ke dalam bilik air. Sejak kebelakangan ni, hubungannya dengan eyqa dan Riz semakin baik. Hatinya juga berasa lega kerana hubungan yang renggang selama ini dapat dieratkan semula. Tanpa disedarinya, Puan Mariam menahan rasa dendam di dalam hati mendengar tentang perkara tersebut. Argghh!!..
   
      ********************************************************************************************
    
  " Mak..."


  " Hmm.."


  " Mak..."


  " Iye..."


  " Mak, Hanis nak cakap sikit ni."


  " Atenya cakap jela. Susah beno nak cakap ni kenapa?" Kata Puan Zainab. Kain yang dilipat itu disusun kemas ke dalam almari. 


  " Mak, kalau Hanis bagitahu Hanis tak nak kahwin dengan Fariz mak marah tak?" Jujurnya. Adik Hanis,si Jue memandangnya, kemudian memalingkan muka menghadap ibu mereka. Puan Zainab hanya tersengih mendengar kata anak sulungnya itu.


  " La, buat apa mak nak marah. Mak tak paksa pun kamu kahwin dengan dia."


  " Aik, habis tu yang mak suruh kenal sangat dengan dia tu untuk apa?"


  " Mak suruh berkenalan je, ada mak paksa kamu kahwin? Takde kan..."


  " Mak ni..."


  " Haha..apalah akak ni. Bikin malu je..." Usik Jue sambil gelak kecil.


  " Eh kau budak kecik, diam." Balas Hanis pura-pura marah.


  " Wekk!"


  " Tapi kenapa kamu tanya mak macam tu? Kamu tak berkenan ke dengan budak Fariz tu? Mak tengok dia baik je.." Tanya ibunya.


  " Dia memang baik mak. Tapi...."


  " Ala mak, akak dah ada pakwelah tu. Tu yang dia cakap macam tu." Pintas adiknya. Terus riak wajah ibunya berubah.


  " Betul ke Hanis?" Ibunya meminta kepastian. Hanis hanya mendiamkan diri. Jue pula dah sengih-sengih. Ala, ngaku je la kak. Kau bukan tak tahu mak macam mana.


  " Urm...betullah tu." Jawabnya ringkas. Puan Zainab melepaskan keluhan.


  " Bawa lah dia datang sini. Mak nak tengok dia."


  " Err, mak pernah jumpa dia." Katanya. Jue pula memikirkan sesuatu, kemudian dia memanggil kakaknya.


  " Kak, takkan abang Ryo kut..." Tekanya.


  " Ha, apa? Si roro tu?" Kata Puan Zainab. Jue dah bantai gelak awal-awal. Geli perutnya mendengar si ibu menyebut nama ryo sebagai roro.


  " Mak, bukan roro lah...nama dia ryo...nama sebenar dia Rizman mak."


  " Hah, whateberla.." Pergh...mak aku speaking?? haha, comellah pula...


  " Mak, whatever...bukan whateber..." Jue membetulkan kesilapan ibunya. 


  " Ha, yela, apa-apa jela. Ni, betul ke budak tu jadi boipren kamu sekarang ni?" Jue hanya menggeleng mendengar emaknya yang sekarang ni giat cakap orang putih. Geli hatinya. Sejak join persatuan ibu-ibu tunggal ni, emaknya sekarang ni banyak belajar cakap bahasa english.


  " Err, betullah mak. Kenapa mak? mak tak bagi ke?" Tanya Hanis berhati-hati. Risau pula mak dia mengamuk. Puan Maznah mendiamkan diri sekejap. Dia memikirkan sesuatu.


  " Dik, bagi mak telefon kamu tu.." Pintanya. Jue yang sedang menaip mesej terhenti. 


  " Ha, mak nak handset adik buat apa?"


  " Bagi jela cepat." Katanya. Dengan rasa yang pelik Jue menyerahkan handsetnya kepada Puan Zainab kemudian dia dan kakaknya berbalas pandangan.


  " Nah, dail nombor roro tu, cakap kat dia kalau betul dia sayang kamu, mak nak dia balik kampung sekarang ni. Datang rumah kita. Mak nak cakap dengan dia depan-depan." Arahan dari ibunya membuatkan Hanis rasa terkejut. Apa pulalah mak aku nak buat sekarang ni...


  Hanis memandang jue sambil buat isyarat mata meminta pertolongan. Jue pula membalas dengan signal, 'HABISLAH KAU KAK....'




      ********************************************************************************************




  Lelaki itu melangkah masuk ke agensi setelah pulang dari bank. Apabila dia mahu ke bilik pejabatnya, kakinya terhenti di depan pantry. Kelihatan wanita yang selalu cari gaduh dengannya sedang membancuh minuman.


  " Ehem...buat apa tu?"


  " Tidur..." Balas Fura dengan rasa malas. Dah tahu aku tengah bancuh air ni, boleh tanya aku buat apa...
  
  " Amboi, baik punya jawab..." Katanya sambil tersenyum. 


  " Dah tahu bertanya lagi." Kata Safura pula.


  " Okay, sorry...buatkan saya air boleh tak?hauslah tekak ni...."


  " Maaf, sini bukan kedai nak order-order ni." Balasnya lagi. Aik, tunang aku ni boleh tahan juga balas. Takpe firdaus...sabar..sabar...


  Baru dia nak membalas kata-kata dari Fura, Rizman pula masuk ke pantry. Cawan yang elok tersusun di situ, diambil dan dituang air mineral, kemudiaN dia meneguk dengan rakus.


  " Bro, kau apehal?" Tanya Firdaus pelik. 


  " Habislah aku, Mak hanis nak jumpa aku. Hanis dah bagitahu pasal hubungan kitorang."


  " Ha, apa?" Fura pula bersuara. Pergh, cayalah Hanis, gila kentang berani bagitahu Mak cik Zainab pasal si Ryo ni.


  " Wait a minute....what is this all about? hubungan apa??" Tanya Firdaus.


  " Apa ke slow sangat En.Firdaus ni, kalau dia dah resah macam cacing kepanasan ni kompom-kompomlah diorang tu bercinta." Safura memerli Firdaus. Hai la minah ni, nasib baik aku sayang kau tau tak...suka-suka dia kata aku slow..


  " Pergh, kau tak bagitahu aku pun kan Ryo." Bahu Ryo dipeluknya. Dia berasa bangga dengan model tersebut. Akhirnya lelaki itu berani luahkan rasa cintanya pada Hanis.


  " Sorry ar daus....aku terpaksa rahsiakan hal ni dulu. Ni pun ramai tak tahu ni, cuma kau, fura dengan Qir je yang tahu. Aku tak nak nanti benda ni kecoh kat media. Kesian si hanis tu nanti. Jenuh dia nak menjawab." Katanya. Firdaus mengagguk tanda memahami.


  " So, macam mana? bila dia suruh kau pergi jumpa mak dia?" tanya Safura pula.


  " Err, kalau boleh dia suruh hari ni atau pun besok juga datang. Matilah aku..." Balasnya.


  " Rileks ar bro...masa ni la kau tunjukkan kau ni lelaki yang paling layak untuk berdamping dengan Hanis tu." Kata-kata Firdaus memberikan semangat untuk Rizman berjumpa dengan mak Hanis. 


  " Ha'a kan...tapi, esok aku ada shoot kat kL, camne?"


 " Itu kau jangan risau. Apa guna aku ni manager kau kan, masa ni lah kau perlukan bantuan aku. Aku akan uruskan hal tu. Don't worry, Fura ni pun akan tolong kau."


 " Eh, apasal pula saya yang terlibat ni." Safura menyampuk.


 " Aip, diam...diam...just follow what i just said okay. This is good for your housemate."


 " Tapi..." Kata-katanya terhenti bila jari telunjuk Firdaus melekat dibibirnya, menyuruhnya dia diam. 


 " Shhh...diam..." Katanya selamba. Jarinya ditepis kasar oleh Safura. Gila ke lelaki ni. Tiba-tiba suruh aku diam. Rizman memandang aksi dua insan di depannya. Apa hal buat drama depan-depan ni. Diorang ni ada apa-apa ke? Ah, lantaklah! Masalah aku lagi besar sekarang ni..


  " Betul ke Daus kau nak tolong aku ni?" Tanyanya meminta kepastian.


  " Betullah...aku rasa esok pagi kau kena bertolak balik kampung dia. Jangan risau, hal kerja kau, aku boleh uruskan. Aku boleh gantikan shoot esok dengan model lain. Kau pergi setelkan hal penting ni."


  " Thanks bro..." Ucapnya ikhlas. Harap-harap semua berjalan lancar esok. Jangan mak dia serang aku dengan batang penyapu sudah...dahlah mak si Hanis tu garang..Huh...semput jap!


   










* wink2....new update (^_^)....sorry update kali ni lambat, hehe, baru abeh final exam, so mase ni lah idea nak mengarang cerita ni mencurah-curah kan...haha, btw, enj0y reading ye..peace y0! (>_^)v