NILAI KASIHMU (21)


.


EpisoD 21






         Tumbukan di dinding rumah itu membuatkan Fasha jadi bertambah gerun melihatnya. Nampaknya kali ini Ardy memang betul-betul marah dengan perkhabaran yang baru disampaikan darinya tadi.

         “ Kenapa dari awal lagi you tak bagitahu? Kenapa baru sekarang Fasha?” Soal Ardy lagi dengan nada menahan sabar. Fasha menelan air liurnya.

         “ I call you banyak kali you tak angkat. Tambah pula hampir sebulan you pergi Thailand. Ni bila you dah balik sini barulah i dapat cakap.....”

        “ Dah tu kalau i tak angkat call dari you, you tak boleh hantar email? Mesej? Fikirlah sikit!!” Ardy memotong percakapan dari Fasha. Wanita muda itu menunduk.

        “ I’m sorry....” Ringkas Fasha membalas dengan nada yang lemah. Dia benar-benar sedih bila ditenking sebegitu sekali dengan buah hatinya.

    Sangkanya, lepas sebulan tidak berjumpa, dapatlah dia bermanja dengan Ardy. Namun sebaliknya pula terjadi bila dia memberitahu tentang anak tirinya, Iqram yang telah mengambil alih kedudukan dari suaminya, Tan Sri Arshad. Ardy mengambil tempat duduk bertentangan dengan teman wanitanya. Dia mula memikirkan sesuatu. Dia marah bila dapat tahu berita mengejut itu. Rancangannya untuk menyuruh Fasha mengambil alih tempat tan sri terbantut disebabkan perkara tersebut.

          “ Sayang, apa patut kita buat?” Tanya Fasha. Ardy merenung wanita itu dengan pandangan mata yang tajam.

         “ I takkan puas hati kalau hidup keluarga tan sri tak musnah seperti yang i dah plan dari dulu. I nak orang tua tu merana!” Kata Ardy. Fasha diam tidak membalas. Kemudian keadaan kembali sepi. Ardy bangkit dari duduk dan merenung ke luar jendela apartmentnya sambil mula memikirkan rancangan baru.

         “ I rasa dah tiba masa untuk hantar anak lelaki dia pergi dari dunia ni...” Ardy mula bercakap dengan penuh mendalam dan sinis. Fasha yang mendengar mengetap bibir. Tersentak dia dengan idea yang diluahnya oleh lelaki itu.





                        ************************************************






          “ Abang, jangan macam ni boleh tak? Lepaskanlah....susah Isya nak bernafas ni.” Arisya menegur kelakuan suaminya itu. Adam tergelak kecil. Sengaja dia memeluk erat isterinya dengan masa yang lama.

          “ Ala, kejap je lagi...two more minutes.” Balas Adam. Arisya mengetap bibir, kemudian dalam diam dia tersenyum. Makin hari makin bertambah sifat manja suaminya.

          “ Adam!!” Panggil umi dari luar bilik. Adam menyahut panggilan dari ibunya, namun tangannya masih tak lepas memeluk Arisya di atas katil.

         “ Dah bangun ke? Umi nak ajak kamu teman pergi pasar kejap lagi.” Kata uminya.

         “ Dah lama dah bangun. Solat subuh pun dah. Nanti Adam siap.” Balasnya lagi. Kini tiada lagi bunyi suara umi dari luar. Adam kembali menoleh bertentang mata dengan Arisya. Mata yang bundar itu direnungnya dengan pandangan penuh kasih sayang.

          “ Dahlah tu bang. Siap cepat. Abang dengar kan umi ajak pergi pasar tu. Lepaskanlah Isya bang.” Pinta Arisya. Adam berpura-pura tak dengar. Lelaki itu mula menutup mata dengan senyuman yang tak lekang dibibir. Arisya mula memuncungkan mulutnya menunjukkan tanda protes.

    Elok je selesai dia tunaikan solat subuh tadi, tiba-tiba suaminya menarik dia ke katil dan memeluknya dengan erat. Tapi Arisya tidak terkejut dengan tindakan suaminya. Sepanjang menjalani perkahwinan dengan Adam, situasi sebegitu memang dia sudah biasa. Sifat manja Adam memang sukar diubah.

     Tak lama kemudian kedengaran di telinganya bunyi dengkuran. Arisya tergelak kecil. Sengajalah tu suami dia berlakon tidur. Dia mencubit manja perut suaminya. Adam mengaduh kecil, kemudian lelaki itu menguntumkan senyuman. Dia melepaskan pelukan dari tubuh isterinya dan mula mencium lembut dahi Arisya sambil sempat membelai rambut wanita itu. Senang Arisya dengan layanan yang diberikan suaminya. Adam bangkit dan mula mencapai t-shirt lengan pendek dalam laci almari. Arisya mula menyikat rambutnya dan diikat kemas. Dia keluar dari bilik dan menuju ke dapur. Seperti biasa, ibu mertuanya sudah pun memulakan tugas menyiapkan sarapan untuk anak dan menantunya. Arisya memberi salam pada wanita tua itu dan mula membantu apa yang patut.


          “ Isya nak makan lauk apa tengahari nanti? Nanti boleh umi cari kat pasar tu.” Tanya umi.

          “ Isya tak kisah pun umi. Apa-apa pun takpe.” Balasnya dengan senyuman.

          “ Mana boleh apa-apa. Tu, dalam perut tu, takkan takde nak mengidam apa-apa. Cakap je, nanti umi masakkan.” Kata ibu mertuanya lagi.

          “ Urm, kalau macam tu, umi carikanlah ikan laut. Apa jenis pun takpe, janji ikan laut.” Jawabnya. Umi mengangguk dengan permintaan menantu kesayangannya itu.

    Arisya senyum lagi. Dia merasakan dirinya cukup bertuah. Kepahitan yang dialami dari zaman kecil kini dikembalikan dengan rasa bahagia yang tak terkira. Dengan layanan baik dari keluarga suami sudah cukup membuatkan Arisya rasa bersyukur yang amat. Ketika itu Adam pula muncul di dapur. Lelaki itu mula memeluk ibu kesayangannya dan mencium kedua-dua belah pipi umi. Umi ketawa sambil menampar lembut bahu anak lelaki tunggalnya itu. Tak ubah perangai dari sebelum kahwin sampailah dah nak jadi ayah. Manja tak sudah. Tapi Adam cuma manja dengan isteri dan ibunya sahaja. Di luar, perwatakannya memang berbeza. Di tempat kerja, dia merupakan seorang yang tegas.

         “ Umi buat apa pagi ni?” Tanya Adam.

         “ Mihun goreng je. Dah, pergi duduk luar tu. Kacau je. Nanti dah siap kita sarapan sama-sama.” Arah umi. Adam sengaja menunjukkan muka masam bila dirinya dihalau keluar dari ruang dapur. Arisya yang melihat situasi itu mula melepaskan tawanya.




                                 ****************************************


      

       Kehadiran Maria di muka pintu rumahnya membuatkan Arisya berasa gembira. Untuk seketika mereka berpelukan sebelum Arisya menjemput sahabatnya masuk ke dalam rumah. Sementara menunggu suami dan ibu mertuanya pulang, Arisya sempat meluangkan masa berborak dengan Maria. Sejak berkahwin, jarang mereka berdua berjumpa. Kini, bila ada masa terluang, inilah masanya mereka melepaskan rindu yang tersirat. Elok mereka rancak berbual, ketika itu kedengaran bunyi enjin kereta di halaman rumah. Arisya bangun dan menjenguk ke luar.

         “ Abang, lamanya pergi pasar...” Kata Arisya sebaik sahaja keluar dari pintu rumah dan mendekati suaminya.

         “ Tadi terserempak dengan Syafiq. Borak jap. Abang ajak dia datang tengahari ni makan sama. Nanti dia datangla.” Kata Adam.

         “ Oh ye, umi, abang, Maria ada kat dalam tu. Dia baru datang tadi. Boleh dia join lunch sini?” Pinta Arisya.

         “ La, yeke? Lama dah dia sampai?” Tanya umi.

         “ Baru je.”

         “ Eloklah dia makan sini. Lagi ramai lagi umi suka.” Balas ibu mertuanya sambil berjalan masuk ke rumah. Ketika itu Maria baru sahaja mahu keluar dan bersalam dengan ibu Adam. Arisya menemani suaminya seketika di luar. Mereka berdua berjalan seiringan masuk ke rumah.

          “ Yo Adam. Whatssup? Kenapa muka kau nampak macam cepat tua ha? Ha, ni mesti sebab kau selalu marah budak ofis kau kan? Hahaha...” Tegur Maria dengan nada bergurau. Adam menjungkitkan sebelah keningnya.

          “ Nak je aku sekeh kepala budak ni...” Adam berkata dengan nada yang perlahan, namun penuh dengan rasa geram. Maria terkekek ketawa melihat reaksi Adam. Dari dulu lagi hinggalah dia berkahwin dengan Arisya kini, layanan Maria terhadap dirinya lansung tak berubah. Suka sakitkan hatinya.

          “ Ceh, kau nak aku cepuk kepala kau sampai hilang ingatan? Hah?!” Adam mula membalas. Arisya menepuk bahu suaminya dengan perlahan sambil menahan ketawa. Pantang betul kalau dua orang ni berjumpa, mesti nak gaduh.

          “ Dah la tu bang. Janganlah ambil serius. Tahu kan Maria tu suka bergurau. Macam budak keciklah abang ni. Hehe...” Pujuk Arisya. Maria yang berdiri di belakang Arisya bersorak germbira kerana teman baiknya itu menyebelahi dirinya. Adam menarik nafas dan dilepaskan dengan perlahan. Lagi dia balas nanti, lagi sakit hati je dibuatnya. Baik dia turutkan je permintaan dari isteri tercinta.

           “ Owh ye Isya, aku ada something nak bagi ni.” Ujar Maria. Arisya melihat Maria mengeluarkan sesuatu dari begnya. Sebuah kotak bersaiz sederhana kecil yang dibalut kemas berada di genggaman Maria.

            “ Nah, special for my bff...” Maria berkata sambil memberi kotak tersebut kepada Arisya.

            “ Eh, kenapa tiba-tiba bagi aku ni?” Tanya Arisya ingin tahu. Kebetulan ketika itu Adam baru keluar dari bilik dan memandang sahaja kelakuan dua wanita muda itu.

             “ Lusa kan birthday kau. Aku nak jadi orang pertama yang bagi hadiah. Hehe....lagi pun sebenarnya esok pagi aku kena pergi Terengganu. Ada kursus kat sana tiga hari. Jadi, aku fikir baik aku bagi hadiah ni awal-awal kat kau.” Jelas Maria.

    Arisya tersenyum gembira. Maria meminta Arisya membuka balutan kotak tersebut. Permintaan dari teman baiknya itu diturutkan sahaja. Bila dibuka, terpampang seutas jam tangan berwarna perak. Arisya menutup mulutnya tanda tergamam. Walaupun tiada tanda harga yang terpampang di situ, namun dia pasti harga jam tersebut bukanlah murah. Adam mendekati isterinya dan melihat isi kandungan hadiah tersebut. Bila dilihat jam itu, Adam tersenyum. Dia menepuk bahu isterinya dengan lembut. Arisya berkalih memandang suaminya.

             “ Abang, tengok ni. Maria bagi....” Ujar Arisya. Lagaknya seperti kanak-kanak baru menerima coklat. Adam ketawa kecil. Terasa comel pula reaksi yang diberi oleh Arisya.

             “ Good for you...it’s beautiful. Takkan ternganga je tengok hadiah tu. Takde apa-apa ke nak cakap dengan Maria.”  Balas Adam.

             “ Maria, thank you so much! Jam tangan ni...cantik sangat. Thanks Maria.” Arisya berkata. Dia menghampiri tubuh rakannya itu dan memeluk Maria dengan erat. Maria ketawa kecil. Dia bahagia kalau Arisya suka dengan hadiah tersebut.

             “ Aku lega kalau kau suka. Eh, aku nak masuk dapur. Nak tolong mak cik masak.” Kata Maria dan Arisya mengangguk. Arisya berlalu ke bilik untuk menyimpan hadiah tersebut. Ketika Maria mahu berjalan ke arah dapur, Adam memanggilnya.

             “ Thanks for the gift. Bukan main suka lagi Isya dapat hadiah dari kau. Happy aku tengok dia macam tu.” Kata Adam. Maria tersengih.

             “ Well, it’s not a big deal. After all, she’s my special friend. Ah, lupa pula. Nanti bila aku dah balik dari kursus nanti, aku nak pinjam bini kau untuk sehari. Aku nak hang out dengan dia.” Adam tersenyum mendengar permintaan dari Maria.

             “ Yela, tapi jangan bawa dia berjalan jauh pula. Dia tu dah sarat.” Balas Adam.

             “ Aku tahulah. Hehe...” Maria membalas dengan sengihan. Ketika itu Arisya memandang mereka berdua dari pintu bilik. Dia tersenyum gembira. Walaupun sahabat baiknya selalu bergurau kasar dan mencari gaduh dengan suaminya, tapi bila melibatkan dirinya, mereka berdua boleh menyesuaikan diri dan berbaik walaupun dalam masa yang singkat. Syukur di dalam hati tak ternilai rasanya ketika ini. Kehidupannya yang dirasakan kini rasa bahagia sangat...




  

                                ******************************************




      Lelaki yang berusia hampir awal 60-an itu bangun mengejut dari tidurnya. Peluh yang menitik di mukanya dikesat dengan belakang tapak tangan. Sempat dia mengucap sebelum menarik nafas dan melepaskannya dengan perlahan. Jam loceng yang berada di atas meja sebelah katilnya diambil. Jarum jam sudah menunjukkan baru pukul empat pagi. Dia kalihkan pula pandangannya di sebelah. Dilihat isterinya, Fasha nyenyak tidur.

      Lama dia termenung di atas katil sambil memikirkan mimpi yang baru sahaja dialaminya tadi. Selalunya jika dia mimpi buruk, bila dia bangun mengejut, arwah isteri pertamanya, Puan Sri Indah pasti akan tersedar. Bila isterinya tersedar, dia akan mengusap lembut dada suaminya dan menenangkan lelaki itu supaya kembali tidur. Tapi sekarang, mustahil itu akan berulang semula. Rindu pada arwah isterinya semakin lama semakin menghantuinya. Perasaan bersalah yang tak pernah hilang dalam dirinya masih kekal.

        Beberapa tahun yang lepas, apabila dia dan isterinya mendapat berita buruk dari doktor tentang penyakit isterinya yang makin teruk kronik, dia merasa sedih yang amat. Setiap masa dia akan memikirkan hal tersebut. Suatu hari, Puan Sri Indah mencadangkan sesuatu pada dirinya supaya dia berkahwin lagi satu. Itu permintaan wanita tersebut. Bila dia menolak cadangan itu, isterinya berasa sedih.

             “ Awak ni kenapa? Jangan bagi saya idea yang gila boleh tak! Ini soal hidup. Jangan dibuat main-main. Saya takkan berkahwin lain. Bagi saya, awak je sorang isteri yang layak disisi saya.” Marahnya pada Puan Sri Indah. Tatkala itu air mata mula menitik di pipi wanita itu. Tan Sri Arshad tersentak melihat reaksi isterinya. Dia mula kesal bila meningkat suara tadi. Dengan lembut, air mata itu dikesat dengan hujung jarinya. Puan Sri Indah memegang erat sebelah tangan suaminya.

             “ Abang, saya dah tak mampu nak bagi abang kebahagiaan. Abang tahu kan pasal penyakit saya ni. Kanser saya ni dah sampai tahap paling kritikal. Saya mungkin takkan hidup lama bang. Jadi saya tak nak abang nanti hidup keseorangan. Sebab tu saya minta abang kahwin lagi satu. Sekurang-kurangnya nanti bila saya dah pergi, saya akan berasa tenang bila dapat tahu abang dah ada teman di sisi untuk temani abang.” Pinta Puan Sri dengan penuh esakan.

             “ Tapi....” Tak sempat Tan Sri Arshad mahu membalas, bibirnya ditutup dengan jari isterinya.

             “ Please....ini mungkin permintaan terakhir saya bang.” Rayu wanita itu lagi. Lelaki itu melepaskan keluhan yang berat. Dia tidak membalas permintaan dari isterinya, sebaliknya dia memeluk erat wanita itu.

       Kenangan beberapa tahu lepas masih lagi diingatnya. Perit dia turutkan permintaan dari isterinya itu. Sejak berkahwin dengan Fasha, kurang masa dia luangkan untuk Puan Sri Indah. Ini kerana Puan Sri Indah banyak memintanya supaya temani Fasha bila ada masa terluang. Dia mahu suaminya memanjakan madunya itu. Lagi pun katanya, Fasha tu muda. Pasti gadis itu akan berasa bosan dengan perkahwinan kalau tidak diteman. Itulah alasan yang sering diberi oleh arwah isterinya.

          Lelaki tua itu mula bangkit dari katil dan menuju ke bilik air. Dia mahu mandi dan mengambil wudhu. Lagi pun dia dapat rasakan matanya tidak boleh lelap semula. Elok dia selesai melakukan semua itu, apabila dia mula membuka pintu bilik, kedengaran isterinya, Fasha bercakap dengan seseorang. Dia sengaja membuka semula air pancut dan mula mengintai di celah pintu yang dibuka sedikit itu. Kelihatan Fasha bercakap dengan seseorang di telefon.

            “ I told you already. Don’t call me at home. Kalau husband i dapat tahu macammana? Nanti dia mula syak nanti habis I. Ni mujur dia dalam toilet. You nak apa sayang call time macam ni?” Tanya Fasha. Sambil itu matanya sempat menjeling  ke arah bilik air. Mujur suaminya masih lagi berada di dalam sana.

            “ What? You nak pergi Thailand time ni? Then bila you nak laksanakan rancangan you tu? You juga cakap you tak nak ambil masa yang lama untuk buat semua yang dirancang. I takut nanti plan you fail.” Ujar wanita itu.

            “ Hmm, kalau you dah buat backup plan takpela. Baguslah tu. You memang bijak Ardy. Ni yang buatkan I bertambah sayang kat you.” Sambung Fasha lagi dengan suara yang manja.

       Segala bait kata yang keluar dari bibir wanita itu dapat didengar dengan jelas oleh Tan Sri Arshad. Namun reaksi lelaki tua itu masih tenang. Dia sudah dapat agak apa yang dirancang oleh isteri mudanya itu. Pasti wanita itu ada membuat rancangan lain dengan kekasihnya untuk menghancurkan hidup keluarganya. Semenjak kematian isteri pertamanya, selepas beberapa bulan hidup dengan isterinya lagi satu, Fasha, dia dapat rasakan sesuatu yang berlainan. Dia sentiasa rasa kurang selesa. Lakonan mesra yang ditonjolkan wanita muda itu terhadapnya tidak boleh membuatkan dia melepaskan dinding pertahanan di sekelilingnya. Sejak setahun yang lepas, dia membuat keputusan untuk mengupah penyiasat peribadinya untuk menyiasat tentang isteri mudanya itu. Apa pun permainan yang Fasha dan teman lelakinya buat untuk menghancurkan hidupnya, dia akan sahut permainan itu. Dia juga takkan mengalah. Bila tiba waktu yang sesuai, segala perbuatan wanita itu pasti dia akan bongkarkan dan dia sendiri akan tetapkan hukuman yang sesuai. Tapi satu je persoalan yang sering bermain di mindanya. Bila dia melihat gambar yang diambil oleh penyiasat peribadinya, dia seakan cam wajah lelaki muda itu. Tapi pemikirannya seolah-olah kabur.





                             ***********************************************
 


         
         Rambut gadis itu dibelai dengan lembut dan penuh dengan kasih sayang. Arisya yang nyenyak tidur lansung tidak sedar dengan perbuatan dari suaminya. Adam tersenyum bila melihat wajah comel Arisya bila gadis itu mengingau. Mahu sahaja dicubit-cubit pipi isterinya. Dia bangkit dari katil dan mula menuju ke meja kerjanya. Malam ini dia mahu menyambung sedikit kerja yang tertangguh di pejabat. Laci meja dibuka. Ketika dia mahu mengambil pendrive, matanya terkalih pada kotak merah panjang di hujung laci tersebut. Dia mencapai kotak tersebut dan mula membukanya. Terpampang seutas rantai tangan emas putih yang dibelinya. Gelang itu ditempah khas untuk diberi pada Arisya pada hari jadi gadis itu nanti. Tersenyum dia bila mengingatkan kejadian tengahari tadi.


             Selesai makan tengahari bersama, Syafiq mengajak Adam duduk di halaman rumah. Manakala Maria dan Arisya mengemaskan pinggan mangkuk di atas meja. Umi pula masuk ke bilik untuk menunaikan solat zohor. Di luar rumah, dua lelaki itu mula duduk dan berbual-bual.

                “ Owh ye, nah. Ni nasib baik aku teringat apa yang kau pesan tadi.” Ujar Syafiq sambil memberikan sebuah kotak kecil pada Adam. Dengan segera Adam mengambilnya dan mula disorokkan ke dalam baju. Adam mula menoleh sekeliling. Risau-risau kalau isterinya nampak.

                 “ La, rilekslah Adam. Risau sangat pun Arisya nampak. Kelakar pula bila aku tengok kau gelabah macam ni. Tak berubah lansung bila kau bujang dulu. Haha...” Syafiq membalas sambil ketawa. Lucu dia melihat reaksi Adam ketika itu. Masam muka Adam bila dirinya diketawakan.
                 “ Oh, apa pun terima kasih wei. Aku ingat nak pergi kedai tu semalam untuk ambil gelang ni. Tapi tak sempat pula. Nasib baik aku terjumpa kau pagi tadi kat pasar.” Katanya. Syafiq senyum je.

     Pagi tadi bila mereka berdua bertemu secara tak sengaja, Adam meminta tolong sesuatu padanya. Bila ditanya, Adam memintanya supaya pergi ke kedai emas untuk mengambil sesuatu yang sudah lama ditempahnya. Dia pula tidak kekok untuk membantu. Lagi pun dia faham, Adam kalau hujung minggu macam ni, mesti dia kena bawa umi pergi ke pasar dan menemani uminya membeli barang. Jadi pasti Adam tidak ada masa untuk pergi mengambil tempahan yang dibuat.

                 “ Ha, lagi satu. Aku dah call restoran tu. Aku dah bookingkan dah untuk kau luangkan masa untuk dinner dengan wife kau nanti.” Kata Syafiq lagi.

                 “ Yeke? Thanks sangat-sangat wei. Serius kalau takde kau, tak menjadi plan aku. Aku boleh terlupa pula pasal booking tu. Mujur kau dah call.”

                 “ Aku kenal sangat dengan kau ni. Aku faham dah. So, kau dah bagitahu plan kau ni kat umi?”

                 “ Dah. Kau dengan umi lah orang yang terawal aku bagitahu rancangan ni. Aku nak buat suprise untuk Isya.”

                 “ Hmm, untung bini kau. Walaupun suaminya bengis, cepat marah, tapi bila dengan bini, alahai, manja bukan main....sayang tak terkira.” Usik Syafiq sambil ketawa. Adam mula menumbuk perlahan bahu temannya itu. Ni lagi sorang. Sama macam Maria. Pantang nampak peluang, pasti dia akan kena.

       Adam ketawa kecil bila teringat perbualannya dengan Syafiq tengahari tadi. Ada betul juga apa yang dicakap oleh Syafiq. Dia juga sedar, bila dirinya berdekatan dengan Arisya, segala kasih sayang dia mahu tonjolkan di depan gadis itu. Cinta yang ditanam sejak kahwin, makin lama makin mendalam tumbuh di dalam dirinya. Sambil memegang kotak berwarna merah hati itu, dia merenung ke arah Arisya yang sedang nyenyak tidur di atas katil. Senyuman terukir di bibirnya. Tidak sabar dia mahu menunggu untuk meluangkan masa di hari jadi Arisya nanti.






·         Wink2....update again. Sorry ambil masa yang lama untuk sambung cerita. Gejala writer’s block muncul dalam hidup saya ni. Huhu....dah tu baru-baru ni bila idea, baru dapat tulis. Apa pun, enjoy baca k =)

  1. Saya suka......

  1. macam ada sumthing yg buruk bakal berlaku . hmmm . tak suke :(

  1. best la.. jgan jdi apa2 sudah lah kat Adam.. please writer.. ♥

  1. cik sahara x de smbungan lgi ke tergantung x best lh bce cpt lh smbung lgi..

  1. bile nk sambung cik sahara tergntung bce x best lh

  1. Xde sambungan die kee !?