cinta is l0ve...bab 2


.



bab 2 









  'ishh!!geramnye aku ngan mamat tu!!ade ke patut dia cakap air kopi yang aku buat rase cam air arang.Kot ye pun tak sedap agak-agakla nak bandingkan air buatan tangan aku ngan air arang.tapi..dia pernah ke rasa air arang??ish,gilelah bos aku ni. Apalah nasib aku ditakdirkan bekerja ngan mamat sewel tu!'..


  Sedang dia bermonolog sendirian sambil membuat kerja,tiba-tiba ada satu ketukan kecil di mejanya.Segera dia mendongak untuk melihat tuan empunya tangan tersebut.


  'Fuhh!!ensem siot mamat ni!!kalah pelakon korea. Aduh,rase macam dah fall in love for the first sight la pulak.hehe..'

  "ye encik boleh saya bantu?encik siapa?ada apa?nak jumpa siapa?dari mana?" Oit sheera,ape jenis secretaryla kau ni!!mane ade secretary tanya banyak soalan macam kau ni, buat malu je!!

  "erk,encik..sorry ye.Saya ni memang jenis macam ni.Terlebih ramah pulak." 

   Lelaki tu diam je.Berkerut dahinya melihat Sheera. Mana taknya,seumur hidup dia tak pernah lagi dia jumpa secretary yang mcm ni.Memang betullah kata Farish, setiausaha dia pelik.


   'hehe,pelik tapi menarik.' bisiknya di dalam hati. Sheera da naik segan ditenung oleh mamat ensem tu. Dia melambaikan tangan di depan muka lelaki tersebut.

  "oh..ye,sorry..awak ni secretary baru En.Farish ye?saya sepupu dia, Firdaus. Saya nak jumpa dia.Dia ade kat dalam?"

  "ade..kejap ek saya bagitahu dia."

  "eh..tak payah, biar saya sendiri masuk bilik dia. Dia dah biasa dah. Erm,by the way,can i know whats your name??"

  "Shaheera.." balasnya dengan agak malu-malu gitu.

  "Cantik name tu secantik orangnya..kalau cik shaheera tak keberatan,sudi tak keluar lunch dengan saya hari ni?"
ceh,sah2 mamat ni romeo celup.Harap je muke ensem,tapi gatai.Cancel la panggil kau ensem!!

   "er...saya.." 

   "Woi daus!bile kau sampai??" belum sempat sheera nak menjawab,bosnya telah menegur mereka dari belakang.


'fuh,selamat...nasib baik dia da tegur dulu'

   "Dah lama da..aku pergi jumpa ayah kau tadi. Alang-alang aku da ada kat sini ingat nak ajak kau lunch same-same,kali ni aku belanja..kau free tak ni?"

   "Untuk kau aku selalu free..lagi pun dah nak masuk time lunch ni.j0mla.."

   "j0m,tapi sebelum tu..."

   "ape??" Dia memerhatikan sepupunya itu menuju ke arah setiausahanya. 'dia da mula da...'

   "Jom lunch sama-sama.." sekali lagi dia mengajak sheera untuk turut serta. Mase tu serba salah sheera dibuatnya. Dia jeling ke arah bosnya di belakang firdaus. Dia nampak bosnya sudah buat muka. 


  'nak lunch ngan mamat sewel tu??jangan harap!!' 


  Nak je dia cakap macam tu tapi dia hanya mampu berkata-kata dalam hati. Karang kalau cakap depan bos dia kang mahu jugak dia kena tendang keluar dari company tu. Bukan senang nak dapat kerja sekarang ni.

   "er..takpela en.firdaus,saya dah janji dengan kawan saya nak lunch sama-sama."

   "0wh,ye ke.erm,takpela kalau macam tu,maybe another time i guess??"

   "er..maybe." 

   "Bagusla awak tak ikut skali, jimat duit daus ni. Daus,kau ni kalau ajak p0mpuan lain aku tak kisah, tapi si sheera ni kuat melantak woo..mau makanan kat satu restoran tu dia je yang habiskan."
  
  Mak aih!ni dah melampau ni,ade ke patut dia cakap aku kuat makan!!eii..kalau sini bukan 0fis dah lama aku cincang-cincang kau pastu bagi anjing makan!
  
   "Kau ni farish, ada ke patut cakap macam tu." Firdaus sound balik sepupunya itu,tapi nak jugak dia tergelak tadi. Mana taknya,dia tengok muke sheera dah lain dah. Rupa macam nak bunuh je si farish tu,yang si farish pula dah tersengih-sengih. Kebelakangan ni dah jadi tabiatnya mengusik sheera...Dia pun tak pasti kenapa,mungkin disebabkan incident bulan lepas. 

            
             **************************************************************************************

  "Ni apehal muka macam kucing baru lepas mati ni?kena marah dengan bos ke?"Pelik Syafiq melihat wajah adiknya.Boleh kata setiap hari semasa dia hendak menjemput adiknya pulang mesti wajah sebegitu yang dilihatnya.

  "bukan kena marah,tapi asyik terkena je.Gilalah si farish tu...kalau adik tak fikir dia tu bos adik,dah lame dah adik toyoh-toyoh muke dia ngan taik kerbau tau!!" Melambak ketawa Syafiq setelah mendengar rungutan dari adiknya. Boleh pulak dia fikir nak toyoh dengan taik kerbau,dah takde idea lain ke ape minah ni...

   "Ha..gelakla!!gelak lagi sampai perut tu pecah.Along dengan farish tu same je!!" 

   "adoiyai..penat dah along ketawa.kau ni dik,takde idea lain ke?taik kerbau juga yang kau fikir..manela along tak gelak.oklah,untuk mengembirakan adikku yang sorang ni apa kata malam ni along belanja tengok wayang.ok?"

   Terus tersenyum sheera dibuatnya. Asal dengar orang nak belanja je, terus dia suka.

    "er..wayang je ke?"

    "wayang jela..kau nak lebih-lebih pula.Along bukannya dapat gaji lagi." Dari tersenyum terus masam balik mukanya. Syafiq tersenyum tengok telatah adiknya. Itu jelah satu-satunya adik dia yang ada,dialah racun...dialah penawar.

   
             ********************************************************************************



   "mama,ni ade bangla jual karpet datang umah!..adoi!!"  Ambik kau,kan da kena ketuk kat kepala.

   "kau cakap sepupu kau yang ensem ni bangla jual karpet??memang kau ni kurang di ajar sungguh.Terguris hati ini.." Firdaus berlakon seolah-olah merajuk dengan sepupunya itu.

Puan sri Rafidah tersenyum melihat gelagat anak saudaranya. Farish dengan firdaus memang rapat sejak dari kecil lagi.Mereka ibarat adik beradik. Maklumla, anaknya sorang je. Agaknya sebab itulah farish mengaggap firdaus ibarat abang kandungnya.

     "hehe..sori bro.Kau datang tak bagitahu aku pun."

     "Mama yang jemput daus datang makan malam sekali.Apa salahnya,lagipun papa kan outstation,tu yang mama ajak dia skali tu.Meriah sikit rumah ni. Nanti daus tidur sini jela ye.."

      "0k auntie sue.."balas firdaus sambil tersenyum. Rumah farish sudah dianggapnya seperti rumah kedua. Yela,mak ayah dia kat luar negara,dia je yang tersangkut kat sini,daripada duduk rumah sorang-sorang baik dia join sepupunya.

      "0it..aku nak tanya sikit ni."Farish dah pelik melihat kelakuan firdaus. Mana taknya,tiba-tiba nak bertanya pun mintak izin.

       "Kau tanya banyak pun aku tak kisah wei.Kau kan banyak mulut.Ad0i!!" ha,kan da kene ketuk lagi.tulah aku ni,lain kali mulut tu jaga.Insuran nyawa dah ade,tapi insuran mulut takde lagi..huhu.

      "Macam mana sheera tu b0leh jd secretary kau?selama ni aku tengok secretary kau sumer same je,tapi dia lainlah aku tengok."

      "Bukan aku yang pilih,papa aku yang pilih.kenapa?"

      "Hmm..aku rasa aku suka dengan dia.."

    pffurghh!!tersembur air yang diminumnya apabila terdengar luahan hati Firdaus.Dan yang paling teruknya air yang disembur tu memang betul-betul kena muka firdaus.



   Firdaus apa lagi,muka dah berubah menahan marah. Segera dia menunjukkan penumbuknya dan berura-ura mahu menumbuk farish tapi segera farish berlari menyelamatkan diri.Akhirnya dia selamat melarikan diri di dalam biliknya.Segera dikunci pintu biliknya.


   'takkanla...tak boleh jadi ni, firdaus tak boleh bersama sheera!' 


  Dia merenung ke arah pintu biliknya.Kedengaran ketukan dan jeritan memanggil namanya dari luar.
   
   'pe yang patut aku buat..'

  1. cte yg mnarik..sy ske la watak sheera ni..pndi awk pilih watak..tp jgn gne terlalu byk bhse sms ek..hahaha

  1. thanz shira...mentang2 name awk pn shira ye..ha3..ok,next n3..aq x wat ayt sms da..terbiase pula kai ayt2 sms ni..hehe.thanz 4 de k0men=)