cinta is l0ve...bab 3


.


bab 3





  ' Hmm..aku rasa aku suka dengan dia..'


   Kata-kata dari firdaus minggu lepas masih lagi terngiang-ngiang di kepalanya. Kenapa perlu aku rasa macam ni. Itu hak dia,aku tak boleh halang.Tapi aku takut minah tu pula jadi mangsa dia seterusnya.Bukannya aku tak tahu siapa Daus tu. Apa perlu aku buat??
  Sedang dia termenung, kedengaran ketukan di pintunya. Segera dia menyuruh orang tersebut masuk.

   "Encik, ni fail yang encik mintak tadi." Sheera menghulurkan fail yang diminta itu kepada bosnya. Dia memerhati kelakuan bosnya sejak kebelakangan ini,mamat ni apehal?da lame dia tak cari gaduh ngan aku. Seminggu ni senyap je..pelik aku.

   "sheera..."

   "er...ye saya.Ada apa encik?"

   "hari ni appoinment saya dengan en.rashid pukul berapa?"

   "after lunch, at 3 pm."

   "erm,ok. Tolong panggilkan jumaidah masuk ke bilik saya pukul 12 setengah kejap lagi,suruh dia bawak pelan yang patut saya bawak petang ni.Lastly kalau takde apa-apa lagi awak boleh keluar sekarang."   serius dia bercakap tapi lansung tak pandang sheera. Sibuk meneliti fail di tangannya. 

   'Pelik!..memang pelik. Dah sah mamat ni sakit, dia dah tak cari gaduh ngan aku lagi ke?ish,tak biasa pula kalau tak gaduh-gaduh ni.Rindula nak gaduh.ha?!..rindu??!..sah,aku pula yang gila ni..ada ke patut aku rindu.Baguslah kalau dia tak cari pasal dengan aku. tenang hidup ni..'

   "0it sheera!" Ha,ni lagi satu hal.Tak reti-reti nak bagi salam betullah minah dua ekor ni.hantu betul!!

   "Assalamualaikum wahai gadis-gadis. Ada apa yang boleh saya bantu?"terus salam dia dijawab. Mieza dengan jumaidah dah senyum-senyum malu kena perli.Ambik kau..tau pun malu.

   "kau ni sheera,aku bukan tak nak bagi salam tadi,tapi kau tu kitorang tengok dari tadi asyik termenung je...ape kes??" mieza dah mula buat ayat untuk cover malu tadi. Jumaidah kat sebelah dah tarik kerusi untuk duduk. Yang si mieza ni pulak selamba je duduk kat tepi bucu meja sheera.Nasib baiklah minah ni kurus,kalau tak mahu roboh meja aku ni.

   "ni mesti kau tengah termenung pasal kekasih hati kau kan.."Jumaidah dah mula dah. Ni minah dua ekor ni kalau sehari tak mengusik aku memang tak boleh ke?

   "Mana ada,aku tengah terfikir tadi. Perangai b0s kita tu pelik semacam la..macam moody pun ade. Kalau tak selama ni dia la yang kec0h kat ofis ni."

    "la...betul la aku cakap tadi,kau tengah pikir pasal  kekasih kau!!" Budak dua ekor tu dah mula gelak gila-gila.Yang si sheera ni buat muka blur( tak dapat pick up lagi tu..)

    "kau ni sheera,apehal slow sangat?macam tak biase pula,pakwe kau kan en.farish." Sekali lagi diorang ketawa. Sheera dah mula sedar yang dia dipermainkan. 

    "karang aku sumpah korang berdua ni jadi batu caves baru tau..pe ke sengal sangat pikir yang si mamat tu leh jadi pakwe aku.Gila korang ni." Sekali lagi mieza dengan jumaidah ketawakan si sheera.

    "Kau ni sheera,dah takde idea lain ke nak sumpah kitorang. Sumpahla jadi beg jenama gucci ke,de juga bestnye.ini batu caves..pe klas?" balas mieza. Mieza dah mula berdiri setelah penat dia duduk di bucu meja tersebut.Mana taknya,tajam!!sakit punggungnye.

     "Adoi..penat aku gelak.hmm...sheera,jap lagi jom pergi lunch sama-sama." Jumaidah dah mula bangun dari kerusi. 

     "yela...eh jue,sebelum aku terlupa,bos suruh aku panggil kau tadi.Dia nak jumpa.Dia suruh kau bagi pelan yang dia suruh kau setelkan last week tu kat dia sebelum kau keluar lunch jap lagi."

     "ha?setahu aku semalam aku dah bagi kat encik farish. Pelik.."Jumaidah dah pandang mieza dengan muka peliknya. Mieza mengangkat bahunya tanda tidak tahu.

     "takkanla dia tak dapat lagi. Apa kata kau pergi masuk bagitahu bos tu. Dia tak sedar kot kau bagi semalam."   


   Mieza menyuruh jumaidah menerangkan sekali lagi kepada bosnya itu. Jumaidah terus menuju ke arah biliknya bosnya itu,setelah beberapa kali mengetuk pintu dia masuk. Setelah beberapa minit sheera dan mieza menunggu sambil berbual, kelihatan jumaidah keluar dari bilik en.farish sambil tersenyum.

     "Kau apehal senyum-senyum ni?bos bagi naik gaji ke?"Sheera perli balik .

     "Banyaklah kau naik gaji. Aku tersengih ni sebab tengok bos tu macam dah tak betul dah. Ada ke patut dia terlupa yang aku dah bagi pelan tu semalam." tersenyum dia mendengar penerangan jumaidah.



              **************************************************************************



     "Mane al0ng ni??dah berpeluh ketiak aku ni tunggu."Apa lagi,sheera ni kalau kena tunggu lama sikit mulala membebel sorang-sorang. Mamanya selalu menegur perbuatannya itu. 

    "tak elok cakap sorang-sorang ni,nanti adik kena cop orang gila."

    "ala mama,adik ikut perangai mama la ni.Asal mama tak puas hati dengan papa je mama cakap sorang-sorang."Bulat mata mamanya itu memandang dia.Bukan tu je,siap dapat hadiah lagi, satu cubitan yang agak menyakitkan hinggap di pinggangnya.

     Tersengih dia apabila memikirkan hal itu.Memang dia suka mengusik ibunya .Sedang dia syok memikirkan hal tu,ada sebuah kereta betul-betul berhenti di depannya.

    'eh,takkan along dah tukar kereta.'bisiknya di dalam hati. 


Setelah tingkap kereta itu diturunkan muncul muka firdaus.
    "oh,en.firdaus...ingat orang nak culik saya tadi.hehe." ceh sheera,perasan betul kau ni.Ada ke patut kau cakap macam tu kat sepupu bos kau!..


  Firdaus dah tergelak mendengar kata-kata sheera itu.


 "takkanla saya nak culik awak,berdosa tu.Masuklah,saya hantarkan awak balik."


  Sheera dah awal-awal menolak. Siap bagi alasan lagi bahawa abangnya akan sampai sekejap lagi.

    "dah nak malam ni,jomla..nanti awak call abang awak bagitahu saya tumpangkan awak..c0me on,takkan awak tak percaya kat saya k0t?takdenya saya nak buat benda tak senonoh,don't worry."  Sheera dah mula serba salah.Bukan itu yang difikirkannya.

     "Bukan macam tu en.firdaus. Saya risau menyusahkan je nanti."

     "takde susah-susahla.Jom, hari dah nak hujan ni." 


 Setelah dia berfikir sejenak,terus dia masuk ke dalam kereta tersebut. Terus kereta itu bergerak meninggalkan bangunan tempat kerja sheera. Tanpa mereka berdua sedari,di hujung jalan ada sepasang mata yang memerhati.
      
               *****************************************************************************


  "tersengih-sengih!mesej dengan awekla tu!" Sergah sheera dari belakang abangnya. 


  Akibat terkejut dengan teguran tiba-tiba dari adiknya itu,syafiq menampar bahu adiknya tanda amaran 'jangan manyibuk!!'

   Sheera menggosok bahunya setelah ditampar oleh abangnya.


  'usik sikit pun tak boleh'


  Terus dia menjulur lidah kearah abangnya. Syafiq turut membalas dengan menjulur lidah. Mana boleh kalah wei..dua-dua ni name je dah dewasa,perangai kalah budak tadika. Sheera dah mula buat aksi membuka langkah taekwondo,konon-konon nak ajak berlawan dengan abangnya. Si shafiq pula dah mula buka langkah kung fu,ala-ala jackie chan. Belum sempat dua-dua nak 'fighting', sebelah telinga sheera ditarik dan begitu juga sebelah telinga syafiq.Siapa lagi yang tarik kalau bukan mak diorang. Papa yang tengah baca surat khabar buat tak tahu seolah-olah takde apa yang berlaku.(yang sebenarnya tak nak masuk campur pasal takut kena cubit jugak nanti).

   "sakit ma...sakit" Dua-dua merayu dilepaskan.

   "korang berdua ni dah besar, tapi perangai macam budak tadika. Nak gaduh lagi?"

    "tak ma...kitorang janji tak buat lagi."dua-dua minta dilepaskan. Setelah puas pn.faridah mengenakan kedua-dua anaknya itu,segera dilepaskannya.Sheera dah usap-usap telinga dia,begitu juga syafiq.Perit woo...!

    "Adik,jap lagi tolong mama masak,malam ni pak long nak datang."

    "ok mama..tapi adik nak pergi solat asar dulu." 


Terus dia naik melangkah ke arah biliknya itu. Baru je dia nak masuk bilik air, terdengar handphonenya berbunyi tanda ada mesej masuk. Segera dia mengambil handsetnya dan menekan butang open untuk melihat mesej tersebut.Berkerut dahinya membaca nama tuan empunya mesej tersebut.

    "Farish??.."
     
   

  1. best r...yg tgk firdaus n sheera 2 mst farish kn...nmpknye farish da mle ske kat si sheera ni..i like..hahaha..kalu bole sahara ctekn sikit pasal pagai si mieza n si jumaidah nie...pagai sheera tu ad sikit2 mcm pagai sy la..hahaha

  1. ye ke?kal0 camtu awk pun mesti gile2 mcm si sheera tu kan..ha3=)

  1. eh..xla sy owgnye serius n senyap...tp sy tgk sheera ni kecoh je...xsama yg samanye kelam kabut die je...hahhaha

  1. btol2.. pelbgaikan lagi watak jue + mieza tue.

  1. haha..watak jue ngan mieza bkn stakat sini je..de lg kat bab len..sab02=)