cinta is l0ve...bab 5


.


bab 5



    "Pernah tak kau terfikir nak kahwin?"

 Zaidi memandang sahabatnya itu. Zaidi merupakan sahabat karib Farish sejak dari sekolah menengah lagi. Sudah lama mereka tidak berjumpa. Ini kerana selama ini Zaidi ditugaskan mengajar di Sabah. Setelah tiga tahun barulah dia dapat tukar ke kuala lumpur.

    Farish mengacau minuman itu kemudian diminumnya. Dia menghalakan padangan ke luar restoran. Kemudian dia menoleh ke sahabatnya itu.Reaksi yang diterima seperti yang dijangka. Farish menggeleng.

    "kenapa?" sekali lagi Zaidi bertanya. Farish hanya mengeluh.
   
    "Entahlah..seru tak sampai lagi."
    
    "Yela tu,ke sebab lain?"
    
    "Takde sebab lainlah, yang kau tanya aku ni kau bila nak kahwin pula? takkan tunang lama sangat kot..kesian tunang kau tertunggu-tunggu."  Sengaja dia mahu menukar topik. Malas mahu membicarakan tentang dirinya.
  
     "Sebab tu lah aku mohon tukar kat kL ni. Senang aku nak menghadap muka tunang aku tiap-tiap hari. Alhamdulillah dapat tukar. Bab kahwin tu aku serahkan kat famili aku. Biar jela diorang tentukan tarikhnya. Lagipun aku dah lama ready."  Zaidi menayangkan giginya itu. Happy je nampak, maklumlah selama ni terpaksa jauh dengan tunang.
   
     "kau boleh tak tutup mulut kau tu. Kalau nak senyum pun tak payahla nak tayang gigi kau tu. Dahlah ada sayur melekat kat celah gigi. Ingat putih suci sangat ke gigi kau tu?!"

  Tersedak zaidi apabila dikenakan sahabatnya itu. Dia menghirup airnya dengan menggunakan straw dan kemudian di target air itu ke arah Farish..and "SHOOT!!" 
Tapi Farish cepat mengelak. Dia dah boleh meramal apa tindakan seterusnya.
  
   'Kenapala aku dapat member pengotor macam ni. Dari dulu sampai sekarang itu je taktik kau zaidi... Aku bukanlah lagi farish yang kau boleh sembur-sembur dulu.hehe...'  
  
   "wah,dah expert kau ye dapat mengelak tembakan aku tadi."
   
   "well,tengok orangla." 

  Mereka berdua ketawa bahagia. Memang itulah yang dirindukan, saling bergurau senda.
   
    "Kau kena kahwin cepat-cepat dengan tunang kau tu, dah lama sangat dia tunggu kau. Karang tak pasal-pasal dia cari lelaki lain, melepaslah kau."  Farish memberi nasihat kepada zaidi tetapi masih lagi dalam nada mengusik. 

    "Eleh, kau dah takde modal lain ke nak takut-takutkan aku? Aku percayakan tunang aku tu. Lagipun kau kan ada,kau boleh tengokkan dia selalu kan. Kalau dia curang kau cepat-cepatla inform kat aku."

     " Banyaklah kau punya inform. Kau fikir aku ni spy kau??Takde keja aku nak memerhati tunang kau 24 jam." Sekali lagi mereka berdua ketawa. Tiap-tiap kali berjumpa tak sah kalau tak saling bergurau macam ni.

      "hmm...tapi aku tahu sebab kau tak nak kahwin. Bukan sebab seru tak datang lagi kan?"  Zaidi kembali serius memandang kawannya itu. Farish kembali menghadap zaidi. Dia dah angkat kening sebelah ala-ala 'the rock'.

        "Kau ni ada je. hmm,sebab ape?"

        "Sebab dia kan..." 

Farish yang baru mengangkat gelasnya itu untuk minum terus tak jadi minum. Sekali lagi dia pandang ke arah Zaidi. Sahabatnya itu sentiasa tahu apa yang berlegar di fikirannya, dan kemudian merenung ke luar tingkap restoran.
   
        'ya, memang sebab dia.. ' bisiknya di dalam hati.


                 ********************************************************************************

   Gadis yang berpakaian baju kurung berwarna hijau muda itu masih lagi di situ memandangnya sambil menghadiahkan satu senyuman yang amat menyenangkan hati si jejaka. Dia menghampiri gadis tersebut, dan kemudian duduk di sebelahnya. Gadis itu mencapai tangan si jejaka dan menggegam erat seolah-olah tidak mahu melepaskannya.
  
    Mulut lelaki itu terukir sebuah senyuman sambil sebelah kanannya menyisir rambut kekasih hatinya itu dengan lembut. Sejak dulu lagi dia sudah terpaut dengan kelembutan wajah si kekasihnya. Dia juga tak mahu melepaskan gadis itu pergi. Kalau di iizinkan tuhan dia mahu bersama gadis itu sepanjang hayatnya. 
    
     Tetapi tiba-tiba wajah gadis itu kembali muram. Tiada lagi senyuman di bibir mungil itu. Dia juga turut melepaskan genggaman tangan jejaka tersebut. Mata dia dan mata jejaka itu bertembung. Dari anak matanya itu tergambar kesedihan yang sukar diceritakan. Lelaki tesebut seolah-olah memahami dengan apa yang kekasihnya itu mahu. Dia melihat gadis itu bangun dari tempat duduk tadi dan mula melangkah pergi dari situ. Dia mahu menghalang tetapi tidak mampu berbuat sedemikian. Seolah-olah ada kuasa besar yang menghalang. Akhirnya hanya juraian air mata yang menitik di pipinya. Terasa hatinya pedih yang amat.

    "Farish...bangun nak."  Puan sri mariam mengejutkan anaknya untuk menunaikan solat subuh.

      Farish terdengar suara ibunya sayup-sayup memanggil dia. Dia terus membuka matanya dan melihat ibunya yang sedang tersenyum ke arahnya.
   
    "Bangun ye..papa ajak solat berjemaah. Cepat ye siap."

  Lembut je ibunya berkata. Dia hanya mengangguk. Setelah dia pasti anaknya sudah bangun, dia melangkah keluar dari biliknya. Dia masih duduk di atas katil sambil memandang langkah ibunya keluar.

    " Aku mimpi lagi..." Dia meraup mukanya. Kemudian dia turun dari katil dan melangkah ke bilik air untuk membersihkan dirinya dan kemudian solat jemaah bersama keluarga.

                   ******************************************************************************



   " Aduh!! lenguh dah kaki aku ni. Boleh pulak pak cik teksi tu bawak lari handbag aku. Penat aku kejar!!" 

  'Padahal aku yang tertinggal beg tu kat teksi. Boleh pula aku salahkan pakcik tu.hehe. Tapi yang aku tak puas hatinya dah la aku penat berlari kejar kereta dia. Dah dapat balik tu boleh pak cik tu perli aku kaw kaw. Boleh pulak orang kat tepi bus stop gelakkan aku time tengah kejar tu. Apalah nasib aku ni.' 

   Dia menyandarkan badannya di dinding bangunan itu kemudian dia menunduk. Dia memikirkan peristiwa tadi sambil tersenyum. Kelakar pun ada.

    "Tulah, macam manalah boleh tertinggal beg tu. Nasib baik pak cik perasan kau tengah kejar teksi pakcik ni ar. Amacam, dah kurus sikit dah?"
   
    'Mak aih orang tua ni. Aku dah penat-penat kejar dia boleh pulak dia gurau camtu. Perli ke ape? Aku dah cukup kuruslah ni. Ni pun mak aku paksa makan banyak lagi bagi naik badan ni. eii,nasib baiklah kau ni lagi tua tau,kalau tak dah lama dah tak selamat kau ni. Aku fire karang taulah kau nanti!!' 


  "Assalamualaikum?termenung jauh nampak." Tersentak sheera apabila ada orang yang menegurnya. Terus dia toleh kat sebelah. Jumaidah dah senyum memandangnya.

   "eh,jue...mana ada aku termenung. Aku tengah pandang lantai ni ha...cantik betul lantai ni,sapelah yang buat ek?"  Ayat cover malula tu. Jumaidah dah faham sangat dah si sheera ni.

    "Mieza mana? bukan dia patut datang dengan kau sekali ke?" Jumaidah dah mula buat muka bila nama mieza diungkit. Sheera dah start pelik. Takkan diorang gaduh kot.

     "Mieza tak jadi datang. Kayu balak dia tiba-tiba datang kat rumah pagi tadi. Ada hal penting dia nak jumpa mieza tadi. Tu yang aku datang sorang-sorang ni. Kesian kan aku ni."
   
      "Ceh, pasal tu je! aku mati-mati ingat korang ni gaduh ke apa. Pe la kau ni jue, mieza takda,aku kan ada." Jumaidah senyum semula bila dengar sahabatnya itu cakap macam tu.
     
    'Segila-gila sheera ni pandai juga pujuk ye..hehe.' 

  Bisiknya di dalam hati. Terus dipaut tangan sheera dan menariknya masuk ke dalam mall. Hari ni dia mahu membeli barang hantaran untuk perkahwinannya. Semalam dia menerima panggilan dari tunangnya menyuruhnya membeli barang hantaran dengan segera. Mana taknya,si jumaidah ni asyik bertangguh je beli barang kahwin dia. Manalah tunang dia tak bising. 

   "bestnya orang dah nak kahwin kan...aku ni takde sape pun nak." Dia dah mula dah buat ayat sedih.

   Jumaidah memandang sheera di belakangnya. Ketika itu dia sedang memilih kasut lelaki untuk hantaran kahwinnya. Dia berura-ura mahu membaling kasut ditangannya itu ke arah sheera. Sheera dah awal angkat tangan tanda 'give up!'

   "Kau ni jue, aku baru nak buat drama sikit. Rilexla,gurau pun tak boleh.."
  
   "Nak gurau konon. Engkau tu ramai yang nak, tapi kau je yang jual mahal. Si Malik yang kat ofis tu tiap-tiap hari ajak kau keluar kau tak nak. Dah tu sekarang ni buat ayat sedih lak. Aku cepuk baru tau!!"
  
    Sheera dah menghampiri kawannya itu,kemudian diambil kasut yang berada di tangan jumaidah dan diletakkan di bahagian rak kasut itu. Lepas je dia letak kasut tu dia pandang ke arah jue sambil buat tanda 'peace'. Tersenyum jumaidah melihat telatah sheera. Baru je sheera nak pergi ke sudut sebelah kasut tu, dia ternampak kelibat seseorang yang dikenali bersama seorang gadis disisi. 
   
      'Macam farish...tapi siapa perempuan tu? Awek dia ke?!..'

    "0it, kau pandang siapa tu? aku panggil dari tadi tak jawab."  Jue mencuit bahu rakannya itu.

    "Ha..takde sapelah. Kau dah pilih belum?"
   
    "Dah,aku pergi bayar dulu ye.." Sheera hanya mengangguk. 
    
    Setelah jumaidah melangkah pergi, sekali lagi dia menoleh ke arah tadi untuk melihat farish. Tetapi bayang-bayang meraka berdua tidak lagi kelihatan.





  1. nk..nk..nk..lagiiiii..sahara kalu leh post la byk2..xcited ni..hahaha

  1. sab0r2...nnt den p0st.hehe=)