0
comments
cinta is l0ve...bab 6
.
Farish
membiarkan saja gadis itu memeluk pergelangan tangannya. Dia melihat gadis itu
bukan main ceria lagi. Dia juga seronok melayan telatah gadis tersebut. Mana je
perempuan tu melangkah dia turut ikut. Maklumlah dah lima tahun tak berjumpa.
“ Abang,
kalau beli baju ni untuk ibu ok tak?”
“ Ok, lawa je. Abang rasa mesti ibu suka nanti. Pandai isya pilih.”
“ Mestilah, diakan ibu isya. Apa yang ibu suka isya tahu.”
Tersengih gadis itu apabila farish mencuit
hidungnya. Dia mengambil baju di tangan isya dan memanggil pekerja di situ
untuk urusan jual beli. Setelah selesai, mereka berdua keluar dari kedai
pakaian tersebut dan menuju ke KFC di tingkat bawah mall . Hari ni tidak
ramai, mungkin sebab dah lepas waktu lunch. Aisyah atau dipanggil isya memilih
meja di tepi tingkap. Sementara dia menunggu
Farish beratur untuk membeli makanan dia terpandang dua orang gadis yang
duduk selang dua meja dengan mejanya. Setelah lama dia memerhati gelagat mereka,
dia tersenyum dan terus bangun menuju ke arah mereka berdua.
“ Kak
Jue...” Terus Jumaidah menoleh ke belakang untuk melihat orang yang
memanggilnya.
“eh, isya kan??”
Isya hanya mengangguk. Terus Jue bangun dan memeluk isya. Lama mereka
berpelukan. Sheera hanya memerhatikan mereka berdua. Jue menoleh ke arah sheera.
Terus dia menarik isya duduk disebelah sheera.
“Sheera...ni aku kenalkan isya, anak jiran aku. “
Sheera terus bangun masa isya dah hulur
tangan nak bersalam. Jue terkejut dengan tindakan sheera. Mereka berdua melihat
sheera menuju ke sinki. Lepas je basuh tangan, Sheera balik kat tempat diorang
duduk tadi. Dia tersengih memandang jue dan isya. Mana taknya, sorang muka
terkejut, sorang lagi buat muka terkilan. Terus dia mengambil tangan isya dan
menyalamnya sambil tersengih.
“Sorry tadi, bukan niat tak nak salam,tapi tangan ni kotor baru lepas
makan. Takkan nak salam pula kan bila tangan kotor.”
‘ceh, buat suspen je minah ni. Nak je aku jentik dahi dia!!..’ Jue dah mula mengurut dadanya itu.
Manalah tahu tiba-tiba je sheera nak buat perangai. Isya mula mengukir senyuman
dan menyambut salam itu.
“Ingat tak suka saya tadi.” Tergelak
Sheera mendengarnya.
Jue dah mula jeling sheera. Dia buat-buat tak
nampak jelingan kawannya itu. Baru je Sheera nak buka mulut terdengar ada orang
di belakangnya memanggilnya isya. Terus dia menoleh ke belakang.
“Isya, kenapa lari kat sini?” Farish sempat pandang ke arah jue dan memberi
satu senyuman kepada jue dan sheera. Sheera dah mula pelik.
‘Apahal
bos aku ada kat sini. Dia kenal jiran jue ni?’
Farish terus duduk di sebelah jue. Jue pula
selamba je. Seolah-olah dia lansung tak pelik dengan kehadiran bosnya. Si
isya pula menerangkan kepada Farish kenapa dia beralih tempat. Terus mereka
bertiga bersembang seolah-olah tidak ada apa yang berlaku. Sheera tiba-tiba
rasa dirinya bagaikan orang asing. Dia tengok jue rancak je bersembang dengan
farish dan isya. Jue ni macam dah kenal lama je dengan farish ni.
‘ Hello!!...i’m still here! Ke aku ni dah jadi invisible sampaikan
sorang pun tak perasan aku kat sini.’ Jeritnya
di dalam hati. Seolah-olah terdengar suara hati sheera itu, jumaidah menoleh ke
arah sahabatnya.
“Sheera, kau ni apehal? Dari tadi lagi aku tengok muka kau lain je?”
“Er, takde pape.”
“Owh,ni mesti kau pelik kan kenapa Farish pun ada kat sini sekali?” Sheera terus mengangguk tanda ingin
tahu. Dia tengok farish. Bukan main mamat tu ratah ayam goreng. Macam orang
tak makan seminggu. Lapar sangatlah tu.
“ Farish ni abang angkat isya..Mak isya ni dulu ibu susuan farish. Dulu
mak isya ni lah yang menjaga farish. So, sebab itu aku rapat ngan diorang ni.
Isya ni muda setahun dari kita sheera, sekarang ni dia 22 tahun. Dia belajar
kat luar negara,kat Australia. Ni pun aku tak tahu dia dah balik, nasib baiklah
terjumpa kat sini. Lagi satu aku kerja kat company bapak Farish ni pun sebab
farish yang bagi peluang.” Isya kat sebelah sheera hanya senyum mendengar
penjelasan dari jumaidah.
Sebab itu juga jumaidah selamba je panggil
bos dia farish. Rupa-rupanya dia dah kenal lama dengan farish ni. Kalau pekerja
lain terserempak dengan farish diluar mesti mereka panggil dia dengan panggilan
encik. Cuma sheera ni je memandai panggil bos dia farish (dia memang digelar
minah selamba kalau di sekolah dulu). Tiada lagi panggilan ‘encik’. Cuma di
pejabat sahaja panggilan itu digunakan.
Baru je jue nak sambung cakapnya tadi,
isya dah menyampuk kata jue. “ Lagi satu
bakal suami kak jue ni kawan baik abang farish. Siapa namanya ye..erm,ha..Zaidi
kan kak jue?” Jue hanya mengangguk. Sheera pun angguk juga. Dah fahamlah
tu.
“ ha, isya..terlupa pula akak, sheera ni secretary Farish tau. Dah
hampir setengah tahun dia kerja kat company tu.”
Isya tersedak bila mendengar kata
dari jumaidah.
“ Owh, dia ni la yang abang....adoi!!..” Belum sempat isya menghabiskan
katanya itu, kaki dia dah kena tendang dengan farish. Tapi muka farish masih
lagi selamba makan. Sheera dengan jue dah mula pelik dengan kelakuan isya.
“Kenapa
isya?” Sheera memegang bahu isya. Hairan dia bila isya tiba-tiba mengadu
sakit.
“
takde pape..hehe. Tadi tu terlanggar kaki meja ni.” Isya menjeling farish
dan tidak lama kemudian dia tersenyum memandang sheera.
Sheera mengambil cheezy wedges di
pinggannya dan menyambung makan. Dibiarkan jue dan isya bersembang. Yela,
masing-masing lama tak berjumpa, mesti banyak cerita yang nak diluahkan. Baru
je dia nak mengambil minuman di hadapannya farish dah sambar dulu cawannya miliknya.
Terjengil matanya memandang farish yang selamba je minum.
“ Farish, air saya tu!!.. ”
“ Ala, air aku dah habis. Lagipun aku tercekik tadi, tu yang aku sambar
je cawan yang terdekat. Tu pun nak berkira ke?”
Selamba je dia bagi alasan macam orang tak
bersalah dan dari situ bermulalah satu adengan ala-ala scene tikus ngan kucing
bergaduh. Bukan main berdebat lagi. Jue dengan isya dah tersenyum-senyum melihat
telatah mereka berdua. Isya mengakui di dalam hatinya, walaupun Farish tua enam
tahun darinya, tapi perangai kebudakan masih lagi melekat pada diri farish.
**************************************************************************************************
Lama isya memandang farish disebelah. Farish
hanya meneruskan pemanduannya namun dia perasan akan pandangan dari isya itu.
Dia membiarkan sahaja kelakuan adik angkatnya.
“
cantikkan kak sheera tu.” Dia memulakan bicara setelah lama menyepi dalam
kereta.
“
hmm...” Itu je dibalas oleh farish.
“ abang, that’s it! Please forget about
the past..i think sheera is the one for you.” Kata-kata tersebut menarik perhatian farish untuk memandang
ke arah isya. Pelik dia sebab tiba-tiba je adik angkatnya itu bercakap begitu.
“ I don’t get it? what do you mean
sheera is the one for me?”
“ Isya tahu dari cara pandangan abang
terhadap sheera. You like her.”
Tersenyum farish mendengarnya. “ Doesn’t meant the way i look at her,
that’s mean i love her. Come on, she my secretary. Beside that i admit i like
the way she are, but that doesn’t mean i love her isya.”
“ abang...”
“ stop it isya, i don’t want to talk
about it.”
Isya terus diam. Tidak jadi mahu
membicarakan tentang perkara itu. Dia melihat wajah farish yang tenang itu
kemudian mengeluh. Isya membuang pandangannya ke luar tingkap.
“ Tapi cara pandangan mata abang kat
sheera sama macam cara abang pandang Julia.” Terkedu farish mendengarnya.
***********************************************************************************************
“ Mak aih, banyaknya kau shopping jue. Ni kau
nak kahwin ke satu famili kau yang nak kahwin ni?” Mieza menyakat sahabatnya.
Jumaidah terus baring kat sofa di ruang tamu
rumah itu disebabkan penat seharian berjalan. Dia dan mieza memang duduk
serumah sejak bekerja di syarikat yang sama. Rumah keluarga Jumaidah dan mieza
agak jauh sebab itu mereka berdua menyewa rumah itu bersama seorang lagi iaitu
kak huda. Rumah teres satu tingkat itu milik Huda namun disebabkan Huda tinggal
bersendirian dia menyewakan bilik di rumah miliknya kepada dua orang gadis tersebut.
Huda tidak bekerja sama dengan mereka, tetapi dia bekerja sebagai interior
designer di syarikat milik bapa saudaranya.
“ Kau ni aku tengah penat-penat ni, kau
boleh lak membebel kan. Kesianla sikit kat aku ni. Dahlah kau tak ikut sama,
kalau kau ikut kuranglah sikit beban aku nak mengangkat barang ni.”
Mieza senyum memandang kawannya. Dia terus duduk di hujung kaki jue kemudian menepuk perlahan betis
jumaidah. “ Sorryla beb, tiba-tiba je Yusof datang tadi. Aku pun terkejut
sebenarnya tadi. Dia tak cakap pun kat aku nak datang kL ni. Katanya nak buat
surprise. Takkan aku nak halau pula kan, kesian dia datang dari jauh.”
Jumaidah dah mencebik memandang mieza.
Mieza tersenyum melihat kawannya yang pura-pura merajuk. Setelah puas dia
baring di sofa itu dia terus bangkit dan mengeluarkan barang yang dibelinya
tadi dan menunjukkannya kepada mieza.
“ Ha, aku terlupa nak bagitahu kau. Cuba
teka siapa yang aku ngan sheera jumpa masa kat mall tadi?”
“
Err...ha! David blaine!! Adoi,..sakitla jue!!.. Manalah aku tahu kau jumpa
siapa kat sana tu. Bagitahu jela..” Rungutnya sambil menggosok bekas
cubitan di pehanya. Jumaidah tersenyum puas. Tulah orang tanya elok-elok
dia boleh gurau pula.
“ Aku jumpa anak jiran aku dengan bos. Aku
pun tak sangka isya dah balik malaysia ni.”
“ So??”
mieza sudah pun tahu akan hubungan jiran jumaidah dengan
bosnya itu. Dulu Jumaidah pernah ceritakan padanya ketika dia bertandang ke rumah
rakannya itu raya tahun lepas. Dia pelik melihat bosnya berada di sebelah
rumah keluarga jumaidah. Lantas jue menceritakan segalanya kepada mieza tentang
persoalan tersebut.
“
Then kitorang lunch sama-sama tadi. Kau tahulah bila si farish tu dah jumpa
dengan sheera macammana kan. Kecoh satu restoran kfc tu sebab diorang. Malu
gila aku kat situ tadi. Rasa nak je seret si isya tu blah dari situ. Yang tak
boleh blahnya, diorang gaduh pasal rebutkan air minuman. Aku pun tak tahulah
kenapa dengan diorang ni.”
Tergelak mieza mendengarnya. Jue hanya
senyum sambil geleng kepala. Yela, first time dalam sejarah diorang kerja kat
company tu tengok bos dengan secretary sendiri asyik bergaduh pasal hal kecil.
Bosnya pun satu, setiap hari pasti menyakat sheera. Macam dah jadi rutin harian
pula. Mana sheera tak mengamuk. Tengah seronok mereka bersembang perihal sheera
dengan farish, kedengaran bunyi enjin kereta dimatikan dihadapan rumah.
Terjengul muka kak huda di depan pintu.
“yeay yaey....kak huda dah balik!!” Serentak mereka berdua bersorak
keriangan, kemudian masing-masing tergelak. Kak huda juga turut tergelak
melihat telatah mereka berdua yang dah serupa macam kanak-kanak riang.
“ Akak ada beli sate ni. Nanti malam makan
sama-sama ye.” Terus dia meletakkan makanan yang dibelinya itu di atas meja
dapur dan kemudian keluar ke ruang tamu untuk berbual-bual bersama mereka
berdua.
“thank you kak huda. Ni yang sayang lebih
ni..!!” Mieza
menghampiri kak huda sambil tersenyum (bodekla tu). Kak huda dah buat muka. Dah
arif sangat perangai gila-gila housematenya.
“Wah..banyaknya
shopping. Untuk saya ke jue? Terima kasihlah susah-susah je belikan. Saya bawak
barang ni masuk bilik dulu ye.”
Dengan selamba je kak huda mengambil barang-barang
yang baru dibeli jumaidah dan membawanya lari ke dalam bilik. Suka dia menyakat
budak-budak rumahnya. Terkejut jue melihat kelakuan kak huda lantas segera
mengejarnya. Tergelak mieza melihat telatah mereka berdua. Penuh ceria rumah tu
dengan gelagat penghuninya.