cinta is l0ve...bab 11
.
cinta is l0ve
“ Betul ke apa aku buat ni?”
“ La,apasal lak tak betul?, kau datang dengan niat yang baik. Bukannya
kau nak buat jahat pun. Cepatlah keluar, dah berpeluh aku duduk dalam kereta
ni.”
Firdaus berdiri di depan keretanya. Farish
pula masih lagi di dalam kereta sambil matanya meliar melihat kediaman di
depannya. Tadi sebelum habis waktu bekerja, dia meminta Firdaus menemankannya
untuk bertandang ke rumah tersebut. Bila dah sampai, berat pula hatinya nak
keluar dari kereta.
“ Kau nak keluar ke tak ni? Ke kau nak aku
seret kau masuk rumah tu? Cepatlah, dah berbulu ketiak aku tunggu kat luar
ni!!”
“ Dah berapa panjang bulu kau tu?” Boleh pula mamat ni gurau lagi. Firdaus dah angin satu
badan melayan kerenah sepupunya yang sorang ni.
“ Dah cukup panjang dah....cukup
panjang untuk lilit leher kau tu. Aku cekik kang baru tau. Cepat keluar!!” Bagaikan ada satu kuasa menariknya,
dia terus keluar dari kereta. Kes takut kena belasah dengan Firdaus.
“ Ha...ape lagi bagilah salam!!”
“ Err...aku tiba-tiba teringat, kambing aku kat rumah tu tak makan lagi.
Aku balik dululah.” Belum
dia sempat melangkah, tali leher di bajunya dah kena tarik dengan Firdaus.
“ Banyaklah kau kambing!! Setahu aku kat rumah tu, kau yang kambing!
Cepat bagi salam!!”
“ Kalau cam tu kau sepupu kambinglah ye...”
“ Farish Daniel..!!”
“
Okay, okay...aku bagi salam!!” Cuak dia melihat muka lelaki di depannya,
kang tak pasal-pasal mamat ni tukar jadi ‘The Incredible Hulk!!’.
“ Assalamualaikum!!” Lama
diorang tunggu, tapi salamnya masih tidak dijawab. Sekali lagi Farish memberi
semalam, masih lagi seperti tadi. Dia menggaru kepalanya yang tidak gatal itu.
Dipandangnya Firdaus. Firdaus membuat isyarat ‘tunggu kejap’.
“ Aku rasa takde oranglah dalam rumah ni.
Jomlah blah.”
“ Tunggu dulu, aku macam dengar orang
melalak kat dalam rumah tu. Apa kata kau jerit kuat-kuat bagi salam.” Cadang Firdaus pada Farish.
Pada masa
yang sama....
I'm talkin'
bout love
All my girls stand in a circle and clap your hands this is for you
Ups and downs highs and lows no matter what you see me through
My boyfriend he don't answer on the telephone
I don't even know where the hell he goes
But all my girls we're in a circle and nobody's gonna break through
L,O,L,O,L,O,L.O.V.E
L,O,L,O,L,O
Oh did you hear me say?
L,O,L,O,L,O,L.O.V.E
L,O,L,O,L,O
Did you hear me say
L,O,L,O,L,O,L.O.V.E
L,O,L,O,L,O
Im talkin' bout
L,O,L,O,L,O,L.O.V.E
L,O,L,O,L,O......
All my girls stand in a circle and clap your hands this is for you
Ups and downs highs and lows no matter what you see me through
My boyfriend he don't answer on the telephone
I don't even know where the hell he goes
But all my girls we're in a circle and nobody's gonna break through
L,O,L,O,L,O,L.O.V.E
L,O,L,O,L,O
Oh did you hear me say?
L,O,L,O,L,O,L.O.V.E
L,O,L,O,L,O
Did you hear me say
L,O,L,O,L,O,L.O.V.E
L,O,L,O,L,O
Im talkin' bout
L,O,L,O,L,O,L.O.V.E
L,O,L,O,L,O......
“ Adik!!” Puas
Puan Faridah menjerit memanggil anak daranya itu. Dari tadi kusyuk sangat
karoeke. Tak tahan punya pasal, terus dia mencabut plug radio.
“
La, apasal mama cabut plug tu...adik tengah syok nyayi ni.”
“ Banyaklah kamu nyanyi. Menjerit adelah...tu ada orang datang tu. Pergi
tengok siapa yang datang.”
Sheera menarik muka masam. Namun kakinya melangkah ke tepi tingkap. Diselak
langsir untuk melihat orang yang bertandang ke rumahnya. Terbeliak matanya
apabila melihat Farish berada di luar bersama Firdaus.
“ Mama...tu macam bos adik je.”
“
Dah tu tak reti-reti lagi nak jemput diorang masuk. Pergi cepat...panas diorang
tunggu kat luar tu.”
“
Ala, mama jelah pergi. Seganlah....” Tersengih dia memberi alasan yang
agak-agak menyakitkan hati. Puan Faridah membulatkan matanya tanda amaran untuk
anaknya itu. Sheera yang seolah-olah faham dengan signal ‘DANGER’ itu terus
berlari menuju ke pintu depan. Segera dibukanya pintu geril rumahnya.
“ Encik Farish, Encik Firdaus...buat apa
kat sini?”
“ Saja je datang nak melawat, semalam
farish ada cerita kat saya pasal excident tu.. Sheera ok tak ni?”
“ Ok je...lagipun tak cedera pun.
Semalam tu just terkejut je.Eh, jemputlah masuk, panas kat luar ni.” Farish dan Firdaus melangkah masuk ke
rumahnya. Sheera berjalan menuruti langkah itu dari belakang. Masa tu dia rasa
hati dia berdegup dengan laju setiap kali perlu berhadapan dengan Farish. Ini
semua disebabkan kes semalam.
“ Jemput duduk nak....adik, pergi
dapur buat air. Hidangkan sekali kuih yang mama baru buat tadi.”
“ Air paip boleh ma...”
“ Eh budak ni, aku cepuk kang baru
tau. Kamu nak bagi tetamu kat rumah ni sakit perut ke apa...Cepat pergi buat.” Tersengih dia bila dapat mengusik
ibunya itu. Terus dia masuk ke dapur menyiapkan hidangan makan petang.
“ Err, berdua je ke mak cik kat rumah ni?” Farish ramah bertanya.
“ Sekarang ni memanglah berdua je, suami
mak cik dengan anak sulong tu tak balik lagi kerja ni. Ni siapa pula?”
“ Saya sepupu Farish mak cik,
kebetulan pula saya ni kawan satu ofis dengan zidan.”
“ Owh, zidan suami eyqa tu ye...” Firdaus hanya mengiyakan dengan
mengangguk.
“ Encik Farish, terima kasihlah susah-susah
datang melawat. Terima kasih juga sebab bagi cuti kat anak mak cik tu.”
“ Takpe mak cik, lagipun salah saya juga semalam. Cuai bawa kereta.
Saya nak dia berehat kat rumah. Yelah, takut dia still terkejut lagi kan.
Kitorang datang ni pun nak melawat Sheera. Risaukan keadaan dia.”
Farish melihat sheera membawa hidangan minum petang ke arah mereka bertiga. Sheera berhati-hati menuangkan air kopi ke dalam cawan. Tengah cover tu, baik punya sopan tatatertib dia masa menghidangkan minuman. Kalah perempuan melayu terakhir.
“ Terkejut dia tu dah hilang dah semalam. Ni dari pagi sampai ke petang
kerja dia duk rumah ni asyik karoeke je. Melalak dari tadi lagi. Dah terlebih
sihat sangat dah tu.”
‘
aduh...mama aku ni, kenapalah jujur sangat. Ma...sesungguhnya anakmu ini
beruntung dapat ibu yang jujur. Tapi kot ye pun nak jujur, janganlah straight
to the point!!. Malu adik ma...boleh jatuh saham anak dara mama ni!!’
Cepat-cepat dia beredar dari situ dan menyorok kat dapur. Malu kena kutuk
dengan mak sendiri kat depan bos dia pula tu.
Farish dan Firdaus tergelak kecil
mendengar cerita dari Puan Faridah. Pada masa itu juga kedengaran bunyi enjin
kereta dimatikan di depan rumah.
“
Yo Daus!! Bila sampai?!” Laung Syafiq dari pintu rumah. Lagak dia menjerit
tu macamlah rumah teres tu besar macam padang bola sepak. Dia memang rapat
dengan Firdaus sejak kenal dengannya semasa kenduri kahwin adik
saudaranya,eyqa. Kadang-kadang dia akan mengajak Firdaus untuk turut serta
bermain futsal pada hujung minggu.
“ Yo..yo!! aku ketuk kepala tu dengan yoyo baru tau. Bertuah punya anak.
Salam mana?”
“
Hehe, assalamualaikum mak...” Dihampiri ibunya sambil tersenyum. Dia bersalaman
dengan Farish dan Firdaus kemudian duduk di sebelah ibunya.
“
Papa tak balik lagi ma?” Soalnya sambil mencapai seketul karipap dan
dijamahnya. Matanya meliar di sekeliling rumah, “Adik mana ma?”
“
Tak lagi, kejap lagi baliklah tu. Adik kat dapur tu. Tengah main dengan bobby
la tu. Kucing kesayangan dia tu mana boleh jauh dengan dia. Malu agaknya dengan
farish dengan firdaus ni. Tu yang dia melekat kat dapur tu..Mama nak masuk
dapur ni, nak masak untuk makan malam. Nanti Daus dengan Farish makan malam kat
sini ye...”
“ Eh, tak payahlah mak cik, buat susah-susah
je...” Serentak mereka berdua bercakap, kemudian masing-masing tergelak.
Puan faridah juga turut ketawa kecil.
“ Takde susahnya. Meriah sikit kalau ada tetamu ni. Syafiq layan tetamu
ye...”
“ Yes madam!!...”
Siap buat tabik spring lagi kat ibunya.
*******************************************************************************************************
Selesai makan malam, Syafiq mengajak
Firdaus dan Farish duduk di halaman rumah untuk berbual-bual. Encik Mustafa
pula menonton berita di depan televisyen. Masa tengah makan malam tadi, bukan
main mesra lagi bapannya melayan Farish. Dah macam melayan menantu pula.
Maklumlah, bos anak dia tu. Kenalah layan elok-elok. Sheera dan ibunya
mengemaskan meja makan.
“ Idah
oh idah...mehlah teman abang ni tengok berita. Sunyilah....”
“ Aduh orang tua ni....gatal dia dah sampailah tu. Awak tengoklah berita
tu sorang-sorang. Saya tengah sibuk nak kemas ni.” Sheera yang kat sebelah ibunya,
menggigil satu badan. Seram tengok mak ayah dia buat aksi manja depan dia.
Namun di sudut hatinya gembira dengan kemesraan pasangan suami isteri itu.
“ Ala, apa guna awak ada anak dara tu. Biarkan dia buat semua tu.”
“
Mama, better mama cepat pergi kat papa tu. Naik bulu roma adik ni ma...kang
makin parah penyakit gatal papa tu.” Tersengih ibunya mendengar. Malulah
tu. Ibunya terus duduk di sebelah ayahnya sambil mencubit manja pipi suaminya
itu. Bukan main mesra lagi. Sheera terus cabut masuk dapur, tak sanggup nak
layan aksi manja-manja tu.
“
Sibuk ke?”
“ Opocot mak nenek aku kahwin
lagi!!” Tengah kusyuk
basuh pinggan tu, tiba-tiba je dengar suara. Manalah dia tak terkejut. Kedengaran
ketawa yang agak kuat dari belakangnya. Farish
dah menahan perutnya sebab lucu dengan apa yang dilihat tadi. First time tu
tengok secretary dia melatah. Bila sheera tunjuk muka masam terus dia senyap.
Gulp...!!
“
Err...marah ke?”
“ Taklah...suka sangat!!” Dia meneruskan
mencuci pinggan di sinki itu.
“
Sorry...saya tak sengaja. Sheera, awak marahkan saya ke?” Sheera diam je.
Sebenarnya masa tu bibir dia dah menguntumkan senyuman kecil. First time dia
dengar bos dia panggil saya awak. Kalau tak sebelum ni kau aku. Berbunga riang
dia mendengar suara itu memanggil namanya lagi.
“ Taklah, terasa sikit je...”
“ Sorry sangat-sangat ye...err, lagi satu sorry pasal semalam. Pasal
terpeluk tu saya tak sengaja. Spontan masa tu. Sumpah demi Allah bukan niat
saya nak ambil kesempatan kat awak.” Bertambah senyuman di bibir Sheera
mendengarnya. Namun Farish yang ketika itu berada di belakang Sheera tidak
nampak senyuman yang ditunjukkan.
‘ tau pun kau gelabah Farish!!
Kenakan kau syok ni!!..’
Dalam hati dah niat nak berlakon merajuk. Dia memusingkan badannya ke belakang meghadap farish. Alangkah terkejutnya dia kerana badan Farish benar-benar hampir dengan dirinya. Farish ketika itu baru je nak cuit bahu sheera, kebetulan waktu yang sama Sheera berpusing ke arahnya. Jarak mereka memang rapat sehinggakan Sheera boleh mendengar dengusan nafas farish. Masing-masing terpaku.
Dumm!!
Bunyi itu membuatkan mereka berdua tersentak
lalu menjarakkan diri dengan segera. Bahaya woo lama-lama. Serentak Farish dan
Sheera menoleh ke arah bunyi yang kuat tu. Kelihatan Syafiq abangnya dah himpap
belakang badan Firdaus.
“ tu
lah kau!! Aku suruh intai senyap-senyap kau pergi tolak aku tu kenapa?!!”
Firdaus menolak kasar tubuh Syafiq. Syafiq
dah mengusap bahunya. Bukan dia sengaja masa tu. Niat masa tu nak spy sorok-sorok, tapi tiba-tiba je bobby kucing peliharaan adiknya itu menggesel
kakinya. Disebabkan kegelian, dia terdorong melanggar Firdaus di sebelah.
“ Aku tak sengaja bro...Sorry!!”
“ Ehem!!”
Farish dan Sheera berdehem serentak sambil
menghadiahkan jelingan maut kat dua lelaki di depan mereka. Apa lagi dua-dua
cepat cabut lari. Takut kena belasah. Farish memandang Sheera di sisi, Sheera
tergelak kecil melihat tingkah laku abangnya dan Firdaus. Terpana Farish
melihat gelak ketawa dari gadis itu.
‘ comel...’
best bangat..cpt smbug ye...xsabo nk taw sapo julia n raof tu...hihi