cinta is l0ve...bab 12
.
Farish merenung pekerja yang berada
dihadapannya. Begitu lantang pekerja lelaki itu membentangkan pelan kerjanya di
bilik mesyuarat. Mata dia memandang ke arah skrin slide show, namun fikirannya
melayang entah ke mana. Dia masih di dalam dunianya sendiri sehinggalah
pembentangan itu habis dibentangkan, dia masih tidak sedar.
“ Farish....”
Lelaki itu tersentak apabila dicuit oleh big bosnya, Tan Sri Rizdan.
“ Oh ye, bagus apa yang awak bentangkan tu. Saya setuju sangat!!” Lantang suaranya bercakap dengan
penuh semangat. Semua pekerja yang berada di dalam bilik itu memandang serentak
ke arahnya. Farish yang ketika itu sudah pun berdiri memandang sekeliling
dengan pandangan yang agak ‘blur’ . Tan Sri Rizdan segera menarik anaknya
supaya duduk.
“ Kamu ni kenapa tiba-tiba bangun. Semua dah pun setuju dengan pelan tu.
Mesyuarat pun dah habis. Buat malu jelah...” Tan Sri menegur anaknya yang kelihatan sudah pun
tersengih. Malulah tu...Semua pekerja di situ tersenyum kecil mendengar CEO
menegur anak lelakinya.
“
Okay semua, you all boleh bersurai. Back to work. Zaid, good presentation.” Puji Tan Sri
kepada salah seorang pekerjanya itu. Lelaki itu tersenyum dan keluar bersama
pekerja lain. Setelah semua beredar, Tan Sri Rizdan memandang ke arah anak
lelakinya.
“ And you young man, i want to see you in my room right now.”
‘ Aduh...matilah aku. Abislah, lepas ni
confirm kena dengar ceramah!’ Sesalnya di dalam hati. Namun kakinya tetap
melangkah mengikut papanya masuk ke bilik CEO.
“
What you standing for, sit down.” Bagaikan terkena renjatan elektrik terus
dia duduk di kerusi berhadapan dengan big bos.
“
Apa yang dah jadi tadi? What’s wrong with you? Dari awal meeting sampai dah
habis papa tengok farish asyik termenung je. Can you tell me what’s is going on
in your mind. Ada problem ke?”
“ Err, takde apa-apa papa. Tadi tu
tiba-tiba terfikir something. No big deal, small problem.”
“ Whatever your problem is, next time please do not let this thing
happend again. Kalau ada masalah apa pun jangan sesekali campur adukkan dengan
hal kerja. Understand?!”
“
Yes papa. I promise i won’t let this happened again. I’m very sorry.”
“ Hmm, good. You can leave now.”
Kakinya melangkah ke arah pintu, dalam hati
menyesal tak sudah. Tak pernah selama ni dia membiarkan dirinya mengelamun
sebegitu sekali. Kebelakangan ini, dalam fikirannya asyik terfikirkan tentang
gadis itu.‘ What the hell is wrong with
me?!’
“
Farish!...” Baru je tangan dia nak pulas tombol pintu, Tan Sri Rizdan
memanggilnya. Ditoleh kepalanya ke arah Tan Sri.
“ Next week, masa majlis jamuan akhir
tahun syarikat ni, kawan lama papa akan hadir. I want you to come to meet him.
Ada kemungkinan kawan papa tu mungkin akan melabur dalam company kita. Jangan
pula tak datang. Faham?!”
Farish hanya mengangguk dan segera keluar. Dalam hati memang dah niat malas nak
datang,walaupun dia antara orang penting dalam company, tapi kali ni nak tak
nak kena juga pergi.
Sebelum dia masuk ke biliknya, sempat lagi
dia memandang setiausahanya itu. Sheera yang seolah-olah perasan akan dirinya
ditenung segera mengangkat mukanya. Mata dia dan mata Farish bertemu.
Masing-masing terpana untuk seketika. Sheera segera meneruskan kerjanya. Malu
untuk menatap wajah Farish. Begitu juga dengan Farish. Kelam kabut dia buka
pintu bilik. Mieza dan Jumaidah yang duduk jauh dari situ perasan akan situasi
di depan mata mereka lalu tersenyum penuh makna.
****************************************************************************************
“
Jasmin, where’s Raof? ” Gadis yang tengah menjamu selera itu berhenti makan.
Dia memandang ke arah pasangan di depannya.
“ Raof busy daddy...”
“ Busy ke atau dia memang tak nak datang jumpa daddy dengan mommy?”
Sinis bunyi soalan itu yang datang dari Datin Zainab. Suaminya di
sebelah, Datuk Eizlan memandang isterinya dengan pandangan kurang senang. Datin
Zainab tidak peduli dengan pandangan suaminya itu dan terus menyuapkan makanan
di mulutnya.
“ Taklah mommy...Raof memang busy. Dia sebenarnya nak datang tadi, tapi
dia busy siapkan kerja dia untuk esok.” Jasmin memberi
alasan yang diciptanya sendiri. Sebenarnya dia juga tidak tahu di mana suaminya
itu berada. Puas dia menelefon suaminya, namun panggilannya tidak dijawab.
“
Hmm, yela. Nak buat macam mana kan. Next week, malam ahad daddy nak Jasmin
dengan Raof ikut daddy pergi dinner party. Daddy nak kenalkan Jasmin dan Raof
pada kawan lama daddy nanti. You must come ok...I don’t want to hear any
excuse. Pujuk Raof tu pergi nanti.” Jasmin hanya mengangguk mengikut arahan
daddynya itu.
Setelah selesai makan malam dengan ibu
bapanya di restoran mewah, dia terus memandu pulang ke rumah. Pintu bernombor 203 itu
dibuka dengan kasar. Terus dicampakkan beg tangan jenama Gucci di atas sofa dan
menuju ke dapur. Diteguk air mineral di dalam peti ais itu dengan rakus. Kedengaran
pintu rumah dibuka. Jasmin meluru keluar dari dapur. Dia mahu berbicara dengan
lelaki yang digelar suaminya itu.
“ You pergi mana tadi? Puas i contact you, kenapa you tak angkat?!” Matanya dipejam dan apabila terdengar
suara itu dia membuka matanya. Dipegang kepalanya dan diurut.
‘ balik rumah dah kena bebel. Ni yang aku malas nak balik ni.’
“ Hei, i cakap dengan you ni!! Bisu ke?!..Owh, i tahu you pergi mana.
You sibuk keluar cari betina tu kan?!! Sebab itulah I malas balik malaysia ni,
i tahu mesti you jejak betina tu.”
Bengang dia apabila isterinya sendiri bercakap sebegitu. Terus dia berdiri dan
pandangan mata mereka bertemu.
“
I tak suka you panggil dia betina. She’s got a name..!! Boleh tak kalau you tak
menuduh. I keluar jumpa kawan lama. Lagipun handset i silent mode, manalah i
dengar you call i tadi.”
“ Kawan lama konon! I don’t care what’s your
excuse. You tahu tak i malu dengan mak bapak i tadi. Setiap kali dinner dengan
diorang mesti you takde. Menantu jenis apa you ni?!”
“ Watch your mouth Jasmin!..i still your husband. Hormat sikit i ni..” Jasmin tersenyum sinis apabila
mendengar perkataan itu.
“ Husband?? Hei, dengar sini ye...selama i
kahwin dengan you,tak pernah sikit pun you berlagak macam seorang suami. Tak
sedar diri, kalau you tak kahwin dengan i takdenya you dapat kemewahan macam
ni.”
“ Dari dulu i memang tak ingin memperisterikan you. Impian i adalah
untuk kahwin dengan awek i dulu. Tapi you yang perangkap i dengan taktir kotor
you tu. I tahu dari dulu lagi you memang tak puas hati dengan kawan baik you
kan, that’s why you buat dia sakit hati..!!” Kata-kata dari Raof itu membuatkan hati Jasmin bertambah
sakit.
Dicapainya pasu bunga di sebelah dan
dicampaknya. Nasib baik Raof sempat mengelak. Dia dah biasa dengan perangai
panas baran isterinya. Terus dicapai kunci kereta miliknya di atas meja dan
berlalu pergi dari rumah tersebut. Lagi lama dia di rumah itu, lagi terseksa
rasanya. Jasmin melihat langkah suaminya pergi. Dia merasakan dirinya lemah,
terus dia terduduk di atas lantai. Air mata laju mengalir di pipi. Ya, dia
menangis....menangis meratapi nasib dirinya.
**************************************************************************************
“ wah..lawa kau malam ni Jue.” Tersengih
dia mendengar pujian dari Sheera. Mieza dan rakan-rakan lain juga turut memuji
keanggunannya pada malam itu.
“ Kau
pun apa kurangnya Sheera, bukan main lagi kau malam ni.” Sheera mengenakan
dress labuh berwarna hitam dihiasi corak halus yang menimbulkan lagi kecantikan
si pemakai. Rambutnya pula disanggul rapi bagi.
“
Jangan puji lebih-lebih jue...kembang aku dengar kau puji, malu aku! Kang tak
pasal-pasal terkoyak baju ni.” Jumaidah ketawa kecil, begitu juga dengan Mieza
di sebelah.
“ Jue, kau datang dengan tunang kau kan...mana dia?” Mieza bertanya sambil tangannya
membetulkan dress yang dipakai.
“ Ha’a lah jue, tunang kau yang mana satu? Aku tak tengok lagi tunang
kau tu...” Mieza
memang dah kenal dengan tunang jumaidah. Cuma Sheera je yang tak kenal lagi dengan Zaidi. Jumaidah menundingkan jarinya
ke arah lelaki yang berdiri di sebelah Farish.
“
Uih, ensem ye bakal suami kau. Untunglah kau!! Kawan baik bos lagi tu. Siapa ye
nama tunang kau tu, aku lupalah.” Sekali lagi Jumaidah tersenyum mendengar
sahabatnya itu memuji tunangnya pula.
“ Mohamad
Zaidi Ariffin.”
“ Kau pula mieza,mana partner kau malam ni?”
“ Eh, tadi dia ada kat sini...tiba-tiba hilang pula.” Matanya meliar di sekeliling ballroom
itu. Kemudian pandangannya terhenti di sudut bahagian deretan makanan.
“ Tu
ha...kat tempat makanan. Sorrylah wei, pakwe aku memang camtu. Pantang nampak
makanan.” Segera dia melangkah mendekati teman lelakinya. Jumaidah dan
Sheera tersenyum melihat telatah teman lelaki mieza itu.
“ Meriah juga ye jamuan syarikat ni. Selalu memang camni ke jue?”
“ Ha’ah...lagipun orang dari company lain
pun datang, bukan staff kita je. Kau datang dengan siapa ni?dengan Farish ye...”
“
Uih..apa pula dengan mamat tu. Aku datang dengan abang aku lah. Dia yang jadi partner
aku malam ni.”
“ Korang berdua dah tak macam dulu kan. Selalunya koranglah yang buat
kecoh dalam ofis kita tu. Kebelakangan ni aku tengok masing-masing dah lain.
Baik kau bagitahu aku cepat, korang ni ade something ke?...” Sheera dah naik segan bila diusik
dengan kawannya. Rupanya bukan dia je perasan, satu ofis pun sedar akan perubahan antara dia dengan bos.
“
Takde apa-apalah..kau je yang salah sangka.” Seboleh-bolehnya dia bina ayat
cover. Jumaidah tersenyum mendengar alasan dari sheera. Dilihatnya mata sheera
memandang sekeliling.
“ Kau cari siapa?”
“ Abang aku...” Tiba-tiba pandangannya berhenti mencari Syafiq,abangnya.
Mata dia tertancap pada seseorang dari jauh. Seolah-olah tersedar dirinya
direnung, lelaki itu turut membalas pandangan matanya.
‘
Oh no...please don’t tell me that’s Raof....’ Rintihnya di dalam hati. Raof
mula berjalan perlahan menuju ke arahnya. Semakin hampir lelaki itu mendekati
dirinya semakin jantungnya seakan-akan mahu gugur.
‘ Ya Allah...bantulah aku...’
sahara cpt smbug!!!!sy da xleh tguuu ni...so xcited...hihi