0
comments
cinta is l0ve...bab 15
.
Puan Sri Mariam menyambut kedatangan
tetamunya pada malam itu dengan hati yang riang. Selepas Sheera menyalam
tangannya, dia dipeluk dengan erat oleh mama Farish. Dalam hatinya terkejut
dengan reaksi Puan Sri Mariam namun dia sempat menguntumkan senyuman. Farish hanya melihat situasi di depannya.
Tiba-tiba dia terimbas malam dia berdebat dengan papanya.
Pada malam jamuan hari tu, selepas dia
balik dari hotel, papa dengan mama dah setia menanti kepulangannya. Puas
papanya bertanya macam-macam. Puas jugalah dia bagi alasan. Mamanya pula diam je
memerhatikan dua beranak itu berdebat. Lepas masing-masing dah penat, mama dia
pula mahu masuk dalam pertelingkahan itu.
“
So, dah penat?” Suami dan anaknya itu mengangguk lemah. Masing-masing penat
berlawan cakap.
“ Bagus...abang,walaupun kejadian
di ball room tu agak memalukan tapi rasanya tak salah anak kita buat macam tu.”
“ Tak salah awak kata?? Awak tau tak, malu
gila saya tadi bila anak kita yang bijak pandai ni tiba-tiba buat pengumuman
yang Sheera ni bakal jadi isterinya dia. Puas saya nak cari idea nak menjawab
soalan dari kawan-kawan saya tadi. Awak takde kat situ, so...awak tak tahu apa
yang saya alami tadi.” Tan Sri Rizdan membalas dengan nada yang agak marah.
“
Ye..memang saya takde kat situ, tapi saya percaya anak kita ni ada alasan
tersendiri.”
“ Ha, betul tu mama. Saya memang ada
alasan tersendiri.”
“ Ishh budak ni, aku cepuk kang.
Banyaklah kamu punya alasan. Lagi memalukan papa adalah. Papa tak kisah kamu
nak kahwin dengan secretary kamu tu, tapi kot ye pun camni ke cara kamu nak
bagitahu papa?”
“ Papa...bukan niat Farish nak buat
papa malu, tapi percayalah...Farish ada sebabnya. Cuma sekarang Farish tak
dapat nak bagitahu papa alasan tu. Hope papa faham.” Farish memujuk ayahnya itu. Dalam
hati dia mintak-mintak ayahnya tak naik angin lagi.
“ Ok..papa bagi masa untuk kamu
terangkan kat papa. Tapi next time please don’t do like this again. Lama-lama papa
boleh kena darah tinggi kalau farish buat hal lagi.”
“ Okay..i promise.” Tersenyum dia bila melihat ayahnya sudah pun
reda dari mahu memarahinya lagi.
“ Tapi...ada lagi satu syarat.”
“
Apa dia?” Serentak Farish dan mamanya bertanya.
“ Lusa malam bawa Sheera datang
rumah ni. Ajak dia makan malam kat sini. Papa nak dia lebih kenal dengan family
kita. Lagi satu, papa akan invite Umi Wi sekeluarga. ”
Farish menarik bafas lega. Ingatkan apa
lah tadi...
“ Okay,Farish akan bagitahu dia.”
Tersenyum dia memikirkan akan hal yang
terjadi pada malam ahad hari tu. Dalam satu malam sekelip mata semua berubah.
Memang dia tidak sangka. Dia melihat Sheera di muka pintu bersama ibunya.
“ Auntie happy sangat malam ni Sheera dapat
datang. Marilah masuk.” Sheera terdorong mengikut langkah wanita itu kerana
lengannya ditarik perlahan dengan mama Farish.
Alangkah terkejutnya dia apabila masuk ke
dalam rumah tersebut, sangkanya hanya dia dan keluarga Farish saja akan makan
malam bersama. Malah seluruh keluarga Isya juga turut ada di situ. Umi Wi atau
nama sebenarnya Salwiah, memeluk Sheera sambil tersenyum. Umi Wi merupakan ibu
kepada tiga orang anaknya dan salah seorang itu adalah Isya. Umi Wi juga
seorang janda kerana telah kehilangan suami tercinta lima tahun yang lalu. Isya
menyambut kedatangan Sheera dengan senyuman lebar. Sungguh dia tidak sangka
yang abang angkatnya itu akhirnya telah membuka ruang hatinya untuk menerima
Sheera. Sheera juga berkenalan dengan kakak Isya, Fathiha yang berumur tua
setahun dari Sheera dan adiknya Hanif yang bongsu berumur lapan tahun.
Suasana pada malam itu sungguh meriah
dengan gelak tawa penghuninya. Sheera yang pada mula kekok akhirnya dapat
sesuaikan diri di dalam rumah tersebut. Ditambah lagi dengan kehadiran Hanif
yang banyak berceloteh itu. Sebenarnya sebelum mereka berdua sampai di kediaman
milik Tan Sri Rizdan, Farish dan Sheera ada berbincang tentang kejadian yang berlaku
pada malam tempoh hari. Semasa kereta milik Farish bergerak menuju ke rumahnya,
Sheera yang berada di dalam kereta itu hanya mendiamkan diri. Farish pula yang
rasa gelisah nak terangkan semuanya pada gadis disebelahnya.
“ Ermm...awak tak nak tanya saya ke kenapa tiba-tiba malam tu saya ada
cakap awak ni bakal isteri saya?”
“ Honestly saya memang nak tanya tapi bila difikir-fikirkan balik, saya
rasa better awak yang terangkan kat saya sebab awak yang mulakan dulu.” Tenang dia menuturkan kata-kata itu.
“
Sebenarnya saya pun tak tahu kenapa saya boleh cakap macam tu. I’m sorry...”
“ Hmm..ke sebab awak cakap macam tu untuk back
up saya?” Terkedu Farish bila Sheera berkata sedemikian. Gadis itu
seolah-olah tahu apa yang bermain di fikirannya.
“ Ye..betul cakap awak.” Kata-kata itu bagaikan menghiris hati
Sheera. Bukanlah dia tidak suka Farish melindunginya, tetapi dia seolah-olah
sedar yang Farish hanya berlakon di depan dirinya.
“ Tapi apa yang rasa masa tu, bukan setakat mahu melindungi awak, tapi
saya juga pasti yang saya ikhlas nak memperisterikan awak Nur Shaheera Elaiza.
Itu pun kalau awak sudi.”
Kenyataan itu menarik perhatian Sheera untuk memandang wajah Farish. Farish
juga memandang Sheera. Kereta itu diberhentikan di tepi jalan untuk seketika.
Dia perlu bercakap dengan gadis itu dengan suasana yang tenang.
“ Sudi tak awak menjadi pasangan hidup saya?” Sekali
lagi dia bertanya. Ketika itu Sheera merasakan jantungnya seolah-olah berdetak
dengan lebih laju.
“ Err, tapi kita tak pernah bercinta
pun. Why me?”
“
ye..memang kita tak pernah bercinta, tapi saya tahu awak yang jadi pilihan
saya. Saya juga tahu situasi kita ni pelik, tapi trust me...pasal perkahwinan
saya takkan main-main.” Jujur dia meluahkan apa yang terbuku di hatinya
selama ini.
“ Saya tak tahu. Saya perlukan masa
untuk fikirkan semua ni.”
Dia tidak lagi berani memandang mata Farish. Lagi lama dia pandangan mereka
bertemu, lagi dia rasa sesak di dadanya.
Farish
mengeluh perlahan. “ ya..you need time.
Saya takkan paksa.” Kereta itu
kembali bergerak menuju ke destinasi yang sepatutnya.
“ So, Farish...kamu dah bincang ke dengan
Sheera bila nak ikat tali pertunangan?”Suara itu membuatkan Farish berhenti
mengelamun memikirkan hal di kereta tadi. Pertanyaan dari Tan Sri Rizdan
membuatkan Farish tersedak, begitu juga dengan Sheera.
“
Err...belum lagi papa. Lagi pun saya tak nak paksa Sheera, biarlah dia yang
tentukan.” Bagaikan terkena renjatan elektrik, Sheera terus memandang
Farish yang duduk berhadapan dengannya.
‘ ewah ewah...kau yang berlagak sangat dalam kereta tadi melamar aku
secara tak lansung, aku pula yang kena!! Takpe, kau nak kenakan aku kan...siap
kau!’
“ Saya tak kisah pun sebenarnya Tan Sri, lagi pun dulu Farish pernah
cakap kalau boleh dia tak nak lama-lama. Dia kata kalau boleh cepat lagi bagus,
itu pun puas saya pujuk suruh dia bersabar.” Kali ni Farish pula yang rasa macam kena electric
current...
‘ Ni macam nak cabar aku je ni...’ Farish menarik nafas sedalam-dalamnya. Sheera mengangkat
sebelah keningnya sambil tersenyum.
“ ishh mana ada papa, Sheera ni yang tak sabar. Ada ke patut hari tu dia
cakap kalaulah dari dulu lagi dia jumpa anak teruna papa ni, time tu juga dia
panggil Tok kadi suruh kitorang nikah...” Turn Faris pula mengangkat sebelah keningnya kepada
Sheera sambil tersenyum penuh makna.
‘ Mak aih!! Dia kenakan aku
balik!’
Baru je dia nak balas kata-kata dari
Farish, Umi Wi dah memotong. “ hmm,
nampaknya dua-dua yang tak sabar.”
“ Mana ada!!” Serentak mereka berdua bercakap. Umi
Wi dan yang lain-lain tergelak melihat pasangan yang sepadan itu.
*******************************************************************************************
“Kak Sheera, jom duduk luar kat taman tu. Ambil angin malam-malam ni.”
Sheera hanya mengangguk tanda setuju dengan
cadangan dari Isya. Lagipun dia rasa macam peperangan sudah pun bermula antara
dia dan Farish. Semuanya disebabkan pasal masa makan malam tadi. Tidak betah
dia mahu duduk di ruang tamu bersama mereka semua bila Farish pun turut ada di
situ.
“ Untung kak Sheera dapat jadi isteri abang nanti.”
“ Kenapa pula?”
“ Abang tu lelaki penyayang kak...baik, hormat orang tua tapi cuma nakal
sikit je.”
‘ Bukan sikit, banyak...!’
omelnya di dalam hati.
“ Akak tahu pasal sejarah abang?” Sheera memandang Isya dengan penuh tanda tanya. Dia
menggeleng tanda tidak tahu.
“ Empat tahun lepas, patutnya abang dah pun kahwin kak.”
“ Ha?!”
Kenyataan itu membuatkan Sheera terkejut. Isya hanya tersenyum apabila melihat
reaksi dari gadis tersebut.
“ Iye...patut sekarang ni abang dah jadi suami orang dah. Tapi itu semua
dulu, sebelum bakal isteri dia meninggal dunia dalam kemalangan. Akak tahu
sampai sekarang abang Farish susah sangat nak lupakan peristiwa tu. Tarikh
perkahwinan dia dengan Julia cuma tinggal beberapa hari saja lagi, tapi apakan
daya, sudah takdir Kak Julia pergi dulu.” Air matanya hampir mengalir, namun ditahannya. Dia
meneruskan cerita.
“ Sejak dari kes tu, abang tak pernah buka hati dia untuk sesiapa. Abang
lansung tak nak sentuh tentang hal percintaan. Bagi dia hanya arwah Julia yang
bertakhta di hati dia untuk selama-lamanya. Sejak Julia meninggal, dia hanya
fokus dalam hal bekerja, dia saja buat-buat sibuk supaya dia tidak memikirkan
tentang hal arwah. Setiap kali dia terfikir, mesti dia rasa sedih. Mama dengan
papa juga tak tahu nak buat apa lagi. Saya pun turut sedih kak bila dia jadi
macam tu. Dia dah tak macam Farish yang dulu.”
Sheera masih lagi memandang Isya, hatinya
juga tiba-tiba berasa sayu mendengarnya. Patutlah masa dia hampir excident hari
tu, Farish terus memeluknya. Mungkin Farish takut perkara yang sama akan
berulang. Hati Sheera merasa sebak apabila terfikirkan keadaan farish. Rupanya di
sebalik kenakalan lelaki itu, tersimpan satu kisah sedih yang dia pendam selama
ini.
“ Tapi kak...sejak akak hadir dalam hidup abang,sedikit demi sedikit
abang berubah. Abang makin ceria. Akak tahu tak, setiap kali Isya jumpa dengan
abang, abang tak habis-habis cerita pasal akak. Ada je nama akak disebut. Sebab
itulah Isya teringin sangat nak jumpa gadis yang selalu abang nyatakan. Bila
Isya dah jumpa akak barulah Isya tahu kenapa abang pilih akak.”
“ Kenapa?”
Soalnya ingin tahu.
“ Semua jawapan ada pada abang Farish.” Tenang dia menjawab sambil tersenyum.
“ Sheera, angah...jom masuk. Umi dengan mama panggil. Time for dessert.”
Kehadiran Fathiha membuatkan Sheera tidak
sempat lagi mahu bertanya lebih lanjut kepada Isya. Isya terus masuk ke dalam
rumah sambil mengajaknya. Sheera mengikuti langkah gadis di depannya dengan
penuh persoalan yang bermain di mindanya.