0
comments
cinta is l0ve...bab 16
.
bab 16
Sudah hampir tiga minggu berlalu. Hubungan
Sheera dengan Farish seperti biasa. Kadang-kadang Farish selalu mengusik
setiusahanya, seperti seawal perkenalan mereka. Namun yang berubah adalah
semakin hari hubungan mereka semakin intim. Cuma satu je yang membuatkan Farish
tertunggu-tunggu. Jawapan kepada lamarannya masih lagi tidak dijawab.
Bunyi telefon bimbit itu membuatkan si
pemiliknya berasa rimas. Terus ditekan butang hijau untuk menjawab panggilan.
“ Assalamualaikum...tidur lagi ke?”
“ Yela..hei, boleh tak kau jangan kacau tidur aku!! Tengah-tengah malam
ni mengacau je! Nak telefon pun telefonlah pagi esok ke,luse ke,tahun depan
ke..nyibuk je!!” Dia
masih lagi memejamkan mata walaupun mulutnya membebel memarahi si pemanggil.
“ Hei anak dara, dah rabun ke apa? Dah pagi dah pun. Bangunlah!!” Bila terdengar suara pemanggil membalas
dengan agak jelas, dia membuka matanya dan melihat nama yang tertayang. Dari
sepet matanya, terus membulat.
‘ Alamak! Farish...’ Terus
dia bangun dari baring.
“
Sebenarnya dah bangun pun, tadi tu saja je...” Dia memberi alasan sambil
menggosok matanya.
“ Yela tu...cepat siap. Lagi 20 minit saya sampai...”
“
ha?nak pergi mana?”
“ Jogging...”
“ What?!”
“ Ada lagi 18 minit...saya dah on the way ni...”
“ Ok, ok!! Saya pergi siap ni..!” Setelah menamatkan panggilan, Farish memandang skrin
handsetnya sambil tersenyum.
Begitu kelam kabut suasana di dalam
biliknya. Selepas mandi dia mengeringkan rambut dengan hair dryer. Dibukanya
almari baju untuk memilih baju yang sesuai. Sambil itu matanya memerhati jam di
dinding. Selepas sudah memakai t-shir lengan pendek dan seluar track hitam dia
mengikat kemas rambutnya. Dia menoleh di sekitar bilik.
“ Mana pula sweater aku ni??!”
Habis digeledah satu almari untuk mencari
sweater. Satu persatu baju dicampak di atas katil. Tidak juga dia jumpa sweater
kegemarannya. Dia memerhatikan lagi di dalam almari, dibuka pula laci di
bahagian paling bawah. Untuk seketika, dia berhenti mencari. Matanya tertancap
pada sebuah kotak kecil berwarna merah hati. Dia berhati-hati membuka kotak
tersebut. Kelihatan sebentuk cincin permata berlian yang sungguh cantik.
Ditenung cincin itu sambil tersenyum. Cincin itu diberi oleh Puan Sri Mariam
kepadanya pada malam tiga minggu yang lepas.
“ Auntie nak Sheera simpan cincin ni. Mulai
sekarang cincin ni akan jadi milik Sheera.” Dipegang tangan gadis di
hadapannya dan diletakkan cincin tersebut di telapak gadis itu.
“ Eh, tak boleh auntie. Kenapa pula saya nak simpan? Lagipun cincin ni
nampak mahal.” Seboleh-bolehnya
dia mahu memulangkan cincin tersebut kepada Puan Sri Mariam tetapi wanita itu
tetap tidak mahu menerimanya kembali.
“ Ambillah...ni cincin pusaka keluarga ni. Kalau Sheera tak terima
Auntie rasa sedih nanti.”
“ Tapi...”
“ Sheera, auntie bersyukur sangat kalau Sheera boleh ambil cincin ni.
Kalau Sheera terima cincin ni bermakna Sheera juga menerima keluarga auntie
dalam hidup Sheera.”
“ Kenapa
auntie perlu cakap camtu? Tanpa cincin ni pun saya boleh terima keluarga ni.”
“ Kalau macam tu simpanlah. Masa hari
pernikahan Sheera dengan Farish nanti auntie nak anak auntie sarungkan cincin
ni kat jari Sheera.” Permintaan yang tulus dari hati Puan Sri Mariam
membuat Sheera berasa terharu.Dia memandang wajah mama Farish dan memberikan
senyuman kepadanya.
‘
Perlu ke aku terima lamaran dia? Berapa lama lagi aku perlu buat dia menunggu?’
lama dia merenung cincin di kotak tersebut
sambil berfikir. Ketukan di pintu bilik membuatkan dia tersedar kembali.
“ Adik, dah bangun ke? Farish datang ni...”
“ Ye ma...adik dah bangun dah. Kejap lagi
adik turun. Suruh dia tunggu kejap!”
*************************************************************************************************
“ Aduh penatnya...” Langkah kakinya
dihentikan. Dia menarik nafas panjang dan diperhatikan lelaki di depannya.
Semakin lama semakin jauh lelaki itu melangkah.
“
Mamat ni jogging ke lumba lari?? Laju betul dia ni.” Dia merungut sambil
langkah kakinya diatur ke bangku yang disediakan di taman tasik titiwangsa.
Hari ini ramai juga yang bersenam, maklumlah hujung minggu. Sambil melepaskan
penat dia melihat pemandangan tasik di hadapannya.
“ Woi...takkan dah penat kot? Baru satu round.” Farish mengambil tempat duduk di
sebelah Sheera. Wajah Sheera masam bila ditegur sebentar tadi.
‘ kau ingat satu round kat kawasan sini kecik ke??luas kau tahu tak.
Manalah aku tak penat. Ishh mamat ni! Sabo jela...’ Pandangan
matanya masih lagi ke arah tasik. Tanpa dia sedar Farish memerhatikan wajahnya
dalam diam.
“ Marah?” Soal
Farish. Sheera disebelah hanya menggeleng perlahan sambil kepala ditundukkan.
“ Semalam mama tanya, bila boleh family saya
boleh masuk meminang?” Persoalan itu menarik minat gadis di sebelah untuk
memandang wajahnya. Kemudian dia tunduk
kembali sambil tangannya menggegam sweater yang dipakai. Dia masih berdiam
diri.
“
Saya takkan paksa awak. Saya tahu perkara ni mendadak.” Tambahnya lagi.
“
Farish...” Panggilan dari Sheera membuatkan dia menoleh.
“ Nah...” Dia
meletakkan sesuatu di tapak tangan lelaki tersebut.
“ Cincin?”
“ mestilah cincin takkan batu pulak!” Sempat
lagi dia bergurau bila melihat wajah Farish yang sudah berubah itu.
“ Saya nak awak sarungkan cincin ni kat jari
saya masa hari pernikahan nanti.” Terus dia berdiri dan berlalu pergi
setelah menerangkan kepada Farish. Farish merenung cincin di tapak tangannya
lalu bibirnya mengukir senyuman.
“ Awak sudilah ni nak kahwin dengan saya?!!” Jeritnya
agak kuat. Sheera yang baru nak pergi dari situ patah balik ke arah Farish
sambil berlari.
“ Janganlah jerit..malu orang dengar nanti.” Farish melihat sekelilingnya. Ramai yang
memandang mereka berdua. Masing-masing tersenyum. Dia memerhatikan wajah Sheera
yang sudah kemerahan menahan malu. Dicubit lembut pipi gadis di depannya.
Tersentak Sheera diperlakukan sebegitu.
“ Thanks sebab sudi terima lamaran saya..”
Bertambah malu Sheera dibuatnya. Dalam hati berbunga riang melihat senyuman
Farish. Dia pasti keputusan yang dibuatnya adalah betul.
************************************************************************************************
“
Farish...”
“ Ye mama?”
Farish menghampiri ibunya lantas terus duduk di sebelah wanita itu.
“
Keluar dengan Sheera ke tadi?” Farish hanya mengangguk.
“ Bila boleh kita masuk meminang?”
“ Minggu depan.”
Balasnya ringkas.
“ Baguslah kalau macam tu. Lagi cepat lagi
bagus. Lagipun Pak long dengan Mak long pun nak datang sini lusa. Lagipun dah
lama diorang tak jenguk anak teruna diorang si Daus tu. Alang-alang tu bolehlah
Pak long ikut sekali rombongan meminang tu nanti. Lagi satu mama ingat nak ajak
Pak Uteh dengan Tok Mat. Diorang tu pandai bercakap sikit masa nak merisik tu
nanti.”
“ Papa tak reti bercakap ke mama?” Saja disoal begitu sambil tersenyum.
“ Papa awal-awal dah cakap kat mama, dia takut nanti dia pula yang
tergagap masa nak bercakap tu. Sebab tu dia mintak tolong kat abang mama tu.” Tersengih dia memikirkan papanya.
“ Farish...mama nak cakap sikit ni.”
“ La..cakap banyak pun takpe mama.” Puan Sri Mariam menampar lembut paha anaknya itu. Farish
memang suka bergurau dengan dia.
“ Julia? Macammane dengan julia?” Tenang dia memandang ibunya apabila disentuh soal Julia.
“ Biarlah Julia jadi sejarah hidup Farish.
Sekarang ni Farish nak buka cerita baru. Farish sedar dulu farish terlalu
mengikut sangat perasaan ni. Sampailah satu masa tu ada satu ustaz ni menegur
farish...”
“ Ustaz?? Ustaz mana pula ni?”
“
Ustaz tu senior sekolah lama Farish mama. Dia pernah tanya keadaan Farish.
Lepas Farish ceritakan semuanya pada dia, ustaz tu beri nasihat bahawa kita
perlu redha dengan pemergian orang tersayang. Selagi kita asyik terfikirkan hal
tu, selagi itulah roh orang di sana tidak tenang. Seboleh-bolehnya cara yang
baik adalah banyak sedekahkan doa untuk arwah. Lepas je Farish dengar semua tu,
Farish rasa bersalah pula. Sejak tu lah Farish cuba buka pintu hati Farish ni
untuk terima orang lain mama. Lagi pun kehadiran Sheera dalam hidup Farish buat
Farish sedar akan kegembiraan yang dah lama Farish tak kecapi selama ni.”
Panjang dia menuturkan keyataan tersebut.
Perasaan Puan Sri Mariam ketika itu rasa
lega dan bersyukur kerana anaknya sudah sedar dari dibelengu kesedihan yang tak
sudah. Dia memeluk tubuh anaknya kerana bangga dengan keputusan yang telah
dibuat.
“ Maafkan Farish mama sebab selama ni Farish
selalu buat mama sedih. Farish terlalu pentingkan diri sehinggakan perasaan
orang sekeliling Farish tak ambil peduli. Ampunkan Farish ye ma..” Pipi
anaknya di usap lembut sambil mengangguk perlahan.
“ La, ni apahal buat drama sedih ni?” Teguran dari Tan Sri Rizdan membuatkan Farish dan ibunya
saling berpandangan, tidak lama kemudian masing-masing tergelak kecil.
“ Takde apa-apalah papa. Farish naik atas
dulu ye...” Terus dia berlalu pergi dari situ.
Tan Sri Rizdan hanya melihat anaknya
melangkah. Dia memandang wajah isterinya pula. Puan Sri Mariam hanya memberikan
senyuman lalu terus bergerak ke dapur. Tinggallah dia seorang diri kat ruang
tamu dengan penuh persoalan memikirkan hal anak dan isterinya tadi.