cinta is l0ve...bab 29


.

bab 29




  Wajah didepannya direnung dengan penuh kasih sayang. Rambut dibelai lembut dan dikucup dahi isterinya. Sebelah tangan lagi setia menggegam tangan yang tidak berdaya itu. Terasa bahu disentuh. Kepala dipusingkan. Tan Sri Rizdan memberikan senyuman kecil kepada Farish.


            “ Papa tunggu kat luar.” Ringkas lelaki tua itu berkata. Tiada reaksi yang diberi oleh Farish sebaliknya dia masih lagi setia merenung wajah insan yang dicintai. Kepala ditundukkan dan keluhan yang berat keluar dari bibirnya. Kemudian tubuh itu bangkit dan berlalu keluar.

            “ Firdaus dah call papa tadi...”

   Sepi. Farish memandang wajah di depan dengan harapan kata-kata itu disambung.

            “ Pihak polis dah dapat tangkap Natasha.”

            “ Farish nak pergi balai. Tapi...” Farish menoleh memandang pintu berwarna biru itu kemudian menoleh semula ke ayahnya.

            “ Biar saya jaga dia...” Seolah-olah faham apa yang bermain di minda lelaki itu, Mieza menawarkan diri untuk menemankan isteri bosnya.

            “ Kalau dia dah sedar call saya.” Hanya anggukan diberi. Farish berlalu pergi dengan diikuti Tan Sri Rizdan.


         
         Setelah Mieza melihat kelibat kedua-duanya hilang dari pandangan, dia menolak pintu disebelah dengan perlahan. Dihampiri tubuh yang terbaring kaku di situ. Bungkusan plastik ditangan diletakkan di atas meja kecil bersebelahan katil pesakit. Raut wajah di hadapan dipandang dengan penuh rasa sayu. Telefon bimbit dicapai di dalam tas tangan apabila terasa getaran.



            “ ye...dia dah stabil.” Soalan pemanggil dijawab.
       
            “Tak selesai lagi?” Mieza pula bertanya.

            “ Jasmin, nanti apa-apa hal bagitahu aku ye.” Setelah beberapa minit berbual dengan si pemanggil dia menutup handsetnya dan diletakkan semula di dalam beg. Wajah yang terbaring itu ditatap kembali setelah dia menyedari sepasang mata Sheera memandangnya. Tidak dia sedar bila sahabatnya bangun dari tidur.

            “ Sheera...” Tangan rakannya digenggam erat.

            “ Anak aku...” Kata-kata pertama yang diucapkan dari bibirnya. Mieza tersenyum pahit melihat ada air mata yang mengalir dari pipi wanita itu.

            “ Kandungan kau selamat...jangan risau.” Kenyataan dari Mieza membuatkan air matanya mengalir lagi. Kali ini mengalir disebabkan rasa syukur kerana keselamatan diri dan anak dilindungi oleh yang maha esa.

             “ Suami aku mana Mieza?”

             “ Dia...ah, aku terlupa nak call dia cakap kau dah sedar. Dia dah pesan tadi. Kau baring ye..jangan gerak banyak sangat. Itu pesan doktor.” Telefon bimbit dicapai kembali dan panggilan dibuat untuk melaporkan keadaan Sheera kepada Farish. Setelah selesai, dia memandang wajah Sheera yang masih lagi melihatnya.

             “ Sekejap lagi Farish datang. Dia baru keluar tadi, ada hal. Family kau pun baru balik tadi. Tapi aku dah bagitahu Fathiha untuk inform kat mak ayah kau nanti.”
                                                                                                                    
             “ Owh...”  hanya itu sahaja yang mampu dicakapkan. Terasa diri masih lagi tidak berdaya.

             “ Nanti kalau Farish dah balik kejutkan aku. Aku rasa penat...” Mieza hanya mengangguk sambil tersenyum. Rambut Sheera diusap lembut dan dirapikan sikit. Kesan air mata yang mengalir tadi juga dikesat dengan hujung ibu jari. Kemudian dia melihat sepasang mata Sheera mula tutup kembali.




          *************************************************************************************


   Ya Allah...dugaan apa yang kau cuba kau berikan pada hambamu ini. Hati ini makin lemah menerima tamparan yang bertimpa-timpa datang. Sesungguhnya aku memohon kepadamu agar kau kuatkan lagi iman dan takwaku agar aku boleh bertahan menghadapi rintangan ini Ya Allah...

       Diri tersentak tatkala bahu disentuh lembut. Lelaki muda yang berdiri disebelah menghadiahkan senyuman kecil. Salam diberi dan dia menjawab dengan perlahan. Terasa bangku kayu panjang yang didudukinya bergegar kecil kerana tubuh lelaki yang menegurnya duduk di sebelah.



       “ Maafkan pak cik...”

       “ Pak karim tak bersalah...”

       “ Tapi dia satu-satunya yang pak cik ada.”

       “ Pak Karim...” apabila dipanggil, lelaki tua itu menoleh ke arah Farish.

       “ Kenapa dia benci sangat dengan saya? Lagipun saya lansung tak cam dia tu adik arwah Julia. Dulu masa dia pergi luar negara lain muka dia, sekarang lansung saya tak boleh cam. Dia dah jadi orang lain....itu saya tak kisah sangat, yang saya tertanya-tanya ni kenapa perlu dia buat semua ni?” Segala persoalan diluahkan.

        “ Salah pak cik sebab tak bagitahu kamu Farish. Kalau dulu awal-awal lagi sepatutnya pak cik bagitahu pasal hal natasha ni. Tapi masa tu pak cik rasa benda tu mungkin tak penting, ternyata sekarang semuanya diluar jangkaan pak cik.” Untuk seketika dia menarik nafas sedalam-dalamnya. Rasa di dada mula sebak.

         “ Masa Natasha belajar di german dulu, dia senyap-senyap kahwin dengan kekasih dia. Bila pak cik dapat tahu pak cik marah sangat. Agaknya sebab dia takut dengan pak cik, semenjak tu dia tak nak balik malaysia. Puas arwah Julia dengan isteri pak cik pujuk, tapi dia tetap dengan pendirian dia. Walaupun dia berdegil, pak cik selalu harap dia bahagia kat sana. Tapi pak cik silap, rupa-rupanya dia menderita kat sana. Dia selalu kena dera dengan suami. Sampailah satu hari, suami dia bertindak melampau. Dia simbah asid kat muka Natasha.”

          “ Astaghfillahalazim....kenapa sampai macam tu sekali?”

          “ Diorang bergaduh sebab suami dia ada perempuan simpanan. Demi mempertahankan perempuan tu, dia sanggup buat macam tu kat anak pak cik. Hati ibu bapa mana yang tak sedih nak...mujurlah kawan dia kat german tu hubungi Julia untuk bagitahu semuanya. Pak cik dengan arwah isteri decide nak pergi sana, nak temankan anak kami. Masa tu Julia baru bertunang dengan kamu. Segala simpanan Julia untuk perkahwinan dia dengan kamu dikeluarkan untuk buat rawatan natasha. Julia harap Natasha dapat kulit yang baru. Dia tahu adik dia tak boleh hidup kalau muka dah hancur, dia sanggup berkorban untuk Natasha. Kami terpaksa setuju untuk guna duit tu memandangkan tak sanggup lagi tengok Natasha asyik meraung tiap-tiap hari mengenangkan perubahan pada wajahnya. Kami gunakan duit tu untuk dia buat pembedahan plastik. Alhamdulillah, lepas pembedahan berjaya...wajah dia berubah sedikit dan dia pun makin ceria.”

          “ then?” Faarish mencelah...

          “ Pak cik ajak dia balik malaysia, tapi dia tetap tak nak balik lagi sebab nak uruskan hal penceraian dengan suami dia. Pak cik dengan isteri balik dulu memandangkan itu pilihan dia. Tak lama kemudian siapa yang sangka....Julia pula yang pergi meninggalkan kami semua.” Tangisan tidak dapat dibendung lagi. Teresak-esak Pak Karim menangis. Keadaan sekeliling lansung tidak dipedulikan. Farish mengusap-usap perlahan belakang lelaki itu. Sungguh, dia juga simpati dengan apa yang berlaku.

           “ Bila Julia dah meninggal dunia, barulah Natasha jejakkan kaki kat Malaysia. Keadaan dia masa tu sedih sangat. Dia rapat dengan arwah... isteri pak cik pula tak dapat tahan perasaan dia. Makin hari kesihatan dia lansung tak dipedulikan. Puas pak cik ikhtiar...tapi ajal dan maut di tangan tuhan. Bertambah-tambah sedih perasaan pak cik nak...tapi Natasha lagi sedih. Dia pernah cakap kat pakcik. Dia salahkan kamu ke atas kematian Julia dan isteri pak cik. Sebelum arwah mak cik meninggal dia pernah ceritakan kat Natasha apa yang berlaku masa kemalangan tu.” Usapan di belakang tidak dihentikan. Farish masih lagi setia mendengar.

              “ Kamu ingat kan apa yang jadi masa kemalangan tu?” Farish hanya mengangguk. Mana mungkin dia lupa peristiwa lima tahun yang lalu. Dia turut rasa bersalah. Kalau dia tak bergaduh dengan Julia hari tu, mungkin kemalangan tu dapat dielakkan. Terimbas peristiwa lima tahun lepas.

  

                “ Julia, please listen to me. I want you to come back right now! Kenapa perlu you lari masa i nak terangkan tadi. Please Julia...i merayu kat you, stop the car. Dengar dulu apa yang i nak cakap ni.” Puas suara itu memujuk dari dalam handphone.

                “ Whatever!!...”

                “ Julia...please.” Ibu bapa Julia masih lagi duduk di halaman rumah memerhatikan Farish bercakap di telefon. Huru hara rumah tu jadinya tadi dengan pergaduhan anak mereka dengan bakal menantu.

                “ Kenapa dengan you ni ha Farish!!suka sangat cemburu tak bertempat. I told you that was my klien...tapi boleh pula you nak marah-marah i kan. Dah tu you boleh pula nak bertekak dengan i depan my parent. I malu Farish!!”

                “ I...i jelaous. I cemburu tengok lelaki tu mesra dengan tunang i sendiri. Julia, please...masa tu i tak tahu. Julia...Julia!!” Kedegaran bunyi yang agak kuat berlanggar dari corong telefon. Sahutan dari tunangnya tidak lagi berjawab. Berkali-kali didail semula, tapi lansung tidak dapat dihubungi.


                 “ Isteri pak cik ceritakan semuanya kat Natasha. Sejak dari tu, natasha dah salah sangka, dia letakkan kesalahan tu kat kamu. Baginya kalau kamu tak marah Julia masa tu mungkin kemalangan tu takkan jadi. Dia juga rasa sebab kematian Julia juga menyebabkan ibunya meninggal. Dia letakkan semua kesalahan kat kamu.” Kenyataan dari Pak Karim membuat Farish tersentak dari memikirkan peristiwa lima tahun lepas.

                 “ Memang salah saya Pak Karim...salah saya.” Sesalan kembali timbul di dada bila cerita itu diungkitkan. Farish sedar, dia memang seorang yang kuat cemburu. Kalaulah boleh dikawal perasaannya, hmm...sukar dia mahu memaafkan dirinya sendiri.


                  “ Kamu tak salah nak....ni semua takdir tuhan. Hidup dan mati kita di tangan-NYA. Siapalah kita ni untuk menghalang. Pak cik tak sangka anak pak cik boleh bertindak macam ni sekali. Pak cik juga tak sangka dia yang merancang semua ni. Kalaulah pak cik  tahu mungkin pak cik boleh menghalang niatnya.” Wajah anak muda disebelahnya dilihat. Ada titik jernih yang mengalir dari pipi lelaki itu. Di sudut hati masing-masing tersimpan satu penyesalan yang sukar diungkap.



       ****************************************************************************************





      Sudah enam bulan peristiwa itu terjadi. Natasha tidak dikenakan hukuman penjara, malah dia dihantar ke pusat rawatan sakit jiwa kerana mengalami masalah kekacauan minda. Siapa sangka, dari luar dia nampak normal seperti wanita-wanita lain. Namun dalamannya tiada siapa yang tahu. Mungkin disebabkan terlalu banyak perkara buruk yang dilalui di masa lampau.


       Mujur kandungan Sheera selamat. Siapa sangka, tuhan masih memberi peluang untuk anaknya hidup. Sejak dari itu, Sheera tidak dibenarkan bekerja kerana diberhentikan kerja oleh Farish. Dia mahu isterinya benar-benar sihat. Tidak mahu lagi pisang berbuah dua kali. Orang gaji diupah supaya mengawasi setiap langkah isteri. Puas Sheera menolak cadangan tu, tapi Farish terpaksa tegas. Kadang-kadang ibu mertuanya juga kerap datang melawat untuk menjaga Sheera.



        “ Abang ikut rombongan minggu depan?” Bacaan di surat khabar terhenti dan diselak supaya dapat melihat wajah isterinya.

        “ Ikut...mesti tu. Wajib.” Tergelak Sheera dibuatnya. Beria-ria suaminya menjawab.

        “ Hmm..tak sangka kan along tu betul-betul nak jadikan Fathiha tu bini dia.”

        “ Bukan setakat tu je ayang...abang rasa pelik.”

        “ Apa yang abang nak peliknya?” Tangan menarik teko di depan dan dituangkan air teh berhati-hati di dalam cawan.

        “ Yela, along tu kan abang ipar abang. Fathiha tu pula dah macam adik abang sendiri walaupun dia tu just keluarga angkat. Kalau along kahwin dengan Fathiha, automatik abang ni jadi abang ipar dia la. Pening abang....dia jadi abang ipar abang, last-last abang pula jadi abang ipar dia.” Kedua-duanya tergelak kecil. Betul juga tu...

        “ Ala, abang tu kira abang ipar angkat. Abang long ayang tu kira abang ipar kandung. Beza tu....” Pandai je Sheera membalas. Pipi isterinya dicubit lembut. Ada je nak dibalas. Tersengih Sheera dibuatnya.

         “ Abang...” Baru nak hirup teh, dirinya dipanggil lagi. Terus dia pandang isteri di sebelah. Wajah Sheera berkerut-kerut.

         “ Kenapa ni ayang...oh no, please dont say you...”

         “ Rasanya dah nak keluar ni bang....abang, sakit!” Farish berdiri dari kerusi makan. Terus dia memegang bahu isterinya untuk didukung. Tapi terbantut jadinya apabila dia melihat Sheera sudah ketawa bagai nak rak...

         “ Abang ni...senang sangat kena tipu. Hehe..” Tangannya sudah memegang perut yang memboyot itu sambil menahan ketawa. Farish menarik nafas. Sampai hati bini dia bergurau macam tu sekali. Manalah dia tak cuak tadi.

         “ hahaha....lawak sangatla tu?!” Perli si suami. Sheera berhenti ketawa namun senyuman masih lagi terukir di bibir.

         “ Ala...orang gurau jela. Abang ni sensitif pula. Jangan marah ek abangku sayang...ayang janji ayang takkan buat lagi. Senyumla sikit...ala bucuk-bucuk.” Terpaksa Farish mengalah. Pandai je si isteri memujuk. Setelah melihat senyuman di wajah Farish, Sheera menghadiahkan ciuman di pipi suami. Bertambah-tambah manis wajah Farish menerima kucupan dari isteri tercinta. Dia mengambil cawan di depan dan dihirup perlahan.


         “ Abang!!..” Sekali lagi Sheera membuat aksi seperti tadi. Nak kenakan suami dia lagi lah tu. Farish buat do no je...malas nak main.

         “ Abang!!...” Muka Sheera sudah kemerahan. Farish hanya tersenyum.

         “ Ha, mainlah lagi. Kali ni abang takkan tertipu.” Baru nak capai surat khabar di depan, lengannya digenggam kuat. Sheera menahan nafas berulang kali. Muka dah berpeluh-peluh.

          “ Aduh...ayang, sakit tangan abang.”

          “ KALI NI....AYANG....SERIUS!! BABY...NAK...KELUAR!!” satu-satu perkataan disebut dengan agak kuat. Genggaman di lengan suami dikuatkan. Kali ni dua-dua menjerit. Seorang menjerit sakit nak bersalin, seorang lagi menjerit sakit sebab tangan menjadi mangsa cengkaman dari isteri. Pembantu rumah yang berada di dapur tergesa-gesa berlari ke ruang tamu melihat apa yang sudah berlaku.

           “ Waduh waduh pak...pa pasal ni??” Risau bibik melihat adengan di depannya.

           “ Bibik, awak pergi ambil beg pakaian yang dah siap kemas kat atas. Lepas tu bawa turun ke kereta. Cepat sikit. Bini saya nak bersalin ni...!” Arahan dari Farish terus dibuat, tergesa-gesa dia berlari ke atas.

    
     Farish sedaya upaya mendukung Sheera walaupun terasa berat yang amat. Apabila sampai di kereta, kelihatan bibik sudah pun tercungap-cungap memberi beg yang dikehendaki oleh tuannya. Laju kereta itu berlalu pergi dari halaman rumah. Bibik yang berdiri di situ melihat kereta itu makin hilang dari pandangan. Hmm...macam-macam.