cinta is l0ve...bab 28


.

bab 28





     Hari pertama Syawal disambut dengan penuh kesyukuran. Setelah menunaikan kewajipan berpuasa sebulan, akhirnya seluruh umat islam di dunia menyambut hari yang ditunggu-tunggu itu. Rumput yang meliar dicabut. Tikar dibentangkan dan duduk bersila di atasnya. Bacaan yassin dimulakan. Setiap harakat dan sebutan dibaca dengan betul. Setelah selesai, dicapai jug kristal yang berisi air dicurahkan ke atas pusara itu. 

     “ Abang...”

     “ Jomlah kita balik. Semua dah tunggu kat rumah.” Dia hanya mengangguk. Tikar dilipat, jug air dipegang oleh isterinya.

     “ Assalamualaikum...”

     “ Waalaikumussalam...” Serentak Farish dan Sheera menjawab salam.

     “ Eh, Pak Karim kan? Lamanya tak jumpa.” Lelaki di depannya mengangguk. Lalu kedua-duanya berpelukan.

     “ Pak cik ada je. Cuma jarang dah datang kat sini.”

     “ Owh, saya pun dah lama tak jenguk kubur Julia ni. Ada kesempatan barulah dapat.”

     “ Baguslah kalau macam tu, moga-moga arwah tenang berada di alam sana. Hanya doa sahaja yang kita mampu berikan kepada yang sudah meninggal dunia.” Ringkas diucapkan. Mata lelaki tua itu menjeling gadis yang di sebelah Farish.

      “ Siapa gadis cantik manis ni Farish?” Tangan ditunjukkan ke arah Sheera.

      “ Eh, terlupa pula saya nak kenalkan. Ni isteri saya, Sheera. Ayang,ni Pak Karim...ayah arwah Julia.” Segera Sheera menghulur tangan untuk bersalam sambil menundukkan sikit badannya tanda hormat, kemudian masing-masing tersenyum.

      “ Alhamdulillah kamu dah kahwin. Senang hati pak cik ni. Eh, dah lama kita tak bersembang kan. Nanti jemputlah datang raya rumah pak cik. Takkan dah tak sudi kot.”

      “ Ish Pak Karim ni, sudi sangat apa pula tak sudi. Besok saya dengan isteri datang ye. Hari ni rasanya tak boleh, sebab ramai sedara mara datang rumah ni. Pak Karim pun datanglah rumah saya. Confirm mama dengan papa happy kalau tengok Pak Karim datang.”

      “ Yelah...insyaallah. Nanti sampaikan salam kat mak ayah kamu ye.”

      “ Baiklah. Erm, saya beredar dululah ye. Assalamualaikum...”

   Setelah salam dibalas, dia melihat langkah pemergian Farish dan isteri. Dia menoleh ke arah pusara di depannya. Dipegang batu nisan di depan, andailah anaknya itu tidak pergi awal, mungkin sekarang dia akan bahagia menjadi isteri Farish. Tapi apakan daya, semua itu adalah ketentuan tuhan.



     ******************************************************************************************



  
      “ Ish budak ni, perut tu macam dah nak meletup ada ke patut dia sibuk buat kerja ni. Dahlah eyqa oit, kau pergi depan rehat.” Tegur Fathiha yang ketika itu baru masuk ke dapur. Dilihat eyqa begitu sibuk membuat kerja di dapur membuatkan dia naik risau.

       “ Ala, aku tolong sikit je.”

       “ Sikit tak sikit, keluar sekarang.” Arahan diberi seolah-olah bagaikan seorang guru menegur anak muridnya. Eyqa hanya tersengih melihat Fathiha yang berlagak serius. Kemudian dia menoleh ke arah Sheera.

       “ Ni ha, dak sekor ni pun kau tak nak halau?” Seolah-olah sedar persoalan itu dituju kepada dirinya, Sheera memandang ke arah eyqa dan Fathiha.

        “ Ha, kau pun sama Sheera. Keluar cepat. Korang berdua ni dah lah tengah bawa baby dalam perut tu. Karang kalau ada apa-apa yang jadi aku juga yang susah. Baik kau dua orang cepat pergi sebelum aku panggil suami masing-masing seret keluar nanti.”

        “ Ni pehal kecoh-kecoh ni. Dari luar lagi along dah dengar. Eh..Fathiha...how are you my love...”

        “ Love...love...nampak ni?!” Senduk di dalam bangkul diangkat.

        “ Huih, garangnya!” Sheera dan eyqa tergelak melihat Syafiq yang tak pasal-pasal kena marah juga.

        “ Datang bulan ke si Fathiha tu dik?” Bisik abangnya di sebelah.

        “ Entah...tapi dia marah adik ngan eyqa buat kerja kat dapur ni. Open house ni kan buat kat rumah adik, kalau tuan rumah ni tak buat kerja macam mana pula nak bagi tetamu kat luar tu makan.”

         “ Betul tu apa yang adik saya cakap tu. Awak janganlah marah ek..” Syafiq menunjukkan muka semanis-manisnya sambil memujuk.

          “ Saya tak marahlah awak...saya tegur. Risau tengok diorang ni sibuk buat kerja. Kan diorang tengah mengandung tu. Nanti apa-apa jadi camne? Kita juga yang susah...”

          “ Ha, betul apa yang Fathiha cakap tu...pe lagi. Shuh shuh..” tangan digerak bagaikan menghalau kucing.

          “ Eh, along back up siapa ni?” Eyqa menyampuk.

          “ Along back up bakal bini along ni.” Dia sudah menjeling ke arah Fathiha. Dilihat gadis itu membulatkan matanya. Sekali lagi eyqa dan Sheera tergelak.

           “ Ayang, Jumaidah dengan Zaidi dah datang tu.” Farish memanggil isterinya supaya keluar. Sheera hanya mengangguk dan meletakkan dulang yang dipegang ke tangan Syafiq. Diseret sepupunya Eyqa supaya keluar dari situ juga. Syafiq meletakkan dulang yang diberi ke meja dapur. Dia juga mahu keluar, tetapi langkahnya terhenti apabila terasa seseorang menarik bajunya dari belakang.

           “ Awak nak pergi mana pula? Tolong saya angkat makanan ni...jangan nak lari!” Amaran keras diucapkan oleh gadis yang diminatinya itu. Syafiq menggaru kepalanya yang tidak gatal sambil tersengih.

            “ Demi my love...apa jua arahanmu akan ku turuti.” Kali ni bukan setakat senduk hinggap kat bahu dia, siap dapat hadiah tambahan lagi kat pinggang. Syafiq menggosok perlahan kesan cubitan itu. Apabila dia melihat Fathiha yang tergelak kecil didepannya, dia juga turut ketawa.


            Semakin menjelang waktu tengahari, semakin ramai yang bertandang ke rumah mereka. Semua sahabat kerja, rakan-rakan dan saudara dijemput untuk memeriahkan rumah terbuka yang pertama dibuat oleh Farish dan Sheera. Semua yang bertandang disambut mesra.

            “ Kau tak penat ke Sheera?” Soalan itu hanya dijawab dengan gelengan dan senyuman kecil.

            “ Aku gembira lagi adalah. Seronok tengok ramai tetamu yang datang ni mieza. Lagipun ramai saudara aku yang tolong. Kau dengan kak huda dah makan belum?”

            Dah makan dah. Buncit perut den ni ar. Makan banyak sangat.” Tangan diletakkan di atas perut dan diusap perlahan. Sheera hanya ketawa melihat sahabatnya yang sudah kekenyangan. Tanpa mereka sedari dari jauh kelihatan seorang wanita dari tadi lagi melihat Sheera.

            “ Baguslah tu, kak huda mana?”

            “ Dia pergi toilet kot.”

            “ Sheera...” Terus dipusingkan badannya menghadap wanita yang memanggilnya tadi.

            “ Kenapa Natasha?”

            “ Nak tanya ni, Tandas kat mana ye? Tak tahanlah nak buang air.”

            “ Dekat dengan dapur tu.” Mieza pula yang menjawab.

            “ Tapi ada orang dalam tu, tandas lain takde ke? Tak tahan sangat dah ni.” Sheera dan mieza melihat riak muka Natasha sudah pun berubah. Mungkin tak tahan sangat agaknya.

             “ Kat atas ada tandas lagi. Mari aku tunjukkan. Mieza, aku pergi atas ye...” Mieza hanya mengangguk. Sheera menarik tangan Natasha dan berlalu ke tingkat atas.


       Dari jauh mieza melihat kelibat Jasmin bersembang dengan tetamu yang lain. Sejak kebelakangan ni selalu juga Jasmin ramah menegurnya di pejabat. Sedikit sebanyak pandangan yang buruk tentang wanita itu berubah.  Baru dia nak gerak mendekati Jasmin, kedengaran bunyi yang agak kuat terhempas dari belakang. Semua serentak melihat ke arah itu. Kelihatan sekujur tubuh terbaring di bawah tangga. Mieza menutup mulutnya dan berlari ke arah tersebut.

              “ Ya Allah...Sheera!”




         *****************************************************************************************


   Muka diraup berulang kali. Dari tadi lagi langkah kakinya ulang alik di depan bilik tersebut. Dalam hati dia berdoa agar semuanya selamat. Firdaus menghampiri saudaranya dan memegang lembut bahu Farish. Farish hanya memandangnya dengan wajah yang amat risau.


           “ Sabarlah Farish. Banyakkan berdoa. Insyaallah semua akan selamat.”

           “ Aku harap macam tu...aku risau Daus. Dalam sekelip mata je semua ni terjadi.” Firdaus mengajak Farish supaya duduk di deretan bangku yang berada di dalam hospital tersebut. Farish hanya mengikut tanpa membantah.

           “ Sabarlah...banyakkan istighfar.”

           “ Dahla tu menangis idah...insyaallah anak kita tu selamat. Awak menangis macam ni pun bukannya boleh membantu.”

           “ Macam mana saya tak menangis bang, anak perempuan saya kat dalam tu tengah bertarung nyawa. Bukan setakat nyawa dia je bang, anak dalam kandungan pun terancam.” Suara ibu mertuanya kedengaran selang beberapa kerusi darinya. Segera dia menghampiri Puan Faridah dan melutut di depannya.

           “ Ma...maafkan Farish. Semua ni takkan terjadi kalau sentiasa berada dengan Sheera. Farish bersalah mama. Maafkan Farish...” Tangan puan faridah disalam dan dikucup penuh penyesalan. Air di mata sudah tidak mampu dibendung lagi, akhirnya jatuh jua mengalir di pipi.

           “ Bangunlah nak...mama tahu ni bukan salah Farish. Jangan buat camni nak...bangunlah.” Puan Faridah pula yang merayu supaya menantunya bangun dari melutut. Tidak sanggup dia melihat seorang lelaki yang bergelar suami kepada anaknya jadi sebegitu rupa. Wajah Farish kali ni pucat dan penuh kekesalan. Dia tahu lelaki itu amat menyayangi anak perempuannya. Firdaus yang melihat situasi itu juga berasa sedih.

           “ Encik Firdaus...” Mieza mencuit dari belakang.

           “ Saya ada sesuatu nak bagitahu ni. Saya nak beritahu encik farish tapi encik farish...” Dia memandang Farish kemudian dia memandang semula ke arah Firdaus.

            “ Saya rasa insiden Sheera jatuh tangga tu bukan satu kemalangan.”

            “ Maksud awak?” Dahi sudah dikerutkan.

            “ Saya rasa ada seseorang yang menolak Sheera dari atas.” Apa yang dirasakan diluahkan semuanya pada Firdaus. Masa semua dikejutkan dengan insiden tersebut, kelibat Natasha dari atas tidak kelihatan. Semasa Farish mendukung Sheera untuk dibawa ke hospital, dia ternampak Natasha turun dari tangga dalam keadaan yang mencurigakan. Semua yang dia nampak tadi diceritakan. Satu pun tak tertinggal.

            “ I don’t know about this Mieza... kita takde bukti.” Kedua-duanya diam memikirkan hal tersebut. Hanif yang mendengar dari tadi menghampiri Firdaus dan menarik perlahan seluar lelaki itu. Firdaus memandang ke bawah ke arah Hanif.

            “ Kenapa anip, penat ke? Kalau penat abang daus hantar balik ye.” Hanif hanya mengeleng perlahan.

            “ Anip nampak...” Mieza dan Firdaus memandang serentak ke arah budak lelaki itu.

            “ Anip nampak apa?” Mieza bertanya.

            “ Anip nampak kak Sheera kena tolak dengan perempuan tu.” Kenyataan dari Hanif membuatkan Firdaus dan Mieza berpandangan. Benarlah sangkaan Mieza tadi. Tapi dia terfikir, kenapa perlu Natasha berbuat begitu. Persoalan demi persoalan menjengah mindanya.

             “ Betul ni anip? Jangan main cakap je. Perempuan yang mana?” Firdaus meminta kepastian lagi.

             “ Dia pakai baju kebaya warna hijau. Rambut panjang sampai bahu.”

             “ Sah, memang itu Natasha encik firdaus. Masa open house tadi dia je pakai baju kebaya warna hijau. Baju dia takde corak kan anip? Kosong je kan? Cuma kain dia corak kotak-kotak.” Mieza bertanya lagi kepada Hanif. Budak itu hanya mengangguk.

             “ Macam mana ni encik firdaus? Nak bagitahu encik farish?” lama Firdaus memandang wanita disebelahnya.

             “ Kita bagitahu, tapi selepas Farish dah tenang sikit.”

           

  1. suspennye...sy taw mst tasha 2 adik or kakak julia tul x??die dtg nk bls dendam kat farish..cpt smbug taw nk taw pe jd kat sheera..haha

  1. wah..bgs2.dah leh jd ahli nujum..kui3XD