cinta is l0ve...bab 7
.
Pening dia melihat gadis didepannya. Dari tadi
asyik resah je. Tak duduk diam. Mak andam pun susah nak mekap dia. Tak tahan
dengan situasi begitu, dia datang menghampiri mak andam. Dicuit bahu mak andam dan
dia membisikkan sesuatu di telinga mak andam tersebut. Lepas je habis dia
berbisik, mak andam mengangguk dan
keluar dari bilik itu meninggalkan mereka berdua.
“ Kau ni kenapa eyqa? Tahulah kau nak menikah malam ni. Kot ye pun
cubalah relaks jap, kesian aku tengok mak andam tu bukan main susah dia nak
buat kerja kalau kau macam ni.” Sheera
cuba menenangkan sepupunya. Eyqa melihatnya, kemudian dia tunduk dan
terdengar keluhan dari mulutnya.
“ Macam manalah aku tak resah. Aku takutlah wei...aku takut aku tak ready untuk
jadi seorang isteri. Boleh ke aku jalankan tangungjawab aku nanti? Boleh ke aku
hadapi semua ni nanti? Aku takut aku tak dapat jadi isteri yang sempurna untuk
zidan. Macam mana ni sheera? Aku nak larilah cam ni!!”
Satu tamparan hingap di bahu eyqa. Pada
masa itu juga eyqa mengadu kesakitan sambil menjeling tajam ke arah sheera.
Tergelak sheera melihat respond sepupunya. Kemudian dia menarik sepupunya duduk di atas katil.
“ Kau ni, ada ke patut cakap nak lari. Asal takut je nak lari. Manalah
aku tak tampar kau tadi. Tu kira okla aku tampar bahu kau, ikutkan hati mahu
aku tarik telinga kau macam mama aku selalu buat kat aku tu. Relaksla beb,
memang tak ada istilah sempurna dalam hal rumah tangga ni. Aku percaya zidan
terima kau seadanya. Kau tak payah risau pasal hal kesempurnaan tu. Kalau
sempurna sangat pun tak elok juga. So,take your time to learn how to be a good
wife. Don’t worry...you will be fine.” Buat seketika, selepas dengar nasihat dari sepupunya,
eyqa tersenyum.
Dia menarik nafas sedalam-dalamnya. Ada
betul kata sheera, dia perlu yakin akan dirinya. Walaupun sepupunya itu
selalu berperangai gila-gila, tapi ada masanya sheera ni boleh diharap apabila
situasi sebegini timbul. Diimbasnya kembali saat bagaimana dia dan zidan
bertemu. Perkenalannya dengan zidan bermula sejak di kolej lagi. Tidak disangka
hubungan itu bertahan hingga ke jinjang pelamin. Tersenyum dia apabila
mengenang kembali peristiwa itu. Lepas beberapa minit mama sheera,puan faridah
masuk ke dalam bilik bersama mak andam. Mak andam meneruskan kerjanya untuk
menyolekkan eyqa. Puan Faridah menyuruh anak daranya itu keluar untuk bantu
serba sedikit saudara mara di dapur. Sebelum dia keluar, sempat lagi dia
berbisik kepada eyqa.
“
Nanti kau ceritalah kat aku camne first night kau nanti. hehe...” Terjengil
biji mata eyqa memandang sheera. Terkejut punya pasal.
Baru je eyqa nak ketuk kepala sepupunya, Puan Faridah awal-awal dah tarik telinga anak gadisnya. Rupa-rupanya
mama sheera pun dengar juga apa yang dibisikkan anaknya. Diseret anaknya
keluar. Sheera dah buat isyarat mintak tolong kat eyqa. Eyqa tak tahan melihat
gelagat ibu dan anak itu, terus dia tergelak. Resah di hatinya hilang setelah
melihat situasi yang menggelikan hati.
*************************************************************************************
Setelah selesai sahaja urusan akad nikah
malam tu, semua tetamu dijemput menjamu selera. Tadi semasa upacara pernikahan,
Zidan tenang melafazkan akad nikah. Hanya sekali lafaz, eyqa sah menjadi isteri kepada zidan. Gembira
hati sheera melihat senyuman dibibir eyqa. Malam ni pasangan pengantin baru anggun dengan set persalinan pakaian berwarna putih suci. Zidan mengenakan baju
melayu tradisional manakala eyqa ayu memakai baju kebaya labuh. Sebelum akad
nikah berlansung tadi ada jugalah dia ternampak kat belakang rumah, si zidan tengah praktis banyak kali nak hafal akad nikah. Tergelak dia memikirkan hal tersebut.
Dia keluar dari rumah menuju ke khemah
tempat tetamu menjamu selera untuk mencari abangnya syafiq. Dia awal-awal dah
tahu mana syafiq berada. Senang je nak cari abangnya, di mana ada
makanan,di situ jugalah abangnya berada. Mata dia tertumpu pada belakang
seseorang yang memakai baju melayu mirip milik abangnya. Lelaki tersebut enak menjamu selera. Segera dia berjalan ke arah abangnya, lalu menepuk bahu
abangnya dengan agak kasar ( Dah biasa sangat kasar dengan abang sendiri ). Apa
lagi tersembur makanan dari mulut lelaki itu, terkejut punya pasal.
Sheera dah tergelak melihat reaksi lelaki
itu. Baru je dia nak gosok belakang abangya, lelaki tersebut terus toleh ke belakang
untuk melihat orang yang menepuk bahunya. Sheera dah menutup mulut,
terkejut sebab lelaki itu bukanlah abangnya sebalik orang lain.
“Encik Firdaus!!...”
*************************************************************************************************
‘ Malunya....apasal lah aku boleh tersilap ni!!’ sheera mengangkat mukanya memandang
firdaus di sebelah kemudian dia tunduk balik.
“
Aik, tadi bukan main mesra lagi lagi cara awak tegur saya. Sekarang ni senyap
pula.” Perlinya kepada sheera sambil tersenyum.
“ Err..encik,
saya minta maaf sangat. Sumpah, saya ingat encik firdaus ni abang saya. Malam
ni baju yang encik pakai sebijik colour sama dengan baju abang saya. Sorry
sangat-sangat!! Saya tak sengaja.”
Masa dia dah tersilap tegur orang tadi, dari
jauh abang dan sepupunya yang lain dah tergelak gila-gila. Malu beb!! Dia ingat
nak kenakan abangya itu, last-last dia yang terkena. Time tu juga papa sheera
ternampak perbuatannya itu. Apa lagi, ayahnya terus tunjuk muka garang. Dia
selamba je tunjuk tanda ‘peace’ ke arah papanya. Tergeleng-geleng kepala encik
mustafa melihat perangai anak daranya. Rupa-rupanya firdaus ni kawan satu
pejabat dengan zidan. Patutlah dia pun ada kat situ.
“ Habis macam mana ni?”
“ Ha, camne apa?”
Pertanyaan dari firdaus dibalas dengan pertanyaan.
“ Macam mana awak nak minta maaf kat saya. Takkan setakat minta maaf
je.” Firdaus
pura-pura memandang dengan wajah yang garang.
Dilihat gadis yang berbaju kebaya moden
berwarna jingga itu dah gelabah semacam. Terpana dia ketika melihat sheera
waktu mula-mula ditegur tadi. Sheera nampak lain malam ini, cantik sangat
dengan rambutnya yang ikal mayang itu dilepaskan begitu sahaja. Cuma ada satu
pin rambut di sebelah kanannya jadi hiasan di kepalanya.
“ Err..encik denda jelah saya. Apa je encik nak saya buat, saya akan
buat tanda minta maaf.”
Dilihatnya firdaus diam je. Lama lelaki
itu diam sambil memeluk tubuhnya. Mungkin dia tengah memikirkan hukuman yang
sewajarnya.
“
Hujung minggu depan saya nak awak keluar dengan saya. No excuse!..nanti saya
mesej nombor awak untuk inform kat mana kita patut keluar nanti.”
“
Ha??!” Terkejut dia dengar hukuman yang keluar dari mulut Firdaus.
“
You heard me..then i should go now. See you next week.” Terus je firdaus
bangun meninggalkan sheera yang tengah terpinga-pinga.
Dalam fikirannya sudah ada rancangan yang
bagus untuk dilaksanakan hujung mingu nanti. Di dalam keretanya dia mengambil
handphonenya dan mula mencari nombor yang hendak didail. Setelah jumpa nama
yang dicari, terus dia menekan butang hijau. Beberapa saat kemudian panggilan
telefon dijawab.
“ Hello isya....”
haha.. so sweet... amin~
penulisan da semakin baek..
tulisan pon da xserabut.. gud job sygs... ^_^