cinta is l0ve...bab 8


.



bab 8










       Tergesa-gesa dia turun dari tren LRT tersebut. Lepas je dah sampai dalam bangunan KLCC , dia mencari tandas. Di depan cermin tandas dikeluarkan sehelai tisu dan dia mengelap peluh yang menitik dimukanya. Kemudian dia belek-belek wajahnya. Semua ok, kecuali rambut. Ikatan rambutnya longgar dan menyebabkan rambutnya agak serabai sedikit. Ditarik getah rambut dan disimpan di dalam tas tangannya. Dia membiarkan rambutnya yang paras atas pinggang itu dilepaskan dan dikemaskan sikit. Dia melihat jam ditangan. Terus dia berjalan dengan segera ke tingkat atas. Tepat pukul 11pagi dia dah sampai depan TGV .

   “ Fuh, nasib baik sempat. Mana pula mamat ni?! Semalam bukan main dia mesej aku kalau lambat kena tambah denda...ni aku dah elok-elok sampai on time dia pula yang lambat. ”

    Dia melihat orang yang lalu lalang. Hari ni ramai pula, maklumlah hujung minggu. Sedang dia syok-syok melihat ragam orang yang lalu lalang itu dia ternampak seorang lelaki yang agak dikenalinya. Lelaki itu kusyuk melihat poster filem di hadapan.

    ‘Nak tegur ke? Ala,tegur jelah. Bukannya mamat  tu nak telan aku.’  Segera dia menghampiri lelaki itu dan memberi salam. Terus lelaki itu menoleh ke arah orang yang memberi salam.

    “ Apa yang farish buat kat sini?” Sheera mula bertanya kepada Farish.

    “ Kau pun ada kat sini? Erm, aku tunggu isya. Dia yang beria-ria ajak datang tengok wayang. Kau pula datang dengan siapa ni?”

    “ Encik firdaus. Dia mesej semalam suruh datang kat sini.” Farish hanya mengangguk mendengar penjelasan dari sheera.

   Selepas menyatakan tentang tujuan masing-masing. Mereka berdua diam. Tak tahu nak cakap apa lagi. Sheera dah mula gerak ke tepi dinding untuk bersandar. Farish pula still lagi berdiri depan poster tu. Sambil tu dia jeling-jeling ke arah sheera. Hatinya memuji akan kecantikan sheera pada hari itu. Sheera mengenakan pakaian yang simple tapi menarik. Setelah lima belas minit menunggu dia tiba-tiba terfikir sesuatu. Segera dicapai handphone di dalam poket seluarnya. Dia segera menghantar mesej kepada adik angkatnya.

    < isya, what’s going on?where r u?? Dont tell me ur planning something? >
  Setelah beberapa minit, mesej itu dibalas.
  
   < sorry abang...ni bukan idea isya. Abang daus yang plan semua ni. Isya terpaksa ikut...huhu >
   
   Terkejut dia dengan kenyataan isya itu. Terus je dia dail nombor Firdaus. First call, tak diangkat. Second call pun sama. Dah tiga kali call nombor sepupunya itu, barulah panggilan itu dijawab.

   “ Woit gila! Apa yang kau cuba buat ni ha?! Baik kau bagitahu cepat sebelum aku bom rumah kau dengan kau sekali. ”

   “ Sheera dah sampai ke?” Boleh pula mamat tu rileks je tanya soalan. Yang si farish ni dah panas satu badan dengar soalan selamba dari firdaus.

   “ Mohamad Firdaus bin Datuk Abdullah!! ”

   “Ok..ok! chill lah bro...terang-terang kau dah nampak apa yang aku cuba buat. Aku saja je atur date kau dengan sheera. Amacam, bernas tak idea aku? Pandai kan aku ni?”

    “ Pandai sangat!!...pandai tahap cipan!..kenapalah kau boleh terpikir hal macam ni wei? Kenapa pula kau memandai-mandai aturkan semua ni? Bukan kau suka sheera ke? Kenapa aku pula yang jadi mangsa ni?” Sambil tu dia menjeling ke arah sheera. Dilihatnya sheera tengah menunggu kebosanan.

    “ Wait...tak bermakna aku cakap aku suka dia aku jatuh cinta dengan dia. Maksud aku hari tu, aku suka dia jadi setiausaha kau. Itu je...habis tu Lisa tu aku nak campak mana wei?? Kang tak pasal-pasal awek aku tu lari. Tak mahu aku kehilangan lisa..”

     Farish dah start menggaru kepalanya yang tak gatal itu. Pening dia melayan sepupunya. “ Yela, manalah aku tau. Kau kan playboy ternama kat malaysia ni..”

    “ Itu dulu beb, sekarang ni umur aku dah makin meningkat. Aku dah malas dah nak main-mainkan hati perempuan ni. Kira kes aku dah insaflah ni. Sekarang ni aku nak serius dalam cari pasangan hidup aku. Oklah, aku tak boleh lama ni farish, aku kena bidankan kucing aku tu. Dia nak beranak dah tu. Ok,good luck bro!” Belum sempat farish nak cakap perbualan itu tamat macam tu je.

    “ Yela tu kucing kau nak beranak, dah takde alasan lain ke..ceh!” Rungutnya sambil memandang telefon bimbitnya.

     Kalau firdaus ada di situ sekarang ini, pasti dia dah buat aksi gusti ke atas sepupunya. Untuk seketika dia berfikir, mati-mati dia ingat sepupunya itu ada menyimpan perasaan terhadap sheera. Lagipun hari itu dia ternampak dengan matanya sendiri firdaus menumpangkan sheera menaiki keretanya. Masa itu dia terfikir, mungkin mereka berdua sudah pun menjalinkan hubungan. Jadi tanggapannya selama ini sudah meleset. Dia memandang telefon bimbitnya, kemudian memandang sheera. Alang-alang dia dah sampai sini, takkan nak terus balik pula. Baru je dia nak melangkah pergi ke arah sheera, sheera awal-awal dah berjalan dulu ke arahnya. Riak wajah sheera seakan-akan marah, mungkin penat menunggu.

    “ Apa semua ni?” Dia menayangkan isi kandungan mesej dari firdaus di dalam telefonnya kepada farish.

    “ Erm, kita berdua dah kena tipu.”

    “ Tapi kenapa dia buat saya macam ni? Penatlah datang tapi macam ni pula jadi.”

    “ Sepupu aku yang terlebih pandai tu yang aturkan semua ni. Ala, alang-alang dah sampai ni, jom jelah tengok wayang.”

    Untuk seketika sheera terdiam, mungkin sedang berfikir akan cadangan farish. “Takpelah, saya nak balik.”

     “ Aku belanja!!” Jerit farish apabila sheera dah mula melangkah nak balik.

   Bila dia terdengar je perkataan ‘belanja’, langkahnya terhenti dan kemudian langkah kakinya terus menuju masuk ke TGV dan beratur di kaunter tiket. Riak muka Farish tak payah ceritalah, memang terkejut habis tengok perangai sheera. Yela,tadi bukan main nak balik, dengar je orang nak belanja terus dia tukar langkah.

        “ Cepatlah, kata nak belanja!”  tersentak Farish mendengar suara Sheera memanggilnya.

    Terus dia beratur belakang sheera. Dalam kepalanya macam-macam dah fikir pasal perempuan ni. Agaknya dari planet manalah perempuan ni datang, lepas tu boleh sesat kat muka bumi ni.

        “ Tengok cerita hantu nak?” cadang sheera.

        “ Apasal pula? Ah,takde-takde...aku yang belanja ikut cerita yang aku nak tengok, kita tengok kung fu panda 2. Baru best!!”

        “ Apa kes cerita kartun tu, macam budak-budaklah!!..” Sheera mula mencari alasan untuk menonton filem yang dia mahukan.

        “ aku tahu kau nak tengok cerita hantu sebab apa...”

        “ Sebab aku suka tengoklah!!..”

        “ Ke sebab kau boleh peluk aku dalam wayang tu nanti? Bila ada babak suspen je mesti kau terkejut, lepas tu kau cari mangsa untuk peluk kan. Aku tahu kau dah fikirkan hal ni awal-awal lagi.” Timbul senyuman nakalnya itu sambil memandang muka sheera.

        ‘ Pergh...muka macam katak puru kena pijak 40 kali ada hati cakap cam tu. Kau ingat aku nak sangat kat kau!!’  Jeritnya di dalam hati sambil memandang sinis ke arah farish. Sebenarnya boleh tahan juga farish ni.  Raut wajahnya sedap mata memandang. Tapi perangai dia yang membuatkan sheera cepat naik angin.

        “ Tak teringinlah saya nak peluk awak. Saya ni jenis yang kuat semangat..!”

   Farish dah tersenyum mendengar alasan sheera. Sengaja dia mahu mengusik gadis didepannya.

        “ Tengok cerita kartun tu jelah ye...lagipun nanti hati awak pun ceria tengok aksi-aksi yang kelakar kan.” Tenang je dia menuturkan alasan itu sambil memberikan senyuman yang ikhlas.

     Terpana sheera melihat senyuman itu, tambah-tambah pula farish berdiri betul-betul dekat dengan dia. Tanpa dia sedar, farish dah pun jalan kat depan kaunter untuk membeli dua tiket menonton cerita kung fu panda 2.
      Masa dalam wayang tu bukan main farish ketawa berdekah-dekah. Rasanya suara dialah paling kuat dalam panggung tu. Sheera rasa macam nak hantuk je kepala dia kat kerusi depan tu sebab kes malu gila duduk sebelah farish. Selesai menonton wayang, farish mengajaknya makan dan kemudian berjalan-jalan di sekitar kuala lumpur. Puas mereka berdua berjalan hari pada hari ini. Walaupun sering bertekak, tapi di dalam hati masing-masing mengakui sangat seronok dapat bersiar-siar pada hari minggu. Bila tiba waktu malam Farish menumpangkan sheera pulang dengan menaiki keretanya. Sheera berkeras mahu menaiki teksi, tetapi dihalang oleh farish. Bagi farish, sekuat mana pun sheera tu, dia masih lagi seorang wanita. Lagipun terselit di dalam hatinya risaukan keselamatan setiausahanya.
     Di dalam kereta masing-masing menyepikan diri. Hanya radio di dalam kereta itu yang bersuara. Sehari suntuk meluangkan masa dengan bosnya, pandangan sheera terhadap farish berubah. Dia pun tidak pasti kenapa. Adakah hatinya berubah atau hanya fikirannya yang berkata begitu. Dia sendiri keliru....

   **************************************************************************************************




    “ Baru balik farish...” Puan sri mariam menengur anaknya yang baru duduk di sofa itu. Dia baru sahaja turun dari biliknya mahu ke dapur. Tetapi langkahnya tidak jadi apabila melihat anak terunanya itu baru pulang.

    “ Dah makan?” Farish hanya menjawab soalan ibunya itu dengan anggukan kecil. 

     “ Tengahari tadi mama pergi rumah umi. Dia tanya kenapa farish tak datang sekali. Mama cakaplah farish keluar. Farish keluar dengan siapa tadi?”

    Umi merupakan emak angkat kepada farish. Umi itu jugalah ibu kepada isya. Ibunya duduk di sebelah farish sambil mengambil remote control untuk menonton siaran televisyen. Dia melihat anaknya itu sudah pun memejamkan mata sambil tersenyum. Mungkin masih kepenatan.

      “ Papa mana mama?” Soal farish pula.


      “ Papa ada kat bilik. Tengah solat isyak. Ni mama tanya tadi tak jawab lagi.”

      “ Patut tadi keluar dengan isya, tapi dah kena kelentong dengan budak kecik tu.”

      “ La, apa pula budak tu buat?”

      “ Dia dengan Firdaus plan something kenakan Farish ma...”

      “ Kali ni apa pula yang diorang dah buat?” Puan sri mariam sudah tidak hairan dengan perkara tersebut. Sejak mereka bertiga dari kecil lagi, dari dulu firdaus mesti bergabung dengan isya untuk mengenakan farish. Biasalah budak-budak. Suka main-main. Tersenyum dia memikirkan keakraban mereka bertiga.

      Baru je farish nak buka mulut. Papanya dah tepuk bahunya itu dari belakang. Segera dia menoleh, bila ternampak ayahnya itu dia tersenyum.

      “ Farish pergi mana dari pagi tadi baru balik ni?” Tan Sri Rizdan mengambil tempat duduk di sofa berhadapan dengan farish. Sambil itu tangannya mencapai surat khabar di depannya dan dibaca.

      “ keluar jalan-jalan kat klcc tadi. Tengok wayang lepas tu jalan-jalan kat kl..”

     “ Dengan siapa?”

     “ Sheera.” Nama itu menarik perhatian ibu dan ayahnya. Dua-dua saling bertukar pandang dan kemudian memandang muka anak mereka.

     “ Farish dengan sheera ada apa-apa ke?” Puan sri mariam bertanya kepada anaknya. Dilihat Farish hanya tersenyum memandangnya lalu menggeleng.

     “ Takde apalah mama. Ni semua kerja si isya dengan daus tu lah. Memandai-mandai plan semua ni. Farish takde masa pun nak fikir pasal hal-hal bercinta ni mama. Oklah mama,papa..farish masuk bilik dulu ye. Nak mandilah,melekit badan ni. Naik dulu ye..” Dia mencium pipi ibunya dan terus menuju ke tingkat atas. Puan sri mariam hanya melihat langkah anaknya berlalu.

      “ Abang...”

      “ Hmm...”

      “ Kalaulah andai satu hari nanti anak kita tu bercinta dengan sheera, apa pendapat abang?  Bacaannya di surat khabar terhenti dan memandang wajah isterinya.

  “ Baguslah kalau macam tu. Lagi pun sampai bila dia nak jadi camni. Abang rasa dah tiba masanya dia lupakan perkara tu. Lagipun benda tu dah lama. Abang tak kisah pun kalau sheera tu yang jadi awek dia. Biarlah orang nak kata anak kita bercinta dengan sesiapa pun, janji satu je abang nak. Abang nak dia jumpa balik perasaan yang dah lama dia buang dulu.”

   “ Ermm...saya pun harap macam tu abang. Berapa lama lagi dia harus simpan perasaan bersalah tu. Saya kesiankan dia bang, sebab tu lah masa dia bawak sheera balik hari tu, saya rasa gembira sangat-sangat. Masa tu saya boleh nampak wajah anak kita berubah bila sheera ada dengan dia. Dia nampak macam dulu, macam farish yang dulu. Sebab tu jugalah saya harap sangat kalau sheera boleh bawa balik kegembiraan untuk anak kita tu.”

    “ Mungkin tuhan dah takdirkan pertemuan mereka berdua. Siapa tahukan..maybe she’s the one for our son. Tapi kita tak boleh yakin sangat yam, soal perasaan dia hanya dia dengan tuhan je yang tahu. Kita biarkan masa menentukannya, jangan dipaksa.”

    Puan sri mariam memandang wajah suaminya. Benar apa yang dikatakannya. Biar masa saja menentukan semuanya.

              *********************************************************************************






   Farish melihat jam di dinding. Sudah pukul 2 pagi. Namun susah untuknya melelapkan mata. Besok dia harus bertolak awal untuk bekerja kerana ada meeting di shah alam pukul 9 pagi. Bukan dia tidak cuba untuk tidur, tetapi setiap kali dia melelapkan matanya, mimpi itu kerap bertandang dalam tidurnya kebelakangan ini. Dia menguap perlahan lalu terus bangun dan menuju ke almari pakaiannya. Dibuka laci almari itu dan diambilnya sebuah kotak yang bersaiz sebesar kotak kasut.
   Dia membawa kotak itu ke katil. Dibuka perlahan kotak tersebut. Isi di dalamnya di capai. Sebuah dairi dan sebuah kotak kecil. Dairi dibuka dan dibacanya. Sudah lama tidak dibuka diari tersebut.Diselak satu persatu muka surat. Ada sekeping gambar dilekat di muka surat yang terakhir. Puas dia menatap gambar itu sambil mengusapnya. Kemudian farish menutup diari di hadapannya. Air matanya bertakung apabila memikirkan wajah di dalam gambar yang dilihatnya sebentar tadi. Peristiwa lama masih lagi menghantui dirinya. Sukar untuk dirinya melupakan insan yang dicintai.

   “ Maafkan abang Julia...” Rintihnya sambil memeluk dairi dengan begitu erat.
   

       

  1. suke..suke..ble r sheera n farish ni nk ad feel...lmbt beno..hihi

  1. sab02...teruskan membaca=)