CINTA BLoGGER....2


.

bab 2




A special world for you and me
A special bond one cannot see
It wraps us up in its cocoon
And holds us fiercely in its womb.

Its fingers spread like fine spun gold
Gently nestling us to the fold
Like silken thread it holds us fast
Bonds like this are meant to last.

And though at times a thread may break
A new one forms in its wake
To bind us closer and keep us strong
In a special world, where we belong.

      

               “Dah lah tu anis. Dari aku keluar tadi, sampai aku dah balik dari kerja kau tak habis-habis menghadap laptop. Pe yang kau buat?” Sapaan dari rakan serumahnya membuatkan anis berhenti menaip.

     “ Takde apa pun. Aku just online FB then aku update blog aku. Sambil tu aku download cerita terbaru tadi.”

     “ Hmm, tu jela kerjanya. Pe pula madah kau letak hari ni?”

     “ Adalah, nak tahu baca sendiri. Kau dah makan belum?” Laptop yang berada di sisinya berpindah pula kepada safura. Gadis itu meniarap sambil membaca apa yang terkandung di blog milik rakannya.

     “ Dah, Shaqir belanja tadi.”

     “ Mesti kau penat kan kerja. Ke hulu hilir kau kena ikut mamat tu.”

     “ Nak buat macam mana, aku ni PA dia. Kang kalau tak ikut kena sekat pula gaji aku.”

     “ Ishh, takkanlah dia tu kejam sangat sampai nak sekat-sekat gaji kau. Banyak ye duit dia sampai nak pakai-pakai PA ni. Dah rupa artis.”

     “ Manalah tahu kan, dia tu bukannya boleh dijangka. Makin famous, makin menjadi-jadi perangai dia. Kau bukan tak tahu, yang aturkan jadual, tolong dia pick up barang, buat itu buat ini aku lah. Siapa lagi nak tolong dia tu.”

     “ Kesian aku tengok kau ni. Kau cari jela kerja lain.” Anis mula bangun menuju ke dapur, kemudian dia muncul semula di ruang tamu membawa secawan minuman untuk temannya.

     “ Bukan aku tak nak tukar wei, masalahnya setiap kali aku nak berhenti kerja si Shaqir tu mulalah pujuk bagai nak rak. Kesian pula aku tengok dia.” Air minuman diteguk dengan rakus. Fuh, lega...

     “ Tulah kau, hati tu cepat sangat cair dengan pujukan Shaqir tu.”

     “ Sorry sikit ye...aku takkan cair dengan dia. Aku dengan dia kan dah berkawan sejak dari kecil lagi. Kitorang bestfriendla. Lagipun aku tahu dia tak mungkin akan cintakan aku. Lagi satu, awek dia si Mieza tu dia nak letak mana wei...”

     “ Ha, kau cakap pasal mieza kan, tadi aku ada tengok tv...dia pula yang berlakon iklan tu. Bukan ke patut Sara yang dapat job tu.”

     “ Hmm, itu aku tak tahu. Ni kes permintaan orang atasan. Aku ni tak terlibat dalam hal-hal tu. Biar jela...”

     “ Eh, diorang tu gaduh lagi ke?”

     “ Entah...” Anis cebik mendengarnya.

     “ Kau ni nama je kerja dalam bidang ni, tapi hal sekeliling kau tak ambil tahu pun.”

     “ Eh cik adik manis...aku kerja sebagai PA ye. Bukan sebagai tukang cari gosip, ada faham??”

     “ Yela...aku tanya je. Huh...” Keluhan berat dilepaskan.

     “ Kau apahal? Macam ada masalah je...”

     “ Mak aku telefon tadi. Adik aku sakit balik. Aku nak tolong pun tak tahulah macam mana. Kau tahulah kan, aku ni study lagi. Mana aku nak cekau duit.”

     “ Pakai duit akulah.” Gadis itu memberi cadangan.

     “ Ish, tak mahulah. Kau dah banyak sangat tolong aku. Aku ingat nak cari kerjalah.”

     “ Kau nak cari kerja? Habis tu macam mana dengan pengajian kau?”

     “ Maksud aku part time...” Anis menerangkan dengan lebih lanjut.

     “ Owh...ha, aku ada dengar-dengar khabar semalam. Agensi tempat mieza kerja nak cari muka baru. Kau nak try? Rasanya lusa temuduga.”

     “ Gila kau! Takkan kau nak suruh aku jadi model?” Mata dibuntangkan. Fura tersengih.

     “ What’s wrong with that? Kau ada rupa, ketinggian pun cukup. Tak macam aku ni, ketinggian aku ni budak sekolah menengah pun ingat aku budak sekolah lagi. Kalau kau jadi model kat agensi tu, bab-bab study kau tak payah risau. Nanti pandai-pandailah diorang aturkan. Lagipun kat situ ramai student yang jadi model. Just try...”

      “ Nanti apa pula orang kampung aku cakap...”

      “ Lorh...kau bukannya jual dadah pun. Just tangkap gambar masuk majalah. Itu je. Duit pun dapat. Study pun leh diteruskan. Macam ni lah, kau telefon mak kau minta izin dulu. Kalau dia kasi just go on..okay?”

       “ Tak mahulah aku, aku tak pandailah bab-bab ni. Hurm, kat situ takde ke model macam si Shaqir tu nak pakai PA? Manalah tahu kan...”

       “ Err, tak tahu pula aku. Kat situ, Cuma berapa orang je model yang ada PA. Itu pun yang terkenal semuanya. Model yang biasa-biasa aku takde pula nampak nak guna PA.” Jelas fura dengan lebih lanjut. Sedikit sebanyak bacaan di skrin laptop tidak dapat diberi perhatian.

       “ Hmm, takpelah kalau macam tu. Nanti pandai-pandailah aku survey kerja mana yang sesuai.” Fura hanya memandang simpati pada rakannya. Kemudian dia bangkit dan duduk di atas sofa.

       “ Jumaat ni kau ada kelas?” Anis menggeleng. Laptop milik rakannya ditutup. Selama ni dia hanya meminjam laptop milik fura. Dia mana ada duit nak beli semua tu. Kehidupannya bukannya senang seperti rakannya itu.

        “ Cantiklah. Teman aku pergi langkawi. Ada kerja sikit kat sana. Semua aku support. Lagipun bab-bab tempat tinggal Shaqir yang support. Jomlah, dah lama kita tak bercuti sama-sama kan.”

        “ Err, takpe ke? Aku risaulah si Shaqir tu marah.”

        “ Beranilah dia marah kau. Nanti aku ugut nak berhenti.”

        “ Tapi aku tak bolehlah hidup tanpa jenguk blog aku nanti.” Fura melambakkan ketawanya. Anis mengerutkan dahi. Pehal pula minah ni?

        “ Kau ni kan, buat aku nak gelak je. Bawa jela laptop tu sekali. Adoiyai...ni la jadinya kalau hobi asyik menulis je.” Kali ni dia pula tersengih. Ye tak ye juga ek...

     

   ***************************************************************************************************





       “ Where’s Ryo? His late...”

       “ He will come. Maybe his on the way here.” Fathiha melihat lelaki di depannya menahan geram. Dia menarik lelaki itu duduk di kerusi yang disediakan.

       “ Aku geram betullah dengan mamat tu, mentang-mentang dia famous sesuka hati je nak datang lambat. Apa dia ingat aku takde kerja lain ke lagi nak buat.”

       “ Fariz...sabarlah. Mungkin dia ada hal yang tak dapat dielakkan. Lagipun dari PD ke sini bukannya dekat, jauh juga.”

       “ Apahal ni Fariz?” Firdaus datang menghampiri mereka berdua.

       “ Mana model kesayangan kau tu? Kau tahu tak aku malas nak menunggu.”

       “ Sorrylah Fariz, dia baru mesej aku tadi. Tayar kereta dia pancit tengah jalan. Tapi dia dah nak sampai dah. Just tunggu beberapa minit lagi kay...”

       “ Apa cerita ni, orang paling penting tak tepati masa. Bengang ar aku. Dahlah panas ni. Tengok si Shaqir dengan Sara tu. Senang aku nak deal dengan diorang. Kerja tepati masa. Aku nak snap gambar pun lancar je.”

       “ Fariz, please...sabar kejap ek. I know he will come. Dia bukan selalu macam ni. I know he well.” Fathiha memujuk sambil memberikan sebotol minuman untuk Fariz dan Firdaus. Kalau diikutkan hati lelaki itu mahu saja pergi dari situ. Dia juga ada had kesabarannya. Siapa yang tak kenal Fariz, jurugambar yang tak kurang hebat orangnya.

        “ Apa yang diorang kecoh-kecoh tu?” Soal Shaqir.

        “ Hurm, Ryo lambat. Tu yang Fariz membebel dari tadi. You bukan tak tahu si Fariz tu. Dia bukannya suka menunggu. Hot temper je lebih.” Rambut yang diikat kemas dilepaskan. Sara memanggil Safura dari jauh.

        “ Fura, boleh tolong i tak? Tolong belikan air 100 plus. Panaslah.” Fura hanya mengangguk.

        “ Sara... Fura PA i, bukannya kuli you untuk you suruh dia buat macam-macam. Apasal you sendiri je tak pergi beli?” Shaqir terasa lengannya dicuit. Dia menoleh memandang safura di sebelah.

        “ Err...takpelah. Biar i je beli. Small matter jela. Tu je ke yang you nak sara?” Sara mengangguk sambil tersenyum. Shaqir menjengilkan matanya. Geram dengan tindakan safura yang senang disuruh buat segala kerja. Safura tidak mempedulikan semua itu, dia mengambil tas tangannya dan berlalu pergi.

        “ You tak boleh nak arah dia buat itu ini. She’s my PA, bukannya kuli.”

        “ Eh, yang you nak marah-marah i ni kenapa? I just minta tolong je. Itu pun salah ke? Fura tu pun tak bising, you nak bebel pula.” Sara mencebik. Shaqir mengeluh. Malas nak berdebat lagi.
        Telefon bimbit dicapai dan menaip mesej untuk seseorang. Setelah mesej dibalas, dia membacanya sambil tersenyum. Sara hanya memerhatikan gelagat lelaki tersebut.

         “ Mesej Mieza la tu...” Shaqir mendongak kepalanya dan memandang ke arah Sara.

         “ Salah ke?”
       
         “ Tak salah pun...” Dia menjawab sambil memberikan jelingan. Moodnya hilang setelah ditegur oleh Shaqir.

         “ Sara...” Kedua-duanya memandang ke arah Fathiha yang menghampiri mereka.

         “ You need to change now. Buat photoshoots you dulu.”

         “ Okay, duduk kat sini lama-lama pun tak guna, buat panas hati ni je.” Segera wanita itu berlalu. Shaqir hanya memerhatikan langkah Sara, kemudian memandang Fathiha.

         “ Gaduh lagi?” Soalnya. Shaqir hanya memberikan senyuman.

         “ So, i heard about the good news...” Lelaki itu memulakan bicara.

         “ What?”

         “ About the proposal...it’s that true?” Fathiha mengangguk. Dia membetulkan sisi rambutnya. Kemudian dia tersenyum.

    Shaqir turut gembira mendengarnya. Namun dia risaukan respond Ryo apabila lelaki itu dapat tahu pasal hal ni nanti. Agak-agaknya apalah yang Ryo rasa nanti. Dia dapat rasakan yang Ryo memang menyimpan perasaan terhadap wanita itu, namun tidak berani diluahkan. Shaqir dengan Ryo memang rapat. Dia mengaggap Ryo seperti adiknya sendiri. Ryo terjebak dalam bidang ni pun disebabkan angkara dia dua tahun lepas. Tidak disangka, rezeki Ryo lebih cerah berbandingnya.

         
        **************************************************************************************




     Kereta itu laju meluncur sehingga hampir melanggar seseorang yang mahu melintas di tempat parking tersebut. Nasib baik tak terlanggar. Dia tidak pedulikan semua itu, yang pasti dia harus cepat ke destinasi yang dituju. Matanya melihat side mirror. Kelihatan orang tadi menjerit-jerit memarahinya.

       “ Ala, nanti-nanti je la aku minta maaf. Dahlah aku lambat ni. Boleh pula orang tu muncul tiba-tiba. Manalah aku nak nampak.” Rizman bercakap seorang diri sambil matanya sesekali menjeling cermin sisi keretanya.

       “ Eeii, bodoh punya pemandu! Buta ke pe?? Tak nampak ke orang nak melintas. Nasib baiklah Allah panjangkan lagi hidup aku ni. Eii...geramnya aku.” Anis membebel seorang diri. Dia baru je turun dari biliknya dan berura-ura mahu keluar setelah mendapat mesej dari safura supaya tunggu di tempat tersebut. Tanpa disangka dia hampir-hampir dilanggar oleh pemandu yang kurang bertauliah. Bukan itu sahaja siap dapat hadiah lagi tu. Air yang berlopak di situ habis disembur ke arah dirinya apabila kereta tadi laju dipandu.

        “ Dah lah hampir nak langgar aku, pastu tak nak pula tu berhenti. Kot ye pun minta maaf ke oklah juga. Ni yang aku tak puas hati ni.”

     Dia menjenguk-jenguk deretan kenderaan di situ. Kelihatan kereta tadi berhenti di hujung parking. Kakinya dipercepatkan untuk pergi ke arah pemandu tersebut. Perhitungan perlu dibuat. Semakin hampir ke arah lelaki itu, dia memperlahankan langkahnya. Dia menyorok di sebalik kereta proton wira yang selang dua buah dari kereta pemandu tersebut. Dia pelik melihat gelagat lelaki itu yang sedang membuka baju di dalam kereta dan menyalin baju yang lain.

         “ Mamat ni tak sempat-sempat nak menyalin baju ke?” Nasib baiklah orang lain tiada di situ, kalau tak dah sah-sah dirinya akan dicop kaki skodeng.

    Dia masih lagi memerhatikan lelaki tersebut.  “Takdelah handsome mana pun. Macam nerd je. Tapi pakai audi sport car. Macam tak kena je...entah-entah kereta pinjam tak?” Bebelnya seorang diri namun matanya masih lagi mengintai.

       Rambut yang berserabai itu dikemaskan dengan memakai sedikit gel rambut. Cermin mata ditanggalkan dan disimpan rapi di dalam bekas simpanan. Handset dicapai dan mendail nombor seseorang.

       “ Tia, aku dah sampai. Aku tengah kemaskan diri ni. Tadi aku tak sempat nak change, habis kelas aku terus blah pergi seremban ambil kereta ni. Kau tolong bagitahu kat Daus ye.Okaylah...aku nak datang ni.” Pintu dibuka dan ditutup kasar. Baru nak berjalan dia terdengar sesuatu dan menoleh. Anis yang sorok di belakang kereta wira itu menutup mulutnya. Tak disangka, orang yang dikatakan nerd tadi rupa-rupanya Ryo,model terkenal antarabangsa. Dalam sekelip mata dua watak yang berbeza menjadi tatapannya. Tanpa dia sedari lelaki yang diintipnya menghampirinya dan berdehem.

       “ Apa yang kau dah nampak?” Tanyanya serius.

       “ Erk...”


  1. x sabo menantikan sambungannya..hehe.. ^_*