0
comments
CINTA BLoGGER....3
.
Bab 3
“
Meet my PA, Hanis Zahira.” Semua yang berada dalam bilik itu tercengang. Yang
tengah minum air tersembur. Yang tengah berbual di telefon berhenti bercakap.
Masing-masing agak terkejut plus confius. Rizman selamba masuk ke bilik dan
mengambil cawan untuk mengisi kopi. Anis memperkenalkan diri.
“ Saya hanis zahira. Semua boleh
panggil saya anis. Saya baru dalam bab-bab ni. So, adalah amat diharapkan minta
tunjuk ajar. Selamat berkenalan semua. Peace!!” Sorang-sorang dalam bilik itu
mengangguk sambil bersalaman dengannya walaupun masing-masing masih lagi
keliru. Baru beberapa minit dia dalam bilik tu, dia seakan-akan terasa dirinya
menjadi tumpuan. Masing-masing berbisik sesama sendiri. Anis berasa tidak
berapa selesa dengan renungan orang di situ. Dia menghampiri Rizman dan menarik
lengan baju lelaki itu.
“ Kenapa semua macam pelik je aku jadi
PA kau?” Soalannya tidak dijawab. Lelaki itu tenang menghirup kopi susu
kegemarannya. Kemudian dia mengambil cawan lagi satu dan dihulurkan pada anis.
“ Pedulikan diorang. Nah, minum kopi
ni.” Anis hanya mengerutkan dahi.
“ Aku tak boleh minum kopi.”
“ Why?”
“ Aku tak suka kopi.”
“ Hmm...”
“ Wei korang!!!” Jeritan di muka pintu
mengejutkan semua yang ada disitu.
“ Aku ada berita gempak ni. Ryo ada
pembantu! Perempuan pula tu!” Masing-masing diam. Respon sebegitu membuatkan
lelaki yang bekerja sebagai office boy di agensi itu mengerutkan dahi. Tak terkejut ke diorang ni?
“ Salleh, tu....” Sara memuncungkan
mulutnya ke arah Rizman dan Anis. Untuk seketika dirinya seakan-akan patung,
kaku di situ. Tadi dia tak perasan yang Ryo ada dalam bilik tersebut. Kemudian
dia tersedar apabila Firdaus menepuk perlahan bahunya.
“ Apa yang kecoh-kecoh ni?”
“ Err...takde apa-apa.” Sallleh hanya
menggaru kepalanya dan tersengih. Dia memberikan laluan untuk Firdaus.
“ Semua ada kat sini ye..” Dia melihat
sekitarnya. Apabila terpandang Anis dia memberikan senyuman.
“ Pihak Deseeir Fashion Company ada buat rundingan dengan agensi ni. Semua yang
saya panggil kat sini akan terlibat dalam runaway fashion yang akan berlansung di
Kuala Lumpur lagi tiga minggu. Sesiapa yang rasa tak boleh terlibat, inform
awal-awal.”
“ Aku tak boleh.” Semua
menoleh ke arah Rizman.
“ Why Ryo?”
“ Lagi tiga minggu aku ada
final exam.”
“ Please aturkan jadual. Pihak
diorang tetap nak kau. You are main model for this fashion show. Kalau kau
takde diorang akan batalkan contract dan akan cari agensi lain...Lagipun show
tu maybe akan dibuat sebelah malam.” Arah Firdaus.
“ Hmm, aku try..”
“ Oklah kalau macam tu.
Kalau takde apa-apa lagi, aku nak out. Sebelum tu, Ryo...masuk bilik aku jap.
Ada hal..” Ryo hanya mengikut langkah Firdaus dari belakang. Anis hanya
memerhatikan diorang, kemudian dia pandang sekeliling. Masing-masing buat hal
sendiri. Ada yang keluar dari bilik tersebut, ada yang berbual kosong, ada yang
praktis cat walk. Dia pula hanya duduk sahaja di situ kebosanan dan mengambil
majalah yang tersusun rapi di rak hujung dan membaca sementara menanti Ryo.
“ So, tell me what’s
happened?” Soal Firdaus.
“ What?” Soalan dibalas
dengan soalan. Dilihat Firdaus hanya tersengih.
“ Macammana pula kau
boleh terfikir nak ambil PA ni? Setahu aku dulu kau pernah cakap kat aku malas
nak pakai PA. Dulu bukan main orang bederet nak jadi pembantu peribadi kau,
tapi kau tolak tambah-tambah lagi kalau perempuan. Pe kes ni bro?” Rizman
mengeluh lalu menarik kerusi untuk duduk. Dia memulakan cerita...
4 hari lepas....
“ Apa yang kau dah nampak?”
“ Erk...”
“ Aku tanya kau
ni...kau siapa sebenarnya?”
“ Er..er...” Anis mula
mengelipkan matanya dan sebelah tangan menutup mata kiri. Dia mula mencankung
dan meraba-raba lantai. Alasan perlu dibina untuk menyelamatkan diri.
“ Mana pula contact
lens aku ni. Ha, dah jumpa pun...saya blah dulu lah ye..” Terus dia memusingkan
badannya dan mahu melangkah pergi tetapi terhalang apabila terasa lengannya
dipegang kasar.
“ Baik kau cakap kau
siapa? Kau wartawan ke?”
“ Eh, pe ni main pegang-pegang!!
Lepaslah...” Sedaya upaya gadis itu mahu melepaskan diri. Namun apakan daya,
kudrat lelaki itu lagi kuat darinya.
“ Okay-okay...aku
bagitahu, tapi lepaskan aku dulu. Sakitlah!” Pemintaannya ditunaikan. Rizman
setia menanti jawapan dari gadis itu.
“ Aku bukan wartawan,
kalau aku wartawan dah lama aku bawa camera.” Rizman mengecilkan matanya dan
memandang Anis dengan lebih dekat. Terkulat-kulat anis dibuatnya. Kot ye pun
tak payahlah pandang aku camtu sekali...
“ Lagi satu, yang kau
hampir langgar tadi tu aku. Patut kau minta maaf, ni yang kau marah-marah aku
apasal?” Kali ni Anis mencekak pinggang dan membulatkan mata memandang Rizman.
Lelaki itu undur sikit ke belakang.
“ Ye ke?” Tangan
mengusap-usap dagu. Mata tidak lepas memandang gadis di depannya.
“ Yela, kalau tak
percaya ni buktinya.” Dia menunjukkan pakaian yang basah terkena percikan air
tadi. “ Kau bawa kereta laju sangat, siap sembur air kat aku lagi.”
“ Owh...”
“ Owh...owh je?!!
Hello, atleast say sorry la?”
“ Sorry...”
“ Ha, kan senang
tu...”
“ But, aku tahu kau
dah nampak tadi kan?”
“ Err...sikitla.” Jawab anis sambil tersengih.
“ Aku harap kau tutup
mulut kau tu. Kalau aku dapat tahu kau sebarkan hal ni kat wartawan or orang
lain, siaplah kau.” Jari telunjuk ditujukkan hampir dengan wajah gadis di di
depannya.
‘ Ewah-ewah mamat ni. Ada hati
nak ugut aku. Dahlah hampir nak bunuh aku tadi, pastu kau ugut aku pula
ye...takpe-takpe, kau tak kenal lagi siapa Hanis Zahira. Aku ni heroin kampung
la!’
“ Oit, mamat double face! Apa hak kau
nak larang aku bagitahu pasal hal ni kat orang lain?cer citer sikit! Kalau kau
boleh ugut aku, aku pun bolehlah ugut kau. Sekarang ni juga aku boleh jerit
bagitahu satu tempat ni pasal kau tadi.”
‘ Alamak, minah ni boleh tahan
garang juga. Nampak je muka lembut.’
“ Kau cakap kat aku
cepat, berapa kau nak? Aku boleh bagi. Asalkan aku boleh tutup mulut kau tu.”
“ Eh, apa ni nak bagi-bagi
ni?...kau nak rasuah aku ker? Sorry sikit ek, aku tak mainlah duit-duit camtu.”
“ Habis tu? aku nak
cepat ni.”
‘ Time ni lah kau gunakan
peluang kau anis...’ Hatinya berbisik.
‘ Peluang pe? Takkan aku nak guna duit dia
kot.’ Dah start adengan bercakap dalam hati.
‘ Kau ni kadang-kadang lembab
gak kan...’
‘ Oit, yang kau kata lembab ni
pun adalah diri kau tau tak!’
‘ Yela yela...kau gunakan dia
untuk cari kerja. Come on, think about it. Fura dapat banyak duit pun hasil
kerja jadi PA si Shaqir. Sedangkan dia lagi famous dari Shaqir, kompomlah dia
banyak duit.’
‘ Tapi...’
“ Hoi, pe yang kau
menungkan lagi tu?! Cepatlah, aku bagi duit tak nak. Dah tu buang masa aku je.”
Anis tersentak apabila Rizman memetikkan jarinya hampir pada wajahnya.
“ Kau ada PA?”
“ Ha, takde.
Apasal?” Rizman mengerutkan dahinya.
“ Kalau macam tu
bagi aku kerja dengan kau. Aku boleh jadi PA kau?”
“ Pehal pula? Aku tak
minat ar nak guna PA ni. Menyusahkan je. Ke kau nak ambil kesempatan untuk
dekat macam orang aku ni?”
“ Eh, cik abang
yang agak perasan! Aku tak ingin sangatlah nak berdamping dengan kau. Aku cuma minta
kerja. Aku nak kerja sebab aku nak cari duit. Aku nak duit sebab nak sara
family aku. Lagi satu, aku boleh report kat polis yang kau hampir nak langgar
aku tadi. So, kau buatlah keputusan. Sama ada polis, or aku kerja dengan kau?”
“ Aku bagi duit
tak nak...”
“ Aku nak cari
duit hasil usaha aku...”
“ Tapi ni kira
ugut ni...”
“ Ugut pun usaha what...”
“ Argh, tensionnya aku bercakap dengan kau
ni!!..” Deringan dari handsetnya mematikan perbualan. Dia melihat di skrin
handset, kemudian dia memandang anis.
“ Fine, nah..letak
nombor telefon kau. Nanti aku contact kau. Aku tak boleh lama ni.” Anis
mengambil telefon bimbit milik Ryo dan menaip nombornya, kemudian di save atas
namanya.
“ Nombor aku yang
nama Hanis tu. Kau tak contact aku dalam masa 24 jam, aku takkan teragak-agak
bocorkan rahsia kau.”
“ Huh...” Telefon
itu dirampas semula dan dimasukkan di dalam poket seluar. Dia terus berlalu
pergi.
“ Ryo!!” Langkahnya terhenti dan berpusing menghadap gadis tadi.
“ Next time kalau
nak tukar baju dalam kereta pastikan tingkap tutup!!” Anis terus berjalan
sambil tersenyum puas. Rizman terkaku di situ.
Setelah mendengar
segala cerita dari Rizman, Firdaus tergelak kuat. Baginya memang kelakar.
Penakut juga si Ryo ni. Kena ugut dengan budak kampung dah kalah. Selama ini
Ryo mana pernah kalah kalau bab lawan mulut ni, tapi kali ni dia rasa Ryo
sudahpun berjumpa dengan lawan yang setandingnya. Rizman melihat wajah pengurus
milik agensi itu puas ketawakannya. Naik merah mukanya menahan geram, bukan
setakat geram...malu pun ada juga. Nasiblah...