CINTA BLoGGER....4


.

Bab 4





Cinta adalah satu kisah..
Kisah antara kau dan aku
Cinta adalah satu destinasi..
Destinasi yang kita tuju
Cinta adalah penyatuan dua jiwa..
Jiwa yang suci terjalin erat
Cinta adalah penyeksaan..
Penyeksaan yang kadang kala membawa bahagia
 

      “ Abang!”

     “ Erk..dik,abang tercekik!!” Eyqa segera melepaskan pelukan dari leher abangnya. Dia tersengih melihat Rizman yang sedang mengusap leher akibat pelukan dari belakang.

     “ Adik nak apa ni? Nasib baik abang tak mati tadi...suka sangat kejutkan abang.”

     “ Ala, saja nak manja dengan abang sendiri. Abang buat apa?”

     “ Abang tengah baca ni ha...macam best pula blog dia.” Laptop yang berada di atas katil kini beralih arah ke atas riba adiknya. Kusyuk eyqa membaca isi yang terkandung di dalam blog tersebut.

     “ Tak sangka abang ni layan jiwang gak eh...” Katanya sambil mata masih lagi tertumpu pada skrin laptop. Rizman yang baring di belakang tubuh eyqa sambil tangan bermain-main menyimpul rambut adiknya yang panjang sampai ke pinggang tersenyum. Jiwang ke??

     “ Dahlah tu baca. Nyibuk je. Adik nak apa ni masuk bilik abang?” Terus dia bangkit dari baring dan duduk di sebelah Eyqa. Laptop di ribaan adiknya diambil dan ditutup.

     “ Adik boringlah duduk rumah ni. Jom keluar nak? Kita pergi tengok wayang ke...main bowling ke..jomlah!”

     “ Malaslah abang. Ingat hari ni nak rehat je.”

     “ Ala, please..jomlah. Abang tahu tak, adik bosan tahap dewa ni. Tension pun ada. Asyik ngadap buku tekno,sistem, math tu semua...pening kepala ni tau. Jomlah...”

     “ Malas...” Balasnya ringkas. Bantal diambil dan diletakkan di atas muka sambil berbaring.

     “ Ish, orang ajak keluar pun susah. Kalau macam tu adik ajak member adik jela.”

     “ Hmm, pergila...”

     “ Ingat nak ajak Shahril, ajak Izlan, ajak siapa lagi ek...ha, ajak Raof sekalilah.” Eyqa berkata dari muka pintu. Mata yang tertutup terus terbuka saat mendengar semua nama tersebut. Terus dia bangun dan menuju ke ruang tamu. Kelihatan eyqa sedang menaip mesej.

      “ Jangan nak ngada-ngada keluar dengan budak-budak tu. Tunggu abang mandi dulu. Nanti abang dah siap kita pergi.” Senyuman di wajah gadis itu semakin mekar. Misi berjaya...hehe.



       ********************************************************************************************




        “Abang tak kisah kalau korang berdua ni nak main kat arcade ni, tapi kot ye pun mainlah permainan orang dewasa. Malu tau tak main permainan budak-budak ni.” Eyqa dan Sheera tersengih macam kerang busuk. Rizman sudah pun menjarakkan diri antara mereka berdua. Malu kalau-kalau orang dapat tahu yang diorang ni ada hubungan.

        “ Ala, kitorang main kereta goyang-goyang ni pun bukannya lama bang. Sekejap je. Nanti kita main lumba motor pula ek...” Kata Eyqa.

        “ Kau malu ke Riz nak main dengan kitorang ni??” Kali ni Sheera yang berkata sambil tergelak. Suka diorang main di situ. Rizman hanya meraup mukanya berulang kali dan menahan malu. Adik siapalah ni. Muka dah cun, tapi perangai tak ubah macam budak tadika. Dua kali lima dengan si Sheera tu, memang stok kanak-kanak dua perempuan ni.

         “ Huh, tak mahu abang join. Abang tunggu kat luar je.”

         “ Okay...bye bye!!” Serentak dua gadis itu melambaikan tangannya ke arah Rizman yang semakin jauh.

         “ Aduh!!” Terasa diri dilanggar dari belakang oleh seseorang, Rizman memusingkan badannya. Perempuan itu menutup wajahnya menahan sakit. Macam mana boleh excident pula ni. Dia mendongak memandang ke depan.

         “ Err..sorry Ryo.”

         “ Kau apahal kelam kabut sangat ni. Lagi satu jangan panggil aku Ryo kat sini. Nanti habis orang tahu.” Dia melihat sekeliling kemudian memandang Rizman dari atas ke bawah. Memang betullah kata Fura, pandai menyamar betul budak ni. Dengan baju t-shirt lusuh, seluar jeans koyak rabak, rambut tak bersikat plus cermin mata yang agak ketinggalan zaman.

         “ Apahal kau mesej aku suruh datang sini?” Soalnya sambil membetulkan ikatan rambut. Serabai jadinya, ni kes nak kena cepat sampai kat shopping mall tu la. Kalau lambat potong gaji. Aduyai...kenapalah aku boleh terfikir untuk kerja dengan orang macam ni.

         “ Saja, aku nak kenalkan kau dengan adik aku. Untuk pengetahuan kau, kalau kau nak kerja dengan aku bermaksud kau juga bekerja untuk adik aku.” Rizman berjalan menuju ke bangku yang disediakan. Anis mengekor.

         “ Cop cop...apasal pula aku kena kerja dengan adik kau? Aku ni jadi PA kau je, bukan PA famili kau.”

         “ Kalau kau berkhidmat untuk adik aku sekali, aku up elaun kau. Setuju?” Tanyanya serius.

         “ Owh, cakaplah awal-awal...kalau macam tu aku ok je!” Tersengih anis dibuatnya. Gaji up tu! Takkan nak tolak kan...

          Rizman mengerutkan dahi. Aik, senang pula nak deal dengan minah ni.

         “ Abang!!” Kedua-dua menoleh ke arah laungan tadi.

         “ Hi..” Eyqa melambaikan tangannya pada Anis, kemudian mereka bersalaman.

         “ Saya eyqa, adik kepada abang yang bajet cool ni.” Anis tergelak kecil. Rizman menarik hujung rambut adiknya. Kemudian adiknya turut tergelak dan memeluk lengan lelaki itu.

         “ Aku Sheera, kawan kepada adik yang mempunyai abang bajet cool.”Kali ni Rizman menjengilkan mata pula. Sheera buat-buat tak nampak.

          “ You must be Hanis right? Nice to meet you. Abang saya dah ceritakan semuanya kat kitorang.”

          “ Owh..ye ke?”

          “ So, anis...you dah makan?” Sheera bertanya sambil memandang gadis di depannya. Lawa juga dia ni. Patutlah si Rizman setuju ambil dia kerja. Dilihatnya anis menggeleng perlahan. Mana sempat nak makan. Bangun tidur dapat mesej suruh keluar secepat yang mungkin. Huh...

          “ Kalau macam tu jom makan. Macam biasa abang kena belanja!!”

          “ Pokailah aku macam ni...”

          “ Ala, kau banyak duit Riz. Tak macam kitorang ni, student mana ada duit sangat. Lagipun kalau lelaki yang belanja kan nampak gentlenya. Lagi kalau kau...” Tak sempat  Sheera menghabiskan kata-katanya, tangan eyqa menutup mulut sahabatnya itu.

          “ Dah-dah, jangan banyak sangat alasan kau tu. Jom kita pergi...” Ujar Rizman. Sheera tersengih. Eyqa berjalan seiring dengan abang kesayangannya. Manakala dari belakang diikuti oleh Sheera dan Anis.

          “ Sheera, aku nak tanya sikit boleh.” Sheera hanya mengangguk kecil dan senyum. Budak perempuan ni memang jenis ceria ke pe?? Dari tadi asyik senyum je...

          “ Err, sebenarnya aku peliklah. Kenapa si Rizman tu perlu menyamar?”

          “ Aik, dia tak cerita kat kau?” Anis menggeleng.

          “ Dia tak nak kehidupan dia diganggu oleh orang luar. Dia cakap dia nak menyamar sebab dia perlukan privasi. Lagipun cuma beberapa orang je tahu pasal penyamaran dia tu. Yang tahu pengurus dia, kawan baik dia, dengan pengurus fashion agensi tu. Tu jela. Termasuklah kau dengan aku.” Jelasnya.

          “ Siapa kawan baik dia?” Tanyanya lagi.

          “ Shaqir..model yang seangkatan dengan dia tu.”

          “ Owh...” Kini barulah dia tahu semuanya. Kiranya mamat tu nak low profile. Tak nak dedah pasal kerjaya dia. Patutlah bila aku bagitahu Fura hari tu dia ketawa je, lansung tak terkejut. Rupa-rupanya dia dah lama tahu yang Ryo tu adalah Rizman. Pandai betul housemate dia simpan rahsia.

          “ Abang...” Terasa lengan dicuit. Rizman menoleh memandang adiknya di sebelah.

          “ Cantiklah anis tu. Patutlah abang setuju ambil dia PA. Abang suka dia ek.”

          “ Eh adik ni. Mandai-mandai je...tak de maknanya. Perempuan macam tu bukan taste abanglah.”

          “ Eleh, bongkak betul abang ni. Habis macam mana taste abang, macam kak Fathiha tu ke?” Tanya Eyqa. Terkedu Rizman dibuatnya. Pertanyaan tadi lansung tak berbalas. Eyqa melihat wajah lelaki itu, perubahan reaksi wajah abangnya memang ketara. Betul ke abang aku ni suka Fathiha??

           “ Abang...”

           “ Hmm..”

           “ Just forget about Fathiha.”

           “ What do you mean?”

           “ You like her don’t you?” Soalan tu membuatkan Rizman ketawa kecil. Hidung adiknya dicuit. Dia malas mahu menjawab soalan tersebut. 

          
           **********************************************************************************




           Ketawa yang kedengaran dari tadi menarik perhatian Daniel Lee. Dia menepuk lembut belakang bahu sahabatnya.

            “ Happy nampak...” Tegurnya. Anis tersenyum.

            “ Danny, come sit here.” Anis menepuk kerusi di sebelah.

            “ See this video. It’s really funny.” Daniel merapatkan tubuhnya ke depan dan melihat ke skrin laptop.

            “ Owh, this video i already see la...”

            “ La, apasal you tak bagitahu i awal-awal. Kiranya i ketinggalanlah ni.” Daniel hanya tersenyum nipis. Anis merupakan satu-satunya kawan perempuannya di kolej tersebut. Dia sebenarnya seorang lelaki yang agak pemalu untuk bergaul dengan perempuan lain. Tapi dengan anis lain rasanya. Dia cepat ramah dengan gadis itu.

            “ Anis..”

            “ Hmm...” Gadis itu masih kusyuk menatap skrin laptop.

            “ I want to ask you out this Sunday. Can you?”

            “ Err...i sorry Danny. I can’t. I kena kerja..” Jawapan tersebut membuatkan lelaki berbangsa cina itu mengerutkan dahi.

            “ You kerja? I tak tahu pun you dah kerja. You kerja kat mana?”

            “ I kerja jadi PA someone.”

            “ Siapa?” Tanyanya lagi.

            “ Adalah...”

           “ Kenapa you perlu kerja? You nak pakai duit ke?” Kelihatan anis mengangguk. Laptop ditutup dan dimasukkan ke dalam beg silangnya.

           “ Dahlah tu, kerja i tak penting pun. Macam ni lah, jumaat ni i free. Petang tu kita out nak? Lawan bowling.”

           “ You sure?”

           “ Yes i am...”

           “ Okay, i pick up you kat rumah nanti. Pukul 5 petang okay?”

           “ Okay sangat..hehe. Dahlah, jom masuk kelas. Kejap lagi Mr. Sam membebel pula.”

    Tangan dihulurkan. Daniel menyambut tangan gadis itu dan bangkit dari kerusi. Sebenarnya dia mahu bertanya dengan lebih lanjut lagi, tapi melihat gaya gadis itu yang malas bercakap perihal kerjanya membuatkan dia berhenti untuk bertanya. Tapi apa kerja minah ni buat?? Nak siasat ke? Ish, jangan buat kerja gila. Tahu dek anis, mahu dia kena sunat nanti. Sunat??! Oh no...tak nak!!aku tak ready lagi! Gadis tu pun bukan boleh dijangka. Nampak je ayu, sekali mengamuk harimau pun cabut lari.


  1. bestlah..mntk smbg plesh=)

  1. ok...thanz for reading