CINTA BLoGGER....
.
bab 1
Detik pertemuan, ajal maut di tangan
tuhan. Siapa sangka kehidupan boleh berubah dalam sekelip mata. Bermula dari
minat, membuahkan rasa cinta yang sukar aku gambarkan. Semakin hari kehidupanku
penuh dengan cerita yang tak terduga. Ah, cinta penuh dengan maksud yang payah
dirungkaikan...Cinta penuh dengan kesulitan...Cinta penuh dengan
misteri...Cinta penuh...erk..
Tangannya berhenti menaip dan memandang
ke depan. Kerjanya mengarang ayat di blog terganggu dek terkejut dengan
panggilan seseorang. Cermin mata dibetulkan dan wajah yang serius ditunjukkan
pada insan yang menegurnya. Insan didepannya masih lagi tersengih tanpa rasa
bersalah.
“ Adik apahal? Datang tak bagi salam,
pastu tegur abang bukan main cara baik! Next time panggil elok-eloklah. Ni tak,
yang adik pergi gegar meja abang ni apasal? Nasib baik abang tak campak laptop
ni kat muka tu.”
“ Sorry ar bro...adik tak sengaja.
Dari tadi lagi adik panggil abang buat dek je. Sorry ek.” Wajah polos yang
bertudung itu dipandang. Keluhan dilepaskan. Dia menepuk perlahan kerusi di
sebelah supaya gadis itu duduk di situ.
“ Adik dah habis kelas ke?”
“ Belum, petang ni pukul tiga ada kelas
lagi sampai pukul lima. Ada bengkel dengan Encik Hairol. Kelas abang dah habis
ke?” Lelaki disebelahnya hanya mengangguk.
“ Wah, bestnya...abang ni dari tadi
adik tengok asyik dengan laptop tu. Tak habis-habis menaip. Get a life la
abang..”
“ This is my life...”
“ Huh...”
“ Kenapa?”
“ Nothing...just tired. This week
abang balik?”
“ Maybe..”
“ Adik follow...”
“ Tak boleh..”
“ Why??”
“ Abang balik sebab kerja. Lagipun
mommy pun takde kat rumah. Mommy kan pergi Japan this week. Takde siapa yang
boleh tengokkan adik.” Tangan masih lagi lincah menaip. Hanya mulut yang
bersuara. Eyqa merenung abangnya lama. Bila dia mahu melihat di skrin laptop,
Rizman menghalang.
“ Abang ni, adik dah besarlah. Adik
tahulah jaga diri. Tak pun adik boleh follow abang pergi shooting nanti. Ala,
adik promise adik takkan bocorkan rahsia pasal kerja abang jadi model tu.
Lagipun takde siapa pun kat sini yang tahu abang eyqa ni merupakan model
terkenal antarabangsa. Selama ni pun pandai abang menyamar kan. Please
abang....” Kedua-dua belah tangan dirapatkan sambil menayangkan muka simpati.
Rizman mengeluh. Kemudian cermin mata ditanggalkan dan dilap dengan lengan baju
dan disarungkan semula. Laptop ditutup. Wajah adiknya dipandang.
“ Abang tahu adik boleh jaga rahsia
abang ni. Tapi sabtu dengan ahad nanti abang kena pergi Langkawi. Mungkin abang
balik sini pun hari isnin nanti. Adik kan ada kelas hari isnin kan. Takkan adik
nak skip kot.”
“Ha, ok juga tu. Adik tak pernah
skip kelas. Baguslah cadangan abang.”
“ Eh, cik adik sayang. Sesuke hati
je nak ponteng ye. Percent kurang nanti baru menyesal.”
“ Ala....” Lengan baju Rizman
ditarik perlahan sambil digoyangkan. Taktik memujuk sudah bermula.
“ Buatlah macam mana pun, abang
tetap dengan keputusan abang.”
“ Abang ni...tak boleh haraplah!” Rizman
melihat eyqa sudah berpeluk tubuh. Muncung dipanjangkan. Agak-agaknya dah boleh
sangkut baju kat muncung tu. Rizman hanya tersengih. Malas mahu melayan adik
kesayangannya.
Sekumpulan pelajar wanita kursus
DSK (diploma sains kesetiausahaan) melintas di depannya. Matanya kusyuk
memandang kumpulan tersebut. Dia menghadiahkan senyuman untuk sekumpulan
pelajar tadi, namun tidak seorang pun yang mahu membalas senyumannya. Maklum
sajalah, dia di politeknik tu digelar budak nerd a.k.a the lazy boy. Penampilannya
saja sudah boleh di agak. Dengan rambut disikat belah tengah, kadang lansung
tak bersikat dan dibiarkan saja berserabut, bercermin mata, baju selekeh.
Penyamarannya memang sempurna. Tak ada seorang pun gadis di tempat pengajian
tersebut sangkut padanya. Andailah diorang tahu bahawa dia merupakan Ryo, model
terkenal Malaysia, pasti hidupnya tidak akan aman belajar di situ. Dia juga
perlukan privasi.
Bertambah-tambah geram eyqa
dibuatnya. Dahlah abangnya tak mahu memujuk dia, boleh pula cuci mata layan
student perempuan berjalan lenggang lenggok itu. Memang dasar lelaki, pantang perempuan lawa melintas depan mata, pasti akan dipandang. Alasan abangnya hanya satu, rezeki...so, kenalah pandang.
“ Adoi!!...pe main cubit-cubit ni.
Sakitlah.” Tangan sudah mengusap bekas cubitan di pinggangnya. Adiknya kalau
tak puas hati tulah jadinya.
“ Abang ni...” Tak sempat eyqa
mahu menghabiskan ayatnya, handset milik Rizman berdering. Eyqa diam seketika.
Dia mahu memberi ruang untuk Rizman bercakap dengan panggilan tersebut.
“ Ye Tia...aku tahu.”
Senyap...
“ Tak payah susah-susah, I boleh
drive sendiri. You uruskan pasal pakaian je kat sana. Erm...okay.”
Senyap lagi.
Eyqa masih setia menanti abangnya habis
berbual di telefon. Dia tahu abangnya berbual dengan pengurus fashion yang
menguruskan penampilan Rizman iaitu Fathiha. Wanita itu amat menarik dari
pandangan matanya. Maklum saja lah, wanita itu kacukan english britain dan
Malaysia. Kadang-kadang pernah juga dia terdengar khabar angin bahawa abangnya
menyimpan perasaan cinta pada Fathiha. Namun sukar untuknya percaya. Ini kerana
abangnya tak pernah meluahkan soal hati dan perasaannya. Apatah lagi tak pernah
dia melihat abangnya bercinta. Ye, Rizman ataupun dikenali sebagai Ryo tidak
pernah bercinta.
“ One more thing, please contact
Firdaus. I try contact dia dari semalam lagi, lansung tak dapat. Ok,that’s all.
Thanks Tia...see you there.” Punat merah ditekan. Dia memandang wajah adiknya
semula.
“ What?” Soalnya. Eyqa hanya
menggeleng sambil tersenyum.
“ Nothing. Erm, abang tak dapat
bawa adik pun takpelah. Sebagai ganti abang kena belanja adik makan hari ni.
Jom pergi PD walk. Adik nak pergi kedai handset jap. Lagipun, teringin makan
KFC la.” Rizman hanya mengangguk. Laptop diletakkan di dalam beg. Baru sahaja
bangkit dari duduk, dari jauh dia terdengar suara perempuan yang menjerit
memanggil mereka berdua.
“ Kau ni eyqa. Puas aku merantau
cari kau. Mahu tujuh kali aku tawaf poli ni cari kau. Rupa-rupanya korang ni
kat dataran ni je. Penat aku...”
“ Banyaklah kau punya temberang.
Mengaku jelah kau baru balik dari blok hostel kau yang hujung belakang sekali.
Nasib kaulah dapat Blok P tu.” Eyqa menepuk perlahan belakang Sheera sambil
tersengih. Member dia sorang ni baik, tapi kalau bab bagi alasan, urm..kalah
satu buku kamus dewan bahasa.
“ Hehe..sesungguhnya kau amat
memahami aku. Eh, korang nak pergi mana ni? Makan jom. Tapi kafe A dah
penuhlah, kantin pun tak banyak lauk hari ni.” Rizman memerhatikan gelagat
Sheera. Selain keluarganya, Sheera juga tahu akan rahsia yang dipegang selama
ini. Sheera dan adiknya, eyqa satu sekolah sejak dari sekolah menengah lagi.
Jadi hubungan mereka juga agak rapat. Lagipun dia juga sudah mengaggap Sheera
seperti adiknya.
“ Kitorang nak pergi PD, makan KFC. Sempat
lagi ni kan.. Jomlah sekali. Aku belanja...” Ujar Rizman. Semakin panjang
sengihan di wajah Sheera. Belanja?? Uih, mana boleh lepas. Rezeki jangan ditolak,
maut jangan dicari.
“ Wah...ini dah kira bagus ni.
Kau tau tak Riz, kalau kau ni perempuan, dah lama aku peluk cium kau tau!! Ni
yang buat aku sayang kau lebih ni.”
“ Simpan sayang kau tu. Abang aku
ni kebal nak terima sayang-sayang ni. Hati dia ni macam kalis cinta.” Hidung
Eyqa menjadi sasaran cubitan dari Rizman. Suka mengata abang sendiri.
“ Ala, orang gurau jelah abang...”
“ Yeke kau kalis cinta?? Ala,
lama-lama tembok cinta kau tu runtuh juga. Tengok jelah nanti. Mmuah..mmuah!!”
Flying kiss dilemparkan ke arah ke arah Rizman. Lelaki itu mengerutkan dahinya.
Buang tebiat ke perempuan ni?!
“ Betul la kata kau eyqa, Flying
kiss aku tadi tak boleh tembus. Tengok kat lantai tu, bersepah kiss aku.” Sheera
mencankung pura-pura mengutip balik kissnya. Eyqa dah gelak terbahak-bahak.
Rizman mengempalkan penumbuknya. Dia mengetuk lembut kepala Sheera yang sedang
mencankung itu. Sedaya upaya Sheera mengelak, akhirnya kena juga hadiah special
dari Rizman.
*******************************************************************************************
“ Sweetheart, nanti you dah sampai sana duduk
kat resort yang sama ke?” Wanita di hadapannya hanya mengangguk sambil
tersenyum.
“ So, you sebilik ke nanti
dengan Ryo?”
“ Is...please. Don’t start it...”
“ Okay, i’m sorry. I...”
Keluahan kasar dilepaskan.
“ You...jangan percaya gosip
dalam majalah tu. I takkan sesekali ada affair dengan Ryo. Ryo just a kid. I
consider him just like a little brother. Please sayang...if you really love me,
please listen and believe what i’m just said. I just sayangkan you je. Come on
Is...”
“ I know...i know you had
nothing to do with that boy, it just me. I...i ni cepat sangat buruk sangka.
You dah perfect untuk i. Tapi i worried, if someday you will leave me. You ni
dah lah lawa, ramai lagi laki kat luar sana tu yang tergila-gilakan you.”
Tangan yang memegang gelas itu dicapai lembut oleh Fathiha. Untuk seketika dia
hanya membiarkan sahaja wanita itu mengusap lembut jari jemarinya.
“ Kalau diorang sukakan i...i
tak boleh halang semua tu Is. Itu hak diorang. But you know what, walaupun
diorang tergila-gilakan i..i hanya gilakan you seorang je...” Senyuman di wajah
Iskandar terukir kecil setelah mendengar kata-kata dari wanita yang dicintai.
Kini tangan wanita itu pula digenggam.
“ Promise me, don’t ever leave me....”
“ I promise...” Tangan yang
digeggam itu dibawa ke bibir dan dikucup lembut. Fathiha senang diperlakukan
sebegitu. Dia memang amat mencintai jejaka tersebut.
“ Sweetheart...”
“ Hmm..”
“ Let’s get married...” Wajah
Fathiha dipandang lama. Wanita yang berusia 26 tahun itu kaku setelah mendengar
lamaran dari lelaki tersebut.
“ Fathiha...will you marry me?”
Sekali lagi lamaran dibuat. Lama Fathiha diam.
“ Yes...of course! Of course i
want to marry you.” Dengan satu lafaz jawapan diberi. Tersenyum Iskandar
dibuatnya.
“ But, what about our parent Is??
You tahukan my mom and dad tak suka family you.”
“ Ya..i know that. Don’t worry,
i will try my best to make your dad accept me and my family. I rasa sudah tiba
masanya untuk family you dengan family i berbaik. Cukup lama diorang bermusuhan
hanya disebabkan empayar family masing-masing bersaing. I rasa dengan perkahwinan
kita nanti akan mengubah segalanya.”
“ I hope so...” Genggaman
tangan dieratkan lagi. Masing-masing menyimpan hasrat yang sama di dalam hati
agar segalanya akan dilaksanakan dengan sempurna hendaknya..
wow..best..hehe..jalan cerita nampak lain sgt..pelakon pun comel n hensem...ramai gak ko letak eh..keep it up.. >_<