CINTA BLoGGER....


.

bab 1









      Detik pertemuan, ajal maut di tangan tuhan. Siapa sangka kehidupan boleh berubah dalam sekelip mata. Bermula dari minat, membuahkan rasa cinta yang sukar aku gambarkan. Semakin hari kehidupanku penuh dengan cerita yang tak terduga. Ah, cinta penuh dengan maksud yang payah dirungkaikan...Cinta penuh dengan kesulitan...Cinta penuh dengan misteri...Cinta penuh...erk..

       Tangannya berhenti menaip dan memandang ke depan. Kerjanya mengarang ayat di blog terganggu dek terkejut dengan panggilan seseorang. Cermin mata dibetulkan dan wajah yang serius ditunjukkan pada insan yang menegurnya. Insan didepannya masih lagi tersengih tanpa rasa bersalah.


        “ Adik apahal? Datang tak bagi salam, pastu tegur abang bukan main cara baik! Next time panggil elok-eloklah. Ni tak, yang adik pergi gegar meja abang ni apasal? Nasib baik abang tak campak laptop ni kat muka tu.”

         “ Sorry ar bro...adik tak sengaja. Dari tadi lagi adik panggil abang buat dek je. Sorry ek.” Wajah polos yang bertudung itu dipandang. Keluhan dilepaskan. Dia menepuk perlahan kerusi di sebelah supaya gadis itu duduk di situ.

         “ Adik dah habis kelas ke?”

         “ Belum, petang ni pukul tiga ada kelas lagi sampai pukul lima. Ada bengkel dengan Encik Hairol. Kelas abang dah habis ke?” Lelaki disebelahnya hanya mengangguk.

          “ Wah, bestnya...abang ni dari tadi adik tengok asyik dengan laptop tu. Tak habis-habis menaip. Get a life la abang..”

          “ This is my life...”

          “ Huh...”

          “ Kenapa?”

          “ Nothing...just tired. This week abang balik?”

          “ Maybe..”

          “ Adik follow...”

          “ Tak boleh..”

          “ Why??”

          “ Abang balik sebab kerja. Lagipun mommy pun takde kat rumah. Mommy kan pergi Japan this week. Takde siapa yang boleh tengokkan adik.” Tangan masih lagi lincah menaip. Hanya mulut yang bersuara. Eyqa merenung abangnya lama. Bila dia mahu melihat di skrin laptop, Rizman menghalang.

           “ Abang ni, adik dah besarlah. Adik tahulah jaga diri. Tak pun adik boleh follow abang pergi shooting nanti. Ala, adik promise adik takkan bocorkan rahsia pasal kerja abang jadi model tu. Lagipun takde siapa pun kat sini yang tahu abang eyqa ni merupakan model terkenal antarabangsa. Selama ni pun pandai abang menyamar kan. Please abang....” Kedua-dua belah tangan dirapatkan sambil menayangkan muka simpati. Rizman mengeluh. Kemudian cermin mata ditanggalkan dan dilap dengan lengan baju dan disarungkan semula. Laptop ditutup. Wajah adiknya dipandang.

            “ Abang tahu adik boleh jaga rahsia abang ni. Tapi sabtu dengan ahad nanti abang kena pergi Langkawi. Mungkin abang balik sini pun hari isnin nanti. Adik kan ada kelas hari isnin kan. Takkan adik nak skip kot.”

            “Ha, ok juga tu. Adik tak pernah skip kelas. Baguslah cadangan abang.”

            “ Eh, cik adik sayang. Sesuke hati je nak ponteng ye. Percent kurang nanti baru menyesal.”

             “ Ala....” Lengan baju Rizman ditarik perlahan sambil digoyangkan. Taktik memujuk sudah bermula.

             “ Buatlah macam mana pun, abang tetap dengan keputusan abang.”

             “ Abang ni...tak boleh haraplah!” Rizman melihat eyqa sudah berpeluk tubuh. Muncung dipanjangkan. Agak-agaknya dah boleh sangkut baju kat muncung tu. Rizman hanya tersengih. Malas mahu melayan adik kesayangannya.



             Sekumpulan pelajar wanita kursus DSK (diploma sains kesetiausahaan) melintas di depannya. Matanya kusyuk memandang kumpulan tersebut. Dia menghadiahkan senyuman untuk sekumpulan pelajar tadi, namun tidak seorang pun yang mahu membalas senyumannya. Maklum sajalah, dia di politeknik tu digelar budak nerd a.k.a the lazy boy. Penampilannya saja sudah boleh di agak. Dengan rambut disikat belah tengah, kadang lansung tak bersikat dan dibiarkan saja berserabut, bercermin mata, baju selekeh. Penyamarannya memang sempurna. Tak ada seorang pun gadis di tempat pengajian tersebut sangkut padanya. Andailah diorang tahu bahawa dia merupakan Ryo, model terkenal Malaysia, pasti hidupnya tidak akan aman belajar di situ. Dia juga perlukan privasi.

              Bertambah-tambah geram eyqa dibuatnya. Dahlah abangnya tak mahu memujuk dia, boleh pula cuci mata layan student perempuan berjalan lenggang lenggok itu. Memang dasar lelaki, pantang perempuan lawa melintas depan mata, pasti akan dipandang. Alasan abangnya hanya satu, rezeki...so, kenalah pandang.



             “ Adoi!!...pe main cubit-cubit ni. Sakitlah.” Tangan sudah mengusap bekas cubitan di pinggangnya. Adiknya kalau tak puas hati tulah jadinya.

             “ Abang ni...” Tak sempat eyqa mahu menghabiskan ayatnya, handset milik Rizman berdering. Eyqa diam seketika. Dia mahu memberi ruang untuk Rizman bercakap dengan panggilan tersebut.

             “ Ye Tia...aku tahu.”

             Senyap...

             “ Tak payah susah-susah, I boleh drive sendiri. You uruskan pasal pakaian je kat sana. Erm...okay.”

             Senyap lagi.




       Eyqa masih setia menanti abangnya habis berbual di telefon. Dia tahu abangnya berbual dengan pengurus fashion yang menguruskan penampilan Rizman iaitu Fathiha. Wanita itu amat menarik dari pandangan matanya. Maklum saja lah, wanita itu kacukan english britain dan Malaysia. Kadang-kadang pernah juga dia terdengar khabar angin bahawa abangnya menyimpan perasaan cinta pada Fathiha. Namun sukar untuknya percaya. Ini kerana abangnya tak pernah meluahkan soal hati dan perasaannya. Apatah lagi tak pernah dia melihat abangnya bercinta. Ye, Rizman ataupun dikenali sebagai Ryo tidak pernah bercinta.



             “ One more thing, please contact Firdaus. I try contact dia dari semalam lagi, lansung tak dapat. Ok,that’s all. Thanks Tia...see you there.” Punat merah ditekan. Dia memandang wajah adiknya semula.

             “ What?” Soalnya. Eyqa hanya menggeleng sambil tersenyum.

             “ Nothing. Erm, abang tak dapat bawa adik pun takpelah. Sebagai ganti abang kena belanja adik makan hari ni. Jom pergi PD walk. Adik nak pergi kedai handset jap. Lagipun, teringin makan KFC la.” Rizman hanya mengangguk. Laptop diletakkan di dalam beg. Baru sahaja bangkit dari duduk, dari jauh dia terdengar suara perempuan yang menjerit memanggil mereka berdua.

              “ Kau ni eyqa. Puas aku merantau cari kau. Mahu tujuh kali aku tawaf poli ni cari kau. Rupa-rupanya korang ni kat dataran ni je. Penat aku...”

              “ Banyaklah kau punya temberang. Mengaku jelah kau baru balik dari blok hostel kau yang hujung belakang sekali. Nasib kaulah dapat Blok P tu.” Eyqa menepuk perlahan belakang Sheera sambil tersengih. Member dia sorang ni baik, tapi kalau bab bagi alasan, urm..kalah satu buku kamus dewan bahasa.

              “ Hehe..sesungguhnya kau amat memahami aku. Eh, korang nak pergi mana ni? Makan jom. Tapi kafe A dah penuhlah, kantin pun tak banyak lauk hari ni.” Rizman memerhatikan gelagat Sheera. Selain keluarganya, Sheera juga tahu akan rahsia yang dipegang selama ini. Sheera dan adiknya, eyqa satu sekolah sejak dari sekolah menengah lagi. Jadi hubungan mereka juga agak rapat. Lagipun dia juga sudah mengaggap Sheera seperti adiknya.

              “ Kitorang nak pergi PD, makan KFC. Sempat lagi ni kan.. Jomlah sekali. Aku belanja...” Ujar Rizman. Semakin panjang sengihan di wajah Sheera. Belanja?? Uih, mana boleh lepas. Rezeki jangan ditolak, maut jangan dicari.

              “ Wah...ini dah kira bagus ni. Kau tau tak Riz, kalau kau ni perempuan, dah lama aku peluk cium kau tau!! Ni yang buat aku sayang kau lebih ni.”

              “ Simpan sayang kau tu. Abang aku ni kebal nak terima sayang-sayang ni. Hati dia ni macam kalis cinta.” Hidung Eyqa menjadi sasaran cubitan dari Rizman. Suka mengata abang sendiri.

              “ Ala, orang gurau jelah abang...”

              “ Yeke kau kalis cinta?? Ala, lama-lama tembok cinta kau tu runtuh juga. Tengok jelah nanti. Mmuah..mmuah!!” Flying kiss dilemparkan ke arah ke arah Rizman. Lelaki itu mengerutkan dahinya. Buang tebiat ke perempuan ni?!

              “ Betul la kata kau eyqa, Flying kiss aku tadi tak boleh tembus. Tengok kat lantai tu, bersepah kiss aku.” Sheera mencankung pura-pura mengutip balik kissnya. Eyqa dah gelak terbahak-bahak. Rizman mengempalkan penumbuknya. Dia mengetuk lembut kepala Sheera yang sedang mencankung itu. Sedaya upaya Sheera mengelak, akhirnya kena juga hadiah special dari Rizman.


        *******************************************************************************************




               “ Sweetheart, nanti you dah sampai sana duduk kat resort yang sama ke?” Wanita di hadapannya hanya mengangguk sambil tersenyum.

               “ So, you sebilik ke nanti dengan Ryo?”

               “ Is...please. Don’t start it...”
           
               “ Okay, i’m sorry. I...” Keluahan kasar dilepaskan.

               “ You...jangan percaya gosip dalam majalah tu. I takkan sesekali ada affair dengan Ryo. Ryo just a kid. I consider him just like a little brother. Please sayang...if you really love me, please listen and believe what i’m just said. I just sayangkan you je. Come on Is...”

               “ I know...i know you had nothing to do with that boy, it just me. I...i ni cepat sangat buruk sangka. You dah perfect untuk i. Tapi i worried, if someday you will leave me. You ni dah lah lawa, ramai lagi laki kat luar sana tu yang tergila-gilakan you.” Tangan yang memegang gelas itu dicapai lembut oleh Fathiha. Untuk seketika dia hanya membiarkan sahaja wanita itu mengusap lembut jari jemarinya.

               “ Kalau diorang sukakan i...i tak boleh halang semua tu Is. Itu hak diorang. But you know what, walaupun diorang tergila-gilakan i..i hanya gilakan you seorang je...” Senyuman di wajah Iskandar terukir kecil setelah mendengar kata-kata dari wanita yang dicintai. Kini tangan wanita itu pula digenggam.

               “ Promise me, don’t ever leave me....”

               “ I promise...” Tangan yang digeggam itu dibawa ke bibir dan dikucup lembut. Fathiha senang diperlakukan sebegitu. Dia memang amat mencintai jejaka tersebut.

               “ Sweetheart...”

               “ Hmm..”

               “ Let’s get married...” Wajah Fathiha dipandang lama. Wanita yang berusia 26 tahun itu kaku setelah mendengar lamaran dari lelaki tersebut.

               “ Fathiha...will you marry me?” Sekali lagi lamaran dibuat. Lama Fathiha diam.

               “ Yes...of course! Of course i want to marry you.” Dengan satu lafaz jawapan diberi. Tersenyum Iskandar dibuatnya.

               “ But, what about our parent Is?? You tahukan my mom and dad tak suka family you.”

               “ Ya..i know that. Don’t worry, i will try my best to make your dad accept me and my family. I rasa sudah tiba masanya untuk family you dengan family i berbaik. Cukup lama diorang bermusuhan hanya disebabkan empayar family masing-masing bersaing. I rasa dengan perkahwinan kita nanti akan mengubah segalanya.”

                “ I hope so...” Genggaman tangan dieratkan lagi. Masing-masing menyimpan hasrat yang sama di dalam hati agar segalanya akan dilaksanakan dengan sempurna hendaknya..

     
              

  1. wow..best..hehe..jalan cerita nampak lain sgt..pelakon pun comel n hensem...ramai gak ko letak eh..keep it up.. >_<