CINTA BLoGGER....9


.



Bab 9







Who say love is easy??
Who say love is hard??
Who say love is complicated??
Who say love is pure??
LOVE?
Who need love?
Who give love?
Who supposed to be love??
Is love really that important?
Is that hard to find Love?



    Huh...bila cinta sejati akan muncul dalam hidup aku?Macam mana rasanya bercinta ni?Aku ni ketinggalan ke?Aku tak pernah bercinta....Aku tak pernah rasa dicintai...hmm. Sedangkan adik aku yang sekolah tak habis lagi pun dah bercouple....aku?

   Anak panah diseret ke bahagian tepi kanan atas. Klik sign out. Bukak yahoo pula. Tengok mesej terbaru. Mata tertumpu pada satu mesej yang menarik perhatian. Mr.Niki? Mamat ni bagi mesejlah. Baca jela..


    <Mr.Niki> Salam perkenalan. Untuk permulaan saya nak bagitahu saudari yang saya merupakan peminat blog saudari. Setiap madah dan ayat dari saudari yang dipost ke blog memang menyentuh perasaan saya. Harap saudari boleh menerima salam persahabatan dari saya, niat saya ikhlas. Salam....


    Nak balas ke? cam kelakar pula ayat mamat ni. Saudari?hahaha!...cam jiwang pun ada. Tapi macam betul je mamat ni nak kawan ngan aku. Hmm...biar jela dulu.Laptop ditutup. Bantal peluk di hujung katil dicapai. Telefon bimbit juga dicapai. Aik,ada mesej?tak sedar pula aku...hehe.buat silent manalah nak sedar. Sengal betul!

    < Anis, aku x blk mlm ni ye. Tibe2 jadual Shaqir diubah esok. So, esok mlm aku balik. Sori beb. Jgn lupe kunci pintu 2. Salam...>--Fura


     La, aku sorang lagilah kat umah ni. Huh, bapak bosan macam ni. Keluar lagi bagus. Cari novellah camni. Pe lagi, bosan-bosan ni jadi novel hunterlah!! Baju di dalam almari dicapai dan ditukar. Rambut yang lurus itu disikat dan diikat kemas. Bedak Johnson baby disapu ke muka. Hehe...ni dasar malas nak mekap. Lips ice dicalit ke bibir. Telek muka kat cermin. Ok,lengkaplah tu. Tak payah lawa-lawa sangat. Bukan nak pergi dating pun...Dating?hahaha..hampeh,bercinta pun tak pernah.

     Langkah kaki diatur ke tren lrt. Tiket ke klcc dibeli. Sementara tunggu tren sampai hanis mendengar lagu dari handset. Kelibat seseorang yang agak dikenali melintas didepannya membuatkan hanis berhenti mendengar muzik. Kepala didongak sikit untuk mengecam insan tadi. Sah, betullah dia.

     " Adam!!" Jeritnya dengan nada yang agak tinggi. Lelaki yang dipanggil adam itu menoleh. Kemudian lama memandang wajah insan yang sedang melambai padanya. Eh, macam kenal? Hanis jalan menghampirinya sambil tersenyum. Lama dah tak jumpa lelaki ni.

     " Akulah hanis. Takkan tak ingat kot. Kelas lima cempaka. Ala, budak yang selalu kau buli-buli dulu."

     " Hanis?...err,hanis zahira?" Hanis menggangguk.

     " La, kau ke ni hanis? aku ingat ada awek nak ngorat aku tadi."

     " Ceh, tak habis-habis dengan sifat perasan tu. Lama dah tak jumpa kau...Lepas habis sekolah masing-masing senyap je kan. Kau apa khabar?"

     " Aku ok..sihat walafiat je ni. Aku macam tak percaya pula kita boleh berjumpa kat sini. Serius kau nampak lain.." Adam masih lagi setia melihat wajah gadis didepannya. Makin lawa.

     " Pe yang lainnye? Aku rasa aku macam dulu gak."

     " Ketinggian kau bertambah sikit...sikit jela." Adam gelak kuat. Dah lama tak menyakat kawan sekelas dia ni. Hanis mencekak pinggang. Hampeh mamat ni. Suka sangat mengusik aku.

     " Hmm...kau nak gi mana ni?" Adam bertanya.

     " Klcc...saja jalan-jalan. Ingat nak singgah kedai book store kinokuniya. Nak cari novel. Bosan seh duduk rumah."

     " La,sehaluan ar ni..aku pun nak pergi sana juga. Tapi takdelah aku nak gi kedai buku tu. Aku  ingat nak cari kasut sukan. Jalan sama ar..leh borak-borak lagi."

     " Eh, boleh-boleh....ha, tren dah sampai tu, jomlah."

  Ketika di dalam tren masing-masing bersembang lagi. Lama tidak berjumpa banyaklah yang dibualkan. Dari hal semasa, hal kanak-kanak semuanya diungkit. Sungguh hanis merasa ceria dapat berjumpa dengan sahabat lama. Sampai sahaja di bangunan klcc, mereka berdua singgah dulu di kedai buku.

     " Ramlee awang mursyid? kau pun minat ke baca karya dia?" Hanis bertanya. Buku ditangan Adam diambil dan ditelek. 

     " Taklah. Aku mana pernah baca novel. Aku just tengok je."

     " Rugi kau tak baca. Penulis ni bagus. Novel bagaikan puteri ni ada sambungan dia...yang sambungan novel kedua aku dah baca dah..aku nak cari yang ketiga pula. Kalau tak silap aku Hijab apa ye?"

      " Hijab sang pencinta?" Teka Adam.

      " Ha, buku tulah." Adam mencapai satu buku di rak belakangnya. Tadi ada di belek buku tu. Tu yang dia boleh agak.

      " Yes, finally! Dapat gak buku ni. Selama ni aku asyik busy je, dah lama tak beli novel."

      " Kau busy buat apa?"

      " Aku busy studyla...sambil tu aku buat kerja sikit nak support life aku." 

      " Part time?"

      " Bolehla...."

      " Kerja dengan aku jela. Aku bagi kau gaji nak?" Adam bertanya. Hanis yang ketika itu sedang membelek novel lain di rak berhenti dan memandang sahabatnya.

      " Kerja dengan kau? Bukan ke kau pun study lagi?"

      " Nak tak kerja dengan aku ni?" Pertanyaan dari Hanis lansung tidak dijawab.

      " Kalau gaji tinggi why not...kerja pe?"

      " Jadi bini aku." Kali ni bukan main Adam gelak. Novel ditangan Hanis diangkat tinggi dan....

  PAP!!

      " Aduh!! sakit siot!........"

      " Padan muka!! wek..." Lidah dijelir. Dah rupa kanak-kanak lima tahun mengejek. Hanis terus melangkah ke kaunter untuk membayar novel yang dibeli. Adam yang ketika itu mahu mengekor belakangnya berhenti tatkala mata tertumpu pada satu majalah. Cover model itu dipandang lama. Bagai ada satu perkara yang menarik perhatiannya. Lama dipandang cover majalah tersebut sehinggakan tak sedar hanis menghampirinya.

      " Woi!" Bahu dicuit. Adam tersentak.

      " Kau apahal? aku panggil dari jauh tadi tak dengar ke? sakit tekak aku panggil kau tadi."

      " Err..takde pape, jom ar blah. Aku nak cari kasut..." Adam terus melangkah meninggalkan Hanis yang terpinga-pinga di situ. Apasal dengan mamat ni? Hanis memandang pula ke tempat  Adam melihat tadi. Dia tengok majalah ni ke?Hmm...pe yang pelik dengan majalah ni sampai perlu mengelamun macam tadi? eh, wait...cover magazine ni cam aku kenallah. Ha, Sara! Tapi, pe yang difikir Adam tadi?

      " Wei pendek!! cepatlah sikit!" Adam memanggil dari jauh sambil tergelak. Bengang je hanis rasa masa tu. Tak hilang lagi panggilan tu dari mulut dia. Sengal mamat ni. Terus dia berjalan ke arah Adam. Persoalan yang bermain dimindanya dibiarkan begitu saja.



    ************************************************************************************************





      " Kau bila present projek? aku kena lusa bai.." Farhan mengambil tempat duduk di sebelah Rizman yang ketika itu sedang menikmati sarapannya. Sedap pula mak cik kantin buat nasi lemak hari ni.

      " Wei, aku tanya kau ni. Pekak ke ape?" Suapan dihentikan. Cermin mata diusik sikit dan dibetulkan kedudukannya. Kemudian dia memandang Farhan, budak sekelas dengannya di politeknik tersebut.

      " Aku pun lusa." Ringkas dibalas. Cawan plastik  yang berisi air teh tarik di atas meja dicapai dan diminum.
  
      " Huh, aku tensionlah wei. Hari tu projek aku menjadi. Tiba-tiba semalam bila aku cek balik, dah tak function. Yang lain semua okay, tapi water detector aku pula buat hal. Dah tu LED banyak yang tak menyala pula. Argh!!..."

      " Yang kau nak gelabah sangat ni apasal. Cekla balik. Baiki je la apa yang rosak tu. Kau carilah apa punca yang boleh jadi macam tu. Ni kalau kau merungut kat aku pun tak guna juga. Baik kau merungut kat team kau tu."

       " Huh...sorilah Riz. Aku bukan niat nak rungut kat kau. Budak kumpulan aku yang dua ekor tu asyik merayap je kerjanya. Dahla lusa present, diorang leh lak buat bodoh je. Kau amacam projek, semua okay?"

       " Okay je." Ringkas dibalas. Pinggan yang tadi penuh dengan nasi lemak habis sudah dimakan. 

       " Baguslah kau ni. Kadang-kadang aku pelik tengok kau, dahlah dalam kelas selalu tidur, dah tu kau selalu takde kat rumah. Tapi bila time kuiz, time test kau leh je lulus kan." Hairan Farhan dibuatnya. Memang jarang dia melihat sahabatnya itu ada di rumah. Dia dan rizman duduk serumah di rumah sewa berdekatan dengan politeknik. Dah tu bila kelas petang takde, selalu sahaja Rizman akan menghilangkan diri. Bila ditanya lansung dia malas menjawab.

       " Bila ada masa aku studyla. Takkan setiap masa aku nak study aku perlu tunjuk depan kau.."

       " Takde ar macam tu sekali. Aku just nak tahu je. Malam ni kau tolong aku boleh? Aku ingat nak cek litar baliklah." Rizman hanya mengangguk. Apa salahnya membantu rakan. Lagipun minggu ni dia tak busy dengan kerja modelling dia. 

       " Cantik!! baguslah kau ni. Okaylah Riz, aku nak pergi library ni. Jumpa kat rumah nanti. Chow..." Setelah kelibat rakannya hilang, notebook di dalam beg dicapai dan dibuka. Broadband disambung ke mini laptopnya. 

     Dia membuka yahoo mail dan melihat mesej yang berlambak di dalam inbox. Yang tak penting didelete. Hmm, takde ke dia balas? Aku ikhlas nak kawan dengan dia, lansung tak balas salam perkenalan aku. Sombong! Ke dia busy? Hmm...try cek blog dia pula. Ha, ada je update blog. Takkan dia tak buka mail dia kot. Dah tu bila aku komen kat blog lansung takde respon. Hampeh tol....ah,lantak kau lah. Hilang terus moodnya untuk online hari ini. Dah dua hari dia berharap agar mesejnya dibalas. Entah kenapa dia beria-ria mahu berkenalan dengan pemilik blog tersebut. Blog tu bukan menarik mana pun, tapi setiap kali dia membaca karya-karya yang ditulis oleh penulisnya, hatinya terpaut. Ah, kau ni Riz...dah gila ke pe?


     **************************************************************************************************




     " Stop right there! I still talk to you!!..." Bingit telinga Sara menahan jeritan itu. Dia mengeluh kasar.

     " You nak apa lagi Adam?"

     " Tell me the truth Sara...you still love me or what? I dah tak tahan dengar orang lain mengata tentang you."

     " You percaya orang luar dari percayakan i?"

     " Yes, i dah tak percayakan you lagi. I dah bosan asyik kena tipu macam ni. Kita putus lagi bagus rasanya."

     " Fine, is that what you want? then it will be my pleasure to breakup with you!" Bahu lelaki itu ditolak kasar. Sara terus melangkah laju ke keretanya dan meninggalkan Adam keseorangan di taman. Dari jauh dia melihat Adam melepaskan amarahnya dengan menumbuk pokok disebelahnya. 

      Peristiwa sebulan lepas masih lagi dalam memori gadis tersebut. Tanpa disedari air mata nya mengalir. Sakit di hati susah nak hilang. Siapa yang tak sedih apabila lelaki yang kita cintai lansung tidak memberi ruang untuk percayakan kekasihnya. 

       " Sara...." Suara lelaki dari muka pintu membuatkanya tersentak. Air mata di pipi dilap. 

       " You ok?" Firdaus mendekatinya. Dia sangka tiada sesiapa di agensi tersebut. Dah lewat malam begini apa yang gadis ni buat kat sini...

       " I'm fine.."

       " Kenapa you tak balik lagi? You buat apa kat sini lewat malam ni?" Soalan dari pengurusnya tidak dijawab. Dia hanya menunduk.

       " Sara...you betul-betul okay ke ni? I risau kalau you terus jadi macam ni." Bahu Sara dipegang lembut. Gadis itu memandangnya lama kemudian tersenyum pahit.

       " I okay...tadi i tertinggal handset i kat pantry,so i balik ambil. I just rasa tak sedap badan je. Err, Daus...i balik dulu ye."

       " You sure you okay?" Tanyanya lagi.

       " Yes i am...thanz for asking. I balik dulu kay." Sara sudah pun melangkah pergi. Firdaus hanya memerhatikan Sara dari belakang. Tapi baru sahaja beberapa langkah tiba-tiba tubuh lansing itu rebah ke lantai. Segera Firdaus berlari mendapatkannya. Pipi sara ditepuk perlahan sambil namanya berulang kali dipanggil. Tubuh gadis itu diangkat dan segera dibawa ke kereta. Sedang dalam perjalanan ke kereta, Hanis memanggil dari jauh.

       " Kenapa ni encik?"

       " Dia pengsan. Hanis, tolong ambil kunci kereta i dalam poket ni. Faster please!" Poket disisi seluar lelaki itu diseluk. Kunci kereta dicapai. Firdaus menyuruhnya start enjin. Tubuh gadis yang didukungnya itu diletakkan perlahan di seat belakang. Nak tak nak hanis turut mengikut Firdaus di dalam kereta. Aduh...patutnya aku datang tadi nak ambil jaket Ryo. Tup tup ni pula jadi...hmm,maaflah Ryo..jaket kau tu esok jela aku ambil. Lepas je balik dari klcc tadi dia mendapat mesej dari Ryo untuk menolongnya mengambil jaket kegemarannya di agensi tersebut dan dibawa ke dobi. Tapi apasal Sara boleh pengsan ni dan lagi satu kenapa mereka berdua ada kat dalam agensi tu tadi? diorang ni ada apa-apa ke? Ah kau anis, ada saja nak difikir.