CINTA BLoGGER....8


.



Bab 8





    Mata bertentang mata. Sepasang mata menunjukkan tanda geram, sepasang mata lagi menunjukkan tanda tak bersalah. Malu betul dia hari ni. Mana taknya,masa sedang menjalani kuliah, tiba-tiba kecoh satu kampus tu dengan kehadiran seseorang yang agak dikenali oleh orang ramai terutamanya dikalangan wanita dan gadis remaja. Bertambah-tambah malu bila jejaka tu selamba je menarik tangan dia keluar dari bilik kuliah dan berjalan keluar. Nasib baik kuliah tu dah tamat. Di kafe, semua mata memandangnya dan lelaki tersebut. Dari tadi lagi masing-masing sepi. Geram punya pasal, tapak tangan menepuk kuat permukaan meja,namun lansung tidak membuatkan lelaki itu tersentak.



    " Apasal kau datang sini?kan aku dah cakap aku ada kuliah petang ni." Ryo atau Rizman memandang wajahnya dengan pandangan yang kosong, kemudian tersenyum.

    " Aku perlukan kau." Terpana Hanis mendengar kata-kata ringkas itu. Apa maksudnya? Lagi satu, kenapa mamat ni lansung tak nak menyamar pula hari ni?selalu Ryo memang rimas menjadi tumpuan, tapi hari ni....??ermm..

    " Pe maksud kau?"

    " Kelas kau dah habis kan?"

    " Kalau ye pun kenapa?"

    " Ikut aku..." Tubuh tinggi lampai di depannya terus bangkit dan berjalan. Hanis masih lagi duduk. Selagi lelaki itu tak mahu bagi tahu alasan sebenar, dia tak mahu berganjak dari situ. Langkah Ryo terhenti. Dia pusing ke belakang dan memandang pembantu peribadinya yang masih lagi duduk. Terus dihampiri gadis itu dan dicapai pergelangan lengan halus itu. Saat dicapai tangan hanis seluruh kafe di situ gamat dengan suara peminat-peminatnya. Hanis tersedar tatkala tangannya bersentuhan dengan tangan Ryo, segera lengannya ditarik. Dia melangkah melintasi lelaki tersebut dan berlalu dari situ dengan segera. Malu tak payah nak cakaplah kan...confirm lepas ni dia yang jadi topik hangat kat kolej tu. 

    Di dalam kereta masing-masing senyap. Hanis malas mahu bertanya lagi. Dia hanya menyandarkan kepala di kerusi dan melelapkan mata. Penat seharian di kampus masih lagi tidak hilang. Dia tersedar tatkala terasa namanya dipanggil. Mata dibuka dan dilihat sekitar. Butik Indera??apahal dia bawa aku kat sini?

    " My darling Ryo!!..." Agak tersentak Hanis terasa apabila dia dan Rizman melangkah masuk ke butik tersebut, seseorang memanggil Ryo. Seorang lelaki berperwatakan agak lembut datang menghampiri mereka berdua. Dia berpelukan dengan Rizman. Rizman pula hanya membiarkan sahaja sambil memberikan senyuman. Dalam fikiran gadis itu terbayang akan kata-kata adiknya...gay??ish, tak mungkin! akhirnya dia tersenyum sendirian bila terfikir hal tersebut.

     " You buat apa kat sini?"

     " I nak mintak tolong you. Malam ni ada majlis pertunangan sahabat baik i. So, i nak you tolong carikan baju yang sesuai untuk PA i ni. Majlis tu akan berlansung di hotel. Boleh?"

     " Itu senang je, come dear..." Lelaki lembut tersebut menarik lengan Hanis. Gadis itu hanya menurut tanpa membantah. Siapa yang tunang? 

     Setelah hampir 40 minit mencari baju, bersiap dan berdandan, hanis keluar mendekati Rizman. Rizman ketika itu membelakanginya sambil berbual di talian. Sementara menunggu lelaki itu habis berbual, dia duduk di sofa.

     " El, mana hanis?" Lelaki lembut yang dipanggil El itu berkerut. Aik, perempuan tu depan mata pun tak nampak ke? Hanis lagila pelik...dia ni buat-buat tak nampak aku ke apa?

     " Wei, ko ni rabun ke pe?aku dari tadi duduk depan kau ni boleh pula buat-buat tak kenal.." Hanis menegur. Rizman memerhatikan Hanis yang sudah pun berdiri sambil memandang cermin besar yang terletak di satu sudut. Betul ke ni Hanis??lawanya....

      Hanis mengenakan baju kebaya moden berwarna hijau muda. Warna tersebut membuatkan dia nampak lebih anggun dan terserlah seri muka. Tambah-tambah lagi di solek dengan solekan yang agak ringkas namun menarik. Mata Rizman masih lagi menatap Hanis. Apabila gadis itu berpaling menghadapnya dia tersentak, kemudian berdehem. Kenapa dengan kau ni Riz, de ke patut kau tengok dia sampai macam tu sekali...err,agak-agak dia sedar tak aku pandang dia?

       " So, kita nak pergi mana ni?siapa yang tunang?"

       " Abang aku..."

       " Ha, abang kau?!kau ada abang?"

       " Abang tiri..." Kenyataan tersebut membuatkan hanis bertambah keliru. abang tiri?



       ************************************************************************************************



     Cincin sudah disarung sebagai tanda ikatan tunangan terjalin. betapa meriahnya majlis pertunangan itu dilaksanakan. Hanis yang ketika itu duduk di sebelah Rizman tersenyum. Bahagianya tengok orang bertunang. Rupa-rupanya abang tiri yang dimaksudkan Rizman adalah tunangan kepada Fathiha iaitu Iskandar. Tapi kenapa Rizman lansung tak nampak bahagia hari ni?bukan ke patut lelaki itu tumpang gembira dengan majlis itu...

      Rizman bangun apabila menyedari seorang wanita yang agak berusia menghampirinya. Dia bangun dan berpelukan dengan wanita itu. Kemudian mereka berbual mesra. Wanita tua itu menyedari kehadiran hanis di sebelah apabila hanis terbatuk kecil. Bukan sengaja ye nak batuk, tapi memang terbatuk...

      " Owh, Riz lupa pula nak kenalkan granny dengan pembantu peribadi Riz. Kenalkan hanis zahira. Haniz,meet my lovely granny..." Hanis menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan nenek Rizman. Neneknya menyambut dengan senyuman yang lebar.

      " PA ke awek??" Bisik neneknya, namun dapat juga didengar oleh hanis. Awek?cet...siapa nak jadi awek dia ni?huh...

      " Granny.." Rizman membuntangkan matanya memandang wanita itu,kemudian dua-dua tergelak.

      " Mana eyqa?rindu granny dengan cucu bongsu tu..."

      " Dia tak dapat datang granny. Kat poli minggu ni ada program untuk student asrama." Granny hanya mengangguk tanda faham. Sesekali hujung mata Rizman memandang Fathiha dari jauh. Granny turut sedar akan kelakuan cucunya itu.

      " Tak sangka kan, abang kamu tu tunang dengan pengurus fashion kamu. Jodoh agaknya...ni pun kalau granny tak masuk campur hal urusan parents diorang,hmm...alamatnye sampai bila-bila pun diorang tak bersatu." Rizman sedar akan perhubungan yang kurang mesra antara bapanya dan ibu tirinya terhadap ibu bapa Fathiha. Semuanya gara-gara bisnes masing-masing bersaing. Rizman tersenyum pahit mengenangkan kata-kata grannynye...jodoh?betul ke ni semua jodoh?

      " Err..puan sri, datin??err.." Hanis menegur granny Rizman. Dia mahu bertanya sesuatu. Wanita tua itu hanya tergelak mendengar sapaan dari hanis. Rizman hanya memandangnya tajam. De ke patut panggil granny aku camtu..

      " Maaflah, saya pun tak tahu nak panggil apa ni?"

      " Panggil granny aku dato'...Dato' Maznah." Jelas Rizman ringkas. Mulut hanis sudah membentuk huruf 'o'...pergh, Dato' tu! 

      " Owh, Dato' Maznah...saya nak tanya sikit, Dato' ni tak nampak macam nenek orang pun. Saya ingat Dato' ni mama Rizman. Nampak muda je, apa rahsianya?" Rizman yang sedang minum tersedak. Pe kes minah ni?nak bodek ke pe? Granny ni pun satu, pantang betul bila dipuji,senyum sampai ke telinga.

      " Ada-ada jela hanis ni. Takde rahsialah...cuma banyakkan senyuman." Dato' maznah membalas. Mereka berdua terus berbual dengan mesra. Pandai betul hanis ni berbual, memang tak rugi Rizman ambil dia sebagai PA. Rizman membiarkan sahaja mereka berdua bersembang. Dia berjalan menghampiri abang tirinya, Iskandar kemudian mereka berdua bersalaman. Fathiha turut berada di sebelah Iskandar.

       " Tahniah Is...Aku doakan kau bahagia dengan Fathiha. Tia, tak sangka kau bakal jadi kakak ipar aku. Untung abang aku dapat kau.." Fathiha tersenyum. Iskandar juga begitu. Walaupun Iskandar tidak berapa rapat dengan adik-adik tirinya, dia lansung tidak pernah bermusuhan dengan mereka. Hanya ibunya masih lagi tidak mahu menerima rizman sekeluarga. Rizman juga sedar akan kedudukan dia dalam keluarga tersebut, mamanya merupakan isteri kedua kepada ayahnya. Tapi dia bersyukur kerana neneknya juga turut bole menerima kehadiran mereka tiga beranak.

        " You bila lagi Ryo?" Fathiha bertanya..
        
        " I study pun tak habis lagi...lagipun i tak jumpa lagila tia."

        " Nak Is carikan ke?Is banyak member perempuan ni.." Tersenyum Rizman mendengarnya. Dia hanya menggeleng. 

        " So, bila tarikh kahwin nanti?"

        " Maybe dalam enam bulan lagi...insyaallah." Iskandar membalas. Kemudian dia pandang tunangnya di sebelah. Mereka berbalas senyuman bahagia.

        " Aduh, dah lah tu. kot ye pun nak main mata pun belakang aku la bro..." Tersengih pasangan di depannya bila ditegur. Rizman redha, andai ini jodoh mereka...semoga mereka berbahagia.



     *********************************************************************************************


     
      " Hai, baru balik? lambat betul...." Sapa Safura. Belum sempat hanis mahu membuka kasut dah kena tegur dulu.

      " Kau ni, kot ye pun biarlah aku masuk dulu baru tegur. Penat ni.." Hanis meletakkan kasut tumit tinggi yang dipinjam dari butik tadi ke atas rak. Kemudian segera baring di sofa.

       " Oit cik kak. Kot ye pun buka lah dulu baju kau tu. Pergi mandi, salin baju tidur. By the way, lawa baju. Ryo pilih ye?"

       " Taklah, orang kat butik tu yang pilih. Kau pun satu kan, bukan nak bagitahu aku yang Fathiha tunang hari ni. Tak pasal-pasal Rizman tu datang kolej aku seret aku petang tadi. Penat tahu tak..." Safura hanya tersengih. 

       " Sorrylah beb, aku terlupa. Yang kau pun satu. Apasal off handset?mogok lagi dengan Ryo ke? Dia call aku tengahari tadi. Dia cakap tak dapat contact kau dari semalam. Dia nak bagitahu kau, tapi dah kau off terpaksalah dia seret kau dari kolej tu. Nasiblah..."

       " Cet, kurang asam punya member. Yang kau ni apasal tak pergi tadi?" Hanis bangun menuju ke dapur dan membuka peti ais. Sebotol kecil air mineral dicapai dan diminum. fuh...lega.

        " Aku balik rumah tadi. Saja melawat mak ayah aku. Lagipun ada hal keluarga tadi. Best tak tadi?"

        " Boleh tahanlah...meriah juga. Orang kaya kan...lagi satu aku tak tahu pula yang si Rizman tu ada abang tiri. Tapi mama dia takde pula datang tadi.."

        " Dia tu perahsia sikit. Dia malas nak dedahkan hal family dia. Mama dia selalu pergi luar negara handle bisnes datuk dia. Aku dengarlah kan, mama dia kahwin dengan papa dia pun sebab nak selamatkan bisnes famili papa dia. Yela, kalau nak diikutkan famili mama dia lagi kaya dari famili papa dia. Tapi masa mama dia kahwin, masa tu juga lah dia baru tahu dia tu bini kedua. Tapi tak lama perkahwinan diorang. Lepas je adik Ryo lahir mama dia minta cerai. Hmm...tapi tu yang aku dengarlah. Cerita sebenar aku tak pasti." Panjang lebar Safura menerangkan. Hanis mendengar dengan kusyuk. Patutlah bila dia berada di samping Ryo, lelaki itu lansung tak mahu beritahu perihal keluarganya. Cuma adiknya saja yang asyik disebut.
        
       " Kesian..." Perlahan perkataan disebut dari bibil mungil itu. Safura memandang wajah Hanis, kemudian mencuitnya.

        " Apa kau kata tadi?"

        " Eh, takde papelah. Dahlah, aku nak mandi, pastu nak terus tidur." Dia terus menuju ke biliknya. Safura hanya memerhatikan langkah kaki sahabatnya itu, kemudian kembali menatap skrin laptop. Kusyuk dia membaca ayat-ayat madah di blog hanis. Apa yang Safura sedar kebelakangan ini ada seseorang yang setia komen di blog rakannya. Mr. Niki...erm, siapa ye dia ni??Hanis pun satu, kalau ada orang baru yang komen di blognya pasti dia akan bagitahu pada Fura, namun kali ni lansung tak pernah berbicara pasal Mr.Niki, follower terbarunya. Rasanya dah lama hanis tak update blog. Hmm, maybe busy dengan assingment dan tugasan sebagai PA, sebab tu dia tak bagitahu aku kot...