CINTA BLoGGER....13


.


Bab 13

           






     Majalah di atas meja dicapai. Satu persatu muka surat diselak. Tidak ada satu pun yang menarik perhatiannya. Dia mengeluh kebosanan. Rayban dibetulkan...ramai orang di sekitar restoran itu asyik memandangnya sambil tersenyum. Ada yang teruja melihatnya terutama gadis remaja.


    “ Assalamualaikum...” Salam yang diberi membuatkan dia membuka raybannya dan memandang gadis dihadapan. Salam dijawab dengan lemah.

    “ Lama ke kau tunggu?”

    “ Boleh tahanlah....apasal kau lambat?”

    “ Sorry Ryo...jalan sesak tadi.” Jawapan tersebut membuatkan Ryo memandang gadis dihadapannya dengan riak yang pelik.

    “ Sesak??eh,bukan kau naik monorel ke datang sini?” Hanis tersengih, kantoi...

    “ Urm..ada je kan alasan kau. Kau dah makan?”

    “ Belum...”

 
   Mendengar jawapan yang keluar dari bibir gadis itu, laju tangannya melambai kepada pelayan restoran disitu. Setelah membuat pesanan makanan dan minuman dia kembali memandang Hanis. Sebenarnya dia baru sahaja menjalani pengambaran berdekatan dengan bukit bintang. Alang-alang tu dia mahu berjumpa dengan PA nya itu. Entah kenapa hatinya mahu sangat melihat gadis itu setiap hari. Lama dia memandang hanis. Gadis di depannya membuka ikatan rambut dan kemudian dia mengemaskan kembali ikatan rambutnya. Untuk seketika Rizman terpana melihat kecantikan Hanis..apasal dia ni makin lawa pula ni??! Aduh, kenapa jantung aku ni..rasa..rasa...macam nak...


    “ Oit! Termenung!!...” Sergahan dari Hanis membuatkan dia tersentak. Hantu tul minah ni. Buat aku terkejut je.

    “ Ada apa kau panggil aku hari ni?”

    “ Aku nak ajak kau teman aku cari barang hari ni.”

    “ Owh..tu je ke?bereh ar...tapi kan..” Hanis memandang bosnya dari atas hingga ke bawah. Pe kes mamat ni tak nak menyamar hari ni? Bukan dia rimas ke kalau jadi tumpuan orang ramai. Rizman faham akan renungan dari pembantunya, cepat cepat dia memetik jari di hadapan wajah Hanis. Serentak itu Hanis tersentak dengan petikan jari tersebut. Aduh..comel pulak minah ni terkejut. Eh,pe yang kau mengarut ni Riz!! Tolonglah kembali ke alam nyata!

    “ Aku tak sempat nak tukar baju tadi. Tu yang terus datang sini.” Seolah-olah faham akan persoalan yang bermain di minda hanis dia segera memberi alasan. Hanis menangguk tanda faham. Makanan dan minuman yang dipesan tadi sudah pun sampai. Hanis tersenyum melihat makanan di hadapannya. Senyuman terukir dibibirnya. Urm...sedapnyer!!

    “ Ni apahal sengih-sengih ni?” Rizman menyoal.

    “ Nampak sedap...!hehe...” Jawapan itu membuatkan Rizman tergelak kecil. Senang dia melihat gadis di depannya ceria. Bertambah selera dia makan apabila melihat Hanis makan dengan lahapnya. Gila ar minah ni...badan kecik, tapi makan mengalahkan dua orang lelaki. Rizman hanya tersenyum melihat telatah PA nya..comel!..

      Sambil mereka berdua makan, banyak juga hal yang diborakkan. Semakin hari semakin rapat hubungan mereka. Tanpa mereka sedari, dari jauh ada seseorang yang menangkap gambar mereka berdua. Setelah beberapa shot yang diambil, lelaki yang duduk dari jauh tersenyum puas melihat hasil tangkapan gambar yang diambil.



                    ******************************************************************************

       “ Hanis!”

  “ Hoi! Terjerit-jerit..aku kat sini jela. Apahal?” Hanis keluar dari dapur dan duduk di ruang tamu. Safura yang ketika itu baru balik dari kerja segera membuka beg galasnya dan duduk di sebelah Hanis. Sebuah majalah dicapai dari dalam beg dan diberi pada Hanis.

  “ Ni apahal bagi aku majalah ni?”

  “ Kau buka la...baca page 26. Cepat ar!” Bertambah pelik hanis rasa dengan dengan kelakuan teman serumahnya. Dia menurut sahaja permintaan dari Safura. Entah apa yang nak ditunjukkan sangat pun tak tahulah. Saat muka surat 26 dibuka, tajuk artikel di page tersebut membuatkan matanya makin membulat.

    “ What the hell...apasal tiba-tiba keluar pasal hal ni?” Dia menyoal Safura. Temannya itu hanya mengangkat bahu tanda tidak tahu. Setelah membaca seluruh artikel tersebut, Hanis menarik nafas yang panjang.

    “ Ni kes salah faham lah ni. Adoiyai...agaknya orang majalah ni dah takde modal nak buat cerita agaknya. Ada ke patut diorang cakap kat sini aku bercinta dengan Ryo tu. Hai la...dunia dunia..” Majalah tersebut ditutup. Dia menoleh ke sebelah. Safura masih lagi memandangnya dengan pandangan yang mencurigakan.

    “ Safura sayang, can you stop look at me like that. It’s obvious this is just a gossip dear. Hubungan antara aku dengan Ryo hanyalah majikan dan pembantu peribadi.”

    “ You sure about that?” Safura bertanya. Hanis melepaskan keluhan.

    “ Yela..takkanlah aku dengan kau pun nak rahsia. Normallah kalau aku asyik keluar dengan Ryo. Dah dia bos aku. Macam kau dengan Syaqir juga.” Safura hanya mengangguk setelah mendengar kata-kata dari Hanis. Betul juga tu...

     “ Bukan apa Hanis. Kat agensi tu dah kecoh pasal hal ni. Tambah-tambah pula aku dah jarang ada kat rumah. Jarang berbual dengan kau. Sebab tu aku nak pastikan je. Eh, kau dah makan?”

   “ Belum, tadi aku...” Ayat yang nak dikeluarkan tergantung apabila dia melihat handsetnya berdering. Segera dijawab panggilan  tersebut.

    “ Assalammualaikum...ha, mak. Kenapa?” Sunyi sebentar.

    “ Ha? Ish...takdelah mak. Mak, tu semua tu gossip tu mak.” Sunyi lagi. Safura masih lagi memandang rakannya itu. Sah-sah mak Hanis dah baca pasal gossip tu. Habislah, bukan dia tak tahu, mak si Hanis ni pantang kalau anak dia buat hal.

    “ Mak tak payahlah percaya. Tipu je semua tu. Ha? Pe? Ish, mak ni...takdelah. Betul, takdenya orang nak tipu mak..” Safura yang duduk sebelah Hanis pun boleh dengar sikit-sikit mak si Hanis ni membebel. Hehe...kesian pula dia tengok Hanis ni. Tak pasal-pasal kena sound dengan mak.

    “ Yela mak. Iye bondaku sayang. Anakmu ini takkan sesekali buat perkara yang tak sedap didengar. Iye, mak..Hanis ada kerja ni. Nanti Hanis call mak balik ye. Bye, assalamualaikum?” Cepat-cepat handsetnya ditutup. Apalah nasib aku kali ni...huh..

      Tubuhnya disandarkan pada kusyen. Sebelah tangannya memicit kepala sambit matanya terpejam. Safura disebelah mengurut bahu rakannya itu. Simpati pun ada. Yela, tak pasal-pasal kecoh pula satu malaysia ni pasal skandal teman baiknya itu dengan model terkemuka. Mahu tak naya.


      *************************************************************************


       “ Abang. Is this true??” Majalah itu ditayangkan pada Rizman. Buat kali ni, adiknya adalah orang yang ke berapa puluh yang bertanya kepadanya. Rimas pula nak jawab.

      Rizman masih lagi mendiamkan diri. Penat nak jawab sebenarnya. Penat balik dari shooting petang tadi pun tak habis lagi. Tengah shooting tadi, ramai gila wartawan yang call dia bertanyakan hal tersebut. Jenuh jugalah dia nak menjawab. Dengan pertanyaan kawan sekerja lagi. Aduh, penat-penat!!

    Eyqa duduk di atas katil abangnya. Bahu abangnya dicuit. Bantal yang berada di atas muka abangnya ditarik. “ Abang!...”

     “ Please dik, i’m so tired right now. Tomorrow morning i will tell you ok. Let me rest for a while can you?..”

     “ No way! Answer me first. Then i will let you rest tonight. Please...” Rizman mengeluh kasar. Dia bangkit dari pembaringannya. Dipandang wajah adik kesanyangannya itu.

    “ You know me well right? This is absolutely not true.”

    “ Hmm..betul ni? Habis tu takkan tiba-tiba ada orang nak buat cerita ni bang.”

    “ Itu abang tak tahu. Erm, agaknya adalah kot orang kat luar sana yang tak puas hati dengan dengan abang. Dah dia takde modal nak kenakan abang, dia main buat je cerita mengarut macam ni. Terpulanglah adik nak percaya ke tak.” Eyqa bersimpati kepada abangya itu. Dia renung artikel tersebut, kemudian memandang wajah Rizman.

    “ Jahatlah orang yang buat cerita ni. Tak patut. Ada ke patut dia fitnah abang ada skandal dengan PA abang. It’s not fair. Urm..it must be hard for you right? Macam ni lah, abang rehat dulu. Sebenarnya tadi Granny dengan mama ada juga bertanyakan hal ni kat adik, tapi adik backup abanglah. Dont worry k, kalau ada sedara-mara yang bertanyakan hal ni,nanti adik pandai-pandailah goreng.” Kata-kata yang keluar dari mulut adiknya itu membuatkan Rizman tersenyum kecil. Sebab ni lah dia amat sayangkan adiknya. Pandai betul ambil hati orang.

    “ Abang nak makan tak? Nanti adik masakkan.”

   “ Urm, teringin pula nak makan mee goreng. Buatkan boleh?”

   “ Owkeyh!!..abang pergi mandi dulu tau. Nanti dah siap masak adik panggil.”

    “ Thanks dik..”

   “ You are most welcome.” Eyqa memberikan senyuman untuk abangnya sebelum keluar dari bilik. Sekali lagi Rizman menarik nafas yang panjang. Penatnya hari ni. Handsetnya berdering lagi untuk kali yang ke berapa puluh. Malas nak menjawab, dia segera mematikan handphonenya. Laptop di atas meja dicapai dan dibuka. Modem broadband disambungkan. Macam biasa, perkara yang wajib dia mesti buat tiap-tiap hari adalah melihat blog yang diminatinya.



      ‘Dugaan!...’

   Kenapa perlu adanya fitnah di dunia ni. Kenapa perlunya ada pembohongan dalam dunia ni. Adil ke semua tu? Kenapa dalam sehari sukar kita nak hidup dengan rasa tenang. Inikah dugaan? Ya Allah, jika ini dugaan yang kau timpakan buat aku, aku terima dengan redha. Akan ku kuatkan semangat untuk terus tempuh fitnah dan cabaran ini.


 p/s : Maaflah. Post kali ni sebenarnya takda benda pun yang penting. Hanya nak luahkan perasaan. Mood aku down gila hari ni. Gara-gara fitnah yang tak bertauliah, aku yang menjadi mangsa. Hmm...off!!



    Ringkasan post di blog tersebut membuat Rizman tertanya-tanya. Aik, masalah dia ni macam aku juga. Baru je dia nak tutup laptop, buzz di ym menarik perhatiannya.

 < Miz HZ> Hai..

Alamak, dia on ym!

 <Mr.Niki > Hai..

 < Miz HZ >Maaf menganggu. Awk busy ke?

 < Mr.Niki >No, i’m not. Why?

 < Miz HZ>its nothing actually. Sebenarnya saya ada problem hari ni. Rasa nak menjerit je.

 < Mr.Niki >Why? Owh..i know. Its must be about your post at the blog right? Wanna share with me?

 < Miz HZ >I want to...tapi, macam menganggu awak je. Saya dah lah tak kenal awk sgt. Tbe2 je nak ngadu problem saya kat awk.

 < Mr.Niki >No, its ok. Actually,saya berbesar hati sebab awk nak share problem awak dgn saya. Urm, nak tau something?

 < Miz HZ >What?

 < Mr.Niki >Sebenarnya hari ni pun saya alamai problem yang sama dengan awk. Saya dah baca post awk kat  blog awk. Nasib kita serupa lah ni.

 < Miz HZ >ye kew?hehe...nampaknya kita ni berjodohla ye. Nasib sama pula...hehe.

   Dia membaca ayat dari  . Alahai, apa pula perasaan ni. Tiba-tiba dia rasa hati dia berbunga pula. Jodoh??haha...manalah tahu kan. Urm..berangan pula aku. Mesti perempuan ni orangnya sweet gila.

 < Mr.Niki >Saya sukalah chat dgn awk. Awk ni mesti orangnya sweet kan. So cute. Tambah-tambah lagi bila saya baca karya awk kat blog. So sweet.

  Rizman tersenyum setelah habis menaip ayat tersebut. Dia terbayangkan pemilik blog tersebut. Agaknya,macam manalah tuan blog ni ye..hehe. Ketika sedang membayangkan wajah blogger tersebut, kadang-kadang terselit wajah PAnya. Aduh, spoil betullah. Apasal tiba-tiba muncul pula muka hanis ni. Tapi kenapa kebelakangan ni aku rasa lain ye bila dia ada dengan aku. Urm..mungkin sebab dia selalu ada dengan aku agaknya. Eh hanis, shuh shuh!! Aku nak berangan dengan tuan blog ni...hahaha!  



Di bilik hanis...

   Dengan keadaan rambut yang berserabai. Dengan tak mandi laginya, buku merata-merata. Bilik dah macam tonkang pecah, dia boleh je rilex chat ym dengan peminat blogger dia. Ni kalau peminat blogger dia tahu perangai dia macam ni, agak-agaknya orang tu still lagi ke nak follow blog dia?hehe...Hanis ketawa menggedik apabila dipuji oleh mr.niki...wah, bahagianya hidup kena puji.haha!


  1. finally ada jgk en3 baru....
    bestnyerr..(^__^)

  1. hehe..thanz.s0wi lame gile xde n3 trbaru sbb busy nk final=)