CINTA BLoGGER....14


.

bab 14






       Satu persatu gambar dalam album handsetnya dipandang. Tangannya terhenti setelah melihat satu gambar yang menyimpan banyak memori untuknya. Lama direnung gambar tersebut. Pasangan di dalam gambar itu menunjukkan reaksi yang amat bahagia. Tapi apakan daya, itu hanyalah kenangan.

    “ Adam...” Lelaki itu mendongak memandang wajah didepannya. Hanis mengelap peluhnya kemudian duduk di sebelah Adam. Pagi hujung minggu ni dia terasa nak jogging pula. Nak ajak Safura memang haramlah dia nak ikut kan. Kalau bab buat senaman ni teman serumahnya itu memang malas yang amat. Disebabkan itulah dia merancang mengajak Adam untuk jogging bersama. Lagipun dah lama tak bersenam. Badan pun asyik lenguh-lenguh je.

    “  Kau kenapa ni Adam? Dari tadi asyik tenung handset tu. Kau tunggu panggilan dari seseorang ke?” Adam hanya menggeleng mendengar soalan dari Hanis. Hanis merapatkan tubuhnya dekat dengan Adam untuk melihat handset kawannya itu. Adam segera menutup telefon bimbitnya dan kemudian masuk ke dalam poket.

     “ Ceh..kedekut. Ala, kau ingat aku tak sempat nampak ke tadi. Kau usha gambar Sara kan...”

     “ Sibuklah kau. Mana ada aku tengok gambar dia. Aku mesej kawanlah tadi.”

     “ Eleh, nak cover konon. Dengan aku tak payahlah kau nak cover sangat. Come on lah..”

     “ Aku rindukan dia.” Akhirnya ayat yang dipendam itu terluah juga. Dia juga tak pasti kenapa dia perlu cakapkan hal ni kepada Hanis. Hanis tersenyum nipis.

     “ If you miss her, then call her.”

     “ Aku sebenarnya tak kuatlah Hanis. Semakin hari semakin rasa sayang dengan dia. Aku tahu aku salah sebab tak percayakan dia. Tapi aku takut nak mengaku semua tu depan dia.” Adam menarik nafas yan panjang, kemudian dihembuskan. Seolah-olah mengeluarkan beban yang bersarang dalam dirinya. Tiba-tiba dia terasa kepalanya diketuk. Segera dia pusing menghadap Hanis di sebelah sambil sebelah tangan menahan sakit di kepala.

      “ Kau apahal ketuk kepala aku ni? Ni yang boleh buat gaduh ni..!” Hanis hanya menjelirkan lidah, kemudian ketawa.

      “ Sorrylah sebab aku ketuk kepala kau. Tapi tadi tu aku rasa memang patut aku ketuk kepala kau. Biar kau rasa. Eh Adam...kau nak tahu apa masalah kau ni? Kau ni sebenarnya ego, pastu kuat cemburu...” Belum habis Hanis nak cakap, Adam dah mula tarik muka annoying. Sebenarnya malas nak dengar kebenaranlah tu.

     “ And and.....tak ketinggalan, kau ni hot tempered!! Panas baran tahu tak. Kalau aku jadi Sara pun dah sah-sah aku tinggalkan kau.” Ambil kau, semua ayat keluar.

     “ Amboi kau Hanis, mulut tu memang takde insuran dah. Main lepas je cakap. Kau patut tenangkan aku, ni tak...kau bagi aku rasa lagi down. Teruk ar kau..”

     “ Hehe...bukan itu maksud aku Adam. Aku cuma cakap yang benar je. Aku tahu kau sayang gila kat Sara. Tak salah untuk kau baiki kesilapan kau tu untuk dapatkan dia balik. Dan aku juga rasa dia still cintakan kau. Kalau tak mana mungkin dia tolak semua date dari lelaki-lelaki lain. Kalau kau nak tahu, ramai yang nak dekat Sara tu. Tapi satu pun Sara tak layan. Yelah, dia tu kan lawa.” Adam memandang sahabatnya itu. Kata-kata dari Hanis bermain difikirannya. Betul juga apa yang minah ni cakap...urm..

       “ Eh, rasanya aku macam kenal je perempuan tu...” Adam menoleh ke arah yang Hanis lihat. Kelihatan seorang wanita yang anggun sedang berjogging tidak jauh dari tempat mereka duduk.

        “ Fathiha!!” Lelaki itu menutup sebelah telinganya akibat jeritan yang agak kuat dari Hanis. Wah minah ni. Kalau menjerit, tak payah bagi mikrofon. Kompom-kompom orang dari jauh pun boleh dengar.

   Tia menoleh memandang ke arah Hanis. Dia mengecilkan matanya. Setelah Hanis berjalan makin hampir dengannya barulah dia perasan bahawa gadis yang memanggilnya tadi rupanya pembantu peribadi Ryo.

        “ Hanis...buat apa kat sini?” Tia memulakan bicara.

       “ Jogginglah..takkan shopping pula kot.”

       “ Amboi, macam tu pula you jawab ye..hehe. Sorang je?”

       “ No, i with my friend. Tu dia...yang tengah duduk tu. Adam!! Sinilah!” Jeritan dari hanis membuatkan Adam datang menghampiri dua perempuan tersebut.

       “ Kau tahu tak, suara kau tu memang dah macam speaker dah. Aku dari jauh pun boleh dengar dengan jelas tau.” Adam memandang Fathiha kemudian dia menghulurkan tangan untuk bersalam. Huluran salam disambut. Dia mengenalkan diri dia, begitu juga Fathiha.

        Fathiha membisikkan sesuatu ditelinga Hanis. Apabila hanis mendengar bisikan tersebut cepat-cepat dia menggeleng.

       “ Bukanlah you ni...Adam ni cuma kawan je. Kawan sekolah lama dulu.” Dia membetulkan statement yang salah dari Fathiha. Fathiha hanya mengangguk kecil sambil bibir mengukirkan senyuman.

       “ I know lah. Saja nak usik you. Yelah, you dengan Ryo kan tengah hangat bercinta kan...hehe. Mana mungkin you bercinta pula dengan Adam.” Aduh, ni lagi salah satu statement yang buat aku rasa nak terjun kat dalam tasik.

       “ Ha?! Kau bercinta dengan Ryo ke hanis?” Kali ni Adam pula yang terkejut.

       “ Ish...mana ada. Ya Allah ya tuhanku. Korang berdua ni kan. Aku dengan Ryo hanyalah kawan. Dan lagi satu, aku ni pembantu peribadi dia. Tu semua tu gossiplah. Pleaselah jangan percaya.” Sedaya upaya dia mempertahankan diri dia.

       “ Owh ye kew?hmm...kan best kalau betul you bercinta dengan dia.” Kenyataan yang keluar dari mulut Fathiha membuatkan Hanis menjengilkan matanya. Tergelak Fathiha dibuatnya.

       “ Dah dah.....tolong jangan buat statement yang tak bertauliah di sini.” Fathiha dengan Adam tersenyum melihat wajah Hanis yang ketika itu sedang menahan geram. Comel...

       “ Rajin pula you jogging Fathiha...jaga badan ek. Maklumlah, tak lama lagi kan orang tu nak naik pelamin..”

       “ Mestilah...kenalah jaga badan. Nanti baju pengantin tak muat susah pula. Eh hanis, nanti you ajak kawan you ni sekali datang wedding i nanti ye. Adam, kalau tak busy next week nanti datanglah dengan Hanis tau.” Adam hanya mengangguk sambil tersenyum. Setelah bersembang disitu untuk beberapa minit Fathiha minta diri untuk segera pulang ke rumah. Ada hal yang perlu diuruskan.

       “ Mati-mati aku ingat kau bercinta dengan Ryo...” Sambil berjalan pulang mereka berdua bersembang.

       “ Mana ada. Kau ni janganlah percaya. Tu semua tu gosip je lebih. Adalah tu orang yang tak puas hati dengan Ryo tu, sebab tu diorang buat cerita macam ni. Ni semua ni kes sama macam dululah.Dulu Ryo pernah kena gosip dengan Sara dan Fathiha tau. Padahal Fathiha tu sebenarnya bakal kakak ipar dia. Kalau kau perasan, semua perempuan yang dekat dengan dia semua jadi mangsa bahan gosip. Tak ketinggalan aku ni. Alahai...pe la nasib aku ni. Huhu...aku menjadi insan yang teraniaya.” Dah mula dah buat drama sendiri minah ni.

         “ Tak payah nak rasa teraniaya sangatlah kan. Menyampah pula aku dengar. Dahlah tu, aku percaya kat kau. Jom pergi breakfast.” Hanis tersengih. Baru nak berlakon..apela Adam ni...



            ************************************************************************************




       ‘ Hmm, aku rasa minah ni tak guna juga jogging hari ni. Mana tak nya, breakfast dia je dua keping roti canai, nasi lemak sotong sepinggan, kuih karipapnye 3 ketul dengan teh tarik. Hanis....hanis..’

       “ Kot ye pun lapar, makanlah slow-slow. Takde siapa pun yang nak ambil makanan kau tu.” Tercekik Hanis mendengar kata-kata dari Adam. Untuk seketika dia tersengih. Adam hanya mampu menggeleng melihat telatah rakannya itu. Yela,sedap sangat melantak. Salah mak cik gerai ni lah. Siapa suruh masak sedap sangat. Hehe...

        Telefon Hanis vibrate menandakan ada mesej masuk. Hanis melihat mesej di handsetnya. Setelah membalas mesej tersebut, dia menghabiskan minuman. Lama dia memandang Adam yang duduk bertentangan dengan dirinya. Adam merasa pelik apabila Hanis melihatnya sebegitu.

       “ Kau ni apahal? Adalah tu nak cakap apa-apa kat aku ni...oh no no, jangan kau nak ngade-ngade suruh aku bayar semua ni. Aku tak bawa banyak duit sekarang ni. Dahlah kau melantak macam makan untuk dua orang.” Hanis tergelak kecil melihat respon dari Adam. Takutlah tu...hehe.

       “ Takdenya aku nak suruh kau bayar semua ni. Ni ha, tadi Ryo mesej aku. Dia ada shooting untuk buat satu iklan ni esok.”

       “ So?..”

       “ Sara pun terlibat dalam iklan tu. So, aku nak ajak kau pergi sana sekali.” Adam yang ketika itu sedang minum tersedak.

       “ Apahal pula aku kena ikut kau?”

       “ Ni lah masanya kau jumpa dengan Sara. Esok, lepas habis shooting kau tegurlah dia. Setelkan problem kau tu. Kalau boleh dapatkan dia balik. Sampai bila kau nak biarkan hal ni. Nanti makin lama kau pendam, makin terseksa jiwa kau tu.” Hanis memberikan cadangan. Aku ni pun satu, kenapalah bagi cadangan macam tu. Kompom-kompom Sara marah aku nanti...dia pun boleh tahan kalau marah. Ah, lantaklah.

        “ Urm, tengoklah...”

        “ Jangan tengok-tengok...aku nak kau datang juga. Nanti aku mesej kau bagitahu kat mana lokasi penggambaran tu. Ingat tu...” Hanis memanggil mak cik gerai tersebut untuk membuat bayaran. Adam memikirkan kata-kata dari Hanis. Nak jumpa ke ha?...




        ************************************************************************************



    
     “ Okay, great work today! we’re done here!” Pengarah menjerit. Semua tepuk tangan. Shooting hari tu berjalan dengan lancar. Tak salah pilihan company tu memilih Sara dan Ryo untuk jadi model dalam iklan ni. Kedua-duanya profesional menjalankan tugas.

      “ Terima kasih semua...” Sara mengucapkan terima kasih kepada semua kakitangan di set pengambaran tersebut sambil memberikan senyuman yang amat manis. Kebelakangan ni sifat ramah dia makin menonjol. Mungkin disebabkan Ryo yang banyak memberikan kata-kata atau komen untuk memperbaiki dirinya. Malah hubungannya dengan model Mieza juga sudah semakin baik.

       “ Thanks Ryo for the today...you are really pro at this. No wonder you ni jadi model kelas atasan.”

       “ Thanks for you too. Alhamdulillah kerja hari ni berjalan dengan lancar.” Sara tersenyum mendengar ucapan dari Ryo. Dia minta undur diri ke bilik salinan untuk menyalin pakaiannya. Ketika dia berjalan, terasa bahunya dicuit. Segera dia meoleh.

        “ Hanis...what is it?”

        “ Err...ada orang nak jumpa you.” Fuh, mahu berpeluh juga aku rasa sekarang ni. Agak-agak Sara mengamuk tak kalau aku bagitahu yang Adam nak jumpa dia. Bukan boleh jangka minah ni..huhu...rilex Hanis. You can do it...just tell her.

        “ Siapa?” Hanis mengangkat jari telunjuknya dan tunjuk ke arah belakang Sara. Model lampai itu berpusing ke arah tersebut. Dia merasa terkejut dengan kehadiran bekas teman lelakinya. Dia berpusing kembali ke arah Hanis. Lagi bertambah terkejut dia apabila dia pusing balik Hanis dah hilang. Wah, cepat betul minah tu cabut lari. Baru kejap aku toleh tempat lain.

        “ Sara, i need to  talk with you. Sebelum you nak marah hanis, better you dengar dulu apa i nak cakap...” Adam memulakan bicara.

    Sara malas hendak mendengar. Kakinya laju di atur ke bilik salinan. Lelaki itu merentap pergelangan Sara untuk menghalang Sara dari pergi dari situ. Sara sedaya upaya melepaskan diri dari genggaman Adam.

        “ Let me go Adam!..i warn you..”

        “ Please, give me ten minutes. I know i was wrong, but just please...give me chance to talk. Sepuluh minit pun jadilah..” Seboleh-bolehnya Adam merayu.

   Dia tak peduli, kali ni biarlah egonya jatuh macam tu sahaja, yang penting dia tidak mahu lagi kehilangan Sara. Sebenarnya Sara agak terkejut dengan rayuan dari Adam. Sepanjang mereka berkenalan, tak pernah sekali pun Adam merayu sebegitu. Adam yang dikenalinya selama ini egonya tinggi. Amat sukar untuk melihat Adam menjadi sebegitu.

       “ Fine..just ten minutes. But not here. Kita cakap kat belakang.” Adam mengukirkan senyuman setelah mendengar kata-kata dari Sara.




 Pada masa yang sama....

       Sedaya upaya Hanis berlari menyelamatkan diri. Takut-takut Sara mengamuk kat dia sebab sesuka hati dia je nak buat pertemuan macam ni. Bukannya dia tak kenal Sara tu. Pernah jugalah dia dengar dulu Sara mengamuk kat set pengambaran. Kang tak pasal-pasal tercipta balik sejarah tu hari ni. Sambil berlari anak dia menoleh ke belakang sejenak, takut Sara kejar. Tiba-tiba badannya terlanggar sesuatu dan dia terjatuh duduk di atas simen.

      “ Aduh, sakit siot!” Dia memegang dahinya. Mahu tak sakit, kuat jugalah dia rempuh benda tu tadi. Eh..benda ke? Dia membuka matanya dan memandang ke depan. Alamak!! Ryo....

      Ryo menahan nafas marah. Sakit dada dia kena langgar. Kenapalah perempuan ni boleh muncul tiba-tiba pula ni.

         “ Ryo...sorry.” Baru hanis nak tolong papah Ryo, lelaki itu mengangkat tangannya tanda stop.

         “ Sebelum aku naik angin, bagi sebab kenapa kau lari kat sini?”

         “ Err...sebenarnya, sebenarnya....aku nak lari dari Sara.”

         “ Ha, apasal pula?” Rizman segera bangun dan menepuk bahagian punggungnya.

         “ Tadi, aku bawa Adam, ex-boyfriend Sara datang jumpa dia. Yela, dulu kan bukan main mengamuk kalau dia nampak Adam. So, aku takutlah dia marah kat aku. Fuh..aura dia kalau marah, kalah mak aku yang kat kampung tu mengamuk.” Kata-kata dari Hanis membuatkan Ryo tergelak kecil. Hai la PA aku ni...macam budak kecil pula aku tengok dia ni.

         “ Urm,pandai rancang...tapi takut nak berdepan.” Dush dush...ambik kau hanis, kan dah kena perli baik punya!! Sekarang ni apa yang Hanis boleh buat hanyalah senyum kambing. Malu beb....

         “ Dah dah...tak payah nak senyum macam tu. Lepas ni tolong ambil baju aku kat butik biasa. Then tolong call Firdaus cakap esok aku tak dapat hadir ke jamuan makan dia tu.”

         “ Okep bosh...!! tapi kan, kenapa? Kau ada hal ke?”

         “ Esok malam ada family dinner. Semua berkumpul malam esok kat rumah granny including my dad, stepmother and bla bla bla... So, i have to come.” 

         “ Owh...ok.” Baru je Hanis nak beredar, Rizman a.k.a Ryo memanggilnya.

         “ Besok malam pakai lawa sikit, granny pun nak jumpa you.”

          “ Ha, kenapa??” Mahu tak terkejut tiba-tiba nenek si Ryo tu nak jumpa aku. First time dulu takdelah terkejut sebabnya jumpa granny dia masa majlis pertunangan Fathiha dengan Iskandar dulu. So takde makna lah kan...tapi kali ni pe pula maknanya..

          “ Granny nak bincang pasal problem kau dengan aku. Yang pasal gosip tu...” Hanis mempamerkan riak wajah yang agak risau. Takutlah tu......Rizman tergelak melihat perubahan wajah Hanis. Takut sangat...tapi comel juga.hehe...