CINTA BLoGGER....16


.



bab 16





       


              Puas dia mendail nombor tersebut. Namun sehingga kini panggilannya masih lagi tidak dijawab. Mesej yang dihantar juga tidak dibalas.

     “Mana pula pergi dia ni. Puas aku call tak angkat lansung.” Serabut kepalanya memikirkan hal itu. Kebetulan Shaqir melintas di depannya dan berjumpa dengan Firdaus, kemudian mereka bercakap sesuatu. Rizman hanya memandang mereka dengan pandangan kosong. Tidak lama kemudian dia terfikirkan sesuatu. Selepas Shaqir habis bercakap dengan Firdaus, Rizman memanggil Shaqir supaya dekat dengan dirinya.

     “ Ha, kenapa?” Tanya Shaqir.

     “ Kau ada shooting ke lepas ni?”

     “ Ada, tapi lewat petang sikitlah. Apasal?”

     “ Urm, Safura mana?” Shaqir mengerutkan dahinya. Kenapa pula dia tanya pasal Safura ni.

     “ Dia takde hari ni. Dia hantar mesej kat aku malam semalam, dia kata dia nak minta cuti hari ni. So, aku bagilah dia cuti. Dia kata ada hal. Kenapa?”

     “ Hmm...” Rizman masih lagi memikirkan sesuatu... Lama Shaqir menunggu respon dari Ryo, kemudian dia menepuk bahu temannya itu.

      “ Kau ni kenapa? Dari tadi tanya aku. Cuba cerita sikit..”

      “ Aku tengah risau ni. Dari tadi aku hantar mesej dia tak balas.Aku call pun dia tak angkat.”

      “ Siapa? Hanis ke?” Ryo hanya mengangguk.

      “ Kau bagi aku nombor Safura boleh? Aku nak tanya dia.” Shaqir terus mengeluarkan handphonenya dari poket seluar dan mencari nombor Safura. Kemudian handset itu bertukar tangan. Setelah mendapat nombor PA temannya itu, dia terus berlalu pergi. Terpinga-pinga Shaqir dibuatnya. Hai, dah dapat nombor terus blah? Ryo ryo...risau  sangat kat pembantu dia.


             ******************************************************************************




        Setelah mendengar penerangan dari Safura barulah dia faham kenapa Hanis tidak mengangkat telefon bimbitnya. Dia berfikir sejenak. Telefon bimbitnya hanya dipandang sepi. Entah apa perasaan gadis itu sekarang. Pasti dia tengah runsing. Malam semalam banyak betul perkara yang harus Hanis lalui. Dengan melihat pertengkaran antara dirinya dan papa, dengan mendengar masalah dia, apabila balik, mendapat khabar berita dari teman baiknya bahawa akan meninggalkan dia, mungkin untuk masa yang lama. Pasti gadis itu sedih yang amat. Apa yang harus aku buat. Tunggu kejap...kenapa aku perlu fikirkan hal dia. Tapi kenapa hati aku risau fikirkan hal dia. Argh...pening-pening.

       Dia menaip sesuatu di handphonenya, kemudian menghantar mesej tersebut. Apabila mesejnya dibalas segera dia menghidupkan enjin kereta, dan berlalu pergi. Tadi dalam mesej yang diterima dari Safura, dia dapat tahu Hanis sekarang ni tengah jalan-jalan kat tengah Kuala Lumpur. Katanya mahu keseorangan dan tak mahu diganggu. Ini membuatkan dia bertambah risau. Takut-takut minah tu buat sesuatu perkara yang tidak dijangka.

      Keretanya dipandu tanpa arah tuju. Dia main bawa je kereta tu keliling Kuala Lumpur. Hampir sejam keretanya dipandu. Dia tahu, tak mungkin Hanis akan berjalan keluar dari Kuala Lumpur, ini kerana gadis itu tidak ada kenderaan sendiri untuk bergerak. Untuk seketika, keretanya diparkir di tepi jalan. Dia keluar dari kereta dan bersandar di pintu keretanya. Mana pula pergi minah ni....huh..

      Rizman hanya memandang sekitar kawasan di situ. Terdapat satu gerai makanan di hujung taman itu, dia melihat pula ke depan, ada taman permainan dan tasik, dilihat pula ke tepi....eh, wait....flashback, rewind balik...tengok gerai makanan tu balik. Matanya dikecilkan. Puas dia zoom nak pastikan apa yang dilihatnya. Ha, betullah tu Hanis. Kat sini rupanya minah tu.

        “ Mak cik, tambah sup daging satu mangkuk dan bagi kuih popia basah sepinggan . Ha, lagi satu...saya nak jus limau pula. Buat kurang manis ye.” Mak cik di gerai itu hanya menggelengkan kepala. Selama dia berniaga di situ tak pernah dia melihat gadis yang makan begitu banyak. Baru je tadi gadis itu makan dua pinggan nasi goreng dan dua gelas jus tembikai. Bela saka ke apa minah ni??

         Ketukan kecil di meja membuatkan dia mendongak kepala dan memandang empunya tangan. Aik, Ryo....apa yang dia buat kat sini? Dia menoleh ke kiri dan kanan, kemudian dia lihat pula Ryo didepannya.

         “ Apasal kau ada kat sini?” Hanis bertanya dengan penuh rasa hairan. Rizman melepaskan keluhan. Bukan main dia risaukan Hanis, last-last rupanya elok je minah ni melantak kat sini. Banyak pula tu makan.

          “ Puas aku cari kau. Kau tahu tak aku risau..” Hanis hanya mendiamkan diri. Mulutnya masih penuh dengan makanan. Dia berfikir sejenak sambil memandang wajah Ryo. Kenapa tak call aku je...ah...aku lupa, Handset tinggal kat bilik. Hehe...

          “ Sorry Ryo, handset aku tinggal kat bilik. Apasal?” Sup dan jus yang dipesan tadi tiba di mejanya. Matanya bersinar nampak sup yang masih panas itu, kemudian dia menjemput Rizman makan, tapi Rizman menolak.

          “ Aku risau kat kau. Dah lah panggilan aku tak dijawab, lepas tu aku try tanya Safura. Dia kata kau sedih gila sebab kawan baik kau tu tinggalkan kau. Siapa nama budak cina tu??da..dan..”

          “ Daniel...” Hanis menyambung. Apabila nama itu disebut, dia berhenti makan. Tiba-tiba dada dia rasa sebak. Dia menolak mangkuk sup itu ke depan. Air jus disedut sikit. Ketika itu dia terasa ada air menitik di pipinya. Rizman terdiam. Sebenarnya lebih terkejut tengok perubahan gadis di depannya. Tadi elok je makan, tiba-tiba menangis pula.

          “ Aku...aku rindukan dia.” Start je sebut perkataan tu terus dia meraung. Lagi bertambah terkejut Rizman masa tu. Mana taknya, orang sekeliling pandang mereka berdua. Ada yang berbisik sesama sendiri sambil menjeling mereka. Hanis pula masih dengan raungannya. Dia mengambil tisu di depannya dan menghembus hingus sekuat hati. Bulat mata Riz melihatnya. Kemudian gadis itu meneruskan tangisannya. Rizman menggaru kepalanya yang tidak gatal. Dia berfikir apa yang perlu dilakukan sekarang.

        “ Wei bro, awek kau tengah sedih tu. Kau ni tak prihatin tul ar. Pujuk ar awek kau tu.” Lelaki asing yang duduk tidak jauh darinya menegur.

        “ Ish, teruk betul ar mamat tu. Harap je muka hensem, tapi awek tak reti jaga. Ish, jantan jenis apa dia tu.” Terdengar pula bisikan dari dua perempuan yang duduk dibelakangnya. Riz mengetap bibirnya. Dia menarik nafas yang panjang. Kenapa tiba-tiba aku pula yang kena ni.

        “ Entah-entah dia nak minta putus dengan girl tu tak? Tu yang pompuan tu nangis teruk tu.” Ada pula yang membalas. Aduh, kenapa tiba-tiba aku rasa ada batu besar hempap kepala aku ni. Apasal aku pula yang jadi mangsa ni...

       “ Err...hanis. Dah ar tu. Malu lah orang sekeliling tengok.” Hanis memandangnya sejenak, kemudian terus menangis teresak-esak. Hampir habis tisu yang diambilnya untuk mengelap air matanya dan hingus. Rizman menundukkan kepalanya dan memicit tengkuknya. Aduh dia ni....

       Nak tak nak, Rizman mengeluarkan dompetnya dan mengeluarkan beberapa keping wang ringgit dan diletakkan di atas meja. Dia bangun dan menarik Hanis keluar. Hanis hanya mengikut  sambil mengesat air matanya. Rizman membuka pintu kereta dan menyuruh Hanis masuk. Hanis hanya menurut tanpa membantah. Kemudian lelaki itu masuk ke tempat pemandu.

        “ Kau ni kenapa Hanis??nak buat aku malu ke? Malu aku tahu tak kau meraung kat tengah-tengah kedai makan tadi. Adus, tak pasal-pasal aku pula yang kena.”

    Hanis masih lagi teresak-esak. Dia mengelap air matanya. Setelah puas menangis dia memandang Rizman disebelah.

        “ Sorry Riz. Aku tak bermaksud nak buat kau rasa bersalah tadi. Aku..aku sedih bila kau tiba-tiba ungkit pasal Daniel. Walaupun dia baru berlepas pagi tadi, aku rasa macam dah lama dia tinggalkan aku.”

         “ Ala kau ni. Mamat cina tu pergi bersebab kan. Cara kau menangis ni macamlah dia tu pakwe kau. Padahal kawan je kan.” Hanis menundukkan kepala.

         “ Memang kitorang kawan. Tapi semalam aku dapat tahu dia cintakan aku. Dia sendiri luahkan perasaan kat aku. Dengan keadaan macam tu, aku tak tahu nak balas apa. Semuanya mendadak. Aku, aku rasa bersalah...” Rizman memandang Hanis. Tak sangka tekaannya selama ini betul. Sejak pertama kali jumpa Daniel di rumah Hanis, dia dapat rasakan Daniel sukakan Hanis. Dia memegang dadanya. Aduh, kenapa tiba-tiba dada aku sakit sangat ni...Daniel cintakan Hanis??

          “ So, apa yang perlu aku buat ni Riz?”

          “ Kau cintakan dia?” Lemah suara itu bertanya.

          “ Aku sendiri tak pasti. Dialah lelaki pertama yang rapat dengan aku setelah kematian bapa aku beberapa tahun lepas. Aku sendiri keliru sama ada hati aku sayang dia sebagai seorang sahabat atau lebih dari tu.” Kesian pula Rizman mendengarnya. Berat juga masalah perempuan ni.

          “ Itu kau kena cari sendiri. Soal hati kau, kau kena tanya diri kau. Kalau kau cintakan dia, usahalah hubungi dia dan bagitahu segalanya.” Hanya jawapan itu yang mampu diberikan. Hanis tersenyum pahit mendengarnya. Ye betul tu...soal hati aku, hanya aku yang ada jawapan.

          “ Tapi kan...” Rizman bersuara. Hanis memandang lelaki itu.
       
          “ Kenapa aku tengok kau makan berselera je. Bukan main banyak kau melantak tadi. Macam orang tak makan seminggu. Teruk betul perangai.” Perli Riz. Hanis mengemam bibirnya. Aduh, spoil ar mamat ni. Baru nak sedih sekejap, dia ungkit pula hal tadi.

          “ Aku...aku memang macam ni. Aku sedih sangat aku makanlah banyak-banyak. Hanya makanan je boleh ubat kesedihan aku.” Ceh, apa punya jawapan da...sebenarnya, bila difikirkan balik, nak tergelak pun ada bila dengar jawapan tu. Bunyi deringan di handset milik Riz membuatkan mereka berdua berhenti bercakap.

          Rizman mengangkat panggilan tersebut. “ Waalaikumussalam...ye granny. Ha? Granny nak jumpa Hanis? Nak buat apa?” Kata-kata yang keluar dari mulut Riz membuatkan hanis tersentak.

           “ Sekarang??er...oklah. Kat mana?ok ok..dalam lima belas minit Riz sampai.” Talian dimatikan. Mereka berpandangan seketika.

           “ Granny nak jumpa kita...” Terang Rizman.

           “ For what?” Lelaki itu mengangkat bahu tidak tahu. Dia segera start enjin dan berlalu pergi.



                *******************************************************************************


      Setiausaha itu mengetuk pintu bilik tuannya. Setelah bercakap sedikit dengan tuannya dia kembali keluar.

        “ Encik Ryo dengan kawan encik boleh masuk sekarang.” Wanita itu bersuara sambil memberikan senyuman. Hanis membalas senyuman setiausaha itu. Wah, lawanya secretary nenek Riz ni.

        “ Ha, duduklah hanis. Jangan segan...” Dato’ Maznah mempelawa gadis itu. Dia tersenyum memandang kedua-duanya.

        “ Granny...ada hal apa ni?” Rizman bertanya.

        “ Takde apalah. Saja nak jumpa korang berdua ni. Dah makan ke?” Kedua-dua anak muda didepannya hanya mengangguk.

        “ Sebenarnya granny nak minta maaf kat Hanis pasal hal malam semalam. Tak pasal-pasal Hanis kena pula tengok perkara macam tu. So, granny nak minta maaflah bagi pihak anak dan cucu granny. Harap hanis bolehlah maafkan diorang.”

         “ Eh, Dato’..takpe-takpe. Saya faham. Biasalah dalam family mesti ada salah faham kan. Saya tak ambil hati pun.” Dato’ Maznah tersenyum lega mendengarnya. Baguslah kalau macam tu. Dia pandang pula ke arah cucu lelakinya itu.

         “ Dan kamu Riz. Kamu tak sepatutnya cakap macam tu dengan ayah kamu. Apa-apa pun kamu kena ingat, dia ayah kamu.” Rizman tersenyum sinis mendengarnya.

         “ Huh... papa yang start dulu. Dia tak patut tanya soalan macam tu kat Hanis. Saya malulah Granny.”

         “ Mungkin papa kamu memang salah dalam hal tu. Tapi kamu sebagai anaknya, perlulah cakap elok-elok kan.” Hanis yang mendengar bersungguh-sungguh menganggukkan kepala mengiyakan hal tersebut. Apabila Rizman memandangnya dia pura-pura memandang ke tempat lain. Takut nanti aura mengamuk dari lelaki itu keluar.

         “ Hmm..tengoklah.” Ringkas dibalas kata neneknya. Malas nak bercakap lagi.

         “ Granny, Riz nak pergi tandas kejap. Granny sembanglah dengan Hanis.” Segera dia bangun dan terus keluar dari bilik itu. Sebenarnya malas nak berbincang tentang perihal bapanya.

         “ Hanis..”

         “ Ye Dato’..”

         “ Granny tahu gossip pasal kamu dengan cucu granny tu. Dan Granny dapat rasa ada orang yang cuba sabotaj Riz. Sejak dari pembabitan Riz dalam bidang model ni, gosip pasal memburukkan dia sudah mula terbit. Tapi granny percaya kat kamu. Tak mungkin kamu nak memburukkan Riz kan?” Hanis mengangguk. Betul tu...

         “ Granny dah upah orang untuk siasat hal ni. Granny harap sangat-sangat jumpa siapa dalang yang buat semua ni. Granny harap Hanis sabar ye...” Hanis hanya tersenyum men dengarnya. Wah, boleh tahan nenek Ryo..cepat betul bertindak.

         “ Lagi satu, granny harap hanis dapat jaga riz baik-baik. Sejak Riz dapat PA macam Hanis, sedikit sebanyak granny boleh nampak perubahan dalam diri dia. Kan bagus kalau Hanis ni betul-betul bercinta dengan Riz.”

         “ Eh dato’...tak mungkinlah berlaku...malulah saya.” Dia memegang kedua-dua belah pipinya. Rasanya dah cukup blushing dah ni. Malu beb...hehe. Dato’ Maznah tergelak kecil. Mereka terus bersembang. Tidak lama kemudian Rizman masuk ke dalam bilik semula. Dia tengok neneknya rancak berbual dengan Hanis. Dia hanya tersenyum melihat situasi itu.

         “ Granny, Riz nak minta diri ni. Ada kerja sikit petang ni. Jom Hanis, aku hantar kau balik.” Granny hanya mengangguk tanda faham. Hanis menyalam tangannya. Rizman juga berbuat demikian. Langkah mereka berlalu pergi diperhatikan Dato’ Maznah. Hatinya berasa tenang jika Hanis yang menjadi teman istimewa cucu lelakinya itu. Dalam diam dia berdoa agar hati mereka berdua terbuka untuk bercinta.

          “ Apa yang granny aku cakap kat kau tadi?” Rizman bertanya..

          “ Err...adalah.” Hanis merahsiakan perbualannya dengan Dato’ Maznah tadi. Takkan nak cakap kot kat Riz. Lagipun Dato’ Maznah suruh dia merahsiakan hal tersebut dari Rizman. Lelaki itu mengangkat sebelah keningnya,hmm....pelik betul diorang ni. Apa-apa jelah.

        
       *************************************************************************************


           Dari tadi dia masih memandang telefon bimbit disebelah. Kemudian dia menoleh pula pada skrin laptop dihadapan. Ketukan di muka pintu lansung tidak dipedulikan. Safura menolak pintu bilik itu dan memandang ke arah teman serumahnya. Dah nak seminggu keadaan dia macam tu juga.

       “ Kau buat apa tu?” Safura memulakan bicara. Dia menghampiri katil Hanis dan duduk disebelahnya.

       “ Dia lansung tak call aku. Hantar email pun tak...” Hanis membalas.

       “ Dahlah tu, mungkin dia penat. Yela, orang baru pindah kat sana kan. Kau kenalah faham..” Safura memeluk bahu Hanis.

       “ Penat apanya, dah seminggu dah wei dia pergi jepun tu. Lansung dia tak fikir hati aku ni. Kot ye pun hantarlah email dan terangkan keadaan dia kat sana. Ini tidak, dia dah macam lupakan aku.”

       “ Kau ni Hanis. Janganlah cepat terasa. Mungkin dia busy kat sana. Aku peliklah dengan kau ni sebenarnya..”

       “ Ha, kenapa?”

       “ Yela, sebenarnya apa perasaan kau kat dia? Kau anggap dia kawan je ke atau lebih?”

       “ Aku, aku tak tahulah. Aku still ragu-ragu. Sebabnya aku tak pernah bercinta. So, aku tak tahu macam mana rasa cinta tu. Hmm....ha! Kau kan ada pengalaman fura. Macammana first love kau dulu?ceritalah kat aku...please..” Melihat wajah penuh harapan dari Hanis, Safura mengalah. Dia mula bercerita.

       “ Okay, aku bagitahu kau ye. Orang kata tak kenal maka tak cinta kan. So, macam tu jugalah kisah aku ni. Aku kenal dengan cinta aku masa aku form four dulu. Lelaki tu budak kelas aku je sebenarnya. Dan dia ni anak cikgu math aku tau. Dalam diam aku mula sukakan dia. Kitorang tak pernah tegur walaupun satu kelas. Dia tu takdelah handsome mana pun. Jerawat je penuh...hehe. Tapi di mata aku, aku anggap dialah lelaki paling handsome yang aku rasa. Ni sebab aku suka sangat attitude dia. Dia sopan, pemalu, rajin, dan hormat orang tua.” Safura tersenyum mengenangkan kisah sekolah dia dulu. Kusyuk Hanis mendengarnya.

       “  Then?..”

       “ Then satu hari tu, aku nak turun tangga. Angin tengah kuat masa tu. Tangan aku pula tengah pegang kertas-kertas soalan. Kebetulan masa tu, aku nak turun,dia pula nak naik tangga. Tengah-tengah tu pula berlakunya satu incident yang paling aku tak boleh lupakan.”

       “ Pe dia?”

       “ Sabar dulu, jangan menyampuk.” Hanis tersengih ditegur oleh temannya.

       “ Masa angin tengah kuat tu, kertas kat tangan aku terlepas...terlepas tau, bukan sengaja.hehe...then, kertas aku terjatuhlah kat dia. Lelaki tu cepat-cepat kutip kertas aku sebab dia takut kertas tu melayang kena tiup angin. Then, dia naik tangga pastu dia bagi kertas tu kat aku. Jarak antara dia dengan aku masa tu dekat sangat. Hati aku ni rasa dup dap dup dap. Serious wei,tak pernah aku rasa macam tu seumur hidup. Start dari situ, dia dah mula berani tegur aku. And start dari situ jugalah bermulah bibit-bibit percintaan antara aku dengan si dia.. sebenarnya selama ni, dia juga minat aku senyap-senyap. So, boleh kata kitorang ni tak bertepuk sebelah tanganlah.”

        “ So sekarang ni kau still contact dengan dia?” Pertanyaan dari Hanis membuatkan Safura menarik muka masam.

        “ Tak dah...kitorang lost contact masa aku dah pindah. Urm, tapi still aku tak boleh lupakan first love aku. Hmm, kalau kau nak tahu tanda-tanda orang dah mula jatuh cinta ni antaranya, kalau boleh kau mesti nak tengok muka dia, tak dapat tengok muka dia pun dapat dengar suara dia pun dah cukup. Sehari tak jumpa rasa tak semangat je. Pastu setiap kali kau jumpa dengan si dia mesti kau rasa hati kau berdegup-degup. Then, kau mesti rasa sakit hati bila kau tengok dia bermesra dengan perempuan lain,padahal kau sendiri tahu si dia dengan perempuan tu cuma kawan je.”

        “ Owh, tu je ke?”

        “ Hmm, buat masa ni tu jelah yang aku tahu. Aku bercinta dengan mamat tu pun tak lama wei, tak sampai setahun pun..lagipun orang kata apa tu, ha..cinta monyet. Hehe..”

        “ Bila aku jumpa Daniel mesti aku happy, tapi hati aku tak berdegup pun. Tapi kalau boleh memang aku suka bila dia ada dengan aku. Tapi sejak dia ucapkan rasa cinta tu, terus aku rasa jantung ni dah tak tentu arah. Aku rasa macam lain...aku sendiri tak dapat nak pastikan.”

         “ Erm, mungkin selama ni kau terlalu rapat dengan dia kot dan mungkin juga hati kau tu tak tahu nak buat apa sebab tiba-tiba je orang yang kau anggap kawan rapat selama ni mula cakap benda-benda macam tu.”

        “ Ye tak ye juga...”

        “ Dahlah tu, aku nak keluar jap lagi. Nak pergi rumah parents aku. Kau nak ikut?” Hanis hanya menggeleng. Safura melangkah ke pintu. Sebelum dia keluar sempat dia berpusing dan bertanya pada temannya itu.

        “ Kalau kat Ryo pula apa perasaan kau?? or kat Mr.Niki merangkap secret admire kau tu?” Mendengar sahaja pertanyaan yang agak boleh membuat dia bengang, segera dicampak bantalnya ke arah Safura. Namun Safura cepat bertindak, cepat-cepat dia cabut lari.

         “ Hmm, takde maknanya dengan dua orang tu.” Dia bercakap sendirian. Kemudian dilihat laptonya. Sudah beberapa hari Mr. Niki menghantar email padanya. Namun dia lansung tidak membalas. Tidak ada rasa hati untuk membalas. Di blog juga sudah hampir seminggu dia tak jengah. Tiada update lansung semenjak pemergian Daniel. Hmm...