CINTA BLoGGER....15


.


bab 15







       

        Matanya melihat ke kanan, kemudian dilihat pula ke kiri dan tidak juga lupa di depan. Dia menahan rasa gementar dan meneruskan suapan. Walaupun makanan yang dihidangkan semuanya lazat belaka, tekaknya seolah-olah tidak mahu telan makanan tersebut. Tapi, perut lapar ni....time ni kalau dapat maggi kat kedai mamak pun sodap ni.

       “ Hanis...” Hanis memandang Dato’ Maznah apabila dipanggil oleh nenek Rizman itu.

       “ Iye dato’..” Jawabnya ringkas.

       “ Kenapa granny tengok hanis macam nak tak nak je makan. Tak sedap ke? Kalau tak sedap, granny boleh minta tukang masak kat rumah ni masakkan apa yang Hanis nak.”

       “ Eh, mana ada Dato’. Saya memang makan macam ni, slow-slow, bukan tak selera. Sedap je semua ni.” Hanis menyedapkan hati Dato’ Shazlin. Kemudian dia pandang Rizman yang duduk bertentangan dengannya. Rizman memberikan senyuman nipis. Lelaki itu mungkin tahu apa yang Hanis rasakan. Yela, first time jumpa semua ahli keluarga Rizman.

        “ So, Hanis...dengar kata hanis masih lagi dalam pengajian di kolej kan. Ambil kos apa?” Puan Mariam merangkap mak tiri Rizman mula bertanya.

        “ Er, business management.” Tergagap-gagap dia membalas.

        “ Owh, so memang minat bisneslah ni?” Ayah Rizman,encik Azhar pula bertanya. Hanis hanya mengangguk. Alahai, apasal lah orang dalam rumah ni banyak tanya ni. Dah macam nak interview aku je.

     Puan Shazlin yang duduk disebelah Hanis menyedokkan lauk rendang daging ke dalam pinggan Hanis. Dia ingin Hanis makan sepuas-puasnya. Sebenarnya dia tidak berapa suka untuk datang makan malam di rumah Dato’ Maznah. Ini semua sebab kehadiran bekas suaminya Encik Azhar dan bekas madunya Puan Mariam. Dia sendiri tahu yang isteri Azhar, Puan Mariam masih lagi tidak menyukainya anak beranak. Cuma di depan Dato’ Maznah pandai wanita itu berlakon. Sebab Puan Shazlin datang ke rumah itu pun hanyalah kerana menghormati ibu mertuanya, Dato’ Maznah. Ini kerana hubungan Dato’ Maznah dan ayahnya, Dato’ Ahmad amat baik.

         “ Bila graduate?” Tanya Encik Azhar sekali lagi.

         “ Insyaallah pertengahan tahun depan.” Makin tidak senang hanis rasa. Yela, asyik bertanya je.

         “ Kamu memang ikhlas ke nak kerja jadi PA Rizman? Ke kamu ada niat lain?” Kali ni soalan yang keluar dari mulut ayah Rizman membuatkan Hanis terpana. Riak wajahnya juga mula berubah. Soalan jenis apa tu?? Tanpa disedari Rizman menggegam tangannya dan berdiri.

         “ Papa, please stop it.” Rizman menyampuk. Terkejut besar semua yang berada di meja makan tersebut. Eyqa dah mula menarik hujung baju abangnya. Dia tidak mahu abangnya bertekak dengan papanya.

         “ What do you mean by that Riz?” Papanya bersuara.

         “  Hanis tengah makan tu. Boleh tak kalau nak tanya, lepas dia habis makan. Kesian saya tengok dia, susah nak makan. Lagi satu, saya yang pilih dia jadi pembantu saya, papa tak boleh nak pertikaikan hal tu.” Kali ni papanya meletakkan susu dan garpu dengan kasar di atas meja.

         “ Apa masalah kamu sebenarnya. Kamu tak puas hati dengan papa? Dah makin biadap kamu ni!” Encik Azhar sudah mula menunjukkan rasa amarahnya. Setiap kali dia berjumpa anak keduanya itu,pasti ada sahaja situasi yang tidak menyenangkan akan terjadi.

         “ Kalau nak ikutkan mama,adik dengan saya ni banyak tak puas hati dengan papa. Banyak sangat! Cuma tak terluah je!” Kali ni biarlah apa diorang semua nak kata. Dia sudah tidak tahan lagi. Papanya perlu disedarkan.

         “ Biadap!!” Tenking Encik Azhar. Iskandar, anak sulungnya terpaksa bangun dari kerusi makan dan mula berjalan ke arah adik tirinya untuk menenangkan dia. Puan Shazlin pula menyuruh anak lelakinya duduk. Baginya seteruk mana suaminya dah buat pada keluarganya, anak lelakinya harus juga hormat ayah kandungnya..

         “ Dahlah tu Riz....tak mahu bergaduh kat sini.” Pujuk Iskandar kepada adik tirinya.

         “ Betul tu Riz, duduk sayang. Jangan melawan cakap papa. Tak elok nak.” Puan Shazlin pula memujuk.Hanis yang berada di situ terpinga-pinga dengan apa yang berlaku. Aduh....kenapa aku rasa macam perang dunia bakal berlaku lagi ha??dah terasa aura dia ni. Gulp!!..

        “ Kamu sorang je anak papa yang suka melawan! Degil! Tak mahu dengar kata papa. Papa suruh kerja dengan papa tak mahu, nak juga kejar bidang modelling tu. Eh, apa kamu ingat bagus sangat kerja model tu! Dahlah asyik keluar gosip je pasal kamu. Memalukan papa je!” Semakin bertambah marah Rizman mendengar luahan ayahnya. Eyqa sudah cuak. Dia risau akan berlaku pergaduhan besar.

         “ Itu hak saya...papa takde hak nak tentukan apa yang saya nak buat. Lagipun saya nak panggil perkataan papa pun rasa macam susah yang amat tahu tak!”

         “ Sudah!!!” Dato’ Maznah menjerit. Dia terpaksa berbuat demikian. Dadanya rasa sakit yang amat melihat pergaduhan anak dan cucunya.  

        Sekali lagi suasana di meja makan berubah jadi sunyi. Tidak lama kemudian Rizman berjalan ke arah Hanis dan memegang pergelangan gadis tersebut. Terkejut Hanis rasa ketika itu. Dia menarik Hanis untuk keluar dari rumah tersebut. Terpaksa Hanis mengikut. Iskandar, Dato’ Maznah, Puan Shazlin dan Eyqa menjerit memanggil Rizman. Namun panggilan dari ahli keluarganya lansung tidak diendahkan. Dalam diam, Puan Mariam yang duduk disebelah suaminya tersenyum sinis.

        “ Tak berubah lansung perangai..huh.” Terluah kata-kata itu di bibir Puan Mariam. Apabila Dato’ Maznah memandangnya dengan pandangan yang tajam, terus dia terdiam. Adus, mulut aku ni, kot ye pun sabarlah dulu nak mengata budak tu.

         Berulang kali hanis memanggil Rizman untuk berhenti. Tangannya rasa sakit yang amat kerana Rizman menggegam tangannya dengan kuat. Rizman membuka pintu kereta dan menyuruh Hanis masuk. Hanis menurut tanpa bersuara. First time dia tengok Rizman mengamuk macam tu. Laju kereta itu dipandu Rizman tanpa tahu arah tujuan yang hendak dituju. Dalam kereta masing-masing senyap. Setelah hampir setengah jam memandu, Rizman membuat keputusan berhenti di suatu kawasan bukit yang agak sunyi. Untuk seketika Hanis masih lagi mendiamkan diri. Dia tahu hati Rizman masih lagi tidak tenang. Lelaki itu menghentak sterengnya dengan agak kuat kemudian dia keluar dari kereta dan berjalan ke depan. Hanis melihat sahaja lelaki itu berlalu. Sebenarnya dia rasa simpati pula kepada Rizman. Siapa tahu apa yang bermain di hati lelaki itu. Perlahan-lahan dia membuka pintu dan keluar dari kereta dan berjalan menghampiri Rizman. Matanya memandang ke arah Rizman pandang. Rupa-rupanya kawasan ini bukanlah menakutkan sangat malah sungguh indah. Ini kerana dari atas bukit ini boleh nampak suasana sekitar Kuala Lumpur pada waktu malam. Masing-masing masih lagi mendiamkan diri.

    ‘Err...cakaplah sesuatu Ryo. Please...kau pun tahu mulut aku ni becok, tak biasa sangat jadi pendiam. Please cakap..aku tak selesalah kalau macam ni je.’ Hanis berkata dalam hati. Nak je dia luahkan kata-kata itu, tapi tak beranilah pula.

     “ Sorry...”

 Yes, akhirnya mamat ni bercakap juga.

     “ Urm, its okay.” Balas Hanis.

Sunyi lagi...

     “ Papa aku tak patut tanya soalan macam tu pada kau. Sorry again.”

      “ No..its okay. No heart feeling.” Hanis memberikan senyuman. Lama Rizman memandang wajah Hanis. Dia rasa tenang melihat senyuman itu. Hanis kelihatan feminin malam itu dengan mengenakan baju lengan pendek, dibaluti kardigen berwarna putih krim dan skirt labuh berwarna hitam. Rambutnya yang panjang melepasi bahu sengaja dilepaskan. Jarang dia melihat Hanis melepaskan rambutnya. Bertambah kecantikan gadis tersebut.

      “ Aku hantar kau pulang. Jomlah...” Baru Rizman nak jalan ke kereta, terasa bajunya ditarik perlahan.

      “ Kalau kau sudi, aku boleh dengar apa yang kau nak cerita. Luahkan semuanya. Jangan simpan beban tu.” Eceh, sejak bila aku jadi kaunselor tak bertauliah ni. Hehe...

      “ Kalau aku cerita mahu sampai pagi esok tak habis.” Kata-kata dari Rizman membuatkan Hanis tergelak kecil.

     “ Takpe, aku sanggup dengar. Lagipun esok aku takde kelas. Tapi...dengan syarat. Bayar gaji bulan ni lebih sikit. Charge untuk sesi luahan perasaan ni. Amacam?” Kali ni Rizman pula tergelak. Melihat Rizman tergelak hanis mengukirkan senyuman.



        ***************************************************************************************





      “ Mama...”  Puan Shazlin memandang sekilas anak daranya disebelah.

     “ Kenapa papa dengan abang tak pernah nak berbaik? Kenapa selama ni adik tengok papa tak pernah nak mesra dengan kitorang? Adik dengan abang ada buat salah ke mama?”

      “ Eyqa, kenapa cakap macam tu? Dengar sini ye...anak-anak mama tak pernah buat salah. Jangan ambil hati sangat dengan papa tau. Apa-apa pun dia tetap bapa kandung anak-anak mama ni. Cuma, antara mama dengan papa ada masalah sikit. Itu je...” Eyqa melepaskan keluhan yang berat. Dia mengimpikan suatu hari nanti papanya akan memberi perhatian terhadap abang dan dirinya. Selama ini yang dia nampak, papa banyak memberikan tumpuan untuk Abang Iskandar sahaja. Kenapa papa camtu...? Apa kurangnya kitorang ni? Soalan-soalan tu sering bermain di fikirannya. Puan Shazlin mengusap kepala anak perempuannya kemudian menarik anaknya ke dalam pelukannya. Dia juga berharap agar kedua-dua anaknya ini akan mendapat lebih kasih sayang dari suaminya. Dia sendiri tidak pasti kenapa perlu suaminya membahagikan kasih sayang antara anak bini pertama dengan anaknya. Sambil itu matanya menjeling jam dinding. Manalah anak terunanya itu pergi setelah makan malam tadi. Harap semuanya okay...


          *************************************************************************************



          Hanis berjalan dengan Rizman menuju ke lif. Setelah menghabiskan masa lebih kurang tiga jam untuk berbual,akhirnya Rizman membuat keputusan untuk menghantar Hanis pulang. Selama hanis bekerja dengannya, inilah kali pertama dia berasa lagi rapat dengan gadis itu. Semakin hari separuh hatinya mahu mengenali hanis dengan lebih mendalam.

         “ Thanks for today...” Ucap Rizman. Hanis menekan butang lif kemudian melihat Rizman di sebelah. Dia memberikan senyuman.

         “ Most welcome..”  Pintu lif sudah terbuka. Hanis melangkah masuk ke dalam. Dia melambaikan tangan ke arah Rizman sebelum pintu lif hampir tutup. Rizman yang berada diluar lif mengukirkan senyuman dan berlalu pergi dengan hati yang lega kerana sedikit sebanyak masalahnya dikongsikan dengan gadis itu. Manakala Hanis yang berada dalam lif tersenyum sorang-sorang. Ishh...apa kena dengan aku ni. Gila ke apa?? Ah, lantaklah...kalau dia happy, hati aku pun happy. Lagi pun dia yang bagi gaji kat aku. Manalah tahu kot-kot dia baik hati nak tambah gaji. Hehe...

        Dia melangkah keluar dari lif apabila sudah sampai di aras rumahnya. Langkahnya di atur perlahan-lahan sambil otaknya ligat memikirkan hubungan antaranya dengan Rizman semakin rapat. Tapi....kenapa perasaan aku macam ni?ish....jangan pikir bukan-bukan ye hanis!! Ingat tu!... Baru dia nak buka pintu rumah, seseorang memanggilnya dari belakang. Alangkah terkejutnya dia pada masa itu sampai kunci rumah terpelanting. Hantu betul lah! Terkejut aku...

        “ Eh Danny, you buat apa kat rumah i tengah-tengah malam ni?” Daniel tidak menjawab pertanyaan hanis. Dia melihat hanis dari hujung kepala hingga ke hujung kasut. Dalam hatinya memuji kecantikan gadis itu pada malam ini.

        “ Actually agak sejam jugalah i tunggu you. I ada benda nak cakap ni. Dari tadi i try contact you tapi tak dapat. So, i risau. That’s why i datang rumah you.”

        “ You call i??kenapa handphone i tak berbunyi ye?jap tau...” Dia mengeluarkan telefon bimbitnya dari begnya. Patutlah Danny try call tak dapat, bateri kong...

        “ Sorry sangat Danny, i terlupa nak cas handset ni.” Daniel tersenyum nipis mendengarnya. “ So, apa hal yang mustahak sangat you nak cakap ni?”

        “ You baru keluar dengan Ryo ke?” Soalan dari Hanis tidak dibalas, malah dia pula menanyakan soalan. Hanis hanya mengangguk dengan rasa yang hairan. Kenapa dengan Daniel malam ni. Pelik betul..

         “ Makin lama you makin rapat dengan dia kan...”

         “ Kenapa dengan you ni Danny?you ada problem ke? Ceritalah kat i, risau pula i tengok you macam ni.” Daniel menggeleng dengan perlahan. Hatinya terasa sakit yang amat. Dia perlu segera beritahu gadis itu.

       Daniel melangkah menghampiri Hanis dan menarik Hanis ke dalam pelukannya. Untuk seketika Hanis terpaku. Terkejut. Setelah beberapa saat hanis tersedar, dia cuba untuk melepaskan diri dari Daniel. Tapi pelukan Daniel agak kuat untuknya melepaskan diri.

        “ Please Hanis...bagi i peluk you untuk lima minit je. Lepas ni i kan pergi jauh. I akan rindu you lepas ni.” Mendengar kata-kata dari Daniel itu membuatkan Hanis terdiam.

         “ Pagi nanti i berlepas pergi ke Tokyo untuk masa yang lama...” Saat mendengar ayat itu, beg tangan Hanis terlepas ke lantai.

         “ Tapi kenapa??” Hanis bertanya dengan suara yang perlahan dan serak. Di pipinya mula terasa ada air jernih yang mengalir. Daniel melepaskan pelukan dengan lembut. Dia masih lagi memegang bahu Hanis.

         “ Papa i dapat tukar kerja kat sana. Maybe untuk selamanya...”

        “ Kalau you tak pergi tak boleh ke? You tinggallah sini Danny..kalau you takde, dengan siapa lagi i nak berkawan. Please Danny, dont go...” Kali ni air matanya tak berhenti mengalir. Kawan baiknya itu akan pergi jauh darinya. Daniel menggeleng.

        “ I terpaksa...i takde pilihan.” Dia mengusap perlahan air mata yang mengalir di pipi gadis yang amat dicintainya itu. Kalau boleh, dia mahu tinggal di situ bersama Hanis. Tapi disebabkan perubahan kerja ayahnya mennyebabkan dia terpaksa mengikut.

        “ Before i go, i want to say this to you. I tak nak menyesal.”

        “ I...i love you.” Akhirnya terluah juga apa yang dipendamkan selama ini.

    Lidah Hanis kelu untuk berkata-kata. Sungguh dia terkejut dengan kenyataan itu. Ya Allah, dugaan apa yang kau timpakan untuk aku ini. Mula-mula aku dikejutkan dengan berita pemergian sahabat baikku, kini dia sendiri pula menyatakan luahan hatinya terhadapku. Apa yang perlu aku buat...

        “ I...i..”  Daniel menutup bibir Hanis dengan jari telunjuknya. Dia tersenyum.

         “ You tak perlu balas. I rasa puas hati dapat luahkan kat you apa yang i pendam selama ini. Itu pun dah cukup. Thanks for all the memories that you give me to keep. Kalau ada jodoh, we will meet someday right? And i will waiting for that day, i hope..” Tangannya mula diangkat dan mengusap perlahan kepala gadis di hadapannya. Hanis hanya menundukkan kepalanya sambil air matanya tidak berhenti mengalir.

         “ I have to go now...take care.” Daniel melangkah dengan perlahan. Hanis masih lagi berkeadaan begitu. Apa yang baru terjadi ni??kenapa harus jadi macam ni?semuanya tiba-tiba!

         Daniel hampir masuk melangkah masuk ke lif. Hanis tersedar masa itu. Dia mengejar Daniel dan menahan pintu lif dari tertutup. Dia turut masuk ke dalam lif tersebut dan memeluk lelaki itu. Dia sendiri pun tidak tahu kenapa dia harus bertindak begitu. Mungkin kerana rasa sayang sebagai seorang sahabat amat tinggi baginya. Sukar untuk dia melepaskan Daniel pergi secara tiba-tiba. Setelah pintu lif terbuka, Daniel melepaskan pelukan tersebut dan menarik Hanis keluar.

          “ Promise me that someday you will never forget me...” Luah Hanis sambil mengelap air matanya.

          “ How can i forget you...you already be part of my heart. Lagipun i rasa Ryo dapat jaga you dengan baik..” Daniel bercakap sambil tersenyum.

          “ Ryo tak sama macam you. Dia tak boleh buat i ketawa macammana you buat i gelak setiap hari. Antara dia dengan i hanya pembantu peribadi dengan bos. Danny, please promise me that you will sent me email.” Daniel mengukirkan senyuman lagi.

          “ I have to go...” Hanis melihat langkah Daniel yang makin jauh darinya. Ya Allah, sakitnya hati aku ni. Kenapa perlu aku alami keadaan perpisahan ni. Tanpa disedarinya, dia terduduk di situ. Kebetulan Safura yang baru balik dari kerja, bertembung dengan Daniel. Apabila dipanggil Daniel, lelaki itu buat tidak dengar. Sebenarnya dia sendiri tidak mahu berhenti. Kalau dia berhenti dia takut akan berpatah balik melihat Hanis yang sedang kesedihan. Dia tidak mahu tengok gadis yang dicintainya itu menangis. Safura pelik apabila panggilannya lansung tidak disahut oleh Daniel.

         “ Hurm, salah orang kot...” Safura terus berjalan menuju ke lif. Alangkah terkejutnya apabila hampir dengan lif dia ternampak Hanis sedang duduk di atas lantai sambil menangis sedu sedan. Cepat-cepat dia mendapatkan teman serumahnya itu.

         “ Hanis!..ya Allah. Kau ni kenapa?” Safura sedaya upaya memapah kawannya itu bangun.

         “ Danny fura....Danny nak pergi jauh. Aku takkan dapat jumpa dia dah lepas ni. Hati aku fura...hati aku sakit. Aku, aku tak nak dia pergi fura. Aku sayang kawan aku fura. Kenapa perlu dia pergi fura. Kenapa perlu kawan aku pergi bila dia sendiri luahkan rasa cinta kat aku dan berlalu macam tu saja. Dia lansung tak nak bagi aku masa untuk fikirkan hal tu.” Terkejut safura mendengarnya. Daniel luahkan cinta pada Hanis? Dan dia nak pergi jauh untuk selamanya? Apa semua ni?? Safura memeluk Hanis dan mengusap belakang kawannya untuk menenangkannya. Selama ini tak pernah dia nampak Hanis sedih macam ni sekali. Begitu sekali rasa sayang Hanis pada Daniel.