CINTA BLoGGER....27
.
bab 27
Satu persatu ayat itu dibaca. Bibirnya mengukirkan senyuman. Blog lelaki itu digodek sepuas-puasnya dan turut dikomen. Hari ini sudah masuk hari ketiga dia Rizman di jepun. Bagi Hanis pula hari ini dia perlu melalui tugasnya sebagai pelajar. Notebook itu ditutup dan dimasukkan ke dalam beg. Minumannya diteguk.
" Hai hanis..." Dua orang pelajar wanita datang ke mejanya dan duduk di situ.
" Kitorang ganggu ke?" Tanya Farah. Isma beralih arah dan duduk di sebelah Hanis pula. Mereka berdua merupakan teman sekelasnya di kolej.
" taklah...kenapa?"
" Kitorang nak tanya sikit ni." Isma berkata.
" Tanya jela. Apa bendanya?"
" Kau kan kerja sebagai PA ryo kan...betul ke kau dengan dia tu ada apa-apa." Farah bertanya takut-takut.
" Itu je ke korang nak tanya?" Hanis pula bertanya, kemudian dia tersengih.
" Itu semua gossip wahai kawan-kawanku. Aku dengan dia hanyalah sekadar pembantu dengan majikan. Itu je. Lagipun aku...aku tak tahu macammana nak bercinta." Jujur diluahkan. Farah dan Isma saling berpandangan. Kemudian kedua-duanya tersenyum.
" Come on lah Hanis. Dont lie to us...if you said you dont know how to love, then how about Daniel?" Pertanyaan dari Isma mengejutkan Hanis.
" Daniel?" Tanyanya pelik..
" Yela, bukan selama ni kau bercinta dengan Daniel ke? tu yang kitorang pelik tu bila timbul gossip kau bercinta dengan ryo..dan sebab tu juga kitorang rasa Daniel pergi ke jepun sebab kau reject dia. Betul ke?" Hanis tergelak mendengarnya. Alahai budak-budak ni...sesuka hati je kata aku bercinta dengan mamat tu.
" Sayang wei...aku dengan Daniel tu kawan rapatlah. Lagipun dia pergi jepun tu sebab bapa dia kena bertugas kat sana. Apa da....memandai je korang buat cerita kan." Katanya. Farah dan Isma tersengih malu.
" Sorry beb...bukannya apa, sejak kes kau kerja dengan model terkenal tu, makin banyak mulut-mulut kat kolej ni mengata macam-macam." Isma memberitahunya.
" Betul tu, kitorang sebagai kawan sekelas kau pun kadang-kadang bengang juga dengan mulut-mulut yang takde insurans tu sesuka hati mengata kau..." Bukan main Farah bersuara. Hanya senyuman yang mampu Hanis bagi pada diorang. Yelah tu....entah entah diorang ni pun sama. Tsk tsk tsk...
**********************************************************************************************
" Ha!! Kau dah ada kat airport!" Jerit gadis itu dihujung talian. Rizman menjauhkan jarak telefon bimbitnya dari telinga. Boleh tahan minah ni jerit..
" Ye..aku dah ada kat sini. Cepat sikit datang. Aku tunggu..." Terus talian handphonenya dimatikan. Dia tersenyum penuh makna memandang handsetnya. Hatinya tak sabar-sabar nak jumpa dengan Hanis. Dia sengaja balik awal sehari. Lagi pun kerjanya di sana sudah pun habis.
Kelam kabut gadis itu bersiap. Cepat-cepat dia mandi. Rambut lansung tak sempat nak basuh. Selesai bersiap apa yang patut dia berlari anak ke ruang tamu dan mencari kunci kereta yang tergantung di dalam kabinet.
" Woi, kau cari apa pagi-pagi ni?" Safura menegur dari biliknya sambil mengelap matanya. Baru pukul tujuh lebih.
" Kunci kereta Ryo...dia dah ada kat airport. Aku nak pergi ambil dia lah ni.." Bulat mata Fura mendengarnya. Awal pula Ryo balik...
Tanpa sempat Safura bertanya lagi, sedar-sedar Hanis dah lesap dari pandangannya. Mak aih...laju betul minah ni. Hmm...lantaklah, baik aku sambung tidur balik. Lagipun tengah uzur..so, layan jela tidur..hehe.
Sementara menunggu pembantu peribadinya sampai, Rizman melihat dari luar cermin lutsinar itu. Kelihatan ada deretan beg tangan berjenama yang terpampang di sebalik cermin tersebut. Ni kalau beli untuk eyqa, mesti dia suka. Hmm, patut ke ha aku belikan untuk Hanis?? Tapi...dia minat ke beg jenis ladies ni? Dia melangkah untuk masuk ke dalam kedai tersebut tetapi langkahnya terhenti apabila ada seseorang telah melanggar sisinya dengan agak kasar.
" Ops...sorry bro..sorry.." Kata lelaki itu sambil mengangkat tangannya meminta maaf, namun matanya bukanlah dihalakan pada Rizman sebaliknya memandang telefon bimbit yang berada ditangannya.
" Fariz..." Panggil Riz sambil memegang bahunya. Sakit jugalah kena rempuh dengan mamat ni. Fariz dongak memandang lelaki didepannya.
" Kau..." Cermin matanya dibuka dan dia pandang Rizman dengan pandangan pelik.
" Apa kau buat kat sini? Bukan patut kau kat jepun ke?" Tanyanya.
" Aku balik awal. Habis je shooting terus balik. Tapi firdaus still ada kat sana. Maybe lusa baru dia balik."
" Owh..ok."
" Kau pula?" Rizman bertanya balik.
" Aku nak naik flight kejap lagi, pergi Bali. Ada hal...urm, by the way. Sorry tadi. Aku memang tak sengaja langgar kau. Aku nak cepat tadi." Rizman menggelengkan kepala tanda tidak mengapa. Fariz meminta diri untuk pergi segera. Tapi baru je lelaki itu berlari anak namanya dipanggil semula oleh Ryo.
" Sorry aku terpaksa tahan kau. Aku ada hal nak tanya kau." Dia memegang bahu lelaki itu dan pandangannya nampak serius. Berkerut dahi Fariz melihat Ryo sebegitu.
" Aku nak tanya pasal hari tu. Yang kau warning aku tak lama dulu supaya berhati-hati dengan keadaan sekeliling. Apa maksud kau sebenarnya?" Mendengar sahaja soalan itu Fariz tersenyum kecil, tangan Ryo yang berada di bahunya dipegang dan ditolak perlahan dari tubuhnya.
" Well, rasanya tak salah untuk aku bagitahu hal ni. Aku percaya kalau aku tak bagitahu kau sekarang ni mesti kau akan tahan aku untuk masa yang lama kan..." Duganya. Rizman masih lagi memandangnya dengan pandangan serius.
" Fine, chill bro...aku akan bagitahu apa yang aku nampak je. Kebelakangan ni aku perasan ada seseorang yang follow kau. Dan tak silap aku dia pakai kereta wira warna hitam metallic." Sambungnya.
" Maksud kau? intip aku?"
" Lebih kurang...well, itu je yang aku dapat tolong kau. Dan no wonderlah kalau orang tu boleh cipta gossip yang hangat untuk kau kan. Aku dapat rasakan yang dia bukanlah wartawan tetapi lebih kepada pengintip." Kini tangan belah kanan Fariz pula mendarat di bahu Ryo.
" Hati-hati..." Ringkas pesanannya sebelum berlalu pergi. Rizman terpinga-pinga mendengarnya. Tapi siapa orang tu??
********************************************************************************************
Kereta yang dipandu oleh Hanis meluncur lancar di atas lebuh raya. Sesekali dia menjeling Rizman di sebelah. Apahal senyap je mamat ni..ish, makin kekoklah aku kalau macam ni. Dia berdehem seketika untuk menarik perhatian lelaki tersebut.
" Kau kenapa? sakit tekak?" Perli Riz. Hanis mengetap bibirnya. Kurang asam tul....balik dari jepun makin pedas mulut kau kan. Takpe takpe...
" Mana ada..aku cuma nak borak je. Bosan tengok kau senyap je macam ni. So, tell me what happened there? Come on....bagitahulah kau ada tak jumpa siapa-siapa yang famous kat sana? ala, ceritalah..." Katanya. Rizman masih lagi pandang ke luar tingkap. Sebenarnya dia menahan gelak melihat telatah Hanis tadi mengetap bibir. Saja je dia mahu memerli gadis itu.
" Ceritalah wei, macam mana kau kat sana. Ada tak kau jumpa siapa-siapa yang famous. Mungkin manalah tahu kau ada terjumpa kawan yang kau kenal kat sana." Kata-kata Hanis itu bermain difikirannya.
Untuk seketika, dia terfikir pertemuannya dengan Daniel di sana. Perlu ke aku bagitahu Hanis hal ni? Tangannya diseluk ke dalam kocek jaketnya. Dia meramas rantai yang berada di dalam poketnya. Lama dia berdiam diri. Hanis yang bosan menunggu Rizman bersuara pun turut mendiamkan diri. Hmm...maybe Riz penat kut..tu yang takde mood nak bersembang.
" Hanis, berhenti kat tepi sana jap." Hanis mengikut sahaja arahan dari Rizman tanpa banyak soal. Mungkin ada hal yang nak dibuat oleh lelaki itu.
Sangkanya Rizman mahu membuat sesuatu, tetapi lelaki itu masih lagi mendiamkan diri. Hanis mula rasa tak selesa. Dia teragak-agak untuk bersuara.
" Err..Riz. Kenapa nak berhenti?" Akhirnya dia bertanya juga. Rizman memandangnya lama, kemudian dia melihat lelaki itu menyeluk sesuatu di dalam poket jaketnya dan mengeluarkan seutas rantai. Tanpa banyak bicara, Rizman menghulurkan rantai tersebut kepada Hanis. Terpinga-pinga Hanis rasa masa tu. Apa hal tiba-tiba bagi rantai ni.
" Daniel suruh bagi. Tu dia punya." Seolah-olah tahu persoalan yang bermain di minda Hanis, Rizman memberi jawapan.
" Kau jumpa dia?" Tanya Hanis. Saat ini dia terasa air matanya mahu mengalir. Tetapi dia sedaya upaya menahannya. Tak Hanis...jangan menangis. Tabah!!
" Hmm...dia pesan, kalau kau teringat kat dia tengok-tengoklah rantai tu." Rizman berkata lagi. Kali ni dia masih tidak mampu untuk bertentang mata dengan Hanis. Dia rasa hatinya sakit bila perlu menyampaikan pesanan dari lelaki yang kini berada di jepun itu.
" Thanks Riz...i really appreciate it." Ringkas Hanis membalas. Rantai itu masih lagi digenggamannya. Dia start semula enjin dan berura-ura mahu bergerak pulang menghantar Rizman. Baru kereta itu mahu bergerak, pemanduannya terhenti apabila Rizman memegang stereng kereta.
" Wait!" Kata Rizman. Terkejut Hanis dibuatnya.
" Ke...kenapa ni?"
" Huh...aku..aku dah tak boleh tahan dah kalau asyik macam ni. Kau suka kat Danny?" Tiba-tiba dia tanya soalan yang boleh membuatkan Hanis jadi seperti tunggul masa tu. Terus diam gadis itu dibuatnya.
" Aku tanya kau ni..." Tersentak Hanis masa tu. Kenapa dengan Riz ni....
" Aku suka dia sebagai kawan... tu je. Kan aku dah bagitahu kau banyak kali. Dia kawan rapat aku. Kenapa?" Keluhan terbit dari bibir lelaki tersebut. Kenapa dengan aku ni??
" Err...kalau takde apa-apa lagi, better kita gerak jela sekarang." Hanis menyambung. Rizman hanya mengangguk lalu ditolehkan mukanya memandang pemandangan di luar. Hanis menyambung pemanduannya dengan perasaan yang pelik. Riz pelik betul hari ni.
" Hanis.." Panggilnya.
" Apa dia?" Hanis menoleh seketika kemudian dia menumpukan pemanduannya.
" Kalau kita teruskan hasrat mama aku macam mana. Kau dengan aku bercinta. We can try..." Habis je dia sebut ayat terakhir, Stereng dipusingkan ke bahu jalan dan terus berhenti. Kepala lelaki tersebut hampir terhantuk akibat perbuatan mengejut dari Hanis.
" Ha??!"
wah..xsangke ada en3 waktu2 mcm nie..tak sia2 sy stay up..dpt jgk baca this en3.. best sgt <-: