CINTA BLoGGER....28


.


bab 28




   Safura mencapai seketul ayam goreng bahagian peha dan menggigitnya dengan penuh perasaan. Sambil itu matanya tak lepas memandang Hanis di depan yang masih sedang bermain dengan ketulan ayam di pinggannya. Makannya lansung tak. Dari tadi gadis itu tersengih, kemudian ketawa sorang-sorang, kemudian serius balik, dan kemudian tiga perkara tu berulang dan ulang kembali. Tak tahan punya pasal Safura menepuk meja sekuat hatinya untuk menarik perhatian Hanis.


    " Choi!! kau apahal ni main ketuk ketuk ni. Terkejut mak..." Bertambah-tambah pelik Safura melihat gelagat gedik dari Hanis. Sah, mesti something happened ni.


    " Okay hanis...you can stop it right now. Aku nak kau bagitahu aku apa yang dah berlaku....tell me everything..." Kata Safura. Hanis memandangnya dengan pandangan kosong.


    " Bagitahu apa?"


    " Eh minah ni, nak je aku cepuk kau tau. Kenapa dengan kau hari ni? kejap sengih, kejap ketawa, kejap serius...aduh, dah macam orang tak betul kau tahu tak."


    " Iye ke??" Hanis bertanya seolah-olah tak sedar akan kelakuannya. Safura menepuk dahinya seakan tidak percaya Hanis akan mengajukan soalan tersebut. Apa kenalah minah ni.


    " Dey my friend, please look at yourself in front of the mirror. See yourself in there. Look at your behaviour today..You are so weird my friend."


    " Mana ada...aku okay jela. Kau je kot yang rasa aku macam tu. Aku okay what..."


    " Okay pebendanya. Dari tadi tersengih macam orang gila. Lepas tu main kuis kuis ayam tu. Ayam tu untuk dimakan, bukannya untuk kau buat main." Perli Safura. Hanis tersengih malu.


    " Hehe...aku, aku tak rasa lapar lagilah. Urm, kau simpankanlah KFC ni untuk aku. Aku rasa penat, nak tidur kejap dalam bilik." Katanya.


    " Eh, jap lagi dah nak asar dah...tak elok tidur petang." Pesan teman serumahnya. 


    " Aku tahulah...bukan nak tidur pun. Baring baring je..." Bagitahunya dan terus masuk ke bilik. Pintu biliknya ditutup dan terus dia melompat ke atas katilnya. Bantal peluk kegemaran dipeluk dengan erat. Peristiwa pagi tadi sukar dilupakan...






    " Ha??!" Jeritnya seakan tidak percaya dengan kata dari Riz.


    " Wo wo...rileks. Calm down...fuh, nasib baik tak excident." Diusap dadanya berulang kali. Kemudian dia melihat wajah Hanis yang masih terkejut itu.


    " Urm, aku rasa ayat yang baru aku cakapkan tadi tu terlalu mengarut untuk kau kan." Rizman berkata. Hanis masih lagi memandangnya tanpa berkelip. 


    " Aduh, kenapa aku rasa malu gila ar masa ni. Urm, kau...kau lupakanlah apa yang aku cakap tadi. Aku faham...kau takde hati dengan aku." Sambungnya. Gadis itu masih diam. Stereng kereta tersebut dipegang erat.


   Hanis terfikirkan luahan hati dari Rizman. Kenapa dia rasa berdegup gila bila mendengar Rizman berkata macam tu. Bila diimbas balik, saat Daniel mengucapkan kata cinta padanya, baginya kata-kata dari Rizman lagi dasyat berbanding ucapan cinta dari Daniel. Sumpah, masa tu dia rasakan jantungnya susah sangat nak kawal. Dia dapat rasakan satu kelainan yang tak dapat digambarkan. Dia rasa bahagia saat lelaki itu bercakap sedemikian. 


    " Ermm...why not." Malu-malu dia bersuara. Rizman yang sedang menahan malu ketika itu medongakkan kepala memandang Hanis. Kini Hanis pula memandang ke luar, segan bila Rizman menatapnya.


    " Wait..urm, can i hear it again." Pinta lelaki itu. Mungkin dia tersalah dengar. Hanis mengetap bibirnya sambil mata dipenjamkan. Dia menarik nafas sedalam-dalamnya. Kemudian dia bersuara lagi.


    " We can try....why not." Ucapnya. Saat tu Rizman rasa macam nak keluar dari kereta dan meloncat kegembiraan. Haha..tak sangka dia boleh terima aku!! Yahoo!! Tapi itu semua harus di control. Cool bro...cover cover...


    " Urm...kau yakin dengan kata-kata kau tu? kau tak main-main kan..." Hanis angguk mengiyakan. Ketika itu Rizman nampak ada terbit senyuman di sebalik wajah Hanis. Senyuman yang baginya ikhlas dan mendamaikan.


    " Tapi..." Riz memandangnya semula, apa pula tapi tapi ni...


    " Kau betul betul ke sukakan aku. Maksud aku kau betul ke nak aku jadi awek kau?" Soalan itu membuatkan Rizman tersenyum manis. Terpana Hanis melihat reaksi Rizman ketika itu. 


    " Untuk pengetahuan kau, aku dah lama fikirkan hal ni. Aku rasa makin lama, kau dah sebati dalam hati aku ni. Aish..ke kau ada jampi jampi kat aku ni?" Rizman bergurau untuk mengelakkan rasa kekok. Hanis yang pada mulanya rasa malu mengetap bibirnya kegeraman. Tu dia, perangai dia yang buat orang sakit hati dah mai da...


    " Riz...kau pernah rasa tak kasutku di kepala mu...nak rasa??" Hanis balas balik. Rizman tergelak bahagia mendengarnya. Inilah Hanis yang dia kenal, semangat dan ceria selalu.


    " Just joking...by the way, thank you so much." Hanis tersenyum kembali... Kini masing-masing dalam keadaan yang agak kekok dan malu. Rizman menoleh ke tepi tingkap.


    " Urm, apa kata kita gerak sekarang." Cadang Riz.


    " Ha.. yela.." Cepat-cepat Hanis meneruskan pemanduannya. Sambil memandu dia tak habis-habis tersengih. Gembira di hati tak payah nak katalah kan...Ahh...aku bet, siapa yang boleh lupa saat lelaki melamar seorang gadis untuk menjadi kekasih hatinya. Arghh..boleh gila aku kalau terus macam ni.


   Bagi Riz pula dia juga tak dapat nak menghentikan senyuman di bibirnya. Hai la hati...tolonglah cover sikit perasaan tu.




       ********************************************************************************************




     " So?" 


     " What?"


     " Tell me the truth Rizman a.k.a Ryo."
  
     " Apa yang nak aku cakapkan ni qir?" Pandangan mata Shaqir sengaja dikecilkan. Dia melihat Rizman dengan lebih dekat lagi.


     " Woit..kau ni apahal?"


     " PA aku dah bagitahu semuanya." Kedua-dua keningnya diangkat berulang kali sambil senyuman nakal ditunjuk pada Riz.. Rizman menggegam tangannya dan muka dialihkan ke tempat lain sambil menahan geram. Camne leh kantoi ni??Malu ar...


     " Rileks ar bro...apa yang kau nak malukan. Aku happy tengok kau dengan dia. At last, kau mengaku juga." Bahu Rizman dipegangnya.


     " Wait...macam mana PA kau tahu aku dengan hanis dah start couple? padahal kitorang dah janji nak rahsiakan hal ni dulu."


     " Malam semalam, Fura pergi cek Hanis kat bilik. Dia cakap dia risau tiba-tiba je perangai Hanis berubah bila ambil kau dari airport semalam. Malam semalam kau call dia kan?? So, Fura terdengar pula perbualan korang tu. Pagi tadi pula si Safura tu pula yang asyik tersengih memanjang. Aku tanyalah dia kenapa. Then dia ceritakanlah kat aku semuanya. Dia happy tengok korang bersama." Jelasnya. Kini barulah Rizman tahu. Dia percayakan Hanis untuk menyimpan rahsia tersebut. Tapi apa boleh buat kalau benda ni Shaqir dan Fura dah tahu. Lagi pun mereka berdua pun sahabatnya juga.


     " Err...aku nak minta tolong kau ni. Aku harap korang-korang je tahu. Aku tak nak Hanis hidup dalam diburu oleh wartawan atau pun pihak media lain. Aku nak dia hidup bebas sekarang ni. Lagi pun dia masih belajar. Aku tak nak pengajian dia terganggu dengan berita macam ni.Boleh?" Shaqir angguk kepala. Sekali lagi senyuman dihadiahkan pada temannya itu.


     " Dont worry...aku dengan Safura akan rahsiakan hal ni. Lagi pun awek aku pun tak tahu hal ni kau tau. Tapi kan...sampai bila korang nak rahsiakan hubungan korang ni?" 


     " At least sampai Hanis habis belajar...maybe." Jangkanya.Dia amat risau jika privasi hidup Hanis akan terganggu apabila semua orang dapat tahu bahawa Hanis sudah pun menjadi pasangannya. Rizman hanya berharap masa ni dia dan Hanis boleh bersabar dan menyamar seperti biasa. Tambahan pula kebelakangan ni dia selalu terfikir amaran dari Fariz tentang ada orang yang mengekornya. Tapi kenapa dia yang menjadi sasaran??Hmm...


     

  1. best sgt2 en3 kali nie..mcm biasa..
    sy p0n dah berjangkit dgn penyakit Hanis dah nie..
    asyik tersengih je lepas baca part Riz ajak Hanis couple..sweet je tgk pasangan yg malu tp mahu nie.. (^__^)

  1. hehe..2la..malu tp mahu..urm..mybe lps ni sahara akn update sekali smggu je..sbb klas da stat..s0, mgkin busy..huhu..maaf ye.

  1. hohoho...kalau Ryo ajak kawen, Hanis terus akn ckp.."i do"..hehehe..(eh, mcm nama aku la heroine tuh) :p