CINTA BLoGGER....29
.
bab 29
Bunyi deringan telefon rumah mengejutkan Jue yang sedang lena tidur di sofa di ruang tamu rumahnya. Jue bangun, kemudian mengeliat dan menggosok matanya lalu terus mengangkat telefon tersebut.
" Hello..."
" Assalamualaikum dik..." Sapa Hanis di hujung talian. Jumaidah menguap luas. Buruk benar rupanya ketika itu.
" Hmm...wa'alaikumussalam. Ha, kak nak apa? mengacau jela orang nak tidur."
" Eh kau ni..baik punya ayat. Kan dah pukul dua petang ni. Buat apa tidur lagi."
" Orang penatlah kak... hari ni kat sekolah ada aktiviti sukan. Tu yang balik terus terbongkang tidur kat sofa tadi." Jelasnya.
" Owh...urm, mak mana dik?" Tanya Hanis.
" Mak pergi rumah pak long. Hantar baju yang baru jahit hari tu. Kenapa?"
" Takde pape, saja tanya. Urm, dik...akak nak tanya kau sikit ni."
" Apa?"
" Selalunya kalau kau dating ngan pakwe kau tu, korang gi mana je?''
" Ha? apasal tiba-tiba tanya pasal hal ni?"
" Ala, jangan banyak soal boleh tak. Bagitahu jela.."
" Hmm, mane je kitorang nak pergi kak. Kami ni pun masing-masing budak sekolah lagi. Takat pergi sungai, dating kat pekan..tu jela."
" Owh, urm....habis tu apa yang adik selalu bagi kat dia yang boleh buat happy?"
" Apa ye....urm, rasanya makananlah. Mamat tu memang suka makan. Tambah-tambah lagi kalau adik sendiri yang masakkan, pastu bawak bekal kat sekolah. Akak ni banyak tanyalah...mesti ada pape ni?? Baik bagitahu cepat..."
" Takde apa-apalah. Saja buat kajian. Okaylah dik, akak nak chow dulu. Kirim salam kat mak ek...assalamualaikummmm!!"
" Eh kak, tunggu kej...." Tak sempat jue nak menghabiskan ayatnya, kakaknya sudah pun mematikan talian. Telefon rumah itu hanya mampu dipandang. Kurang asam punya akak!!
**************************************************************************************************
Kakinya melangkah masuk ke dalam studio. Matanya meninjau ke sekeliling tempat itu. Namun orang yang diharapkan muncul tidak kelihatan. Tanpa dia sedar, terbit keluhan dari mulutnya.
" Sara..." Wanita yang sedang dimekapkan itu memandang ke cermin. Dari cermin tersebut, kelihatan Ryo berdiri dibelakangnya.
" Ha Ryo...kenapa?"
" You ada nampak Hanis?"
" Ada. Baru je bertembung dengan dia tadi kat tangga. Dia kat bawahlah tu."
" Owh, okay..thanks." Ucapnya. Terus kakinya melangkah turun ke bawah untuk mencari Hanis.
Kelihatan Hanis berada di bilik rehat sambil tengah berbual di telefon bimbitnya. Semasa dia hampir dengan Hanis, gadis itu memandangnya, kemudian terus mematikan talian.
" Telefon siapa?" Ringkas Rizman bertanya.
" Jue...saja tanya khabar." Balasnya sambil memberikan senyuman manis. Tanya khabar? cet...padahal nak selidik pasal dating-dating ni. Al-maklumlah, dia sudah pun bergelar awek kepada Rizman selama seminggu. Tapi selama seminggu itu jugalah mereka berdua lansung tak pernah berdating lagi. Ini kerana dia sibuk dengan tugasannya di kolej, manakala Rizman pula sibuk dengan shooting.
" Dah makan?" Hanis geleng kepala dengan pertanyaan dari Riz . Memang dia tak sempat jamah satu makanan pun pagi tadi.
" Jom, pergi makan. Abang bawa ayang makan kat restoran baik punya." Umpan Rizman. Hanis menutup mukanya. Malu dipanggil ayang. Semalam mereka ada berbincang di telefon tentang panggilan antara mereka. Bila difikirkan balik kejadian malam semalam memang boleh mengundang ketawa. Riz menyembunyikan senyumannya. Suka dia melihat Hanis jadi segan sebegitu. Nampak comel sangat.
Malam semalam..
" Takkan kita nak macam ni je..." Tiba-tiba Rizman berkata begitu. Hanis yang dihujung talian pelik dengan perubahan Riz.
" Macam ni apa?" Tanyanya.
" Yela, dah nak seminggu kita couple. Takkan still guna kau aku lagi. Tukarlah..." Pinta Rizman. Hanis tersenyum gedik. Aduh, malulah pula nak bincang hal ni....
" Habis tu nak panggil apa?"
" Panggil aku b, aku panggil kau baby." Cadang Riz . Hanis dah melambakkan ketawanya di hujung talian. Kelakar dengan cadangan tersebut. Riz juga ketawa memikirkan kata-katanya tadi. Yela, masing-masing tak pernah bercinta,tiba-tiba nak panggil sebegitu. Malu dibuatnya.
" Tak naklah. Dah macam Shaqir dengan mieza. B la...baby la...ish, tak naklah." Kata Hanis. Rizman masih lagi ketawa. Dia berlalu ke balkoni rumahnya.
" Oklah...urm, apa kata panggil je aku abang. Boleh?" Hanis mengangguk tanda setuju dengan panggilan tersebut. Padahal bukannya Rizman boleh nampak pun anggukan dia tu.
" Macam mana? setuju tak yang?" Ternganga mulut Hanis mendengarnya. Yang?? Dia panggil aku sayang? OMG....aku rasa macam nak loncat-loncat je sekarang ni. Yahoo!!
" Urm..ok je." Cool dia membalas. Dalam hati, hanya tuhan yang tahu. Hehe...
*********************************************************************************************
Eyqa segera turun dari tangga hostelnya dan menuju ke kafe. Tadi di baru menerima panggilan dari papanya. Terkejut bukan main lagi tatkala papanya memberitahu bahawa dia sudah ada di kawasan poli itu. Ada apa tiba-tiba papa nak jumpa ni? Tak pernah-pernah dia datang jumpa aku.
" Papa..." Encik Azhar bangun dari duduk apabila anak daranya menghampirinya. Tangan lelaki itu dicapai dan dikucup tanda hormat.
" Eyqa sihat?" Tanya papanya. Eyqa hanya mengangguk. Kemudian dia duduk bertentangan dengan papanya.
" Kenapa papa datang sini? ada hal penting ke?" Eyqa bertanya. Encik Azhar hanya merenung wajah anak gadisnya yang satu itu. Kini barulah dia sedar bahawa selama ini dia lansung tak pernah mahu teliti dengan dekat wajah anak-anaknya selain Iskandar.
" Papa...papa nak mintak maaf." Eyqa mengerutkan dahi. Pelik dengan kelakuan ayahnya.
" Tapi kenapa tiba-tiba? Papa tak pernah pun buat salah." Luah anak gadis didepannya. Tersenyum kelat encik azhar ketika itu.
" Papa banyak buat salah...papa bersalah terhadap kamu adik-beradik. Selama ni, papa tak pernah bagi perhatian atau kasih-sayang yang sepatutnya pada kamu berdua. Papa berdosa sangat selama ni. Maafkan papa..." Jujur dia ucap segalanya. Terkejut Eyqa dengan perubahan yang tidak dijangka dari ayahnya. Dia tidak sangka ayahnya sanggup datang dari jauh semata-mata mahu meminta maaf dari dirinya. Pada ketika ini dia pandangan kedua-dua beranak itu berlaga. Eyqa diam seribu bahasa. Tak mampu nak cakap masa tu. Encik Azhar mencapai tapak tangan Eyqa yang ketika itu berada di atas meja. Tangan gadis itu digenggam erat.
" Pa..." Luah Eyqa. Ketika ini dia mahu mengalirkan air mata. Doanya selama ini akhirnya dimakbulkan oleh tuhan. Dia amat berharap agar suatu hari nanti ayahnya akan sedar dengan perhatian yang dia mahukan selama ini. Kasih sayang seorang ayah yang amat didambakan bartahun lamanya. Akhirnya tertunai jua...
" Papa...eyqa tak pernah marahkan papa. Eyqa tak pernah simpan dendam pada papa. Satu je Eyqa berharap selama ni. Eyqa cuma harapkan papa bagi sedikit perhatian pada eyqa dan abang riz sebagai seorang ayah. Alhamdulillah papa..." Kali ni air matanya mengalir jua. Tidak mampu lagi untuknya menanggung. Encik Azhar mengusap air mata yang mengalir dipipi gadis cantik itu.
"Anak papa memang baik....papa je yang bodoh selama ni tak pernah sedar. Maafkan papa ye nak." Sekali lagi dia meminta maaf. Kali ni Eyqa pula menggegam kedua-dua belah tangan ayahnya.
" Jangan cakap macam tu papa. Eyqa dah lama maafkan papa. Eyqa sayang papa..Eyqa sayang semua...please papa. Stop saying that word again. Whatever it is, you are still my father." Ikhlas Eyqa menuturkan segalanya. Bertambah terharu dan rasa bersalah menghambat dada Encik Azhar ketika itu. Betapa dia rasa malu dengan perbuatannya selama ini yang mengabaikan tanggungjawab sebagai bapa kepada Riz dan Eyqa. Mujur Eyqa pemaaf orangnya. Cuma Rizman yang dia belum jumpa lagi. Agaknya, anak lelakinya itu mahu ke memaafkannya??
********************************************************************************************
" Pasar malam?" Hanis angguk sambil tersenyum. Rizman mengerutkan dahinya.
" Jomlah....dah lama gila tak pergi." Lelaki disebelahnya dipandang dengan penuh harapan. Rizman masih lagi setia memegang stereng kereta. Keretanya diparking di tepi jalan.
" Nak buat apa je kat sana? Dah takde tempat lain ke?" Tanyanya pula.
" La, nak cari makananlah. Lagi pun teringin nak makan makanan kat pasar malam. Banyak pilihan. Please!!!!!"
" Urm...okay. Tapi kat mana pasarnya?" Terbit senyuman gembira di wajah Hanis apabila Rizman setuju dengan cadangannya. Bagi Rizman pula, cadangnya dia mahu mengajak Hanis makan malam di restoran yang sudah pun dia buat tempahan. Tapi melihatkan kesungguhan Hanis yang beriya-iya nak rasa makanan di pasar malam, ikut sajalah...
" Tadi masa lalu kat simpang sebelum surau tu ada ternampak macam pasar. Kita pergi kat situ jelah." Kata Hanis. Rizman memberikan senyuman padanya tanda okay. Tapi baru je dia nak start semula enjin, Hanis menahannya.
" Kenapa?" Rizman bertanya.
" Susahlah pula kalau abang nak pergi macam ni. Nanti menarik perhatian orang."
" La, apa pula yang menariknya?" Tanya Rizman hairan.
" Awakkan model terkenal. Corfirmlah ramai yang cam....tambah-tambah awek-awek muda. Macamlah saya ni tak biasa tengok awak dalam situasi tu. Ingat tak dulu masa kita beli rojak kat tepi jalan dekat dengan sekolah dulu. Bukan main budak-budak sekolah menengah kat situ sibuk nak bergambar dengan abang. Susahlah...." Rungutnya. Rizman tergelak kecil melihat mulut hanis yang mula muncung. Dia mencubit pipi Hanis lembut.
" Sakitlah abang. Main cubit pipi pula. Orang cakap betul apa." Tangannya mula mengusap pipi yang dicubit tadi.
" Memanglah betul. Tapi bunyinya macam ada nada jeles je. Cemburu ye dengan peminat abang?" Guraunya. Makin panjang pula muncung dibibir Hanis. Haha...comel pula Riz tengok.
" Habis macam mana ni? Nak juga ke pergi?" Riz meminta kepastian. Hanis mengetuk dagunya berulang kali memikirkan sesuatu. Apabila tercetus satu idea di mindanya, dia memetik jari.
" Ha, abang ada spek mata tak? Yang abang selalu pakai dulu tu untuk menyamar masa abang still study kat poli. Dah lama abang tak menyamar kan. Jadilah selekeh kejap macam dulu." Cadangnya.
" Amboi, suka pula kalau pakwe dia selekeh ye.. Tapi tak bolehlah nak selekeh sangat. Baju ni macam mana?" Hanis memandang Rizman yang segak memakai kemeja t-shirt berjenama dan seluar jeans. Walaupun ringkas, tapi memang boleh menarik perhatian. Ni yang susahnya kalau ada pakwe model terkenal ni. Dia menggaru kepalanya yang tidak gatal. Kemudian dia mengambil sesuatu dari beg sandangnya. Cap yang selalu dibawanya dikeluarkan. Kemudian dia memberi pada Riz .
" Nak buat apa ni?" Cap itu bertukar tangan. Rizman menelek cap jenama NY itu.
" Pakailah. Lepas tu pakai spek mata ni. Atleast bolehlah coverlah sikit."
" Hmm...ada-ada jela dia ni." Katanya. Namun tetap dipakai juga cap tersebut. Spek mata pun turut diambil. Hanis tersengih melihat Rizman yang sedaya upaya mengubah penampilannya ketika itu. Selesai sahaja pakai spek dia menoleh ke arah Hanis.
" Amacam? Okay macam ni?" Tanyanya. Hanis menunjukkan ibu jarinya tanda puas hati. Rizman mengukirkan senyuman. Baru je dia nak gerak, telefon bimbitnya berbunyi.
" Siapa?" Tanya Hanis apabila melihat Rizman yang ketika itu hanya merenung skrin handsetnya. Namun panggilan tersebut masih lagi tidak mahu dijawabnya.
" Papa..."
sweet je diorg panggil abang-sayang..haha..so sweet (^_^)