CINTA BLoGGER...32


.


Bab 32



    Tubuh yang berdiri di luar rumah hanya dipandang begitu sahaja. Eyqa pula memberi senyuman yang manis kepada tetamu yang bertandang di rumahnya, kemudian menghampiri Encik Azhar dan menyalamnya penuh hormat. Riz memandang kelakuan eyqa dengan pandangan kosong. Kemudian dia berlalu masuk ke dalam. Bapanya encik azhar tidak mampu berkata-kata. Nampaknya hati anaknya yang sorang itu memang terlalu keras untuk memberikannya peluang. Eyqa pula rasa serba salah melihat layanan abangnya terhadap bapa mereka.


  " Papa, jangan terasa sangat ek. Abang tu memang macam tu. Urm, papa masuklah dulu. Kita makan sama-sama ye... eyqa dah masak dah pun. Lagi pun dah lama tak makan dengan papa." Kata pujukan dari anak bongsunya sedikit sebanyak meredakan perasaannya. Mujurlah eyqa ni seorang yang berhati lembut.


  Encik Azhar melabuhkan punggungnya di atas sofa di ruang tamu. Eyqa pula masuk ke dapur untuk menyiapkan hidangan. Apabila dia melangkah ke dapur, kelihatan abangnya sedang duduk sambil meminum jus oren dan memandangnya tanpa kelip. Dia tahu Riz pasti amat marah ketika itu.


  " Kenapa adik buat macam ni?" Riz memecahkan kesunyian. Eyqa memberikan senyuman kecil untuknya. Tangannya lincah mencari mangkuk kemudian tom yam di atas dapur dihangatkan.


  " Buat apa?" Saja dia bertanya. Terdengar keluhan kasar dari abangnya.


  " Kenapa dia ada kat sini?"


  " Dia tu siapa?" Pertanyaan dari adiknya cukup membuatkan kemarahannya naik mendadak.


  " That's it. I'm out..." Gelas yang berisi jus itu dituang habis ke dalam sinki dan dibasuh. Dia berura-ura mahu keluar dari rumah itu dengan segera. Namun langkahnya dihalang oleh Eyqa.


  " Dia ayah kita bang. Salah ke kalau dia ada kat sini untuk makan sama-sama. Lagipun adik yang jemput papa." Eyqa berkata. Lengan abangnya digenggam kemas.


  " Abang tak suka dia ada kat sini. Setelah apa yang dia buat kat mama dengan kita, senang-senang je adik maafkan dia." Balas Riz.


  " Dia pun manusia biasa bang. Semua buat silap. Dan adik percaya, ayah dah sedar kesilapan dia selama ni. Kenapa abang susah sangat nak maafkan papa."


  " Kenapa adik kata? Huh....dia yang buat abang macam ni. Dia sendiri yang buat abang benci pada dia!" Lantang dia mengeluarkan isi hatinya. Eyqa mengeluh. Dari luar Encik Azhar dapat dengar dengan jelas. Timbul rasa sebak di dadanya. Ya, memang betul aku banyak buat silap dengan mereka.


  " Adik tahu tak selama ni dia dengan bini dia tu tipu kita, tipu mama. Diorang sanggup tipu mama ngan atuk semata-mata untuk selamatkan syarikat diorang tu. Sedangkan masa tu mama lansung tak tahu apa-apa. Sedar-sedar yang mama tahu, papa rupanya kahwin dengan mama hanya kerana duit. Duit!!" Sambungnya lagi. Terpana Eyqa ketika itu. Sungguh dia tak tahu pasal itu. Ketika itu juga, papa mereka sudah pun berdiri di pintu dapur.


  " Ye memang betul semua tu. Tapi granny kamu tak tahu apa-apa pasal hal ni dulu. Ini hanyalah perancangan papa sorang je masa tu. Tapi kisah tu dah lama berlalu. Papa tak nafikan yang papa masih lagi rasa bersalah. Malah rasa bersalah dalam hati papa ni tak pernah hilang. Cuma sebelum terlambat, cuma satu je papa minta. Mama mahukan kemaafan dari kamu berdua. Maafkanlah papa." Encik Azhar mengaku kesalahannya dengan penuh rasa sesal. Biarlah hari ni terungkai segala-galanya.  


  " Maaf? pff...senang je kan luahkan kata maaf tu. Dahlah dik, abang dah tahan duduk kat dalam rumah ni. Apa yang abang nak, masa abang balik nanti orang tua dah takde dalam rumah ni!" Kasar Riz membalasnya. Tangan adiknya yang menggegam lengannya dilepaskan dan dia mahu melangkah pergi. Eyqa pula cuba menghalang abangnya dari berlalu, namun malang tidak berbau. Entah di mana silapnya, mangkuk kaca yang diletak di sebelah dapur berhampiran dengannya terjatuh dan kakinya terpijak serpihan kaca di situ. Eyqa terjerit kesakitan. Riz pula tidak jadi melangkah keluar sebaliknya masuk semula ke dapur. Encik Azhar cepat-cepat mendekati anaknya. Kelihatan serpihan kaca tadi jauh menusuk ke dalam tapak kaki Eyqa. Dengan cepat juga dia mencempung badan eyqa.


  " Adik..." Kelu lidahnya untuk berkata lebih. Kelihatan eyqa sudah menangis kecil. Mungkin kesakitan yang dirasa amat berbisa. Kalaulah dia tak pergi tadi, takdelah adiknya nak kejar dia tadi dan pasti kemalangan itu tidak akan berlaku. Perasaan bersalah mengaburi dirinya ketika itu. Darah semakin banyak menitis di lantai. Eyqa pula setelah melihat darah yang mengalir di kakinya terus pitam. Dia memang takut melihat cecair yang berwarna marah pekat itu.

  " Riz, cepat start kereta! Kita kena bawa adik kamu pergi hospital cepat. Dalam kaca ni masuk kaki dia. Cepat!!" Jeritan dari Encik Azhar  menyedarkan dirinya. Terus kunci dia atas meja dicapai dan dia berlari keluar. 


  ' Dik maafkan bang dik...' Sempat hatinya berbisik dengan penuh rasa sesal.




    *************************************************************************************************


   Air sungai yang mengalir dengan tenang hanya dipandang sepi. Keadaan kampung yang nyaman lansung tak membuatkan hatinya berasa lega. Dia memikirkan kata-kata Pak Deris semalam.


   " Pak cik ni bukan apa Hanis. Pak cik ni diamanahkan oleh arwah bapa Fariz ni supaya carikan wanita yang sesuai dan baik untuk Fariz. Tambah pula si Fariz ni jenis malas nak mencari. Jadi pak cik tiba-tiba terfikirkan kamu bila mak kamu datang kenduri hari tu. Mak kamu pun dengan senang hati nak kamu kenal-kenal dengan anak buah pak cik. Soalnya kat sini, bukanlah pak cik nak memaksa kamu terima Fariz ni, tapi cuma nak kamu berdua kenal-kenal je dulu. Boleh ye?..." Lambat-lambat Hanis mengukirkan senyuman setelah mendengarnya. Fariz yang duduk bertentangan dengannya hanya memandangnya begitu sahaja. Sukar nak tafsir apa yang lelaki itu fikirkan tentang perkara ni.


   " Argghh!! Kenapalah dalam banyak-banyak perempuan dalam kampung ni, aku juga yang jadi mangsa ni!!" Jeritnya kegeraman.


   " Hoi, kalau ye pun nak jerit, pergilah tempat lain." Tiba-tiba ada satu suara yang menegur. Terkejut Hanis ketika itu. Dia menoleh ke kanan dan ke kiri. Namun bayang orang yang menjerit lansung tak kelihatan. Eh, siapa pula tegur aku ni...takkan hantu kut. Ish, mustahil!!


   " Si...siapa tu?" Tanyanya dengan perasaan cemas. Manalah tahu orang bunian yang balas.. Ish!!mau pengsan gak aku kat sini kang.


   " Akulah, atas ni." Balasnya. Hanis mendongakkan kepalanya. Kelihatan Fariz elok melepak di dahan pokok sambil makan rambutan.


  " Hoi, kau nak bagi aku sakit jantung ke apa?! Sejak bila kau duduk kat situ?" Marahnya. Fariz tersengih nakal. Itu pun takut.


  " Aku yang datang dulu. Dah lama aku duduk sini. Takkan tak boleh kot. Pokok ni atuk kau punya ke?" Balas Fariz. Hanis mengetap bibirnya tanda geram. Hantu tul mamat ni. Fariz melompat turun ke bawah. Lagi pun pokok tu bukannya tinggi sangat.


  " Maknanya dah lamalah kau tengok aku kat sini?" Tanya Hanis. Dilihatnya Fariz mengibas-ngibas punggungnya.


  " Takde kerja aku nak tengok kau. Aku tengok pokok-pokok dengan sungai kat sini. Tenang sikit, dari tengok kau apa yang aku dapat.." Saja dia nak bagi gadis itu bengang. Padahal dari tadi mata dia tak sudah pandang gadis itu termenung semasa berada di atas pokok. Boleh tahan lawa juga dia ni kalau pakai baju kurung. Dia menghulurkan buah rambutan yang sempat dipetik kepada Hanis. Gadis itu hanya menggeleng tanda tidak mahu.


  " Tak nak sudah." Katanya. Kemudian kembali menyuap buah tersebut ke dalam mulutnya.


  " Kenapa kau setuju?" Hanis menoleh memandangnya. Fariz masih tenang menyuarakan soalan tersebut.


  " Urm, tak tahu..." Itu je mampu dibalasnya. Takkanlah aku nak bagitahu yang aku dah bercinta dengan Ryo kut. Mahu pecah rahsia ni, naya je aku.


  " Kau pula kenapa kau setuju?" Hanis pula bertanya. Fariz menarik nafas kemudian dia mengambil tempat duduk di sebelah Hanis.


  " Ini permintaan arwah bapa aku. Kau tahu kan, ayah aku baru meninggal bulan lepas. Dia amanahkan pak cik aku untuk carikan calon yang terbaik untuk aku." Jawabnya. Matanya masih lagi memandang ke arah air sungai yang mengalir.


  " Owh, aku tak tahu. Maaf..." Tuturnya dengan perasaan simpati. Bila dapat tenung muka dia ni, not bad lah, boleh tahan juga. Hehe...eh, Hanis! Sedar sikit ye, Riz tu kau nak letak mana!


  " So, tak salah kan kalau aku nak kenal kau dengan lebih mendalam? Ke kau dah ada yang berpunya?"


  Hanis terdiam. 'Memang dah ada pun. Si Ryo tu...dia tu lah pakwe aku.'  Itu dalam hati, dari mulut dia...


  " Eh, mana ada. Aku still single." Aduh! Kenapalah mulut aku ni tak boleh ikut kata hati!


  " Baguslah kalau macam tu.  Lega sikit aku. Takdelah aku ambil hak orang kan." Balasnya sambil tersenyum. Terpana Hanis melihat senyuman dari Fariz. Sungguh, inilah first time dia melihat lelaki itu senyum penuh ikhlas. Selama ni, jurugambar yang dia kenali itu sifatnya sentiasa serius.


  " Err..ha'a." Itu je mampu keluar dari bibir gadis tersebut.


  " Dah lah tu, hari pun dah nak maghrib ni. Jomlah, aku hantar kau balik. Bising pula mak kau nanti." Fariz mempelawa Hanis. Dia bangun dan berjalan pergi. Hanis pula mengekor di belakang lelaki tersebut. 


  Sampai sahaja di rumah, kelihatan Puan Zainab sedang menyapu laman rumah. Jue juga turut ada di situ membantu ibunya membakar daun-daun kering yang dikumpulkan. Puan Zainab tersenyum lebar melihat anaknya berjalan seiring dengan Fariz. Hmm, bagus ni. Nampaknya berjalan lancar plan dia menyatukan anaknya dengan Fariz.


   " Assalamualaikum mak cik..." Sapa fariz dengan penuh sopan.


   " Waalaikumussalam. Dari mana ni Fariz?" 


   " Dari sungai tadi. Saja je jalan ke sana. Dah lama tak berjalan ke sana. Terserempak pula dengan Hanis ni. Tu yang saya hantar dia balik sekali ni." Balasnya. Hanis pula berjalan ke arah adiknya.


   " Hai kak, baru pak deris kenalkan semalam dah pergi dating ke??" Gurau Jue. Dia tergelak kecil apabila kakaknya menjengilkan mata.


   " Banyaklah kau!...akak kebetulan je jumpa dia kat sungai tadi. Dahlah, baik akak masuk mandi. Lagi bagus!" Jumaidah melihat kakaknya berlalu pergi masuk ke rumah. Laju betul kakak dia berjalan. Hahaha, malulah tu.




    ********************************************************************************************




      Dari tadi lagi meminjamkan telinga untuk mendengar segala cerita dari Rizman. Selepas solat isyak tadi dia mendapat panggilan dari teman lelakinya itu. Sangkanya inilah peluang terbaik untuknya menceritakan apa yang terjadi padanya pada Riz, namun sebaliknya yang dia dapat kali ni adalah mendengar masalah yang menimpa Riz. Kesian pula dia mendengarnya. Takkanlah nak sesakkan kepala Riz dengan masalahnya pula. Hmm, biarlah dulu. Nanti nati kalau ada masa yang sesuai aku akan ceritakan segalanya pada Riz.


   " So, macammana dengan Eyqa? Dia dah ok?" Tanya Hanis prihatin.


   " Dia dah okay dah. Ada dalam bilik. Sheera ada juga kat sini. Temankan dia. Atuk dengan granny pun baru je balik lepas tengok dia. Dari tadi lagi dia tak nak cakap dengan abang. Abang rasa bersalah sangat. Kalaulah abang tak pergi dari dapur masa tu, mungkin dia takkan kejar abang dan mungkin juga mangkuk kaca tu takkan jatuh. Semua ni salah abang." Luahnya dengan penuh sesalan. Selama ini dia cukup menjaga adiknya. Dia takkan bagi sesiapa pun menyakiti adik kesayangannya itu. Sekarang ni, sebaliknya, dialah punca kaki eyqa cedera terpijak kaca.


   " Abang, tak baik cakap macam tu,benda nak jadi. Kita tak boleh jangka. Abang janganlah rasa bersalah. Mungkin bukan sebab ni dia merajuk. Mungkin ada sebab lain..." Hanis berkata.


   " Sebab lain? sebab apa?" Tanyanya pula.


   " Manalah ayang tahu. Cuba abang slow talk dengan dia, tanya elok-elok. Jangan cepat buat conclusion sendiri." Cadangnya. Riz di hujung talian hanya mendiamkan diri memikir kata-kata dari Hanis.


   " Abang, ayang tak boleh lama ni. Mak panggil tu. Nanti orang mesej k. Oklah, good nite. Assalamualaikum." 


   " Waalaikumussalam.." Talian dimatikan. Dia keluar dari bilik. Kebetulan pada masa itu Sheera juga keluar dari bilik sebelah, bilik Eyqa sambil membawa dulang berisi makanan.


   " Dia makan tak?" Tegur Riz. Sheera hanya menggeleng lemah.


   " Lansung tak nak makan?" Tanyanya lagi.


   " Sesudu pun tak nak. Sampai sejuk dah bubur ni aku pujuk dia. Urm, nampak gayanya kali ni dia betul-betul merajuk. Kau cubalah masuk, cakap dengan dia. Aku nak pergi bawa bubur ni ke dapur. Manalah tahu kalau-kalau dia nak makan nanti, panaskan je balik." Rizman melihat Sheera melangkah ke dapur. Kemudian dia memandang pintu bilik adiknya. Dengan rasa berat hati, tangannya mengetuk pintu tersebut dengan perlahan.


   " Masuk..." Eyqa bersuara. Lambat-lambat dia memulas tombol pintu dan membukanya. Nampak je muka abang dia terjengul di pintu bilik, Eyqa menarik selimut dan menutup seluruh tubuhnya. Saat ni dia memang marahkan abangnya. RIzman melangkah menghampiri adiknya. Dia duduk di hujung katil.


  " Buat apa abang masuk. Keluarlah!" Tegas eyqa bersuara di sebalik selimut yang menutupi wajahnya.


  " Maafkan abang adik. Abang tahu abang bersalah. Kalau tak sebab abang bertegas nak pergi masa tu, takdelah adik terlanggar mangkuk kaca tu tadi. Abang minta maaf ye.." 


  " Pff, senang je nak minta maaf kan.." Ringkas dibalas, namun cukup tajam kata-kata itu menusuk pendengarannya.


  " Abang ikhlas dik minta maaf. Sungguh, abang rasa bersalah sangat-sangat. Maafkanlah abang dik....adik cakap je adik nak apa, abang akan usahakan cari untuk adik." Puas dia memujuk.


  " Macammana abang rasa sekarang ni?" Soalan yang keluar dari bibir adiknya membuatkan dia mengerutkan dahi. 


  " Macam mana apa ni?" Tanyanya semula.  Eyqa bangun dari baring dan duduk menghadap abangnya.


  " Kalau adik takkan maafkan abang untuk seumur hidup, macammana abang rasa?" Dia mengulang pertanyaan tersebut dengan lebih jelas.


  " Dah tentulah hidup abang takkan tenang untuk selama-lamanya. Dan seumur hidup abang akan rasa bersalah."


  " Tahu pun..." Eyqa memberikan sengihan sinis.


  " Kenapa ni dik? Please forgive me..."


  " Untuk pengetahuan abang, adik tak pernah rasa marah kat abang, apatah lagi nak berdendam. Sebabnya abang tahu kenapa?"


  " Betul ni adik tak marah abang? habis tadi tu apa?"


  " Itu cuma lakonan dari adik je.  Adik nak abang rasa apa yang papa rasa. Macam yang abang cakap tadi, abang tak akan tenang hidup dan menyesal seumur hidup. Macam tu jugalah apa yang papa rasa sekarang ni." Terpinga-pinga dia mendengar kata-kata dari adiknya.


  " Tapi papa lain....papa teruk!"


  " Abang!!"


  " Betul apa abang cakap. Pernah tak selama ni dia tunjukkan kasih sayang dia kat kita? Pernah tak dia ambil berat pasal kita? Pernah ke dia luangkan masa dengan kita?"


  " Itu semua dah lepas bang. Sebagai seorang ayah, dia dah sedar segalanya. Dia dah sedar kesilapannya. Salah ke kalau kita buka sikit peluang untuk dia menebus segalanya." Tangan Riz dicapai dan digenggam lembut. Matanya bertentang dengan mata abangnya.


  " Apa pun yang terjadi, abang tak boleh nafikan yang dia tu ayah kita bang. Sebanyak mana dosa dia, sebanyak mana kesilapan dia, seteruk mana dia tu, dia ayah kita. Bapa kandung kita. Mama tak pernah ajar kita untuk bersikap kurang ajar macam ni bang. Mana perginya sifat abang yang penyayang tu..." Mata Eyqa ditatap penuh kusyuk. Kelihatan ada air jernih yang mengalir di pipi gadis itu. Cepat-cepat dia mengelap air mata di pipi adiknya itu.


   " Bayangkan abang, kalaulah papa dah takde, bila masa lagi abang nak beri kemaafan padanya? Bila lagi abang nak minta maaf pula pada padanya. Kalau masa tu dah terjadi, abang jangan sesekali tunjukkan perasaan sesal tu depan eyqa dan mama. Jangan pula masa tu, abang terhegeh-hegeh nak minta maaf kat papa. Dah terlambat pun abang masa tu... cubalah abang fikirkan dengan lebih mendalam. Dia ayah kita abang. Berdosa besar bagi seorang anak yang lansung takde sifat maaf untuk ibu bapanya. Lagi lama abang pendam perasaan bersalah tu, makin teruk jadinya bang. Eyqa tak nak abang menyesal...." Sambungnya lagi. Kata-kata dari Eyqa menusuk ke dalam hatinya. Memang benar semua yang dicakapnya itu.


   " Abang, berdoalah banyak-banyak abang....berdoa pada tuhan supaya hati abang tu dapat dilembutkan. Jangan jadi pendendam. Rizman yang adik kenal adalah seorang yang baik hati. Jangan berdendam dengan darah daging sendiri. Tolonglah abang, fikirkan semua tu. Sebab adik sayangkan abanglah adik buat macam ni. Please..." Rayunya. Rizman hanya mendiamkan diri. Lama-lama dia mengangguk perlahan dengan rasa yang berat.  Dari luar, Sheera berdiri di sebalik pintu dan mendengar segalanya. Terbit senyuman dari bibirnya. Harapannya agar keluarga itu bersatu. Lagi pun dia sudah pun mengaggap keluarga eyqa ibarat keluarganya. Minta-mintalah Riz sedar akan semuanya itu, semoga tuhan melembutkan hati lelaki tersebut tersebut. Doanya dalam hati.