CINTA BLoGGER....31


.


Bab 31




     " Kak, mak suruh akak mandi dulu. Lepas tu bolehlah makan sama-sama." Kata Jue kepada kakaknya. Hanis hanya mengangguk. Sambil itu matanya kusyuk membaca surat khabar yang berada di atas meja itu.


    " Kak, kenapa balik tak bagitahu?" Soal jue. Hanis hanya tersengih tanpa memandang adiknya. Saja dia nak buat suprise sebenarnya. Maklumlah, esok merupakan hari jadi ibu tercinta. Sebagai anak yang baik, dia sanggup merayu akak kat kaunter bas tu supaya dia dapat juga pulang hari ni. Mujur akak kat kaunter bas tu tolong dia, dah macam orang tak betul dah masa dia minta bantuan akak tu. 


    " Kak, nak tahu something tak?"


    " Hmm, pe dia?"


    " Hari tu, mak dengan adik pergi rumah pak deris. Dia buat kenduri doa selamat. Akak tau tak, masa tu adik terdengar something tau. Mak dengan Pak deris macam ada plan sesuatu je.." Beria-ria gadis comel itu bercerita. Hanis mengerutkan dahinya. Plan pe plak ni?


   " Pak Deris cadang nak kenalkan akak dengan anak sedara dia dari KL."


   " Haish kau ni dik. Kau salah dengar tak...." Sangkalnya.


   " Pe pula salah dengarnya. Betullah, orang tak pekak lagi tau."


   " Habis tu mak cakap apa?" Tanyanya.


   " Mak pun setuju jela. Mak kata tak salah pun..."


   " Hah, mak kata macam tu?! Ish, biar betul mak ni..." Hanis dah mula tak senang duduk. Aduh, kenapa pula boleh jadi lagu camni. Di sebalik dapur emaknya dah siap-siap dengar perbualan dua orang anak daranya itu. Terus dia melangkah ke ruang tamu mendekati kedua-keduanya.


   " Betullah tu apa yang adik kamu kata tu.." Sergah ibunya yang tiba-tiba muncul dari dapur. Tersentak Hanis dibuatnya. Jumaidah disebelah dah tersengih-sengih. Ceh mak ni, dengar aje...


  " Mak! kenapa mak setuju?" Tanya Hanis dengan nada yang amat tak puas hati.


  " La, kenapa pula tak boleh. Kamu tu single lagi, anak sedara pak deris pun single lagi. Lagi pun bukannya mak nak suruh kamu kahwin dengan dia, kenal-kenal je dulu. Lagi pun mak dah tahanlah asyik dengar pasal gosip kamu dengan bos kamu tu, sape tu, roro?ha!"


  " Ryo la mak, bukan roro." Hanis membetulkan kesilapan ibunya.


  " Ha, pape jela. Bolehlah ye. Kamu kenal-kenal je dulu. Lagi pun mak dah tengok muka budak tu, boleh tahan hensem. Kalau kamu sayang mak, kamu kenal je dulu dengan budak tu ye. Bukannya mak paksa kamu terus nikah pun. Kenal-kenal je..." Aduh mak ni, dah pula dia sentuh soal sayang-sayang ni. Ni yang aku lemah ni. Nak tak nak, Hanis anggukkan juga kepalanya tanda setuju. Tersenyum gembira Puan Zainab menerima reaksi dari anak sulungnya. 


  " Macam tulah anak mak....hmm, malam ni pakai lawa-lawa sikit. Keluarga pak deris dengan budak tu nak datang rumah kita untuk makan malam sama-sama. Kebetulan pula mak sembang dengan pak deris kat telefon tadi, ada pula anak sedara laki dia baru balik semalam. Jadi mak pun ajaklah diorang makan malam sekali." Wallaweh, tak cukup satu kejutan, boleh pula mak aku tambah lagi satu. Ish, ni bukan aku yang nak buat suprise kat mak aku dah ni, sebaliknya aku pula yang dapat suprise. Aduh, pusing-pusing....




     *******************************************************************************************




   Satu persatu pakaian dan dress di situ dia belek. Namun satu pun lansung tak menarik perhatiannya. Dia menoleh ke belakang, kelihatan Adam duduk di sofa yang berada dalam butik itu. Dari riak wajah lelaki itu, terpancar kebosanan. Sarah mengeluh perlahan.


  " Cik Sara, dress ni koleksi terbaru. Rugi tau kalau cik sara tak cuba. Memang sesuai sangat dengan cik." Cadang salah seorang pelayan butik itu. Sara memandang dress yang dipegang oleh gadis didepannya. Bukanlah tak cantik pakaian tersebut, cantik sangat. Tapi entah kenapa, dia lansung tak tertarik pada dress tersebut. Dia mengambil dress tersebut dan berjalan menghampiri Adam.


  " Adam, lawa tak dress ni?" Saja dia mahu mengumpan perhatian lelaki tesebut. Adam melihatnya, kemudian mengangguk sambil tersenyum.


  " You ni kenapa? Macam bosan je..." Luah Sara tak puas hati.


  " I bukan bosan, i cuma penat. Semalaman i study, next week dah nak final test dah." Jujurnya.


  " Hmm, kalau keluar dengan Hanis boleh pula you happy je. Dengan i susah sangat nak tengok you senyum kebelakangan ni." Katanya. Adam tertarik dengan kata-kata teman wanitanya itu. Aik, takkan jelous kut..


  " La, ke situ pula you ni. Kenapa pula tiba-tiba kaitkan pasal hal Hanis ni. Dia takde kena mengenalah dalam hal ni." Bantah Adam. Sara mula naik angin apabila Adam cuba mempertahankan Hanis walaupun hanyalah dalam perbincangan.


  " Tengok tu...you dah mula sukakan Hanis kan? Sebab tu you back up dia." Tuduhnya dengan nada yang agak tinggi. Adam meraup mukanya. Dia melihat sekeliling butik. Segan dirinya apabila sesetengah pekerja di situ bersama pelanggan memandang ke arah mereka berdua. Pergelangan wanita itu dicapai dan ditarik supaya keluar dari butik itu. Sara sedaya upaya cuba melepaskan dirinya dari diseret oleh Adam. Terasa makin kuat lelaki itu menggegam tangannya. Mungkin lelaki itu sudah mula geram dengan perbuatannya.


  " Let me go Adam! It's hurt!..." Terus Adam melepaskan genggaman tersebut. Jelas kelihatan urat tegang di lehernya. Sungguh dia rasa malu dengan perbuatan Sara tadi di dalam butik.


  " Puas hati you malukan i depan orang ramai?!" Adam berkata. 


  " Buat apa you nak malu? hei, ke memang betul you dah mula sayangkan Hanis. Owh, sebab tu you malu?" Tuduh Sara lagi. Sekarang ni dia dah tak dapat nak kawal baran dia dah. Begitu juga dengan Adam.


  " Stop it Sara. Apa yang you nak sebenarnya ni?"


  " I nak kebenaran!"


  " What?!" Terpinga-pinga Adam mendengarnya. Kebenaran apa pula ni?


  " You hear me right, i said i want the truth now. Tell me Adam, do you love me? or did you love Hanis?"


  " Ha, what are you talking about? Sara...of course i love you, and you know that right. What were you thinking?" Kata Adam. Dia pelik dengan soalan tersebut.


  " I...i cemburu. I tak suka tengok you rapat sangat dengan Hanis."


  " Is that all? just because of that? Come on sayang, i takkan sesekali sayangkan perempuan lain lebih dari i sayangkan you. Hanis tu kawan  rapat je sejak dari sekolah dulu. And you know that right. So, kenapa perlu you nak pertikaikan semua ni?" Sara mula sedar akan kebenaran kata-kata dari Adam. Bukanlah dia tak percayakan lelaki tersebut, tapi entah kenapa hati dia mula berasa curiga.


  " I dont know...it just that day. I saw you with her, hugging each other."


  " The day that she accidentally fall on the floor at my cafe?" Tekanya. Sara hanya mengangguk. Adam mula ketawa apabila hanya disebabkan perkara tersebut, boleh membuatkan Sara cemburu.


  " Kenapa gelak? I serius ni..." Marah Sara. 


  " You ni, itu hanyalah kemalangan. Dan masa tu, semua tu tindakan refleksi dari i je. I dapat rasakan dia akan cedera kalau i tak sambut dia masa tu. Tapi i sumpah, i takde rasa apa-apa pun masa tu." Jujurnya dengan mengangkat tangan sebelah kanan, seolah-olah bersumpah atas kebenaran yang baru dinyatakan.


  " Betul?" Sara meminta kepastian.


  " Betullah sayang..." Adam berkata dengan yakin. Sara mula tersenyum malu memikirkan tindakannya tadi. Tangan Adam dicapai. Dia memberikan senyuman manja sambil memandang lelaki tinggi lampai tersebut.


  " Tapi, boleh tak you tunaikan permintaan i ni kalau you betul sayangkan i." Tiba-tiba Sara berkata begitu. Adam mengerutkan dahinya. La, pe pula kali ni.


  " I hope after this, you kurangkanlah aktiviti you tu asyik keluar dengan Hanis. I tak berapa suka you rapat dengan dia. I know she's nice. Tapi bila i tengok you rapat dengan dia buat i rasa jelous. Boleh?" Lama pandangan mata mereka bertaut. Adam mula memikirkan permintaan kekasihnya itu. Tidak lama kemudian dia hanya mampu menganggukkan kepalanya. Kalau itu yang boleh buat hubungan mereka kekal, tak salah untuknya berbuat begitu. Terbit senyuman lega di bibir mungil Sara. Dia gembira kerana pergaduhan kali ini tidak berpanjangan. Bukanlah dia tak sukakan Hanis, jauh sekali dia mahu membenci gadis itu. Cuma, dia kurang senang melihat kemesraan antara Hanis dengan Adam.




     **************************************************************************************************


  
   Lama Hanis melihat telefon bimbit yang berada di atas meja mekap. Dari tadi dia teragak-agak sama ada mahu menelefon Rizman untuk memberitahu permintaan ibunya. Walaupun ibunya cuma meminta dia berkenalan dengan lelaki yang belum pernah dia jumpa, dalam dirinya terbit perasaan rasa bersalah kerana tidak memberitahu teman lelakinya. Agak-agaknya apalah reaksi Riz kalau dengar pasal hal ni. Hmm, tapi dia tak boleh juga bagitahu family dia bahawa dia dah mula bercinta dengan Riz. Buat masa ni dia mahu merahsiakan perhubungannya. At least sampailah dia habis study hujung tahun ni. Lagi pun dia tahu, mak dia tak berapa berkenan sangat dengan Riz. Ni semua pasal gossip tak guna sebelum ni. Huh...


   " Kak, cepatlah siap. Tetamu dah sampailah. Asyik termenung je. Cepatlah, mak dah panggil tu suruh pergi ruang tamu." Sergah adiknya di muka pintu. Tersentak dia ketika itu. Kurang asam boi betul budak kecik ni. Nasib baik aku takde sakit jantung. 


   " Eh kau, sini sat..." panggilnya. Jue dengan muka tak bersalah masuk kebilik dan duduk di katil kakaknya. Hanis bangun dan mencubit pipi adiknya. 


  " Aduh kak, pe ni! Sakit ar..." Jue memarahi kakaknya. Hanis tergelak kecil. Tulah padahnya, suka sangat masuk bilik orang tak ketuk pintu.


  " Lain kali buatlah macam tu lagi. Suka sergah akak macam tadi kan. Ha, padan muka." Katanya sambil mengangkat ibu jari tangan kanan. Muncung mulut jue sambil tangannya tak habis-habis mengusap kesan cubitan tersebut. Apalah nasib aku ni. Asyik jadi mangsa cubit je dalam family ni.huhu...


  " Dahlah tu kak, jomlah keluar. Nanti lagi bising mak tu..." Ajak jue. Hanis mengekor dari belakang. Handsetnya sengaja ditinggalkan di atas meja. Biarlah dulu, lepas ni dia akan menelefon Rizman dan beritahu segalanya.


  Mereka berdua melangkah keluar dari bilik dan berjalan ke ruang tamu. Kelihatan Pak Deris dan isterinya, Mak munah sahaja yang berada di situ bersama ibunya. Hanis mengerutkan dahi.  Tadi kata anak sedara laki dia datang sekali. Takde pun...


  " Hanis, meh sini...duduk sebelah mak cik ni." Mak munah memanggilnya. Hanis menyalam Pak Deris kemudian dia menyalam Mak munah pula sebelum duduk sebelah wanita yang berusia 50-an itu.


  " Dah lama Mak munah tak nampak Hanis. Makin berseri anak dara kau Zainab oit." Malu-malu Hanis menerima pujian tersebut. Jue pula buat aksi loya kat sebelah ibunya. Serilah sangat!!


  " Ha, kamu ni kenapa jue? Nak termuntah ke? Hmm, ada je budak ni tau. Pergi dapur buatkan air untuk tetamu ni." Arah Puan Zainab terhadap anak bongsunya. Jue menarik muka masam. Ni yang malas ni....huhu. Nak tak nak terpaksa jugalah dia melangkah dengan malas menuju ke dapur.


  " Hanis bila habis belajar?" Tanya Pak Deris.


  " Insyaallah hujung tahun ni pak deris." Jawabnya. Sambil tu matanya tak lepas-lepas meninjau sekeliling ruang tamu. Manalah tahu kot kot anak sedara pak deris ni main sorok-sorok.


  " Ha abang Deris, mana anak buah kesayangan bang deris tu? tak datang sekali ke malam ni?" Tanya Puan Zainab. Tak sabar pula nak tengok depan-depan muka lelaki tersebut.


  '' Adalah tu kejap lagi. Sabarlah kejap. Dia kata tadi nak solat isyak dulu kat surau. Nanti dah habis nanti dia terus datang sini." Balas Pak Deris. Hanis tersenyum pahit. Kalau tak datang lagi bagus...bisik hatinya.


  " Assalamualaikum!" Laung seseorang dari luar rumah. Saat tu, Hanis tiba-tiba rasa berdebar.  Alamak, dia dah sampai ke? aduh, nampaknya permintaan aku tak dimakbulkan pula malam ni.


  " Waalaikummussalam..." Jawab mereke bertiga serentak. Puan Zainab bangun dan berjalan ke pintu rumah. Dari dalam rumah, Hanis dapat mendengar derapan kaki lelaki tersebut melangkah menaikit tangga rumahnya.


  " Dah sampai pun dia, meh la masuk." Pelawa ibunya. Hanis hanya menanti dengan penuh debaran. Dia mahu melihat wajah anak sedara Pak deris ni. Saat lelaki itu melangkah masuk ke rumah, matanya bertemu dengan pandangan mata Hanis. Kedua-duanya menunjukkan rekasi terkejut. Masing-masing terpana.


 " Kau..." Kata lelaki itu sambil menunjukkan telunjuknya ke arah Hanis.


 " Fariz..." Terluah nama itu dari mulutnya. Sungguh dia terkejut. Siapa sangka, rupa-rupanya anak sedara Pak Deris ni rupa-rupanya Fariz. Fariz si jurugambar yang selalu bekerjasama di agensi tempat Rizman bekerja. Fariz yang kadang kala sering naik angin dengan Rizman. Dan sekarang, ibunya dengan pak deris bercadang mahu dia berkenalan dengan lelaki tersebut. Ya Allah, apa semua ni?.....












*jeng3x....alhamdulillah,ade gak entry kali ni.curi2 sikit masa sambung novel ni..hehe..enjoyXD


   










  


  


  

  1. yeah..mmg enjoy baca this entry..tp why xde scene anis and ryo?? (-__-')

  1. hehe...xpe2,next entry ryo ade..d0nt worry,her0 kan..hahaXD