CINTA BLoGGER....37


.

Bab 37




     Sara masih menatap kontrak yang baru diterima tempohari. Tawaran bekerja dengan agensi yang lebih terkenal membuatkan dia sukar membuat pilihan. Shaqir dan Mieza yang duduk dihadapannya memandang gadis itu yang dari tadi senyap.

    " Hei babe, what's wrong? You should be happy you know." Mieza memulakan bicara. Sara tersenyum pahit.

    " I don't know if i should accept this offer.." Katanya.

    " Hei Sara, ni peluang besar tau. Bukan senang kau nak dapat offer macam ni." Shaqir meyakinkan dia.

    " Hmm, cakap cakap juga. Mana Adam? Bukan dia kerja part time ke kat sini sara?" Mieza bertanya. Sara diam. Pertanyaan tadi lansung tak dijawab.

  Shaqir menjeling aweknya disebelah, kemudian dia mencuit bahu mieza. " Kenapa tanya macam tu?" Katanya.

    " La, salah ke bertanya. Selalu kita datang lepak kat sini mesti Adam pun join." Balasnya.

    " Aku, aku dah putus dengan dia..." Tiba-tiba Sara bersuara. Mieza dan Qir terkejut mendengarnya. Hai la, selama ni mesra bukan main, putus balik.

    " Again?" Terkeluar ayat tu dari bibir Mieza. Shaqir menepuk dahinya. Mieza yang menyedari dirinya tersasul menyebut benda yang tak sepatutnya menutup mulut.

    " Sorry sara.." Gadis itu meminta maaf.

    " No, it's ok. Aku yang buat keputusan macam tu."

    " Tapi kenapa?" Tanya Shaqir.

    " Kami gaduh pasal kontrak ni. Aku dah decide untuk terima tawaran ni, tapi bila aku bagitahu dia, dia marah aku balik. Dia cakap kalau aku betul sayangkan dia, dia suruh aku tolak tawaran ni. Yang lagi sedihnya dia sendiri mengaku kat aku yang dia tak tahan awek dia kerja dia sebagai model. Tapi dia tak faham impian aku. Aku nak jadi model terkenal. Itu impian aku." Luahnya kesal. 

    " Hmm, aku tak tahu nak cakap apa Sara. Tapi takkanlah semata-mata hal ni sampai nak putus. Kau kan sayangkan dia. " Shaqir berkata.

    " Memang aku sayang dia, tapi dia tak faham aku. Aku dah naik bosan dengan tahap jelous dia yang tak menentu tu. Dah tahu aku kerja dalam bidang ni, patutnya dia cuba yakin dengan aku. Sepanjang kami bersama, kitorang asyik gaduh bila babitkan hal kerja aku." Jelasnya lagi. Mieza meletakkan sebelah tangannya di atas bahu Sara dan diusap perlahan supaya temannya itu bersabar.

    "  Sebab tu aku buat keputusan ni. Aku yakin dan aku tekad aku akan pergi ke Paris next month. Tawaran ni hanya datang sekali seumur hidup. Aku tak mahu lepaskan peluang ni hanya semata-mata mengikut kehendak dia. Ini hidup aku, dan dia tak berhak nak decide aku patut terima atau tak." Jelasnya menahan marah dan juga sedih bila memikirkan Adam.

    " Tapi kau still sayang dia kan. Kau sendiri tak boleh tipu hal tu..." Kata-kata dari Mieza ada benarnya. Dia cuma memberikan senyuman kecil pada mereka berdua demi menyembunyikan perasaan dia.  Ya, aku sayang dia...


    ************************************************************************************************


   " Abang Riz..." Lelaki itu berpaling memandang gadis remaja di sebelahnya. Dia dan Jue duduk di atas rumput menghadap ke sungai. Sebenarnya Rizman saja datang ke situ waktu petang-petang macam ni. Dia berasa tenang bila berada di kampung Hanis. Maklumlah, dia sendiri tak pernah nak rasa hidup dalam suasana kampung ni. Sedang dia duduk di situ seorang diri tadi, tiba-tiba Jumaidah menegurnya dari belakang. Katanya dia dari rumah kawannya dan kebetulan lalu disitu. Bila nampak kelibat Ryo, dia membuat keputusan untuk menegur lelaki tersebut. Dan Rizman mengajaknya lepak bersama.

   " Kenapa abang pilih kakak?" Tanya jue. Dia betul-betul nak tahu perkara tersebut. Kakak dia tu bukanlah cun macam artis atau pun model.Tapi, dia sering tertanya-tanya kenapa kakaknya menjadi pilihan model kacak tersebut.

   " Kenapa nak tahu?" Soalan dibalas soalan. Jue tersengih.

   " Mestilah nak tahu. Dia kan kakak kesayangan jue. Abang Riz bagitahu jela kenapa?"

   " Sebab dialah satu-satunya perempuan yang dapat jatuhkan ego abang dan juga dia jugalah satu-satunya gadis yang selalu berani cari gaduh dengan abang." Jawapan itu membuatkan Jumaidah gelak besar.

   " Apalah abang ni, takkanlah sebab tu..."

   " Haha, betul lah. Lagi satu, abang pilih Hanis tu sebab abang yakin she's the one for me." Jujurnya. Pandangannya masih lagi menghadap air sungai yang mengalir tenang. Jumaidah memandang mata Rizman lama. Apabila melihat mata lelaki tersebut, dia tersenyum. Dari situ dia boleh nampak jawapan yang mahu dicarinya. Bukan apa dia bertanya. Dia cuma mahu kenal dengan lebih rapat lelaki tersebut. Lagi pun dia tak mahu kakaknya silap dalam membuat pilihan. Tambahan pula, lelaki tersebut merupakan lelaki pertama yang dapat mengetuk pintu hati kakaknya. 

   " Abang Riz..." Panggilnya.

   " Hmm..."

   " Apa yang abang suka pada diri kakak tu?" 

   " Everything..."

   " Sekali dengan perangai dia yang suka mencubit orang tu?" Celahnya.

   " Yup...that's too. Even sakit kena cubit pun."

   " Abang ni memang pelik..." Balas jue. Ceh, apalah bakal abang ipar aku ni, itu pun dia suka. Aku paling tak suka bab tu lah. Akak tu kalau bab cubit orang, sakit wei kalau kena...tsk tsk tsk... Rizman pula hanya tergelak mendengar jue berkata begitu tentang dirinya.

   " Abang Riz tak takut ke dengan karier abang bila abang dah kahwin nanti? Abang betul-betul dah sedia ke nak hadapi semua ni? Abang tak takut tergugat."Tanyanya lagi. Rizman tersenyum.

   " Buat apa perlu takut sedangkan abang yakin dengan jalan yang abang pilih." Jawabnya tenang.

   " Erm..." 

   " Dahlah tu, jangan nak erm sangat. Jom balik. Bising mak cik nanti. Dah nak maghrib ni. " Rizman bangun dan menanti gadis tersebut bangun dari duduk. Mereka jalan seiring pulang ke rumah sebelum senja menutup tirainya.


    ************************************************************************************************

  
   Sudah seminggu Hanis dan Rizman  pulang dari kampung. Kini tugasan  Hanis sebagai pelajar dan juga pembantu peribadi pada Ryo berjalan seperti biasa. Lagi pun cuma lagi sebulan dia akan menghadapi final exam di akhir semester. Dan itu juga bermakna, lepas sahaja dia tamatkan pengajian, rombongan merisik dari keluarga Rizman akan datang. 

   Berita itu sudah pun diberitahu kepada ahli keluarga tedekat termasuklah Eyqa dan juga keluarga tiri Rizman. Abang tiri Rizman, Iskandar dan isterinya, Fathiha senang sangat dengan berita tersebut, tetapi Puan Mariam pura-pura suka dengan hal itu, sebaliknya dia merasa benci yang amat melihat anak tirinya hidup bahagia. Ibu kepada Ryo dan Eyqa, puan Shazlin akan pulang ke tanah air pada bulan hadapan untuk turut serta dalam urusan pertunangan dan perkahwinan anaknya. Dia sendiri terkejut apabila anak sulungnya itu menyuarakan hasrat mahu bertunang sekejap sahaja dan mahu terus menikahi Hanis selepas seminggu mereka mengikat tali pertunangannya nanti. Katanya sendiri, tak elok bertunang lama-lama. Tergelak Puan Shazlin bila mendengarnya. Baginya apa yang boleh membuatkan anak lelakinya gembira, dia juga akan bahagia.
  

   " Is it really true that you are gonna marry your PA?" Sara menegur Ryo yang ketika itu baru sahaja selesai shooting. Ryo hanya angguk mengiyakan sambil tersenyum.

   " Wow, that was really shocked news for me..." 

   " Haha, apa yang nak terkejutnya Sara. Dah itu pilihan I. Mana you tahu ni?" Tanya Ryo.

   " Well, media of course. Dah tersebar dah pun. You dah jadi tumpuan media sekarang, termasuk bakal wife you. "

   " I'm sure we can handle that. Cuma, i tak sangka pula berita ni cepat betul tersebar. Baru last week i pergi jumpa mak dia cakapkan hal ni. Pandai betul kan wartawan ni, cepat je tahu." Katanya.

   " pfft, you ni famous....no wonder kalau pasal hal penting macam ni media akan cepat tahu. Tapi, you sure this is what you want Ryo? Tak menyesal nanti?" Sara menduga.

   " Yup and i choose that way. Perkataan menyesal takkan wujud dalam diri ni Sara kalau dia yang i pilih. I cuma akan menyesal kalau i lambat bertindak." Balasnya.

   " Really? well, i'm happy for you Ryo. Kalau ni keputusan yang you nak buat, i sebagai teman sekerja you akan sokong dari belakang." Rizman tersenyum senang mendengarnya. Sara juga  senyum padanya.

   " So, i heard about the offer you got. Macam mana?" Giliran Ryo pula bertanya.

   " I akan pergi.." Balasnya ringkas.

   " Adam?"

   " His my history now.." Tersentak Rizman mendengarnya. Namun dari raut wajah Sara, dia faham apa yang dirasai wanita tersebut.

   " Owh, okay. Whatever it is, good luck bila kat sana nanti. You kira beruntung boleh bekerjasama dengan agensi luar negara. " Ucapnya.

   " Thanks, ala you ni Ryo. You pun pernah kan dapat offer untuk bekerja dengan agensi yang lebih terkenal kat luar negara, tapi you yang tolak. Rugi you tahu... Ni first time i dapat offer macam ni, that's why i tak nak lepaskan peluang yang ada. Ni impian i untuk mencipta nama sebagai model terkenal. " Rizman tergelak kecil mendengarnya. 

   " I tolak bersebab. Lagi pun i bukan nak kejar popular Sara. I cuma sayang nak tinggalkan agensi ni. Lagi pun i banyak terhutang budi dengan Firdaus. Dia banyak tolong i. Tapi kalau itu betul impian you, i doakan yang terbaik untuk you kat sana. Cuma nanti bila i kahwin nanti, you mungkin tak dapat hadir kan?"

   " I guess i can't. But, i'll try..." Kata Sara.


    *************************************************************************************************


 ' Ni yang aku tak suka ni. Aduh, ni semua salah Riz!! Kalau tak sebab dia  bagitahu mak yang nak sangat tunang dengan kahwin dengan aku tu, berita ni takkan cepat tersebar..arghh!! Sabar hanis..sabar..just keep smiling. Semua dari tadi asyik pandang kau...' Bisik hatinya.

  " Hai Hanis, can we sit here?" Tegur dua gadis di depannya. Dia memandang gadi tersebut, rupa-rupanya budak satu jurusan dengannya, cuma dia jarang berbual dengan mereka berdua.

  " Ya, sure..." Balasnya. Tersenyum senang kedua-dua gadis tersebut. Hanis meneruskan aktiviti dia menaip seuatu di blognya.

  " Is it true?" Tiba-tiba salah seorang dari gadis itu bertanya. Sahabatnya yang duduk disebelah menyiku kawannya. Tak silap Hanis nama gadis yang bertanya itu Lina. Yang menyiku kawannya itu Yana.

   " Kau ni, nak tanya tu beragaklah sikit.." tegur Yana.

   " Sorry..." Ucap Lina. Hanis cuma senyum pada kedua-dua sahabat kolejnya itu.

   " About what Lina?" Saja Hanis bertanya. Padahal dia sendiri sudah boleh agak apa yang ditanyakan tadi.

   " Err, pasal berita ni." Balas Lina sambil menyerahkan surat khabar kepada Hanis. Tajuk berita utama di depan muka akhbar dibaca, kemudian dia memandang semula kepada mereka berdua. Nafas ditarik perlahan, kemudian dia mengangguk mengiyakan berita tersebut. Yana dan Lina hampir saja menjerit teruja. 

   " You are so so so lucky Hanis!! Bertuahnya kau dapat kahwin dengan Ryo.  " Kata Yana yang sedikit teruja bercampur sedikit cemburu dengan hakikat tersebut.

   " Err, yeke?" Kata Hanis dengan rasa janggal.

   " Daa...you should be proud Hanis! Kalaulah Ryo ni jadi suami i, i rasa i lah wanita paling bahagia dalam dunia ni." Eh Lina ni, boleh tahan over kau ni. 

   " Owh, ok..." Balasnya ringkas. Serius, dia tak tahu nak bagi reaksi macam mana kat kawan-kawan sekelas dia ketika ini. Dan disebabkan kekecohan dua pelajar tersebut yang sibuk dan teruja bertanya itu ini, semakin ramai yang berkumpul di tempat Hanis sedang duduki itu. Hai lah Hanis, ni lah nasib kau bila kau terlibat dalam hidup model yang terkenal. Apa yang dia boleh lakukan pada masa tu, dia perlu hadapi apa jua kemungkinan yang akan datang dalam hidup dia..Huhu.


   *****************************************************************************************

   
     " Tahniah..." Ucap Fariz kepada Rizman. Huluran tangan dari Fariz disambutnya.

     " Cepat betul kau bertindak." Katanya lagi. Rizman hanya senyum mendengarnya tanpa membalas kata-kata dari Fariz .

     " Kau tak takut ke?"

     " Takut apa?"

     " Benda ni dah kecoh. Kemungkinan kerjaya kau akan tergugat disebakan hal ni." Fariz memberitahunya. Rizman hanya menundukkan kepala. Kedua-dua belah tangan dimasukkan ke poket seluar. Kemudian dia mendongak memandang ke langit sambil bersandar di pintu kereta. 

     " Aku dah prepare dan ready untuk tempuh apa yang akan berlaku semuanya Fariz . Aku dengan Hanis akan harungi benda ni bersama.  Dan aku yakin dengan jalan yang aku pilih ni. "
Jelasnya. Fariz tersenyum sinis. 

     " Well, aku perlu akui benda ni, aku kagum dengan tindakan kau. " Jujurnya. Serentak dengan itu Rizman menoleh memandang Fariz di sebelah.

     " Itu pujian atau sindiran?" Saja dia menduga. Fariz menumbuk bahu Rizman perlahan. Tergelak kedua-duanya. Semakin hari jurang antara mereka berdua semakin rapat jika diperhatikan.

     " Lepas ni apa plan kau?" Tanya Fariz.

     " Biar je masa tentukan. " Balasnya ringkas.

     " Pe punya jawapan da..." Fariz memerlinya.

     " Hmm, macam mana dengan orang yang aku bagitahu kau hari tu? Dia still lagi intip kau?" Pertanyaan dari Fariz membuatkan Rizman berfikir sejenak tentang perkara tersebut. 

     " Aku dapat rasakan yang orang tu dah takde follow aku kebelakangan ni. Cuma aku tak dapat kenal pasti lagi siapa sebenarnya yang selalu intip aku, dan aku tak tahu apa tujuan sebenar orang tu."

     " Mungkin orang tu diupah. Manalah tahu kan. Kau perlu berhati-hati. Terutamanya bila Hanis pun terlibat." Pesannya.

     " Ye aku tahu. Thanks for remind me about that." Ucapnya ikhlas.

     " So, kau macam mana sekarang? Takkan takde yang berkenan kut?" Saja Rizman mengubah topik.

     " Dulu ada, tapi dah orang tu bakal jadi hak milik orang sebelah aku ni, jadi terpaksalah aku lupakan je hasrat aku tu." Rizman tersengih mendengarnya. Dalam diam, Fariz masih lagi boleh memerlinya.

     " Jangan nak perli sangat bro. Kau tu cubalah lembutkan sikit muka kau tu, asyik serius memanjang. Manalah perempuan takut nak dekat. Muka tu dah rupa macam nak cari gaduh je." 

     " Haha..ye ke?" Tanyanya inginkan kepastian. Bila difikirkan balik, ada juga betul apa yang Rizman cakapkan tu. Teringat dia insiden di mana dia terlanggar seorang gadis yang berjalan selisih dengannya ketika itu. Saat kedua-dua mata bertembung, pada mulanya dia sendiri kaku melihat kecantikan gadis tersebut, tapi boleh pula serentak mereka berdua marah antara satu sama lain ketika masa tu terjadi. Lepas tu tercetuslah peperangan mulut antara mereka berdua.

    Akibat memikirkan kejadian yang dah lepas tu Fariz memicit dahinya sambil menggelengkan kepala. Dia sendiri berasa kelakar dengan insiden tersebut. Apa punya perempuan da...muka dah cun, tapi garang boleh tahan, kalah singa garangnya tu.

     " Ni pehal senyum sorang-sorang ni?" Tanya Rizman pelik.

     " Ha? err, takde apalah." Balasnya kemudian masih lagi senyum memikirkan hal tersebut.

    

    



    
* tada...update lg. Enjoy reading ye. Remember, always smile. Its good for your own good. 

Peace....(^^ ,)v




  


  1. yeahh!!! mmg betul apa yg saya teka ari tu..mmg that guy is fariz..hehe

  1. yup..haha..pndai zati teka,ngee ~(>_<)~