CINTA BLoGGER....38


.

Bab 38





  Cincin yang tersarung di jari manisnya direnung lama dengan perasaan yang sukar digambarkan. Dia sendiri tidak percaya yang dia sudah pun bergelar seorang isteri kepada lelaki yang amat dicintainya. Hari ini bermulalah episod baru di dalam hidupnya. Selepas petang tadi berlansungnya majlis akad nikad yang diadakan di rumah datuk Rizman iaitu Dato' Ahmad. Walaupun hanyalah majlis akad nikah dilakukan, tapi atas perbincangan kedua-dua belah pihak, mereka semua setuju majlis itu diadakan dirumah datuknya. Bagi ibu Hanis pula, Puan Zainab berasa sedih campur gembira melihat anak sulung dia sudah pun menjadi bini orang walaupun di usia yang muda. Jumaidah tak payah nak ceritalah, lagi excited dapat abang ipar hensem. Eyqa lagi gembira apabila abangnya akhirnya berkahwin dengan Hanis. Dapat kakak ipar sekepala, siapa yang tak suka kan...haha.


  " Tahulah awak tu dah bergelar bini orang. Kot ye pun tak usahlah duk tenung cincin tu aje. Jelous aku tau tak." Tegur Safura tiba-tiba dari belakang. Dia duduk di sebelah Hanis di atas katil.


  " kau ni memang tak reti nak bagi salam ek?" Perlinya. Safura hanya tersengih.


  " Sorry beb, aku sebenarnya cari kau dari tadi. Kenapa kau duduk dalam bilik ni je? Jomlah keluar. Ramai lagi sedara mara kau kat luar tu. Kawan-kawan kau lagi. Semua cari pengantin perempuan. Jomlah."


   " Kejap lagi aku keluarlah. Aku nak solat maghrib dulu. Nanti aku nak kena salin baju lagi. Lecehlah nak menyalin banyak baju ni. Ni baru buat majlis nikah. Belum lagi majlis kenduri nanti." Katanya.


   " Haha, jangan nak merungut sangat ye cik adik. Awak tu kahwin dengan orang yang terkenal, bukan takat tu je, dah famili si Riz ni memang keturunan berada. Apa boleh buat. Ha, majlis kenduri kau nak buat bila? Kenapa tak buat sekali je?"


   " Ikutkan aku nak akad nikah je. Dah mak si Riz, Dato' Ahmad, Dato' Maznah nak sangat buat majlis untuk raikan pengantin kat hotel kat kL tu next month. Hurm, aku malas nak buat meriah-meriah camni fura, membazir. Ni kau tengoklah baju untuk makan malam ni, setakat nak makan malam bersama saudara mara ngan kawan-kawan je, baju ni khas kakak ipar aku design tau. Punyalah diorang excited. Padahal aku ngan Riz yang kahwin."


   " Si Fathiha tu memang. Dia seronok sangatlah tu tengok Riz dah kahwin. Walaupun Riz tu adik tiri suami dia, tapi dia tetap happy bila tengok Riz dengan kau kahwin. Dah kau tahu kan dia tu memang dah buka butik sendiri, apa salahnya dia sponsor baju untuk pengantin. Lawa apa baju kau nikah tadi. Walaupun design dia ringkas, still dapat menonjolkan kecantikan kau tu." Pujinya. Baju yang tersarung di tubuh Hanis diperhatikan dari bawah hingga ke atas. Baju kurung sutera berwarna putih suci diserikan dengan sedikit rekaan manik seakan mutiara di atas kain menampakkan baju itu amat menarik sekali bila dipandang. Matanya beralih pula ke baju sepersalinan untuk makan malam yang elok tergantung di pintu almari. Gaun labuh berwarna krim yang digantung itu dicapai dan dibawa ke katil. Dia meletakkan gaun itu di sebelah Hanis.


    " Cantiklah dress labuh ni. Bila kau dah pakai macam ni, nampak lain. Yela, selama ni kau bukannya jenis yang bergaya sangat. Tapi bila dah kena baju-baju macam ni, hai...dah rupa puteri raja." Kata Safura lantas mendapat hadiah cubitan di pipi oleh Hanis.


    " Aduh, sakit siot." Pipi diusap perlahan. Hanis tergelak kecil melayan kerenah Safura.


    " Kau tu lah, sempat lagi nak perli aku."


    " Aku gurau je." Mula bibir dijuihkan, konon-konon merajuklah tu. Dah rupa boleh sangkut baju kat bibir tu. Lama Safura senyap menyebabkan Hanis mula mencuit bahu sahabatnya itu.


    " Ni kenapa pula ni?"


    " Nanti dah tak bestlah kau takde. Siapa lagi nak temankan aku kat rumah tu. Sedih pula aku rasa."


    " Ala ala busuk ni. Buat cerita sedihlah pula. Kau ni, janganlah sedih-sedih hari ni. Even aku takde pun duduk sebumbung dengan kau, aku akan tetap berkunjung ke rumah kita tu. Don't worry."


    " Betul ar? Janji ar....kau tak datang siap!" Ugutnya secara gurau. Hanis mengangkat sebelah tapak tangannya seolah-olah berikrar.


    " Betul, aku janji." Katanya. Dua-dua tersenyum kemudian masing-masing berpelukan. 


  Ketukan di muka pintu membuatkan Hanis dan Safura berpandangan ke arah pintu tersebut. Kelihatan Rizman elok berdiri di di situ. Dia memberikan senyuman kepada dua-dua wanita di depannya. Safura mengerti mereka berdua perlukan masa untuk satu sama lain. Dia bangun dan meminta diri dari Hanis untuk ke tingkat bawah melayan tetamu yang hadir. Setelah Safura pergi, Rizman menutup rapat pintu bilik tersebut dan datang menghampiri Hanis yang sedang duduk di hujung katil.


     " Assalamualaikum.." Sapa Rizman. Hanis menjawab salam dengan perlahan sambil tersenyum malu.


     " Cantik isteri abang hari ni." Pujinya ikhlas. Bertambah-tambah malu Hanis dibuatnya. Apa nak buat ni, mahu gak hati aku ni meletup ni kang jap lagi.


     " Kenapa senyap je ni? Urm, selama abang kenal perempuan yang baru abang nikah ni tadi, abang rasa mulut dia becok orangnya. Kali ni diam pula."


     " Abang ni..." Ujarnya. Dia menampar lembut bahu suaminya. Terasa bahagia sangat masa tu. Tergelak kecil Rizman dibuatnya. Suka dia mengusik Hanis saat ini. Dia mencapai kedua-dua belah tangan Hanis dan digenggamnya rapat, kemudian dikucup tangan isterinya agak lama dan ciuman itu pula beralih ke dahi gadis tersebut.


     " Terima kasih sebab sudi jadi isteri abang." Luahnya ikhlas.


     " Terima kasih juga kat abang sebab abang sudi jadi suami Hanis. " Balas Hanis.


     " I love you.." Rizman merapatkan dirinya dengan Hanis dan berbisik di telinga gadis tersebut. Saat kata itu didengar, terasa dunianya bahagia sekali. Dia hanya menundukkan kepalanya. Segan kut...


      " Jom solat maghrib. Kita jemaah." Ajak Rizman. Hanis angguk. Senyuman di wajahnya sukar dihakis masa ni, terasa cinta yang dicari selama ni sudah ada di depan mata. Siapa sangka, orang yang mula-mula mencari gaduh dengannya suatu masa dulu, kini sudah pun menjadi insan yang bergelar suami untuk dirinya.




   ***********************************************************************************************
     


      " Lepas ni kita pula..." Bisik seseorang di telinganya dari belakang. Dia menoleh. Lelaki itu tersenyum penuh makna padanya. Dia memusingkan badan semula ke depan sambil mencebik.


      " Marah?" Tanya Firdaus.


      " Kenapa datang sini? Pergilah layan perempuan perempuan kat sana tu."


      " Jelous nampak?"


      " Hei, pleaselah... saya lagi suka kalau awak jauhkan diri awak dari saya Encik Firdaus. Tolong jangan buat macam tu lagi kat saya. Saya tak nak orang tahu yang awak ni tunang saya. Please, kat sini ramai orang."


      " Takkan itu pun tak boleh. Saya cuma informkan kat awak je, lepas tengok majlis nikah Riz dengan Hanis tak salah rasanya kalau saya bagitahu awak apa yang saya rasa masa ni." Saja dia menguji gadis tersebut. Safura memandangnya dengan pandangan yang tajam.


      " Awak ni faham ke tak? berapa kali saya nak cakap, saya takkan sesekali kahwin dengan awak. Lepas majlis ni, saya akan bertolak ke London. Saya akan jumpa mak ayah saya dan saya akan informkan hal ni. Saya akan buat diorang setuju dengan permintaan saya yang saya takkan kahwin dengan awak. Faham?!" Ujarnya dengan nada yang perlahan namun cukup tegas dimaksudkan. Dia mahu berlalu pergi, namun langkahnya terhenti apabila lelaki itu sempat memegang lengannya.


      " Awak tak pernah nak bagi peluang kat saya kan?" Tanyanya. Kini mata mereka berdua bertemu. Kali ini Safura dapat melihat lelaki itu mula serius dengan percakapanya.


      " And why i should give you a chance?" Dia menepis tangan Firdaus. Dari jauh, Shaqir nampak apa yang terjadi antara mereka berdua. Cuma masalah apa yang mereka hadapi Shaqir tidak tahu.


      " Can't you see all this time?"


      " See what?"


      " Selama awak mula bekerja dengan Qir, dari dulu lagi saya dah mula perhatikan awak. Sejak dari mula lagi awak dah buatkan hati saya terpaut. Saya sedaya upaya nak tarik perhatian awak selama ni. Saya sengaja uji awak dengan wanita lain. Saya nak awak sedar akan kehadiran saya dalam hidup awak. Pernah awak terfikir tak hal tu?" Luahnya. Kali ni Safura terdiam. Untuk apa semuanya?


     " Kenapa diam? Dah tak tahu nak cakap apa?" Perli Firdaus.


     " Why?" Ringkas ditanya.


     " Because i love you...that's why! Sebab tu saya buat kerja bodoh selama ni, hanya sebab nak kan perhatian dari awak. Awak tahu tak, walaupun awak ni cukup degil, cukup keras untuk terima saya, tapi saya tetap bersabar melayan kerenah awak. Sebab saya sayangkan awak saya sanggup hadapi semua ni. Faham!" Jelasnya. Safura tak tahu sama ada nak percaya atau tak. Dia menoleh ke tempat lain. Apabila dia menoleh, matanya bertembung pula dengan Shaqir. Dia rasa cukup malu masa tu. Dia rasa Shaqir dah nampak apa yang berlaku tadi. Dia mahu pergi dari situ dengan segera, namun langkahnya masih dihalang oleh Firdaus.


     " Ini ke cara awak? bila saya dah luahkan segalanya, awak nak lari dari saya. Macam tu je!" Tegas dikatanya. Saat tu Safura mahu menangis, namun dia masih mampu menahan. Dari situ, dia boleh nampak Shaqir mula berjalan menghampiri mereka berdua. Tak, dia tak boleh biarkan Shaqir nampak dia menangis. Tubuh Firdaus ditolak kasar. Segera dia berlari menuju ke keretanya. Firdaus tersentak dengan kelakuan Safura. Dia mula terfikir akan caranya tadi. Aku cakap kasar sangat ke tadi?


   Shaqir melihat Safura berlari menuju ke luar pagar. Tak sempat dia nak bertanya apa yang sudah terjadi. Apabila langkahnya hampir dengan Firdaus, lelaki itu pula berlari menuju ke luar. Mungkin mengejar Safura. Dia melihat sahaja drama yang baru berlaku tadi. Kepalanya digaru walaupun tidak gatal. Apa kes ni? Hmm...


      " Shaqir, nampak Daus tak?" Fariz menegur dari belakang. Tersentak lelaki itu dibuatnya. Salam takde, main tegur je. 


      " Tadi nampak tapi dia dah keluar. Baru je.." Jawabnya.


      " Keluar? pergi mana?" Tanya Fariz lagi. Qir tidak menjawab sebaliknya hanya mengangkat bahu tanda tidak tahu. Dia segera beredar dari situ apabila Mieza dari jauh memanggilnya untuk melihat pasangan pengantin yang baru turun dari tingkat atas.


   Fariz pula mengekor dari belakang. Tugasnya hari ini adalah untuk menangkap gambar sempena hari pernikahan model tersebut.  Banyak gambar yang ditangkapnya untuk dimuatkan di dalam album. Termasuklah gambar pasangan pengantin yang ceria menyambut tetamu yang hadir. Sejak dari petang tadi itulah tugasnya. Dia diupah khas oleh Rizman untuk tugasnya hari ni. Dari sudut lensa kameranya, dia memerhatikan si pengantin perempuan yang cukup bahagia disamping suami tercinta. Saat tu, dia sedar yang dia harus lupakan gadis tersebut dan teruskan hidupnya sebagai jurugambar profesional. Lagipun dia masih berpegang dengan janji arwah ayahnya. Dia akan mencari pasangan yang boleh membuatkan dirinya bahagia. Kini lensanya beralih arah pula ke meja tempat menjamu selera. Dari hujung meja buffet tersebut, Satu persatu gambar tetamu yang mengambil makanan ditangkapnya. Macam-macam kerenah dilihatnya.  Dia beralih pula ke meja buffet lagi satu, butang kamera masih lagi aktif ditekannya. Aktivitinya terhenti apabila dia melihat di tengah-tengah meja kelihatan seorang gadis yang dari tadi asyik mengunyah makanan. Walaupun mulut tengah penuh, boleh lagi gadis tu bersembang dengan sahabatnya. Sempat lagi ketawa bukan main. Fariz hanya mampu menggelengkan kepalanya. Sayangnya, muka dah lawa, tapi perangai...hmm, hanya tuhan jelah yang tahu apa yang aku tengah fikirkan ni. 


   Kamera yang elok tergantung di lehernya di angkat ke posisi yang sesuai, dia berjalan menghampiri meja yang sedang perempuan itu duduki itu. Dia mahu menangkap gambar sekumpulan wanita yang duduk di situ. Apabila lensa itu di zoomnya, semakin jelas rupa si gadis yang dari tadi dia perhatikan. Masa tu terbeliak matanya. Barulah dia teringat, gadis itulah yang selisih bahu dan cuba cari gaduh dengannya hanya kerana perkara kecil. Tanpa dia sedar, Sheera dapat rasakan seseorang memerhatikan dari jauh. Dia memandang ke depan. Dari situ matanya bertembung dengan mata Fariz. Makanan yang masih dikunyahnya ditelan terus. Mamat tu?? Mamat tu macam aku kenal....wait! Dia yang langgar aku hari tu. 


  Mata Sheera beralih pula pada kamera yang tergantung di leher Fariz . Tangan Fariz masih lagi setia memegang kamera tersebut. Kini Fariz pula melihat ke arah apa yang dilihat oleh Sheera. Oh tidak, jangan cakap yang perempuan tu ingat aku tangkap gambar dia. Sheera pula bangkit dari duduk. 


     " Kau?! Apa kau dah buat ha? Kau tangkap gambar aku kan..." Sergah Sheera. Eyqa yang duduk disebelah Sheera menoleh memandang jejaka tersebut. Barulah dia perasan, dengan lelaki itulah yang Sheera bergaduh tempoh hari. Aduh, apa pula yang akan terjadi lepas ni...


   Fariz nak menjawab, tapi tiba-tiba masa tu datang satu idea di fikirannya. Terus diklik beberapa kali butang kamera tersebut. Gambar Sheera yang seakan-akan mengamuk itu kini dalam memori kameranya.Terselit senyuman penuh makna buat dirinya masa itu. Sheera amat terkejut dengan tindakan Fariz yang selamba mengambil gambarnya. Dahlah masa tu dia tak ready lansung. Gambar buruk aku ditangkapnya. Kurang asam boi betul laki ni!! Siap kau...


     " Kau...arghh!!" Luahnya geram. Nak je dia kejar lelaki tersebut, namun sempat Eyqa menghalang. Nasib baik ni kenduri kat rumah datuk si Eyqa ni, kalau ini rumah datuk aku, mahu aku ambil batang penyapu, aku kerjakan aje mamat tu. Bagi Fariz pula, dia mengenyitkan sebelah matanya kepada Sheera dan berlalu pergi. Semasa berjalan pergi sengaja kameranya diangkat tinggi-tinggi untuk ditayangkan pada gadis tersebut. Bertambah bengang Sheera rasa masa tu. Eyqa menahan tawanya melihat gelagat sahabatnya dan juga jurugambar itu. Sheera sheera....nasiblah kau.




        *****************************************************************************************




  Dari jauh Puan Mariam melihat sahaja majlis itu berjalan dengan lancar dan meriah. Makin sakit hati pula dia lihat Rizman gembira. Masa tu pandangannya pula dikalih di sudut meja makan. Kelihatan Puan Shazlin rancak berbual dengan Encik Azhar. Bukan main diorang bergelak ketawa. Entah apa yang dibualkan dia sendiri pun tidak tahu. Walaupun Puan Shazlin sudah lama bercerai dengan suaminya, dia tetap rasa cemburu dengan wanita tersebut.


   " Mariam..." tegur Dato' Maznah.


   " Ha, ye mama." Jawabnya teragak-agak. Terkejut dia dengan kehadiran ibu mertuanya di situ secara tiba-tiba.


   " Apa yang kamu tengok-tengok dari tadi?" Sengaja Dato' Maznah bertanya. Sedangkan dia tahu apa yang dilihat oleh menantunya itu.


   " Takde apa mama. Saja tengok sekeliling majlis ni. Bukan main meriah lagi. Ni belum lagi buat kenduri kat hotel tu lagi. Baru nikah, dah meriah sangat. " Ujarnya.


   " Hmm, dah dia memang layak buat meriah macam ni. Bagi si Shazlin tu, itukan anak sulung dia. Lagi pun, ayah dia yang sponsor semuanya. Apa yang kamu nak hairankan sangat. Bapak Shazlin Dato' Ahmad tu kan kaya orangnya. Kemana lagi dia nak habiskan duitnya kalau bukan ke anak cucu dia." Balasnya. Puan Mariam terasa tercekik dengan kata-kata dari ibu mertuanya. Ni memang saja nak bagi aku panas lagi ni. Aku sedarlah bapak aku takde apa-apa, tak payahlah kau nak bandingkan aku dengan bapak perempuan tak guna tu! Marahnya di dalam hati.


   " Untung Shazlin tu kan. Walaupun kehidupan dia kaya raya, tapi dia tu baik orangnya, tak pendendam, takde rasa iri hati. Hmm, rugi je si Azhar tu lepaskan mak rizman macam tu je dulu." Sengaja Dato' Maznah mengungkit kisah lama. Puan Mariam menggegam tangannya menahan sabar. Dia bangkit dari duduk.


   " Mama, saya naik dulu. Saya rasa panas duduk kat sini." Katanya tegas. Terus dia melangkah pergi. Dato' Maznah memerhatikan saja langkah wanita tersebut. Dia melepaskan keluhan berat.


    Kenapalah wanita itu dari dulu lagi tak habis-habis dengki dengan Shazlin. Dia sebenarnya kesian dengan Shazlin. Dia akui Shazlin memang menepati ciri-ciri menantu yang diidamkan. Bila anaknya dulu berkahwin dengan Shazlin dia berasa bahagia sangat. Tapi bila dia tahu rupa-rupanya anaknya Azhar dah pun berkahwin dulu dengan Mariam, hancur hatinya. Bila diselidik, rupa-rupanya Mariamlah yang mencadangkan Azhar menerima idea dia untuk melamar Shazlin jadi menantunya. Rupa-rupanya dulu Azhar dan Mariam merancang untuk menggunakan Shazlin. Bila dia tahu segalanya, luluh hancur perasaanya. Mujurlah Shazlin lansung tak berdendam dengan keluarganya. Dan mujur juga Dato' Ahmad masih mahu berurusan niaga dengan perniaagaan dia. Dia bersyukur kerana anaknya Azhar sudahpun berbaik dengan Shazlin anak beranak. Dia bahagia melihat mereka berdua yang tengah bersembang dari jauh. Walaupun Shazlin bukan lagi menantunya, namun dia masih mengaggap wanita itu sebagai menantu kesayangannya.




     " Dato'...kenapa duduk sini sorang-sorang." Tegur Puan Zainab. Dia mengambil tempat duduk disebelah wanita itu. Dato' Maznah tersenyum.


     " Tak payahlah nak panggil Dato' sangat Zainab oit. Saya ni bukan siapa-siapa pun. Nenek Rizman juga. Tu ha, anak awak si Hanis tu, saya dah anggap macam cucu saya dah pun."


     " Iyela...alhamdulillah majlis ni berjalan dengan lancar. Lega hati saya tengok anak saya dah pun jadi bini orang. Walaupun usia dia muda lagi, saya rasa ini yang terbaik buat dia. Kalaulah arwah ayah dia hidup lagi, mesti dia pun bahagia tengok Hanis dah kahwin." Ujarnya. Tiba-tiba dia rasa sebak pula bila teringat arwah suaminya. Dato' Maznah mengusap lembut belakang badan Puan Zainab. Dia mengerti perasaan wanita itu. Dia sendiri sudah merasa pemergian suami tercinta suatu ketika dahulu.


     " Memang betul tu Zainab. Kita doa sajalah kebahagian mereka berdua." Kata-kata dan semangat yang  diberikan oleh Dato' Maznah amat dihargainya. Sebaris senyuman terukir dibibir.






     ************************************************************************************************




 Selesai dia mandi dan menunaikan solat isyak, dia mengantung sejadah itu di tempat penyangkut yang disediakan khas. Dia duduk di birai katil sambil memerhatikan gadis yang telah sah bergelar isterinya hari ini. Tersenyum dia ketika itu. Hanis tidak sedar yang Rizman memandangnya dari belakang. Kusyuk sangat update blognya hari ni. 





A marriage of two...


A marriage of two
is for love that is true


A marriage of two
is always something new



A marriage of two
happens sometimes out of the blue



A marriage of two
is worth it when its due



A marriage of two
is a marriage of trust
Many can find themselves lost
It can be an expensive cost



They are only very few
who have a clue
of when love accrues



A marriage of two
is about love making
It is not about
money raking



A marriage of two
can be bad
A marriage of two
can be sad
You should only be glad if
A marriage of two
is for love that is true

          by : Sylvia Chidi



Note to myself :     
Alhamdulillah, syukur ke hadrat ilahi kerana hari ini majlis pernikahan aku dengan si dia berjalan dengan lancar. Aku rasa bahagia sangat. Walaupun ramai tanya betul ke dengan jalan yang aku pilih ni, aku akan jawab dengan yakin. Ya, memang ini jalan yang aku pilih. Walaupun usia aku masih muda, baru habis belajar dari menara gading, namun itu semua bukan halangan untuk aku menerima lamaran dari si dia. Aku berjanji yang aku akan jadi isteri yang baik untuk suami aku. Insyaallah.... and last, i really2 love him so much!=p


   " Ehem, sibuk nampak." Tangannya berhenti menaip setelah mendengar teguran dari suaminya. Kusyuk sangat menaip sampai tak sedar suami dah ada kat bilik.


   " Abang janganlah kacau, kejap ek. Orang nak update blog ni. Jap lagi siap. Abang tidurlah dulu." Balasnya selamba. Sengaja dia nak uji kesabaran suami dia masa tu. Rizman mengetap bibir. Amboi bini aku ni. Baru malam first dah pandai bergurau.  Siaplah...


   " Dia mengambil ipad yang elok terletak di dalam laci di sebelah katilnya. Bila isterinya sebut tentang blog tadi, barulah dia teringat sesuatu. Ipadnya di aktifkan dan dia mula buka blog isterinya. Dibacanya update yang baru isterinya taip itu. Tersenyum dia penuh makna. Di ruangan komen, dia menaip sesuatu.


   Hanis berura-ura mahu 'sign out' dari blognya. Namun hasratnya dibatalkan apabila ada satu komen yang baru muncul di postnya. Dibacanya ayat itu satu persatu.






Mr. Niki :


   >>Dah2 lah tu...dah lewat malam ni. Sampai hati tak pedulikan abang kat belakang ni ;-)




   Habis dia membaca komen tersebut, dia menoleh ke belakang memandang suaminya. Terkejut tak payah nak katalah kan. Rupa-rupanya Mr. Niki yang selalu dia chat bersama dan kongsi pandangan selama ni adalah Rizman, suaminya.


     " Aba...abang ni Mr.Niki?" Gagap dia bertanya suaminya. Rizman hanya tersenyum sambil menganggukkan kepalanya. 


     " But...how, why? I mean...aa.."


     " It's a long story dear. But soon, i will tell you everything about it. " Jelasnya. Hanis masih lagi terpaku di atas kerusi. Rizman tergelak kecil melihat respon dari isterinya. Patutnya dari dulu lagi dia bagitahu hal ni kat Hanis, tapi cuma sekarang barulah dia berani mengaku siapa dia sebenarnya. Ipadnya diletakkan di atas laci disebelah katil, kemudian dia bangun dan berjalan menuju ke arah isterinya. Tangan isterinya dicapai dan dia menarik Hanis supaya bergerak ke katil. Hanis hanya menurut sahaja. 


      " You know something, abang tahu benda macam ni mengarut, tapi sejak mula abang tengok blog sayang, abang dah mula suka dengan owner blog tu. Tapi masa tu rasanya abang still lagi tak kenal sayang, dan masa tu kita tak pernah berjumpa lagi. So, abang beranikan diri abang untuk mulakan salam perkenalan dengan owner blog tu. First, orang tu tak layan lansung, but lama-lama tu salam abang berbalas. Sejak tu abang happy sangat. Sehari tak tinjau blog sayang buat abang rasa tak lengkap. " Hanis masih lagi mendiamkan diri mendengar suaminya menjelaskan segalanya.


      " Ingat tak masa lepas kita bercuti ramai-ramai kat pulau redang tak lama dulu? Ayang ada bagitahu Mieza pasal blog ayang kan. Entah macam mana, Mieza cerita kat abang pasal ayang ada blog dan ada peminat tersendiri. Mieza siap cerita lagi kat abang pasal peminat ayang tu. And guess what? Abang sendiri terkejut rupanya abanglah orang tu. Abang sendiri ambil masa untuk biasakan diri dengan ayang masa tu. Ingat tak ada satu masa tu abang kekok sangat dengan ayang?" Untuk seketika Hanis terfikir kata-kata suaminya. Yup, mana mungkin dia lupa kejadian kat genting highland masa tu. Patutlah masa tu Rizman semacam je dengan dia. Hanis hanya mengangguk mengiyakan pertanyaan suaminya.


      " Masa tu abang tak tahu nak bagi reaksi macam mana kat ayang. Abang rasa macam tak percaya. Owner blog yang abang minat tu rupa-rupanya adalah PA abang sendiri. Dan sekarang abang rasa bersyukur sangat sebab semua ni terjadi. You know, setiap perkara yang terjadi mesti ada hikmahnya kan. Dan abang rasa ayang ni lah hikmah untuk abang. " Luahnya ikhlas. Lambat-lambat Hanis mengukirkan senyuman walaupun rasa terkejutnya masih ada. Dengan mendengar penjelasan dari Rizman, dia berasa ada benarnya apa yang diperkatakan oleh lelaki tersebut. Ini semua memang takdir untuk dirinya dan juga Rizman. Dan siapa sangka, cinta boleh hadir antara mereka...














* jeng2..update lagi!hehe...bunyi macam dah nak abeh kan, no no no...blum habis lagi. Takkan nak tergantung macam tu je kan, mestilah tak best, mesti nak tahu juga kehidupan diorg after married right??macam mana pula dengan mak tiri Ryo tu kan? takkan diam macam tu je, hehe....so, i will update the next chapter soon...ngee, btw...thanz for all the readers who always read my e-novel. Saya akan usaha untuk improve my writing skill dengan lebih bagus lagi. Bak kata sahabat saya, usaha itu meningkatkan sesuatu yang dipelajari oleh kita selama ni. So, i will do my best! Chaiyok!!haha 
( >_<)v 
  
  
   




      


    












  /

  1. i loike!!!!

  1. finally, the two of them dah kahwin... best2.. (^__^)