CINTA BLoGGER....42


.

Bab 42



    Hanis dan Eyqa masuk ke kafe itu untuk minum petang bersama. Eyqalah yang mengajak Hanis pergi ke situ. Katanya, kek kat situ semua sedap belaka. Bukanlah Hanis tak pernah ke kafe tersebut, malah masa dia bujang dulu, kafe itulah yang sering dia kunjung kerana di kafe itulah tempat Adam bekerja secara part time. Cuma sekarang ini, dia tahu Adam sudah pun berhenti bekerja di situ kerana dia telah pun menamatkan pengajiannya dan mahu cari kerja tetap.

   Elok je dia terfikirkan tentang Adam, panjang pula umur lelaki itu apabila dia muncul di muka di dalam kafe tersebut. Adam bercadang hari ini mahu datang ke tempat kerja lamanya untuk bertemu dengan kawan sekerjanya di situ. Dia mahu memulangkan buku yang dahulunya dia pinjam pada sahabatnya, namun dia tak sangka pula hari ini Hanis turut ada di situ bersama dengan adik perempuan Ryo. Dia menghampiri Hanis dan duduk berhadapan dengannya.

   “ Kau apa khabar sekarang ni Adam?” Tanya Hanis memulakan bicara.

   “ Aku macam nil ah. Sihat je, cuma sekarang ni aku tengah buntulah nak cari kerja. Dah dua interview aku pergi, dua-dua aku tak dapat. Takde rezekilah. Eh, tak sangka pula kau datang kat sini. Rindu nak makan cheese cake ke?” Kata Adam. Sambil itu matanya sempat memandang Eyqa. Lawa adik Ryo ni. Tapi takde pun mirip Ryo sangat. Kalau dia cakap dia bukan adik Ryo,mungkin Adam akan percaya. Mungkin Eyqa ni lebih mengikut rupa ibunya agaknya.

   “ Bukan aku yang nak datang sini, ni ha, si eyqa ni yang beria-ria mengajak aku ke sini. Katanya, kek sini semua sedap-sedap. Eyqa, dulu Adam ni kerja kat sinilah. Dia buat part time masa belajar dulu.” Terang Hanis. Eyqa hanya mengangguk sambil tersenyum. Matanya bertentang dengan mata Adam. Terus dia kalih pandangannya ke tempat lain. Tiba-tiba dia rasa malu dengan pandangan mata lelaki tersebut, dia sendiri pun tak tahu kenapa. Kek dan minuman yang di tempah tadi kini sampai ke meja mereka. Adam meminta diri sebentar untuk masuk ke dalam bilik pejabat tuan punya kedai tersebut. Dia mahu menegur sapa bekas majikannya dulu.

   “ Hanis…” Eyqa memanggil kakak iparnya yang sedang menghirup teh limau panasnya. Hanis tak terasa pula nak makan kek hari ni. Tak selera dia rasa. Mana taknya, dia tak sabar nak menjemput suaminya malam ni di KLIA lepas isyak nanti.

    “ Apa Eyqa?” Katanya.

    “ Adam tu yang jadi kekasih kak Sara kan?” Tanya Eyqa ingin tahu.

    “ Ha’a, tapi itu dulu. Sekarang diorang dah takde apa-apa dah. Masing-masing dah single. Kenapa?”

     “ Saja tanya, tapi kenapa diorang putus? Elok je Eyqa tengok diorang dulu.”

     “ Hmm, kata abang Riz sebab diorang tu tak serasi. Itulah yang Hanis tahu. Memang dulu diorang selalu bertengkar pun, even hal kecil pun jadi isu. Biasalah, dah dua-dua baran. Eh, yang nak tahu banyak-banyak ni kenapa? Berminat ek dengan Adam?” Saja Hanis menduga.

     “ Eh apa pula! Mana adalah. Suka tau kenakan Eyqa. Eyqa saje je tanya..huhu.” Balasnya. Hanis senyum melihat riak muka Eyqa yang mula berubah.

   Masa itu juga, handphone milik Eyqa berbunyi. Gadis itu segera mengangkat panggilan tersebut. Setelah beberapa minit berbual dengan pemanggil, talian dimatikan. Eyqa memandang Hanis.

     “ Hanis, tadi Sheera call. Dia ada kat area sini, Eyqa nak pergi jumpa dia ni. Hanis nak ikut?” Tanyanya. Hanis menggelengkan kepala.

     “ Takpelah Eyqa. Pergilah jumpa dia. Hanis nak duduk sini kejap. Lagi pun alang-alang Adam ada kat sini, bolehlah Hanis berbual dengan dia. Pergilah.” Katanya.

   Eyqa tersenyum lantas bangun dan mencapai beg sandangnya yang berada di kerusi sebelah dan berlalu pergi. Hanis mengeluh perlahan. Adam takde pula muncul dari tadi. Agaknya seronok sangat dia bertegur sapa dengan kawan kerja lama kat sini. Kebetulan ada satu majalah hiburan yang terletak di atas meja bersebelahan dengan meja yang diduduknya. Dari tadi lagi dia perasan tak ada orang duduk di meja tersebut. Dia bangun dan mencapai majalah tersebut. Sementara menunggu Adam, bagus juga boleh isi masa baca majalah ni.

     Satu persatu muka surat itu diselak dan dibacanya. Macam-macam gossip ada tentang artis Malaysia dan artis luar negara. Tentang si pelakon veteran ni nak kahwin lagilah, kisah artis bercerailah, semuanya dia baca. Hanis menggeleng kepalanya apabila membaca artikel sebegitu. Hal macam ni pun nak keluar dalam majalah, tapi dia fikir balik, dah nama pun majalah hiburan, memang ini jelah artikel yang selalu keluar. Hai lah, dunia dunia…Diselaknya pula muka surat sebelah. Tajuk artikel yang terpampang di muka surat itu cukup membuatkan dia rasa jantungnya berhenti seketika. ‘RYO BERCUTI DENGAN MODEL TERKENAL DI LUAR NEGARA’. Siap terpampang lagi gambar Ryo dan juga model perempuan tersebut. Gambar mereka makan malam bersama dan juga gambar mereka berjalan di sekitar negara itu dilihatnya satu persatu. Gambar wanita itu diblurkan, namun dari susuk tubuh wanita itu, Hanis dapat mengagak siapa wanita tersebut. Majalah itu ditutupnya dengan segera.

   Dia termenung memikirkan hal tersebut. Kalau nak kata hal itu sekadar gossip, tapi gambar dah pun menunjukkan segalanya. Bukan ke sekarang Sara berada di Paris, tapi kenapa Sara ada dengan suaminya di Filipina. Rizman takde pula cakap dengan dia pasal Sara turut ada di situ. Ah, pening dia memikirkan semua itu. Tak mungkinlah suami dia akan tipu dia. Dahinya dipegang dan dia mula memicit kepalanya. Entah kenapa makin lama dia memikirkannya makin sakit kepala pula jadinya.  Kepalanya diangkat apabila dia sedar Adam meletakkan sekeping cheese cake dekat dengannya.

   " Makanlah kek tu. Hari ni aku belanja kau. Aku tahu kau suka kek ni kan." Kata Adam ceria. Hanis cuma tersenyum kecil menyambutnya. 

   Hal tadi masih lagi berlegar-legar di kepalanya.  Sudu kecil yang berada di tepi pinggan itu di ambil. Kek itu dicuit sedikit sebelum masuk ke dalam mulutnya. Kunyahan demi kunyahan dari kek itu itu membuatkan Hanis mengerutkan dahinya. Adam perasan wajah Hanis yang mula berubah.

   " Kau kenapa? Tak sedap ke kek tu?" Tanyanya.

   " Kek ni rasa lain. Tak sedaplah!" Jawabnya. Pinggan itu ditolak ke depan. Adam mencuit kek tersebut dan cuma merasa pula. Mustahil kek ni tak sedap. Kek ni lah paling laku hari ini. Dia merasa kek itu dengan perlahan, kemudian dia memandang pelik pada Hanis.

   " Eh, okay je aku rasa. Sedap je. Kau ni peliklah. Lidah kau tu kot yang problem." Katanya. 

   " Yeke? Hmm, agaknya sebab aku minum teh limau ni kot. Urm, okaylah Adam, aku nak gerak balik ni. Malam ni aku nak pergi jemput Ryo kat KLIA."

   " La, nak gerak dah. Okay okay. Nanti kirim salam kat Ryo ye." Hanis cuma mengangguk. Dia cuba bangun dari tempat duduknya. Tiba-tiba dia rasa badannya berat semacam. Dia mula rasa pening-pening. Adam perasan akan perubahan pada sahabatnya itu. Dia menghampiri Hanis dan memegang lengan gadis tersebut.

    " Kau okay tak ni?" Tanyanya risau melihat keadaan Hanis. 

  Hanis mengangkat sebelah tangannya tanda dia elok sahaja. Adam melepaskan peganganya dari lengan Hanis. Hanis sempat memberikan senyuman pada lelaki itu sebelum dia menoleh dan berlalu pergi. Baru beberapa langkah, tubuh Hanis rebah ke lantai kafe tersebut dan tidak sedarkan diri. Cepat-cepat Adam mendapatkan Hanis. Tubuh gadis itu dirangkulnya. Dia memanggil sahabatnya yang bekerja di situ untuk membantunya menghantar Hanis segera ke klinik yang berhampiran.


    *******************************************************************************************

  
    Sebaik sahaja kakinya mencecah ke wad di mana isterinya berada, langkahnya terhalang. Didepannya kini berdirinya Adam yang menunjukkan wajah seakan-akan tidak berpuas hati kepadanya. Kolar bajunya dicekak oleh lelaki tinggi lampai tersebut dengan perasaan geram. Rizman yang tak tahu apa-apa ketika itu sedaya upaya melepaskan cengkaman dari Adam.

      “ Kau ni apa hal?!” Tanya Rizman yang mula naik geram dengan tindakan tiba-tiba dari Adam.

      “ Hei, kau jangan pura-pura tak tahu pula. Berani kau mempermainkan kawan aku!” Balas Adam dengan wajah yang menyinga. Ketika itu Eyqa keluar dari bilik rawatan kakak iparnya dan ternampak kelibat abangnya dan juga Adam di ruang berhampiran.

       “ Abang, Adam…kenapa ni?” Segera Eyqa berlari anak menghampiri mereka berdua. Risau pula dia kalau dua lelaki itu buat hal di hospital tersebut.  Namun soalan darinya lansgsung tak dipedulikan oleh Adam dan juga abangnya Rizman. Rizman masih lagi tertanya-tanya dalam hati apa yang dia sudah lakukan sehinggakan lelaki didepannya ini amat marah padanya.

       “ Look Adam! Aku sendiri tak tahu apa yang aku dah buat salah. Kita cakap elok-elok boleh tak? Apa salah aku sebenarnya??” Genggaman tangan Adam sedaya upaya ditariknya dari kolar bajunya. Hampir tercekik dia rasa ketika itu. Adam cuba menarik nafas sedalam-dalamnya sebelum melepaskan lelaki tersebut.

         “ Kau tahu tak sebab kau lah Hanis masuk hospital…” Katanya. Eyqa yang turut berada di situ turut mendengar. Dia tahu apa yang dimaksudkan Adam.

         “ Aku sebab Hanis masuk hospital?! Eh, Adam.. aku ni suami dia tau. Kau fikir aku tak risaukan dia? Aku bergegas dari airport tadi untuk sampai ke sini. Aku baru balik dari outstation, tiba-tiba dengar khabar wife aku masuk hospital, lepas tu bila dah sampai kau pula main tuduh aku ni apa hal?? Eh, aku keliru tahu tak dengan apa yang sebenarnya yang dah berlaku?” Rizman mula naik angin apabila dia dituduh menjadi punca Hanis sakit. Dia sendiri pun masih blur dengan apa yang dah terjadi.

         “ Dik, bagitahu abang, Hanis macam mana sekarang ni? Dia okay?” Pandangannya beralih pula ke arah Eyqa.

          “ Buat masa ni dia dah okay abang.” Eyqa membalas. Ketika itu adiknya memberi sebuah majalah kepada abangnya. Dia mahu abangnya sendiri melihat isi kandungan majalah tersebut. Majalah itu bertukar tangan. Rizman lansung tak buka majalah tersebut. Dia memandang kedua-dua wajah didepannya dengan pandangan yang hairan dan meminta penerangan selanjutnya.

          “ Kenapa dengan majalah ni?” Tanyanya. Adam senyum sinis padanya. Geram pula dia rasa masa ni. Kalaulah Adik si Riz ni takde kat sini, dah lama melayang tumbukan kat pipi mamat ni.

          “ Abang bukalah tengok. Disebabkan artikel tu agaknya Hanis pengsan.” Terang Eyqa. Rizman mengikut kata adiknya dan segera membuka helaian demi helaian majalah tersebut dan mula berhenti di satu ruangan yang memaparkan tentang dirinya dan juga Sara. Dia hanya menarik nafas dan mengeluh kesal. Salah dia juga tidak memberitahu Hanis yang dia terserempak dengan Sara semasa di Filipina masa itu. Kalaulah dia bagitahu Hanis awal-awal sudah tentu salah faham tidak akan berlaku.

         “ Ni semua salah faham..” Luahnya.

         “ Yelah tu salah faham. Takkan sampai makan malam bersama pun salah faham?? Gambar tu jelas-jelas dah menunjukkan betapa mesranya kau dengan Sara. Aku tak sangka kau macam ni, kau mainkan perasaan kawan aku si Hanis tu kan. Kalau betul pun salah faham, kenapa Sara ada kat Filipina? Sedangkan sepatutnya dia kan patut kat Paris.” Adam masih lagi curiga dan menuduh Rizman. Pandangan mereka berdua berlaga. Bertambah naik angin Rizman rasa bila dituduh bukan-bukan. Dia takkan sesekali mempermainkan perasaan orang yang dia sayang.

          “ Kau cakap baik-baik sikit Adam. Aku takkan sesekali mainkan Hanis.  Aku sayangkan dia.” Ucapnya dengan tegas.

    Ketika itu juga tanpa mereka sedar Hanis berjalan lemah menuju ke arah mereka bertiga. Sebenarnya dari jauh lagi dia dah perhatikan suasana tersebut. Dia dapat rasakan Adam memarahi suaminya. Dia buat keputusan mendekati suaminya.

         “ Abang…” Ucapnya lemah. Segera Rizman memalingkan mukanya ke arah suara tersebut. Cepat-cepat dia berjalan mendapatkan isterinya. Hanis mengucup tangan suaminya dengan hormat. Apa pun yang terjadi, Rizman tetap suaminya dan harus dihormati.

            “ Sayang, you should stay inside your room.” Pesan Rizman. Hanis hanya menggeleng lemah. Rizman dapat melihat wajah isterinya ketika itu yang pucat.

            “ Betul kata Ryo tu. Kau patut baring Hanis. Kau kena rehat yang cukup.” Adam mencelah.

    Hanis memberikan senyuman kecil kepada sahabatnya itu. Dia tahu dari tadi lagi Adam risaukan dia. Mana taknya, rebah depan lelaki tersebut ketika kejadian petang tadi sudah pun cukup membuatkan Adam berasa risau yang melampau. Dia mengambil keputusan untuk duduk di bangku yang berhampiran di situ.

             “ Aku dah cukup rehat pun Adam. Jangan risaulah. Lagipun aku tak nak tengok korang berdua gaduh kat sini. Sini kan hospital, tak elok kan kalau buat kecoh.” Katanya.

             “ Suami kau ni patut diajar sikit. Sebab dialah kau jadi sampai macam ni.” Kata Adam geram.

             “ Enough Adam. Aku tahu suami aku takkan buat aku macam tu. Ni mesti salah faham kan abang…” Pandangannya bertemu dengan mata suaminya. Rizman mengangguk kecil.

             “ I’m sorry sayang. Salah abang juga sebab tak bagitahu sayang yang abang secara kebetulan je terjumpa Sara masa kat sana. “ Jelasnya.

             “ Abang, Eyqa nak minta diri balik dululah. Lagi pun esok Hanis dah boleh keluar wad dah.” Eyqa yang berada di situ berasa dia patut beredar dari situ melihatkan situasi yang sudah mula terkawal. Dia meminta izin pada abang kandungnya itu.

              “ Nak balik dengan apa ni? Dah lewat malam ni?” Hanis bertanya. Lama juga adik iparnya menemankan dia di hospital hari ni.

              “ Driver atuk ambil. Dah bagitahu atuk awal-awal dah tadi. Lagi pun atuk pesan tadi, kalau abang Riz dah sampai, dia suruh abang temankan Hanis.” Terangnya.

              “ Yelah, hati-hati sikit.” Pesan Riz pada adiknya. Selepas dia mencium tangan abangnya, Eyqa segera berlalu pergi.

              “ Hmm, Adam, aku rasa kau pun patut balik, berehat. Kesian kau penat jaga aku hari ni. Abang tahu tak, mujur Adam ada masa ayang pitam tadi. Dia yang bawa ayang pergi hospital ni.” Jelas Hanis. Dia tak mahu sahabatnya dan juga suaminya bermasam muka.

              “ Mahu tak pitam kalau tahu suami ada skandal dengan perempuan lain.” Sengaja Adam mengungkit kisah tadi.

              “ Ayang, sorry sangat-sangat. Memang abang bersalah sebab tak bagitahu sayang tentang Sara masa kat sana. Masa tu Sara kebetulan bercuti kat sana, dia pun tak tahu yang sebenarnya abang pun ada kerja kat situ, dan kitorang pun bertemu. Abang cuma temankan dia makan malam je masa tu sebelum dia bertolak balik ke Paris semula.” Sedaya-upaya Rizman menjelaskan salah faham yang terjadi. Hanis menjadi pendengar yang setia.

               “ Adam, aku tahu kau ambil berat tentang Hanis. Aku tahu kau marah aku sebab hal ni. Ni semua salah faham Adam. Aku harap kau faham. Kau sepatutnya lebih kenal Sara tu macam mana kan. Dia dengan aku hanyalah sekadar sahabat baik seperti mana kau bersahabat dengan isteri aku. Itu aja.”  Sambungnya lagi.

              “ Hmm, kalau boleh aku pun tak nak marah-marah kau ni Ryo. Aku risaukan Hanis ni je. Lepas je dia baca pasal kau dengan Sara terus dia tak sedap badan. Mahu aku tak gelabah.” Hanis tergelak kecil mendengar penjelasan dari Adam dan suaminya.

              “ Gelak pula kau Hanis. Aku cakap betul apa.” Kata Adam.

              “ Sorry sorry…aku tahu kau risau Adam. Tapi aku pengsan pun bukan sebab hal ni. Aku tahu ni semua salah faham. Aku percayakan suami aku. Cuma kebetulan masa tu aku rasa pening yang amat. Mungkin sebab cuaca panas sangat. Tambah-tambah pula hari ni banyak kerja aku kena buat kat pejabat. Lagi pun aku pun tak sedar masa tu yang aku sebenarnya tengah mengandung.” Dengar sahaja perkataan mengandung, terbeliak mata Rizman dibuatnya. Dia memandang wajah isterinya lama.

             “ A...apa ayang kata tadi?” Tanya Rizman minta kepastian lagi.

             “ Kau ni pekak ke apa? Kan bini kau bagitahu kau tadi dia mengandung.” Sengaja Adam mencelah. Mengusik Rizman yang ketika itu wajahnya sudah pun berubah. Dia juga sebenarnya gembira dengan berita kawannya yang sudah berbadan dua itu.

              “ Aku dengarlah. Aku cuma nak dengar dari bini aku sendiri.” Bidas si Rizman. Hanis tersenyum.

              “ Ye abangku sayang. Doktor sahkan tadi, ayang dah mengandung lima minggu… Ayang pitam tadi tu sebab doktor kata kemungkinan ayang ni tak cukup rehat. Itu aja.” Bagitahunya dengan lebih lanjut. Rizman memeluk isterinya dengan erat tanda dia bahagia sangat dengan berita tersebut.

               “ Syukur Alhamdulillah…” Ucapnya dengan senyuman.






    **************************************************************************************************




      " Ye mak, akak tahu....jangan buat kerja berat-berat. Kena cukup tidur. Akak tahu mak. Mak janganlah risau. Abang Riz pun dah balik Malaysia ni. Dia boleh tengok-tengokkan akak."


      " Yela, mak tahu. Mak risau sebab kamu tu kali pertama mengandung. Perempuan yang kali pertama mengandung ni risiko dia besar. Emak ni pula jauh dari kamu. Laki kamu tu pun satu, sibuk memanjang ngan tangkap gambo sana sini. Manalah mak tak risau. " Bising emaknya dihujung talian. 


    Jumaidah yang berada di sisi emaknya sudah mula naik bosan. Dari tadi lagi tak dapat bercakap dengan kakaknya itu. Mana taknya, dari awal sampailah sekarang emaknya asyik pesan itulah, inilah...dengan petua orang tualah. Dia yang mendengar pun dah naik jemu. Asyik diulang benda yang sama sahaja.


       " Mak, bagilah adik pula cakap dengan kakak." Rungut Jue. Puan Zainab menepis tangan anak daranya yang sedang memegang hujung bajunya.


       " Sabarlah, ish budak ni pun. Ha, hanis...ingat semua pesan mak tadi. Pesan kat laki kamu tu sekali. Jangan buat kerja bahaya. Ingat tu. Urm, ada masa ajak laki kamu tu balik sini. Boleh mak tengok kamu juga." Pesannya lagi. Hanis tergelak kecil bila mendengar adiknya merungut. Gerenti kena pukul dengan emaklah tu.


       " Baiklah emak. Semua tu akan Hanis ingat. Emak, bagilah si budak tu cakap sekejap. Bising benor dia kat sana tu." Katanya. Puan Zainab menyerahkan gagang telefon kepada anak bongsunya itu. 


        " Akak...akak...akak..." 


        " Hei, kau ni kenapa??sihat tak?"


        " Hehe, sihat kak. Cuma hari tu lelah sikit.."


        " Mahu tak lelah! Main kejar-kejar dengan ayam tok mat kamu lagi tu lah padahnya." Celah emaknya yang berada berhampiran dengannya. Hanis yang didalam talian turut mendengar suara ibunya itu.


        " Alah mak ni. Janganlah marah lagi. Hehe..." Katanya.


        " Kau ni dik, janganlah buat mak risau. Kau tu pun jaga kesihatan kau tu. Dah lama kau tak  semput kan. Ni tiba-tiba semput balik, mahu tak risau mak tu." Pesan Hanis kepada Jumaidah.  Mulut jue dah mula memuncung. Asyik kena je dia hari ni.


        " Yelah kak. Akak...bestnya nak dapat baby nanti. Urm, akak tak nak balik kampung ke? mak dengan adik dah rindu betul dengan akak."


        " Hurm, nanti akak bagitahu abang riz. Kalau boleh akak pun nak balik juga. Tetiber rasa mengidam nak makan mempelam. Hei dik, pokok depan rumah kita tu dah berbuah ke?"


        " Dah kak, tapi takdelah banyak lagi hasilnya... banyak jugalah yang anak lagi. Akak baliklah kak, nanti adik petikkan untuk akak tau." Kata Jue dengan riang. Gembira dia bila dapat tahu tak lama lagi dia akan menerima anak buah.


        " Betul ni? Ish, tak sabar pula akak nak balik." Sambungnya lagi. 


   Mereka berdua berbual lagi untuk beberapa minit seterusnya. Rizman lalu di depan bilik mereka. Dilihat isterinya riang berbual dengan keluarga di kampung. Mesti isterinya itu rindu benar hendak pulang ke sana. Dia mengeluh seketika memikirkan tanggungjawabnya sebagai menantu. Dah lama juga dia tak jenguk ibu mertuanya di sana. Kenapalah hal ni dia tak ambil berat. Mesti isterinya itu memendam rindu. 


        " Eh abang, buat apa berdiri kat pintu tu." Tegur Hanis sebaik sahaja perbualan dengan adiknya tamat.


     Rizman tersenyum pada isterinya dan terus masuk. Cawan yang berisi susu suam yang baru dibuatnya diletakkan di meja sisi isterinya. Kepala Hanis diusapnya lembut sebelum ciuman hinggap di dahi licin isterinya. Itulah salah satu perbuatan dari Rizman yang Hanis suka sejak perkahwinan mereka. 


         " Minum susu ni. Abang baru buat tadi. Dah suam jadinya. Tunggu orang tu syok sangat berbual." Guraunya. Hanis tersenyum manja. Cawan itu diambilnya dan diminum habis.


         " Hmm, sedap abang buat. Dah habis dah." Katanya.


         " Ayang nak balik kampung ke?" Tanya suaminya tiba-tiba. Hanis mengangguk perlahan.


         " Mestilah, rindu kat mak dengan adik. Tapi ayang tunggu abang freelah. Tak manis kan kalau ayang sorang je balik." Balas Hanis.


          " Macam ni lah. Next week kita balik sana nak? " Bagaikan ada cahaya sinar gembira di mata Hanis bila mendengar kata dari suaminya.


          " Betul ke bang? Yeay!!" Terus pinggang suaminya dipaut kemas. tergelak Rizman dibuatnya.


          " Suka betul dia ya. Urm, nanti buat surat cuti. Minta cuti untuk seminggu. Kita stay sana untuk seminggu."


           " Sayang abang sangat-sangat!!!! tapi..." Pelukan di pinggang Rizman dilonggarkan. Dia mendongak memandang suaminya.


           " Tapi apa?"


           " Abang takde shoot ke next week?"


           " Hal tu pandai-pandailah abang fikirkan. Lagi pun Firdaus boleh tolong abang. Ayang jangan risau."


           " Hehe..ni yang buat sayang lebih ni." Katanya dengan nada manja.


           " Hai, masa ni je sayang lebih?"


           " Haha, mestilah." Saja dia bergurau. Hidungnya dicuit oleh Rizman. Geram dengan sifat nakal isterinya yang tak pernah hilang.




     
   ***************************************************************************************************




    Baru dia nak melangkah keluar dari bilik pejabatnya, Azura rakan sepejabatnya memanggilnya dari jauh.


       " Kau nak pergi mana Hanis?" Tanyanya.


       " Hanis nak pergi bilik Dato' Ahmad. Nak serahkan kertas cadangan projek untuk meeting esok. Kenapa kak Zu?" Dia menggelarkan wanita di depannya itu sebagai akak kerana wanita itu sudah pun berusia 30-an. 


       "  Saja akak panggil kau. Ingat nak ajak kau makan tengahari sama-sama nanti. Macam mana bakal ibu kita hari ni? Okay ke?"


       " Okay kak. Alhamdulillah...Akak tunggu sini kejap tau. Akak duduklah dalam bilik saya tu dulu. Nanti lepas saya bagi dokumen ni, kita gerak sama-sama ek.." Pesannya. 


   Azura masuk ke bilik Hanis. Walaupun Hanis baru bekerja di syarikat itu, Dato' Ahmad meletakkan kepercayaan yang penuh pada cucu menantunya itu. Baru wanita itu mahu duduk, dia teringat sesuatu. Bila dia keluar dari bilik tersebut, kelibat Hanis sudah pun hilang. Dia baru nak menyampaikan berita tentang pekerja baru yang menggantikan Mr. Liew yang baru seminggu meletakkan jawatannya sebagai pengurus projek. Keluhan dilepaskan. Takpelah, nanti Dato' Ahmad bagitahulah tu.




        Setiausaha yang sedang sibuk menaip sesuatu di komputernya berhenti membuat kerjanya. Kedatangan Hanis di situ disambut dengan senyuman.


         " Dato' Ahmad ada kat dalam tak?" Tanya Hanis.


         " Dato ada, tapi sekarang ni ada tetamu dalam bilik Dato'... Hanis tunggu sekejap boleh? Mia informkan kat Dato' dulu ya." Kata wanita muda itu.


  Baru je dia nak inform tentang kedatangan Hanis, kedengaran pintu bilik Dato sudah pun terbuka. Dato' Ahmad keluar bersama seorang pemuda.  Terkedu Hanis melihat Daniel yang sedang bersalaman dengan Dato Ahmad. Sungguh dia tak sangkakan pertemuan ni.


          " Ha, hanis...buat apa kat sini?" Tanya Dato' Ahmad. Daniel juga turut terkejut dengan kehadiran Hanis di situ. Apa pula Hanis buat kat sini? Dia kerja sini ke?


          " Err..eer..ni, nak bagi kertas cadangan untuk meeting esok." Katanya dengan gugup. Kejutan itu masih belum hilang lagi. Dato' Ahmad mengerutkan dahinya. Apa kena budak ni? macam tengok hantu je rupanya. Daniel yang berdiri di sebelah Dato' Ahmad menarik nafas dahulu untuk menenangkan dirinya. Kemudian dia memberikan senyuman kepada Hanis.


           " Hai Hanis, long time no see you." Ujarnya.


           " Eh, you kenal dengan Hanis ni?" Tanya Dato' Ahmad. Daniel hanya mengangguk kecil.


           " Dulu kami pernah sekelas masa study kat kolej sebelum saya berpindah ke tokyo." Jawabnya. Hanis masih lagi mendiamkan diri. Dia sendiri pun tak tahu apa yang perlu dia rasa ketika ini. 


           " La, kalau macam tu baguslah. Lagi senang Daniel ni nak bekerjasama kan. Hanis, kenalkan ini pengurus projek terbaru company ni. Tak sangka kamu berdua ni kawan. Daniel, Hanis ni isteri kepada cucu sulung saya, Ryo." Lagi bertambah satu kejutan untuk Daniel. Rupa-rupanya Dato' Ahmad ni datuk kepada Ryo.


           " Owh ye ke.." Dia berpura-pura tenang. Begitu juga Hanis. Daniel berfikir sejenak, baginya ini juga boleh dianggap bagaikan satu tuah untuknya. Dapatlah dia mendekati Hanis seperti dahulu lagi dan dapatlah dia bertemu dengan Hanis setiap hari.


           " Hmm, kalau takde apa-apa lagi Hanis marilah masuk bilik atuk. Kita bincang kat dalam. Daniel, selamat memulakan tugas." Kata Dato Ahmad. Lelaki tua itu melangkah masuk ke biliknya. Daniel dan Hanis masih di situ.


           " Se...selamat pulang ke tanah air Danny." Hanis memulakan bicara. Apa-apa pun Daniel pernah menjadi sahabat baiknya. 


           " Thanks Hanis. I really miss you. I happy you dah kahwin. I minta maaf kalau kehadiran i kat company ni buat you rasa tak selesa. Seriously. I betul-betul tak tahu yang you pun kerja kat sini. "


           " No, don't be sorry. I'm glad you back to Malaysia. Urm, i need to see Dato' now." Ujarnya. Dia melangkah pergi, namun langkahnya berhenti bila namanya dipanggil Daniel.


           " Can we meet later? i need to talk to you." Tanya Daniel. Lambat-lambat Hanis mengangguk sebelum melangkah masuk ke bilik Dato Ahmad. Terbit senyuman di bibir pemuda itu.
















* Maaf lame x update...hehe,agak busy kebelakangan ni.  Enjoy reading ye...hehe..btw, di kesempatan ni, Sahara nak ucapkan selamat menyambut bulan puasa kepada semua pembaca kat sini. Jangan ponteng puasa tau nnt..hehe. keep the smile (>_<)v
      






           


            




        
    


     

    

        

            




         

        



  1. best. Adakah daniel brcadang nk dekati hanis or biarkn je hanis dgn rizman? Rse mcm bnyk lak konflik yg akn dtg. Slamat berpuasa utk sahara jgk..