CINTA BLoGGER....41


.



Bab 41



 Lelaki itu memberhentikan keretanya di simpang jalan. Cermin kereta diturunkan untuk dia melihat dengan jelas diluar bangunan kondo tersebut. Lama dia menanti di situ. Tidak lama kemudian kelihatan seorang wanita keluar dari situ. Dia memerhatikan sahaja kelakuan wanita itu. Gayanya macam mahu berjoging di pagi hari ini. Terbit senyuman di bibir lelaki itu apabila melihat gelagat wanita itu memanaskan badannya. Gaya dia masih lagi seperti dahulu. Tak ubah lansung.

  Hanis menoleh ke belakang apabila dirasakan dirinya diperhatikan oleh seseorang. Bila dilihat sekitar tiada sesiapa di situ dia meneruskan aktivitinya untuk bersenam hari ini.  Langkah lariannya dimulakan tanpa ada rasa curiga. Daniel yang segera menundukkan kepalanya di dalam kereta menarik nafas lega. Mujur Hanis tak nampak kelibatnya. Sungguh, selama hampir setahun lebih dia tidak berjumpa gadis itu, rindunya semakin menebal. Tapi sayangnya, kehadiran dia kali ni menyebabkan peluangnya untuk menjadikan Hanis suri hatinya tidak mungkin terjadi. Dia sendiri terkejut dengan berita perkahwinan Hanis bersama model terkenal tersebut.

  Dia cuma mampu tumpang gembira untuk sahabatnya walaupun hatinya menafikan beberapa kali tentang perkahwinan itu.. Andai ada takdir untuk dia berjumpa semula dengan gadis itu, pasti dia tidak akan lepaskan peluangnya lagi. Dan andai dia tidak dapat berjumpa lagi dengan Hanis, dia pasrah dengan keadaan tersebut. Enjin kereta dihidupkan semula. Dia memandu keretanya menuju ke apartment yang baru dibeli oleh babanya untuk dirinya sempena dia berjaya dalam pengajiannya baru-baru ini di Jepun.


    ************************************************************************************************


    “ Kat mana?” Tanyanya.

    “ Kat ofislah. Kenapa?” Balas Hanis.

    “ Saja nak tahu, rindu..” Ucap suaminya. Tersengih Hanis di hujung talian.

    “ Tahu pun rindu. Abang baliklah cepat sikit.”

    “ I’ll try my best okay. Abang still lagi ada photoshoot lusa ni. Mungkin habis je sesi tu nanti, abang try booking tiket balik Malaysia secepat yang boleh okay.”

    “ Hmm, okay.”

    “ Sayang, sorry…” Ucap Riz .

    “ For what?”

    “ Abang tak pernah lagi bawa sayang pergi honeymoon. I’m so sorry dear…” Kata Rizman di hujung talian. Dia mengusap belakang lehernya. Menyesal dengan tindakan dia meninggalkan Hanis di Malaysia untuk seminggu lamanya. Kontraknya bersama dengan pihak majalah di Philipina menyebabkan dia terpaksa menjalankan tugasnya di sana.

   “ It’s okay. Ayang faham dengan kerja abang. Lagipun dulu kan ayang pernah jadi personal assistant abang, so ayang faham sangat dengan cara kerja abang ni. Don’t worry okay.”

   “ That’s good to hear that. I got to go now. Gonna miss you dear. Assalamualaikum?”

   “ Yup, miss you too. Wa’alaikummussalam..” Balasnya lemah. Talian dimatikan. Dia merenung lama handsetnya. Keluhan lemah dilepaskan. Ketukan di muka pintu menyedarkan dia dari termenung. Pandangannya dituju ke arah tersebut. Kelihatan pintu sudah pun terbuka separuh. Eyqa tersenyum padanya.

    “ Eh, eyqa. Come in..”

    “ Busy?”

    “ Tak juga.” Balasnya ringkas. Eyqa menapak masuk ke bilik kakak iparnya dan duduk di kerusi berhadapan dengan Hanis.

     “ Kenapa dengan anis? Pucat je muka.” Katanya. Hanis memegang wajahnya dengan dua-dua belah tapak tangan.

     “ Ye ke?” Tanyanya minta kepastian. Eyqa hanya mengangguk.

     “ Ha, eyqa tahu. Ni mesti rindu dengan abang kan….” Tekanya. Hanis tersenyum pahit.

     “ Hmm, apalah abang ni. Kesian Hanis. Sejak dah kahwin ni, makin laku pula dia tu. Banyak pula offer untuk dia. Haish…” Eyqa pula merungut. Tergelak kecil Hanis dibuatnya.

     “ Takpela Eyqa. Itu kan rezeki. Takkan nak tolak.” Bidas Hanis.

     “ Rezeki rezeki juga Hanis. Abang tu pun kena pandai-pandailah jaga sikit hati anis ni. Dah dua bulan lebih korang kahwin, pergi honeymoon pun tak lagi. Ada ke patut. Hmm, lagipun atuk dah offer dia kerja sini dah, bukan takat atuk aje, granny pun ajak dia kerja kat company sana. Boleh ambil alih tempat papa. Tapi dia tu tak nak. Menolak rezeki yang ada. Ni sibuk-sibuk duk cari rezeki kat luar sana.” Sambungnya lagi.

     “ Eyqa, anis faham dengan abang eyqa. Hanis faham dengan kehendak dia. Dia bukan tak nak kerjasama dengan granny atau atuk. Tapi dia nak cuba hidup dengan cara dia sendiri. Dia nak capai kejayaan dia dengan apa yang dia dah usahakan selama ni. You should know that right..” Pujuknya pula. Eyqa menarik muncung. Bukan dia tak faham abangnya macammana, cuma dia simpati dengan hanis yang kebelakangan ni jarang berjumpa dengan suami sendiri. Kan bagus kalau abang dia kerja kat company Dato’ Ahmad ni. Boleh tiap-tiap hari jumpa.

     “ Yela…urm.”

     “ Ni duk datang bilik orang ni pasal ni je ke?” Hanis menukar topik.

     “ Owh, taklah..hehe. Sebenarnya saja singgah ofis ni. Nak ajak anis dengan atuk lunch jap lagi. Bosanlah duduk rumah sorang-sorang. Sheera pula takde hari ni, dia ada hal family. Kalau tak dah boleh ajak dia shopping. Huh..." Ujarnya.


     " Anis okay je. Tapi eyqa kena tunggu lagi setengah jam lah. Anis nak siapkan proposal ni dulu kejap. By the way, how's your study? Final exam bila?"


     " Study okay je. Final lagi sebulan. Habis je sem ni nanti, Eyqa nak pergi bercuti kat luar negara dengan mama.. Anis nak ikut?"


     " Hmm, menarik juga tu, tapi kena tanya abang dululah."


     " Ala, setakat abang tu, anis pujuk je...kompom dia ikut je tu."


     " Bukan tu masalahnya, takut nanti masa korang nak bercuti tu abang riz sibuk. Takkanlah Hanis nak tinggalkan dia sorang-sorang sini."


     " Hmm, yela yela. Takpela, Hanis buatlah kerja dulu. Dah pukul satu nanti Eyqa datang bilik ni tau. Nak singgah bilik atuk jap." Katanya dan berlalu pergi. 


   Hanis memandang gambar yang diletakkan di atas meja. Gambarnya bersama Rizman semasa hari pernikahan mereka.. Dia tersenyum memandangnya. Ketika itu dia terfikir juga akan cadangan dari adik iparnya. Bercuti bersama suami pastilah antara kehendak yang dia tak boleh nafikan. Tapi, bila terfikirkan Rizman, dia tak pasti sama ada lelaki itu akan free pada masa tersebut. Harapannya yang pasti lelaki itu ada masa nanti. Sekurang-kurangnya bolehlah dia luangkan masa lebih bersama Rizman. 


     *********************************************************************************************

 Dari tadi lagi wanita itu berdiri di muka pintu memerhatikan model lelaki itu dimekapkan. Dia memeluk tubuhnya sambil tersenyum. Kehadirannya lansung tidak disedari oleh lelaki tersebut. Apabila selesai dimekapkan, lelaki itu bangkit dan mahu segera bergerak ke set pengambaran. Alangkah terkejutnya dia apabila matanya ternampak kelibat wanita itu di situ yang sedang tersenyum memandangnya.


   " Sara!" Laung Ryo. Sara tergelak kecil sebelum bergerak menghampiri Rizman. 


   " Hi Ryo..." Sapa Sara.


   " You buat apa kat sini? "


   " I sebenarnya tengah bercuti. Tak sangka pula bila i dah sampai sini, dengar berita you tengah shooting kat sini. Kebetulan kan." Jawabnya. Dia sebenarnya mahu meluangkan cutinya di negara Philipina itu. Kebetulan dia dapat tahu yang Rizman berada di situ juga. Alang-alang tu, dia mahu mengambil kesempatan untuk bertemu dengan sahabat lamanya.


   " It is a suprise for me to see you here. But, i tak boleh lama ni. I tak shooting lagi ni." Beritahu Rizman.


   " I know. Well, i tunggu you ye. Lepas ni bolehlah kita round jalan-jalan kat sini sama-sama. Itu pun kalau you tak keberatanlah nak temankan i." Sara mengajaknya. Rizman berfikir sejenak.


   " Urm, why not. Lagi pun lama dah kan kita tak berbual. You tunggu sini. Lepas habis je shoot ni kita terus pergi." Ujarnya. Sara mengangguk sambil senyum bahagia apabila Rizman setuju untuk menemaninya berjalan nanti. Sekurang-kurangnya takdelah dia rasa sunyi sangat. 




   *****************************************************************************************************




   Dari tadi lagi Hanis asyik merenung telefon bimbitnya yang diletakkan di atas meja tersebut. Masuk hari ni sudah tiga hari suaminya berada di luar negara. Kalau dia dikatakan tak rindu pada lelaki itu, bohong sangatlah tu namanya. Safura yang masuk ke restoran itu pun lansung dia tak sedar. Sahabatnya berjalan ke mejanya dan mengetuk permukaan meja tersebut, barulah dia sedar dari termenung.


   " Kau ni kan, memang tak reti agaknya nak bagi salam." Perli Hanis.


   " Assalamualaikum puan Hanis. Ampun ya...hehe." Safura memberi salam. Begnya di gantung di sisi kerusi dan terus duduk.


   " Hmm...wa'alaikummussalam." Balas Hanis lemah.


   " Kau kenapa ni? macam tak semangat je." 


   " Urm, takde apalah. Ha, kau kenapa ajak aku keluar malam-malam ni?" 


   " La, aku ajak keluar makan dengan ex-roomate takkan tak boleh kot. Tahulah kau dah jadi bini orang, takkan tak boleh luangkan masa untuk aku ni." 


   " Bukan itulah maksud aku. Takkan semata-mata makan je. Dari telefon tadi, suara kau ajak aku makan bersama macam beria je. Macam ada hal penting. Baik bagitahu.." Kata Hanis. Safura memberikan senyuman padanya. Dia tidak memberi jawapan kepada Hanis sebaliknya pelayan di situ dipanggilnya. Pesanan minuman dibuat.


   " Wei, bagitahulah." Perasaan ingin tahu Hanis membuak-buak.


   " Rilekslah dulu beb. Tunggu jap. Dia tak sampai lagi ni." Ujar Safura. Hanis mengerutkan dahi.


   " Dia? Siapa?" Tanyanya. Sekali lagi Safura senyum padanya. Bengang pula Hanis rasa bila soalannya tak dijawab. Tak lama kemudian Safura melambaikan tangan pada seseorang. Hanis memusingkan badannya untuk melihat orang tersebut. 


    " Encik Daus??" Kata Hanis. Pelik dia apa lelaki itu buat di situ. Firdaus berjalan menghampiri mereka berdua dan duduk di sebelah Safura. Mereka berbalas senyuman.


    " Dah order ke?" Firdaus tanya pada tunangnya itu. Safura hanya mengangguk. Lelaki itu kemudian membuat pesanan makanan kepada waiter yang berada di situ. 


    " Ehem...encik daus buat apa kat sini?" Tanya Hanis.


    " Owh, Safura tak bagitahu lagi ke?" Jawapan tidak diberi sebaliknya dibalas dengan soalan.


    " Bagitahu apa?" Tanya Hanis lagi. Ni apa kes diorang ni main teka-teki ni...


    " You je lah bagitahu dia." Kata Safura pada Firdaus. Siap main cuit-cuit lagi. Makin berkerut dahi Hanis dibuatnya. Ni sejak bila pula diorang mesra ni.


    " La, patut you lah bagitahu. You kan bestfriend dia." Kata Daus pula.


    " Wait wait...apa kes ni? Bagitahu apa? Ish korang ni..." Celah Hanis. Safura menarik nafas sedalam-dalamnya. 


    " Kitorang nak bagitahu kau satu berita ni, hope kau boleh terimalah." Ujar Safura. Hanis masih lagi menanti.


    " Kitorang akan berkahwin dalam dua bulan dari sekarang." Tiba-tiba Firdaus terus bercakap. Safura mengetuk dahinya. Cis dia ni, kata nak suruh aku yang bagitahu. Hampeh tul!


    " Ha?!" Jeritnya kecil. Sumpah dia terkejut. Mahu tak terkejut, tiba-tiba je nak kahwin. Safura menepuk bahu lelaki itu dengan lembut. Dia pura-pura marah pada Firdaus.


    " Apalah you ni..." Katanya. Firdaus tersengih.


    " Lambat sangat pun. Kan senang bagitahu macam tu je." Gurau lelaki itu.


    " Ehem, jap jap...korang cakap korang nak berkahwin? Safura, what is this all about?" Tanyanya.


    " Sebenarnya, aku dengan daus ni dah lama bertunang. Lagi lama dari kau tunang dengan Rizman tu. Tapi atas sebab tertentu, aku rahsiakan dari semua orang. Cuma yang tahu family aku dengan famili Daus." Ujarnya lebih lanjut. 


    " Ta...tapi kenapa kau tak nak bagitahu aku?" Hanis masih lagi dalam keadaan keliru.


    " Urm, macam mana ek...sebenarnya dulu aku ni tak berapa berkenan sangat dengan daus ni, yela perangai mengalahkan playboy semalaysia. Sebab tu aku tak nak bagitahu kau. Aku sebenarnya malu nak bagitahu kau yang tunang aku ni orang macam tu. Tapi bila dah lama-lama, bila daus dah terangkan semuanya kat aku, rupa-rupanya dia sengaja buat camtu, dia sebenarnya nak tarik perhatian aku. Tapi bila aku fikir-fikir balik, dah tak de jalan lain ke nak buat untuk tarik perhatian orang..." Katanya sambil memandang Firdaus di sebelah. Lelaki itu menunjukkan tanda peace sambil menghirup air minumannya. Kini Safura pula tiba-tiba rasa geram dengan tunangnya. Baru dia terfikir masa tu.


    " Ala, at least cara saya menjadi kan..." Kata Daus sambil keningnya diangkat sebelah tanda bangga plannya menjadi. Last-last dapat satu cubitan di pinggangnya oleh Safura. Geram dia melayan lelaki itu. Hanis senyap je memerhatikan mereka berdua, lama kelamaan dia pun tergelak kecil.


    " Haha...kau ni Safura. Aduyai...korang ni kan. Hmm, aku gembira dengar korang nak kahwin. Tahniah!" Kata Hanis yang mula menerima hakikat tersebut. Apa pun alasan dari sahabatnya itu, dia terima. Apa yang penting, dari mata temannya itu, dia mula nampak sinar bahagia. Doanya supaya mereka berdua akan berkekalan dengan bahagia sehingga akhir hayat. Safura dan Firdaus saling berpandangan kemudian masing-masing senyum bahagia. Lepas ni boleh dah lah inform pada sahabat yang lain berkenaan berita gembira tersebut.




   ************************************************************************************************




    " So, apa kes you dengan wife you? " Tanya Sara. Suapannya diteruskan. 


    " Okay je buat masa ni. Kitorang happy. Why?" Balas Ryo.


    " Nothing, i just curious.."


    " Macammana dengan Paris? Best stay sana?" Ryo pula bertanya. Malam ni mereka makan bersama di sebuah restoran yang menghadap sungai di negara philipina itu. Tenang dirasakan waktu tersebut.


    " Bolehlah. Tapi i perlu hardwork sikit. Kat sana tak sama macam Malaysia. Susah sikitlah.." Jawabnya. 


    " Biasalah tu. But i know you can do it." Kata Ryo memberi semangat. Tersenyum Sara dibuatnya. Alangkah bagusnya kalau Adam ni macam Ryo. Selalu beri semangat padanya. Kadang-kadang dia terfikir tentang Ryo, kan best kalau dapat pasangan macam ni. Mesti bahagia je hidup. Untung Hanis dapat lelaki macam ni.


   Rizman sudah pun menghabiskan makan malamnya. Minumannya dihirup habis. Sementara itu dia menunggu Sara menghabiskan makanannya. Lepas ni dia bercadang mahu terus pulang ke hotelnya untuk berehat dan mahu membuat video call dengan isterinya untuk melepaskan rindu. Penat seharian berjalan dengan gadis tersebut. Selesai habis Sara makan, wanita itu mengambil napkin yang berada di sebelah pinggan dan mengelap bibirnya dengan penuh berhemat.


    " Dah habis?" Tanya Riz . Sara mengangguk. 


   Rizman memanggil pelayan yang berada di situ untuk membuat bayaran. Satu perangai Ryo yang Sara suka. Ryo pandai melayan orang di sekitarnya. Penuh dengan senyuman dan juga apabila mereka sering bersama, lelaki itu tidak kekok untuk keluarkan duit untuk membelanjanya. Selesai membuat bayaran, mereka berdua bangun dan terus menuju ke luar restoran bersama. Tengah berjalan, tanpa disangka-sangka, tumit kasut Sara terlanggar batu kecil yang berada berdekatan di situ. Mujur Rizman sempat menyambut lengan Sara supaya gadis itu tidak jatuh. Segan Sara dibuatnya. 


    " You ok?" Tanya Rizman prihatin.


    " Yup, thanks." Balasnya sambil mengukirkan senyuman. Rizman membalas senyuman tersebut dan pegangannya segera dilepaskan. Dia berjalan ke hadapan dan menahan teksi yang lalu lalang di situ. Sara memandang belakang tubuh lelaki itu dengan perasaan berdebar-debar. 


    " Haish Sara!! Jangan fikir bukan-bukan! Dia suami orang! Dia cuma kawan kau! Kau kena ingat tu!" Sara mengetuk kepalanya perlahan untuk mengingati dirinya sendiri. Dia tak mahu menanam apa-apa perasaan pada Ryo. Dia tak mahu mengkhianati Hanis. Ya, dia perlu ingat tu. Ramai lagi lelaki di luar sana yang sesuai untuk dirinya. Dari jauh, Ryo melambai tangan padanya sambil memanggil dia untuk segera masuk ke dalam teksi tersebut. 






    ***********************************************************************************************




  Hanis membuka blognya dan menaip sesuatu di post yang terbaru. Blognya itu dikemaskini setelah agak lama dia tidak menjenguk blog kesayangannya itu. Yahoo mailnya juga dibuka. Satu persatu emelnya disemak. Tiba-tiba pandangannya terhenti pada satu email. Email dari sahabat lamanya. Email dari Daniel. Lelaki itu masih ingat lagi pada alamat emailnya. Dalam email tersebut, Daniel meninggalkan nombor telefonnya untuk dihubungi. Hanis ragu-ragu untuk menyimpan nombor Daniel. 


   Lama dia berfikir tentang perkara tersebut. Tidak lama kemudian, entah apa yang merasuk fikirannya, dia memberanikan diri menaip sesuatu untuk dihantar pada lelaki itu. Selesai menaip, dia mahu menekan butang hantar tetapi ditahannya. Mesej itu dipadamkan semula. Dia menampar pipinya perlahan. Dia perlu sedar. Walaupun niatnya mahu berhubung semula dengan Daniel atas alasan  mahu menjalinkan hubungan sahabat seperti dahulu, tapi apa pun perkara atau pun keputusan yang mahu dia buat, dia perlu meminta izin suaminya. Ya, itu yang penting! telefonnya dicampak ke atas katil. Laptopnya ditutup. Dia menarik nafas panjang. Sunyinya! Rindu kat Rizman...bisik hatinya.




    Daniel merenung email yang baru dihantarnya. Agaknya Hanis akan hubungi dia tak? urm....dia tahu gadis itu sudah pun berkahwin. Tapi entah kenapa, hatinya degil untuk berhubungan dengan gadis tersebut. Dia mahu bersemuka dengan Hanis. Pagi tadi bila dia nampak kelibat Hanis yang mahu berjogging, dia cuba menahan dirinya untuk berjumpa dengan gadis itu. Dia sedar akan batasnya sekarangnya. Dulu dan sekarang sudah pun berbeza.  Daniel bangun dan menuju ke balkoni rumahnya. Pemandangan malam di kawasan sekitar itu ditatapnya sambil menghirup udara di situ. Lelaki itu berfikir sejenak. Dia berharap Hanis akan cuba membalas emailnya. Alang-alang dia sudah balik Malaysia, tidak salah untuk dirinya mencuba. Ya! Tak salah untuk aku cuba dekat dengan Hanis. Itu janjinya!...