CINTA BLoGGER....43


.


Bab 43



   
   Dari tadi lagi mata itu memandang wajah di depannya dengan penuh teliti. Dia amat rindukan wajah yang sering bermain di fikirannya. 

    " So, how's your life?" Daniel memulakan bicara.

    " Okay. I bahagia sekarang. Macam mana kehidupan you kat sana Danny?" Tanya Hanis pula. Daniel mengirup minumannya kemudian tersenyum.

    " Boleh tahanlah. Banyak benda yang i dapat belajar masa kat sana. Erm, Hanis...i nak minta maaf pasal perkara lalu tu. Pasal i mengaku i sayangkan you tu i ikhlas."

    " Err, Danny. Can we just talk about something else. I tak selesa bila you ungkit hal lama." Jujurnya. 

    " Owh, sorry. Tapi i cuma nak jelaskan keadaan ni. I faham you dah kahwin. And i really wish you a happy life. I harap Ryo jaga you dengan baik." Terangnya. Hanis berasa sedikit lega mendengar kata-kata dari Daniel.

    " And one more thing Hanis. I hope we still can be friend. A good friend." Daniel mengharap. Hanis memberikan senyuman yang ikhlas dan mengangguk tanda setuju. 

    " Oh, disebabkan you ni kawan baik i, so i nak kongsi berita baik dengan you Danny."

    " What?"

    " Tak lama lagi i bakal bergelar ibu." Hanis memberitahu tentang dirinya yang sudah hamil itu kepada Daniel. Lelaki itu terdiam seketika, kemudian memaksa dirinya senyum setelah melihat wajah Hanis yang begitu ceria memberitahu berita itu kepadanya.


   Puan Mariam berjalan bersama menantu kesayangannya Fathiha di luar pusat membeli belah di situ. Kebetulan mereka berdua baru sahaja habis sakan membeli belah. Fathiha mengajak ibu mertuanya itu untuk berehat sebentar dan makan tengahari di restoran yang berhampiran. Elok je mereka membuka pintu utama restoran itu, Daniel dan Hanis keluar bersama dan mereka berempat bertembung di situ. Mula-mula Hanis terkejut dengan pertemuan itu, namun dia menyapa mereka berdua dengan baik.

    " Kak tiha, mama...buat apa kat sini?" Tegurnya.  Walaupun Puan Mariam hanyalah ibu tiri kepada suaminya, namun dia tetap menunjukkan hormat pada wanita itu.

    " Kitorang baru habis window shopping tadi. Saja singgah restoran ni, nak makan tengahari. Err, Hanis buat apa kat sini? Siapa dia ni?" Tanya Fathiha sambil memandang Daniel. Puan Mariam juga memandang ke arah lelaki cina tersebut. 

    " Owh, ni kawan sepejabat Hanis.Daniel namanya. Tadi kitorang makan sama-sama dengan Dato' Ahmad. Tapi atuk dah balik pejabat dulu. Sekarang ni kitorang pun nak balik ke sanalah." Terang Hanis. Daniel menyapa kedua-dua insan di depannya.

    " Err, kalau takde apa-apa, Hanis minta diri dululah Kak tiha, mama." Dia menyalam Kakak iparnya itu, kemudian emak mertua tirinya pula. Puan Mariam acuh tak acuh je menyambut salam Hanis.

  Setelah kedua-duanya bereda dari restoran itu, Puan Mariam dan Fathiha mengambil tempat di satu sudut tepi tingkap. Fathiha memerhati gelagat mereka berdua berjalan ke arah parking kereta. 

    " Tak pernah pula Tiha nampak kawan lelaki Hanis tu selama ni." Tiba-tiba Fathiha menyuarakan pendapatnya. Puan Mariam yang mendengar memandang ke arah mereka yang sudah pun masuk ke dalam kereta dan berlalu pergi. 

    " Budak barulah tu agaknya kat ofis tu." Kata Puan Mariam.

    " Hmm, walaupun dia nampak macam budak baru, but dia nampak mesra dengan Hanis. Mungkin kawan lama tak mama?" Duga Fathiha. Puan Mariam hanya mendiamkan diri. Dia memikirkan kata dari menantunya itu. Mesra??  A  da sesuatu yang bermain di benak fikirannya ketika ini. Tatkala itu, senyumannya disimpul. Senyuman yang menyimpan seribu makna.


   ************************************************************************************************


   " Eh, abang dah balik?" Sebaik Hanis membuka pintu rumahnya, kelihatan suaminya berbaring di atas sofa.

   " Hmm, tadi dah abang balik. Tengah tengok tv tadi, last-last tertidur pula kat sini. Lambat pula ayang balik hari ni. Atuk bagi kerja banyak ke?" Tanyanya. Setelah meletakkan kasut di rak yang sepatutnya, Hanis mengambil tempat di sebelah suaminya. Tangan suaminta disalam.

   " Bolehlah. Ayang nak setelkan benda penting dulu sebelum balik kampung lusa nanti. Nanti dah cuti seminggu ringan sikit beban. Urm, abang dah makan?"

   " Belum, tapi tadi abang dah masak untuk makan malam. Cuma tunggu ayang jelah." Kata suaminya. 

   " Aik, abang masak?? Hehe, abang masak apa?" Tanyanya sambil gelak. Rizman mencubit pipi isterinya tanda geram.

   " Apa, ingat abang tak reti masak ke? urm, abang buat nasi goreng udang je. Itu je abang reti. Ringkas je. Takpe ke?" Tanyanya.

   " So sweet. Takpelah abang. Ayang makan je. Lagi pun baby dalam ni pun dah lapar dah ni. Urm, ayang mandi dengan solat maghrib dulu. Nanti dah siap-siap, kita makan sama-sama ye." Ujarnya. Sebelum dia bangun, sempat dia menghadiahkan ciuman di pipi Rizman. Tersengih lelaki itu menerimanya.

   Selesai sahaja dia membersihkan diri dan menunaikan solat maghrib, dia masuk ke ruang dapur. Kelihatan Rizman sedang memanaskan nasi goreng yang sudah dimasaknya lewat petang tadi. Sambil itu dia menggoreng telur dadar. Hanis mengambil teko dan menyediakan air teh o panas. Siap semuanya, mereka berdua menjamu selera bersama-sama. Ada sesuatu yang Hanis ingin sampaikan kepada suaminya. Namun dia risau dengan reaksi suaminya itu nanti. 

   " Ni kenapa ni? tak sedap ke abang masak? Ke ayang nak makan benda lain? abang boleh keluar belikan." Tanya Rizman prihatin. Cepat-cepat Hanis menggeleng.

   " Eh, takdelah. Sedap je nasi ni."

   " Dah tu, makan banyak-banyak. Nanti boleh rehat." Pesan Riz.

   " Urm, abang. Ayang ada hal nak bagitahu ni." Hanis memberanikan diri bersuara.

   " Apanya?"

   " Urm, urm....tadi, kat ofis, ada pekerja baru. Kiranya dia partner ayanglah dapat uruskan projek yang akan datang."

   " Owh, ok. Then..."

   " Pekerja tu Daniel bang." Jujur Hanis. Rizman memberhentikan suapannya.

   " Dia kerja kat situ? Dia tahu ke ayang kerja kat situ?" Perasaan ingin tahu dan curiga mula membuak-buak dalam dirinya.

   " Secara jujurnya, dia memang tak tahu yang ayang kerja kat situ. Masa ayang nak jumpa atuk pagi tadi,kebetulan dia ada dengan atuk masa tu. Dan masa tu lah kami berjumpa. Atuk yang terima dia bekerja kat syarikat tu. Kata Atuk, Daniel ada potensi dalam pegang jawatan tu." Jelasnya lagi.

   " So, ayang berbual tak dengan dia?"

   " Kitorang makan tengahari sama-sama. Err, bukan berdua je. Atuk pun ada sekali." Mendengar sahaja penerangan itu, Rizman mendiamkan diri. 

   Dia meneruskan suapannya dengan perlahan. Reaksinya juga mulah berubah. Hanis mengetap bibir. Aduh, marah ke dia? Selesai habis suapan terakhir, Rizman bangun membawa pinggannya ke sinki dan membasuhnya. Kemudian dia masuk ke bilik. Hanis menampar lembut bibirnya. Kenapalah aku perlu bagitahu sekarang ni. Ermmm....tapi kalau tak bagitahu, nanti lama-lama mesti dia tahu juga, lagi naya nanti.

   Selesai Hanis mengemas meja makan, dia masuk ke bilik. Dari tadi suaminya tak keluar dari bilik itu. Bila dia masuk, Rizman baru sahaja menyelesaikan solat isyak. Kopiahnya ditanggalkan dan diletakkan di atas meja. Sejadah dilipat. 

    " Abang..."

    " Hmm.."

    " Abang marah ke? ayang cuma bagitahu abang je." Beritahunya. 

Sejadah yang baru dilipatnya digantung. Dia memusingkan badan menghadap Hanis.           

    " Abang tak marah, cuma hati abang tak selesa kalau ayang satu ofis dengan dia." 

    " Urm, abang janganlah risau. Ayang dengan dia dah face to face pun. Dia sendiri mengaku kat ayang yang dia dah boleh terima dengan perkahwinan kita. Lagi satu ayang pun dah bagitahu dia yang ayang dah pun hamil. And he really happy with that...just dia cuma berharap, yang dia nak berkawan je dengan ayang macam masa dulu-dulu. Macam mana ayang berkawan dengan adam, macam tu lah ayang akan layan dia. Tak lebih dari tu abang..." Terang Hanis. Rizman menghampiri isterinya dan duduk di katil itu.

    " Itu apa yang ayang nampak. Tapi abang still percaya dia masih simpan perasaan sayang dia kat ayang. Masa abang kerja kat jepun dulu, abang terserempak dengan dia, and masa tu dia mengaku dengan abang tentang perasaan dia terhadap ayang. Dalam pada masa yang masa, abang juga menaruh hati pada ayang. Bayangkan, macammana seorang lelaki yang menyimpan rasa cinta dan kasih pada wanita yang dia pilih, tetapi ada lelaki yang mengaku di depannya bahawa dia juga mencintai wanita yang sama. Pada masa tu, abang dah tekad, abang tak nak ayang jadi milik sesiapa pun. Sebab tu bila abang Malaysia, abang cepat-cepat buat keputusan untuk memiliki ayang. And tak mustahil kalau Daniel tu menyimpan lagi rasa sayang dia pada ayang. Ayang faham tak apa yang abang cuba sampaikan. Abang takut kalau hati ayang masih melekat lagi kat dia." Jelas Rizman pula dengan begitu jujur. Hanis tergamam. Tak sangka Rizman sanggup fikir sampai macam tu sekali. Lama dia memandang mata suaminya. Kedua-dua belah tapak tangannya diletakkan di pipi Rizman. 

    " Abang, apa pun perasaan dia pada ayang, ayang tak dapat halang. Itu hak dia. Tapi yang pasti, hati ayang ni hanya untuk abang. Sejak mula abang lafazkan akad nikah tu, ayang dah janji dengan diri ni. Hati ayang ni, ayang cuma serahkan kepada abang seorang je. Hanya abang je yang berhak, tiada sesiapa pun. Itu janji ayang. Ayang sayangkan abang untuk selama-lamanya. Please jangan ragu-ragu dengan cinta ayang ni. Jangan biarkan hal kecil ni buat abang fikir benda macam tu lagi. Please....ayang merayu." Nasihat isterinya. Hampir mengalir air mata di pipi Hanis. Cepat-cepat Rizman mengesat air mata itu.

    Menyesal pula dia mengungkit hal yang lalu. Dia sendiri takut kalau-kalau Daniel akan merampas Hanis daripadanya dan bukan itu sahaja, dari tadi dia juga takut kalau Hanis mula menyimpan rasa kasih kepada Daniel. Namun buat masa ini dia akan cuba elakkan fikirkan hal yang boleh membuatkan dia ragu terhadap isterinya itu. Dia amat cintakan wanita itu dan tidak mahu kehilangannya.


   *****************************************************************************************************

  

     Lelaki berkepala botak itu menyerahkan sebuah sampul kepada pelanggannya. Puan Mariam membuka isi sampul tersebut. Dia tersenyum sinis.

   " Bagus Mat. Kerja kau sekarang ni dah maju. Pasal gossip kat Filipina tu mungkin takkan menggugat kebahagian budak tu. Tapi dengan kedatangan budak cina ni dalam hal diorang, tak mustahil, kebahagiaan budak-budak tu takkan kekal." Luahnya dengan rasa penuh dendam. Selagi dia tak melihat keluarga tirinya merana, selagi itulah dia akan terus menjalankan misinya. 

   " Saya dah siasat latar belakang budak cina tu puan. Nama dia Daniel. Dia dengan Hanis dulu kawan rapat masa kat kolej. Mereka agak mesra. Dan Hanis kenal Daniel lebih lama dari dia kenal dengan anak tiri puan tu. Tak mustahil mereka pernah menyimpan rasa terhadap masing-masing." Terang lelaki itu. Puan Mariam terangguk-angguk mendengar penjelasan orang suruhannya.

   " Lagi satu puan. Ni alamat bomoh yang puan minta. Saya jamin dengan puan, bomoh ni semua kerja yang dia buat, semua menjadi puan. Saya sendiri dah siasat.  Gerenti dijamin baik punya!" 

   " Bagus-bagus.  Lepas ni bolehlah aku minta bomoh tu supaya suami aku lebih fokuskan kepada aku dan bukannya anak dia yang lagi dua orang tak guna tu dan alang-alang tu, bolehlah aku gunakan khidmat dia untuk runtuhkan rumah tangga Rizman. Huh, biar padan muka diorang! Bagus Mat, aku suka dengan cara kau sekarang. Makin cekap."

   " Biasalah puan, saya ni profesional." Puji dirinya sendiri. 

   " Hmm, pro lah sangat. Ha, penyiasat yang dato' Maznah upah dulu tu macam mana? Dia still intip kau ke?" Tanyanya ingin tahu.

    " Saya dah survey baik-baik puan. Buat masa ni, dia takde intip saya dah. Mungkin sebab dulu puan suruh saya berehat, sebab tulah saya rasa dia dah give up nak follow saya puan." 

    " Bagus! Tapi kau jangan selesa sangat. Setiap masa kau kena hati-hati, faham!" Tegasnya. Lelaki itu mengangguk menurut perintah.

    " Nah, duit upah. Lepas ni kalau taktik bomoh tu betul-betul menjadi, baru aku bagi baki upah yang lain." Mat gembira melihat sejumlah wang yang baru diterimanya. Dia mengangguk lagi.

   Besok kau teman aku pergi jumpa bomoh ni. Sebab besok laki aku outstation kat Penang untuk tiga hari. Lagi cepat kita pergi lagi cepat kerja kita siap."

    " Baik puan!" Puan Mariam tersenyum puas. Dia mula merasakan plannya berjalan dengan lancar. 


       *********************************************************************************************


     Ketika mereka baru sampai di halaman kampung itu, Jumaidah cepat-cepar berlari menuju ke kereta yang elok berhenti di depan rumahnya. Dia kenal sangat kereta milik abang iparnya. Hanis keluar dan segera Jumaidah mendapatkannya. Sebaik mencium tangan kakaknya, dia memeluk erat tubuh insan yang dirindui itu. 

    " Yes, setelah berabad lamanya adik menunggu, pulang juga akak ke kampung." Jue mula bergurau. Hanis menjentik dahi adiknya.

    " Banyaklah kau berabad. Baru beberapa bulan. Tolong akak angkat beg tu." Balas Hanis sambil tergelak. Jue mengusap dahinya akibat dijentik kakaknya tadi. Dia berjalan ke arah Rizman dan membantu mengangkat barang ke dalam rumah.  

    " Oh emak kesayanganku." Hanis masuk ke dapur senyap-senyap dan memeluk emaknya dari belakang. Hampir sahaja Puan Zainab melatah akibat terkejut.

    " La, bila kamu sampai? Kenapa mak tak dengar bunyi kereta pun.." Tanya emaknya. Pipi anak sulungnya dicium penuh kasih sayang. Tersengih-sengih Hanis dibuatnya. 

    " Baru je mak..." Balas Hanis. Rizman yang ketika itu baru masuk ke dapur mendapatkan ibu mertuanya. Disalamnya wanita itu dengan penuh hormat.

    " Mak sihat?" Tanya Rizman.

    " Sihat alhamdulillah. Riz, pergi rehat dulu. Mak baru nak masak ni. Mak tahu kamu penat drive tadi. Nanti dah habis masak mak panggil. Kita makan tengahari sama-sama." Pesan Puan Zainab pada menantunya itu.

    " Eh, takpelah mak. Riz boleh tolong apa yang patut."

    " Haha, abang tolong tengok jelah nanti." Usik Hanis pada suaminya. Rizman menarik hidung Hanis. Depan mak pun boleh gurau. Puan Zainab pun tergelak mendengarnya.

    " Tak payah susah-susah Riz . Anak-anak mak ni boleh tolong ha..." 

    " Hmm, baiklah mak. Riz masuk bilik dulu ye. Ayang, beg abang letak kat tepi almari tau." Kata Rizman. Hanis mengangguk. Setelah kelibat Rizman menghilang, muncul pula Jue ke dapur.

    " Mak, masak apa hari ni? Jap-jap, jangan bagitahu. Biar adik teka. Urm....mesti mak masak favourite akak kan..." Teka jue.

    " Mestilah mak masak favourite akak. Kau tu selalu duduk rumah, tiap-tiap hari dapat makan masakan mak. So, bila akak balik, akaklah pula dapat chance rasa favourite akak, kan mak." Kecoh dua beradik itu dibuatnya. Puan Zainab tersenyum bahagia. Suka dia melihat anak-anaknya dan menantunya ada di rumah ketika ini. 

    " Mak masak favourite dua-dua anak mak ni. Makan banyak-banyak." Katanya. Jue dan Hanis dah sengih-sengih tahap happy gila.

    " Urm, adik...tolong pergi kedai kejap boleh? Belikan mak minyak masak sepeket. Mak ingat tadi banyaklah juga minyak masaknya. Tengok-tengok dah tinggal suku je."

    " Ha, kau dengar tu dik, gi cepat. Shuh shuh..." Gurau Hanis. Sambil itu mulutnya tak habis-habis makan buah tembikai yang memang siap dipotong ibunya pagi tadi.

    " Baiklah emakku yang tercinta. Anakmu menurut perintah. Tapi duit?"

    " Nah, ambil ni." Hanis menghulurkan beberapa keping not kepada adiknya.

    " La, buat apa pakai duit kamu. Mak ada duit lagi." Celah emaknya.

    " Biarlah mak, bukan banyak pun." Kata Hanis. Mata Jue berseri-seri tengok duit yang kakaknya bagi.

    " Kak, baki lebih ni bagi adik ek.." Jue memujuk kakaknya. Mak dah geleng kepala melihat telatah anak bongsunya itu.

    " Hmm, yelah. Eh, dik, alang-alang kau ke kedai tu kan. Belikan akak jeruk betik. Mengidam pula."

    " Okay. Mak, adik guna motor ayah tau!" Jerit Jue bila dah mula berjalan jauh dari dapur.

    " Bawa motor tu hati-hati." Emaknya membalas. Puan Zainab mengambil sayur di dalam peti ais dan diletakkan di atas papan memotong di atas  meja. Dia duduk berhadapan dengan anak sulungnya itu.

    " Mak, takpe ke adik naik motor arwah ayah tu? Boleh ke dia?" Tanya Hanis ragu-ragu.

    " Dia dah ada lesen, biarkanlah. Daripada motor tu duk peruk kat pondok tu pun tak guna juga." Terang ibunya.

    " Eh, bila dia ambil lesen? Tak bagitahu akak pun."

    " Lama dah aih..." Katanya. Dia mengambil pisau lagi satu dan membantu ibunya memotong bawang dan juga cili.

    " Macam mana kehidupan kamu kat sana? baik ke?" Tanya Puan Zainab. Hanis memberikan senyuman kecil.

    " Erm, okay mak." Balasnya ringkas.

    " Mak bukan apa akak, mak duk perati muka kamu ni. Macam muka ada masalah. Cuba citer kat mak ni. Jangan duk sorok-sorok." Hanis mengetap bibirnya. Lama dia memandang ibunya itu.

    " Masalah akak takdelah besar mana pun mak..."

    " Ha, mak dah agak dah, dari rupa kamu pun mak dah tau. Citerlah kat mak, janganlah duk pendam je. Tak elok..." 

    " Mak, mak ingat lagi tak kat kawan kolej akak dulu. Danny tu..." Puan zainab mengerutkan dahinya. Cuba mengingati kawan yang dimaksudkan anaknya itu.

    " Ha, mak ingat. Yang kamu cakap dia kena duduk kat Jepun tu kan.  Budak cina tu kan. Kenapa?"

    " Dia dah balik mak.."

    " La, baguslah. Habis tu apa masalahnya?"

    " Urmm....dulu, masa akak belum kahwin dengan Riz, Danny pernah cakap yang dia sukakan  akak mak." Terangnya. Puan Zainab dah mula tunjuk muka tertanya-tanya.

    " Maksud kamu, budak cina tu nakkan kamu ke?" Soalan itu berbalas dengan anggukan dari Hanis. Maknya mengeluh.

    " Masa dia nak kan kamu tu, apa jawapan kamu?"

    " Hanis tak bagi jawapan apa-apa pun. Sebab masa tu dia dah pun ke sana. Bila dia kat sana, satu panggilan pun dia tak buat. Hanis jelah yang duk menunggu dia telefon ke, hantar surat ke, tapi langsung takda. Sedih jugalah masa tu. Dan masa tu jugalah Rizman yang banyak jaga hati Hanis ni mak." Terang Hanis lagi.

    " Tu yang buat kamu pun suka kat laki kamu tu." Balas emaknya. Hanis tergelak.

    " Yelah kut mak..."

    " Riz tahu budak tu suka kamu?" Sekali lagi Hanis mengangguk.

    " Kiranya bila budak tu dah balik Malaysia ni, buat laki kamu tu rasa tergugat ke?" Duga emaknya. Lambat-lambat Hanis angguk lagi.

    " Kamu yakinkanlah laki kamu tu. Kalau boleh, jarang-jaranglah jumpa si Danny tu." Nasihat emaknya.

    " Tapi mak, masalahnya Danny sekarang kerja satu ofis dengan akak.." Kata Hanis. Emaknya diam sebentar. Seolah memikirkan sesuatu.

    " Senang cerita, baik kamu berhenti kerja je Hanis. Mungkin dengan cara tu laki kamu takkan rasa tergugat sangat." Emaknya memberi cadangan. Hanis terkesima dengan cadangan emaknya.

    " Tapi mak, akak sayang kerja tu..."

    " Mana lagi kamu sayang, suami kamu ke kerjaya kamu?" Serta-merta pertanyaan dari emaknya membuatkan dia terdiam terus. Dia menunduk. Puan Zainab datang dekat padanya. Kepala anaknya diusap lembut.

    " Buat pilihan yang kamu rasa boleh mendatangkan kebaikan. Jangan buat keputusan yang boleh menyebabkan laki kamu terluka. Lebih baik menjaga rumah tangga yang baru dibina. Kerjaya kamu boleh cari, tapi kebahagiaan? Kamu fikirlah sendiri akak. Kamu sendiri dah dewasa. Mak yakin dengan pilihan kamu." Nasihat Puan Zainab. Hanis tersenyum pahit. Ada benar kata-kata emaknya itu.