CINTA BLoGGER....44


.

Bab 44




     Hidung mancung lelaki itu dicuit manja. Rizman berasa terganggu ketika itu. Hanis ketawa mengekek. Geli hati melihat tidur suaminya diganggu. Rizman memusingkan badannya ke arah kanan sambil memeluk bantal panjang dengan lenanya. Hanis masih lagi tidak berpuas hati. Dia tiup telinga suaminya pula. Kali ni tangan Rizman mula menggaru telinganya sendiri. Hanis masih lagi mengusik suaminya supaya bangun dari tidur. Bila Rizman pusing semula badannya, Hanis berpura-pura tidur. Kali ni Rizman sudah pun mencelikkan matanya dan memandang Hanis di sebelah. Dia tersenyum melihat isterinya berpura-pura tidur. Ceh, ada hatilah tu nak mengusik aku pagi-pagi ni. Siaplah...
  

   Hanis masih lagi menutup matanya dan berharap suaminya akan bangun dan berlalu ke bilik air. Dia terasa pergerakan katil seolah Rizman sudah pun bangun dan berlalu pergi. Bila dia buka je mata... 

     Cupp!!

       " Abang!" Tersentak Hanis dibuatnya. Dia memegang bibirnya. Cis, suami aku ni, aku nak kenakan dia, dia pula kenakan aku balik. Rizman dah mula gelak melihat reaksi isterinya yang  terkejut itu.

       " Ada hati nak kacau abang ye..Jangan harap ler. Hehe, abang menang lagi kali ni." Kata Rizman dengan bangganya. Hanis bangun dan duduk bersandar pada katil. Rambutnya diselak ke belakang.

       " Ayang..." Suaminya mula bernada manja. Hanis pura-pura menjeling. Dah mula lah tu...adalah benda yang dia nak tu.

       " Jom..." Kata suaminya. Hanis mengerutkan dahi.

       " Jom apa?" 

       " Jom teman abang mandi. Kita mandi sama-sama." Sebaik je mendengar cadangan suaminya, Hanis cepat-cepat menarik hidung Rizman. Apa kes pagi-pagi ni gatal sangat laki aku ni.

       " Abang ni, gatal sangat." Perlinya. Rizman tersengih-sengih.

       " Ala, jomlah sayang. Kalau sayang tak nak, abang dukung kang..." Ugutnya. Hanis menjelir lidah, pura-pura degil. Bertambah geram Rizman dibuatnya.

       " Owh, cabar abang ek...abang kira ni. Kalau dalam kiraan tiga dia tak nak, abang dukung bawa ke bilik air." Katanya lagi. Hanis masih lagi buat muka degil. Dalam diam dia dah nak tergelak masa tu.

       " Satu..." Hanis membaringkan badannya. Selimut ditarik sampai ke dada. Sejuk!..

       " Dua..." Kali ni dia menutup mata pula.

       " Tiga..." Belum sempat dia nak buat apa-apa, terasa badannya di angkat. Rizman dah gelak nakal. Haha, tulah, degil lagi...

       " Abang!" Jerit Hanis dengan perlahan. Risau pula kuat-kuat nanti mak dengan adiknya dengar. Dahlah rumah papan je ni.

       " Tulah, abang ajak cara baik tak nak..." Perlinya. Hanis menarik muka. Makin cute pula Rizman tengok isterinya di kala ini.

       " Let me go abang... "

       " And why i should let you go?"

       " Sini bukan rumah kitalah abang. Ni rumah mak, malulah sikit. Kalau mak dengan adik takde takpelah juga. Abang ni pun. Dahlah bilik air kat dekat dapur tu." Kata Hanis. Rizman pula yang terdiam. Erk, ada betul juga tu. Kalau kat kondominium diorang, memang dia dah angkut Hanis ni bawa ke bilik mandi macam tu je. Namun dukungannya masih lagi kemas. Dia memandang mata isterinya.

       " Okay...okay. This time you win. Kalau nak abang letak sayang balik ada syarat." Ujarnya. Hanis dah menarik muncung. Bersyarat pula laki aku ni. Hai lah...

       " Syaratnya, cium abang dulu. Kalau tak abang bawa sayang keluar dari bilik ni macam ni, biar emak dengan Jue nampak." Ugutnya lagi. Hanis dah membulatkan matanya. Apalah laki aku ni. Ada je idea dia.

     Belum sempat Hanis nak menghadiahkan morning kiss untuk suaminya, pintu biliknya diketuk.

       " Akak, dah bangun ke?" Laung ibunya dari luar pintu. Hanis menoleh ke arah pintu. Namun  Rizman masih lagi mendukung isterinya.

       " Err, dah mak." Jawabnya.

       " Kejut laki kamu tu, mak nak ajak korang berdua pergi pasar ni. Mak nak cari lauk dengan barang kejap lagi kat pekan." Kata ibunya.

       " Ha, baik mak..." Selepas je dia membalas, emaknya berlalu pergi. Rizman bertentang mata dengan isterinya.

       " Dengar tak mak kata apa tadi? So, turunkan ayang cepat." Rizman sengih nakal. Dia masih tidak mahu menurunkan Hanis.

       " Abang..." 

       " Kiss dulu.." Tetap dengan kedegilannya. Hanis dah tak boleh buat apa dah. Suami dia ni kalau dah degil, erm....kita cakap apa pun, memang tak jadi. Jangan anak aku nanti degil ikut bapa dia ni sudah.

     Tangannya memeluk erat leher suaminya. Rizman menundukkan sedikit kepalanya bila Hanis menariknya dekat pada dirinya. Dan...cupp!!

      " La..." Suaminya bersuara tanda tak puas hati.

      " Kenapa?" Tanya Hanis mahu tergelak.

      " Sikit je ciumnya."

      " Cukuplah tu. Tak boleh lebih-lebih. Bukan ayang tak tahu abang ni. Kang kalau lebih- lebih kang, hanyut ke arah lain. Dah-dah, turunkan ayang cepat. Mak tunggu tu." Bisingnya. Nak tak nak Rizman meletakkan isterinya di atas katil. Sengaja mukanya dimasamkan. Sedih barangkali. Hanis dah tergelak kecil melihat suaminya yang bertukar menjadi perangai macam budak. Dia sendiri pun perasan, sejak dia mengandung ni, sifat suaminya seakan berubah sedikit. Berubah menjadi lebih sensitif dan terlebih manja. Eh, ada ke patut. Sepatutnya aku yang patut berada kat tempat dia tu, lebih perlukan perhatian, ni sebaliknya pula.. Haha.

  

    ************************************************************************************************


        " Ni je ke mak?"

        " Cukuplah tu stok lauk untuk minggu ni. Ni ha, mak nak cari ikan patin je ni. Kamu kan ngidam sangat nak makan tempoyak ikan patin semalam." Kata Puan Zainab. Rizman tersengih. Bukan Hanis yang mengidam tau, sebaliknya suami dia ni yang beria-ria minta emaknya menyediakan masak tempoyak ikan patin. Jue dah terkekek ketawa.

         " Apalah abang Riz ni. Kak hanis yang ngandung, dia yang ngidam lebih. Macam dia pula yang mengandung." Usik Jue. Hanis pun turut tergelak. Puan Zainab senyum melihat wajah menantunya yang mula berubah malu. Biarlah, bukan selalu pun diorang balik ke sini. Ini jelah masanya dia nak masak apa yang anak dan menantunya teringin nak makan.

         " Mak, Hanis nak pergi kedai seberang jalan tu kejap." Hanis meminta izin.

         " Jomlah abang teman. Jue teman mak ye. Alang-alang tu, abang Riz bawa kereta ke sini nanti." Ujarnya. Jue hanya mengangguk. Hanis dan suaminya berlalu keluar dari pasar ikan tersebut dan menuju ke titi jalan. Bila nak melintas je, Rizman akan memegang erat sebelah tangan isterinya. 

         " Ayang nak pergi kedai mana ni?" Tanya Rizman.

         " Nak pergi kedai celcom kat depan tu. Nak bayar bill broadband. Terlupa pula nak bayar minggu lepas. Dah kat sini, baik terus bayar." Katanya.

         " Kenapa tak cakap dengan abang? Kan abang dah kata, kalau bil apa semua, biar abang yang bayar."

         " Abang ni, hal kecil je pun. Bukan bayar benda penting pun. Lagi pun abang sibuk. Cukuplah abang bayar bil rumah apa semua tu, ni ayang yang pakai. Biar jelah ayang yang bayar. Lagi pun ayang dah kerja kan." Katanya sambil berjalan. 

         " Habis tu kalau ayang dah kerja, maknanya abang tak payahlah tanggung semua tu? tu maksud ayang?" Kata suaminya. Nadanya juga mula berubah. Hanis menghentikan langkah.

         " Abang ni, ke situ pula. Ayang cuma tak nak bebankan abang. Takkan semua atas abang je. Anggaplah ayang membantu." Bidas Hanis lembut.
   
          " Kenapa? Ayang rasa abang tak mampu nak tanggung semua? Duit abang tu takkan habislah ayang. Ke mana lagi abang nak keluarkan duit tu kalau bukan untuk ayang? Ke ayang je yang tak nak?"

   
          " Abang ni....iyelah-iyelah. I'm sorry okay. Ayang tak bermaksud macam tu. Abang bayarkanlah." Hanis mengalah. Dia tahu, selagi dia membalas, nanti makin menjadi pula suaminya membidas. Baik give up cepat-cepat. Rizman terus diam. Dia menggegam tangan isterinya. Hanis dapat lagi melihat muka tak puas hati Rizman sambil berjalan. Makin menjadi pula sensitif dia ni pun.. Hai lah...


     **************************************************************************************************
    

       
   Masuk hari ni sudah hari ke ke empat mereka berdua berada di kampung halaman. Paling ceria Hanislah. Tiap-tiap hari dapat bermanja dengan emaknya. Kadang-kadang sampai Rizman boleh naik merajuk bila dirinya tak dilayan. Bila Hanis mengadu pada emaknya tentang perubahan suaminya itu, Puan Zainab cuma mampu senyum.


      " Biasalah tu akak. Kadang-kadang kita bukannya boleh ramal perubahan watak seseorang tu." kata emaknya. Hanis menarik timbunan kain yang berada di atas karpet, kemudian dia membantu melipatkan kain baju tersebut.

      " Tapi kan mak, bukan ke patut akak ni yang jadi macam tu. Akak yang mengandung. Bukannya dia."

      "  Pembawakan budak kot." Emaknya membalas sambil tergelak kecil. Kelakar pun ada. Tak pernah-pernah dia tengok menantunya merajuk sampai macam tu sekali malam semalam. Hanya kerana Hanis tak mahu mengikut kehendaknya bersiar-siar bersama petang semalam ke sungai, malamnya lansung tak nak bercakap dengan isterinya. Kalau cakap pun macam nak tak nak je. Konon touchinglah tu. Nasib baik bila dah masuk bilik semalam, anak sulungnya itu mula menggunakan teknik memujuk bagai. Barulah pagi tadi nampak ceria sikit muka si Rizman tu.

       " Hmm, kalau macam ni jenuhlah akak nak memujuk mak." Adunya.

       " Sabarlah akak. Dah laki kamu macam tu. Sementara je tu. Nanti dah lahir budaknya, elok baliklah tu perangai dia. Layankan aje."

       " Urm...baiklah mak. Hai lah anak ibu, nanti bila anak ibu ni dah keluar, nanti anak ibu jelah belajar pujuk abah tu ye." Katanya sambil memegang perutnya. Puan Zainab tersenyum.

       " Kamu nak tahu tak akak. Dulu masa mak mengandungkan kamu, arwah ayah kamu tu pun lebih kurang macam laki kamu tu." Kata ibunya. 

       " Eh, iye ke mak?" Tanyanya ingin tahu. Puan Zainab mengangguk.

       " Tapi cuma bab-bab sensitif tu takdelah. Arwah ayah kamu dulu, cuma asyik mengidam bagai. Dah tu, bila pagi je asyik dia je yang muntah. Apa bak kata orang putih tu? Morning pick?"

       " Morning sicklah mak..." Dia membetulkan kata emaknya.

       " Ha, yela tu. Tapi kejap jela. Masa awal kehamilan je. Lepas tu dia okay dah." Katanya lagi. 

       " Ye ke mak..hehe, tak sangka ayah pun macam tu kan mak. " Katanya sambil tergelak. Ketika itu telefon bimbit yang berada di atas televisyen berbunyi. Hanis bangkit dan mengambil telefon bimbitnya. Bila dilihat pada nombor pemanggil die mengerutkan dahi.

        " Assalamualaikum papa.." Hanis memulakan bicara. Tak pernah-pernah bapa mertuanya menelefon nombornya, kali ni tiba-tiba pula.

        " Wa'alaikumussalam, riz mana Hanis?" Tanya Encik Azhar. Hanis memusingkan kepalanya melihat sekitar ruang tamu. Tiada kelibat suaminya di situ. Sah-sah papa telefon handset rizman tadi, namun lelaki itu tak menjawab. Entah-entah handsetnya mati kot.

        " Dia pergi sungai kot papa. Tadi dia ada lagi kat luar rumah dengan jue. Agaknya diorang berdua pergi memancinglah tu. Kenapa papa?"

        " Erm, macam mana papa nak cakap ni ye. Papa bukan nak ganggu percutian Hanis. Tapi papa rasa papa perlu juga bagitahu kat Rizman pasal hal ni. Jadi, papa nak minta Hanis cakapkan kat dialah." Bicara Encik Azhar perlahan. Hanis dah mula rasa tak sedap hati. Kenapa pula ni?

        " Apa papa?"

        " Ni ha, mak...mak tiri Riz kemalangan pagi tadi. Berlanggar dengan lori. Kereta dia terbabas, terbalik. Teruk Hanis. Parah sangat." Encik Azhar menceritakan apa yang terjadi. Hanis terdengar suara ayah mertuanya itu mula berubah serak. Mungkin menahan tangis.

        Hanis mengucap panjang. Puan Zainab yang mendengar anaknya mengucap ketika itu bangun dari duduk dan mendekatinya. Mesti anaknya itu terima sesuatu berita buruk.

        " Sekarang macam mana dengan mama? Dia dah sedar ke papa?" Tanyanya risau. Walaupun hubungannya dengan emak tiri Riz itu kurang mesra, namun terselit juga rasa simpati ketika ini.

        " Papa pun tak tahu nak kata apa nak. Papa sedih sangat tengok mama kamu jadi macam tu.  Baru juga dia sedar, lepas tu dia tak sedar balik. Tapi dia asyik meracau je sebut nama Riz . Papa pun tak tahu kenapa Hanis. Jadi papa nak minta tolong Hanis pujukkan Riz balik ye. Datang hospital. Papa merayu...papa tahu Riz tak suka dengan ibu tiri dia dari dulu lagi, tapi mungkin ini permintaan pertama dan terakhir dari isteri papa tu. Tolong ye...." Beria-ria Encik Azhar berkata menyuruh Hanis supaya memujuk Rizman. Pada saat itu, dia dapat mendengar tangisan dari bapa mertuanya. Walaupun perlahan, namun dia masih lagi dengar.

        " Baiklah papa. Hanis akan cuba juga. Banyakkan bersabar papa. Lepas maghrib nanti kami terus bergerak ke sana. Papa tabahkan hati ye. Hanis akan bagitahu pada abang Riz ." Pujuknya. Kemudian talian dimatikan. Dia menggegam telefonnya kemudian memandang ibunya.

        " Mama tiri Riz eksiden mak. Keadaan dia kritikal." Ujarnya tanpa sempat Puan Zainab bertanya. Ketika itu juga, Rizman dan jue yang sudah masuk ke rumah mendengar segalanya. Emaknya mengucap panjang. Hanis tersedar suaminya masuk ke bilik tanpa bertanyakan apa-apa pada dia. 

        " Pergilah Hanis pujuk laki kamu supaya melawat ibu tiri dia tu kat hospital. Pujuk selagi boleh. Emak pun nak ikut. Jue, siapkan barang baju kamu. Kita ke kl lepas maghrib nanti. Lagi pun dah senja ni. Cepat siap."

        " Baik mak." Jawab Jue tanpa banyak bicara. Hanis melangkah perlahan ke biliknya. Pintu dikuak. Kelihatan suaminya duduk di atas katil sambil membelakanginya.

        " Abang..." Panggilnya. Dia mendekati suaminya dan bahu Riz dipegang lembut.

        " Apa yang patut abang buat ayang?" Tiba-tiba suaminya bertanya. Namun dia boleh nampak wajah suaminya yang mula muram.

        " Secara jujurnya, abang masih benci pada dia." Katanya lagi. Hanis memeluk bahu suaminya.

        " Benci memang sukar nak hilang bang. Tapi jangankan sampai benci abang melarat sampaikan lansung hilang simpati dalam diri abang tu. Marilah kita pergi bang. Mungkin mama  dah tak banyak masa lagi. Kita tak boleh jangka apa yang berlaku lepas ni abang. Please abang...." Pujuknya perlahan-lahan. Rizman melepaskan keluhan yang berat. Dia meraup mukanya berulang kali. 

         " Marilah abang kita melawat mama kat wad. Dia tengah bertarung nyawa tu. Abang tak kesian ke? Sekurang-kurangnya abang kesiankanlah papa tu. Tadi masa papa telefon ayang, papa menangis teruk bang. Tak pernah-pernah ayang dengar papa macam tu. Papa kata mama asyik meracau sebut nama abang. Jom ye bang, jangan ikut sangat perasaan tu, nanti menyesal tak sudah." Hanis masih lagi tak mengalah. Lama suaminya mendiamkan diri. 

    Di kala itu azan maghrib berkumandang. Hanis bangkit dan berjalan ke almari. Baju suaminya dikeluarkan. Tuala juga diambil dari penyangkut dan diberi pada Rizman.

         " Pergi mandi bang, lepas mandi kita jemaah doakan mama. Ayang tunggu..." Kata isterinya. Kemudian Hanis keluar dari bilik. Rizman renung tuala itu lama. Seolah-olah wajah emak tirinya, Puan Mariam ada di permukaan tuala itu. Separuh hatinya mahu pergi, tetapi separuh hatinya masih lagi mengenangkan apa yang wanita itu sudah lakukan pada dia dan mamanya. Selesai azan habis berkumandang, dia beristighfar sambil menutup matanya. Akhirnya dia bangun dan melangkah keluar dari bilik untuk membersihkan diri.


   *****************************************************************************************************

     
       Selesai sudah upacara kebumikan jenazah di tanah perkuburan melayu islam yang berhampiran dengan masjid di sekitar kawasan situ. Encik Azhar dan Iskandar masih lagi berteleku di sisi kubur orang yang mereka sayangi itu. Fathiha masih setia menemani suaminya. Jug berisi air dan kuntuman bunga mawar itu diserahkan pada mereka berdua. Iskandar menahan sebaknya dan masih lagi meneruskan bacaan ayat suci al-Quran di sisi kubur ibunya. 

    Tak lama kemudian, dia merasakan ada orang yang menepuk bahunya dari belakang. Bila ditoleh, adik-adik tirinya turut berada di situ. Eyqa dan Rizman mengambil tempat bertentangan dengan mereka berdua untuk turut serta menghadiahkan bacaan Yaasin untuk ibu tiri mereka. Bagi mereka, yang sudah meninggal, usahlah disimpan rasa dendam lagi. Sebelum ibu tirinya, puan Mariam menutup mata untuk kali terakhir,wanita itu sudah pun mengaku kesalahan yang pernah dilakukan sebelum ini. Dengan suaminya, dengan ibu mertuanya, Dato' Maznah, dengan bekas madunya Puan Shazlin dan juga dengan anak-anak tirinya. Terutamanya dengan Rizman. Segala apa yang pernah dia dendam semuanya dia luahkan walaupun cara percakapannya agak sukar ketika itu. 

    Menurut cerita yang diluahkan Puan Mariam, dia mengaku dia berniat mahu membomohkan Rizman dan juga suaminya sendiri untuk kepentingannya. Namun belum sempat dia mahu berjumpa dengan bomoh yang sepatutnya dia jumpa pada kejadian tempoh hari, terlebih dahulu tuhan memberinya balasan semasa dia memandu di lebuh raya. Ketika itu  atas sebab tidak sabar untuk melaksanakan niatnya, keretanya terbabas.. Semasa saat dia bertarung nyawa, barulah segala penyesalan muncul di dalam dirinya. 

    Malam menjelma. Ketika itulah semua saudara mara, sahabat handai datang untuk berkumpul bersama-sama mendoakan arwah yang baru meninggal dunia di dalam kenduri doa selamat untuk arwah. Rizman meraup wajahnya berulang kali. Dia memandang ke luar tingkap. Dari tingkap bilik atas, dia nampak abang tirinya, Iskandar sedang duduk di halaman berhadapan dengan kolam renang. Kebelakangan ini dia jarang berbual dengan abang sulungnya itu. Dia tahu Iskandar menanggung beban yang berat.

      " Mak, mama....dahlah tu buat kerja. Esok je kita sambung kemas." Kata Hanis ketika masuk ke dapur. Eyqa mengekorinya dari belakang sambil mengangkat bekas hidangan.

      " Mama tak penat lagi Hanis. Biarlah selesai malam ni. Esok-esok tak payah susah-susah dah." Balas Puan Shazlin. Eyqa tersenyum pahit. Dia kesiankan mamanya itu. Walaupun ibu tirinya dah buat macam-macam pada mamanya, namun Puan Shazlin jenis yang tidak berdendam. Malah hampir keseluruhan majlis upacara pengebumian sejak pagi tadi, mamanya tak berehat lansung. Sejak balik dari luar negara beberapa hari yang lepas, Puan Shazlin banyak menemani bekas madunya yang sedang nazak. 

      " Kamu tu yang patut berehat akak. Biar mak dengan mak mertua kamu ni je yang buat kerja. Lagi pun bibik lagi dua orang tu ada boleh tolong." Balas emaknya pula. Ketika itu Dato' Maznah masuk ke dapur setelah bersalam dan melayani tetamu yang sudi hadir ke majlis pada malam itu. 

       " La, dua orang ni, sudahlah tu kemas tu. Biarkan saja. Biar yang lebih-lebih tu bibik-bibik siapkan. Sudahlah, pergi berehat. Cik Nab nya pun, cik nab dahlah datang dari jauh, dah tu dia pula yang susah-susah kemas. Lin, dah-dah. Dari balik dari London hari tu mama tengok tak berhenti-henti ke hulur ke hilir. Rehatlah kejap." Bising Dato' Maznah menasihatkan kedua-duanya. Eyqa dan Hanis tersenyum.

       " Ha, kan dah kena bebel dengan granny. Tulah mama, orang dah cakap, rehat....tapi degil. Mak Cik Nab pun sama. Hai lah besan dua orang ni, sama je..." Eyqa mengusik. 

       " Eceh, yela tu. Pandai je cucu aku sorang ni. Ha, eyqa...pergi tarik ibu kamu masuk ke bilik tu. Hanis, ajak mak tu naik ke bilik. Rehat. Yang lebih ni biarkan pembantu yang buat." Kata Dato' Maznah membuatkan emak puan Shazlin dan juga Puan Zainab tersenyum. Kalau dah mem besar bagi arahan, dah tak boleh buat apalah. Ikut jela.

    Hanis melangkah ke biliknya. Dilihatnya kelibat Rizman lansung tiada di dalam ruang tersebut. Setahunya tadi, selesai doa terakhir yang dibacakan imam tadi, suaminya naik ke atas bilik. Dia berjalan pula ke tingkap dan mengintai dari atas. Kelihatan dua susuk tubuh lelaki berada di laman yang berdekatan dengan kolam renang. Siapa lagi kalau bukan Rizman dan abangnya, Iskandar. Mereka berbual bersama-sama.

     Kejap-kejap Hanis ternampak bahu Iskandar terhenjut-henjuy seolah-olah melepaskan tangisan yang dipendam. Rizman menepuk perlahan belakang badan abang tirinya itu. Hanis tersenyum. Di kala ini, dia lega sebab Rizman mengambil berat tentang diri Iskandar. Dan dia juga tahu, suaminya itu cuba menghakis rasa benci dan mengampunkan dosa yang telah ibu tirinya lakukan kepadanya. Benarlah, kuasa tuhan yang maha esa memang kita tak boleh duga. Ajal maut segalanya di tangan-NYA.

    Notebooknya dibuka. Broadband disambung. Satu-satu ayat ditaip penuh perasaan di ruang yang sudah lama dia tidak update. Mana lagi kalau bukan di ruang blognya.



    Penyesalan membuatkan kita sedar terlepasnya ruang untuk berpatah balik...
       Andai tahu ketika itu banyak lagi masa untuk memperbaiki, pasti setiap insan akan cuba...
  Kematian tidaklah boleh dijangka...
    Andai itu ketentuanNYA, maka masa itulah ianya terjadi...
       Dosa yang pernah dilakukan menjadi penyesalan yang tak sudah...
     Andai kita sedar sebelum terlambat, maka sesal mungkin tidak akan wujud..
   Namun ini semua pengajaran untuk semua insan yang berada di muka bumi....
Aku di sini cuma mampu mengiringi pemergiannya dengan doa..
     Semoga rohnya di sana mendapat keampunan dari yang Maha Esa...


from : Myself...



   Habis menaip dan mengisi apa yang patut, kedengaran pintu bilik dibuka. Suaminya berdiri di pintu dan memandangnya lama. Hanis menghadiahkan senyuman untuk Rizman. Sekurang-kurangnya itu yang mampu dia buat ketika itu. Melihat suaminya tak gerak dari pintu, Hanis meletakkan notebooknya di atas katil dan berjalan ke arah Rizman. Dia menutupkan pintu bilik tersebut dan berhadapan dengan suaminya. Pinggang suaminya dipegang dan dipeluk erat. Banyak betul perkara yang berlaku beberapa hari ini dan dia tahu suaminya perlukan sokongannya.









* P/s :  x lama da nk abeh novel ni..lagi due tiga bab, done!hehe...seboleh2nye curi masa yg ada. Btw, bengang lak den ngan line broadband celcom kebelakangan ni, bile on9 asyik terputus je..mau nk dekat due mggu bru elok blk..huhu...nk buka blog apatah lg kan, mmg x terbukak2la..ni pun nsb bek leh, trus copy bab yang da wat dr mcrosoft word 2. Ke kat area kwsn sahara je line teruk ni?hehe,apa apela..nnt esok or luse, sahara post cerpen pula..da nk siap separuh..ngeeXD

MOod: Semangat nak buat kuih raya,aktiviti wajib bulan puasa.>_<
      


   .

      
    

       



        


      


       

    

  1. best3X

    try la karya Ashi pulak -> http://ashikakkoii.blogspot.com/