NILAI KASIHMU (14)


.


EpisoD 14





      
   Senarai barang dikertas itu dilihat. Separuh dari barang yang dicari sudah pun dimasukkan ke dalam troli. Arisya melilaukan pandangannya ke sekeliling kawasan. Kelibat suaminya lansung tidak nampak di sebalik orang ramai di pasaraya tersebut. Dia melangkah pula ke arah bahagian buah-buahan, namun masih lagi tidak nampak Adam. Tetapi saat itu dia terperasan seseorang. Lelaki yang memakai cap itu sedang membelek buah tembikai yang tersusun elok di situ. Dengan beraninya, Arisya mendekati lelaki tersebut dan memberi salam. Lelaki muda itu menoleh.

     “ Iye? Ada apa cik?” Tanya pemuda itu pada Arisya. Lama Arisya memberanikan diri menelek wajah lelaki tersebut, kemudian dia tersenyum.

     “ Awak, awak yang selamatkan wallet saya dari dicuri dalam bas tu kan?” Soal Arisya. Ye, dia pasti lelaki yang dia tegur itu adalah orang yang sama. Kerana dia amat cam dengan cap yang tersarung dikepala lelaki tersebut. Lama lelaki itu berfikir, kemudian mulutnya melopong.

      “ Oh oh, saya ingat. Urm, tapi benda tu dah lama kan. Dah berapa bulan dah pun. Still remember ha?” Soal lelaki itu semula pada Arisya. Mula-mula dia pun kabur tentang perkara pencuri tersebut, tapi bila lama melihat ke arah anak mata Arisya yang bundar itu barulah dia terimbas kembali perkara yang sudah lama berlalu itu.

      “ Mana boleh saya lupa orang yang dah selamatkan saya dulu. Kalau tak sebab encik, habis semua lesen, kad pengenalan, passport semua hilang. Kebetulan kan.”

      “ Ye, sangat kebetulan. Err, cik…..” Baru dia mahu bertanya nama gadis di depannya, seorang lelaki dari jauh memanggil gadis tersebut dan datang dekat padanya.

      “ Isya pergi mana tadi? Puas abang cari.” Tanya Adam. Sambil itu sempat dia memandang sekilas lelaki di hadapannya.

       “ Abang, Isya pun tadi cari abang juga. Tapi tak jumpa. Urm, abang, nak tahu tak, tadi masa Isya tengok-tengok buah kat sini, Isya terjumpa hero Isya tau.” Terang Isya dengan nada ceria. Lelaki yang memakai cap itu hanya mendengar sahaja. Dari situ dia dapat tahu nama perempuan tersebut adalah Isya, tetapi dia tak pasti pula kalau itu nama penuh gadis tersebut.

      “ Hero?” Soal Adam pelik. Lelaki di depannya cepat-cepat menghulurkan salam.

      “ Saya Hilman. Dulu adalah saya tolong dia pasal hal kecik. Tapi dah lama dah. Tak sangka pula cik ni ingat lagi.” Celah Hilman. Adam menyambut huluran tangan Hilman.

      “ Abang ingat tak, semalam masa kita berbual, Isya ada cerita pasal kes Isya hampir hilang beg duit dalam bas tu. Lelaki nilah yang tangkap pencuri tu. Mujur dia ada. Masa kes tu berlaku, sebelum kita bertunang lagi.” Terang Isya. Adam mengangguk, barulah dia teringat, semalam sebelum masuk tidur, ada Arisya menceritakan tentang kenangannya semasa kecil dan sebagainya. Itu juga termasuk kes dia hampir kehilangan beg duitnya. Tapi  apa yang Adam tidak tahu ialah Arisya tidak pernah sesekali ceritakan tentang Iqram di depannya. Risau pula suaminya berfikir bukan-bukan.

      “ Owh ye ke. Saya Adam. Suami Arisya.” Balasnya pula. Huluran salam dilepaskan dan dia senyum pada pemuda di depannya.

      “ Hilman memang tinggal kL ke?” tanya Adam cuba beramah mesra, walaupun di dalam hatinya terselit juga sedikit cemburu bila Arisya cuba berbual dengan lelaki itu tadi. Tapi bila Arisya dah menjelaskan segalanya, dia cuba tepis rasa cemburunya apabila mengenangkan lelaki tersebut pernah menyelamatkan Arisya dahulu.

      “ Owh, saya study sini. Masih lagi dalam pengajian. Saya asal Singapore.” Balas Hilman.

      “ Urm, kira muda lagilah Hilman ni. Tapi bila sekali imbas tengok Hilman ni macam cina sikit kan.” Celah Arisya pula.

      “ Saya dah 24 dah pun. Takdelah muda mana sangat pun .Saya sambung degree kat sini. My mom kaum cina, but my dad melayu. So, that’s why my face macam mix sikit.” Kata Hilman.

      “ La, kira isteri saya muda setahun dari Hilmanlah ni. Haha…” Kata Adam pula. Arisya memandangnya tidak percaya. Sangkanya lelaki yang pernah menyelamatkan dia dahulu ini muda darinya, rupanya dia lagi muda.

       “ Kalau takde apa-apa saya gerak dulu Encik Adam. Ada jodoh, kita jumpalah lagi.” Ujar Hilman yang mahu segera berlalu dari situ bila mengenangkan temujanjinya dengan teman wanitanya sebentar lagi.

       “ Wait wait….Hilman, this is my card. I really would like to invite you to dinner or lunch with us sometimes. Sebab saya pun mewakili isteri saya, nak juga berterima kasih sebab awak sudi bantu dia dulu.” Sempat Adam menghulurkan kad bisnesnya. Hilman menyambut kad tersebut.

        “ Err, tak payahlah susah-susah nak Encik. Lagi pun saya bantu pun sebab kebetulan je ada kat situ.”

        “ Please Hilman. Atleast boleh juga saya balas budi baik awak tu. Just take the card. Please do contact my husband.” Ujar Arisya sambil menghadiahkan senyuman. Hilman lambat-lambat mengambil kad tersebut dan menyimpan di dalam poket seluarnya. Dia sempat menyalam Adam sebelum pergi dari situ.

        “ So, abang bukan hero pertama dalam hidup Isya lah ni…” Saja Adam bergurau sambil mengambil alih menolak troli tersebut.

        “ Apalah abang ni,ke situ pula dia. Hilman tu pun bukan hero first Isya lah. Ada lagi yang hebat dari abang dengan Hilman tu.” Balas Arisya sambil tersenyum.

        “ Eh, siapa pula? Ni yang nak mula naik jeles ni.” Adam berkata sambil berlakon buat  muka garang. Arisya tergelak melihatnya. Sempat dia cuit hidung Adam.

        “ Siapa lagi kalau bukan Encik Samad saya. Dialah hero Isya sejak saya lahir lagi..” Kata Arisya. Adam tergelak. Dia menggenggam erat tangan isterinya dan dibawa ke bibirnya lalu dicium lembut permukaan belakang tapak tangan Arisya. Naik merah muka Arisya bila Adam berbuat begitu.

        “ Abang, apa ni. Sini kan pasaraya. Ramai orang. Malulah…” Ujar Arisya. Adam tersenyum.

        “ Saja, biarkan orang tengok. Ni buktinya abang sayangkan Isya dan tak kisah apa orang nak cakap apa pun. Lagi pun your mine, not them…” Balas Adam dengan gaya romantiknya. Arisya tergelak sambil menutup mulutnya. Dia menghadiahkan jelingan manis buat suaminya.

        “ Yela tu. Bukan main kan abang kebelakangan ni. Hehe…jomlah abang, ada barang lain nak beli lagi ke ni?” Tanya Arisya.

        “ Nak beli ketam, teringinlah nak makan seafood. Isya masakkan ketam masak lemak boleh malam nanti.” Pinta Adam.

         “ Boleh je, abang nak makan apa pun Isya masakkan. Lagi buncit perut abang tu, lagi bahagia Isya tengok tau.” Gurau Arisya sambil sempat perli. Memang kenyataan pun. Hampir sebulan lebih berkahwin dengan Adam, dia dapat melihat badan Adam semakin naik. Mana taknya, setiap hari tak miss makan di rumah. Sampaikan umi pun perasan akan perubahan Adam yang rajin pulang awal ke rumah semata-mata nak makan masakan Isya.



                   ******************************************************
      
   
   “ Tada!!” Kata gadis itu dengan riang sebaik sahaja dia membuka tudung saji. Adam membuntangkan matanya melihat hidangan di atas meja.

    “ Lah….takkan ini je.”  Tak semangat dia berkata. Wajahnya berubah muram. Arisya menahan tawanya.

    “ Jadilah bang. Urm, tiba-tiba penat pula Isya nak masak bang. Penat jalan-jalan tadi. Abanglah punya pasal, shopping barang sampai tak ingat nak balik. Lagi pun kita berdua je kan ada. Umi kan tidur rumah kak long hari ni.” Ujar Arisya. Adam masih lagi dengan riak wajah masamnya.

    “ Tapi, tadi banyak abang beli lauk…..hmm, apa boleh buat. Sayang penat pula. Takpelah, ulam pun ulamlah. Kicap ada?” Tanya lelaki itu dengan pasrah. Dia duduk menghadap nasi putih, telur masin dan ulam-ulaman di hadapannya. Lama dia menanti isterinya membalas, bila dia menoleh, dilihatnya Arisya ketawa sambil menutup mulutnya. Sebelah tangannya menahan perut.

     “ Owh, main-main dengan abang ye…” Kata Adam kegeraman. Terus dia bangun dari duduknya dan menghampiri Arisya. Tubuh gadis itu didukungnya dan dibawa masuk ke bilik. Arisya terpinga-pinga dengan tindakan suaminya. Dia meronta macam mana sekalipun, Adam tetap tak mahu lepaskan dukungan tersebut.

    Tubuh Arisya diletak perlahan ke atas katil. Bila Arisya mahu bangun, Adam menghalang. Dua belah tangan Arisya dikunci kemas dengan pengangan tangannya.

       “ Urm, baik jujur dengan abang, apa Isya dah buat?” Tanya Adam berpura-pura serius. Isya yang melihat lansung tidak gentar sebaliknya senyum sahaja pada suaminya.

       “ Isya saja je gurau dengan abang. Isya masaklah ketam masak lemak cili api tu. I’m sorry okay. Sekarang, tepi sikit. Kuatlah abang pegang Isya ni. Tak nak bagi orang bangun ke apa?” Kata Arisya. Adam buat-buat gelak nakal.

        “ Memang pun abang tak nak bagi Isya lepas. Biar je Isya kat sini. Lagi pun takde siapa boleh tolong Isya. Kita berdua je ada kat rumah ni. Tulah, mainkan abang ye. Sekarang ni abang nak denda Isya.” Ujarnya. Isya menahan tawa dari lepas. Dia berlagak tenang memandang suaminya.

        “ Denda apa?” Soal Arisya.

        “ Kiss dulu. Kat pipi, dahi, and more important, sini…” Kata Adam sambil memuncungkan mulutnya. Terlepas tawa Arisya bila melihat suaminya berbuat begitu. Nampak je garang lelaki ni, tapi bila dengan bini, manja bukan main.

      Isya menurut sahaja dendanya. Dia mencium sebelah pipi Adam. Namun baru sahaja bibirnya rapat ke sebelah lagi pipi lelaki tersebut, telefon bimbit milik suaminya berbunyi. Lelaki itu mengeluh. Arisya pula ketawa kecil.

      “ Kacau betullah. Siapa pula call ni?” Katanya dengan nada kecewa. Arisya bangun dari baring dan duduk di birai katil. Rambutnya yang lepas itu dikemaskan dan dan diikat. Dia melihat suaminya bercakap sesuatu di telefon.

      “ Ye Encik Iqram. Saya faham. Tak mengapa, tak ganggu pun. Bagus juga Encik Iqram telefon malam ni, bolehlah saya masukkan slide tu dalam pendrive saya terus. Yela, takut terlupa pula meeting esok kan.” Isya dapat mendengar butir perbualan Adam. Bila mendengarkan nama Iqram, Isya dapat rasakan debaran di dadanya.

      “ Hei sayang….kenapa ni?” Tanya Adam sebaik sahaja talian dimatikan. Arisya tersentak.

      “ Err, takde apalah. Siapa call?” Tanya Arisya.

      “ Klien abang, Encik iqram. Dia baik orangnya tau. Tapi sayang, bila abang jemput dia datang kahwin kita hari tu, dia tak dapat datang. Kalau tak boleh abang kenalkan dia pada Isya. Encik Iqram tu kerja kat BSR company. Dengan company tulah pak ngah cadangkan untuk bekerjasama.” Jelas Iqram.

     Arisya mengawal dirinya di depan Adam. Dia tahu syarikat yang disebut oleh Adam tadi. Sebelum ini, dia masih lagi ingat yang Iqram pernah memberitahu di mana dia bekerja. Ada kemungkinan Iqram yang suaminya maksudkan adalah Iqram yang pernah merisiknya dahulu. Dia terfikir kalaulah Adam dapat tahu hal tersebut, apa pula anggapan suaminya terhadapnya.

     “ Dahlah yang, jom makan. Serius abang dah lapar ni. Cuba tengok perut abang ni, dah gegar dah bunyi-bunyi minta diisikan dengan makanan yang sedap-sedap.” Gurau Adam.

     Arisya cuba menepis persoalan yang bermain di mindanya. Dia cuma berharap Iqram yang disebutkan Adam tadi adalah Iqram yang lain. Dia memandang Adam yang sedang menepuk perutnya sambil ketawa lalu Arisya senyum kecil pada suaminya. Walaupun kadang-kadang Adam ni nampak garang dan tidak mudah mengalah walaupun dengan kanak-kanak atau pun kaum perempuan lain, namun dia bersyukur dapat suami yang prihatin, suka bergurau dan paling penting, Adam ni penyayang yang amat pada orang yang disayanginya.
                



                  ***************************************************




    “ Woah, jadi maksud kau, Iqram dengan Adam dah bertemu?” Tanya Maria minta kepastian. Arisya mengeluh.

     “ Tak pastilah Maria. Aku tak sure kalau Iqram yang Adam cakap tu adalah Iqram yang sama. Tapi company yang suami aku bekerjasama tu memang tempat Iqram kerja. Hmmm..” Balas Arisya lemah.

     “ Tapi kan, aku rasa kalau betullah Iqram tu adalah Iqram yang sama, ada bagus juga. Kau tahu kenapa?” Kata Maria dengan semangat. Arisya buat muka tertanya-tanya.

     “ Sebabnya, aku dapat agaklah kan. Seperti yang kau dah ceritakan tadi, Adam pernah jemput Iqram datang wedding korang. So, ini bermakna, mestilah Iqram dah tengok kad kahwin tu kan. Sebab tu lah dia redha je bagi kau kahwin dengan Adam. Sebab dia dah kenal Adam tu macam mana agaknya.” Terangnya dengan yakin. Untuk seketika, penerangan dari gadis itu Ariysa fikirkan dengan mendalam.

    “ Tapi mana kau tahu Iqram dah tengok kad kahwin tu, entah-entah husband aku tu just jemput macam tu je.” Kata Arisya pula.

    “ Ha’ah kan. Aku teka je. Urm, tapi kan Isya, janganlah risau. Kalau hal ni terbongkar satu hari nanti pun, aku gerenti Adam faham punya. Lagi pun hal yang dah berlaku tu semua kan salah faham. Dan juga kau pernah cerita kat aku yang Iqram pun dah takkan ganggu kau lagi dah kan, so…tak payah risau sangat okay.” Pujuk Maria. Mendengar kata dari temannya itu membuatkan sedikit sebanyak kerisauan yang melanda hatinya sedikit terubat.

    “ Betul kata kau. Aku patut yakin yang suami aku akan faham dengan situasi aku. Owh ye, kenapa kau dah berpandangan lain pula pasal Adam ni? Dulu bukan main tak suka Adam tu.” Tanya Arisya tersenyum. Maria mencebik.

    “ Yela, mana aku tak suka dia dulu. Perangai dia tu buat sakit hati je. Tapi disebabkan dia layan kawan baik aku ni dengan elok, aku ubahlah sikit persepsi aku pada dia tu. Mana taknya, aku tengok kau ni makin hari makin berseri-seri. Nampak sangat aura bahagia kau tu tau tak. Confirm sangat kau tengah hangat dilamun bercinta kan. Urm, bestnya bercinta lepas kahwin. Kalau boleh, aku pun nak macam kau lah Isya.”

    “ Ha? Kau nak macam aku? Kau nak dapat husband macam Adam tu ke?” Tanya Arisya.

    “ Ish kau ni, maksud aku nak bercinta lepas kahwin. Tak mahu bercintan cintun lama-lama sebelum kahwin. Pleaselah….jangan harap aku nak laki aku macam Adam tu. Dia dengan budak pun susah mengalah. Ceh..” Katanya. Arisya tergelak mendengarnya.

     “ Urm, tapi kan, hal Iqram tu takdelah sangat ganggu fikiran aku ni, sekarang ni aku lebih teringatkan masalah keluarga aku. Aila pula bila aku call dia tak mahu angkat. Alamat rumah dia pun aku tak tahu. Aku kesiankan ibu aku kat kampung. Selalu dia bertanya aku ada tak Aila call aku. Dia risau kalau betul-betul Aila dah tak mahu jumpa dia dengan ayah aku lagi.” Ujar Arisya.

       “ Aila tu pun satu. Makin melampau. Aku ada juga aku tengok gambar dia yang keluar majalah tu. Terkejut juga aku. Kalau pakaian dia tu tutup sikit takpelah, ni dedah bukan main. Manalah Pak Cik Samad tu tak mengamuk. Kalau aku jadi ayah kau pun aku mengamuk tau. Aku pun tahu sangat, ayah kau jenis yang jaga maruah keluarga. Sebab tulah ayah kau marahkan sangat Aila tu. Tapi yang pastinya, marah ibu bapa tu takkan lama. Sayang diorang tu lebih menguasai dari perasaan marah. Betul tak?”  Kata Maria dengan yakin. Arisya mengangguk.

       “ Betullah tu. Aku tahu ayah aku tak maksudkan pun apa yang dia kata pasal jangan jejak lagi kaki ke rumah pada Aila. Masa tu, ayah aku tengah marah sangat. Apa yang dia cakap pun dia tak sedar. Walaupun Aila tu bukan anak kandung ayah aku sekali pun, dia juga anggap Aila seperti darah daging dia. Tak pernah aku nampak ayah aku bersikap tak adil selama ni dan dia juga berusaha nak bahagiakan semua orang dalam rumah tu.” Terang Arisya sambil mengingati ayahnya di kampung. Maris senyum padanya.

       “ Sekarang ni apa yang kau boleh buat, banyakkan berdoa je Isya. Aku yakin, lambat laun hati Aila tu akan rindu juga pada kampung. Dahlah, tak mahu sedih-sedih. Aku jumpa kau ni bukan untuk sedih-sedih okay. Sudahlah kita dah tak duduk sebumbung, bila dah jumpa nak berbual-bual, soal ni juga yang kau bangkitkan kan…” Kata Maria. Arisya tersenyum padanya.

       “ So, dah ada isi belum?” Tanya Maria. Arisya mengerutkan dahinya.

       “ Isi? Isi apa?” Tanya Arisya pula. Maria buat aksi perut memboyot dengan tangannya. Arisya yang melihat tindak tanduk kawannya itu tergelak kecil.

       “ Belum rezekilah sayang….kalau ada, insyaallah kau antara orang yang terawal dapat berita dari aku.” Kata Arisya.

       “ Yeke, urm, takpelah. Nanti aku doakan kau cepat-cepat pregnant. Mesti comel bila perut kau dah besar nanti kan. Hehe..” Guraunya.

       “ Terima kasih Maria. Aku pun tak jemu-jemu berdoa pada tuhan. Kalau tuhan nak bagi rezeki pada aku, Alhamdulillah…tapi kalau masih takde lagi tanda-tandanya, aku redha. Sebanyak mana kita cuba merancang sekali pun, Allah swt dah tentukan perjalanan hidup kita kan. Yang penting, kita usaha dan tawakal.” Jelas Arisya sambil tersenyum.

    


          ****************************************************************





       “ Hi sayang…” Bisik lelaki itu perlahan di telinganya. Suhaila kegeliman. Dia menoleh ke belakang. Memang tepat sangkaannya, Jimmy yang berbuat begitu.

     “ Boleh tak jangan buat macam tu lagi. Geli aku!” Balas Suhaila dengan jelingan. Jimmy ketawa.

     “ Rilekslah. You ni, pagi-pagi lagi nak marah. Buat apa kat sini? I cari you kat rumah, you takde tadi?”

     “ I ada shooting kat kat bangunan sebelah tu tadi, singgah sini jap brunch. Tak sempat breakfast pun tadi. You lah punya pasal.” Dia menyalahkan Jimmy. Lelaki itu mengerutkan dahinya.

     “ I pula kena..”

     “ Yela, kalau you tak beriya-iya ajak I pergi kelab semalam, takdelah I balik lewat. Pagi tadi pun I dah terlambat tau sampai kat set.” Katanya lagi. Jimmy tersengih.

     “ Ala, rilekslah. Diorang tak boleh buat apa pun kalau you lambat sekali pun. I kan ada.” Kata Jimmy dengan bangga. Suhaila diam. Dia tahu sangat apa yang dimaksudkan lelaki itu. Tak lain tak bukan bangga dengan pengaruh kuatnya. Tidak lama kemudian, lelaki itu mendapat panggilan dari seseorang. Suhaila dapat melihat riak wajah Jimmy yang mula berubah serius.

       “ Okay, kau tunggu aku kat sana. Aku datang sekarang. Siapkan apa yang patut.” Cakap Jimmy pada pemanggil di sana. Suhaila yang didepan mencuri dengar.  Setelah talian dimatikan, Jimmy memandang Suhaila.

     “ I got to go now. Nanti malam jangan pergi mana-mana okay. I bawa dinner. Kita makan kat apartment you je.” Arah lelaki itu. Suhaila diam sahaja. Sebelum berlalu, sempat Jimmy mengusik dagu Suhaila. Berang gadis itu dibuatnya.

      “ Aila…” Tegur orang lain pula bila Suhaila baru sahaja berura-ura mahu keluar dari kafe tersebut. Suhaila mendongak. Wajahnya yang masam tadi terus berubah ceria bila melihat Iqram di depan.

      “ Iqram…” Sebutnya dengan nada penuh rindu.

     “ Tak sangka jumpa Aila kat sini. Aila apa khabar?” Tanya Iqram.

     “ Aila sihat je. Urm, Iqram buat apa kat sini?”

     “ Ingat nak singgah sekejap, minum kopi. Baru balik dari bank tadi.” Jawabnya.

     “ Owh ye ke, err….kalau macam tu duduk jela sini. Kita berbual-bual dulu ke.” Cadang Suhaila. Iqram mulanya keberatan, tapi mengenangkan dia asyik mengelak dari gadis itu selama ini, kesian pula jadinya. Terus dia duduk berhadapan dengan Suhaila.

      “ Kenapa selalu Aila ajak Iqram keluar Iqram asyik tak boleh je?” Tanya Suhaila sebaik sahaja Iqram membuat pesanan kopi secawan pada pelayan tadi.

      “ Sorry Aila. Iqram sibuk sikit kebelakangan ni. Dengan hal kerja lagi, my mom sakit lagi masa tu. Then after my mom dah meninggal, lagi lah I sibuk nak uruskan macam-macam hal.” Jelas Iqram.

       “ Owh ya…I heard about your mom. I’m sorry. Aila dapat tahu pun bila Isya bagitahu dulu masa sebelum wedding dia tu. Ha, kenapa Iqram tak datang wedding adik Aila?” Sengaja Suhaila bertanyakan soalan itu. Dia mahu mengenalpasti sama ada lelaki itu masih ada hati lagi pada Arisya atau tak.

        “ Bukan tak nak datang, tapi Aila pun tahu kan, arwah meninggal pun tak sampai seminggu masa wedding tu. Seperti yang Iqram jelaskan tadi, banyak hal yang Iqram kena uruskan, jadi busy sikit.” Jelasnya lagi. Suhaila tidak puas dengan penjelasan tersebut.

        “ Ye ke? Or you still have some feeling with her?” Suhaila bertanya. Untuk seketika Iqram terdiam.

        “ Dulu ye Iqram ada rasa suka pada dia. But Iqram dah boleh terima dia dengan lelaki lain. I’m sure she happy with her husband now. Kalau boleh sekarang, Iqram lebih selesa bujang dulu.” Terangnya. Sedikit sebanyak penjelasan dari Iqram membuatkan Suhaila gembira sedikit.

        “ Owh ye Iqram, urm…rasanya perkara ni memang dah lama, tapi Aila nak jelaskan jugalah. Yang salah faham masa Iqram masuk merisik dulu tu….” Belum sempat gadis itu menerangkan lebih lanjut, Iqram mencelah terlebih dahulu.

        “ It’s okay. Iqram pun dah tak nak ingatkan hal tu dah. Iqram pun nak minta maaf pada Aila sebab Iqram tak jelaskan lebih lanjut kan, tapi yang Iqram tertanya-tanya kenapa Aila boleh fikir sampai macam tu sekali?” Tanya Iqram pula berkenaan salah faham yang terjadi sewaktu urusan merisik dahulu.

       “ Urm, yela…sebabnya, kita kan dah banyak kali juga keluar bersama, and I thought that time perasaan Iqram pada Aila sama macam yang Aila rasa. Iqram tahu kan yang Aila sukakan Iqram sejak dulu lagi.” Jujur gadis itu. Iqram senyum padanya. Dia tahu ini yang akan terjadi.

      “ Ye Iqram tahu, tapi itu pun selepas salah faham tu terjadi. Dan Iqram minta maaf sangat. Ini soal perasaan Aila. Hope Aila faham kan.” Ujarnya. Suhaila berasa hampa.

      “ Sekarang pun Iqram tak boleh ke buka hati Iqram untuk Aila ni?” Tanya gadis itu mengharap. Iqram melepaskan keluhan dengan perlahan. Dia sedaya upaya tersenyum pada gadis di depannya.

      “ Aila, aila ni muda lagi tau. Aila banyak lagi masa untuk cari lelaki lain yang lebih muda dari Iqram. Iqram ni dah over thirty tau. You should enjoy your life first. Lagi pun macam yang Iqram dah terangkan tadi, Iqram selesa untuk membujang dulu .” Pujuk lelaki itu.

      “ Umur bukan penghalang untuk Aila. Itu cuma alasan semata-mata. Tapi kalau itu yang Iqram dah cakap, Aila tak boleh buat apa kan. But, atleast , Aila minta satu peluang je, please give me a chance to be your friend. Takkan itu pun tak boleh?” Pintanya. Iqram berfikir sejenak. Kemudian Iqram mengangguk sambil tersenyum.

      Suhaila menjerit riang di dalam hatinya. Sambil melihat Iqram menghirup kopi, Suhaila sengih sinis. Strateginya akan bermula detik ini.

       ‘ Kawan? Hmmph….itu je alasan terbaik untuk aku dapatkan kau Iqram.’ Bisiknya di dalam hati.





*jeng3!!update agi…hehe, enjoy baca k. SALAM 1 MALAYSIA! =D 

  1. Arisya rasanya lebih baik berterus terang dengan Adam tentang Iqram .... jangan sampai ada hati yang terluka di kemudian hari....
    Iqram nak jadi kawan ja..... dalam islam berkawan tu elok dari memutuskan persahabatan... nak sedapkan hati Suhaila ja... hehehe ... berhati-hati Iqram

  1. hehe, betullah 2 pendapat kak sue.ngee..btw, thanz sudi bace n bg pndapat =)

  1. kebahgian nampaknya milik arisya bersama adam..dan suhaila ..masih lagi mengejar cintanya buat iqram..

  1. Salam 1 malaysia,hihihi....
    Best3,sentiasa x menghampakan lebih2 lg part loverly couple semestinya adam ngan alisya,huhu....
    Xsabar tunggu next n3:-)
    Good job and thumbs up tuk sahara & n3 ni;-)
    Tp still x suka kat aila:-[

  1. kak ida, hehe...thanz bace =)

    ani man, maceh...(^_^)v peace 4 u =)

  1. Arisya patut ceritakan ttg Iqram kpd. Adam;
    nanti tersalah sangka buruk padahnya..

    And Iqram perlu berhati-hati dgn. Suhaila,
    tak mahu watak yg. jadi pak turut kerana
    kasihan; dah banyak watak macam itu..
    cuba beri kelainan sedikit. Jadikan Iqram
    tegas dgn. pendiriannya, or jadikan lelaki
    yang berhati-hati. X mo dia dgn. Suhaila
    yg. gedik, perasan sendiri tu..

    - MAYA -

  1. hehe, terima kasih maya atas pendapat yg diberikan..ha'a kan, byk sgt watak jd pak turut..hehe, tp sahara mmg xkan wat camtu, sbb jln cerita ni mmg da rangka awal2..kalo de perubahan last mnt pun akan difikirkan scr mndalam...hehe.dont wori k,keep reading okay! hehe =)