NILAI KASIHMU (13)


.

EpisoD 13






        Adam memandu dengan tenang. Arisya pula hanya diam sahaja sepanjang jalan. Sambil memandu, sempat juga Adam menjeling isterinya. Untuk seketika dia berdehem.

    “ Isya..” Panggilnya. Gadis itu menoleh padanya.

    “ Ada nak pergi kedai mana-mana lagi tak sebelum balik ni?” Soalnya.

    “ Urm, rasanya dah takde. Cukuplah semua tu. Banyak dah pun. Abang ada nak singgah mana-mana ke?” Balasnya.

    “ Takde dah. Lagi pun bahang matahari dah rasa kan. Baik kita balik cepat. Balik cepat mesti boleh masak cepat kan.” Ujar Adam sambil tersenyum. Arisya membalas senyuman suaminya.

    “ Abang dah lapar ek? Urm, nanti Isya masak sedap-sedap untuk abang.” Kata Arisya.

    “ Ye ke ni? Urm, tak sabar nak rasa Isya masak nanti.” Balasnya sambil tergelak kecil. Masuk hari ini sudah tiga hari mereka berkahwin. Dan dia masih lagi di kampung isterinya. Sampai sahaja di depan rumah, kelihatan Suhaila memasukkan beg ke dalam bonet kereta. Mak Idah pula seakan mengejar anaknya itu. Manakala, Pak Samad sedang bercakap sesuatu pada Suhaila di pintu rumah. Dari dalam kereta, Adam dan Arisya boleh nampak raut muka Pak Samad yang berubah marah itu. Mereka berdua berpandangan sebentar dan segera keluar dari kereta.

     “ Aila, nak pergi mana ni?” Soal Arisya cepat-cepat mendekati kakaknya itu. Dilihatnya, Mak Idah sudah menangis bukan main lagi.

     “ Isya, tolonglah pujuk Aila tu nak…dia nak pergi jauh dari ibu.” Pinta Mak Idah dengan tangisan.

     “ Ish, kan Aila kata Aila pergi luar negara sekejap je. Nanti dah habis kerja Aila baliklah. Tapi ayah tu, tiba-tiba je asyik suruh Aila berhenti kerja. Menyampah!” Marah gadis itu. Dia menutup bonet keretanya dengan kasar. Adam yang melihat, terpinga-pinga. Lagi pun dia bukan kenal sangat dengan Suhaila ni.

     “ Biarkan dia! Jangan dipujuk budak tu. Dah melampau sangat! Ikut jantan yang bukan muhrim ke sana. Dah tu kerja dedah sana sini. Dah dewasa sangat kan! Dah tahu jaga diri sangat kan, pergilah! Pergi…jangan kamu jejak lagi kaki ke sini!” Marah Pak Samad. Tak pernah selama ni Arisya melihat ayahnya marah sebegitu. Dia berpaling melihat Mak Idah yang memegang lengan Suhaila dan masih memujuk anaknya supaya meminta maaf dengan Pak Samad dengan segera.

     “ Aila, kenapa sampai macam ni sekali. Kesian ibu. Aila, minta maaflah dengan ayah cepat.” Pujuk Arisya pula. Suhaila merengus kasar. Dia menjeling tajam Arisya.

     “ Hei, kau jangan nak menyibuk boleh tak! Aku takkan ubah fikiran aku. Aku tetap nak teruskan kerja aku tu. Lagi pun salah kau juga aku jadi macam ni. Kalau dulu aku dah kahwin dengan Iqram, mesti aku dah tak payah susah-susah cari kerja! Kau jaga laki kau tu cukuplah!Jangan nak sibuk hal aku!” Marah Suhaila. Arisya tersentak. Tak sangka hal lama itu diungkit kembali. Sangkanya Suhaila sudah pun lupakan sengketa itu, namun masih lagi terselit dendamnya.

     “ Aila takkan balik sini dah! Memang ayah tak pernah suka Aila kan! Kalau Arisya buat apa pun , cepat je ayah setuju. Tapi Aila? Ayah semuanya nak tentang! Ayah memang tak adil! Dahlah ibu, ke tepi lah! Jangan halang Aila pergi! Tepilah!!!” Marahnya lagi. Kali ini dia menolak kuat ibunya. Hampir sahaja Mak Idah terjatuh sebab tak dapat seimbangkan badan, namun mujur Arisya berada hampir dekatnya dan cepat-cepat memimpin Mak Idah.

     “ Astaghfillahalazim! Kurang ajar punya anak! Kamu tolak ibu kamu sampai macam tu sekali! Aila! Aila!!” Tengking Pak Samad sambil berlari ke bawah. Tak sempat dia nak dapatkan anak tirinya itu, Suhaila sudah pun memandu keretanya pergi dari situ. Termengah-mengah Pak Samad mahu mengejar. Namun Adam cepat-cepat menghalang bapa mertuanya.

    “ Ibu, ibu!” Panggil Arisya pada Mak Idah apabila melihat wanita tua itu sudah pengsan. Cepat-cepat dia memanggil Pak Samad dan Adam. Dua lelaki tu segera mendapatkan Mak Idah.

     “ Ya Allah, apa nak jadilah semua hari ni. Isya, tolong pimpin ibu kamu ke atas. Adam, tolong bini kamu tu.” Kata ayahnya menahan sebak. Dilihatnya ayahnya segera naik ke atas. Mungkin mengambil air dan tuala kecil untuk dilapkan pada wajah Mak Idah.

    Adam mendukung ibu mertuanya dan dibawa ke atas tanpa banyak kata lagi. Arisya menurut sahaja dari belakang. Dia masih lagi tidak boleh percaya semuanya baru berlaku sebentar tadi. Ni tak lain tak bukan mesti soal kerjaya Suhaila diungkit ayahnya. Tapi takkan sebab tu sahaja ayahnya boleh mengamuk sampai macam tu sekali.

     Suhaila memandu keretanya dengan perasaan berang. Dia sudah agak pasti hal begini akan terjadi. Salah dia juga tadi gatal menunjukkan majalah yang yang ada gambarnya pada ibunya. Sangkanya ayahnya sudah keluar, tapi rupa-rupanya Pak Samad berada dibelakangnya sahaja semasa dia menunjukkan gambar tersebut pada Mak Idah. Bila Pak Samad merampas majalah tersebut dan melihat aksi gambar dia berpeluk dengan lelaki lain, ayahnya mula menegurnya. Terutama bila soal pakaian pasti disentuh.

     “ Tengoklah ni Idah. Anak awak ni dah melampau sangat ni. Ni, sampai nampak betis ni apa kes? Kamu tak malu ke Aila? Kamu tu perempuan islam, patut tahu jaga batas kamu. Ni lah sebab ayah tak nak kamu kerja dalam bidang ni. Ayah tak suka. Ayah nak kamu berhenti juga.” Arah Pak Samad.

     “ Ayah, ingat senang ke Aila nak capai kejayaan sampai macam ni sekali. Susah tahu tak. Ni senang je ayah nak suruh Aila berhenti. Ayah memang tak pernah nak faham apa yang Aila nak!”

     “ Memang, memang ayah tak faham apa yang ada dalam fikiran kamu tu. Tapi yang pasti, cara kamu ni tak elok. Ayah sendiri malu tengok anak ayah pakai macam ni sekali. Dah tu berpeluk dengan lelaki yang tak kenal pula tu. Ayah tahu kamu suka bergaya, tapi gaya pun ada hadnya pada orang islam ni Aila. Cuba tengok Isya tu, dia pun bergaya juga. Tapi gaya dia menutup aurat, bertudung. Sedap je mata memandang. Kalau kamu bergaya macam dia, sejuklah sikit hati ayah ni.” Ujar ayahnya. Suhaila masih tidak mahu mengalah. Dia merampas majalah di tangan ayahnya dengan kasar.

      “ Ayah tak habis-habis nak bandingkan Aila dengan Isya tu. Menyampah tahu tak! Kalau Aila dah kahwin dengan Iqram dulu, dah lama Aila tak kerja ayah. Jadi suri rumah pun Aila sanggup. Tapi Aila bukanlah bijak macam Isya tu, senang nak kerja mana je. Dah ni je peluang Aila, Aila ambiklah! Salah Isya lah, kalau tak sebab dia, mungkin Aila dah berjaya pikat Iqram tu.” Ungkitnya kembali. Dia memang mahu melupakan hal lalu, tapi bila mengenangkan ayahnya asyik menangkan Arisya, kisah itu kembali terlintas di hatinya.

      “ Kamu ni, hal tu kan dah lama. Kenapa nak salahkan Isya dalam hal ni. Lagi pun Iqram sendiri yang nakkan dia, bukan dia yang nak Iqram tu. Lagi pun adik kamu tu kan baru je kahwin kelmarin dengan laki pilihan dia.”

      “ Whatever! Hmph, asal balik je mesti nak kena gaduh pasal hal kerja tu. Kalau tahu hal ni sampai ayah paksa berhenti kerja tu, dah lama Aila ikut Jimmy pergi Kanada minggu lepas. Tak payah balik time kenduri Isya pun lagi bagus!”

      “ Ikut siapa? Jimmy? Siapa budak tu Aila?” Soal Mak Idah pula.

      “ Kawan…” Ringkas Suhaila membalas.

      “ Budak mana? Agama apa? Kenapa kamu nak ikut dia ke sana?” Bertubi-tubi soalan keluar dari mulut Pak Samad.

      “ Ayah tak payah tahulah dia agama apa, bangsa apa pun. Yang penting, dia lagi memahami saya berbanding ayah! Dahlah, baik Aila berambus dari sini lagi baik! Balik kampung pun buat sakit hati je.” Ujarnya dengan rasa berang. Segera dia masuk ke dalam bilik dan mengemas baju masuk ke dalam begnya.

    “ Abang, pujuklah Aila tu bang….minta maaflah kat dia bang.” Pujuk Mak Idah pula. Dia cuak bila melihat Aila yang sibuk mengemas semua bajunya ke dalam beg.

    “ Biarkan dia. Saya cakap elok-elok pun bukan nak dengar. Ni lah jadinya, makin lama makin kurang ajar! Biarkan dia pergi.”

    “ Abang….” Mak Idah dah tahu nak cakap apa lagi. Tangisan mula mengalir di pipinya.

    “ Aila takkan jejak kaki lagi ke kampung ni! Aila nak pergi jauh dari ayah! Aila benci ayah!” Marah gadis itu sambil menyeret beg pakaian dan di bawa ke bawah.

     Kebetulan ketika itu kereta milik Adam sudah sampai masuk ke halaman rumah. Pak Samad yang mendengar kata dari anak tirinya terasa dadanya seakan dipukul. Sayu bercampur kesal bila dia mendengar Suhaila menyatakan benci padanya. Bila dia melihat Arisya sedaya upaya memujuk Suhaila di bawah, dalam diam Pak Samad menangis. Sedaya upaya dia kesat air matanya, dia kesal kerana tidak mendidik Suhaila dengan baik dan tegas sejak dari dahulu lagi. Yang tambah sedihnya, dia sebak melihat Mak Idah merayu pada satu-satunya anak kandungnya. Dan saat itu, cuma satu dia berharap, supaya anak tirinya itu akan segera sedar dari kesilapannya.



                      ***********************************************



   Sudah hampir sebulan perkara itu berlaku. Namun Arisya masih tidak dapat lupakan Suhaila yang berkelakuan sampai begitu sekali. Sanggup membelakangi ibu bapa semata-mata hal kerja dan kebebasan sendiri. Dia juga risau mengenangkan apa yang bakal berlaku pada kakak tirinya itu kalau itulah pilihan Suhaila. Sambil mengenangkan Suhaila, Arisya mengeluh dan menepuk bantal tidur di atas katil itu. Selepas sahaja mereka berkahwin, Adam membuat keputusan untuk tinggal bersama uminya. Arisya pula tidak kisah lansung tinggal serumah dengan ibu mertuanya. Ini kerana dia mengerti yang Adam masih lagi sedang mengumpul duit dalam usaha membeli rumah baru.

    “ Mak su mak su! Tolong boboy!” Jerit budak lelaki itu sambil berlari mendapatkan Arisya di bilik. Terpinga-pinga dia bila Boboy masuk secara mengejut dan menyorok di belakangnya.

    “ Mana kau nak lari ha budak! Sini kau!” Arah Adam yang juga turut berlari masuk ke bilik. Arisya yang baru selesai mengemas cadar di katil melihat mereka berdua.

    “ Mak su, tengoklah pak su tu. Kejam!!” Adu boboy.

    “ Kenapa ni bang?” Soal Arisya. Sambil itu dia memegang tangan boboy yang memeluknya dari belakang.

    “ Tengoklah apa dia dah buat. Habis handset abang dia rosakkan. Dahlah abang beli handset ni pakai first gaji dulu. Kau boboy, sini.” Katanya. Boboy hanya menjulurkan lidah sambil ketawa.

    “ Ala abang ni, dengan anak buah sendiri pun tak mahu mengalah ke? Dia tak sengaja kot. Boboy, cakap kat mak su, boboy ke yang buat handset pak su rosak?” Pujuk Arisya sambil melutut untuk bercakap dengan boboy yang separas bawah dadanya.

    “ Boboy tak sengaja.” Balas boboy ringkas. Adam datang menghampiri anak buahnya dan mencubit pipi tembam boboy sepuas hatinya. Arisya cepat-cepat menghalang perbuatan suaminya itu.

    “ Abang, sakitlah budak ni nanti.” Ujar Arisya. Boboy menggosok pipinya dan berpura-pura sedih. Sambil tu dia ambil kesempatan memeluk leher Arisya.

    “ Mak su, tengoklah pak su ni, jahat. Dia cubit boboy. Sakit!” Adunya lagi. Sambil boboy memeluk Arisya sempat dia sengih sinis dan mengangkat sebelah keningnya memandang pak sunya. Adam yang melihat menjengilkan matanya. Padahal dia cubit bukanlah kuat sangat pun. Berlakon je lebih.

    “ Eh, budak kecik ni. Better kau balik rumah mama kau lah. Ishh..” Adam berkata bila dah hilang sabar. Dahlah lama pula dia peluk Arisya. Terselit sedikit cemburu di hatinya.

    “ Abang ni, sudahlah. Benda sikit je. Takkanlah nak suruh boboy balik rumah kak long. Kak long dengan abang long kan pergi Johor tiga hari. Kesian boboy takde siapa nak jaga. Urm, abang pakailah handset Isya dulu. Isya boleh pakai handset lagi satu.” Pujuk Arisya pada suaminya. Hmm, apa boleh buat, sejak dia dah kahwin dengan Adam selama sebulan ni, barulah dia tahu suami dia ni pantang sikit dengan budak. Silap sikit, mesti gaduh besar dengan boboy.

    “ Ni kenapa bising-bising ni? Umi nak solat tadi pun tak kusyuk jadinya.” Tegur umi masuk ke bilik. Arisya tersenyum pada ibu mertuanya.

    “ Boboy tu ha umi. Nakal sangat!” Adu Adam. Arisya tergelak melihat telatah suaminya yang mengadu pada umi. Dan kini dia juga tahu Adam ni memang lebih manja dengan umi walaupun diri tu dah dewasa.

    “ Kamu ni pun, sebelum kahwin dengan lepas kahwin sama je. Cubalah kurangkan sikit sifat marah tu. Dengan budak kecik pun tetap tak boleh mengalah. Nanti dah anak sendiri nanti macammana ha? Cuba ubah sikit perangai.” Adam terdiam. Arisya pula merasakan pipinya naik merah bila disebut soal anak.

    “ Dahlah, mari boboy. Ikut nenek pergi kedai. Kita cari snek sedap-sedap ye.” Ajak umi. Boboy segera berlari mendapatkan neneknya. Sebelum beredar dari bilik tidur paksunya, sempat lagi dia menjelirkan lidah pada lelaki itu.

     “ Abang…” Panggil Arisya dari belakang. Adam menoleh padanya.

     “ Kenapa?”

     “ Lain kali abang layan boboy tu elok sikitlah. Kesian Isya tengok boboy tu. Kenapa sampai nak cubit dia pula tadi. Dia kan kecik lagi.”

     “ Urm, Isya pun nak salahkan abang? Hai lah, kalau semua nak menangkan budak tembam tu, makin mengadalah dia tu. Semua manjakan dia sangat pun…” Keluh Adam. Arisya menahan tawanya. Dia memeluk pinggang Adam dan berhadapan dengan suaminya.

     “ Mana ada Isya salahkan abang. Isya tegur sikit je. Okaylah, lain kali abang menang pula ye. Urm, abang marah ke ni?” Kata Isya sambil senyum memandang suaminya. Adam buat-buat tak peduli. Dia biarkan saja pelukan dari Arisya dan memandang ke tempat lain. Padahal dalam hati suka dilayan begitu sekali.

     “ Abang…..” Panggil Isya dengan lembut. Kali ni Adam dah tak boleh tahan lagi. Dia merenung mata Arisya yang bundar itu. Dan dia pun tersenyum. Perlahan-lahan dia mencuit hidung isterinya. Arisya tergelak bila dapat bergurau senda dengan suaminya.

     “ Pandai je naikkan mood abang kan. Urm, sayang….perut ni dah laparlah. Umi sekarang ni dah jarang masak sebab boboy tu asyik ajak makan kat luar je. Kesian abang sebab mak sendiri asyik bela cucu dia tu je.” Sengaja Adam bermanja dengan Arisya dan sambil itu dia memeluk erat tubuh Arisya dan mengusap lembut rambut isterinya yang panjang itu.

     “ Ala ala ciannya dia. Hehe, lepas Isya mandi, Isya masakkan untuk abang ye. Nanti Isya masakkan asam pedas kegemaran abang tu.” Kata Isya melepaskan pelukan dari Adam dan mencapai tuala yang diletakkan di atas katil sebentar tadi. Bersinar mata Adam bila makanan kegemarannya disebut.

     “ Eh, bukan subuh tadi Isya dah mandi ke?” Tanya suaminya yang ketika itu sedang duduk di atas katil sambil memerhatikan isterinya.

     “ Nak mandi wajiblah abang. Dah habis tempoh period dah. Mandi wajib ni harus dicepatkan. Nanti takdelah tangguh solat lagi. Lagi cepat mandi wajib, lagi cepat kita boleh beramal ibadat.” Ujar Arisya dengan tenang. Adam yang mendengar hanya mengangguk.

     “ Nak abang temankan?” Sengaja Adam mengusik. Arisya datang hampir padanya mencubit pipi suaminya kegeraman.

      “ Gatal!” Dia membalas sambil tersenyum dan segera berjalan ke bilik air. Adam ketawa bahagia bila melihat respon dari Arisya.




                  ******************************************************


   Iqram mengeluh bila menerima panggilan dari Suhaila sebentar tadi. Gadis itu tak habis-habis menghubunginya dan mengajaknya keluar bersama. Bukan dia tidak mahu, tapi sejak dia dapat tahu yang Suhaila memendam rasa padanya, dia pula yang rasa kurang selesa untuk berhadapan dengan gadis itu.

     “ Abang!” Panggil adiknya dari jauh. Iqram tersentak bila Lisa memanggilnya.

     “ Kenapa?”

     “ Abang tak dengar ke adik cakap tadi? Tadi daddy call, dia cakap dia on the way balik ke sini dengan perempuan tu.” Kata Lisa sambil turun ke bawah. Tadi dia memanggil abangnya dari tingkat atas, namun Iqram lansung tidak mendengarnya, malah bagaikan lelaki itu berada dalam dunianya sendiri.

        Biarlah dia…” Acuh tak acuh sahaja Iqram membalas. Baginya kehadiran Tan Sri Arshad sudah tidak ada mendatangkan makna untuknya.

   Beberapa minit kemudian loceng rumahnya berbunyi. Pembantu rumah yang ada, cepat-cepat berlari membuka pintu. Kelihatan Tan Sri Arshad dan seorang wanita yang agak muda darinya berjalan ke ruang tamu. Lisa menghampiri ayahnya dan bersalam. Walaupun jurang kemesraan itu makin pudar, namun Lisa masih tahu batas hormat dengan ayahnya. Begitu juga dengan Iqram, dia menyalam ayahnya. Bila tiba pada ibu baru mereka yang bernama Fasha itu, Lisa nak tak nak je salam dengan perempuan tersebut, manakala Iqram lansung tidak mahu menyalam ibu tirinya. Mana taknya, perempuan itu lebih muda setahun darinya dan baru berusia 30 tahun.

        “ Lama tak jumpa anak-anak daddy ni. How’s your life Iqram, Lisa?” Tanya Tan Sri. Fasha pula duduk rapat dengan suaminya. Naik meluat Lisa melihat Fasha yang gedik bermanja dengan ayahnya. Bukan dia tak tahu, yang Fasha ni sebenarnya bekas model. Jadi bila soal seksi, tak payah sebutlah kan, naik menyampah dia tengok gaya Fasha ketika itu. Dengan dress ketat dan singkatnya. Macam nak goda semua laki je. Mujur abangnya, Iqram lansung tak mahu pandang ke arah Fasha.

        “ Macam biasalah daddy. Hidup kitorang takde yang berubah pun. Cuma lepas arwah mama dah takde, rasa suram sikit.” Balas Lisa dengan sengaja mengungkit pasal ibunya di depan Fasha.

         “ Hmm, yela. Tapi yang dah pergi tu kita tak boleh buat apa. Tuhan lebih sayangkan mama. Daddy pun masih lagi rindukan mama.” Ujarnya. Fasha mencebik bila mendengar suaminya berkata begitu. Kalau rindu, mengapa masa bini pertama dia dikebumikan dulu, dia lambat hadir ke upacara pengebumian.

         “ Daddy makan sini ke?” Tanya Iqram. Dia tak kisah sangat kalau ayah dia kahwin dengan perempuan lain, ini kerana arwah Puan Sri Indah selalu menasihatkan dia supaya menerima keputusan ayah dengan redha. Mula-mula berang, marah semua ada. Tapi bak kata mamanya, jangan difikir sangat. Adalah lebih baik doakan kebahagiaan ayah.

         “ Boleh juga. You tak kisah kan sayang?” Tanya Tan Sri pada bini mudanya. Fasha mengangguk sambil tersenyum. Sambil tu sempat dia menjeling anak tirinya, Iqram. Ini kali kedua pertemuannya dengan Iqram, dia tak sangka pula suaminya ada anak sekacak ini.

         “ Lisa, dah lama daddy tak merasa anak daddy ni masak. Boleh masakkan untuk daddy hari ni?”

         “ Urm, boleh. Tapi daddy kena tolong tau!” Kata Lisa bersemangat. Dia memang rindukan saat bersama ayahnya. Dahulu masa kecil, ayahnya selalu menemankan dia ke dapur dan menunjukkan bakat masak yang ada. Paling dia tak boleh lupa, bila abang dan mamanya juga join mengusik mereka berdua masak di dapur. Dia rindukan semua itu.

     Semasa Lisa mahu ke dapur, Tan Sri Arshad mengikut anak bongsunya dari belakang. Dia mahu membantu anaknya itu. Lagi pun sudah lama dia tak beramah mesra dengan anak perempuannya. Iqram pula tinggal di ruang tamu bersama ibu tirinya. Fasha mengambil kesempatan untuk duduk rapat sedikit Iqram yang sedang menumpukan perhatian di kaca televisyen.

        “ So, Iqram….how’s your work? Urm, rasanya kita tak banyak masa untuk suai kenal masa daddy you kenalkan I pada you all anak beranak kan. It’s great to be here today.” Saja Fasha memulakan bicara. Iqram lansung tidak mahu memandangnya.

        “ Kerja macam biasa je. Kalau apa yang kau rasa tu betul suka datang ke sini, takpelah. Senang sikit aku dengan adik aku nak jumpa daddy.” Balas Iqram acuh tak acuh. Fasha mencebik melihat respon dari Iqram. Namun disebabkan sifat Iqram tulah yang membuatkan dia lagi suka. Lagi susah dia dapat, selagi itulah dia akan buat iqram memandangnya.

        “ You tak nak kahwin ke Iqram. Setahu I lah, umur you bukan muda lagi.” Celah wanita itu lagi. Iqram tayang muka bosan. Malas dia nak layan persoalan tu.

       “ Kalau ada jodoh aku kahwinlah. Kau tak payah risau nak fikirkan hal aku.” Balasnya.

       “ Apalah you ni Iqram, I ni mak baru you. So, I rasa I ada sebab untuk bertanya hal tu.” Kata Fasha, sambil itu sempat dia menyentuh tangan Iqram. Iqram pula mula hilang sabar waktu itu dan mula berdiri.

       “ Enough, untuk pengetahuan kau, aku tak kisah kau nak kahwin dengan ayah aku. But, aku dengan Lisa, tak pernah anggap kau ahli keluarga ni. Dan juga kami berdua takkan sesekali panggil kau mama kami, okay! Lagi pun aku tua setahun dari kau. Ingat tu! Dan bagi kami, takde sesiapa yang boleh gantikan tempat mama. Macam mana kau usaha sekali pun, kau tak layak berada kat hati kami berdua ni, faham?!.” Jelasnya dan mula berjalan ke arah tangga dan naik ke biliknya. Sudahlah dia penat melayan kerenah Suhaila, kini terpaksa pula berdepan dengan perempuan yang hipokrit tu. Fasha memeluk tubuh sambil sengih sinis.

         “ Takpe, mungkin sekarang kau tak boleh terima aku sebagai mama kau. Tapi aku akan buat kau terima aku sebagai orang yang kau suka satu hari nanti.” Cakap Fasha seorang diri sambil ketawa yang dibuat-buat.

     Iqram baring di atas katil. Dia melepaskan keluhan kasar. Telefon bimbitnya di ambil. Dia melihat mesej yang ada. Selepas membalas apa yang patut, dia sengaja menekan aplikasi media dan sudut gambar ditekan. Satu persatu kenangannya dulu dilihat. Sekurang-kurangnya, gambar lama bersama ahli keluarganya dulu boleh membuatkan hatinya sejuk sedikit. Bila tiba di satu gambar, dia berhenti menekan dan lama dia merenung gambar tersebut. Gambar curi itu diambil beberapa bulan yang lalu. Sudah lama gambar itu ada dalam memori telefonnya. Namun dirinya berkeras untuk memadam. Dia tersenyum melihat gambar dimana Arisya yang sedang senyum memandang ke langit. Dia sukakan senyuman itu. Dia cuba hakis perasaannya pada gadis itu, tapi memang sukar. Dan dia tahu, adalah berdosa besar mengganggu kebahagiaan rumah tangga orang. Puan Sri Indah sempat berpesan padanya sebelum menghembuskan nafas terakhir, supaya jadi insan yang berguna dan jangan sesekali menganggu kebahagiaan orang. Ya, itu dia akan semat dalam fikirannya. Kalau itu permintaan ibunya, dia akan usaha juga untuk lupakan Arisya dan cuba membuka hatinya untuk insan yang lain. Dan dia berharap supaya dia dapat calon isteri sebaik Arisya satu hari nanti.


    

 

*okay, bab 13 dah muncul. Enjoy bace. Senyum2 slalu ye..Hehe… =)


  1. Mcm x puas baca jea,best3.leh x cik writter wat panjang2 part arisya ngan adam,(sweet couple)tersenyum jea baca part dia org tu.go ikram go,ketemukanlah jodohnya ngan maria mcm sesuai jea diaorg tu.ishhhh jht betul fasha geram jea rasa,hihihi:-)peace sahara good job;-)

  1. haha..yeke ani man?hehe..ok2, will continue in the next chapter k bab adam dgn arisya..thanz bace=)

  1. ya sokong ikram ngan maria.

    kmas

  1. gud job writer..
    nexx please..hahha