SeManis RaSa CinTa...
undefined
5.February
5.February
p/s : Segala watak, nama negara, nama tempat, dalam cerita ini adalah rekaan dari imaginasi si tukang buat cerita a.k.a sayalah tu...hehe..cerita ni ala2 dalam dunia fantasi sikit, tapi takdelah fantasi mana pun. Logik tu mestilah kena ada kan.ngee...Jadi nak bagitahulah ni, siapa yang tak berapa gemar sangat cerita ala2 jenis ni, jangan baca. hehe, tapi kalau nak bace tu untuk tahu permulaan silakan. Masing2 ada pendapat bukan. Dan lagi, kalau ada pendapat atau saya ada buat silap dalam penulisan jangan malu untuk komen. Dari komen pembacalah saya belajar dari kesalahan yang ditegur.hehe. Seperti yang maklum, saya menulis cerita di blog ni hanyalah untuk mengisi masa yang lapang dan juga menterjemahkan imaginasi penceritaan dalam mini novel ni. Segala kekurangan semuanya datang dari saya, apo nak buat, saya ni cume penulis amatur yang kurang mahir dalam bidang penulisan. Harap maaf ye =)
PART 01
Tubuh
kecil itu ditolak kasar hingga terjatuh di atas lantai. Dia mengaduh sakit di
bahagian punggung kerana hentakan yang mengejut dari orang di hadapannya. Bila
dia dongak, kelihatan seorang gadis remaja berpeluk tubuh dan senyum sinis padanya.
Di belakang gadis itu pula, ada dua lagi gadis remaja yang turut senyum sinis
padanya. Tak kurang yang gelakkan dia. Dia mengetap bibir menahan amarah di
dalam hati dan cuba berdiri. Bila dia berdiri, gadis di depannya mula melangkah
merapatinya dan memandangnya dengan pandangan yang cukup tajam.
“ Lain kali, kalau kau nak cari saingan,
cari yang layak dengan kau je…” Ujar gadis remaja yang menolaknya tadi dengan
nada bisikan di telinganya, namun baginya cukup mendalam maksud yang
dituturkan.
“ Apa maksud kau? Tetiba tolak aku tadi
apa kes?” Gadis yang agak rendah itu membalas. Bengang dia rasa masa tu. Tadi
elok nak ke kantin sekolah, tiba-tiba ada pula yang cari pasal main rempuh je
dia sampai terjatuh. Dah lah ramai pelajar tengah lalu lalang kat situ, malu
tak payah katalah, memang merah muka dia jadinya.
“ Jangan buat-buat tak tahu. Kitorang
nampak tadi, kau cuba mengorat pakwe Amanda ni kan.” Celah pula lagi seorang
kat belakang perempuan berlagak tu. Crystal mengerutkan dahi.
“ Apa korang semua merepek ni? Eh,
tolonglah. Aku datang sekolah ni bukan nak main ngorat-ngoratlah. Takde masa
tau tak.” Balasnya dengan tegas. Amanda yang berada depannya itu mendengus
kasar. Dia menolak bahu Crystal dengan kasar. Hampir-hampir sahaja Crystal
terjatuh. Mujur dia dapat seimbangkan badannya.
“ Kau kalau tak menjawab boleh? Pandai
je kau nak nafikan apa yang kawan-kawan aku nampak kan. Hish, menyampah tau tak
aku dengan kau ni. Mentang-mentang kau budak baru kat akademi ni, kau ingat kau
boleh berlagaklah?! Jangan harap!” Marah Amanda. Terkelip-kelip mata Crystal mendengar
kenyataan itu. Apa kena dengan budak bertiga ni? Aduh, tak faham aku!!
“ Dahlah Amanda, jom blah. Cikgu
disiplin nampak nanti habis kita. Setakat budak baru ni kau tak payah rasa
tergugat Amanda. Dia tak layak. Kau lebih cantik dari dia. Jomlah kita balik
kelas. Dah nak habis rehat ni.” Celah lagi gadis lain yang agak tinggi di
belakang Amanda.
Amanda menoleh memandang temannya,
kemudian dia memandang semula ke arah Crystal. Dia tersenyum sinis. Crystal
membalas dengan menjungkit sebelah keningnya.
“ Ingat amaran aku tadi. Jangan cari
pasal!” Ugutnya kemudian berlalu pergi bersama dua lagi rakannya. Crystal
menepuk kesan kotor di belakang punggungnya. Dia mendengus marah.
“ Aku cari pasal? Bila masa aku cari
pasal. Ish, gila punya betina!” Katanya seorang diri. Baru hari pertama masuk akademi
sini dah dapat musuh. Sambil merungut mengenangkan nasib yang menimpa dirinya, dia
cuba berfikir kenapa dia pula yang jadi mangsa. Padahal hari ni lansung dia tak
cakap dengan lelaki pun, kecuali…
“ Hai Crystal, kenapa tak balik kelas
lagi ni?” Tegur pemuda yang tiba-tiba muncul di belakangnya tanpa gadis itu
sedari. Crystal tersentak. Kaku dirinya apabila lelaki itu berdiri betul-betul
hampir dengan dirinya.
“ Alex..” Katanya. Ya, baru dia
teringat. Semasa dia mula masuk pagi tadi di pagar sekolah, dia ada bercakap
dengan seseorang. Lelaki yang menegurnya itulah insan yang pertama bercakap
dengannya. Alex merupakan ketua pelajar di sekolah tersebut. Kalau mengenangkan
bukan sebab dia susah payah angkut beg yang berlambak tadi, memang takkan dia
menerima bantuan Alex. Lelaki tu pula baik hati nak tolong angkut barang dia
masuk asrama. Dia pun terima jelah.
‘ Alex ni ke pakwe Amanda tu? Urm,
yela kot. Dah dia sorang je yang bercakap dengan aku tadi. Ish, manalah aku nak
tahu yang mamat ni pakwe perempuan gila tu.’ Rungutnya dalam hati. Alex yang
berdiri disebelahnya tersenyum apabila soalan yang diaju tidak dijawab budak
baru tersebut.
“ Hmm, Crystal. Saya rasa baik awak
balik kelas sekarang ni sebelum pengawas
yang bertugas jumpa awak kat sini.” Tegur Alex padanya. Crystal
tersentak, dia melihat jam tangannya kemudian dia mula berlari anak
meninggalkan Alex di situ. Separuh jalan dia berlari, dia berhenti dan
berpaling memandang ke arah Alex yang masih terkejut dengan reaksi gadis itu
tadi yang tiba-tiba berlari. Crystal menundukkan badannya sedikit dan
mengucapkan terima kasih pada Alex sebab mengingatkan dia supaya tidak terlewat
masuk ke kelas.
Alex yang melihat gerak geri pelajar
baru itu tersenyum. “ Hmm, kelakar juga budak baru ni…” Katanya seorang diri
sebelum beredar dari situ.
*****************************************************
“ Baiklah semua pelajar, sila diam. Sila
berikan tumpuan. Hari ni kita akan menerima pelajar baru yang akan turut serta
dalam kelas ni. Kamu, sila perkenalkan diri kamu pada mereka semua.” Arah Cikgu
Mary. Crystal menundukkan sedikit badannya dan kemudian berdiri tegak memandang
sekeliling kelas tersebut.
“ Apa khabar semua, nama saya Crystal
Marrison. Awak semua boleh panggil saya Crystal. Saya berasal dari Kota
Berrighd. Selamat berkenalan…” Katanya memperkenalkan diri dengan ramah. Lepas
je dia kenalkan diri, kelas tersebut mula kecoh dengan bisikan. Ada yang
memandangnya dengan penuh pertanyaan, ada yang memandangnya dengan senyuman,
dan tak kurang juga ada yang memandanganya dengan pandangan kurang selesa.
Dalam hati Crystal dah mengeluh. Sabar Crystal, maklumlah hari pertama.
“ Baiklah kelas, tolong diam. Hormat
sikit. Kamu Crystal, boleh duduk di sebelah Sarah ye. Sarah tolong bangun.”
Arah Cikgu Mary. Tanpa banyak soal, Crystal menurut sahaja. Dia senyum pada
gadis yang dipanggil Sarah itu.
“ Baiklah kelas, saya hari ni tak dapat
nak mengajar kamu sebab saya kena hadiri mensyuarat dengan tenaga pengajar
lain. Saya baru diberi notis pendek tadi. Jadi, kamu, Max, sebagai ketua kelas,
saya harap kamu dapat kawal kelas ni sepanjang saya tiada. Pada siapa yang tak
siapkan tugasan yang saya beri minggu lepas, boleh siapkan masa ketiadaan saya
ni. Habis waktu kelas, sila hantarkan tugasan kamu di pejabat saya.” Terang
Cikgu Mary lagi sebelum berlalu keluar.
Crystal memandang gadis disebelahnya yang
asyik membaca buku dari tadi lagi. Crystal mula berdehem. Dan seperti
sangkaannya, Sarah mula mendongak dan memandangnya.
“ Sarah, selamat berkenalan. Kalau tak
keberatan boleh saya tahu nama penuh awak?” Tanya Crystal yang cuba beramah
mesra dengan rakan sekelasnya itu.
“ Sarah Lawren…selamat berkenalan.”
Balasnya dengan senyuman. Crystal terpaku sejenak mendengar suara yang keluar
dari bibir gadis itu. Halusnya suara dia. Lembut je…pujinya dalam hati.
Sarah merasa segan apabila Crystal
memandangnya tanpa kelip. Dia menundukkan mukanya kembali. Sarah ni memang
pemalu orangnya. Sedar akan kebiadapannya, Crystal mula memanggil Sarah
kembali.
“ Maaf Sarah. Saya tak bermaksud nak
buat awak tak selesa. Saya cuma rasa kagum sikit dengar suara awak. Suara awak
lembut, halus. Padan dengan orangnya, comel, cantik.” Puji Crystal. Sarah
tersenyum lega. Ingatkan Crystal memandangnya kerana menganggap dia ni pelik,
rupanya sebaliknya.
“ Err, tadi awak ada kata awak berasal
dari Kota Berrighd. Saya pun berasal dari sana juga..” Lembut Sarah membalas.
Dia cuba membalas keramahan dari Crystal. Mendengarkan Sarah berkata begitu,
Crystal mula menggegam kedua-dua belah tangan Sarah dengan mata yang bersinar.
Terkejut Sarah dibuatnya.
“ Yeke awak dari sana juga? Wah,
bagusnya! Awak tahu tak betapa saya risau yang amat bila masuk akademi ni. Saya
rasa gembira sangat bila dapat tahu ada pelajar yang berasal sama tempat dengan
saya.” Kata Crystal bersungguh-sungguh. Sarah tersenyum melihat reaksi pelajar
baru tersebut. Ingatkan apalah tadi.
“ Untuk pengetahuan awak, tak ramai
pelajar yang datang sini yang asal dari Kota Berrighd tau.” Kata Sarah. Crystal
hanya mengangguk mengiyakan kebenaran fakta tersebut.
“ Ye, saya tahu tu. Sebab tu saya
gembira bila dapat tahu awak pun berasal dari sana. Maklumlah kota Berrighd tu
kota yang kecil. Jadi kebanyakkan orang di situ kehidupan dia adalah sederhana.
Macam saya. Dari apa yang saya dengar, menurut ayah saya, akademi ni hanya
menerima pelajar dari golongan berada dan juga dari keluarga
cendekiawan(bijaksana) sahaja kan? Betul ke?” Tanya Crystal pinta kepastian.
Sarah yang mendengar mengangguk.
“ Saya dapat masuk sini pun setelah
melalui beberapa lapisan ujian untuk menerima biasiswa. Kiranya saya bersyukur
diterima di sini. Tapi saya peliklah, awak kata awak dari keluarga golongan
sederhana, tapi awak masuk sini kan. Bermakna awak ni dapat biasiswa juga ke?”
Tanya Sarah.
“ Yup, saya dapat biasiswa. Kenapa?”
“ Untuk pengetahuan kau, bukan
calang-calang pelajar boleh masuk Akademi Triniston ni. Seperti yang kau
maklum, hanya golongan berada dan keturunan keluarga cendekiawan yang diterima
menuntut ilmu kat akademi ni. Dan lagi, selalunya, hanya satu sahaja biasiswa
yang akan dikeluarkan untuk seorang sahaja pelajar. Dalam setahun cuma sekali
je peluang tu dikeluarkan dan paling utama, biasiswa tu dikeluarkan untuk
pelajar tahun pertama.” Celah seseorang yang menghampiri mereka berdua.
Crystal memandang gadis didepannya tanpa
berkelip. Pandangan gadis berambut kerinting keperangan itu cukup tajam
membuatkan Crystal menelan air liurnya. Lama gadis itu memandangnya. Semakin
hampir gadis itu dekat dengannya, semakin gelisah pula Crystal rasa. Takkan dia
pun nak cari gaduh juga macam Amanda tadi. Tidak lama kemudian, gadis berambut
kerinting itu ketawa. Crystal mula pelik. Gadis itu duduk berhadapan dengannya
dan mula menghulurkan salam.
“ Rilekslah Crystal. Saya gurau je tadi.
Saya Julie, selamat berkenalan.” Sapa Julie yang mula berubah perwatakannya.
Crystal melepaskan keluhan lega. Dia menyambut salam perkenalan dari Julie dengan
rasa lega. Sarah juga melepaskan tawanya bila melihat gelagat kawannya Julie
yang suka bergurau itu.
“ Jadi awaklah pelajar baru yang ramai
hebohkan tu. Tak sangka pula kita sekelas.” Kata Julie. Crystal mengerutkan
dahi.
“ Heboh? Saya? Urm, apa cerita ye?”
Tanyanya ingin tahu. Patutlah bila dia mula perkenalkan diri di depan kelas
tadi, ramai yang mula berbisik tentang dirinya. Rupa-rupanya ada khabar angin
tentang dirinya yang dia tidak tahu.
“ Awak tahu kan, seperti yang saya dah
cakapkan tadi, biasiswa hanya dikeluarkan untuk pelajar tahun satu yang bakal
masuk ke akademi ni, tapi awak ni kan pelajar tahun ke-dua. Tak pernah lagi
dalam sejarah akademi ni bagi biasiswa untuk pelajar tahun ke-dua. Tambahan
pula, cuma sekali je dalam setahun biasiswa tu dikeluarkan. Dan biasiswa tu dah pun diberi pada pelajar
tahun satu untuk tahun ni. Jadi bermakna, awak dapat biasiswa yang disponsor
dari orang tertentulah. Tambahan pula dengar kata awak tak ada ambil ujian
lapisan lansung untuk masuk ke sini bukan?” Terang Julie dengan panjang
lebarnya. Crystal menggaru kepalanya yang tak gatal itu.
“ Owh, macam tu ke? Saya tak tahu pun…”
Selamba Crystal membalas. Memang jujur dia tak tahu menahu tentang perkara
tersebut.
“ Tunggu sekejap, bermakna awak tak tahu
yang awak dapat biasiswa yang disponsor dari orang lain dan bukannya dari akademi
ni?” Tanya Sarah pula minta kepastian. Lambat-lambat Crystal mengangguk.
“ Saya ingat biasiswa tu memang dari
akademi ni. Jadi sebab tu saya terima je. Oh, jadinya, semua orang kecoh pasal
saya sebab hal biasiswa tu ke?” Tekanya. Julie dan Sarah mengangguk serentak.
“ Selain tu, orang yang sponsor awak
masuk sini, dengar khabarnya adalah Mr. Robert Qryst.” Sambung Julie lagi. Crystal
tercengang.
“ Mr. Robert Qryst? Maksud awak chef?
Bukan ke dia tenaga pengajar kat sini? Saya tak tahu pula biasiswa tu dari dia. Err, ke saya je yang fikir macam tu? Hish, peninglah! Hah! Tapi kan, awak berdua nak tahu tak, dia tu orang yang baik
tau. Dahlah dia buat pai yang sedap dan….”
“ Sekejap sekejap! Tunggu dulu. Chef?
Hello, dia bukan setakat chef tau. Awak tahu tak dia tu orang yang paling
berpengaruh dalam negara Clambert ni. Dan dia bukan tenaga pengajar di sini.
Dia lebih dari itu. Kalau awak nak tahu, kebanyakan golongan diraja menggunakan
khidmat dari Mr. Robert dan juga, menurut ayah saya, Mr. Robert tu mewarisi
harta yang banyak. Kebanyakan dana di akademi ni adalah harta Mr. Robert
sendiri. Bukan itu saja, menurut maklumat yang saya dapat, suku dari negara ni adalah
di bawah milik kuasa Mr. Robert. Dan awak Crystal, awak dikira orang yang
bertuah, sebab Mr. Robert Qryst sendiri yang mengsyorkan awak untuk masuk ke
akademi ni. Tambahan pula sepanjang pengajian awak ditaja oleh dia. Tak pernah
lagi selama ni Mr. Robert bermurah hati nak bagi biasiswa pada pelajar
menggunakan duitnya sendiri. Macammana awak boleh kenal Mr. Robert? Dan
macammana dia boleh pilih awak untuk masuk ke sini? Awak ada bodek dia ke?”
“ Err, setahu saya tak pernah lagi
saya bodek orang yang baru saya kenal. Tambahan pula, saya cuma jumpa sekali je
pun dengan Mr. Robert tu, itupun masa di karnival manisan dua bulan lepas yang
diadakan di kota tempat saya tinggal tu. Saya cuma berbual dengan dia sekejap,
lepas tu dia cadangkan saya untuk saya masuk ke akademi ni. Saya ingat dia
bergurau. Tapi tak sangka pula, sebulan yang lepas saya ada terima surat
penawaran untuk masuk akademi ni. Jadi, sebab tu saya ingat Mr. Robert tu cikgu
di akademi ni. Yela kan, kalau tak macammana pula dia boleh masukkan nama saya
supaya belajar kat sini.” Terangnya dengan jujur. Tercengang Sarah dan Julie
dibuatnya.
“ Awak cuma jumpa dia sekali?” Tanya
Sarah dan Crystal mengangguk.
“ Selama ni awak lansung memang takde
kaitan lansung dengan dia?” Tanya Julie pula dan sekali lagi Crystal mengangguk
mengiyakan.
“ Hmm, pelik..memang pelik…” Kata
Julie dan Sarah dengan serentak. Bertambah-tambah hairan Crystal dibuatnya.
Sebenarnya dia sendiri pun pelik bila mendengar cerita dari mereka berdua. Tak
pula dia tahu bahawa chef yang dia jumpa dua bulan lepas di karnival manisan tu
rupa-rupanya orang bangsawan dan berpengaruh. Bila memikirkan cerita mereka
berdua membuatkan bulunya meremang secara tiba-tiba.
‘ Aduh, macam mana pula aku boleh tak tahu
ni. Kalau aku tahu Mr. Robert tu orang berpengaruh, takdenya aku terima nak
masuk sini. Tambahan pula, masa aku bersembang dengan dia, aku ingat dia tu
chef yang mengajar kat akademi ni dan aku ingat biasiswa yang aku terima tu
memang dari akademi ni, tapi yang aku peliknya kenapa orang yang baru kenal
bermurah hati nak sponsor aku belajar kat sini? Takkan sebab…’ Bisikan hatinya
terhenti apabila Sarah memanggilnya.
“ Crystal, apa-apa pun sebab Mr. Robert
pilih awak, mesti dia ada sebab tertentu kan. Jomlah kita gerak ke hostel. Dah
habis dah pun waktu kelas. Pasti banyak lagi barang awak yang tak kemas kan.
Saya dan Julie boleh bantu awak.” Kata Sarah.
“ Owh, okay. Tak susahkan korang ke?”
“ Tak mengapa, lagi pun kan kita bertiga
ni kan kawan…” Balas Julie pula. Crystal tersenyum lega. Sambil berjalan ke
arah hostelnya, dia mengimbas kejadian dua bulan lepas di karnival manisan yang
diadakan berhampiran dengan kawasan rumahnya.
Dua bulan lepas…..
“ Kakak, cukuplah tu makan. Hampir semua
manisan kat sini kakak dah makan. Nanti sakit perut baru tahu.” Marah Catherin
pada kakaknya. Crystal tersengih. Catherin hanya mampu menggeleng mengenangkan
perihal kakak kandungnya itu. Asyik dia je kena bagi teguran dan nasihat.
Walaupun Crystal tua setahun darinya, namun Catherin merasakan dia pula yang
lebih tua dari kakaknya.
“ Alah dik, bukan selalu aku dapat
merasa semua manisan macam ni. Setahun sekali je tau karnival manisan ni berlansung.
Masa nilah peluang kakak merasa semua dessert kat sini. Urm, sedapnya pai
strawberry ni!! Dik, cuba kau rasa pai ni, sebijik rasa dia macam pai arwah
nenek buat dulu.” Kata Crystal sambil menyuakan sesudu pai ke dalam mulut
Catherin tanpa sempat adiknya itu mengelak. Nak tak nak Catherin mengunyah juga
suapan pai tersebut.
“ Urm, sedap! Tapi aku mana ingat rasa
pai yang pernah nenek buat dulu. Macammana kau boleh ingat rasa pai starwerry
yang nenek pernah buat dulu hah kak? Peliklah aku dengan deria rasa kau tu.
Dahlah hampir lima tahun nenek pergi tinggalkan kita, boleh pula kau ingat lagi.”
Ujarnya. Crystal tersengih lagi.
“ Tulah kau dik, kau kalau makan mana
nak nikmati kesedapan makanan tu. Tengok macam aku. Aku bila makan sesuatu
manisan tu, aku akan cuba menikmati dengan penuh keasyikan. Barulah syok!”
Jelasnya. Catherin mencebik. Lagi dilayan kakaknya itu, lagi naik meluat dia
mendengar.
Tapi pada pandangannya, kakaknya memang
mempunyai deria rasa dan bau yang amat kuat. Sebab itu kakaknya dapat
mengingati bagaimana rasa manisan yang pernah dibuat mendiang neneknya dahulu.
Yang lagi membuatkan dia kagum dengan kakaknya, gadis itu mampu meneka
kandungan isi sesuatu makanan atau manisan yang di rasa. Itu yang membuatkan
dia tertanya-tanya dari dulu lagi. Bagaimana kakaknya, Crystal mempunyai deria
rasa dan bau sampai begitu sekali?
Tatkala itu, Catherin melihat kakaknya berjalan laju ke arah booth yang terletak di bawah pohon di tepi jalan seolah-olah mencari sesuatu. Terpaksa Catherin cepat-cepat menahan kakaknya.
Tatkala itu, Catherin melihat kakaknya berjalan laju ke arah booth yang terletak di bawah pohon di tepi jalan seolah-olah mencari sesuatu. Terpaksa Catherin cepat-cepat menahan kakaknya.
“ Kau nak pergi mana ni kak? Nak cari
apa?” Tanya Catherin.
“ Aku nak cari chef yang buat pai
strawberry ni. Tadi aku beli pai ni kat booth sinilah.” Kata Crystal beria-ia
ingin berjumpa dengan orang yang telah menghasilkan pai strawberry yang rasanya
sebijik macam arwah neneknya pernah buat. Dia teringin sangat tahu gerangan
orang yang membuat pai tersebut.
“ Buat apa kau nak cari chef yang buat
pai ni kak?” Tanya Catherin lagi. Tatkala itu, seorang pemuda berusia lewat
20-an yang berpakaian lengkap uniform chef datang menghampiri dua gadis remaja
tersebut.
“ Ye cik, boleh saya bantu?” Tanya
pemuda itu dengan ramah. Crystal dan Catherin berpaling memandang chef di depan
mereka. Terkedu Catherin dibuatnya apabila memandang lelaki berkenaan. Tak
pernah seumur hidup dia jumpa chef yang sekacak begini.
“ Urm, saya nak cari chef yang buat pai
strawberry ni la. Boleh saya jumpa dengan chef tu?” Pinta Crystal tanpa
membuang masa.
“
Kenapa ye cik dengan pai tu? Ada masalah ke? Tak sedap?” Tanya pemuda itu lagi.
Cepat-cepat Crystal menggeleng.
“ Tak, bukan macam tu. Takde masalah pun
dengan pai ni. Saya cuma nak ucapkan terima kasih pada chef yang buat pai
strawberry ni. Rasa pai ni teramatlah sedap. Sebiji macam rasa arwah nenek saya
buat. Dengan rasa inti sos strawberry yang lazat. Masam dan manis strawberry
dalam inti pai ni seimbang. Bila saya nikmati setiap suapan, saya dapat rasakan
kesegaran nikmat buah strawberry yang bagaikan baru dipetik. Lagi satu, saya
dapat rasa macam buah strawberry yang digunakan dalam sos ni seakan sama dengan
buah strawberry yang saya rasa di Bukit Champ minggu lepas. Encik nak tahu,
minggu lepas saya ada ikuti lawatan sekolah ke bukit Champ. Kat situ, kitorang
dapat petik buah strawberry dan merasa keenakan buah tersebut. Sebab tu bila
saya rasa sos inti yang digunakan dalam pai ni, saya dapat rasakan persamaan
buah yang digunakan dari tanaman Bukit Champ. Hehe, itu pada pendapat sayalah. Sebab
tu saya nak jumpa chef yang buat pai ni. Saya betul-betul kagum dengan chef tu
sebab dapat buat pai sesedap ni.” Beria Crystal menerangkan.
Pemuda yang mendengar itu terkedu. Apa yang gadis didepannya ini kata, memang tepat sekali. Memang buah
strawberry yang digunakan untuk dibuat inti pai tersebut adalah buah yang
dipetik di Bukit Champ semalam. Lagi satu bagaimana gadis ini dapat merasa
keaslian buah yang digunakan? Ini kerana pelbagai bahan yang telah dicampur
aduk untuk menghasilkan sos jem yang digunakan. Hebat! Deria rasa gadis ini
memang hebat. Dia kagum dengan kebolehan gadis tersebut.
“ Err, boleh tak saya tahu siapa nama
nenek cik?” Tanya pemuda tersebut dengan perasaan ingin tahu yang
membuak-buak. Kalau benarlah sangkaanya budak perempuan itu adalah cucu kepada
insan yang datuknya pernah katakan, jadi pencariannya tidaklah sia-sia.
“ Nenek saya? Nama dia Puan Tarry
Marrison. Kenapa ye encik?”
“ Jadi benarlah sangkaan saya. Selama Puan
Tarry hidup, dia ada buka kedai kek bukan?” Tanya pemuda itu lagi.
“ Ha’ah, betullah tu. Mana encik tahu?”
tanya Crystal pula. Dia melihat lelaki di depannya tersenyum lebar.
“ Tak sangka saya dapat jumpa dengan cucu
Puan Tarry di sini. Kalau cik nak tahu, nenek cik dulu berkawan baik dengan datuk saya. Lagi satu, sayalah chef yang buat pai strawberry tu. Tadi
cik ada kata, rasa pai ni sebijik macam nenek cik buat bukan? Rasa dia sama
mungkin sebab saya pakai dari resipi turun temurun. Kalau tak silap saya,
resipi pai strawberry yang saya buat ni adalah hasil ciptaan bersama Puan tarry
bersama dengan datuk saya.” Jelas pemuda itu. Kini barulah Crystal mengerti
kenapa pai yang dimakan itu tadi rasanya sebijik macam yang pernah neneknya
dulu buat.
“ Saya ni banyak cakap dan bertanya je
kan. Maafkan saya atas kebiadapan saya. Nama saya Robert Qryst. Selamat
berkenalan.” Kata Chef itu sambil menghulurkan salam perkenalan. Crystal
menyambut huluran salam tersebut dengan penuh riang. Begitu juga dengan adiknya
Catherin.
“ Saya Crystal, ini adik saya Chaterin.
Hmm, tak tahu pula saya dulu datuk encik Robert kawan baik dengan nenek saya.
Nenek lansung tak pernah cerita. Encik Robert tahu, bila saya dapat makan pai
yang encik Robert buat ni, betul-betul buat saya teruja. Saya rindukan masakan
dari nenek. Tambahan pula, lepas sahaja nenek saya meninggal, kedai keknya
ditutup. Jadi sejak tu saya dah jarang dapat makan benda-benda macam ni.” Luah Crystal.
Robert yang mendengar tersenyum. Dia
melihat gadis di depannya menyuap lagi sesudu pai ke dalam mulutnya. Sambil
makan pai itu, dia melihat Crystal menutup matanya seolah-olah benar-benar
menikmati keenakan pai tersebut.
“ Owh ye, boleh saya tahu umur Crystal
ni berapa?” Tanya Robert secara tiba-tiba. Dia terfikirkan sesuatu ketika itu.
“ Saya?” Tanya Crystal sambil
menunjukkan jari ke arah dirinya sendiri. Robert mengangguk dengan senyuman.
“ Masuk tahun ni 17. Kenapa Encik
Robert?”
“ Awak pernah dengar pasal akademi Triniston?
Kalau saya cadangkan awak masuk ke akademi tu awak mahu?” Katanya.
“ Saya? Urm, tapi kenapa? Lagi pun
menurut cerita ayah saya, akademi tu hanyalah untuk golongan berada dan juga
dari golongan cendekiawan sahaja. Saya ni dari golongan keluarga yang sederhana
encik Robert. Saya tak mampu. Lagi pun nak kata saya ni bijak, tak juga.”
“ Ha, yang tu saya setuju. Kakak saya
ni memang lembab sikit kalau bab belajar.” Celah Catherin yang senyap dari
tadi. Sempat Crystal menjeling tajam adiknya. Robert yang mendengar hanya tergelak
kecil.
“ Macam nilah Crystal, saya akan
usahakan biasiswa untuk awak? Lagi pun dari pemerhatian saya sejak tadi dan
dari cara awak terangkan rasa inti pai yang saya buat, semuanya betul. Memang
benar buah yang digunakan adalah dari tanaman di Bukit Champ. Orang jenis macam
awak ni, memang jarang dijumpai. Jadi macammana? Saya rasa awak memang patut
masuk ke akademi tu. Tambahan pula, segala kelengkapan pembelajaran dalam
akademi tu adalah lengkap dan serba canggih. Saya akan cadangkan awak mengikuti
pembelajaran dalam kursus bakeri dan pastry. Jangan risau, saya akan usulkan
nama awak pada pengetua akademi berkenaan.” Kata Robert bersungguh-sungguh.
Dilihatnya Crystal mula menggaru kepala.
“ Tunggu sekejap Encik Robert. Encik
nak kakak saya masuk akademi tu dan belajar tentang kemahiran bakeri dan jadi seorang patissier? Okay
encik. Saya nak jelaskan sesuatu. Memang kakak saya ni mempunyai deria rasa dan
bau yang agak hebat dan juga bagi saya pelik. Tapi, untuk pengetahuan encik,
kakak saya ni lansung takde kemahiran dalam memasak atau pun membakar kek dan
buat mana-mana manisan. Yang kakak saya ni tahu, hanyalah makan, makan dan
makan. Itu je…” Terang Catherin dengan perkara sebenarnya.
“ Hehe, betullah tu kata adik saya.”
Crystal berkata sambil tersengih malu. Memang dia lansung tak pandai nak buat
kek ataupun manisan yang lain. Robert diam memerhatikan dua beradik di
depannya. Dia berfikir sejenak. Kemudian dia memanggil Crystal.
“ Saya tetap mahu cadangkan awak supaya
belajar di akademi tu. Saya yakin pilihan saya kali ni adalah tepat. Bakat atau
kemahiran boleh dicungkil kalau diasah. Jadi bagaimana?”
“ Err, sekejap ye Encik Robert. Encik
kata tadi kalau saya diterima masuk dan dapat biasiswa kan, macammana encik nak
buat semua tu? Encik ni chef yang mengajar kat akademi tu ke?” Tanya Crystal
mula ragu-ragu. Yela, sekali pandang lelaki didepannya ini, lagaknya hanyalah
seperti chef biasa. Beriya-iya pula pemuda itu mahu dia belajar di akademi
berprestij tu. Ingat senang nak masuk. Dilihatnya lelaki itu hanya ketawa
kecil.
“
Hmm, awak boleh fikir macam tu. Tapi saya punya cara tertentu untuk bagi awak
masuk ke akademi tu. Mana tahu kan, suatu hari nanti bila awak dah jadi pakar
dalam bidang ni, awak boleh buka semula kedai kek nenek awak. Jangan lepaskan
peluang yang ada. Adalah lebih baik kalau awak terima.” Pujuk lelaki itu lagi.
Kebetulan ketika itu ada seorang lelaki bersut hitam lengkap datang menghampiri
Robert dan membisikkan sesuatu pada pemuda itu. Robert hanya mengangguk beberapa
kali dan bercakap sesuatu kepada lelaki bersut itu. Habis berbisik, lelaki
bersut itu pergi meninggalkan mereka bertiga.
“ Crystal, Catherin, saya terpaksa
minta diri dululah. Ada hal yang saya perlu uruskan. Fikirkan baik-baik ye
Crystal pasal apa yang saya cadangkan. Awak cuma perlu belajar di akademi tu
je. Yang lain saya akan uruskan. Saya pergi dulu okay. Semoga berjumpa lagi.”
Ujarnya dan berlalu pergi.
“ Hmm, macam best je cadangan chef
tu…” Tutur Crystal. Catherine yang mendengar mengeluh.
“ Kak, kau jangan buat kerja gila. Kau
tu dah lah malas belajar, dah tu asas nak buat kek pun kau tak tahu. Tambah
pula kalau kau masuk akademi tu, mestilah kau terus jadi pelajar tahun ke-dua,
sebab umur kau pun dah cecah 17 tahun. Aku yakin kak, pelajar tahun satu mesti
dah lebih pakar dari belajar benda-benda asas dalam bakeri, sedangkan kakak lansung tak tahu menahu
dalam bidang tu. Aku cuma risaukan kau kak.” Luah Catherin. Crystal yang
mendengar tersenyum. Dia meletakkan sebelah telapak tangannya di atas kepala
adiknya.
“ Sayang juga kau kat aku ye dik.
Jangan risaulah. Aku boleh belajar asas bakeri dengan Uncle Henry. Abang emak
tu kan chef pastry kat hotel. Yang penting, aku tak boleh cepat mengalah dik.
Kau pun tahu aku macam mana kan. Aku tak suka cepat putus asa. Bak kata chef tu
tadi, mana tahu kalau aku dah ada skill yang bagus, aku mungkin dapat buka
semula kedai kek nenek tu. Hehe…” Balasnya. Catherin kelu mahu membalas. Kalau
dah kakaknya tetapkan pendirian, memang susahlah dia nak ubah.
Di dalam kereta mewah, lelaki yang
berusia lewat 20-an itu mula membuka ipadnya dan menekan sesuatu. Dibukanya
data profil seorang gadis remaja. Dia tersenyum puas. Pencariannya sejak dua
minggu yang lalu begitu cepat membuahkan hasil. Nampaknya hasrat datuk bakal
dilaksanakan tidak lama lagi.
“ Crystal Marrison…” Tutur nama gadis
itu disebut dengan perlahan. Gambar profil gadis itu diteliti. Mata hazel yang
bundar, rambut ikal mayang, wajah yang sederhana namun cukup manis bila
dipandang.
“ Aku nak tengok sampai mana tahap
kehebatan kau…” Katanya lagi seorang diri. Pemandu yang memakai sut serba hitam
itu hanya memerhatikan tuannya bercakap seorang diri melalui cermin pandang
belakang. Dia pasti tuannya pasti ada merancang sesuatu terhadap gadis remaja
yang baru saja dia lihat di karnival tadi.
wahhh mkin xsbr plk sy nk bca n3 strusnya