SeMaNis RaSa CinTa...2


.




PART 02





           Kotak yang berisi buku dan majalah itu dibuka. Sarah membantu mengeluarkan beberapa buah buku dari kotak tersebut dan disusun kemas ke dalam rak yang disediakan. Manakala cadar katil pula dipasang oleh Julie.  Crystal pula mengelap meja belajar yang sudah berhabuk itu dengan menggunakan kain basah.

       “ Takpe ke Crystal awak duduk bilik sorang-sorang ni?” Tanya Sarah sambil mengemaskan baki buku yang ada di dalam kotak.

        “ Eh takpe. Saya okay je. Bagus juga kalau duduk sorang ni. Senang nak fokus belajar. Oh ye Julie, dalam akademi ni kan, ada berapa bahagian jurusan ye?” Tanya Crystal ingin tahu. Julie duduk di atas katil dan memandang ke arah Crystal. Dia seolah-olah berfikir sejenak sebelum menjawab persoalan itu.

        “ Semuanya ada tiga. Macam bidang kita ni, bakery dan pastry, kemudian ada jurusan fashion, yang ketiga bidang muzik. Antara tiga jurusan tu, semuanya ada subjek perniagaan. Awak tahulah kan, semua yang belajar di akademi ni kebayakan orang yang berasal dari keluarga yang kaya raya. Jadi asas perniagaan adalah wajib semua belajar. Dan yang paling penting, subjek tulah saya tak gemar. Huh!..” Jelasnya. Sarah yang mendengar ketawa kecil. Dia tahu, walaupun Julie tak suka belajar tentang perniaagaan, tapi bila tiba sahaja ujian, Julie mampu memperolehi markah yang agak membanggakan.

         “ Err, yeke? Macam susah je. Hmm…” Luah Crystal. Dia risau kalau dia tak dapat kejar semuanya dalam masa yang singkat. Sarah datang menghampiri Crystal dan menepuk bahu temannya dengan perlahan.

          “ Awak janganlah risau. Awak boleh punyalah Crystal. Cuma awak kena usaha lebih sikitlah kalau nak kejar semua subjek yang dah ketinggalan. Kami berdua akan bantu apa yang patut nanti. Ha, saya ada juga terfikirkan hal ni, awak beriya masuk jurusan bakeri ni mesti awak dah mahir buat segala manisan kan? Kalau tak, mustahil Mr. Robert pilih awak.” Katanya. Crystal tersengih malu. Aku mahir? Hahaha….

       “ Saya sebenarnya tak tahu lansung nak buat kek atau dessert yang lain. Serius, saya jujur ni. Yang saya tahu makan je. Hehe…” Jujurnya. Julie dan Sarah yang mendengar ternganga. Parah kalau macam ni.

       “ Crystal, awak tahu tak, kalau awak macam ni, masa ujian nanti awak boleh gagal tahu tak. Dahlah ujian awal tahun akan diadakan tiga minggu lagi. Takkan asas dalam buat manisan awak tak tahu lansung?” Sergah Julie. Crystal masih lagi senyum-senyum kambing. Malu ditegur sampai begitu sekali.

       “ Urm, kalau setakat buat benda-benda asas macam kek butter, kek coklat tu saya bolehlah sikit-sikit. Tambahan pula saya baru je belajar dengan pak cik saya sebulan yang lepas. Dia sempat ajar saya buat dua kek tu lah. Lepas tu saya ada belajar buat penkek dan beberapa jenis roti. Yang lain saya tak tahu…huhu.” Luahnya. Sarah yang mendengar mengeluh.

        “ Hmm, takpelah Crystal, sekurang-kurangnya awak dah tahu cara nak menggunakan oven bukan? Awak tahu, bila je awak masuk ke bilik masakan, semuanya awak kena usaha sendiri tau. Masing-masing akan sibuk masa tu dan takkan ada seorang pun yang akan bantu awak untuk mengajar benda asas. Sebab benda-benda basic semuanya kami dah belajar masa tahun satu. Sekarang ni kita dah masuk tahun ke-dua dah pun. Semuanya bergantung pada awak sendiri nanti. Risau pula saya bila fikirkan kelas petang esok. Awak tahu kan, esok petang lepas kelas sains, kita ada kelas masakan dengan chef Linda? Dia tu dah lah tegas.” Ujar Sarah. Crystal menelan air liurnya bila mendengar apa yang diterangkan oleh sahabatnya itu. Nampaknya dia memang tak buat persiapan yang rapi untuk masuk ke akademi ni.

        “ Habislah saya kalau macam ni.  Nampaknya tak sampai sebulan nanti, saya dah kena keluar dari akademi ni.” Crystal meluahkan rasa risaunya. Julie datang hampir pada gadis itu dan duduk disebelahnya. Sebelah tangan gadis itu digenggam erat.

        “ Awak janganlah cepat putus asa. Belum cuba belum tahu bukan. Hmm, saya ada idea. Kitorang berdua boleh bantu awak Crystal.” Cadangnya. Bersinar mata Crystal bila Julie berkata begitu.

        “ Kita nak tolong macam mana wei?” Tanya Sarah pada Julie.

        “ Kelmarin masa aku masuk pejabat chef Linda, aku ada terbaca jadual pembelajaran dia. Bukan aku sengaja nak baca ek, tapi dah kertas tu depan mata aku.  Aku ingat lagi, untuk kelas dia esok, dia nak suruh kita buat resipi creepe.”

        “ Crepe? Celah Sarah.

        “ Yup, crepe. Mille crepe. Crepe yang berlapis dengan krim kastard tu. .”Balas Julie dan Crystal pula mula mencelah.

         “ Tunggu kejap. Creepe? Okay, saya tahulah bentuk creepe tu macam mana. Rasa dia pun teramatlah sedap.  Tapi untuk pengetahuan awak berdua, saya lansung tak reti nak buat creepe tu. Jangankan kata inti dia, tepung untuk adunan tu pun saya tak tahu lansung nak pakai yang mana.” Luahnya lagi. Julie yang mendengar tersengih.

          “ Awak ni pun kan Crystal, risau sangatlah. Rilekslah sikit. Esok dalam kelas kita belajar okay, bukannya ujian. Dah tentulah chef Linda akan bagi kita tengok senarai bahan yang diperlukan. Apa yang saya pasti esok chef Linda nak tengok semua pelajar dia hasilkan creepe berlapis. Itu yang saya ingatlah apa yang dibaca pada jadual tu. Dan disebabkan itu jugalah, mulai petang ni, lepas je kita semua habis kemas apa yang patut, saya nak awak, Crystal, ikut kami berdua ke bilik bakery. Malam ni kita akan praktis macammana nak buat adunan creepe yang enak dan juga saya akan ajar awak untuk bezakan bermacam-macam jenis tepung yang bakal digunakan untuk sesi pembelajaran nanti. Okay?” Jelas Julie dengan penuh semangat.

     Crystal membalas dengan anggukan. Sejenak kemudian, dia berfikir sesuatu. “ Err, kita buat creepe tu kena pakai oven ke?” Tanyanya. Mendengarkan soalan dari Crystal, Julie dan Sarah menepuk dahi mereka dengan serentak. Dah memang tahap kritikal budak ni.

           “ Sayangku Crystal, kita buat creepe tak pakai oven. Kita cuma gunakan kuali leper dan dimasak di atas dapur. Hmm, tak boleh jadi ni, baik cepat kemaskan bilik ni. Banyak nak kena ajar budak ni.” Kata Julie. Crystal senyum malu. Aduh, manalah aku nak tahu…

      Walau apa pun, Crystal dah tak sabar nak belajar buat semua tu nanti. Sarah yang melihat gelagat dua rakannya itu tergelak kecil. Kelakar pula dia tengok rupa dua temannya itu yang penuh semangat. Crystal bangun dari duduk dan menuju ke tingkap. Wajahnya didongak ke langit memandang awan nan biru sambil mengukirkan senyuman lega. Lega kerana dia dapat berjumpa teman sebaik Julie dan Sarah.

     ‘ Nenek, Crystal pasti akan belajar bersungguh-sungguh untuk jadi pastrier yang hebat suatu hari nanti. Crystal dah tahu apa cita-cita Crystal. Crystal nak jadi patissier macam nenek yang mahir dalam buat manisan yang sedap dan enak. Crystal nak orang yang merasa manisan yang Crystal buat nanti boleh tersenyum dan suka dengan hasil kerja Crystal. Crystal janji semua tu. Dan apa pun lepas ni halangan yang datang, Crystal takkan mudah mengalah! Itu janji Crystal nek!’ Luahnya di dalam hati seolah-olah arwah neneknya dapat mendengar. Ya, itu azam yang dia telah sematkan mulai saat ini. Walaupun nenek dah lama meninggal dunia, namun harapan yang dia cipta itu seakan azam dan janji yang telah diikrar bersama nenek tersayang. Crystal tersenyum puas….

          

                 *******************************************************


     
      Satu persatu fail yang bertimbun di atas mejanya disemak. Walaupun setiap hari banyak tugas yang menantinya, namun dia hadapi tanggungjawabnya sebagai waris utama dari syarikat Sir Qryst dengan begitu amanah. Ketika itu juga, seorang wanita yang berpakaian kemas formal pejabat datang masuk ke biliknya.

   “ Tuan, Sir Qryst mahu berjumpa dengan tuan.” Kata pembantu peribadinya. Belum sempat Robert mahu membalas, ketika itu datuknya Sir Qryst selamba masuk ke dalam bilik pejabat cucu tunggalnya itu dan duduk di atas sofa . Robert hanya mampu tersenyum bila melihat perihal datuknya yang satu itu.

   “ Datuk apa khabar?” Tanyanya sambil berjalan ke sudut sofa di dalam pejabatnya.

   “ Datuk okay je. Datuk takde banyak masa ni. Datuk datang sini cuma nak tahu pasal perkara sebenar. Baik kamu jujur dengan Datuk.”

   “ Pasal apa ni tuk?” Balas Robert dengan nada berpura-pura. Sedangkan dia sudah tahu yang datuknya pasti sudah dengar khabar angin dari orang lain.

      “ Jangan kamu buat-buat tak tahu pula. Kenapa kamu masuk campur dalam urusan lembaga akademi Triniston? Kamu tahu kan, generasi kita dah lama lepas tangan dalam apa-apa hal sekali pun berkenaan dengan akademi tu. Tapi kenapa kamu buat macam tu? Dan datuk juga ada dengar yang kamu cuba biayai biasiswa untuk seorang pelajar di akademi tu. Siapa budak tu?” Tanya Sir Qrsyt dengan nada yang tak puas hati. Robert tidak mudah tersentak dengan amarah datuknya itu, sebaliknya dia mampu lagi berlagak dengan tenang.

       “ Datuk, cuba bawa bertenang. Saya ada sebab untuk buat semua tu.” Balasnya sambil tersenyum. Sir Qryst cuba menarik nafas dan melepaskannya dengan perlahan.

    Dia perhatikan cucu tunggalnya itu. Dengan memiliki wajah yang kacak, tinggi lampai, bijak dan aktif, saling tak tumpah seperti dirinya ketika muda dahulu. Namun beza dia dengan cucunya itu cuma satu. Pemikiran cucu lelakinya itu melangkaui batas pemikirannya. Dia tidak boleh mengagak apa yang sering difikirkan anak muda tersebut. Sejak dari kecil lagi Robert sudah dididik dengan pelbagai cara dan kaedah untuk menjadi seorang bangsawan dan usahawan yang berjaya sepertinya.

       “ Baiklah. Cuba kamu jelaskan pada Datuk. Apa sebab kamu buat semua tu?” Arah Sir Qryst. Matanya betul-betul bertentang dengan mata Robert.

       “ Saya terpaksa masuk campur dalam urusan lembaga akademi tu. Sebabnya cuma satu je tuk. Saya nak budak yang saya taja biasiswa tu dapat belajar dengan sempurna di akademi tu. Kalau saya tak campur tangan, susahlah budak tu nak masuk ke sana. Itu je.” Jelasnya ringkas. Namun cukup buat datuknya keliru. Melihatkan dahi datuknya mula berkerut, Robert ketawa kecil.

       “ Kenapa kamu beriya-iya nak budak tu belajar kat sana? Apa yang istimewanya budak tu sampaikan kamu perlu buat sampai macam tu sekali?” Tanya Sir Qryst ingin tahu.

        “ Urm, datuk boleh katakan dia tu seorang yang istimewa. Saya ada sebab untuk pilih dia tuk. Sebabnya saya nak dia jadi anak didik saya suatu hari nanti.” Balasnya. Bila Sir Qrsyt memandangnya dengan pandangan yang tajam, Robert mula menyambung lagi.

        “ Datuk pasti ingat pada Tarry Marryson bukan?” Soal Robert pula.

       “ Mestilah datuk ingat. Mustahil datuk boleh lupa pada cinta pertama datuk dulu. Tapi…tunggu sekejap, jangan kata budak tu adalah waris Tarry?” Duga datuknya. Dan ketika itu Robert hanya mengangguk sambil menghadiahkan senyuman yang cukup bermakna.
    
       “ Jadi kamu dah jumpa cucu dia? Betul ke?” Bersungguh datuknya ingin tahu.

       “ Yup. Memang saya dah jumpa. Dan dialah orangnya yang saya pilih. Bukan ke itu hasrat datuk untuk mencari waris Tarry kan. Kiranya hasrat datuk tu sudah pun saya capai.” Katanya dengan nada bangga. Sir Qrsyt mula bangun dan berjalan ke tingkap pejabat cucunya itu. Sambil memandang ke luar, senyuman mula terukir di bibirnya. Tak sangka hasratnya yang lama dipendam sudah pun dilaksanakan oleh cucu kesayangannya itu.

       “ Jadi, bagaimana dengan orangnya? Adakah dia memiliki kemahiran seperti Tarry?”

       “ Buat masa ni saya tak tahu lagi datuk. Tapi saya sedang usahakan. Sebab tu saya mahu dia mendapat pendidikan di akademi tu seperti mana neneknya belajar di sana. Tapi dari pemerhatian saya, dia mewarisi kelebihan seperti Puan Tarry. Seperti mana yang datuk pernah ceritakan pada saya dulu. Puan Tarry memiliki kelebihan deria rasa dan bau dengan cukup baik. Jadi, begitu juga dengan Crystal.”

       “ Iye ke? Jadi nama budak tu Crystal? Cukup cantik namanya.” Puji datuknya dengan perlahan namun cukup didengari oleh Robert.

       “ Kenapa kamu tak bagitahu datuk hal ini awal-awal lagi? Kalau datuk tahu, pasti datuk akan usahakan sesuatu. Jadi takdelah mengganggu urusan kamu bekerja. Kamu sudah cukup sibuk uruskan hal syarikat dan juga cawangan restoran di beberapa buah negara.” Kata Sir Qrsyt lagi. Robert bangun dan berjalan ke arah datuknya.

       “ Tak mengapa tuk. Lagi pun saya ingat nak buat kejutan untuk datuk. Tapi apa boleh buat, khabar angin memang cepat tersebar. Harapan saya cuma satu jelah tuk. Saya nak Crystal jadi seorang pakar dalam bidang pastry. Bila dia dah capai tahap tu, bolehlah saya teruskan impian datuk dulu. Saya nak dia bantu saya untuk uruskan beberapa cawangan restoran milik kita tu dan juga saya nak dia terlibat dalam projek yang bakal saya laksanakan tiga tahun lagi. Bukankah impian datuk dulu mahu Puan Tarry bekerjasama dengan atuk? Tapi takdir menyebabkan Puan Tarry memilih jalan lain.” Luahnya. Datuknya menoleh memandang ke sebelah. Dia menepuk bahu cucu tunggalnya itu.

        “ Kamu memang cucu yang baik. Ye, memang benar impian datuk mahu menjalankan perniagaan ni bersama dengan orang yang tersayang. Tambahan pula Tarry memiliki bakat yang jarang orang lain ada. Sebab itu datuk pilih dia. Tapi jodohnya dengan orang biasa. Siapa sangka, seorang pembuat roti di kedai kecil di Kota Berrighd adalah pilihan hatinya dan bukan datuk. Datuk memang kecewa yang amat. Tapi disebabkan kamulah Robert, hati yang terluka ni mungkin akan pulih kembali. Kamu jangan lepaskan Crystal tu. Walau apa pun berlaku, datuk nak kamu laksanakan impian tu. Boleh kan?” Sir Cryst bercakap dengan penuh makna.

     Robert hanya mengangguk setuju dengan permintaan datuknya. Mula-mula dulu, dia memang ragu-ragu untuk teruskan hasrat datuknya. Namun bila dia sendiri sudah berjumpa dengan Crystal, dia kini yakin dengan apa yang dimaksudkan oleh datuknya itu.

 

          *********************************************************



Contoh gambar mille crepe. Hasil gambar dari eatlah.blogspot.com
dan juga geoblog.feedgeorge.com.


     “ Baiklah, hari ni kelas kita seperti biasa. Saya mahu kamu semua cuba buat mille crepe. Seperti yang kamu maklum, resipi ni asalnya dari Kota Perancis. Resipinya saya dah tulis di papan putih ni. Resipi yang saya tulis ni cumalah yang resipi asal. Untuk sebarang pengubahsuaian atau tambahan yang kamu nak buat bergantung pada kreativiti kamu sendiri. Dan markah akan diberi dari segi rasa, kreativiti, dan juga hasil crepe yang dipersembahkan. Kamu semua boleh buat di tempat masing-masing. Seperti biasa, kalau boleh saya nak, cuma ada tiga orang je yang buat kerja di satu tempat. Kamu pelajar baru?” Tanya Chef Linda pada gadis yang berdiri di belakang sekali. Crystal cepat-cepat mengangguk.

       “ Hmm, siapa yang tak cukup ahli kumpulan?” Tanya chef itu pada semua anak muridnya di situ. Ketika itu ada seorang pelajar lelaki berambut hitam mengangkat tangannya.

       “ Saya nak Crystal masuk kumpulan saya chef.” Katanya. Semua yang berada di situ mula berbisik sesama sendiri. Tak kurang juga yang mula jeling tajam padanya. Crystal dah mula tak sedap hati lagi.

     ‘ Dah sudah, apa pula aku dah buat sampaikan semua pelajar perempuan mula pandang aku semacam ni? Takkanlah sebab budak lelaki tu pilih aku join kumpulan dia je penyebab diorang semua mula jeling aku sampai macam tu sekali? Aduh….’ Bisik hatinya. Sarah dan Julie sudah mula senyum bila pelajar lelaki itu memilih Crystal.

      Ketika itu juga, seorang pelajar lelaki yang lain mendekati pelajar yang bagi cadangan tadi.

        “ Daniel! Apa kau buat ni? Kau nak budak baru tu dalam kumpulan kita?” Marahnya. Daniel tersengih pada ahli kumpulannya itu.

        “ Rilekslah Sam. Lagipun ahli kumpulan kita kan tak cukup. Tambah pula, Wong dah lama berhenti dari akademi ni. Dari awal tahun, kumpulan kita cuma berdua je sejak Wong dah keluar. Inilah masanya untuk kita recruit budak baru tu.”

        “ Ho ho….kau tahu kan setiap ahli kumpulan yang terlibat akan mempengaruhi markah prestasi kumpulan. Jadi kita tak tahu lagi tahap budak baru tu. Entah dia tu mahir ke tak? Kita tak tahu kan. Dibuatnya dia tu teruk dalam baking, habis kita Daniel. Kau tahu kan markah kumpulan kita paling tinggi dalam kelas ni. Aku tak nak pula nanti sebab budak baru tu, dia jejaskan markah kumpulan kita.” Samuel memberi alasan. Daniel yang mendengar cuba berlagak tenang.

         “ Sam, dengar ni. Aku nak dia masuk kumpulan kita sebab nak tengok kemampuan dia. Selagi tak cuba kita tak tahu kan. Jadi, mulai sekarang, kau cuba bertenang okay.” Balasnya selamba dan mula berjalan ke arah Crystal.

         “ Kamu Samuel, setuju tak dengan pilihan Daniel untuk masukkan Crystal dalam kumpulan kamu?” Tanya Chef Linda. Sam melepaskan keluhan dan hanya mengangguk lemah. Dia melihat ke arah temannya, Daniel berborak dengan pelajar baru tersebut.

           “ Saya Daniel dan yang tengah pandang kita dengan pandangan tak puas hati tu Samuel. Boleh panggil dia Sam je. Mulai hari ni, awak akan jadi ahli kumpulan kami. Semoga kita boleh bekerjasama nanti.” Kata Daniel sambil menghulurkan salam perkenalan. Teragak-agak Crystal mahu menyambutnya. Tambahan pula bila dia pandang Samuel yang melihatnya seperti mahu cari gaduh. Apa kena dengan mamat tu?

      Bila Chef Linda mula mengarahkan mereka semua mengambil bahan untuk mula memasak, Daniel mula meminta diri. Ketika itu, Sarah dan Julie datang hampir pada Crystal.  

       “ Crystal, awak bertuah tau sebab Daniel pilih awak.” Bisik Julie perlahan di sebelah Crystal.

        “ Hah? Apa yang bertuahnya? Lagi satu, kenapa semua pelajar perempuan dalam kelas ni macam tak puas hati je dengan saya? Saya ada buat silap ke?” Tanya Crystal ingin tahu. Sarah menepuk bahu Crystal dengan perlahan.

         “ Awak pedulikan jelah dengan diorang semua tu. Mereka semua tu cemburu pasal Daniel pilih awak. Kalau awak nak tahu, Daniel dan Samuel tu pelajar terbaik di akademi ni. Tambahan pula dua-dua ada rupa yang kacak. Sebab tu semua orang jeles dengan awak.” Jelas Sarah. Crystal terlopong.

          ‘Ah, sudah! Tak pasal-pasal sebab si Daniel tu, aku dah jadi target anti dari semua pelajar perempuan di dalam kelas ni. Apa ke malang sangat nasib aku ni? Dahlah hari pertama aku masuk akademi ni, si Amanda dah cop aku jadi musuh dia, sekarang ni makin bertambah pula orang nak jadi musuh aku. Huh!’ Rungutnya dalam hati.  

         “ Hoi, boleh tak kau jangan buang masa untuk mengelamun. Cepatlah tolong ambil bahan.” Sergah Samuel dari belakangnya. Terkejut Crystal dibuatnya. Sempat dia jeling tajam pada Samuel. Lelaki tu pula tak nak mengalah dan balas pandangan dari Crystal.

         ‘ Eh budak baru ni, nak je aku cepuk. Nasib baik Daniel yang pilih kau. Kalau aku, memang takkan terima kau. Tapi sebab Daniel kawan baik aku, aku mengalah je.’ Bisik hati si Samuel. Ketika itu juga, Crystal segera bahagian tepung dan mula mencari tepung yang sesuai. Dia melihat sekitarnya. Semua sudah mula membuat tugas masing-masing. Walaupun tugasan kali ni dalam kumpulan, namun masing-masing tahu menguruskan bahagian kerja mereka.

         “ Hmm, bahan nak buat mille crepe?” Dia mula mengingati semula apa yang telah diajar oleh Julie dan Sarah petang semalam.

         “ Tak silap aku semalam Julie kata pakai tepung kek pun boleh. Hmm, lagi apa ye? Hah, telur!”

         “ Telur aku dah ambil dah. Kau pergi ambil susu dalam peti tu.” Tiba-tiba ada suara yang bercakap di sebelahnya. Bila dia berpaling, dia melihat Samuel mula berlalu dari situ.

         “ Cet, suka sangat sergah aku macam tu. Mujur jantung aku ni tak lemah.” Bebelnya dengan perlahan. Walaupun dia masih tak puas hati dengan tindakan Samuel tadi, dia tetap mengikut kehendak lelaki itu. Segera dia mengambil susu kotak dan membawanya ke tempat di mana ahli kumpulannya memasak.

         “ Kau nak aku buat adunan dia ke Daniel?” Tanya Samuel pada teman baiknya itu. Daniel cepat-cepat menggelengkan kepala.

         “ Kali ni tugasan tu aku nak Crystal yang buat. Crystal boleh kan bancuhkan adunan.” Arah Daniel. Crystal tersentak. Cepat-cepat dia mengangguk.

    Dari gerak geri lelaki itu, kini fahamlah Crystal bahawa Daniel merupakan ketua kumpulannya. Dia mengambil mangkuk dan mula membuat adunan crepe. Apa yang diajar semalam oleh Julie dan Sarah masih segar diingatannya. Mujur dia ni jenis cepat belajar. Cuma malas je kena ubah.

        Samuel merengus. Dia mendekati Daniel. “ Selalu aku yang buat, kenapa kau suruh dia? Dibuatnya dia buat tak betul macam mana?” Samuel meluahkan kerisauannya.

           “ Bertenang…dia boleh punya. Kita tengok dulu. Sementara tu, aku nak kau tolong buat krim kastard. Aku nak cairkan coklat. Aku nak hias bentuk coklat tu, kemudian aku nak bekukan dalam bekas sejuk sekejap. ” Balas Daniel.

           “ Kau nak salut dengan coklat ke nanti?” Tanya Samuel tentang pendapat dari Daniel. Daniel hanya mengangguk.

           “ Lepas semua lapisan crepe tu kita dah lapis dengan krim kastard yang kau buat tu, aku salut keseluruhan dengan coklat cair, lepas tu atas crepe tu kita hias dengan buah-buahan. Sambil tu bila coklat hiasan yang aku bekukan nanti,  dah betul-betul cantik bentuknya, kita boleh tambah hiasan tu bersama buah-buahan tu nanti.” Daniel memberikan pendapat.

            “ Untuk hiasan coklat tu kan, aku cadangkan kau pakai coklat putih Daniel. Barulah nampak kontra sikit dengan salutan coklat cair tu nanti.” Cadang Samuel pula. Sambil mereka berdua berbincang, Crsytal memasang telinga untuk mendengar.

      ‘ Wah, boleh tahan juga idea diorang berdua ni. Kalau akulah, aku buat biasa je. Takde pula aku nak terfikir sampai macam tu sekali.’ Pujinya dalam hati. Sambil tu dia menumpukan perhatian mengacau adunannya.

         Tepung kek, susu, kuning telur, gula, garam, dan sedikit butter adalah bahan yang digunakan. Segala kuantiti setiap bahan tersebut dimasukkan dengan betul. Dia perlu pastikan tekstur yang dihasilkan nanti memuaskan hati. Bila diimbas hal petang semalam masa dia belajar buat crepe, ada yang hangus, ada yang tebal, dan ada juga hiasan yang teruk. Bila teringatkan hal itu, dia senyum sendirian. Tapi bila sudah beberapa kali buat kesilapan akhirnya dia berjaya juga hasilkan kepingan crepe yang cantik dan sempurna. Mahu juga dia menangis bila tengok hasil sendiri berjaya dibuat. Tergelak Sarah dan Julie dibuatnya.

         Bila adunan sudah sebati, dia mula tapis adunan tersebut dan diletakkan di dalam sebuah bekas dan ditutup dengan plastik sebelum dimasukkan ke dalam peti ais selama 30 minit. Sementara itu, Daniel memintanya mengupas buah kiwi dan strawberry. Bila 30 minit sudah berlalu, dia mula memanaskan kuali leper di atas dapur. Diolesnya sedikit minyak pada kuali tersebut sebelum dituangkan satu senduk adunan dalam kuali itu.

    Dari jauh, Daniel dan Samuel perhatikan cara Crystal memasak crepe tersebut. Chef Linda juga begitu. Dia perhatikan pelajar baru tersebut dengan penuh perhatian. Dia mahu lihat sejauh mana tahap kemahiran gadis itu. Di dalam hati chef tersebut penuh dengan perasaan ingin tahu. Mengapa gadis ini yang menjadi pilihan Mr. Robert? Pasti ada sebab. Dia harus cungkil sebab-sebabnya. Siapa yang tak kenal dengan Mr. Robert Cryst. Chef pastry yang terkenal dengan kemahirannya dan juga memiliki beberapa cawangan restoran dan kedai kek di beberapa buah negara.

    Dia cuba perhatikan lagi teknik Crystal. Crystal sendiri menghasilkan adunan tersebut dan cara dia memasak crepe itu, memang agak berlainan sedikit. Dia melihat kepingan crepe yang sudah dimasak, tidak terlalu nipis dan tak terlalu tebal. Memang sempurna. Bagaikan chef pastry yang betul-betul mahir. Apa yang chef Linda tidak tahu mengenai Crystal, cuma semalaman sahaja masa yang diperlukan untuk Crystal belajar menghasilkan crepe sebegitu.

       Bila semuanya sudah selesai, Daniel mengangkat tangannya dan memanggil Chef Linda untuk merasa mille crepe yang telah dihasilkan oleh mereka bertiga. Kagum wanita itu melihat hasil gabungan yang direka. Dia mengambil sepotong crepe dan mula merasa. Saat crepe itu berada di lidahnya, dia dapat rasakan kesedapan yang amat. Krim yang tidak begitu manis dan sebati dengan gabungan crepe yang lembab dan tidak kering. Coklat cair yang digunakan menambahkan keenakan crepe tersebut.

           “ Hmm, bagus. Sedap. Memang cantik hiasan awak ni. Dari semua segi, memang sempurna. Saya bagi markah penuh untuk kumpulan ni. Crystal, memang tak silap Daniel recruit awak untuk jadi ahli kumpulan ni. Awak bagaikan pelengkap dalam kumpulan ni. Bagus, bagus. Saya nak lepas ni, tugasan seterusnya boleh mengkagumkan saya lagi seperti hasil untuk hari ni. Boleh kan?” Katanya pada mereka bertiga. Daniel, Sam, dan Crystal mengangguk serentak.

     Dengan komen yang diberi sudah cukup membuatkan Crystal tersenyum lebar. Dia memandang ke arah Sarah dan Julie dari jauh dan senyum pada mereka berdua. Dalam hati dia mengucapkan terima kasih pada dua gadis berkenaan kerana sanggup mengajarnya dari petang semalam hinggalah hari sudah gelap. Sarah dan Julie mengangkat ibu jari dan membuat tanda ‘thumbs up’ padanya. Tersengih Crystal bila melihat gelagat teman-temannya itu.

       Pada masa itu juga, Sam mengambil kesempatan untuk merasa mille crepe hasil kumpulan mereka. Dia cuma mencubit kepingan crepe dan dimasukkan ke dalam mulut. Dia mahu merasa sendiri apa yang dihasilkan pelajar baru tersebut. Memang sempurna…walaupun cuma kepingan crepe biasa, namun hasilnya memang sangat memuaskan. Dia mengalihkan pandangan pada Crystal.

     ‘ Dia ni ada teknik kemahiran yang sangat bagus. Sedangkan benda asas macam ni pun dia boleh masak dengan sempurna, apatah lagi dalam buat dessert yang lain. Aku tak sabar nak tengok hasil kerja dia yang lain lepas ni.’ Pujinya dalam hati. Dia tak mahu puji Crystal depan-depan. Nanti jatuh pula egonya.

      Ketika itu juga, tanpa dia sedari bibirnya mula mengukirkan senyuman. Daniel yang melihat gerak-geri Sam dari jauh mula tersenyum. Nampaknya Samuel mula sudah bukakan hatinya untuk menerima ahli kumpulan baru itu. Dia kenal sangat dengan Samuel ni, bukan senang nak buka hati lelaki ni untuk rekruit pelajar lain masuk dalam kumpulannya. Sejak dari pemergian bekas ahli kumpulannya dulu, Wong, Samuel bertekad mahu mereka berdua sahaja dalam kumpulan. Keputusan Wong untuk keluar dari akademi tu cukup membuatkan Sam rasa kecewa yang amat. Baginya tiada siapa yang dapat menggantikan tempat Wong dalam kumpulan tersebut.

      Kini dengan kehadiran Crystal di akademi ni sudah pun lengkapkan kumpulan mereka. Dia cukup bersyukur. Lepas ni bolehlah dia hubungi temannya Wong dan memberitahu khabar berita yang menggembirakan itu. Pasti Wong akan menarik nafas lega selepas ni.







* Wink2, entry sudah mari...jemput baca =)




          

         
  
        

  


          




    

   
      




          

         
  
        

  


          




    

   
      

SeManis RaSa CinTa...


.



p/s : Segala watak, nama negara, nama tempat, dalam cerita ini adalah rekaan dari imaginasi si tukang buat cerita a.k.a sayalah tu...hehe..cerita ni ala2 dalam dunia fantasi sikit, tapi takdelah fantasi mana pun. Logik tu mestilah kena ada kan.ngee...Jadi nak bagitahulah ni, siapa yang tak berapa gemar sangat cerita ala2 jenis ni, jangan baca. hehe, tapi kalau nak bace tu untuk tahu permulaan silakan. Masing2 ada pendapat bukan. Dan lagi, kalau ada pendapat atau saya ada buat silap dalam penulisan jangan malu untuk komen. Dari komen pembacalah saya belajar dari kesalahan yang ditegur.hehe. Seperti yang maklum, saya menulis cerita di blog ni hanyalah untuk mengisi masa yang lapang dan juga menterjemahkan imaginasi penceritaan dalam mini novel ni. Segala kekurangan semuanya datang dari saya, apo nak buat, saya ni cume penulis amatur yang kurang mahir dalam bidang penulisan. Harap maaf ye =)



PART 01



         


   Tubuh kecil itu ditolak kasar hingga terjatuh di atas lantai. Dia mengaduh sakit di bahagian punggung kerana hentakan yang mengejut dari orang di hadapannya. Bila dia dongak, kelihatan seorang gadis remaja berpeluk tubuh dan senyum sinis padanya. Di belakang gadis itu pula, ada dua lagi gadis remaja yang turut senyum sinis padanya. Tak kurang yang gelakkan dia. Dia mengetap bibir menahan amarah di dalam hati dan cuba berdiri. Bila dia berdiri, gadis di depannya mula melangkah merapatinya dan memandangnya dengan pandangan yang cukup tajam.

     “ Lain kali, kalau kau nak cari saingan, cari yang layak dengan kau je…” Ujar gadis remaja yang menolaknya tadi dengan nada bisikan di telinganya, namun baginya cukup mendalam maksud yang dituturkan.

      “ Apa maksud kau? Tetiba tolak aku tadi apa kes?” Gadis yang agak rendah itu membalas. Bengang dia rasa masa tu. Tadi elok nak ke kantin sekolah, tiba-tiba ada pula yang cari pasal main rempuh je dia sampai terjatuh. Dah lah ramai pelajar tengah lalu lalang kat situ, malu tak payah katalah, memang merah muka dia jadinya.

      “ Jangan buat-buat tak tahu. Kitorang nampak tadi, kau cuba mengorat pakwe Amanda ni kan.” Celah pula lagi seorang kat belakang perempuan berlagak tu. Crystal mengerutkan dahi.

      “ Apa korang semua merepek ni? Eh, tolonglah. Aku datang sekolah ni bukan nak main ngorat-ngoratlah. Takde masa tau tak.” Balasnya dengan tegas. Amanda yang berada depannya itu mendengus kasar. Dia menolak bahu Crystal dengan kasar. Hampir-hampir sahaja Crystal terjatuh. Mujur dia dapat seimbangkan badannya.

       “ Kau kalau tak menjawab boleh? Pandai je kau nak nafikan apa yang kawan-kawan aku nampak kan. Hish, menyampah tau tak aku dengan kau ni. Mentang-mentang kau budak baru kat akademi ni, kau ingat kau boleh berlagaklah?! Jangan harap!” Marah Amanda. Terkelip-kelip mata Crystal mendengar kenyataan itu. Apa kena dengan budak bertiga ni? Aduh, tak faham aku!!

         “ Dahlah Amanda, jom blah. Cikgu disiplin nampak nanti habis kita. Setakat budak baru ni kau tak payah rasa tergugat Amanda. Dia tak layak. Kau lebih cantik dari dia. Jomlah kita balik kelas. Dah nak habis rehat ni.” Celah lagi gadis lain yang agak tinggi di belakang Amanda.

     Amanda menoleh memandang temannya, kemudian dia memandang semula ke arah Crystal. Dia tersenyum sinis. Crystal membalas dengan menjungkit sebelah keningnya.

         “ Ingat amaran aku tadi. Jangan cari pasal!” Ugutnya kemudian berlalu pergi bersama dua lagi rakannya. Crystal menepuk kesan kotor di belakang punggungnya. Dia mendengus marah.

          “ Aku cari pasal? Bila masa aku cari pasal. Ish, gila punya betina!” Katanya seorang diri. Baru hari pertama masuk akademi sini dah dapat musuh. Sambil merungut mengenangkan nasib yang menimpa dirinya, dia cuba berfikir kenapa dia pula yang jadi mangsa. Padahal hari ni lansung dia tak cakap dengan lelaki pun, kecuali…


         “ Hai Crystal, kenapa tak balik kelas lagi ni?” Tegur pemuda yang tiba-tiba muncul di belakangnya tanpa gadis itu sedari. Crystal tersentak. Kaku dirinya apabila lelaki itu berdiri betul-betul hampir dengan dirinya.


          “ Alex..” Katanya. Ya, baru dia teringat. Semasa dia mula masuk pagi tadi di pagar sekolah, dia ada bercakap dengan seseorang. Lelaki yang menegurnya itulah insan yang pertama bercakap dengannya. Alex merupakan ketua pelajar di sekolah tersebut. Kalau mengenangkan bukan sebab dia susah payah angkut beg yang berlambak tadi, memang takkan dia menerima bantuan Alex. Lelaki tu pula baik hati nak tolong angkut barang dia masuk asrama. Dia pun terima jelah.

          ‘ Alex ni ke pakwe Amanda tu? Urm, yela kot. Dah dia sorang je yang bercakap dengan aku tadi. Ish, manalah aku nak tahu yang mamat ni pakwe perempuan gila tu.’ Rungutnya dalam hati. Alex yang berdiri disebelahnya tersenyum apabila soalan yang diaju tidak dijawab budak baru tersebut.

          “ Hmm, Crystal. Saya rasa baik awak balik kelas sekarang ni sebelum pengawas  yang bertugas jumpa awak kat sini.” Tegur Alex padanya. Crystal tersentak, dia melihat jam tangannya kemudian dia mula berlari anak meninggalkan Alex di situ. Separuh jalan dia berlari, dia berhenti dan berpaling memandang ke arah Alex yang masih terkejut dengan reaksi gadis itu tadi yang tiba-tiba berlari. Crystal menundukkan badannya sedikit dan mengucapkan terima kasih pada Alex sebab mengingatkan dia supaya tidak terlewat masuk ke kelas.

        Alex yang melihat gerak geri pelajar baru itu tersenyum. “ Hmm, kelakar juga budak baru ni…” Katanya seorang diri sebelum beredar dari situ.






                      *****************************************************




     “ Baiklah semua pelajar, sila diam. Sila berikan tumpuan. Hari ni kita akan menerima pelajar baru yang akan turut serta dalam kelas ni. Kamu, sila perkenalkan diri kamu pada mereka semua.” Arah Cikgu Mary. Crystal menundukkan sedikit badannya dan kemudian berdiri tegak memandang sekeliling kelas tersebut.

      “ Apa khabar semua, nama saya Crystal Marrison. Awak semua boleh panggil saya Crystal. Saya berasal dari Kota Berrighd. Selamat berkenalan…” Katanya memperkenalkan diri dengan ramah. Lepas je dia kenalkan diri, kelas tersebut mula kecoh dengan bisikan. Ada yang memandangnya dengan penuh pertanyaan, ada yang memandangnya dengan senyuman, dan tak kurang juga ada yang memandanganya dengan pandangan kurang selesa. Dalam hati Crystal dah mengeluh. Sabar Crystal, maklumlah hari pertama.

      “ Baiklah kelas, tolong diam. Hormat sikit. Kamu Crystal, boleh duduk di sebelah Sarah ye. Sarah tolong bangun.” Arah Cikgu Mary. Tanpa banyak soal, Crystal menurut sahaja. Dia senyum pada gadis yang dipanggil Sarah itu.

       “ Baiklah kelas, saya hari ni tak dapat nak mengajar kamu sebab saya kena hadiri mensyuarat dengan tenaga pengajar lain. Saya baru diberi notis pendek tadi. Jadi, kamu, Max, sebagai ketua kelas, saya harap kamu dapat kawal kelas ni sepanjang saya tiada. Pada siapa yang tak siapkan tugasan yang saya beri minggu lepas, boleh siapkan masa ketiadaan saya ni. Habis waktu kelas, sila hantarkan tugasan kamu di pejabat saya.” Terang Cikgu Mary lagi sebelum berlalu keluar.

      Crystal memandang gadis disebelahnya yang asyik membaca buku dari tadi lagi. Crystal mula berdehem. Dan seperti sangkaannya, Sarah mula mendongak dan memandangnya.

       “ Sarah, selamat berkenalan. Kalau tak keberatan boleh saya tahu nama penuh awak?” Tanya Crystal yang cuba beramah mesra dengan rakan sekelasnya itu.

       “ Sarah Lawren…selamat berkenalan.” Balasnya dengan senyuman. Crystal terpaku sejenak mendengar suara yang keluar dari bibir gadis itu. Halusnya suara dia. Lembut je…pujinya dalam hati.

     Sarah merasa segan apabila Crystal memandangnya tanpa kelip. Dia menundukkan mukanya kembali. Sarah ni memang pemalu orangnya. Sedar akan kebiadapannya, Crystal mula memanggil Sarah kembali.

        “ Maaf Sarah. Saya tak bermaksud nak buat awak tak selesa. Saya cuma rasa kagum sikit dengar suara awak. Suara awak lembut, halus. Padan dengan orangnya, comel, cantik.” Puji Crystal. Sarah tersenyum lega. Ingatkan Crystal memandangnya kerana menganggap dia ni pelik, rupanya sebaliknya.

         “ Err, tadi awak ada kata awak berasal dari Kota Berrighd. Saya pun berasal dari sana juga..” Lembut Sarah membalas. Dia cuba membalas keramahan dari Crystal. Mendengarkan Sarah berkata begitu, Crystal mula menggegam kedua-dua belah tangan Sarah dengan mata yang bersinar. Terkejut Sarah dibuatnya.

        “ Yeke awak dari sana juga? Wah, bagusnya! Awak tahu tak betapa saya risau yang amat bila masuk akademi ni. Saya rasa gembira sangat bila dapat tahu ada pelajar yang berasal sama tempat dengan saya.” Kata Crystal bersungguh-sungguh. Sarah tersenyum melihat reaksi pelajar baru tersebut. Ingatkan apalah tadi.

        “ Untuk pengetahuan awak, tak ramai pelajar yang datang sini yang asal dari Kota Berrighd tau.” Kata Sarah. Crystal hanya mengangguk mengiyakan kebenaran fakta tersebut.

        “ Ye, saya tahu tu. Sebab tu saya gembira bila dapat tahu awak pun berasal dari sana. Maklumlah kota Berrighd tu kota yang kecil. Jadi kebanyakkan orang di situ kehidupan dia adalah sederhana. Macam saya. Dari apa yang saya dengar, menurut ayah saya, akademi ni hanya menerima pelajar dari golongan berada dan juga dari keluarga cendekiawan(bijaksana) sahaja kan? Betul ke?” Tanya Crystal pinta kepastian. Sarah yang mendengar mengangguk.

        “ Saya dapat masuk sini pun setelah melalui beberapa lapisan ujian untuk menerima biasiswa. Kiranya saya bersyukur diterima di sini. Tapi saya peliklah, awak kata awak dari keluarga golongan sederhana, tapi awak masuk sini kan. Bermakna awak ni dapat biasiswa juga ke?” Tanya Sarah.

         “ Yup, saya dapat biasiswa. Kenapa?”

         “ Untuk pengetahuan kau, bukan calang-calang pelajar boleh masuk Akademi Triniston ni. Seperti yang kau maklum, hanya golongan berada dan keturunan keluarga cendekiawan yang diterima menuntut ilmu kat akademi ni. Dan lagi, selalunya, hanya satu sahaja biasiswa yang akan dikeluarkan untuk seorang sahaja pelajar. Dalam setahun cuma sekali je peluang tu dikeluarkan dan paling utama, biasiswa tu dikeluarkan untuk pelajar tahun pertama.” Celah seseorang yang menghampiri mereka berdua.

     Crystal memandang gadis didepannya tanpa berkelip. Pandangan gadis berambut kerinting keperangan itu cukup tajam membuatkan Crystal menelan air liurnya. Lama gadis itu memandangnya. Semakin hampir gadis itu dekat dengannya, semakin gelisah pula Crystal rasa. Takkan dia pun nak cari gaduh juga macam Amanda tadi. Tidak lama kemudian, gadis berambut kerinting itu ketawa. Crystal mula pelik. Gadis itu duduk berhadapan dengannya dan mula menghulurkan salam.

      “ Rilekslah Crystal. Saya gurau je tadi. Saya Julie, selamat berkenalan.” Sapa Julie yang mula berubah perwatakannya. Crystal melepaskan keluhan lega. Dia menyambut salam perkenalan dari Julie dengan rasa lega. Sarah juga melepaskan tawanya bila melihat gelagat kawannya Julie yang suka bergurau itu.

      “ Jadi awaklah pelajar baru yang ramai hebohkan tu. Tak sangka pula kita sekelas.” Kata Julie. Crystal mengerutkan dahi.

      “ Heboh? Saya? Urm, apa cerita ye?” Tanyanya ingin tahu. Patutlah bila dia mula perkenalkan diri di depan kelas tadi, ramai yang mula berbisik tentang dirinya. Rupa-rupanya ada khabar angin tentang dirinya yang dia tidak tahu.

      “ Awak tahu kan, seperti yang saya dah cakapkan tadi, biasiswa hanya dikeluarkan untuk pelajar tahun satu yang bakal masuk ke akademi ni, tapi awak ni kan pelajar tahun ke-dua. Tak pernah lagi dalam sejarah akademi ni bagi biasiswa untuk pelajar tahun ke-dua. Tambahan pula, cuma sekali je dalam setahun biasiswa tu dikeluarkan.  Dan biasiswa tu dah pun diberi pada pelajar tahun satu untuk tahun ni. Jadi bermakna, awak dapat biasiswa yang disponsor dari orang tertentulah. Tambahan pula dengar kata awak tak ada ambil ujian lapisan lansung untuk masuk ke sini bukan?” Terang Julie dengan panjang lebarnya. Crystal menggaru kepalanya yang tak gatal itu.

       “ Owh, macam tu ke? Saya tak tahu pun…” Selamba Crystal membalas. Memang jujur dia tak tahu menahu tentang perkara tersebut.

      “ Tunggu sekejap, bermakna awak tak tahu yang awak dapat biasiswa yang disponsor dari orang lain dan bukannya dari akademi ni?” Tanya Sarah pula minta kepastian. Lambat-lambat Crystal mengangguk.

       “ Saya ingat biasiswa tu memang dari akademi ni. Jadi sebab tu saya terima je. Oh, jadinya, semua orang kecoh pasal saya sebab hal biasiswa tu ke?” Tekanya. Julie dan Sarah mengangguk serentak.

      “ Selain tu, orang yang sponsor awak masuk sini, dengar khabarnya adalah Mr. Robert Qryst.” Sambung Julie lagi. Crystal tercengang.

       “ Mr. Robert Qryst? Maksud awak chef? Bukan ke dia tenaga pengajar kat sini? Saya tak tahu pula biasiswa tu dari dia. Err, ke saya je yang fikir macam tu? Hish, peninglah! Hah! Tapi kan, awak berdua nak tahu tak, dia tu orang yang baik tau. Dahlah dia buat pai yang sedap dan….”

       “ Sekejap sekejap! Tunggu dulu. Chef? Hello, dia bukan setakat chef tau. Awak tahu tak dia tu orang yang paling berpengaruh dalam negara Clambert ni. Dan dia bukan tenaga pengajar di sini. Dia lebih dari itu. Kalau awak nak tahu, kebanyakan golongan diraja menggunakan khidmat dari Mr. Robert dan juga, menurut ayah saya, Mr. Robert tu mewarisi harta yang banyak. Kebanyakan dana di akademi ni adalah harta Mr. Robert sendiri. Bukan itu saja, menurut maklumat yang saya dapat, suku dari negara ni adalah di bawah milik kuasa Mr. Robert. Dan awak Crystal, awak dikira orang yang bertuah, sebab Mr. Robert Qryst sendiri yang mengsyorkan awak untuk masuk ke akademi ni. Tambahan pula sepanjang pengajian awak ditaja oleh dia. Tak pernah lagi selama ni Mr. Robert bermurah hati nak bagi biasiswa pada pelajar menggunakan duitnya sendiri. Macammana awak boleh kenal Mr. Robert? Dan macammana dia boleh pilih awak untuk masuk ke sini? Awak ada bodek dia ke?”

         “ Err, setahu saya tak pernah lagi saya bodek orang yang baru saya kenal. Tambahan pula, saya cuma jumpa sekali je pun dengan Mr. Robert tu, itupun masa di karnival manisan dua bulan lepas yang diadakan di kota tempat saya tinggal tu. Saya cuma berbual dengan dia sekejap, lepas tu dia cadangkan saya untuk saya masuk ke akademi ni. Saya ingat dia bergurau. Tapi tak sangka pula, sebulan yang lepas saya ada terima surat penawaran untuk masuk akademi ni. Jadi, sebab tu saya ingat Mr. Robert tu cikgu di akademi ni. Yela kan, kalau tak macammana pula dia boleh masukkan nama saya supaya belajar kat sini.” Terangnya dengan jujur. Tercengang Sarah dan Julie dibuatnya.

         “ Awak cuma jumpa dia sekali?” Tanya Sarah dan Crystal mengangguk.

         “ Selama ni awak lansung memang takde kaitan lansung dengan dia?” Tanya Julie pula dan sekali lagi Crystal mengangguk mengiyakan.

         “ Hmm, pelik..memang pelik…” Kata Julie dan Sarah dengan serentak. Bertambah-tambah hairan Crystal dibuatnya. Sebenarnya dia sendiri pun pelik bila mendengar cerita dari mereka berdua. Tak pula dia tahu bahawa chef yang dia jumpa dua bulan lepas di karnival manisan tu rupa-rupanya orang bangsawan dan berpengaruh. Bila memikirkan cerita mereka berdua membuatkan bulunya meremang secara tiba-tiba.

    ‘ Aduh, macam mana pula aku boleh tak tahu ni. Kalau aku tahu Mr. Robert tu orang berpengaruh, takdenya aku terima nak masuk sini. Tambahan pula, masa aku bersembang dengan dia, aku ingat dia tu chef yang mengajar kat akademi ni dan aku ingat biasiswa yang aku terima tu memang dari akademi ni, tapi yang aku peliknya kenapa orang yang baru kenal bermurah hati nak sponsor aku belajar kat sini? Takkan sebab…’ Bisikan hatinya terhenti apabila Sarah memanggilnya.

       “ Crystal, apa-apa pun sebab Mr. Robert pilih awak, mesti dia ada sebab tertentu kan. Jomlah kita gerak ke hostel. Dah habis dah pun waktu kelas. Pasti banyak lagi barang awak yang tak kemas kan. Saya dan Julie boleh bantu awak.” Kata Sarah.

       “ Owh, okay. Tak susahkan korang ke?”

       “ Tak mengapa, lagi pun kan kita bertiga ni kan kawan…” Balas Julie pula. Crystal tersenyum lega. Sambil berjalan ke arah hostelnya, dia mengimbas kejadian dua bulan lepas di karnival manisan yang diadakan berhampiran dengan kawasan rumahnya.






Dua bulan lepas…..



       “ Kakak, cukuplah tu makan. Hampir semua manisan kat sini kakak dah makan. Nanti sakit perut baru tahu.” Marah Catherin pada kakaknya. Crystal tersengih. Catherin hanya mampu menggeleng mengenangkan perihal kakak kandungnya itu. Asyik dia je kena bagi teguran dan nasihat. Walaupun Crystal tua setahun darinya, namun Catherin merasakan dia pula yang lebih tua dari kakaknya.

        “ Alah dik, bukan selalu aku dapat merasa semua manisan macam ni. Setahun sekali je tau karnival manisan ni berlansung. Masa nilah peluang kakak merasa semua dessert kat sini. Urm, sedapnya pai strawberry ni!! Dik, cuba kau rasa pai ni, sebijik rasa dia macam pai arwah nenek buat dulu.” Kata Crystal sambil menyuakan sesudu pai ke dalam mulut Catherin tanpa sempat adiknya itu mengelak. Nak tak nak Catherin mengunyah juga suapan pai tersebut.

        “ Urm, sedap! Tapi aku mana ingat rasa pai yang pernah nenek buat dulu. Macammana kau boleh ingat rasa pai starwerry yang nenek pernah buat dulu hah kak? Peliklah aku dengan deria rasa kau tu. Dahlah hampir lima tahun nenek pergi tinggalkan kita, boleh pula kau ingat lagi.” Ujarnya. Crystal tersengih lagi.

        “ Tulah kau dik, kau kalau makan mana nak nikmati kesedapan makanan tu. Tengok macam aku. Aku bila makan sesuatu manisan tu, aku akan cuba menikmati dengan penuh keasyikan. Barulah syok!” Jelasnya. Catherin mencebik. Lagi dilayan kakaknya itu, lagi naik meluat dia mendengar.

   Tapi pada pandangannya, kakaknya memang mempunyai deria rasa dan bau yang amat kuat. Sebab itu kakaknya dapat mengingati bagaimana rasa manisan yang pernah dibuat mendiang neneknya dahulu. Yang lagi membuatkan dia kagum dengan kakaknya, gadis itu mampu meneka kandungan isi sesuatu makanan atau manisan yang di rasa. Itu yang membuatkan dia tertanya-tanya dari dulu lagi. Bagaimana kakaknya, Crystal mempunyai deria rasa dan bau sampai begitu sekali?

    Tatkala itu, Catherin melihat kakaknya berjalan laju ke arah booth yang terletak di bawah pohon di tepi jalan seolah-olah mencari sesuatu. Terpaksa Catherin cepat-cepat menahan kakaknya.

      “ Kau nak pergi mana ni kak? Nak cari apa?” Tanya Catherin.

       “ Aku nak cari chef yang buat pai strawberry ni. Tadi aku beli pai ni kat booth sinilah.” Kata Crystal beria-ia ingin berjumpa dengan orang yang telah menghasilkan pai strawberry yang rasanya sebijik macam arwah neneknya pernah buat. Dia teringin sangat tahu gerangan orang yang membuat pai tersebut.

       “ Buat apa kau nak cari chef yang buat pai ni kak?” Tanya Catherin lagi. Tatkala itu, seorang pemuda berusia lewat 20-an yang berpakaian lengkap uniform chef datang menghampiri dua gadis remaja tersebut.

        “ Ye cik, boleh saya bantu?” Tanya pemuda itu dengan ramah. Crystal dan Catherin berpaling memandang chef di depan mereka. Terkedu Catherin dibuatnya apabila memandang lelaki berkenaan. Tak pernah seumur hidup dia jumpa chef yang sekacak begini.

       “ Urm, saya nak cari chef yang buat pai strawberry ni la. Boleh saya jumpa dengan chef tu?” Pinta Crystal tanpa membuang masa.

       “ Kenapa ye cik dengan pai tu? Ada masalah ke? Tak sedap?” Tanya pemuda itu lagi. Cepat-cepat Crystal menggeleng.

       “ Tak, bukan macam tu. Takde masalah pun dengan pai ni. Saya cuma nak ucapkan terima kasih pada chef yang buat pai strawberry ni. Rasa pai ni teramatlah sedap. Sebiji macam rasa arwah nenek saya buat. Dengan rasa inti sos strawberry yang lazat. Masam dan manis strawberry dalam inti pai ni seimbang. Bila saya nikmati setiap suapan, saya dapat rasakan kesegaran nikmat buah strawberry yang bagaikan baru dipetik. Lagi satu, saya dapat rasa macam buah strawberry yang digunakan dalam sos ni seakan sama dengan buah strawberry yang saya rasa di Bukit Champ minggu lepas. Encik nak tahu, minggu lepas saya ada ikuti lawatan sekolah ke bukit Champ. Kat situ, kitorang dapat petik buah strawberry dan merasa keenakan buah tersebut. Sebab tu bila saya rasa sos inti yang digunakan dalam pai ni, saya dapat rasakan persamaan buah yang digunakan dari tanaman Bukit Champ. Hehe, itu pada pendapat sayalah. Sebab tu saya nak jumpa chef yang buat pai ni. Saya betul-betul kagum dengan chef tu sebab dapat buat pai sesedap ni.” Beria Crystal menerangkan.

   Pemuda yang mendengar itu terkedu. Apa yang gadis didepannya ini kata, memang tepat sekali. Memang buah strawberry yang digunakan untuk dibuat inti pai tersebut adalah buah yang dipetik di Bukit Champ semalam. Lagi satu bagaimana gadis ini dapat merasa keaslian buah yang digunakan? Ini kerana pelbagai bahan yang telah dicampur aduk untuk menghasilkan sos jem yang digunakan. Hebat! Deria rasa gadis ini memang hebat. Dia kagum dengan kebolehan gadis tersebut.

      “ Err, boleh tak saya tahu siapa nama nenek cik?” Tanya pemuda tersebut dengan perasaan ingin tahu yang membuak-buak. Kalau benarlah sangkaanya budak perempuan itu adalah cucu kepada insan yang datuknya pernah katakan, jadi pencariannya tidaklah sia-sia.

     “ Nenek saya? Nama dia Puan Tarry Marrison. Kenapa ye encik?”

     “ Jadi benarlah sangkaan saya. Selama Puan Tarry hidup, dia ada buka kedai kek bukan?” Tanya pemuda itu lagi.

      “ Ha’ah, betullah tu. Mana encik tahu?” tanya Crystal pula. Dia melihat lelaki di depannya tersenyum lebar.

      “ Tak sangka saya dapat jumpa dengan cucu Puan Tarry di sini. Kalau cik nak tahu, nenek cik dulu berkawan baik dengan datuk saya. Lagi satu, sayalah chef yang buat pai strawberry tu. Tadi cik ada kata, rasa pai ni sebijik macam nenek cik buat bukan? Rasa dia sama mungkin sebab saya pakai dari resipi turun temurun. Kalau tak silap saya, resipi pai strawberry yang saya buat ni adalah hasil ciptaan bersama Puan tarry bersama dengan datuk saya.” Jelas pemuda itu. Kini barulah Crystal mengerti kenapa pai yang dimakan itu tadi rasanya sebijik macam yang pernah neneknya dulu buat.


       “ Saya ni banyak cakap dan bertanya je kan. Maafkan saya atas kebiadapan saya. Nama saya Robert Qryst. Selamat berkenalan.” Kata Chef itu sambil menghulurkan salam perkenalan. Crystal menyambut huluran salam tersebut dengan penuh riang. Begitu juga dengan adiknya Catherin.

       “ Saya Crystal, ini adik saya Chaterin. Hmm, tak tahu pula saya dulu datuk encik Robert kawan baik dengan nenek saya. Nenek lansung tak pernah cerita. Encik Robert tahu, bila saya dapat makan pai yang encik Robert buat ni, betul-betul buat saya teruja. Saya rindukan masakan dari nenek. Tambahan pula, lepas sahaja nenek saya meninggal, kedai keknya ditutup. Jadi sejak tu saya dah jarang dapat makan benda-benda macam ni.” Luah Crystal.

    Robert yang mendengar tersenyum. Dia melihat gadis di depannya menyuap lagi sesudu pai ke dalam mulutnya. Sambil makan pai itu, dia melihat Crystal menutup matanya seolah-olah benar-benar menikmati keenakan pai tersebut.

       “ Owh ye, boleh saya tahu umur Crystal ni berapa?” Tanya Robert secara tiba-tiba. Dia terfikirkan sesuatu ketika itu.

       “ Saya?” Tanya Crystal sambil menunjukkan jari ke arah dirinya sendiri. Robert mengangguk dengan senyuman.

      “ Masuk tahun ni 17. Kenapa Encik Robert?”
       
      “ Awak pernah dengar pasal akademi Triniston? Kalau saya cadangkan awak masuk ke akademi tu awak mahu?” Katanya.

        “ Saya? Urm, tapi kenapa? Lagi pun menurut cerita ayah saya, akademi tu hanyalah untuk golongan berada dan juga dari golongan cendekiawan sahaja. Saya ni dari golongan keluarga yang sederhana encik Robert. Saya tak mampu. Lagi pun nak kata saya ni bijak, tak juga.”

        “ Ha, yang tu saya setuju. Kakak saya ni memang lembab sikit kalau bab belajar.” Celah Catherin yang senyap dari tadi. Sempat Crystal menjeling tajam adiknya. Robert yang mendengar hanya tergelak kecil.

        “ Macam nilah Crystal, saya akan usahakan biasiswa untuk awak? Lagi pun dari pemerhatian saya sejak tadi dan dari cara awak terangkan rasa inti pai yang saya buat, semuanya betul. Memang benar buah yang digunakan adalah dari tanaman di Bukit Champ. Orang jenis macam awak ni, memang jarang dijumpai. Jadi macammana? Saya rasa awak memang patut masuk ke akademi tu. Tambahan pula, segala kelengkapan pembelajaran dalam akademi tu adalah lengkap dan serba canggih. Saya akan cadangkan awak mengikuti pembelajaran dalam kursus bakeri dan pastry. Jangan risau, saya akan usulkan nama awak pada pengetua akademi berkenaan.” Kata Robert bersungguh-sungguh. Dilihatnya Crystal mula menggaru kepala.

         “ Tunggu sekejap Encik Robert. Encik nak kakak saya masuk akademi tu dan belajar tentang kemahiran bakeri dan jadi seorang patissier? Okay encik. Saya nak jelaskan sesuatu. Memang kakak saya ni mempunyai deria rasa dan bau yang agak hebat dan juga bagi saya pelik. Tapi, untuk pengetahuan encik, kakak saya ni lansung takde kemahiran dalam memasak atau pun membakar kek dan buat mana-mana manisan. Yang kakak saya ni tahu, hanyalah makan, makan dan makan. Itu je…” Terang Catherin dengan perkara sebenarnya.

       “ Hehe, betullah tu kata adik saya.” Crystal berkata sambil tersengih malu. Memang dia lansung tak pandai nak buat kek ataupun manisan yang lain. Robert diam memerhatikan dua beradik di depannya. Dia berfikir sejenak. Kemudian dia memanggil Crystal.

       “ Saya tetap mahu cadangkan awak supaya belajar di akademi tu. Saya yakin pilihan saya kali ni adalah tepat. Bakat atau kemahiran boleh dicungkil kalau diasah. Jadi bagaimana?”

       “ Err, sekejap ye Encik Robert. Encik kata tadi kalau saya diterima masuk dan dapat biasiswa kan, macammana encik nak buat semua tu? Encik ni chef yang mengajar kat akademi tu ke?” Tanya Crystal mula ragu-ragu. Yela, sekali pandang lelaki didepannya ini, lagaknya hanyalah seperti chef biasa. Beriya-iya pula pemuda itu mahu dia belajar di akademi berprestij tu. Ingat senang nak masuk. Dilihatnya lelaki itu hanya ketawa kecil.

        “ Hmm, awak boleh fikir macam tu. Tapi saya punya cara tertentu untuk bagi awak masuk ke akademi tu. Mana tahu kan, suatu hari nanti bila awak dah jadi pakar dalam bidang ni, awak boleh buka semula kedai kek nenek awak. Jangan lepaskan peluang yang ada. Adalah lebih baik kalau awak terima.” Pujuk lelaki itu lagi. Kebetulan ketika itu ada seorang lelaki bersut hitam lengkap datang menghampiri Robert dan membisikkan sesuatu pada pemuda itu. Robert hanya mengangguk beberapa kali dan bercakap sesuatu kepada lelaki bersut itu. Habis berbisik, lelaki bersut itu pergi meninggalkan mereka bertiga.

         “ Crystal, Catherin, saya terpaksa minta diri dululah. Ada hal yang saya perlu uruskan. Fikirkan baik-baik ye Crystal pasal apa yang saya cadangkan. Awak cuma perlu belajar di akademi tu je. Yang lain saya akan uruskan. Saya pergi dulu okay. Semoga berjumpa lagi.” Ujarnya dan berlalu pergi.

          “ Hmm, macam best je cadangan chef tu…” Tutur Crystal. Catherine yang mendengar mengeluh.

         “ Kak, kau jangan buat kerja gila. Kau tu dah lah malas belajar, dah tu asas nak buat kek pun kau tak tahu. Tambah pula kalau kau masuk akademi tu, mestilah kau terus jadi pelajar tahun ke-dua, sebab umur kau pun dah cecah 17 tahun. Aku yakin kak, pelajar tahun satu mesti dah lebih pakar dari belajar benda-benda asas dalam bakeri, sedangkan kakak lansung tak tahu menahu dalam bidang tu. Aku cuma risaukan kau kak.” Luah Catherin. Crystal yang mendengar tersenyum. Dia meletakkan sebelah telapak tangannya di atas kepala adiknya.

          “ Sayang juga kau kat aku ye dik. Jangan risaulah. Aku boleh belajar asas bakeri dengan Uncle Henry. Abang emak tu kan chef pastry kat hotel. Yang penting, aku tak boleh cepat mengalah dik. Kau pun tahu aku macam mana kan. Aku tak suka cepat putus asa. Bak kata chef tu tadi, mana tahu kalau aku dah ada skill yang bagus, aku mungkin dapat buka semula kedai kek nenek tu. Hehe…” Balasnya. Catherin kelu mahu membalas. Kalau dah kakaknya tetapkan pendirian, memang susahlah dia nak ubah.

       Di dalam kereta mewah, lelaki yang berusia lewat 20-an itu mula membuka ipadnya dan menekan sesuatu. Dibukanya data profil seorang gadis remaja. Dia tersenyum puas. Pencariannya sejak dua minggu yang lalu begitu cepat membuahkan hasil. Nampaknya hasrat datuk bakal dilaksanakan tidak lama lagi.

          “ Crystal Marrison…” Tutur nama gadis itu disebut dengan perlahan. Gambar profil gadis itu diteliti. Mata hazel yang bundar, rambut ikal mayang, wajah yang sederhana namun cukup manis bila dipandang.

          “ Aku nak tengok sampai mana tahap kehebatan kau…” Katanya lagi seorang diri. Pemandu yang memakai sut serba hitam itu hanya memerhatikan tuannya bercakap seorang diri melalui cermin pandang belakang. Dia pasti tuannya pasti ada merancang sesuatu terhadap gadis remaja yang baru saja dia lihat di karnival tadi.