4
comments
CINTA BLoGGER....23
.
bab 23
Beg itu dipegang kemas olehnya. Bonet kereta ditutup dan dikunci. Kemudian dia melangkah masuk ke dalam bangunan itu. Semasa dia sedang berjalan, ada seseorang yang memanggilnya dari jauh. Kelihatan dua gadis berjalan menghampirinya.
" Abang Ryo baru sampai?" Tanya Jue.
" Ha'a..tadi abang ada hal sikit. Tak sangka pula jue dengan hanis datang sekali." Baru je Hanis nak membalas, Jumaidah menyampuk.
" Saja datang, nak say goodbye kat auntie." Balas Jue. Hanis sengih pada Rizman dan terus berjalan di hadapannya. Sebenarnya dia masih malu untuk berdepan dengan lelaki itu akibat insiden semalam. Jue pula berjalan seiring dengan Rizman dan masuk ke dalam KLIA.
" Eh Hanis...." Nama itu disebut oleh Puan Shazlin setelah nampak dari jauh hanis menghampirinya. Hanis menyalam Puan Shazlin.
" Tak sangka pula Hanis nak datang." Katanya.
" Mestilah kena datang puan." Ringkas dibalasnya. Tidak lama kemudian Jue dan Rizman datang menghampiri mereka berdua. Jumaidah terus menyalam dan mengucup tangan ibu Rizman.
" Mama...sorry Riz lambat sikit. Tiba-tiba ada hal kat agensi tadi."
" Takpe...ada masa lagi ni sebelum mama naik flight." Rizman tersenyum kemudian dia melihat sekelilingnya.
" Adik mana ma?" Tanyanya.
" Adik dengan Sheera ikut atuk kamu kejap pergi kedai kat sini. Konon nak teman atuk cari kopi. Macamlah atuknya tak reti nak beli kopi sendiri." Jawabnya.
" Nah mama, Riz sempat belikan something untuk mama. Nanti dalam flight baru buka tau." Beg kecil itu bertukar tangan. Ibunya tersenyum gembira menerima hadiah daripada anaknya.
Tidak lama kemudian kelihatan datuknya, eyqa dan Sheera sampai. Dato' Ahmad melihat gadis yang sedang berborak mesra dengan cucu perempuannya. Hanis yang perasan akan renungan itu segera dia menoleh ke arah Dato' Ahmad dan memberikan senyuman untuk lelaki tua tersebut.
" Hanis ye?.." tiba-tiba je Dato' Ahmad menyapanya. Hanis hanya mengangguk perlahan.
" Akhirnya dapat juga atuk tengok kamu. Hari tu masa dinner rumah Dato' Maznah atuk tak dapat datang, so tak dapat tengok PA budak Riz ni. Manis budaknya." Lelaki tua itu menghampiri Hanis dan menepuk bahu gadis itu dengan perlahan sambil senyuman ramah dihadiahkan. Kekok hanis dibuatnya. Rizman tersenyum melihat atuknya menyukai Hanis. Jarang dia melihat datuknya suka pada orang yang tak dikenali. Tapi dengan Hanis, semua orang mudah mesra.
" Papa...janganlah begitu. Malu budak ni jadinya." Puan Shazlin menegur ayahnya setelah melihat Hanis yang tiba-tiba jadi kekok. Jumaidah, Eyqa dan Sheera tersenyum-senyum. Plan diorang bakal start masa ni. Tadi masa menemankan atuknya pergi beli minuman, Eyqa dan Sheera menceritakan tentang Rizman yang bercinta dengan Hanis. Macam-macam yang diceritakan. Sheera pula tugasnya menokok tambah cerita. Mati-mati Dato' Ahmad percaya dengan kata-kata dua gadis itu.
" Ala, hanis nak kekok apa. Tak lama lagi kan hanis bakal jadi cucu atuk juga."
" Ha?!!" Puan Shazlin, Hanis dan Rizman bersuara serentak. Eyqa, Jue dan Sheera dah mengekeh mendengar kata Dato' Ahmad.
" Ap...apa yang Dato' cakapkan ni?" Tergagap-gagap Hanis bertanya.
" Apa maksud atuk tu?" Rizman pula bertanya.
" La kamu ni Riz...malu-malu pula nak mengaku. Kamu tak tahu lagi ke Lin?" Puan Shazlin hanya mampu mengangkat bahunya tanda tidak tahu. Apa cer semua ni?
" Ni ha...anak laki kamu ni kan tengah syok bercinta dengan budak ni. Tak lama lagi kamu bakal terima menantu sulung ni." Ternganga mulut Hanis mendengarnya. Rizman pula rasa nak pitam. Puan Shazlin menutup mulutnya dengan kedua-dua belah tapak tangannya. Sungguh dia tak sangka. Puan Shazlin terus memeluk tubuh Hanis dengan erat. Hanis bertambah terkejut dengan tingkah laku dari ibu Riz.
" Er...ma..." Rizman memanggil ibunya. Tapi ibunya lansung tak dengar panggilan dari Riz. Aduh...apa dah jadi ni? tiba-tiba je buat drama kat tengah-tengah KLIA ni.
" Akhirnya...doa auntie makbul juga. Auntie macam tak percaya yang Hanis dah bercinta dengan Riz. Tahniah nak...auntie suka sangat. Terima kasih sebab bagi hadiah bermakna ni untuk auntie." Bukan main gembira Puan Shazlin rasa masa tu. Memang dia dah lama berkenan dengan hanis, cuma dia berharap masa je yang menentukan. Hanis dah tak tahu nak kata apa. Mulutnya bagaikan terkunci untuk bercakap. Otaknya jadi blank dengan situasi mengejut ni.
" Ma..." Rizman panggil lagi. Masih tiada reaksi dari ibunya. Dia menoleh memandang tiga gadis yang syok bergelak ketawa itu. Sah, ni kerja budak-budak ni. Baru je dia nak pergi kerjakan adiknya, Dato Ahmad memegang bahunya.
" Atuk bangga dengan kamu....tak sangka kamu yang hati batu ni boleh juga cair dengan Hanis tu. Atuk restu...bahkan atuk lagi suka." Tubuh cucu lelakinya dipeluk dan ditepuk perlahan. Rizman hanya mampu mengeluh. Habislah....
" So, bila nak tunang ni?" terus je soalan tu muncul dari bibir puan Shazlin.
" Err..er..." Hanis cepatlah cakap...er..er...itu je kau tahu!! jerit hatinya.
" Mama..please stop it." Rizman menyampuk.
" Ala anak mama ni. Masa mama nak pergi baru nak bagitahu berita gembira ni. Kamu malu ye??" Usik Puan Shazlin. Rizman mahu membalas kata ibunya, tapi adiknya pula bersuara.
" Tulah ma...abang ni malu sangat. Semalam bukan main lagi diorang dating masa kita takde ma. Pandai je abang ni cover tau. Tak baik...." Tangan Rizman mula digenggamkan. Bibinya diketap. Dia menarik nafas sedalam-dalamnya. Sampai hati kau dik buat abang kau macam ni.
" Pu...puan, sa..saya dengan Riz..." Bahu Puan Shazlin dipegang lembut oleh Hanis. Gadis itu mahu menerangkan salah faham yang tiba-tiba muncul ni.
" Nak tunang?" Pertanyaan itu memotong kata-kata dari Hanis. Bertambah bingung gadis itu rasa....
" Ma...apa ni??" Rizman berkata.
" Owh..takpe takpe. Mama faham. Kamu tak nak tunang lagi kan."
" ha...ye...sebab.." Tak sempat ayat tu dihabiskan, atuknya pula bercakap.
" Sebab Hanis study lagi kan? takpelah, nanti Hanis dah habis study, atuk hantar rombongan merisik. Kena cepat-cepat ikat hubungan korang ni, tak elok bercinta lama-lama."
" Atuk!" Adush...atuk ni. Memandai je....
Ketika itu pengumuman penerbangan diumumkan. Puan Shazlin menarik tangan anak lelakinya untuk berdiri disebelah Hanis.
" Mama nak gerak dah ni. Mama happy sangat dengar pasal hal ni. So, mama harap hubungan kamu berdua kekal. Sungguh Riz, dah lama mama tak rasa happy macam ni. Thanks sayang..." Kata-kata dari ibunya membuat hati rizman jadi sebak. Wajah Puan Shazlin ketika itu sungguh gembira membuatkan dia hanya mampu senyum. Hanis pula garu-garu kepala. Ni mimpi ke?? soal hatinya.
" Okaylah semua. Nak gerak dah ni." Puan Shazlin memeluk semua yang ada di situ. Anak-anaknya dipeluk erat dan dicium kedua-dua belah pipi mereka. Sebelum dia bertolak dia sempat berbisik sesuatu di telinga Hanis.
" Tolong tengokkan Riz ye...auntie harapkan kamu." Pesannya. Kepala gadis itu diangguk perlahan sambil tersenyum pahit. Aduh...rasa macam batu besar hinggap kat kepala aku masa ni.
Setelah kelibat Puan Shazlin hilang, Rizman memandang tajam ke arah tiga gadis dihadapannya. Hanis memandang Riz disebelah, apabila melihat Rizman melihat ke depan, dia juga menoleh ke depan. Kenapa Rizman pandang diorang macam nak telan je ni? Ketika itu tiga gadis dihadapannya yang sedar akan renungan Rizman berpura-pura macam takde apa yang berlaku. Serentak mereka bertiga bersiul dan mula melangkah pergi. Makin lama makin laju pergerakan mereka bertiga. Hanis makin pelik melihat tingkah laku mereka. Bila dia berfikir balik, barulah dia tahu ini mesti diorang yang rancang. Masa itu Rizman nak tangkap budak bertiga tu dan soal-siasat segala-segalanya. Tapi disebabkan kehadiran datuknya di situ dia hanya mampu bersabar buat masa ni.
********************************************************************************************
Kini peristiwa pada malam di KLIA itu sudah seminggu berlalu. Hanis mahupun Ryo sama-sama masih kekok. Mereka hanya bercakap bila perlu je. Sebelum adiknya Jumaidah balik semula ke kampung, dia menghukum adiknya sebab memandai-mandai buat cerita yang tak betul. Bagi Sheera dan Eyqa pula, masing-masing kena pulas telinga dengan Rizman. Barulah lelaki itu puas. Hehe...
Bunyi bising dari telefon bimbit itu membuatkan Hanis terjaga. Dilihatnya jam loceng, baru pukul dua pagi. Hantu mana yang gatal call aku pagi-pagi buta ni? Tanpa melihat nama skrin handsetnya, dia terus menekan butang hijau.
" Hello..." Jawabnya lemah.
" Hanis,you dah tidur ke?"
" Hmm...mesti ar dah...siapa ni?"
" Its me...Danny."
" hmm..sape?" Tanyanya lagi. Mamai sangat dah tu.
" Its me...daniel." Ulangnya. Tanggannya menggosok mata berulang kali. Lampu tidur dibuka dan dia melihat skrin telefonnya semula. Nombor asing....
" Is it true? You ke Danny? janganlah main-main."
" i tak main-main. This is me Hanis Zahirah...." Dia menekup mulutnya. Tak sangka orang yang dirinduinya tiba-tiba menelefonnya.
" Hanis....are you there?"
" Hmm..." Hanis tidak mampu lagi bersuara masa tu, dia rasakan ada air mata yang menitik di pipinya.
" I miss you..." Luah Daniel. Hanis masih lagi mendiamkan diri.
" Hanis...i'm sorry." Hanis dah mula nangis teresak-esak.
" Please, dont cry...i know i was wrong. Please talk to me Hanis." Hanis mahu bercakap, tapi dia tak mampu nak bersuara masa tu. Automatik tangannya mematikan talian. Bateri telefon bimbitnya dicabut. Bantak peluk dicapai dan dia menangis sepuas-puasnya di atas katil.
' Kau memang kejam Danny...dah lah pergi jauh-jauh pastu tak reti nak contact aku tanya khabar ke tak. Email pun lansung tak balas. Berbulan lamanya aku rindu kat kau, kau boleh je rileks call aku sekarang ni. Argghh!!' Rintih hatinya....bukanlah dia tak suka Daniel call dia, tapi dia tak boleh terima perbuatan Daniel dulu. Lelaki cina tu lansung tak fikir akan dirinya. Konon cakap cinta, tapi kenapa email dia tidak dibalas. Tangisannya masih lagi tidak berhenti, agak lama jugalah dia menangis.
' aduh....sakit pula kepala aku ni, ni lah padahnya nangis teruk sangat...' Bisik hatinya sambil tangannya memicit kepala. Hampeh tul minah ni, baru nangis sikit dah sakit kepala.
****************************************************************************************
Ketukan di pintu berulang kali membuatkan Safura bergegas lari ke ruang tamu. Pintu dibuka. Rizman berdiri di luar, di tanggannya terdapat sebungkus plastik putih.
" Mana dia?" Tanya Riz.
" Dalam bilik..." Balas Safura. Tanpa berkata apa-apa lagi dia terus melangkah ke bilik gadis itu. Semalam dia pelik kenapa Hanis tidak melakukan kerja yang disuruhnya. Sudahlah mesej tidak dibalas, call pun tak dapat. Pagi itu dia membuat keputusan untuk call Safura pula. Apabila Safura memberitahu bahawa Hanis tiba-tiba demam panas, cepat-cepat dia bergegas memandu keretanya menuju ke rumah gadis itu.
Hanis elok tidur di atas katil. Kehadiran Rizman lansung tidak disedarinya. Safura berdiri di belakang lelaki itu.
" Aku pelik tiba-tiba budak ni boleh demam. Dah dua hari dah. Kejap kebah, kejap panas balik." Tanpa Rizman bertanya, Safura beritahu segalanya.
" Kau duduklah dulu Ryo. Aku nak tengok bubur yang aku masak kat dapur tu. Nanti aku buatkan air."
" Hmm, thanks..." Apabila Safura keluar dari bilik itu, dia mengambil kerusi dan duduk berdekatan dengan katil Hanis. Beg plastik yang berisi ubat yang dibelinya di farmasi sebentar tadi diletakkan di atas meja.
" Macam manalah kau boleh sakit ni..." Katanya dengan nada yang perlahan. Tanpa disedarinya tangannya mula menyentuh dahi Hanis. Kebah sikit dah...lega hatinya. Dia sendiri pun tak tahu kenapa dia perlu bergegas untuk melihat Hanis. Hatinya tiba-tiba menjadi risau sangat bila dengar Hanis sakit. Padahal gadis itu bukanlah sakit teruk sangat pun. Bibirnya mengiukirkan senyuman apabila memikirkan hal tersebut. Aku...aku dah start suka kat dia ke?
Hanis tersedar apabila terasa ada sesuatu menyentuh dahinya. Cepat-cepat Rizman menarik tangannya. Hanis bangun dari baring dan bersandar ke kepala katilnya. Matanya digosok berulang kali. Kemudian dia memandang Rizman dihadapannya.
" Riz....bila sampai?" Tanya Hanis.
" Err....baru je." Balasnya. Dia memandang sekeliling bilik Hanis. Tak berani nak bertentang mata dengan Hanis buat masa tu sebab still lagi terkejut pasal Hanis tersedar semasa dia sedang memegang dahi gadis itu tadi.
" Kelmarin Danny call aku." Tiba-tiba Hanis bercakap tentang perkara itu. Rizman pandang wajah Hanis yang nampak kesedihan.
" So?..." Lemah dia bertanya. Entah kenapa saat nama Daniel muncul, dia rasa hatinya sakit.
" Aku...aku benci dia!!" Kenyataan dari Hanis mengejutkannya.
" Aku benci dia! Sebab dialah aku jatuh sakit. Dia tak tahu ke yang aku rindu sangat kat dia. Boleh pula hari tu tiba-tiba je call rilex je tanya khabar. What the hell....apa mamat tu tak fikir yang aku ni susah payah hantar mesej, call, email bagai nak rak contact dia, risaukan dia. Huh..!!" Rizman dah tahu nak kata apa masa tu. Sungguh dia terkejut masa tu. Tadi sedih, tiba-tiba je ada semangat nak memaki orang minah ni.
" Eh, sorry sorry....kau mesti terkejut aku macam ni kan." Hanis tersengih malu apabila melihat riak wajah Rizman yang terkejut itu. Lelaki di depannya berdehem untuk seketika kemudian plastik putih di atas meja dipegang.
" Nah...makan ubat ni bila perlu. Kalau boleh cepat sikit sembuh tu. Aku perlukan kau..." Katanya.
" Kau perlukan aku?"
" Yela, er..maksud aku, aku perlukan kau la masa aku kerja. Kau kan PA aku."
" Owh..ok." Ubat itu dibelek-belek olehnya. Riz ni ambil berat kat aku juga ye. Tapi baguslah juga aku sakit, atleast dia rasa hubungannya dengan Riz tidak lagi kekok.
" Hanis.."
" Ye.." Sahut Hanis.
" Kau sayang kat Danny?" Pertanyaan itu membuatkan riak wajah Hanis berubah. Tidak sangka Riz akan menyoal macam tu.
" Kau rasa?" Tanyanya semula.
" Ini soal hati kau. Bukannya aku..."Balas Rizman. Dia berdiri dan berjalan ke tingkap bilik itu dan memandang ke luar. Kenapa dengan aku ni?lantaklah kalau dia nak cinta ke tak kat mamat tu. Bisik hatinya.
" Aku...aku memang sayangkan dia...." Hanis menjawab. Rizman mengeluh. Baguslah....
" Aku sayangkan dia sebagai kawan." Sambung Hanis. Entah kenapa, Rizman rasa lapang dada dia mendengar kenyataan Hanis. Tiba-tiba...
Grrrr..graeggg..
" Bunyi pe tu?" Rizman bertanya. Hanis memegang perutnya sambil tersengih malu.
" Lapar..." Selamba je dia jawab. Riz tersenyum. Sebenarnya dia nak gelakkan Hanis, tapi nampak comel lah pula.
************************************************************************************************
Dari tadi dia melihat pemandangan sekitar kawasan perumahannya. Ketika itu dia sedang berdiri di balkoni rumah. Sebenarnya bukanlah dia menikmati sangat pemandangan di situ, dia sebenarnya lebih memikirkan tentang Hanis.
'eh, jap...apahal aku ni?' lelaki itu bertanyakan dirinya sendiri.
' Sahlah kau suka dia.' Hatinya membalas.
' Suka?'
' Yela, suka..kau dah mula rasa cinta kat dia. Kau dah mula rasa jelous bila dia sebut nama lelaki tu. Sebabnya kau rasa tergugat kalau nanti dia jadi milik orang lain.'
' eh, tak mungkinlah.'
' dahlah Riz...kau ni tengah berperang dengan diri kau sendiri kau tahu tak. Kau sendiri sebenarnya dah mula rasa cintakan dia.' Suara hatinya membalas lagi.
' Eh sengal, yang kau tanya ni diri kau tau.' Dia mengetuk kepalanya dengan perlahan. Ye tak ye gak...
" Riz..." Shaqir memanggilnya dari dalam. Tersentak Riz masa tu. Terus terhenti semua lamunan dan soal hatinya.
" Meh ar duk sini. Bola dah nak start ni." Dia mengambil tempat duduk di sebelah Shaqir. Matanya memanglah tengok ke arah skrin, tapi hatinya bagaikan tiada di situ. Apabila pasukan yang disokongnya menjaringkan gol dia diam je. Shaqir pula yang bersorak sorang-sorang.
" Wei, chelsea jaringkan gol tu.." Dia menolak bahu Rizman, namun lelaki itu mendiamkan diri.
" Woit..." Shaqir meninggikan nada suaranya. Apahal member aku ni? Ketika itulah baru Rizman memandangnya dengan pandangan yang sukar difahami.
" Kau kenapa ni? Macam takde mood je nak tengok bola malam ni?" Shaqir bertanya dengan rasa yang pelik.
" Aku rasa...aku dah suka Hanis." Selamba je dia tuturkan kata-kata tu. Tercengang Shaqir dibuatnya. Remote yang dipegang terjatuh ke atas karpet.
" What?!!"