Showing posts with label -ep20-. Show all posts
Showing posts with label -ep20-. Show all posts

NILAI KASIHMU (20)


.


EpisoD 20








         Satu persatu kedai baju dimasuknya. Namun tidak satu pun mahu dibelinya. Arisya mengeluh. Suhaila berpaling pada adik tirinya itu. Terlupa pula dia yang Arisya ni tak boleh berdiri lama sangat. Maklumlah, perut gadis itu sudah makin membesar.

       “ Sorry Isya. Aila syok sangat jalan-jalan tengok baju. Kesian Isya penat. Jom pergi kafe sana. Kita rehat dulu.” Ajak Suhaila. Arisya hanya membalas dengan anggukan. Dia takdelah penat sangat pun. Cuma kakinya cepat lenguh kebelakangan ni.

       “ Aila cari apa sebenarnya? Masuk kedai tu, kedai ni, tapi satu pun tak beli.” Tanya Arisya setelah membuat pesanan pada pelayan.

       “ Hehe, sebenarnya Aila nak cari baju untuk ibu dengan ayah. Yela, sempena gaji pertama Aila kerja kat butik. Selama ni Aila tak pernah pun nak bagi diorang apa-apa. So, kali ni, Aila ingat nak lah bagi something untuk diorang. Mesti ibu dengan abah suka nanti. Tapi tulah, tak tahulah nak pilih.” Terangnya.

       “ La, kenapa tak bagitahu je kat Isya. Isya ingat apalah tadi. Bukan main ke hulu ke hilir. Rupanya nak cari baju untuk ibu dengan ayah. Hmm, Aila ni kan. Mujur Isya tak beranak kat sini tau.” Katanya dengan nada mengusik. Dilihatnya Suhaila merapatkan kedua-dua belah tangan sambil meminta maaf. Tersenyum Arisya dibuatnya. Ketika itu juga, minuman yang dipesan mereka tiba.

       “ Macam mana hidup kat sana Aila? Okay?” Tanya Arisya sambil menghirup jus buah yang dipesannya tadi. Sekarang, sudah lebih sebulan Suhaila bekerja di butik muslimah di Johor. Tak sia-sia Adam rekomen padanya untuk bekerja di tempat kawan Adam itu. Dalam masa yang singkat, dia dapat menyesuaikan diri berdikari di negeri itu.

       “ So far okay. Duduk kat Johor tu boleh tahanlah. Alhamdulillah. Bos pun baik. Sekarang ni Aila tengah study untuk buat rekaan terbaru. Mungkin lagi dua minggu, bos kata nak hantar Aila pergi kursus. Sebab bos kata Aila ada bakat. Tapi tengok dululah pada rezeki kan.” Jawabnya.

       “ Baguslah kalau macam tu. Lega Isya dengar.”

       “ Hmm, rindu nak duduk macam ni dengan Isya. Kalau masa kecik-kecik dulu kita selalu lepak, sambil tu berborak-borak kan. Sekarang ni nampaknya makin jaranglah dapat buat macam ni. Aila dah duduk jauh.” Luah Suhaila.

       “ Alah Aila ni. Bukan jauh mana pun lah. Still lagi dalam Malaysia kan. Buat cerita sedih pula. Sekarang ni zaman modenlah Aila. Apa guna ada internet,3g, skype semua tu.” Usik Arisya. Tergelak Suhaila dibuatnya.

       “ Macam mana Isya dengan Adam? Dia layan Isya okay tak?” Tanya Suhaila pula.

       “ Okay je. Dia layan macam biasa. Alhamdulillah Isya bahagia sangat sekarang ni Aila. Mungkin nilah hikmah yang tuhan nak tunjukkan pada Isya atas apa yang dah berlaku selama ni. Tapi…” Ada nada sedih di hujung ayatnya. Suhaila bertentang mata dengan adiknya itu.

       “ Kenapa ni Isya?” Tanyanya prihatin.

      “ Sampai sekarang Isya tak boleh lupa apa yang Adam pernah cakap kat Isya. Pernah sekali tu, tak habis-habis dia asyik cakap, sebelum dia tutup mata nanti, dia harap sempat tengok anak ni dilahirkan. Walaupun mungkin apa yang dia katakan tu gurau, tapi betul-betul buat Isya rasa sedih.” Luahnya. Suhaila yang mendengar rasa pelik dengan perubahan sikap Adam.

        “ La, kenapa dia boleh cakap macam tu. Ish Adam ni. Hmm, takpelah Isya, jangan fikir sangatlah hal tu. Tak elok. Lagi pun soal hidup mati ni kan tuhan yang tentukan. Isya juga selalu nasihatkan kat Aila macam tu kan. Mungkin Adam tak sedar apa yang dia cakapkan tu. Dahlah ek, tak mahu dah fikir benda macam tu lagi. Sekarang ni kalau boleh Aila nak Isya happy. Senyum sikit.” Arahnya sambil memegang kedua-dua belah pipi Arisya. Sedikit sebanyak perlakuan dari Suhaila membuatkan Arisya berasa senang. Dia suka Suhaila yang sekarang. Dan dia berharap, Suhaila tidak akan kembali menjadi Suhaila yang dulu.




                      ***************************************************




    Berserabut kepala Iqram dibuatnya bila menghadap dokumen dan fail yang berlambak itu. Demi permintaan papanya, dia turutkan sahaja kehendak lelaki tua itu untuk memahami selok belok perniagaan hotel yang Tan Sri Arshad mahu dia uruskan. Kepalanya mula berdenyut apabila sudah hampir tiga jam diluangkan masanya menelaah semua perkara tersebut.

     Ketika itu adiknya, Lisa masuk ke bilik pejabat abangnya. Tersenyum dia melihat wajah abangnya berkerut itu. Dia mengambil tempat duduk berhadapan dengan lelaki itu. Iqram mendongak memandang adiknya yang tiba-tiba sudah berada di depannya.

       “ Hello cik adik. Takde salam ke? Tiba-tiba muncul ni apahal?” Katanya. Lisa tersengih.

       “ Cik abang wei, orang dah bagi salam banyak kali dah. Orang tu je yang sibuk sangat sampaikan tak sedar. Ni apahal ni? Berkerut muka tu? Buruk benor rupanya.” Usik Lisa. Iqram menutup fail yang dipegangnya dan diletakkan di atas meja sambil melepaskan keluhan yang cukup berat.

       “ Peninglah dik abang nak menghadap semua ni. Lagi pun abang dah biasa dengan kerja lama abang dulu. Jauh beza kerja sekarang dengan dulu. Hmm…”

        “ Dah tu, kenapa abang berhenti? Bukan papa dulu setuju ke dengan pilihan abang nak kerja kat syarikat yang abang pilih dulu.” Soal Lisa.

        “ Hmm, macam mana abang nak cakap ye. Abang pun kalau ikutkan hati tak mahu warisi perniaagaan papa ni. Sebab abang rasa adik pun boleh handle. Tapi papa macam berharap sangat nak abang ambil alih jawatan ni dari dia. Papa tu macam ada something yang dia sorokkan dari kita. Sebab tu abang setuju. Lagi satu, mungkin dengan cara ni abang boleh tahu apa sebenarnya yang papa nak.”

          “ Papa sorokkan sesuatu? Maksud abang?”

          “ Abang pun tak pasti dik, tapi dari cara papa merayu pada abang masa tu lain macam. Dia betul-betul mengharap abang ambil alih jawatan dia. Macam ada benda yang dia risaukan. Sebab tu abang nak siasat.” Kata Iqram lagi. Lisa diam memikirkan kata dari abangnya itu. Patutlah sejak minggu lepas, bila abangnya membuat keputusan untuk bekerja di hotel tersebut secara tiba-tiba, dia rasa pelik. Rupanya abangnya buat semua itu bersebab.

          “ Entah-entah papa tu risau tak bang. Yela, dia risau perempuan tu ambil semua harta dia. Sebab tu dia serah kat abang.” Adiknya membuat andaian. Iqram terdiam. Dia tak mahu menegah sangkaan adiknya, kerana dia juga ada memikirkan perkara yang sama.

         “ Entahlah dik, abang tak tahu. Dik, pasal hal ni, abang nak adik rahsiakan ye. Abang nak siasat apa yang dah berlaku. Papa tak tahu abang buat kerja siasat-siasat ni. Ni rahsia kita berdua tau.” Iqram menyatakan harapannya. Lisa segera mengangguk.

         “ Don’t worry bang. Lisa akan tolong.” Kata adiknya dengan penuh semangat.

         “ Ha, terlupa pula abang. Yang adik masuk sini nak apa sebenarnya ni?”

         “ Heee, ni ha, nak bagi abang fail kewangan untuk bulan ni. Saja nak bincang dengan abang. Tapi tengok big bos kita ni pun dah macam ni, serabut bukan main. Takpelah. Lain kali jelah. Adik keluar dulu ye..” Kata adiknya. Baru dia mahu melangkah ke pintu, Iqram memanggilnya semula.

         “ Dik, sejak kebelakangan ni, ada apa-apa yang berubah tak?” Tanya Iqram secara tiba-tiba.

         “ Berubah? Hmm, maksud abang dari segi apa?”

         “ Tak kisahlah dari segi apa pun, kewangan ke? Cara pengurusan hotel ni?” Tanya abangnya lagi. Lisa memikirkan hal itu sejenak.

         “ So far takdelah bang. Semuanya berjalan dengan lancar. Kalau ada masalah pun, takdelah besar mana pun. Tapi takpe bang, nanti adik tengok balik okay. Kot kot ada benda yang adik terlepas pandang. Kalau ada apa-apa nanti, adik inform kat abang.” Ujarnya dan berlalu pergi.

     Semasa Lisa berjalan keluar dari bilik pejabat abangnya, ketika itu juga dia bertembung ibu tirinya, Fasha. Fasha berjalan tanpa sedikit pun mahu menghadap wajah gadis di depannya. Sengaja dia berlaga bahu dengan Lisa. Tersentak Lisa dibuatnya.

         “ Woi, buta ke?” Perli Lisa dengan nada geram. Dia tahu, Fasha sengaja cari nahas.

         “ La, dah kau lalu kat sini kenapa? Salah kau lah. Aku pula yang kau marah.” Sengaja Fasha berkata begitu.

    Sebenarnya dia masih lagi sakit hati dengan apa yang sudah berlaku sejak seminggu  yang lalu. Suaminya, Tan Sri Arshad yang meletak jawatan secara tiba-tiba dan menyerahkan jawatan sebagai pengarah hotel kepada anak lelakinya memang membuatkan dia rasa terkejut yang amat. Tanpa berbincang dengannya dahulu, suaminya membuat keputusan secara senyap-senyap itu memang membuatkan dia marah. Sengaja dia mahu melepaskan tekanannya pada anak perempuan Tan Sri Arshad itu.

          “ Kau memang sengaja kan. Kau kalau tak muncul dalam hidup keluarga aku lagi baguslah. Entah apa yang kau dah guna kat papa aku sampai papa aku boleh kahwin dengan orang macam ni? Kurang ajar betul.”

          “ La, kau masih tak puas hati lagi ke? Tsk tsk…kesiannya. Kenapa? Jelous dengan pilihan papa kau? Nasib kau lah dapat mak tiri cantik macam aku ni.” Perlinya.

    Lisa menggenggam penumbuknya dengan erat. Dia mahu marah wanita itu, namun ketika itu terdetik sesuatu di fikirannya. Dengan tenang, dia mula senyum. Fasha yang melihat perubahan anak tirinya itu mula terdiam.

          “ Kau apahal tiba-tiba senyum ni? Gila?” Usik Fasha lagi.

          “ Hmm, aku tahu kenapa kau jadi macam ni. Kau tak puas hati kan?” Lisa mula mencucuk jarum. Fasha mengerutkan dahinya.

          “ Apa yang kau merepek ni?”

          “ Yela, kau fikir kalau abang aku tak kerja sini, bolehlah kau ambil alih perniaagaan papa aku ni kan. Tapi apa boleh buat, papa aku tu lebih bijak dari kau. Dia serahkan semua tanggungjawab dia bulat-bulat pada anak sulung dia. Hmm…kau tak puas hati pasal hal tu kan? Nasib kau lah Fasha. Jangan harap kau dapat tumpang senang dengan taktik kotor kau tu.” Balas Lisa pula. Fasha merengus marah. Ketika itu Lisa datang hampir padanya dan membisikkan sesuatu di telingan wanita itu.

          “ Kau ingat amaran aku ni ye, kalau kau cuba buat sesuatu pada keluarga aku, pada harta milik family aku, aku takkan teragak-agak ambil tindakan yang lebih jauh berat dari apa yang kau jangka. Kau jangan ingat bila kau dah sah jadi bini papa aku, kau boleh senang selamanya. Sampai kau mati pun, aku dengan abang aku takkan terima kau. Ingat tu.” Bisiknya dengan nada berbau amaran.

    Buntang mata Fasha mendengarnya. Dia mahu membalas kata bisikan itu, namun Lisa lebih pantas bergerak dan berlalu dari situ dengan senyuman yang penuh makna.




               
            ***********************************************************



        “ Aik? Bukan main lama shopping satu plastik je barangnya?” Tanya Adam. Arisya duduk di sebelah suaminya sambil melepaskan penat.

        “ Aila lah yang beriya cari barang. Isya teman je bang. Saja nak luangkan masa dengan dia sebelum dia balik kampung. Abang balik awal pula hari ni. Kata keluar dengan Syafiq.”

        “ Borak je pun. Lepak kat kedai mamak. Dah takde benda, baliklah. Amacam, penat berjalan?” Tanya Adam prihatin. Arisya mengangguk manja. Kedua-dua belah kaki Arisya Adam angkat dan diletakkan di atas pehanya. Terkelu Arisya dibuatnya. Tanpa sempat Arisya berkata, suaminya mula mengurut kaki isterinya.

         “ Hmm, pandai abang urut. Sedap je rasa.” Puji Arisya. Adam tersengih.

         “ Tulah ayang tak tahu. Abang ni ada kuasa tau. Kuasa hikmat mengurut. Hohoho…” Balasnya dengan usikan. Tergelak Arisya dengan usikan Adam.

         “ Umi mana bang?”

         “ Owh, tadi kak long datang. Dia bawa umi pergi rumah dia. Boboylah rindukan sangat dengan nenek dia tu. Nampaknya malam ni ada chance kita berdua berdating.”

         “ Hamboi bang, dating mendenya.”

         “ Yela, dapatlah abang bermanja dengan ayang puas-puas kalau umi takde. Kalau umi ada, seganlah abang nak manja dengan ayang depan umi. Nanti umi mesti asyik perli abang.”

         “ Mana taknya. Dah sikap manja abang tu tak berubah. Dengan umi manja, dengan ayang pun manja. Dah tu bila boboy dekat kitorang berdua, abang jelous. Dengan budak kecik tu pun abang boleh cemburu. Sebab tu abang asyik kena usik dengan umi.” Kata Arisya. Memang betul pun apa yang dimaksudkannya itu. Perangai manja Adam memang sukar diubah. Walaupun diluar dia nampak tegas dan garang, tapi bila di rumah, lelaki itu cukup manja dengan ibunya dan juga dengan isterinya.

          “ Alah, laki siapa juga? Laki ayang kan?”

          “ Yela abangku sayang. Bertuah Isya dapat suami macam abang. Penyayang, manja, caring…” Puji Arisya ikhlas. Makin lebar sengihan di bibir suaminya.

          “ Abang nak makan apa malam ni? Isya masak.”

          “ Tak payahlah sayang. Awak tu dah lah penat. Kita makan kat luar je ye.”

          “ Betul ni?”

          “ Betul…ayang pergi mandi dulu okay. Nanti kita jemaah maghrib sama-sama. Dah siap semua, kita gerak keluar cari restoran.” Arah suaminya.

    Tanpa banyak kata, Arisya menurut. Sebelum dia berlalu ke bilik, sempat dia menghadiahkan ciuman di pipi suaminya. Itulah rutin harian dia setiap hari. Tersenyum Adam menerima hadiah dari isterinya itu. Bahagia je rasa. Ni belum lagi lahir anak sulung dia. Kalau dah ada baby depan mata nanti, macam mana lah pula gaya hidup dia nanti. Sukar dia gambarkan, namun dia tetap tidak mampu menanggung sabar menerima kehadiran orang baru dalam hidupnya yang sudah berbulan-bulan dinantinya itu.


         
             ********************************************************




   Selera sungguh Arisya makan pada malam itu. Mungkin disebabkan penat berjalan seharian membuatkan dia lapar yang amat. Senyum je Adam bila melihat isterinya makan. Suka dia tengok Arisya berselera pada malam ini. Dia sedar, walaupun tubuh isterinya itu kecil, namun berat isterinya mula naik. Tapi dia tidak kisah, malah dia rasakan sepanjang Arisya hamil, makin comel dan berseri pula dia tengok. Elok dia sambung makan, ketika itu dia ternampak seseorang yang dikenalinya dari jauh.

       “ Eh, Iqram…” Adam tersedar bila dia terlihat kelibat Iqram bersama seorang wanita muda disampingnya. Iqram menoleh bila namanya dipanggil.

       “ La, Adam, Isya…makan sini ke? Tak sangka jumpa kat sini.” Tegur Iqram. Dia bersalaman dengan lelaki itu. Walaupun masih ada ruang kekok antara dia dengan Iqram, Arisya cuba menghadiahkan senyuman padanya.

        “ Isya, lama tak jumpa.” Tegur wanita disebelah Iqram. Isya bangkit dari duduk dan berpelukan dengan wanita tersebut.

         “ Kak lisa…” Panggilnya. Lisa memeluk erat Arisya. Walaupun gadis itu tidak jadi kakak iparnya seperti mana yang dia harapkan, namun dia tetap mengerti dan faham dengan kehendak gadis itu.

          “ Siapa tu Iqram? Awek?” Tanya Adam bila melihat isterinya bukan main mesra dengan wanita muda tersebut.

          “ Ni adik saya Adam. Lisa namanya.” Balas Iqram. Sambil tu matanya tak lepas memandang ke arah Arisya. Agak terkejut juga dia melihat perut Arisya yang besar itu. Di dalam hatinya terselit rasa sedih dan kecewa. Kalaulah dulu Arisya yang menjadi bininya, pasti dia akan bahagia sekarang. Namun separuh dari itu dia cuba menerima kenyataan bahawa itulah hakikat yang sebenarnya. Semua itu tidak boleh diundur. Dia cuba gagah untuk menepis rasa hatinya. Kini Arisya bahagia di samping Adam, dan itulah yang harus dia sokong. Asalkan Arisya bahagia itu sudah cukup.

          “ Hmm, tak lama lagi dapat orang barulah ni. Tak sabarnya nak tengok baby ni lahir. Mesti comel macam Isya kan.” Puji Lisa. Arisya ketawa mendengarnya.

          “ Mana adalah kak lisa ni. Ha, akak makan sini ke? Marilah join kami. Iqram, marilah makan sama.” Ajak Arisya. Adam juga menjemput mereka berdua untuk turut serta. Iqram dan adiknya saling berpandangan.

           “ Takpelah Isya. Iqram dengan Lisa dah habis makan dah pun. Nak balik dah ni.” Balas Iqram dengan segera.

           “ La, yeke? Takpelah. Kalau macam tu, nanti bila ada masa kita kumpullah makan sama-sama.” Cadang Adam.

           “ Ha, bagus juga tu kan bang. Nanti kita carilah tarikh yang sesuai untuk jumpa diorang.” Kata Lisa yang setuju dengan cadangan dari Adam. Iqram hanya mengangguk dengan permintaan adiknya itu.

            “ Baiklah, kami terpaksa gerak dulu Adam, esok kena kerja awal. Pergi dulu ye Isya. Take care.” Pesan Iqram sebelum berlalu pergi bersama dengan Lisa. Adam dan Arisya hanya menghantar pemergian mereka berdua dengan pandangan mata.

            “ Ha, terlupa pula abang nak bagitahu ayang. Tahu tak, Iqram tu dah berhenti kerja.” Beritahu Adam. Arisya yang baru mahu menyambung suapanya terhenti.

             “ Yeke bang? Mana abang tahu?”

             “ Kan dulu abang ada kerjasama dengan company tempat Iqram kerja tu. Dua minggu lepas abang pergi syarikat sana, abang jumpa dia nak bincang pasal projek selanjutnya, tapi dia bagitahu abang, dia serahkan hal tu pada pembantu dia. Bila abang tanya kenapa, rupa-rupanya dia nak berhenti. Katanya nanti dia kerja kat tempat ayah dia.” Beritahu Adam pada isterinya itu. Arisya yang mendengar hanya menganggukkan kepala tanda faham. Apa nak dihairankan, dia juga tahu bahawa keluarga Iqram ni memang kaya. Jadi tidak peliklah kalau Iqram ambil alih perniagaan bapanya.

         Dalam kereta, Iqram memandu dengan tenang. Lisa senyap-senyap pandang abangnya itu. Iqram perasan akan tindakan dari adiknya. Sengaja dia berdehem dengan kuat.

            “ Kenapa pandang abang macam tu?” Soal Iqram.

            “ Kenapa tadi abang cakap kat diorang yang kita dah habis makan? Sedangkan kita berdua baru je sampai sana tadi kan. Kenapa tak join je makan sama? Ke abang masih lagi rasa sayang pada Isya?” Soalan yang keluar dari bibir Lisa itu Iqram tidak jawab. Dia diam sahaja.

            ‘ Ye dik, tipu kalau abang kata abang boleh lupakan Isya. Abang cuba dik. Tapi bila Isya ada depan mata abang, hati abang tak boleh terima dik. Sakit hati ni. Sekuat mana pun abang cuba, susah . Abang usaha nak jauhkan diri dari Isya dik. Abang cuba! Tapi takdir sering pertemukan abang dengan dia. Dan itu yang buat abang sakit. Sakit sangat dik, sakit tahu tak!’ Jeritnya di dalam hati. Dia mahu luahkan semua itu pada adiknya, namun bibirnya tak mampu luahkan kata-kata itu.

    Lisa yang melihat abangnya senyap sahaja tanpa menjawab soalannya, mula memandang ke luar. Dia tahu luka di hati abangnya masih ada. Mungkin sebab itu abangnya segera menolak pelawaan dari Adam dan Arisya tadi. Dalam diam, dia harapkan abangnya boleh melupakan Arisya dan segera berjumpa dengan wanita yang betul-betul boleh bahagiakan lelaki itu. Dia mahu abangnya bahagia. Itu sahaja harapannya.


   
     



*Wink2, sambungan episode nilai kasihmu. Maaf  lama sangat tak update novel ni. Sebabnya banyak sangat idea bercanggah macam mana nak sambung idea untuk novel ni. Sebab tu ambil masa lama.hehe. Maaf  ye readers semua. Kepada Ruunna Qizbal, sori tau dik akak lame x update kisah ni..hehe. Jemput baca k…Thankz sebab support cerita ni. Enjoy baca. Insyaallah cerita ni tetap akan bersambung. Sahara takkan buat novel tu tergantung macam tu je. Setiap novel pasti ada sambungan. Jangan risau. Apa2 pun semoga hari2 korang yg akan datang, akan ceria selalu mengikut kehendakNYA =)