cinta is l0ve...bab 4


.


bab 4



   
   Suasana di rumahnya pada malam itu cukup meriah dengan kehadiran Pak long sekeluarga. Hubungan keluarga mereka dengan pak long memang rapat. Pak long merupakan abang kepada ibunya. Sebab itulah mereka sering bertandang ke rumahnya untuk makan bersama.Dan juga seperti biasa,Pak longnya itu tak habis-habis menyakat mahu mencarikan calon isteri dan juga suami untuk sheera dan syafiq.  

  'aduh..pak long ni. Takde topik lain ke nak cakap. Balik-balik pasal hal ni..'

  Sheera tersenyum apabila sepupunya,eyqa memandang wajahnya. Mereka berdua dah agak dah,pasti topik ni yang dicakapkan oleh bapa saudaranya.

  "ala pak long,tak payah susah-susahla nak carikan untuk along. Along ni kan hensem, baik, sopan santun.Confirm ramai perempuan kat luar sana yang tergila-gilakan lelaki idaman malaya ni." 


  Alongnya mula menepuk dada dan  berlakon seolah-olah dialah lelaki pujaan wanita. Sheera dengan eyqa ape lagi,mula buat aksi macam orang nak muntah. Loya mendengarnya...yang lain-lain dah ketawa melihat telatah Syafiq.


   "eii,perasanla Along ni!!"

   "eleh,kau tu jeles."

  'Apelah nasib aku dapat abang yang terover perasan ni, kadang-kadang aku terfikir juga mungkin mama dengan papa kutip along ni masa kecil dulu kat tepi jalan agaknya..sifat perasan dia dah makin parah tu.hehe...ishh aku ni,ada ke patut fikir macam tu!!'

   Sheera menggelengkan kepalanya ,tak mahu susah-susah fikir pasal abangnya .Segera dia menolong ibunya mengemas meja dan mengangkat pinggan mangkuk ke sinki untuk dicuci. Sambil cuci pinggan dia terfikir akan perkara petang tadi.

   <kau free tak besok?>mesej dari farish.(nama dalam handset dia letak mamat 3 suku)


   <free..knp?>balas sheera dengan agak ragu-ragu.


   <esok kul 9pg aku jemput kau kat rumah. Ada hal penting ni.>


   <awak tahu ke rumah saya kat mana?pe yg penting sgt?>


   <adelah,jgn byk tanya boleh tak..sibuk je!=p>


 'ee..mamat ni,kurang asam betul! dia kata aku ni penyibuk. Kau tu yang buat aku sibuk!!' terus dicampakkan telefon bimbitnya itu di atas katil. Geram punya pasal. 


   'tapi apa yang penting sangat ye?mamat ni pun satu,suka buat aku macam ni.'






  Eyqa masuk ke dapur ingin membantu sheera tapi apa yang dia nampak dari tadi minah bukan basuh pinggan,tapi ditoyohnye pinggan tu. 


   'apa kena sepupu aku ni??Kacau best ni.hehe.' Eyqa dah memulakan langkahnya. 

   "hah!!termenung ye..!!"

   "oii nenek kau pergi nek kapal" tergelak eyqa melihat sheera yang melatah itu. Tak pernah budak ni melatah,ni tiba-tiba pula.


   "Kau ni kenapa sheera?dari tadi lagi aku tengok kau toyoh-toyoh pinggan ni,basuhnya tak juga.Ke kau geram dengan ayah aku pasal hal carikan jodoh tadi tu?"


   "Bukan pasal tu.Aku tahu ayah kau tu gurau je...ni masalah aku dengan bos aku.Aku tengah geram ngan bos aku tu. Entah ribut apa yang datang tiba-tiba je dia nak ajak aku keluar esok."


   "La,okla tu. Dia nak ajak kau date tu...pergi jela."  eyqa mengambil pinggan dari tangan sepupunya itu dan mula mencucinya. Sheera disuruhnya duduk di tepi. Karang kalau bagi dia basuh kang mahu pecah pinggan mangkuk kat rumah ni.


   "Banyakla kau date...aku dengan dia dah macam anjing ngan kucing kau tau. Dia selalu cari pasal ngan aku."


   "kau memang!..mana je kau pergi mesti ada orang nak cari gaduh ngan kau. Aku pun peliklah dengan kau ni. Apa masalah kau sebenarnya ni?" 


  Memang betul apa yang dikatakan eyqa. Selama dia kenal sepupunya, mana je sepupunya pergi mesti ada je orang nak cari gaduh dengan dia. Macam kat sekolah menengah dengan kolej dulu, ramai yang suka mencari masalah dengannya. Mungkin disebabkan perangai gila-gila sheera yang menyebabkan orang mahu bergaduh dengannya. Tapi yang peliknya,yang suka cari gaduh tu semua lelaki pula tu, yang perempuan lansung takde masalah dengan dia. Agaknya sebab sheera ni nampak comel bila marah,mungkin sebab itulah lelaki suka cari pasal dengan dia. Eyqa tersenyum apabila memikirkan hal tersebut.
    
   "wei,yang kau sengih sorang-sorang ni apa hal?aku tengah serius ni.."


   "la..aku sengih pun salah. Kau pergi jelah esok, bukan dia ajak kau kahwin pun."  sheera mencubit pipi sepupunya itu kerana geram dengan respon yang diberi. 


   "aduh..sakitlah sengal!! Kau ni,habisla pipi aku yang cantik ni. Cian zidan nanti,tak pasal-pasal nanti dia dapat bakal bini pelik. Mana taknya,kau asyik tarik pipi aku sebelah ni,karang sebelah ni dah mengeleber,sebelah lagi ni ok je. Tak patutla kau ni,cian aku.." 


  Sheera tersenyum melihat sepupunya itu menggosok pipinya yang merah itu akibat cubitannya tadi. Dia ni kalau nak protect diri tu,mesti nama bakal suami dia si zidan tu jugak yang jadi modalnya.Itu la...kenakan aku lagi.


   "ke kau takut mama kau tak bagi keluar esok?"


   "mama aku lagi suka ade la...tadi aku bagitahu mama aku esok bos aku ajak keluar,bukan main senyum dia tadi. Kau tahu jelah mama aku tu." 


  Eyqa tersenyum mendengar penjelasan dari sheera. Dia tahu apa yang sheera yang maksudkan itu. Pn.Faridah tu suka sangat kalau ada lelaki yang mahu mendekati anaknya itu, dah sah-sah sangat tak sabar nak dapat menantu.


   "Apa hal tiba-tiba bos kau nak ajak kau keluar esok?dia tak bagitahu kau ke?"


   "tak..dia kata ada hal penting."


   "erm..kalau dia kata ada hal penting, pentinglah tu. Kau pergi je.."


   "erm...yela. Entah apa yang pentingnya.."




              ********************************************************************************


  
 "Ini awak kata penting?!"


  Farish menolak trolinya ke arah bahagian sayur-sayuran. Sheera mengambil sayur bayam dan meletakkan ke dalam troli dengan agak kasar.


  "wei,letak elok-elokla.Rosak sayur tu nanti."


  "Biarkan rosak, saya geramlah dengan awak ni. Kata ada hal penting sangat. Awak tahu tak awak dah menganggu hari untuk saya berehat."  


  Sheera dah mula naik geram bila tengok farish masih memandangnya dengan muka tak bersalah. Lagipun sheera ni kalau kat luar pejabat memang dah takde panggil bos dah. Itu pun atas permintaan farish dari mula dia bekerja dulu. Farish memang pantang kalau pekerjanya memangilnya bos di luar kawasan atau luar waktu bekerja. Katanya,hanya di pejabat sahaja dia perlu dipanggil bos. Sebab itu ramai pekerjanya suka dengan perangainya yang low profile.


   "Awak dengar tak apa yang saya cakap tadi ni farish??" Sheera da mula memetik jarinya di depan farish.


   "Aku dengarlah. Telinga aku ni berfungsi dengan elok lagi. Bagi aku ni hal pentinglah ni. Pembantu rumah aku cuti hari ni,kebetulan barang dapur habis. Mak aku suruhla aku pergi shopping barang dapur. Tu yang aku ajak kau tu,aku bukannya tahu sangat bab-bab cari sayur apa semua ni. Kau kan perempuan, mestilah kau tau." Bengang je sheera mendengarnya. Huh,buat masa ni sabar jela.


  "hmm...apa lagi mak awak suruh beli?" dia melihat ke arah pelbagai jenis sayuran di depannya. Setelah agak lama pertanyaan dia tidak dibalas dia pusing ke belakang.


  'la..dari tadi aku cakap sorang-sorang.Kurang asam betul farish ni.Dia biarkan aku kat sini cakap macam orang gila. Memang nak kena mamat ni.'


  Farish selamba je jalan menolak troli itu ke arah bahagian buah-buahan. Masa tu dia terdengar jeritan sheera yang memanggilnya dari belakang. 


  'macam mak cik minah ni' tersenyum dia memikirkan telatah sheera.


   
                 ********************************************************************************


 'la..mana pula mamat ni nak bawak aku ni?' sheera memandang sisi kanannya. Farish muka selamba je memandu kereta.


 "err..Farish,awak tak lupa kan mana rumah saya?" tanya sheera meminta kepastian. Farish diam. Langsung tak layan sheera kat sebelah.


  'eh mamat ni. Aku tanya dia buat tak tahu je? kalaulah ni kereta aku dah lama aku tendang dia keluar,nasib baik ni kereta kau,sabar jela.' rungutnya di dalam hati.


 Tak lama kemudian, mereka sampai di perkarangan depan sebuah rumah besar yang seakan-akan villa.


  'fuyyo...besarnya rumah!!tapi rumah siapa ni?...' sheera dah mula kagum melihat kebesaran dan kecantikan rumah tersebut. Tanpa dia sedari farish dah keluar dari kereta dan mengambil barang yang dibeli tadi dari bonet keretanya.


  "oii singa!!keluarlah...takkan aku nak bukak pintu kereta tu baru nak keluar.." Sheera dah mencebik.


  'ade ke patut panggil aku singa,kau tu mamat tiga suku!!'


 Sheera mengikut langkah farish menuju ke arah pintu utama rumah itu. Kat pintu tu,berdiri seorang wanita yang agak-agak sebaya ibu sheera.


  'lawanya..mak farish ke ni?' Pujinya di dalam hati melihat keanggunan wanita di hadapannya.


  Dia bersalaman dan mencium tangan wanita itu tanda hormat. Farish dah masuk dalam menuju ke dapur untuk meletak barang yang dibeli tadi kemudian menuju ke tingkat atas. Mungkin ke biliknya.


  "Ni mesti sheera kan..sorryla kalau anak auntie ni menyusahkan. Auntie ni tak berapa sihat hari ni,tu yang suruh si farish belikan barang dapur tu."


  Dia memandang sheera sambil tersenyum. Comel budak ni,sedap je mata memandang. Patutla semalam bila dia suruh farish belikan barang dapur untuk bulan ni esok,anaknya itu terus setuju. Selalunya bukan main liat lagi bila disuruh. Rupa-rupanya ini sebabnya..


   "eh,mana ada puan sri. Tak menyusahkan pun.Lagipun dia kan bos saya, apa salahnya pekerja bantu bos kan.." itu kata dia,tapi dalam hatinya berkata,
  'memang menyusahkan!!dahla dia buat aku macam orang gila kat market tadi.' 


   "La..sheera tak payah panggil puan sri,panggil auntie je. Lagi satu kat luar sheera bukan pekerja tau,kat luar sheera tetamu auntie. Sheera dudukla kat sini dulu,auntie pergi masak dulu nanti kita makan tengahari sama-sama." 


   "Eh,tak payah susah-susah puan sri,eh..i mean auntie."


   "tak susahlah,duduk dulu ye.."


   "er,kalau auntie tak keberatan biar saya tolong auntie masak sekali boleh. Seganla saya kalau datang kat sini tak buat apa-apa." 


  Puan sri mariam mengangguk tanda setuju dengan pelawaan sheera itu sambil tersenyum. Dari atas, farish memandang ibunya dan sheera berjalan seiringan menuju ke arah dapur. Dia turut tersenyum apabila nampak senyuman manis dan gelak ketawa dari bibir ibunya. 


   Farish turun menuju ke arah dapur dengan niat mahu membantu ibunya, tetapi langkahnya terhenti di pintu dapur apabila melihat sheera dengan ibunya seronok menyediakan masakan tengahari. Dia tidak jadi mahu menolong, bukan malas tapi dia tidak mahu mengganggu keseronokan mereka berdua.


   Setelah mereka bertiga menjamu selera, sheera membantu puan mariam membersihkan meja makan dan pinggan mangkuk. Farish dah awal-awal cabut lari ke ruang tamu (kes malas nak tolong). Siap landing baik punya kat sofa tu sambil menonton television.


  Setelah dia siap bantu mengemas apa yang patut, dia menghampiri puan mariam yang ketika itu mahu memotong buah untuk dijadikan pencuci mulut. Sheera mengambil pisau di sebelah sinki dan kemudian duduk di sebelah puan mariam. Dia mengambil buah di dalam plastik dan mengupas kulit epal tersebut sebelum memotongnya.


  " Sheera dah ada boyfriend ke?"  huh,soalan cepumas tu!


  "Takdela auntie, saya ni siapalah yang nak." Sheera malu-malu menjawabnya.


  " Mesti ada yang nak tu. Sheera ni auntie tengok lawa je,sopan santun pula tu, mesti ramai lelaki minat ni.." Puan sri dah mula memuji gadis di hadapannya.


   Sheera dah naik segan dipuji sebegitu. Tersenyum-senyum dia. Dan pada masa yang sama juga terdengar batukan kecil di depan tv itu. Sheera dah mula jeling farish. Farish dah mula tepuk-tepuk dadanya (berlakon konon-konon tersedak). Mana taknya, mama dia puji sheera tu sopan!...


   "Eh sheera, jari tu..." segera sheera memandang jarinya dan....


   "arghhhh!!!!!......."


          *********************************************************************************




   "duduk diamlah mak cik!..luka kecik je, menjerit macam nak roboh rumah ni." 
  
    'dia panggil aku mak cik, tadi singa..sekarang mak cik pula. 0it farish, aku ada nama la!' omelnya di dalam hati.


   Farish menarik tangan sheera dekat dengannya untuk membalut luka di jari itu. Sheera pula boleh main tarik-tarik tangan, takut sakit kena ubat punya pasal. Lagi satu sebab malu...yela,first time bos pegang tangan dia. Masa ni lah terasa jantungnya berdegup dengan laju.(Kalah bunyi lagu irama dangdut).


   "Ala,bukannya sengaja pun. Lagi pun tadi tu menjerit sebab reaksi spontan." Sheera dah mula bina ayat cover malu. Dia sendiri pun terkejut dengan reaksi dirinya tadi.
    
   Masa sheera menjerit tadi, bukan main laju farish ni berlari ke arah sheera dan memegang tangannya. Lalu cepat je dia pergi ambil kotak first aid kit di kabinet dapur dan segera mencuci luka di jari sheera.Dari jauh puan sri mariam melihat anaknya membalut luka sheera sambil bibirnya mengukir senyuman.
   
   


  








     

  1. nak lg.. bestla...sopan tul si sheera 2...jht farish ni g panggil sheera singa..sheera xgrgla...hahahaha

  1. sempoi la cara awaka menulis...spontan..ccite mcm ni da byk kali baca...tp cara aak tu yang bikin cite ni lg menarik..hehe sy terlambat baca..

  1. Ni e-novel sulung yg sy karang, s0 byk kekurangannya. btw, thanz 4 reading and f0r ur c0mment=)