0
comments
cinta is l0ve bab 22
.
bab 22
“ Zaid, mana Encik Farish?” Natasha melepaskan sanggul di
rambutnya lalu duduk di depan zaid yang ketika itu sedang minum petang. Mereka
baru sahaja lepas dari perjumpaan dengan pengarah resort yang mereka sedang
duduki itu.
“ Entah, tak tahu. Maybe dia pergi call wife dia kot.”
“ Ha!..dia dah kahwin?”
Kenyataan dari Zaid agak mengejutkan. Sangkanya anak pemilik syarikat di tempat
dia bekerja masih lagi bujang.
“ La, kau tak tahu ke?”
“ Manalah aku nak tahu, aku kan baru je kerja kat company tu.” Zaid tersengih. Ada betul juga tu.
Terlupa pula dia.
“ Wife dia pun kerja kat situ.”
“ Owh, departmen mana?”
“ Secretary dia...yang paling tak boleh blah dia boleh pula umumkan
bakal bini dia tu masa jamuan akhir tahun lepas.”
“
Ye kew?? Uish, sweet pula aku dengar. Kan best kalau aku kat tempat bini dia.”
“ Ha, pe dia?? Aku tak dengarlah.” Tangan diangkat dan diletakkan di cuping telinga. Lagak
Zaid ketika itu seolah-olah mahu mendengar lagi apa yang baru dikatakan oleh
Natasha tadi.
“ Takde apa-apalah. Sibuk je!”
Terus dia bangun dari situ dan melangkah pergi. Zaid melihatnya sambil mencebik.
Macamlah dia tak dengar apa yang baru Natasha tadi.
Langkahnya diatur ke kolam renang. Petang
ni dia mahu berehat dan menikmati keindahan di situ sepuas-puasnya. Dia duduk
di bangku yang disediakan sambil memerhatikan orang lalu lalang. Matanya tertancap
pada susuk tubuh lelaki yang duduk jauh darinya, kelihatan lelaki itu sedang
sibuk berbual dengan telefon di telinga. Lepas bercakap, ketawa, lepas tu
sengih-sengih. Benarlah kata Zaid tadi, agaknya memang bosnya itu sedang
berbual dengan isteri sendiri. Dia memberikan pandangan tidak berapa suka
dengan keadaan tersebut. Terus dia bangun dari situ dan berlalu pergi masuk ke
biliknya. Meluat....itulah perasaan yang dia rasa semasa nampak Farish mesra
berbual di telefon.
********************************************************************************************
“
Macam mana kenduri tadi, ramai datang?”
“ Bolehlah...abang dah makan belum ni?”
“ Lunch dah, dinner je belum. Lagipun malam karang ada jamuan makan
malam kat resort ni. Kejap lagi abang makanlah. Camne dengan anip tu, ok tak
lepas bersunat tadi?”
Kedengaran Sheera ketawa kecil sebelum menjawab soalan dari Farish.
“
Terlebih okay bang, ni pun baru je dia nak keluar pergi main bola dengan
kawan-kawan dia. Tu pun umi dengan isya terpaksa halang. Degil betul budak
kecik tu.” Kali ni Farish pula ketawa mendengarnya.
“ Abang, ayang nak bagitahu something ni...”
“ Apa dia?”
“ Jasmin pun ada kat sini.”
“ Ha, jasmin??”
“ Jasmin, bini Raof.”
Tambahnya lagi.
“
Abang tahulah dia bini Raof, tapi apa yang dia buat kat situ?”
“ Hari tu kereta dia rosak, Isya
lah yang tolong dia. Dia stay sini untuk beberapa hari.”
“ Ayang okay tak ni? Nak abang gi
sana?”
“ Eh, abang ni. Tak payahlah nak
datang. Ingat terengganu tu dekat dengan perak ni? Jangan memandai ye. Lagi pun
ayang tak habis cerita lagi ni.”
“ La, tak habis lagi ke?? Berapa
panjang ceritanya ni?”
Saja dia mahu mengusik Sheera.
“ Adalah macam panjang bulu
ketiak abang tu.”
Usikan dibalas dengan gurauan. Farish tergelak mendengarnya.
“ Nak dengar tak ni?”
“ Yelah..abang dengarlah ni.”
“ Ayang dengan Jasmin dah
okay...”
“ Ha, pe dia? Kurang jelaslah.
Line tak clear...”
Farish membuat aksi mengorek telinga walaupun isterinya tak nampak apa yang
dibuatnya.
“ Ayang cabut telinga tu nanti
taulah! Maksud ayang tadi kitorang dah berbaik semula.”
“ Tapi camne lak tu??” Pelik...memang pelik. Bagaimanalah
agaknya setelah lama masing-masing bergaduh, akhirnya berbaik semula.
“ Nanti bila ayang dah balik nanti ayang cerita kat abang kay..”
“ Lorr...gitau jela.”
“ Nantilah, tak best ar gitau
dalam phone. Oklah bang, ayang nak tolong umi wi ni. Bye...assalamualaikum.” Belum sempat Farish nak cakap lagi,
talian dimatikan.
“ macam-macam...” dia berkata sambil tersenyum.
******************************************************************************************
“ Kelakar kan tengok anip tu
tadi. Patut lepas sunat rehatlah dulu,ni tak...boleh pula dia berlari ke sana
sini lagi.” Sheera
tergelak mendengarnya. Meriah rumah tu dengan gelagat budak lelaki yang cukup
degil itu.
“ Jasmin...” Gadis yang dipanggil itu menoleh.
“ Ye..”
“ kau tak nak telefon suami kau
bagitahu kau kat mana sekarang ni?”
“ Aku bagitahu ke tak bukannya
dia kisah. Selama ni masing-masing sibuk buat hal sendiri.” Satu keluhan keluar dari bibir Sheera.
Sungguh dia merasa kasihan dengan sahabatnya itu. Jasmin bangkit dari duduk dan
meminta diri untuk ke dapur. Tinggallah dia seorang diri duduk di beranda. Dia
terimbas kenangan malam semalam....
Malam jumaat...
“ Sheera, Jasmin mana?” umi wi bertanya sambil melihat ke
kanan dan kiri.
“ Entah...” Dia hanya mengangkat bahunya. Buat
apa dia perlu sibuk hal orang yang pernah buat khianat kat dia dulu. Malas dia
mahu ambil tahu.
“ Tolong cari dia nak...umi nak jumpa kejap.”
Dalam diam dia mengeluh. Kenapa perlu dia yang mencari Jasmin.
Nak tak nak dia tetap melangkah pergi.
Takkan dia mahu membantah pula, nanti apa pula kata Umi Wi. Dia menjenguk ke
dalam bilik, ruang tamu dan di beranda. Namun kelibat gadis itu tidak juga
kelihatan. Bila dia berdiri di halaman rumah, ternampak kelibat Jasmin yang
duduk di bangku bawah pohon yang rendang itu. Segera dihampirinya.
“ Jasmin, umi wi panggil masuk.” Sheera memberitahu secara mengejut. Agak tersentak
Jasmin dibuatnya.
“ Yelah...”
Itu je yang dijawabnya.
“
Sheera!!” Baru setengah langkah, namanya dilaung. Dia pusing balik
menghadap Jasmin.
“ Apa?”
“ Aku minta maaf...”
“ ha??”
“
Aku minta maaf..” Berkerut dahi Sheera mendengar kenyataan yang tak
disangka. Dia menghampiri Jasmin yang sedang menundukkan kepala. Sheera nampak
ada air halus yang mengalir di pipi gadis tersebut.
“ kau nangis jasmin??”
Jasmin menggeleng kecil sambil mengelap pipinya.
“
jangan nak tipu aku. Aku tahu kau nangis.” Terus dia duduk disebelah
Jasmin.
“
Aku banyak buat salah dengan kau. Aku minta maaf...” Sekali lagi ayat itu
diucapkan. Sheera mengeluh perlahan.
“
Aku dah lama maafkan kau Jasmin...” Kata-kata dari Sheera membuatkan Jasmin
mendongak dan memandangnya.”
“ tapi, kenapa?” Sheera
tetap menghadap ke depan. Dia perasan yang Jasmin masih lagi melihatnya.
“
Tak guna aku nak berdendam Jasmin. Lagipun aku rasa lagi aku berdendam lagi
buat aku sakit hati. Aku rasa dengan memaafkan seseorang itu adalah yang
terbaik. Memang aku akui susah untuk aku melupakan hal dulu. Tapi disebabkan
perkara lalu jugalah aku banyak belajar. Aku selalu berdoa Jasmin....aku berdoa
supaya kau dengan Raof akan bahagia. Tapi aku selalu berfikir, kalau aku jumpa
korang berdua balik, apalah agaknya perasaan aku masa tu. Boleh ke aku tabahkan
hati aku ni?boleh ke aku kuatkan diri ni? Boleh ke aku hadapi semua ni? Semua
persoalan tu tak lekang dari fikiran aku...Dan apa yang aku terfikir dulu
menjadi kenyataan. Dengan takdir tuhan akhirnya aku terjumpa dengan korang
dalam keadaan yang tidak dijangka.” Bertambah-tambah air yang mengalir di
pipi Jasmin. Sungguh dia terasa dengan apa yang diucapkan oleh Sheera.
“ Sheera...aku banyak berdosa dengan kau, sedangkan kau selama ni baik
dengan aku. Aku tak tahulah kenapa dulu aku jadi macam ni. Setiap kali aku
tengok orang sekeliling suka dengan kau, aku rasa meluat. Semua berkenaan
dengan kau, semua orang suka. Aku cemburu tengok orang sekeliling sukakan kau.
Bagi aku masa tu, aku yang patut dapat semua tu. Pemikiran aku dah dikuasai
oleh hasutan, aku terlalu mengikut perasaan. Mungkin sebab aku terlalu jelous
dengan kehidupan kau. Kau cantik,menarik, periang, baik....semua tu menyebabkan
kau disenangi semua orang. Tapi bukan tu je...” Sheera menoleh memandangnya.
“ Aku juga cemburu kau dapat Raof. Sebenarnya buat pertama kali aku
nampak Raof, aku dah sukakan dia. Tapi dia tak pernah ada perasaan kat aku.
Sebab tu lah aku perangkap dia supaya dia dapat kahwin dengan aku. Dia tak
bersalah Sheera, aku yang salah. Pasal gosip yang aku dengan dia ada skandal tu
aku yang reka, pasal kena tangkap basah tu aku yang plan. Daddy aku bengang
sangat masa tu, dia paksa Raof nikah dengan aku. Aku rasa puas masa tu dapat kenakan kau, aku
rasa puas tengok kau menderita dulu. Tapi...itu dulu. Lepas dah lama, balasan
dari tuhan datang menimpa aku berturut-turut. Aku rasa bersalah sangat
Sheera...”
Sheera memegang sebelah bahu Jasmin.
Kemudian dirapatkan badan Jasmin dengan dirinya. Sambil itu dia mengusap
belakang sahabatnya itu. Jasmin menangis sepuas-puasnya di bahu Sheera. Sungguh
Sheera tak sangka, hanya kerana cemburukan dia, Jasmin jadi macam tu.
“ Jasmin...dah lah tu, biarlah semua tu jadi
pengajaran. Bangkitlah dari semua tu, apa pun yang jadi aku harap sangat kita
boleh berkawan balik.” Bila je Sheera bercakap macam tu makin kuat dia
meraung, Sheera dah menggaru-garu kepalanya.
‘salah
ke aku cakap?’ Soalnya di dalam hati.
“ kenapalah kau ni baik sangat
Sheera??!”
“ La, salah ke aku baik??”
“ Memanglah kau tak salah...tapi aku ni yang makin rasa bersalah.” Tangisan makin reda. Sheera ketawa
mendengarnya. Baik salah, jahat pun salah...entah mana satu yang betul pun dia
tak tahu.
“ Dahlah tu, malu orang tengok nanti. Menangis cam budak kecik. Lap
hingus tu cepat. Kalah budak-budakla kau ni.” Jasmin menampar perlahan bahu Sheera
bila diusik. Lega dapat meluahkan semua
yang terbuku di hati. Bagaikan beban yang berat telah keluar dari dirinya.
“ Sheera...aku nak buat pengakuan lagi.”
“ la, dah macam kat mahkamah pula. Pe lagi?”
“ Masa jamuan tahun lepas, aku yang buat kau waiter tu tolak kau sampai
terjatuh.”
“ Aku tahu..”
“ ha?! Habis kau tak marah aku ke?”
“
Mula-mula memang nak marah, tapi sebab tu juga aku kena terima kasih kat
kau...” Jasmin mengerutkan dahi. Terima kasih sebab apa?? Sheera membiarkan
persoalan tu pada Jasmin. Kalau insiden kat majlis tu tak berlaku, takdenya dia
dapat kahwin dengan Farish. Terus dia bangun dan melangkah pergi sambil
tersenyum. Terpinga-pinga Jasmin dibuatnya.
“ Wei, tunggu aku!!” Dia
berlari anak mengejar Sheera. Dalam hatinya sudah bertekad mahu membina hidup
yang baru. Dia mahu berubah, dia juga terfikir untuk membaiki hubungan dengan
suaminya. Dia mahu merubah segalanya untuk yang terbaik.