0
comments
cinta is l0ve...bab 21
.
bab 21
Tangannya
dipegang kemas dari tadi lagi. Tidak ada tanda-tanda mahu dilepaskan. Sambil
berjalan mereka berbual mesra. Pegangan di tangannya dilepaskan apabila lelaki
itu perlu menolak troli dan dibawa ke dalam market. Satu persatu barang yang hendak
dibeli diletakkan di dalam troli.
“
Abang, kita beli ni nak?” Paket di tangan ditunjukkan. Farish hanya
mengangguk dan diambil paket itu kemudian diletakkan di dalam troli.
“ Abang, nak ni juga.”
“ Ishh, banyaknya yang...kat rumah tu kita berdua je, bukan ramai pun.”
“ Ala, takpe. Kita beli banyak-banyak nanti senang. Beli untuk satu
bulan. Nanti tak payah susah-susah beli lagi.” Dia memujuk suaminya sambil
tersenyum.
“ Yelah...letak dalam ni. Pandai je pujuk abang ye.” Tersegih dia apabila suaminya berkata
begitu. Dia perlu beli banyak barang untuk bekalan sebulan. Lagipun malam ni
dia mahu masak yang sedap-sedap untuk suaminya. Maklumlah, untuk pertama kali
hidup bersama, esok dia perlu berjauhan untuk beberapa hari dengan suaminya
kerana Farish perlu pergi ke Terengganu atas urusan kerja.
“ Abang, ayang nak gi sana jap.”
“ Hmm, pergilah. Nanti abang datang. Abang nak tengok kat bahagian
makanan sejuk beku tu. Ingat nak beli nugget lah.”
“ Ok..” Sheera
terus melangkah ke sudut bahagian yang menjual pelbagai jenis perasa minuman.
Satu-satu dibelek dan dilihatnya.
“ Sheera...”
Badan dipusing untuk melihat orang yang memangil dirinya.
“ Ra...raof.” Dirinya
agak terkejut dengan kehadiran lelaki tersebut.
“ Buat apa kat sini?”
Sheera bertanya.
“ Saja...i ternampak you tadi, So,i saja datang nak tegur.” Sheera hanya mendiamkan diri. Dia
menoleh ke arah barangan disebelah pula. Tidak mahu dia melihat wajah itu.
Lagipun dia tidak tahu nak berkata apa lagi.
“ Sheera, i miss you...”
Bagaikan terkena anak panah, dia kembali memandang wajah Raof .
“ Are you out of your mind?? I dah kahwin Raof, you tahu kan. Lagipun
you pun dah kahwin dengan Jasmin. Kenapa perlu you cakap macam tu? Tak elok
Raof...”
“ I tak pernah bahagia pun dengan Jasmin. Lagipun cinta i ni hanya untuk
you sorang. You tahu tak apa perasaan i selama tak dapat jumpa you untuk
bertahun lamanya... sakit sangat Sheera. I tak pernah lupakan you and i tak
pernah cintakan Jasmin. Please Sheera, kita sambung balik apa yang terputus
dulu.”
“ Raof...kenapa sekarang?? Kenapa sekarang you nak buat i macam ni!!
Sedarlah Raof, sejak mula you khianati i dulu, semua perasaan cinta tu dah lama
i buang. Sekarang ni cinta i hanya untuk suami i je. Please Raof...janganlah
macam ni.”
“ I tahu you still marahkan i pasal hal dulu tu, tapi i pun jadi mangsa.
I pun kena tipu Sheera. Jasmin...dia yang buat semua tu sampai i terpaksa
kahwin dengan dia.”
“ Look raof...sejarah tu dah lama. Kalau boleh i dah tak nak ingat dah,
even dia bersalah ke tak, sekarang ni dia dah jadi wife you. Dia tanggungjawab
you.”
Dia tidak mahu lagi berdiri lama di situ,
tak sanggup untuknya mendengar lagi. Kalau boleh dia tak mahu jumpa lagi dengan
lelaki itu. Tetapi langkahnya terhalang apabila raof sudah pun memegang
pergelangan tangannya.
“ Raof, apa you buat ni?! Lepaslah!...” Sheera melihat ke kiri dan kanan.
Risau dia kalau-kalau Farish ternampak. Sambil tu dia sedaya upaya cuba melepaskan
dari cengkaman Raof.
“ I akan buat apa saja untuk you kembali pada i.” Raof berbisik rapat di telinga
Sheera. Kata-kata itu seolah-olah bagaikan satu ugutan. Terus dia melepaskan
cengkamannya dari pergelangan sheera dan berlalu dari situ. Tidak lama kemudian
Farish menghampiri isterinya yang masih lagi dalam keadaan terkejut.
“ Hei sayang...kenapa ni??”
Pelik Farish melihat wajah Sheera yang sudah pucat itu. Sheera tersentak
apabila suaminya menegur. Kepalanya digeleng perlahan tanda tiada apa yang terjadi. Dia tidak mahu
suaminya tahu akan perkara tersebut.
“ Err..takde apa-apa.”
“ Betul ni? Kenapa muka ayang
nampak pucat je.”
“ Mana ada. Tadi ayang ternampak lipas lalu kat kaki ni ha..tu yang
terkejut tu. Abang dah ambil belum nugget yang nak dibeli tadi?”
“ Dah. Jomlah kita pergi bayar. Dah nak maghrib dah ni.” Farish menolak trolinya ke depan.
Sheera hanya mengikuti langkah Farish di sebelah.
“ Lusa nanti sayang balik rumah Umi Wi naik
kereta yang abang baru beli tu ye. Naik dengan mama sekali. Papa pun tak dapat
ikut rasanya esok. Tak payahlah nak naik bas. Risaulah abang nanti.” Sambil
menunggu giliran untuk membayar, dia berbual-bual dengan isterinya.
“ Hmm..ok.”
“ kenapa ni...macam penat je?”
Dia menggegam lembut jari jemari isterinya. Sheera tidak menjawab pertanyaan
itu, cuma senyuman diberikan untuk Farish.
“
kalau ayang penat, tak payah masak malam ni. Kita pergi makan luar je.”
“ Eh, tak payah. Lagi pun ayang dah janji nak masakkan untuk abang.” Terus dia membantah cadangan Farish.
“
Betul ni?” Farish meminta kepastian. Sheera hanya mengangguk perlahan
sambil tersenyum pahit. Sebenarnya dalam fikirannya, asyik terfikirkan hal yang
berlaku tadi. Dari jauh Raof melihat gelagat pasangan suami isteri itu. Sungguh
dia meluat melihat keintiman hubungan Farish dan Sheera.
****************************************************************************************************
Sayup-sayup suara azan berkumandang. Jasmin
ketika itu masih lagi duduk di muka pintu. Hanif yang baru balik dari bermain
bola sepak memberikan senyuman padanya apabila mahu menaiki tangga.
“ Baru balik anip? Kau ni kan selagi azan tu tak berbunyi takdenya kau
ingat nak balik rumah kan.” Isya
membebel pada adiknya yang ketika itu mahu masuk ke bilik.
“ Biarla dia angah, bukan dia tak balik lansung. Kan dia dah balik tu,
tak yah lah marah-marah.”
Fathiha menegur Isya.
“
Kak yong ni, asyik back up dia je. Tu sebablah dia tu makin degil.” Dia
melihat Hanif sudah pun menjulurkan
lidah kepadanya.
“ Tengok
tu kak yong, dia julur-julur lidah pula. Ishh budak ni!” Segera dia berlari
ke arah adik bongsunya. Bermula lah adengan kejar mengejar dalam rumah tu.
Jasmin yang melihat dari tadi tergelak kecil. Entah kenapa dia gembira melihat situasi tersebut. Mungkin
kerana selama ini dia tidak pernah ada adik- beradik, jadi dia tidak tahu
perasaan gembira yang boleh dikongsi bersama.
“ Hei, apa bising-bising ni?! Ya allah....angah, kenapa kau kejar adik
kau tu.” Umi wi yang
baru keluar dari dapur terus memarahi anak-anaknya apabila melihat keadaan yang
agak kecoh.
“
Anip ni umi...degil!”
“ mana ada umi. Anip baik jela. Kak ngah ni yang over!!”
“ Sudah...cukuplah tu. Anip pergi mandi. Jap lagi solat. Kak yong, angah
dah solat?” Dua-dua
anaknya itu menggeleng.
“ Pergi ambil wuduk, kejap lagi kita solat
berjemaah. Jasmin dah mandi?”
“ Dah mak cik.”
“ Kalau macam tu, kita solat jemaah sama-sama nanti ye. Lepas solat kita
makan malam.”
“ Okay.” Ringkas
dibalasnya.
Umi Wi sudah pun masuk kedalam bilik.
Mungkin mahu bersiap memakai telekung. Dia terfikir sejenak. Selama ini, solat
adalah sesuatu yang lama sudah ditinggalkan. Sepanjang dia hidup, jarang dia
menunaikan kewajipannya sebagai seorang hamba Allah. Di rumahnya, ibu dan
bapanya juga jarang menunaikan solat.
Semenjak dia duduk di kampung itu dua hari
yang lepas, barulah dia memegang kain telekung dan sejadah. Masa dia pegang
kain telekung tu, hatinya berasa sayu. Dia merasakan banyak yang ketinggalan dalam
hidupnya. Keluarga Umi Wi sering solat berjemaah bersama-sama. Ini menyebabkan
dia juga tidak ketinggalan untuk bersolat bersama mereka. Mujurlah dia masih
ingat bagaimana untuk menunaikan sembahyang lima waktu. Setiap kali lepas
solat, dia merasakan ketenangan yang amat damai.
Semasa makan malam, dia ada menyuarakan
pendapatnya mahu pulang ke kuala lumpur esok memandangkan keretanya sudah pun
dibaiki petang tadi.
“ Ala kak jasmin, tak payahlah balik lagi. Tinggallah sehari dua lagi
kat sini.”
Seboleh-bolehnya Isya mahu memujuk Jasmin supaya duduk di rumah itu lebih lama.
“ Betul kata Isya tu. Duduklah sini Jasmin sampai hari minggu ni.
Alang-alang hari sabtu ni anip nak berkhatan, Jasmin bolehlah sama-sama
meriahkan kenduri doa selamat tu nanti kan.” Fathiha pula yang memujuk.
“ Umi pun setuju sangat. Jasmin duduk sini lagi ye...”
“ Tapi...saya ni menyusahkan mak cik sekeluarga je nanti.”
“ Eh, takdelah. Kitorang lagi suka Jasmin duduk sini. Ada kawan boleh
sembang-sembang. Meriah rumah ni.” Fathiha menambah lagi. Lauk gulai tempoyak
ikan patin di depannya di ambil dan diletak di dalam pinggan Jasmin. Jasmin
yang baru pertama kali merasa gulai tempoyak, terasa sedap pula. Selama ini
jarang dia makan makanan kampung.
“ Hmm,kalau macam tu baiklah. Seronok juga duduk kampung ni.” Tergelak kecil dia memberikan alasan
begitu.
Sungguh hatinya gembira dapat peluang
berkenalan dengan keluarga yang bahagia ini. Teringat dia pada tempoh hari di
mana dia memandu tanpa arah tujuan dan berhenti di kawasan yang lansung dia
tidak tahu. Yang pasti masa tu hatinya terasa amat pedih memikirkan hubungan
dengan suaminya yang tak pernah pulih. Dia menangis sepuas-puasnya sehinggalah
terlelap. Mujurlah Isya menjumpainya dan menghulurkan bantuan.
****************************************************************************************
“ Dah cek semuanya?”
“ Dah...”
“ Minyak penuh?”
“ Ye...”
“ Mama dah kemas barang dah?”
“ Dah...”
“ Kalau ada apa-apa call abang.”
“ Ye..”
“ Ayang dah siap belum?”
“ Dah..”
“ Ayang sayang abang?”
“ Ye...” Farish tergelak kecil di hujung
telefon. Dia sudah pun sampai di terengganu pagi tadi. Sengaja dia mahu
menelefon isterinya bertanya khabar.
“
Abang ni suka menyakat ayang tau. Dari awal jumpa sampai dah kahwin tak habis-habis.”
“ Ala, abang menyakat tanda sayang...”
“ Hmm, yela tu. Abang, ayang pergi dulu ye. Mama dah tunggu kat kereta
tu. Doakan keselamatan ayang kay..”
“ Okay, bawak kereta elok-elok. Kalau mengantuk berhenti rehat. Kirim
salam kat mama tu. Nanti dah sampai telefon abang. Ha, kirim salam juga kat umi
wi sekeluarga ye.”
“ Okay, ayang pergi dulu. Assalamualaikum.”
“ Waalaikumussalam..”
Panggilan telefon dimatikan dan terus dia menuju ke kereta.
Ibu mertuanya duduk di sebelah. Sepanjang
perjalanan dia berbual mesra dengan Puan Sri Mariam sehinggalah Puan sri
mengantuk dan mahu tidur. Dia membiarkan sahaja ibu mertuanya berehat. Sheera
memberi tumpuan sepenuhnya pada pemanduan. Malas dia mahu berhenti untuk berehat,
lagi pun dia mahu cepat sampai ke kampung ibu angkat Farish. Setelah perjalanan
dua jam lebih akhirnya destinasi yang dituju sampai jua. Dia memakirkan
keretanya di bawah pokok yang berada di tengah halaman rumah tersebut.
“ Mama...bangun ma. Dah sampai.” Sheera menepuk perlahan bahu Puan Sri Mariam. Wanita itu
bangun dan menenyeh matanya kemudian melihat sekeliling.
“ Cepatnya...”
Sheera hanya tersenyum dan keluar dari kereta.
Bonet kereta dibuka untuk mengambil beg
pakaian. Ibu mertuanya terus naik ke atas rumah. Tak sabarlah tu nak jumpa Umi
wi. Baru je menutup bonet kereta itu, namanya dilaung dari belakang. Dia
melihat Isya dan hanif berlari ke arahnya. Seorang wanita juga mengikut mereka
dari belakang.
“
Jasmin...” Beg yang dipegang terlepas ke tanah.
“ Sheera...”
Tidak disangka bahawa Sheera juga ada di situ.
‘ Apa pula bala kali ni? Hari tu aku jumpa suami kau, hari ni jumpa kau
pula. Tapi apa pula dia buat kat sini?’ Soalnya di dalam
hati. Hanif mengangkat beg pakaian yang berada di tanah. Isya juga membantu.
Kemudian dia melihat kedua-dua wanita di depannya. Mereka berdua saling berpandangan
tapi dari tadi masing-masing tak bersuara.
“ Kak Sheera kenal kak Jasmin?”
Hanif bertanya.
“ Owh..err, kitorang kawan lama.” Jasmin pula yang menjawab. Sheera masih lagi mendiamkan
diri.
“ La, ye kew?? Baguslah kalau macam tu. Hari tu kereta kak jasmin rosak,
kitorang yang tolong. Lagi pun untuk beberapa hari ni kak jasmin duduk kat
sini. Hujung minggu barulah dia balik. Kak sheera, takkan nak berdiri kat sini
je. Jomlah naik atas, mesti akak penat kan. Kak jasmin pun jomlah.” Isya mengajak mereka berdua. Hanif
awal-awal sudah naik ke rumah. Isya juga berlalu pergi dari situ.
“ Err isya, kak jue ada kat rumah tak?”
Isya melihat rumah jirannya kemudian memandang ke arah Sheera.
“ Kak Jue tak jadi baliklah kak. Tak tahulah
kenapa.” Selepas dia menjawab, terus dia melangkah masuk ke rumah. Jasmin
memandang Sheera, Sheera memandang Jasmin. Sekali lagi masing-masing terdiam.
Tak tahu nak cakap apa.
“ Tak tahu pula aku ni kampung kau.” Setelah lama mendiamkan diri, Jasmin
bersuara.
“ Hmm, bukan kampung aku. Kampung
suami aku.” Jasmin
mengangguk setelah mendengar kenyataan itu.
“ Aku masuk dalam dulu.” Jasmin mengorak langkah. Sheera hanya
mengekori dari belakang. Dalam hati masing-masing berasa kekok. Masing-masing
tak tahu nak buat apa lagi. Mungkin mendiamkan diri adalah cara yang terbaik.