0
comments
cinta is l0ve...bab 24
.
bab 24
Positif!....
Matanya masih lagi menghadap alat ujian
itu. Kedua-dua belah tangan diletakkan di tengah-tengah perut. Tidak lama
kemudian bibirnya mengukir senyuman. Lama dia berkeadaan begitu di bilik air.
Dia dalam dunianya sendiri. Bunyi derapan kaki dari luar bilik mematikan
lamunannya. Alatan didepannya diambil dan dicampak ke tong sampah di tepi.
“ Ayang, are you in there?”
“ Ye
bang...kejap.” Dia keluar dari bilik air dan berdiri di depan pintu.
Kelihatan suaminya sedang membuka t-shirt dan mengambil tuala di penyangkut
yang disediakan. Di dalam fikirannya terbayang akan perkara tadi.
‘
Perlu ke aku bagitahu sekarang ni?’
‘Jangan! Kau dah lupa apa yang eyqa cakap tadi? Selagi tak confirm,
jangan bagitahu Farish. Pergi cek dulu dengan doktor.’
‘ Tapi aku nak sangat bagitahu dia! Dia suami aku!’
‘ Kau dah lupa kejadian petang tadi?kau tak sakit hati ke tengok suami
kau bermesra dengan pekerja dia sendiri.’
‘ Mungkin dia terserempak dengan perempuan tu. Mana tahu kan..’
‘ Yela tu...walau apa pun kau jangan bagitahu dia dulu. Lagipun
dibuatnya alat penguji tadi tak betul, buat malu je!
“ Ayang, what’s wrong?”
Farish mendekati Sheera yang masih berdiri di muka pintu. Pantas dia menggeleng
dan mahu segera keluar dari bilik. Sebelum dia berlalu pergi, suaminya sempat
menyambar tangan miliknya.
“ Abang ada buat salah ke?”
Dia menggeleng lagi. Mulut masih terkunci.
“
Dah tu kenapa kebelakangan ni ayang cuba jauhkan diri dari abang?”
“
Takde apa-apa lah. Ayang nak pergi dapur tadi, nak basuh pinggan. Tadi tak
sempat lagi nak kemas dapur sebab hantar eyqa balik dulu tadi. Abang janganlah
salah sangka kay...” Dia menolak lembut tangan suaminya dan segera berlalu
pergi.
************************************************************************************************
“ Ayang...”
Tangan yang tekun menaip terhenti. Ditoleh pandangannya pada Farish yang ketika
itu baru turun dari tingkat atas.
“ Ye bang..”
“ Buat apa?”
“ YM dengan isya..”
Farish mengambil tempat di sebelah isterinya. Kali ni tiada lagi bau yang tidak
menyenangkan darinya. Lama Sheera memandang Farish di sebelah.
“ Kenapa pandang abang lama-lama ni? Tahulah abang hensome.”
“ Eh, perasan betul orang tu...abang dah tukar bedak ye?”
“ Yup, kenapa? Bedak ni pun bau busuk ke?”
“ Taklah, okay je.”
Terus dia menyambung menaip di laptopnya. Farish hanya menjeling sekilas.
Diambil remote di atas meja dan menekan punat merah untuk menonton television.
“ Abang..”
“ Hmm..”
“ Abang berbuka dengan siapa tadi?”
“ Kawan lama. Kawan satu universiti dulu. Kenapa?” Pandangannya masih lagi di skrin
television.
“
Owh...” Dalam fikiran terbayang pertemuan suaminya dengan Natasha petang
tadi. Betul ke apa yang dibagitahu oleh Farish?
“
Ayang..” Dia memandang semula wajah suaminya.
“ Buatkan abang nescafe ais boleh? Dahagalah.”
“ erm, okay.” Dia
bangkit dan terus menuju ke dapur.
Farish masih lagi setia menonton tv. Bunyi
‘buzz’ yang agak kuat dari laptop itu membuatkan dia menoleh.
‘ Nak tengok ke? Ala, barang bini aku barang aku juga.Entah-entah si
isya tu. Tak menyempat-nyempat!..’
Kepala didongakkan dan dilihat ke arah dapur,
tiada tanda isterinya akan keluar pada masa itu. Dia menghampiri laptop
tersebut dan melihat ke skrin.
“ Mr. R?? Siapa pula R ni?”
dia menekan buzz. Mahu tengok apa reaksi dari orang sana.
< Mr. R
> Glad u reply..i tak sangka u masih simpan ym ni. I really miss u honey.
‘ What the hell kau nak miss bini
aku ni!!’
“ Abang...” Terus pandangannya menghadap
Sheera yang sedang memegang cawan di tangan dan menghampirinya. Farish bangun
dan berdiri di situ. Perbuatan suaminya membuat Sheera juga berhenti berjalan.
“ Who’s Mr. R?”
“ What?”
“ I ask you nicely, who’s Mr. R?” Sheera hanya menjawab dengan gelengan
tanda tidak tahu.
“ Then..what is that?” Jari ditunjukkan ke arah skrin
laptop. Sheera juga melihat ke arah yang ditunjukkan. Dia hampiri laptopnya
dan perlahan-lahan dibaca apa yang
tertulis di situ.
“ Raof...” Perlahan nama itu disebut kemudian
dia memandang wajah Farish. Kelihatan Farish menunjukkan reaksi yang kurang
senang.
“ Abang, its not what you think.. Ayang pun
tak tahu Raof ingat YM ni. Sumpah, ayang tak tipu.”
“ So, that is why you change.”
“ Apa abang cakap ni?”
“ Kebelakangan ni ayang jauhkan diri
dari abang. Tidur pun tak nak sekatil dengan abang dah. Semua ni sebab Raof ke?
Tell me the truth Shaheera Elaiza.”
“ Tak!!...ayang dengan Raof dah takde
apa-apa. Please believe me...abang, tolonglah jangan menuduh camni.”
“ Habis tu kenapa ayang dah tak dekat
dengan abang? Dah benci kat abang?! Dah tak suka kat suami sendiri?!!” Nafasnya turun naik dengan laju.
Selama perkahwinannya, dia tidak pernah meninggikan suara dengan isteri
sendiri. Dia sedar dia tak patut buat begitu, tapi pemikiran dan perasaannya
sudah dihantui rasa cemburu dan marah yang amat.
“ Bukan macam tu. Ayang..ayang..kan
ayang dah bagitahu abang ayang tak tahan dengan bau abang masa tu. Itu je...” Susah untuk dirinya bercakap kerana
tangisan sudah pun membanjiri wajahnya. Nafasnya juga sudah tidak terkawal
lagi.
“ Alasan!! Kalau dah tak suka cakap!
Ni bagi alasan yang entah apa-apa. Saya nak keluar, saya rasa tak boleh nak
menghadap muka awak sekarang ni.”
Langkah kaki dilajukan ke arah pintu utama. Kunci di atas meja dicapai.
“ Abang!!” Jeritan yang kuat tidak dilayan.
Terus dia menutup pintu dengan agak kasar dan berlalu dengan keretanya.
Perjalanan yang dituju juga tidak pasti ke mana.
Badannya lemah. Otaknya juga tidak dapat berfikir
apa-apa lagi. Terus dia terduduk di atas lantai. Tangan diletakkan di lutut
kaki. Dia menangis sepuas-puasnya.
*********************************************************************************************
Pintu ditolak dengan perlahan. Langkah
dituju ke bilik di tingkat atas. Dibuka pintu bilik dengan berhati-hati dan
dijenguk kepala ke dalam. Lampu bilik yang tergantung di dinding di buka.
Matanya melilau ke sana sini, kelibat isterinya tidak kelihatan. Dibuka pintu
bilik air, juga tiada. Dia duduk di atas katil sambil melepaskan keluhan yang
berat. Setelah puas berfikir tadi, mungkin ada betul juga kata isterinya. Dia
meraup mukanya berulang kali. Sesal kerana tidak mempercayai isteri sendiri.
Dia bangkit dan menuju pula ke bilik yang
lain di rumah itu, juga tiada. Turun di tingkat bawah, di dapur dan ruang tamu
juga tiada. Dirinya sudah tak keruan. Dahi dipicit sambil mata dipejamkan.
‘ Bodohlah kau Farish!! Yang kau memandai-mandai menuduh isteri kau tu
kenapa?!! Tengoklah sekarang, entah ke mana dia pergi!’
‘ Aku..aku tak sengaja! Aku cemburu! Aku marah! Aku sayang dia!! Aku tak
sanggup kehilangan dia! Ya..memang aku bodoh sebab fikir macam tu sekali! Aku
nak cari dia...’
Telefon yang dicampak di atas sofa tadi
berbunyi dan segera dicapainya. Hanya mesej yang masuk. Dibuka dan dibaca.
< Abang, terlebih dulu ayang minta maaf
sebab keluar dari rumah tanpa kebenaran abang. Ayang perlukan masa, ayang minta
maaf abang. Apa yang pasti apa yang abang fikir tadi semuanya tak betul.
Assalamualaikum..>
Cepat-cepat dia mendail nombor telefon
Sheera, namun panggilannya hanya sia-sia. Handphone milik isterinya ditutup.
Dia terus duduk di sofa. Berfikir di
mana isterinya berada sekarang. Setelah puas berfikir, dia mendail nombor
seseorang yang boleh diharap. Talian diangkat dan dijawab.
“ Hello...Syafiq!”